hari rabu malaysia - parlimen.gov.my · (a) bayi tabung uji dari benih suami isteri yang sah yang...

91
Jilid 1 Bil. 23 Hari Rabu 15hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 30571 - RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) [Ruangan 31461 Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) [Ruangan 31981 UCAPAN PENANGGUHAN: Rancangan Rumah Kos Rendah-Y.B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 32161 Perpaduan Nasional melalui Pendidikan-Y.B. Tuan Chan Choon Tak [Ruangan 32201

Upload: hoangkhuong

Post on 30-May-2019

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid 1 Bil. 23

Hari Rabu 15hb Julai, 1987

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 30571 -

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) [Ruangan 31461

Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) [Ruangan 31981

UCAPAN PENANGGUHAN:

Rancangan Rumah Kos Rendah-Y.B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 32161

Perpaduan Nasional melalui Pendidikan-Y.B. Tuan Chan Choon Tak [Ruangan 32201

MALAYSIA

PARLIMEN KETU JUH-DEWAN NEGARA

Yang Berhormat

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.s.M., s.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KOL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN ABDULLAH (Johor).

TUAN ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

DATUK ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MOHD. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN FOO BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias Y u s o ~ (Terengganu).

TUAN HASSAN ALBAN BIN HAJI SANDUKONG (Sabah).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG (Negeri Sembilan).

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KENNETH KENYAN ANAK TEMENGGONG KOH, K.M.N., J .B.s. (Sarawak).

TUAN KOH IM PIN (Negeri Sembilan).

305 1 15 JULAI 1987 3052

Yang Berhormat TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

, , TUAN KUAN PENG SOON alias KUAN PENG CHING (Perak).

, , PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).

, , TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

, , DATO MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

, , PUAN MAZIDAH HAJI ZAKARIA (Dilantik).

, , TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

, , TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

, , TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

,, TUAN MOHD. YUSOF alias Y u s o ~ HAJI MD. NOR (Kelantan).

, , TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DATUK NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.s.M., D.s.M., A.M.N . , P.J .K. (Melaka).

TUAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO D R K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur) .

D R NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TUAN G. RAJOO (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI MOHD. SALLEH (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM (Dilantik).

, , TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

,, TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

,, TUAN A. SHAIK DAWOOD ABU BAKAR alias A. S. DAWOOD, K.M.N., A.M.N., P.J.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).

, , TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

, , TUAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KURUPPIAH (Selangor).

, , TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

, , TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

,, DATO TAN PENG KHOON, S. P.M.J., S.S .I.J., J .M. N. (Dilantik).

3053 15 JULAI 1987

Yang Berhormat TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

, , PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

, , TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

, , DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHAYA, D. P . M . s . , K . M . N . , s .M.s., P . J . K . , P .P .N . (Selangor).

15 JULAI 1987

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar, J . s . D . , s . A . P . , K . M . N . , P . B . S . , P .J .K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Harnid, A . M . N .

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Abdul Rahrnan bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Naim.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A . M . N . , B.s .D. , P . J . K .

15 JULAI 1987

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 15hb Julai, 1987

Mesyuarat dimulakan pada puku12.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempenge- rusikarl Mesyuarat)

PERTANYAAN- PERTANYAAN BAG1 JAWAB

MULUT

TABUNG UJI-FATWA MAJLIS ULAMA

1. Tuan R. M. Jasni minta Perdana Menteri menyatakan sama ada fatwa akan dikeluarkan oleh Majlis Ulama bagi masyarakat Islam negara ini menggunakan tabung uji atau metode- metode seumpamanya sebagai harapan terakhir bagi kelamin yang mahu mendapatkan zuriat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor): Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini belum ada sebaraog fatwa rasmi dikeluarkan mengenai dengan perkara tabung uji. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah membincangkan perkara bayi tabung uji di dalam muzakarahnya yang telah diadakan pada 16hb dan 17hb November, 1982 dahulu. Muzakarah tersebut menghasilkan kata sepakat dan pendapat sebulat suara bahawa:

(a) Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang sah yang dikeluarkan dan dicantumkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, adalah dianggap sah di sisi Islam.

(b) Bayi yang dilahirkan melalui pemerosesan tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak. Keputusan yang tersebut bukanlah fatwa rasmi tetapi merupakan satu keputusan untuk dijadikan asas dan panduan oleh setiap pihak yang berkuasa negeri-negeri dalam mengeluarkan sesuatu fatwa yang selaras atas perkara bayi tabung uji.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada Yang Berhormat Menteri, jika muzakarah itu telah diadakan pada 16hb dan 17hb November, 1982, sehingga sekarang ini telah memakan masa lebih daripada 5 tahun. Boleh atau tidak keputusan muzakarah itu disahkan sebagai fatwa yang sahih kerana ini menimbulkan pertanyaan kepada orang ramai, kepada masyarakat Islam menimbulkan perbalahan di kawasan- kawasan yang sensitif mengenai dengan fatwa yang seperti ini. Saya percaya jawapan Yang Berhormat Menteri besok akan keluar di suratkhabar, nanti akan timbul percanggahan penerimaan orang ramai mengenai dengan kes ini. Terima kasih.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini belum dijadikan sebagai fatwa rasmi kerana pihak Kerajaan

