#bhsg50 sektor kesihatan sepanjang lima dekad€¦ · benedict ke dalam tabung uji dan kemudian...

1
SEKILAS ACARA SG50 #bhSG50 Layari laman www.singapore50.sg untuk maklumat lanjut. Sektor kesihatan Singapura terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia. Bahkan, Singapura juga antara negara yang dipilih bagi destinasi pelancongan perubatan. Sepanjang lima dekad lalu, sektor kesihatan di sini telah melalui pelbagai perubahan, menjadi sebuah sektor yang menawarkan jagaan kesihatan bermutu tinggi, kemudahan canggih dan berteknologi terkini. Ikuti laporan Irma Kamarudin ([email protected]). Grafik HAZAMI HAMIDON Wheels@Ubin Acara ini adalah sebuah projek masyarakat untuk membawa 100 pengguna kerusi roda mengunjungi Pulau Ubin bagi menyambut ulang tahun Singapura yang ke-50. KUIZ Tarikh tutup: 30 Mei 2015 Bilakah pemerintah melaksanakan Medisave, Medifund dan MediShield? Jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda kepada [email protected]. Sertakan butir-butir peribadi iaitu nama, usia, alamat dan nombor telefon anda. Syarat-syarat: Keputusan pihak Berita Harian adalah muktamad. • Setiap pembaca hanya boleh menjawab sekali sahaja. SOALAN MENANGI! Beg goodie SG50 yang mengandungi sehelai beg tote, sebuah lencana, sekeping pelekat logo SG50 dan set kalendar. Mudah sahaja! Sukan SEA 2015 Acara Sukan SEA 2015 diadakan di Singapura dari 5 hingga 16 Jun, dengan Hab Sukan Singapura menjadi lokasi sukan utama. Jururawat terus berbakti walau lepas 43 tahun Sektor kesihatan sepanjang lima dekad DAHULU, beliau menggunakan pena dan kertas untuk mencatat butiran pesakit. Sekarang, semuanya lebih mudah dengan adanya sistem teknologi canggih. Meskipun berusia 61 tahun, Cik Senifah Radi langsung tidak rasa janggal untuk belajar teknologi masa kini. Malah, pengurus jururawat kanan (unit) di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu membantu kakitangannya menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi di hospital. Sejak 2003, Cik Senifah telah melaksana beberapa program latihan agar kakitangannya boleh memanfaatkan penggunaan teknologi untuk kakitangan dan pesakit menerusi Analisis Sistem dan Pembangunan Program (SAP). Program itu digunakan bagi merakam maklumat pesakit, seperti suhu badan dan diet, yang kemudian dipapar pada papan elektronik di wad. “Teknologi telah banyak membantu meringankan beban kerja jururawat,” kata beliau, yang menerima Anugerah Merit Jururawat Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2002 bagi khidmat cemerlang dan dedikasinya. Sebagai pengurus jururawat kanan, Cik Senifah, yang sudah menjadi jururawat selama 43 tahun, menyelia empat wad di TTSH. Beliau didorong menceburi bidang kejururawatan oleh datuknya. Setelah tamat sekolah, Cik Senifah memohon bekerja bersama syarikat penerbangan Malaysia-Singapore Airlines (MSA), tetapi datuknya menggalak beliau menjadi jururawat. “Beliau berkata, ‘Kenapa tidak jadi jururawat?’. Lagipun, saya anggota Palang Merah semasa di sekolah. Beliau kata lebih baik saya jaga orang sakit, jadi saya pun sertai bidang kejururawatan pada 1972,” cerita Cik Senifah, yang memulakan kerjayanya di Hospital Toa Payoh sebagai jururawat pelajar. Nenek seorang cucu itu pernah bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) sebelum menyertai TTSH sejak 1988. Beliau mempunyai banyak kenangan manis sepanjang kerjayanya itu, termasuk bertemu jodoh dengan pesakit yang dirawatnya. “Semasa menjadi jururawat pelajar, saya ditugaskan di wad ortopedik. Ada seorang jejaka dimasukkan ke wad itu kerana mengalami sakit belakang. Nak dipendekkan cerita, beliau akhirnya menjadi suami saya,” kata Cik Senifah. Beliau juga menyaksikan pelbagai perubahan dalam bidang kejururawatan, termasuk yang memudahkan pekerjaan jururawat. Memberi contoh, beliau berkata dahulu jururawat yang menjalankan ujian ke atas spesimen air kencing tetapi sekarang spesimen air kencing pesakit terus dihantar ke makmal bagi ujian. “Dulu, kami sendiri kena masukkan larutan Benedict ke dalam tabung uji dan kemudian masukkan setitik spesimen air kencing dan pegang tabung uji itu di atas api. “Kalau tidak begitu mahir, larutan dalam tabung uji itu boleh terpancut keluar dan kena kami,” kata beliau. Selain itu, dahulu jururawat perlu mengambil suhu badan pesakit setiap sekitar empat jam. Sekarang, ada alat kecil canggih yang diletak pada kulit pesakit dan mengambil suhu badan pesakit secara automatik setiap satu jam, dengan maklumat itu terus dicatat dalam sistem komputer. Ini bermakna tidak perlu lagi melakukannya secara manual. Cik Senifah juga berkata jururawat hari ini diberi lebih banyak autonomi. Menurut beliau, pada masa lalu tugas jururawat berdasarkan fungsi