3059 15 JULAI 1987 3060

mengikut ajaran Islam yang sebenarnya iaitu fatwa tidak begitu murah untuk dikeluarkan dan inilah yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dahulu kerana Baginda selalu mengelak daripada memberikan fatwa, kecuali bila dirasakan mustahak sahaja. Apabila kita dapati dalam masyarakat di Malaysia pada masa ini masalah zuriat tidak merupakan satu perkara yang benar-benar merupakan masalah kerana zuriat terus berkembang, dan saya yakin Yang Berhormat pun tidak ada apa-apa masalah dalam melahirkan zuriat menerusi keluarganya. Maka perkara ini hanya akan ditimbangkan oleh Jawatankuasa Fatwa bila dirasakan perlu oleh masyarakat kerana kes-kes yang memerlukan kepada anak atau keturunan menerusi tabung uji ini setakat ini di Malaysia sangat sedikit.

INDUSTRI SIMEN

2. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) apakah kedudukan industri simen sekarang; dan

(6) memandangkan kegiatan perniagaan di Langkawi masih lagi lembap dengan kekurangan pembekalan dan kemudahan asas, apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian untuk mencepat- kan aktiviti perdagangan dan pelancongan di Pulau itu.

Adakah Kementerian bercadang untuk menggiatkan aktiviti perdagangan di Kuala Perlis selaras dengan aktiviti di Pulau Langkawi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di- Pertua, industri simen masih lagi

mengalami permintaan yang lembap di mana jumlah bekalan melebihi permintaan. Bagi tahun 1986 jumlah bekalan simen oleh kilang-kilang tempatan di seluruh negara ialah sebanyak 3,651,750 tan metrik berbanding dengan jualan sebanyak 3,509,427 tan metrik, memberikan lebihan bekalan sebanyak 142,323 tan metrik. Bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini (1987), bekalan berada pada tahap 1,054,643 tan metrik manakala jualan ialah sebanyak 920,636 tan metrik menjadikan bekalan melebihi permintaan sebanyak 134,000 tan metrik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah syarikat-syarikat yang diberikan lesen pengilang untuk mengeluarkan simen ialah sebanyak 11 buah dengan keupayaan yang diluluskan sebanyak 10.6 juta tan metrik dan daripada jumlah ini 8 buah syarikat kilang sedang beroperasi dengan keupayaan pengeluaran sebanyak 7.2 juta tan metrik.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk soalan (b) ialah, apabila Pulau Langkawi menjadi pelabuhan bebas mulai lhb Januari, 1987 ianya tidak lagi tertakluk kepada duti-duti import, cukai tokok, eksport, cukai jualan dan cukai perkhidmatan kecuali barangan berikut yang dikenakan duti import- Petrol dan barangan petroleum, simen, marmar, ikan bilis dan getah.

Kawalan Kastam boleh mengakibatkan kesan negatif di kalangan orang ramai yang berulang alik antara Langkawi dan Tanah Besar Semenanjung Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, langkah- langkah telah diambil supaya barang- barang tertentu dikecuali daripada duti bila diimport ke kawasan utama kastam dari Langkawi. Barang-barang itu termasuklah barang hasilan

3061 15 JULAI 1987 3062

Langkawi dari jenis makanan, termasuk buah-buahan dan perusahaan hasil tempatan dan hadiah atau cenderamata bernilai tidak melebihi $500.00.

Seterusnya, bagi pergerakan dari Tanah Besar ke Langkawi, duti eksport dikecualikan bagi bayaran jenis makanan termasuk binatang ternakan dan buah-buahan.

Dari segi kemudahan pelancongan, Kerajaan telah melaksanakan projek pembesaran lapangan terbang di Langkawi yang boleh menampung kapal terbang yang lebih besar seperti Airbus. Selain dari itu Kerajaan juga telah menambahkan kemudahan- kemudahan penginapan di Langkawi Island Resort, melaksanakan projek pengindahan di kawasan-kawasan penting dan melaksanakan projek- projek kemudahan awam untuk penduduk tempatan dan pelancong.

Di antara rancangan-rancangan jangka pendek yang dijalankan ialah usahasama di antara Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) dan Sistem Penerbangan Malaysia untuk menganjurkan lawatan suaikenal untuk agen-agen pelancongan dan pengembaraan yang terkemuka daripada Singapura. Sebuah jawatankuasa promosi Pulau Langkawi telah juga ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran dan galakan.

Rancangan-rancangan jangka panjang yang sedang dilaksanakan ialah perbincangan dengan syarikat- syarikat penerbangan lain untuk menghubungkan Pulau Langkawi ke pasaran-pasaran utama pelancong.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Pihak Kerajaan menggalakkan program membina jalan dengan menggunakan simen secara bergotong-royong.

Adakah program ini dijalankan dengan berkesan dan apakah sambutan daripada masyarakat, adakah baik atau sebaliknya?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, ke jayaan Kerajaan bersama-sama dengan agensi tersebut telah pun mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah- masalah kelebihan simen, umpamanya Kerajaan pada akhir tahun 1985 telah pun memutuskan supaya simen digunakan bagi pembinaan jalan-jalan baru. Soalan ini lebih wajar kalau Ahli Yang Berhormat timbulkan kepada Menteri Kerjaraya.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Soalan tambahan. Daripada jawapan Setiausaha Parlimen tadi menunjukkan bahawasanya perindustrian simen ini adalah dalam keadaan tenat, sakit. (Keta wa)

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyelamatkan keadaan yang tidak baik berkenaan dengan perindustrian simen ini?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nyatakan tadi Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Pada akhir tahun 1985 Kerajaan telah pun memutuskan supaya simen digunakan bagi pembinaan jalan-jalan baru, pada tahun 1986 pula Kerajaan telah melancarkan program khas perumahan kos rendah sebagai satu langkah untuk merancangkan semula kegiatan-kegiatan ekonomi. Selain daripada itu Kerajaan juga telah mengambil beberapa tindakan bagi mengubahsuai dan memudahkan aturcara-aturcara eksport untuk menggalakkan kegiatan-kegiatan pengeksportan.

3063 15 JULAI 1987 3064

Tuan Haji Shuaib bin Lazim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebentar tadi kita telah mendengar Setiausaha Parlimen yang berkenaan menyatakan kita telah mencukupi rnalah rnelebihi perrnintaan sirnen ini. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati harga sirnen masih tinggi kalau kita hendak bandingkan dengan negeri-negeri jiran kita iaitu Singapura dan Thailand. Kenapa terjadi dernikian?

Tuan M. G. Pandithan: Bolehkah Ahli Yang Berhormat mengulangi soalan itu?

Tuan Haji Shuaib bin Lazim: Tuan Yang di-Pertua, kata Setiausaha Parlirnen tadi sirnen kita telah mencukupi malah melebihi daripada perrnintaan, dan kalau kita bandingkan harga sirnen kita dengan negara-negara jiran kita, Singapura dan Thailand, kita dapati simen kita melebihi, lebih tinggi harganya. Kenapa terjadi dernikian?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju harga simen rnernang lebih daripada sirnen ternpatan. Perbezaan harga ini, Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh kos pengeluaran, kos pengangkutan dan sebagainya.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang akhir belurn dijawab oleh Setiausaha Parlirnen.

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, saya pun sudah lupa soalan itu! (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Adakah soalan tambahan?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Soalan asal.

Tuan Yang diPertua: Di hujungnya, iaitu "Adakah Kementerian bercadang untuk.. . . . ."

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Soalannya "Adakah Kementerian bercadang untuk menggiatkan aktiviti perdagangan di Kuala Perlis selaras dengan aktiviti di Pulau Langkawi.

Tuan M. G. Pandithan: Lebih wajar saya beri jawapan secara bertulis.

Tuan Yang diPertua: Baik.

MESYUARAT PENGUASA- PENGUASA TEMPATAN

3. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Ternpatan rnenyatakan adakah Menteri berkenaan akan rnengarahkan semua pihak berkuasa tempatan mematuhi Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 untuk rnernbenarkan orang awam dan wartawan rnenghadiri rnesyuarat- rnesyuarat mereka sebelurn seorang awarn rnemperolehi Perintah Mahkarnah mengarah kuasa-kuasa ternpatan rnernatuhi kehendak tersebut.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di- Pertua, memang Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 memberi peluang kepada orang-orang awarn dan wakil-wakil akhbar untuk rnengikuti mesyuarat-mesyuarat penuh Penguasa-penguasa Ternpatan. Tetapi di dalarn Akta yang sarna juga mernberi kuasa kepada mesyuarat penuh Penguasa-penguasa Tempatan untuk menutup mesyuarat itu kepada orang rarnai dan wakil-wakil akhbar jika difikirkan ada perkara-perkara yang hendak dibentangkan di dalarn mesyuarat itu tidak perlu diperbincangkan di hadapan orang- orang awam atau wakil-wakil akhbar.

Yang dernikian soal arahan daripada Kernenterian kepada Penguasa-penguasa Ternpatan setakat ini tidak diperlukan.

3065 15 JULAI 1987 3066

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Di bawah Akta ini saya ingin mengetahui di seluruh negara kita berapakah Majlis- majlis Daerah ataupun Majlis-majlis Tempatan yang tidak dibuka untuk orang awam? Sekiranya Majlis-majlis Tempatan tidak dibuka kepada orang awam dan wartawan, adakah kerana mutu ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan itu tidak cukup tahap ataupun oleh kerana pentadbiran kita lemah dan tidak mahu diketahui oleh orang awam dan adakah kerana perkara yang dibincangkan itu adalah di bawah OSA?