mereka, di mana setiap jururawat mempunyai tugas sendiri. Kini, pendekatannya lebih kepada interaksi bersama pesakit, dengan setiap jururawat menjaga lima hingga enam pesakit bagi tempoh masa tertentu. “Ini membolehkan mereka mengenali pesakit dengan lebih baik. Kami juga boleh membantu pesakit mendapat rujukan doktor. “Ini berdasarkan penilaian kesejahteraan oleh jururawat ke atas pesakit. Jururawat sekarang lebih berpeluang membuat keputusan sendiri dan tidak begitu bergantung pada arahan,” kata beliau. Malah, perkara seperti ujian darah bagi pesakit kencing manis kini boleh dilakukan jururawat dan tidak semestinya doktor. Cik Senifah berkata beliau rasa gembira apabila melihat seseorang pesakit itu sembuh dan akhirnya dapat pulang ke rumah. Beliau berkata minat dan rasa cinta pada apa juga pekerjaan sangat penting bagi seseorang itu memberi yang terbaik dalam tugasnya. “Walau apa jua kerjaya yang anda ceburi, anda harus ada dedikasi dan keghairahan. Jangan lakukan sesuatu hanya kerana wang. “Jangan hadkan diri anda pada sebarang sempadan. Anda boleh sentiasa mendapatkan ilmu baru,” kata beliau. 43 TAHUN BERKHIDMAT: Cik Senifah Radi telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam tugasnya sebagai jururawat selama lebih empat dekad berkecimpung dalam kerjaya tersebut. - Foto KHALID BABA 1965: Sebagai insentif, Pusat Pemindahan Darah Singapura telah memperkenalkan skim manfaat perubatan bagi mereka yang kerap menderma darah. Pada tahun seterusnya, satu penyampaian anugerah tahunan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang menderma darah secara kerap. 1984: Medisave, skim simpanan perubatan nasional dengan individu menyumbang sebahagian gaji bulanan ke akaun Medisave, diperkenalkan bagi memenuhi perbelanjaan hospital peribadi atau keluarga, pada April. Pemerintah memperkenalkan skim itu sebagai satu cara mengimbangi bekalan dan permintaan bagi khidmat jagaan kesihatan bagi mengawasi kos jagaan kesihatan. 1990: Skim insurans perubatan asas MediShield diperkenalkan bagi membantu orang ramai membayar bil hospital Kelas B2/C besar, yang tidak dapat ditampung secukupnya oleh simpanan Medisave mereka. 2007: MOH melancarkan Medifund Silver, dengan jumlah modal permulaan sebanyak $500 juta pada November 2007. Skim itu memberi bantuan kepada warga Singapura lanjut usia yang memerlukan. 2013: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan tentang skim MediShield Hayat semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan. Skim insurans nasional itu akan membantu pesakit mendapatkan had tuntutan yang lebih tinggi bagi bil hospital dan rawatan pesakit luar. Ia menyediakan perlindungan dan manfaat lebih baik kepada semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), termasuk warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada. 1992: Kementerian Kesihatan melancarkan Program Gaya Hidup Sihat Nasional, kini sebuah program tahunan, bagi menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan warga Singapura. Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat. Encik Ahmad Ibrahim berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan apabila pemerintah menubuhkan Kabinet yang pertama pada tahun tersebut. 1989: Hospital-hospital pemerintah menjalani penyusunan semula, dengan setiap hospital dikendalikan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusannya sendiri. Hospital Besar Singapura merupakan hospital pemerintah pertama yang menjalani penyusunan semula pada April. Hospital yang telah disusun semula itu mempunyai autonomi sepenuhnya dalam operasi harian dan dapat memberi respons dengan lebih baik kepada keperluan pesakit. 2000: Program Pemeriksaan Kesihatan Masyarakat dilancarkan MOH bagi menangani isu kesihatan warga emas. Program tersebut menyediakan pemeriksaan kesihatan berhampiran rumah yang boleh dimampui warga Singapura berusia 50 tahun ke atas. Pemeriksaan kesihatan itu mencatatkan ketinggian, berat badan, tekanan darah, paras gula dalam darah dan kolesterol dalam darah setiap peserta. 1993: Pemerintah menubuhkan dana endowmen, Medifund, pada April dengan modal permulaan sebanyak $200 juta bagi membantu warga Singapura yang memerlukan dan tidak dapat membayar perbelanjaan perubatan mereka. 1959: 2015: Rang undang-undang skim MediShield Hayat diluluskan pada 29 Januari 2015. Skim insurans nasional itu akan dilaksanakan pada akhir tahun ini. The Singapore Story Pameran ini menampilkan lebih 300 lukisan cat minyak yang memaparkan pembangunan Singapura. Ia diadakan di The Crescent, tingkat 2, Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec Singapura sehingga 30 Jun. Masuk adalah percuma. 24 Berita Harian | Sabtu, 16 Mei 2015 Berita SETEMPAT