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, bukankah saya sudah katakan tadi bahawa Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan ini memang diberi hak, bukan sahaja "berapakah", tetapi semua Penguasa- penguasa Tempatan diberi hak dan kesemuanya Penguasa-penguasa Tempatan juga diberi hak untuk menutupnya. Soal mutu Penguasa- penguasa Tempatan kita terutama dalam mesyuarat, saya rasa itulah di antara yang terbaik telah dipilih oleh Kerajaan kita untuk diamanahkan bagi rnengendalikan tugas-tugas di dalam Penguasa-penguasa Tempatan itu.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Benarkah tujuan utama bagi Akta Kerajaan Tempatan ini ialah untuk membukakan mesyuarat ini kepada orang ramai dan kepada wartawan? Kalau itu adalah tujuan utama (the main aim), mengapa tiap-tiap kali mesyuarat itu diadakan dan meluluskan resolusi untuk menutup mesyuarat itu, tidakkah tujuan itu diabaikan?

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, Akta 23 ini menunjukkan benar-benar Kerajaan kita bersikap liberal dan benar-benar menunjukkan Kerajaan daripada

rakyat kepada rakyat . Soal Penguasa- penguasa Tempatan menutup mesyuarat penuhnya kepada orang awam ataupun akhbar-akhbar, barangkali ada perkara-perkara yang tertentu oleh mereka. Tetapi dengan wujudnya Akta ini sudah cukup menunjukkan keutamaan yang diberi oleh pihak Kerajaan kepada rakyat umum.

PERSARAAN HAKIM-HAKIM

4. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) adakah Kerajaan boleh menimbang meminda Per- lembagaan Persekutuan untuk meningkatkan umur persaraan Hakim-hakim daripada 65 tahun kepada 70 tahun; dan

(b) sama ada Kerajaan akan menimbang untuk memberi Hakim-hakim Mahkamah Tinggi paspot-paspot diplomat sejajar dengan jawatan yang disandang dan kedudukan mereka di dalam masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' 00 Gin Sun): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan berpendapat bahawa persaraan Hakim-hakim yang mencapai umur 65 tahun itu adalah lebih dari rnencukupi. Oleh itu, Kerajaan tidak bercadang meningkatkan - umur persaraan Hakim-hakim daripada 65 tahun kepada 70 tahun.

Paspot-paspot diplomatik diberikan kepada Pembesar-pembesar Negara, Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan kepada pegawai-pegawai bertaraf Diplomat dan keluarga mereka yang bertugas di perwakilan- perwakilan Malaysia di luar negeri. Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan Hakim-hakim boleh memohon bagi mendapatkan paspot rasmi jika

15 JULAI 1987

mereka memerlukannya bagi digunakan semasa menjalankan tugas- tugas rasmi di luar negeri. Buat masa ini Kerajaan tidak bercadang memberi paspot-paspot diplomatik kepada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.

INDUSTRI KECIL LUAR BANDARIKRAFTANGAN

5. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan:

(a) sejauh manakah kejayaan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian untuk menggalakkan per- tumbuhan industri-industri kecil luar bandar;

(b) kejayaan yang diperolehi menerusi Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd sebagai trading house untuk membeli dan memasar barang-barang kraftangan; dan

(c) jumlah pengusaha kraftangan dan industri kampung yang ujud di negara ini, dan langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menggalakkan pertumbuhan industri ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi soalan:

(a) Usaha-usaha untuk menggalak pertumbuhan industri-industri kecil di luar bandar adalah dibuat dengan mengambilkira kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di sesuatu kawasan itu seperti bekalan air, elektrik dan jalanraya yang menghubungi kawasan itu dengan tempat-tempat lain. Perkara ini penting kerana ianya akan mempengaruhi

keupayaan dan kos pengeluaran, pasaran serta harga jualan bagi barangan yang dikeluarkan.

Kementerian ini dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang lain telah mendirikan kilang-kilang perusahaan kecil di dua kawasan luar bandar iaitu:

(i) Pusat Industri Perkayuan KEDA di Jitra, mengan- dungi 10 buah kilang dan sebuah pusat gunasama yang dibuat dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Negeri Kedah (KEDA); dan

(ii) Skim Kilang Bimbingan Jengka, Pahang, mengandungi 18 buah kilang yang dibuat dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Di samping itu, sehingga 30 Jun, 1987 lebih kurang 1,200 projek telah diluluskan di bawah Program Industri Kampung dan apabila projek-projek ini dilaksanakan, ia dij angka mengujudkan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 45,000 orang. Mengikut kajian, 81 % daripada pengusaha yang beroperasi pada masa ini, telah menikmati pendapatan yang bertambah dan di samping itu ia juga telah dapat mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Berbagai jenis keluaran industri kampung telah mula dipasarkan sekarang ini seperti barang-barang kraftangan, berbagai hasil industri makanan seperti sos cili, tomato dan tiram, mee, tauhu, berbagai jenis keropok dan kerepek, juga hasil dari industri lain seperti lidi sate, pencolek gigi, kasut plastik, kimpalan, pagar dawai dan

15 JULAI 1987

sebagainya. Oleh kerana projek ini baru sahaja dilaksanakan, kejayaannya dijangka lebih nyata dalam tempoh 4 atau 5 tahun lagi.