Upload: duongthu

Post on 16-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: #bhSG50 Sektor kesihatan sepanjang lima dekad€¦ · Benedict ke dalam tabung uji dan kemudian masukkan setitik spesimen air kencing dan pegang tabung uji itu di atas api. ... pemeriksaan

SEKILAS ACARA SG50

#bhSG50

Layari laman www.singapore50.sg untuk maklumat lanjut.

Sektor kesihatan Singapura terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia. Bahkan, Singapura juga antara negara yang dipilih bagi destinasi pelancongan perubatan. Sepanjang lima dekad lalu, sektor kesihatan di sini telah melalui pelbagai perubahan, menjadi sebuah sektor yang menawarkan jagaan kesihatan bermutu tinggi,

kemudahan canggih dan berteknologi terkini. Ikuti laporan Irma Kamarudin ([email protected]).

Grafik HAZAMI HAMIDON

Wheels@UbinAcara ini adalah sebuah projek masyarakat untuk membawa 100 pengguna kerusi roda mengunjungi Pulau Ubin bagi menyambut ulang tahun Singapura yang ke-50.

KUIZ

Tarikh tutup: 30 Mei 2015

Bilakah pemerintah melaksanakan Medisave,

Medifund dan MediShield?Jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda kepada

[email protected]. Sertakan butir-butir peribadi iaitu nama, usia, alamat dan nombor telefon anda.

Syarat-syarat: • Keputusan pihak Berita Harian adalah muktamad. • Setiap pembaca hanya boleh menjawab sekali sahaja.

SOALAN

MENANGI! Beg goodie SG50 yang mengandungi sehelai beg tote, sebuah lencana, sekeping pelekat

logo SG50 dan set kalendar.

Mudah sahaja!

Sukan SEA 2015Acara Sukan SEA 2015 diadakan di Singapura dari 5 hingga 16 Jun, dengan Hab Sukan Singapura menjadi lokasi sukan utama.

Jururawat terus berbakti walau lepas 43 tahun

Sektor kesihatan sepanjang lima dekad

DAHULU, beliau menggunakan pena dan kertas untuk mencatat butiran pesakit.

Sekarang, semuanya lebih mudah dengan adanya sistem teknologi canggih.