(a) Prestasi Syarikat Pemasaran Karyaneka dapat dilihat dari pertambahan jualan tahunannya seperti berikut:

1982 . . . . . . $ 275,665

1983 . . . . . . 649,975

1987 (hingga Mei) 762,534

Bagaimanapun, yang lebih penting diambil perhatian adalah peranan Syarikat dalam membangunkan industri kraf dan industri kampung dengan menyediakan satu saluran pemasaran pilihan kepada pengusaha-pengusaha berkenaan.

(c) Mengikut kajian Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) terdapat lebih dari 8,000 pengusaha kraftangan di Malaysia dan jumlah pengusaha yang telah diberi bantuan (termasuk pengusaha industri kampung) adalah lebih dari 1,200 seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menggalakkan pertumbuhan industri ini, Kementerian mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) menyediakan program tertentu seperti skim galakan dan bantuan untuk meningkatkan penyertaan orang ramai termasuk siswazah dalam pengusahaan kraf dan industri kampung;

(ii) meneruskan program latihan kemahiran dalam bidang-bidang yang di- kenalpasti berdayamaju;

lebih luas kepada pengusaha-pengusaha,

(iii) meneruskan Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bersama-sama agensi di bawah Kementerian seperti PKKM dan lain- lain jabatan seperti MARDI, SIRIM dan FRIM untuk meningkat mutu keluaran, mengurangkan kos dan jugs menghasilkan keluaran-keluaran baru yang boleh dipasarkan; dan

(vi) mewujudkan peluang peluang pasaran yang lebih luas kepada peng- usaha-pengusaha, ter- masuk menerokai pasaran eksport.

Tuan Ng Peng Hay: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Apakah peranan yang dimainkan oleh Syarikat Pemasaran Karyaneka Sendirian Berhad terhadap membantu Kerajaan dalam industri pelancongan dan adakah Kementerian yang berkenaan sedar bahawa kebanyakan kedai-kedai yang menjual kraftangan di Malaysia ini menjual hasil daripada negara asing lebih daripada hasil tempatan?

Tuan Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Karyaneka telah pun mengadakan gerai-gerai mereka di Pusat Karyaneka dan juga di kawasan-kawasan yang strategik di mana pelancong-pelancong boleh membeli barang kraftangan Malaysia.

307 1 15 JULAI 1987 3072

Saya tidak begitu menyedari adanya kedai-kedai ini menjual kraftangan daripada luar negeri tetapi yang utama tumpuannya adalah hasil kraftangan yang telah diusahakan oleh industri- industri kampung yang ditaja oleh Kernenterian.

KESIHATAN KANAK-KANAK LUAR BANDARIESTET

6. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Kesihatan menerangkan apakah tindakan yang telah diambil untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dan bayi-bayi yang tinggal di luar bandar dan estet-estet.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Kesihatan sedang memberi keutamaan kepada usaha-usaha memperbaiki taraf kesihatan kanak-kanak dan bayi di luar bandar dan estet. Program kesihatan keluarga adalah menjadi program keutamaan dalam rancangan- rancangan Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan bayi dan kanak-kanak disediakan melalui pusat-pusat kesihatan, klinik bidan dan klinik desa yang meliputi kawasan-kawasan luar bandar keseluruhannya. Usaha juga sedang dijalankan bagi meluaskan lagi perkhidmatan ini ke kawasan-kawasan pendalaman.

Dalam 10 tahun yang lepas, iaitu daripada tahun 1976 hingga 1986, kemudahan-kemudahan kesihatan telah bertambah daripada 329 pusat kesihatan dan 1,465 klinik bidan dan klinik desa kepada 376 pusat kesihatan dan 1,527 klinik bidan dan klinik desa. Kemahiran dan latihan pekerja- pekerja kesihatan telah juga dipertingkatkan supaya mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih bermutu kepada masyarakat luar bandar pada amnya.

Bagi kawasan-kawasan estet, perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak boleh didapati daripada pusat-pusat kesihatan dan klinik desa yang berhampiran dengan estet selain daripada perkhidmatan yang tersedia dalam kawasan estet sendiri.

Aktiviti-aktiviti kesihatan yang disediakan bagi bayi dan kanak-kanak adalah komprehensif dan termasuk pengawasan perkembangan dan pembesaran kanak-kanak, imunisasi, pendidikan kesihatan, pemakanan, rawatan penyakit dan sebagainya. Sejak beberapa tahun yang lepas aktiviti-aktiviti khas telah dilaksanakan untuk memperbaiki lagi taraf kesihatan bayi dan kanak-kanak di kawasan-kawasan luar bandar. Aktiviti-aktiviti ini ialah strategi- strategi risiko tinggi bagi ibu-ibu mengandung dan bayi-bayi yang dalam golongan risiko tinggi; rancangan oral rehaidrasi untuk mencegah kematian akibat dehaidrasi daripada penyakit cirit birit kanak- kanak; pengawasan pemakanan untuk mengenalpasti dan merawati ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak kekurangan zat makanan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti ini diteruskan khususnya di daerah-daerah dan kawasan-kawasan dengan kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang masih lagi tinggi supaya taraf kesihatan mereka dapat diperbaiki. Jadi, kita di Kementerian belum lagi puas hati dengan pencapaian kita dalam bidang ini, walaupun kadar kematian bayi-bayi telah dapat diturunkan kepada hanya 16 dalam setiap 1000 bayi yang dilahirkan hidup, iaitu lebih kurang 500% kemajuan sejak negara kita merdeka.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa ada setengah-setengah kawasan dalam negara ini di mana

3073 15 JULAI 1987 3074

klinik perubatan bergerak telah di- berhentikan untuk menjalankan perkhidmatan. Pada kami bahawa klinik perubatan bergerak ini adalah amat penting kepada penduduk- penduduk dalam luar bandar. Adakah Kementerian akan mengkaji semula memberikan perkhidmatan yang akan memudahkan penduduk-penduduk di luar bandar?

Dato' K. Pathmanaban: Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya klinik-klinik bergerak adalah diberi untuk kawasan-kawasan pendalaman dan untuk kawasan-kawasan di mana perhubungan itu lebih rumit untuk rakyat sampai ke klinik-klinik yang kekal (static clinic). Jadi, dengan kemajuan dalam komunikasi dan dengan tertubuhnya klinik-klinik statik dalam kawasan-kawasan baru, memanglah boleh diharapkan bahawa klinik bergerak itu tidak akan ke sana.

Puan Law Jack Yoon: Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan jenis- jenis penyakit utama yang paling biasa menyerang bayi-bayi kita?

Dato' K. Pathmanaban: Ini nampaknya berkehendakkan notis sedikit, tetapi saya boleh ringkaskan. Jenis penyakit utama yang mengakibatkan bayi-bayi atau kanak- kanak itu mati ialah cirit-birit dari berbagai punca. Keduanya, penyakit- penyakit yang berkaitan dengan penafasan atau, diseases connected with breathing, dengan izin, Kedua- dua ini adalah perkara-perkara yang dapat keutamaan di dalam perkhidmatan kita pada masa ini.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak- kanak dan bayi di luar bandar ialah dengan memberi pengetahuan yang berkesan kepada ibu-ibu mereka sendiri. Bolehkah Yang Berhormat

memberitahu rancangan tertentu ataupun rancangan yang positif yang diambil untuk menambahkan pengetahuan ibu-ibu di luar bandar ini?

Dato' K. Pathmanaban: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedar bahawa pengetahuan orang ramai tentang penyakit-penyakit , cara-cara jangkitannya dan cara-cara untuk mencegahnya dan cara-cara untuk kita membesarkan anak-anak yang sihst, pengetahuan itu adalah satu usaha utama yang harus ditegaskan lagi. Kerana itu usaha, apa yang dipanggil sebagai pendidikan kesihatan adalah sebahagian integral dalam perkhidmatan yang diberi. Jadi, dalam klinik, lawatan bidan-bidan, jururawat dan sebagainya kepada rumah; kita sentiasa menegaskan pendidikan kesihatan ini sebagai, dengan izin, first line of defects dalam perkara penyakit-penyakit bayi.

Tuan Chan Choong Tak: Soalan tambahan. Bolehkah Kementerian itu memberitahu apakah faedah kesihatan yang diberikan kepada Orang Asli atau orang Penan di Sarawak?

Dato' K. Pathmanaban: Soalan ini hendaklah ditanyakan kepada Kementerian Dalam Negeri, Tuan Yang di-Pertua.

PLAZA TOL DI JALAN IPOH

7. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Kerjaraya menyatakan berkenaan dengan pembinaan to1 di Batu 5, Jalan Ipoh, adakah pembinaan to1 tersebut menyusahkan penduduk- penduduk di sekitar itu dan adakah ini menambah sumber kewangan negara.

30. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kerjaraya menyatakan apakah sebabnya pihak Kementerian

3075 15 JULAI 1987 3076

Kerjaraya akan mengadakan kutipan To1 di dua batang jalan laluan, Jalan Ipoh menghala ke Pekan Batu 5 di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong bertentangan dengan Taman Kok Lian, walhal kedua-dua jalan tersebut laluannya tidak ada kena rnengena dengan pembinaan Jalan Kuching yang sedia ada kutipan To1 itu, adakah dengan tujuan pembinaan dua kutipan To1 baru itu menampung kos pembinaan Jalan Kuching itu yang dibuat oleh pihak swasta.