Meskipun berusia 61 tahun, Cik Senifah Radi langsung tidak rasa janggal untuk belajar teknologi masa kini.

Malah, pengurus jururawat kanan (unit) di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu membantu kakitangannya menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi di hospital.

Sejak 2003, Cik Senifah telah melaksana beberapa program latihan agar kakitangannya boleh memanfaatkan penggunaan teknologi untuk kakitangan dan pesakit menerusi Analisis Sistem dan Pembangunan Program (SAP).

Program itu digunakan bagi merakam maklumat pesakit, seperti suhu badan dan diet, yang kemudian dipapar pada papan elektronik di wad.

“Teknologi telah banyak membantu meringankan beban kerja jururawat,” kata beliau, yang menerima Anugerah Merit Jururawat Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2002 bagi khidmat cemerlang dan dedikasinya.

Sebagai pengurus jururawat kanan, Cik Senifah, yang sudah menjadi jururawat selama 43 tahun, menyelia empat wad di TTSH.

Beliau didorong menceburi bidang

kejururawatan oleh datuknya.Setelah tamat sekolah, Cik Senifah memohon

bekerja bersama syarikat penerbangan Malaysia-Singapore Airlines (MSA), tetapi datuknya menggalak beliau menjadi jururawat.

“Beliau berkata, ‘Kenapa tidak jadi jururawat?’. Lagipun, saya anggota Palang Merah semasa di sekolah. Beliau kata lebih baik saya jaga orang sakit, jadi saya pun sertai bidang kejururawatan pada 1972,” cerita Cik Senifah, yang memulakan kerjayanya di Hospital Toa Payoh sebagai jururawat pelajar.

Nenek seorang cucu itu pernah bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) sebelum menyertai TTSH sejak 1988.

Beliau mempunyai banyak kenangan manis sepanjang kerjayanya itu, termasuk bertemu jodoh dengan pesakit yang dirawatnya.

“Semasa menjadi jururawat pelajar, saya ditugaskan di wad ortopedik. Ada seorang jejaka dimasukkan ke wad itu kerana mengalami sakit belakang. Nak dipendekkan cerita, beliau akhirnya menjadi suami saya,” kata Cik Senifah.

Beliau juga menyaksikan pelbagai perubahan dalam bidang kejururawatan, termasuk yang memudahkan pekerjaan jururawat.

Memberi contoh, beliau berkata dahulu jururawat yang menjalankan ujian ke atas spesimen air kencing tetapi sekarang spesimen

air kencing pesakit terus dihantar ke makmal bagi ujian.

“Dulu, kami sendiri kena masukkan larutan Benedict ke dalam tabung uji dan kemudian masukkan setitik spesimen air kencing dan pegang tabung uji itu di atas api.

“Kalau tidak begitu mahir, larutan dalam tabung uji itu boleh terpancut keluar dan kena kami,” kata beliau.

Selain itu, dahulu jururawat perlu mengambil

suhu badan pesakit setiap sekitar empat jam. Sekarang, ada alat kecil canggih yang

diletak pada kulit pesakit dan mengambil suhu badan pesakit secara automatik setiap satu jam, dengan maklumat itu terus dicatat dalam sistem komputer.

Ini bermakna tidak perlu lagi melakukannya secara manual.

Cik Senifah juga berkata jururawat hari ini diberi lebih banyak autonomi.

Menurut beliau, pada masa lalu tugas jururawat berdasarkan fungsi mereka, di mana setiap jururawat mempunyai tugas sendiri.

Kini, pendekatannya lebih kepada interaksi bersama pesakit, dengan setiap jururawat menjaga lima hingga enam pesakit bagi tempoh masa tertentu.

“Ini membolehkan mereka mengenali pesakit dengan lebih baik. Kami juga boleh membantu pesakit mendapat rujukan doktor.

“Ini berdasarkan penilaian kesejahteraan oleh jururawat ke atas pesakit. Jururawat sekarang lebih berpeluang membuat keputusan sendiri dan tidak begitu bergantung pada arahan,” kata beliau.

Malah, perkara seperti ujian darah bagi pesakit kencing manis kini boleh dilakukan jururawat dan tidak semestinya doktor.

Cik Senifah berkata beliau rasa gembira apabila melihat seseorang pesakit itu sembuh dan akhirnya dapat pulang ke rumah.

Beliau berkata minat dan rasa cinta pada apa juga pekerjaan sangat penting bagi seseorang itu memberi yang terbaik dalam tugasnya.

“Walau apa jua kerjaya yang anda ceburi, anda harus ada dedikasi dan keghairahan. Jangan lakukan sesuatu hanya kerana wang.

“Jangan hadkan diri anda pada sebarang sempadan. Anda boleh sentiasa mendapatkan ilmu baru,” kata beliau.

43 TAHUN BERKHIDMAT: Cik Senifah Radi telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam tugasnya sebagai jururawat selama lebih empat dekad berkecimpung dalam kerjaya tersebut. − Foto KHALID BABA

1965: Sebagai insentif, Pusat Pemindahan Darah Singapura telah memperkenalkan skim manfaat perubatan bagi mereka yang kerap menderma darah. Pada tahun seterusnya, satu penyampaian anugerah tahunan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang menderma darah secara kerap.

1984: Medisave, skim simpanan perubatan nasional dengan individu menyumbang sebahagian gaji bulanan ke akaun Medisave, diperkenalkan bagi memenuhi perbelanjaan hospital peribadi atau keluarga, pada April. Pemerintah memperkenalkan skim itu sebagai satu cara mengimbangi bekalan dan permintaan bagi khidmat jagaan kesihatan bagi mengawasi kos jagaan kesihatan.

1990: Skim insurans perubatan asas MediShield diperkenalkan bagi membantu orang ramai membayar bil hospital Kelas B2/C besar, yang tidak dapat ditampung secukupnya oleh simpanan Medisave mereka.

2007: MOH melancarkan Medifund Silver, dengan jumlah modal permulaan sebanyak $500 juta pada November 2007. Skim itu memberi bantuan kepada warga Singapura lanjut usia yang memerlukan.

2013: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan tentang skim MediShield Hayat semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan. Skim insurans nasional itu akan membantu pesakit mendapatkan had tuntutan yang lebih tinggi bagi bil hospital dan rawatan pesakit luar. Ia menyediakan perlindungan dan manfaat lebih baik kepada semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), termasuk warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.

1992: Kementerian Kesihatan melancarkan Program Gaya Hidup Sihat Nasional, kini sebuah program tahunan, bagi menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan warga Singapura. Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat.

Encik Ahmad Ibrahim berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan apabila pemerintah menubuhkan Kabinet yang pertama pada tahun tersebut.

1989: Hospital-hospital pemerintah menjalani penyusunan semula, dengan setiap hospital dikendalikan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusannya sendiri. Hospital Besar Singapura merupakan hospital pemerintah pertama yang menjalani penyusunan semula pada April. Hospital yang telah disusun semula itu mempunyai autonomi sepenuhnya dalam operasi harian dan dapat memberi respons dengan lebih baik kepada keperluan pesakit.

2000: Program Pemeriksaan Kesihatan Masyarakat dilancarkan MOH bagi menangani isu kesihatan warga emas. Program tersebut menyediakan pemeriksaan kesihatan berhampiran rumah yang boleh dimampui warga Singapura berusia 50 tahun ke atas. Pemeriksaan kesihatan itu mencatatkan ketinggian, berat badan, tekanan darah, paras gula dalam darah dan kolesterol dalam darah setiap peserta.

1993: Pemerintah menubuhkan dana endowmen, Medifund, pada April dengan modal permulaan sebanyak $200 juta bagi membantu warga Singapura yang memerlukan dan tidak dapat membayar perbelanjaan perubatan mereka.

1959: 2015: Rang undang-undang skim MediShield Hayat diluluskan pada 29 Januari 2015. Skim insurans nasional itu akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.

The Singapore StoryPameran ini menampilkan lebih 300 lukisan cat minyak yang memaparkan pembangunan Singapura. Ia diadakan di The Crescent, tingkat 2, Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec Singapura sehingga 30 Jun. Masuk adalah percuma.

24 Berita Harian | Sabtu, 16 Mei 2015

Berita SETEMPAT