Dato' S. Samy Vellu: Tuan Yang di- Pertua, soalan ini akan saya jawab bersama dengan soalan No. 30 daripada Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam kerana kedua-dua soalan adalah hampir sama.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan bahawa Jalan Kuchingl Kepong sebelum daripada pembinaan persimpangan bertingkat adalah jalan yang sentiasa mengalami kesesakan lalulintas yang telah memberi kesusahan dan masalah kepada para pengguna Jalan KuchingIKepong. Oleh kerana Kerajaan tidak dapat menyediakan peruntukan untuk mernbesarkan Jalan Kuching dan membina persimpangan bertingkat, maka Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menswastakan jalan tersebut bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang teruk itu.

Keadaan lalulintas di Jalan Kuching selepas penswastaan adalah bertambah licin dan lebih selesa kepada para pengguna jalan tersebut. Pihak swasta telah mengenakan to1 sebanyak 50 sen ke atas kereta dan jumlah ini dianggap tidak membebankan para pengguna kerana sekiranya keadaan jalan itu masih tidak dinaikkan taraf kerugian petrol pada masa kesesakan adalah lebih banyak daripada jumlah bayaran to].

Hasil daripada pembinaan persimpangan dan membesarkan Jalan Kuching, para pengguna telah dapat

menikmati kemudahan yang disediakan dan adalah tidak wajar jika dikatakan bahawa penswastaan tersebut menyusahkan rakyat. Oleh kerana keadaan lalulintas di Jalan Kuching bertambah licin dan selesa, ada di antara para pengguna dari Jalan Kepong dan Selayang telah mengambil kesempatan untuk mengelak daripada membayar to1 dengan menggunakan Jalan Ipoh lama. Sebenarnya keadaan ini adalah tidak wajar dilakukan oleh para pengguna kerana dapat menggunakan Jalan Ipoh dengan selesa disebabkan pembinaan persimpangan bertingkat itu.

Suka saya nyatakan di sini bahawa pihak swasta telah membelanjakan lebih daripada $90 juta bagi mengadakan kemudahan di Jalan Kuching. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdua, kos asal pembinaan persimpangan bertingkat dan membesarkan Jalan Kuching adalah $76 juta. Oleh kerana beberapa perubahan rekabentuk, pihak swasta terpaksa membelanjakan lebih daripada $14 juta lagi bagi kerja-kerja tambahan. Dengan alasan-alasan yang telah saya nyatakan tadi, adalah wajar bagi pihak swasta mengutip to1 di Jalan Ipoh dan perlu diingat kebenaran ini bukanlah untuk membantu pihak swasta mendapat keuntungan yang lebih, tetapi bagi menampung pertambahan kos membina persimpangan dan membesarkan Jalan Kuching.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdua itu, cadangan pembinaan Plaza To1 baru di Jalan Ipoh, bukannya bertujuan untuk menyusahkan penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut, tetapi rasionalnya adalah seperti yang dinyatakan di atas, cadangan itu akan saya jelaskan di satu perjumpaan deng an penduduk-penduduk Kampung Batu dan sekitarnya pada

3077 15 JULAI 1987 3078

19hb Julai, 1987 ini untuk mengetahui masalah-masalah sebenar mengenai pelaksanaan cadangan itu. Saya akan membawa perkara ini kepada Jemaah Menteri untuk menimbang dan mengambil satu tindakan baru yang sewajarnya jikalau Jemaah Menteri bersetuju.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: (Bangun)

Kerajaan atau merugikan Kerajaan oleh sebab 20-30 buah kereta mencuri jalan lama itu, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat.

Dato' S. Samy Vellu: Tuan Yang di- Pertua, angka-angka yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi bukan benar, bukan 20-30 buah kereta tetapi 6,500 kereta; 6,500 kereta bererti pihak swasta akan hilang lebih

Tuan bin Othman: daripada $12,000 daripada kutipan tol. Tuan Yang di-Pertua.. . . .

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, Yang Berhormat. Yang Berhormat ini berdiri dahulu. Beri dia peluang.

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Apabila Kerajaan membesarkan Jalan Kuching saya amat bersetuju dan patut disokong, memang sudah sewajarnya, tetapi oleh kerana rancangan untuk hendak mengadakan satu to1 lagi kerana sebab 20-30 biji kereta yang curi ikut jalan lama daripada Selayang sehingga Kerajaan sanggup hendak menghabiskan wang berjuta-juta ringgit, saya rasa itu perkara tidak iojik. Jadi saya harap kalau boleh Y ang Berhormat Menteri menimbangkan semula to1 ini, oleh kerana kita orang tempatan di situ dan kita memahami keadaan kedudukan yang sebenarnya di situ, jadi kalau boleh supaya to1 di Jalan Ipoh itu dapat dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, ini masa soal jawab mulut, saya mahu soalan tambahan.

Tuan Azman Atar bin Othman: Saya faham, ya saya tahu, sekarang ingin saya mengemukakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, jangan buang masa lagi.

Tuan Azman Atar bin Othman: Jadi apakah kalau dibuat pembinaan to1 di Jalan Ipoh itu nanti menguntungkan

Pada permulaannya apabila kita membuat siasatan trafik dalam jalan itu mengikut dengan siasatan yang diberikan kepada saya oleh Bahagian Perancang Jalan di Kementerian Kerjaraya, kita akan mengadakan satu angka iaitu lebih daripada 56,000 kereta sehari. Selepas kita mengenakan to1 di sana, pada masa sekarang ada 41,000 kereta sahaja di tempat itu.

Yang kedua, banyak di antara pengguna-pengguna jalan meminta mengapakah kita mengenakan to1 walaupun mereka tidak menggunakan kemudahan diberi melalui skim ini. Ini tidak betul. Jika kita tidak mengadakan persimpangan bertingkat, mereka mengambil masa 45 minit daripada Kepong Baru ke Kuala Lumpur dan memakan belanja lebih daripada $1.50 untuk petrol sahaja dan bukan sahaja petrol, saya percaya jika persimpangan itu tidak diadakan, pada satu masa akan datang orang-orang daripada Kepong dan Selayang boleh dapat sakit jantung (Ketawa), lebih masalah daripada penggunaan jalan itu. Sebab itulah Kerajaan hendak memberi lebih kemudahan dan saya percaya rakyat boleh menggunakan kemudahan itu, sebabnya Yang Berhormat, rakyat jelata di dalam tanahair kita ini mulai daripada tarikh kemerdekaan sudah dapat berbagai kemudahan percuma, dengan sebab itu mereka tidak suka

3079 15 JULAI 1987 3080

mengikut dengan cara baru, semua KEMALANGAN JALAN RAYA- mahu percuma sahaja, pada akhir LANGKAH MENGURANGKAN sekali isteri pun dia tanya percuma! (Keta wa) 8. Puan Hajjah Rosnah binti Haji

Mohd. Salleh minta Menteri Pengangkutan menerangkan apakah

Dale, Haji Zakaria bin Haji langkah-langkah yang sedang diambil

Yahya: Tuan Yang di-Pertua, soalan dan akan diambil untuk mencegah kemalangan jalanraya yang semakin

tambahan. Saya bersetuju dengan menjadi-jadi. Yang Berhormat Menteri itu untuk meniadakan to1 dengan kemudahan- kemudahannya. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tinggal di Selayang dan saya faham masalah ini. Apa yang saya ingin timbulkan ialah to1 di Taman Kok Lian itu, kalau dijadikan dan telah pun didirikan sekarang, saya nampak, apa yang saya minta ialah orang-orang Islam yang akan pergi menunaikan Fardu . - Sembahyang Jumaat setiap hari Jumaat dari Kampung Seri Delima dan Batu Delima Jalan Kuching kena bayar $1.00 pergi balik. Bolehkah mereka dikecualikan to1 pada hari Jumaat?

Dato' S. Samy Vellu: Tuan Yang di- Pertua, Jawatankuasa Masjid Batu itu berjumpa saya tidak beberapa hari yang lalu dan ada juga pihak pengguna-pengguna dan juga pihak persatuan-persatuan yang ber- hampiran di kawasan itu telah berjumpa saya. Sebab itu saya akan mengadakan satu perjumpaan pada 19 haribulan iaitu hari Minggu. Selepas itu saya akan menghantar satu kertas kerja kepada Jemaah Menteri. Saya sendiri pun kesian kepada orang-orang Islam yang ada berhampiran di kawasan itu dan saya tahu bukan orang Islam yang bersembahyang sahaja, tetapi kubur tanah orang Islam terletak juga di kawasan sana. Jadi kedua-dua masalah ini, saya akan bangkitkan kepada Jemaah Menteri dan selepas itu insya Allah (Ketawa) saya harap kita boleh dapat satu pertimbangan yang sewajarnya daripada Jemaah Menteri.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sedang mengambil tindakan yang tegas bagi mengatasi masalah kemalangan jalanraya dan cuba mengurangkan kemalangan jalanraya melalui tindakan-tindakan seperti berikut:

(1) aktiviti-aktiviti kempen melalui semua media massa khususnya kempen musim perayaan;

(2) dialog, ceramah dan kursus untuk semua peringkat pengguna jalanraya;

(3) menjalankan permainan lalulintas di kalangan murid- murid sekolah;

(4) menggalakkan penubuhan kelab keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah sebagai salah satu gerak kerja ko-kurikulum;

(5) mengeluarkan filem-filem keselamatan jalan raya untuk siaran di TV dan Unit Bergerak Jabatan Penerangan;

(6) perlaksanaan Borang Laporan Kesalahan Lalulintas Jalan oleh pegawai-pegawai Kumpulan "A";

(7) meminta kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Polis menjalankan tindakan penguatkuasaan secara yang lebih menyeluruh.

3081 15 JULAI 1987 3082

Aktiviti-aktiviti yang sedang dalam perancangan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi ialah:

(i) mengeluarkan buku panduan pendidikan keselamatan jalan raya untuk rujukan dan panduan di sekolah berkaitan dengan pengajaran dan pendidikan keselamatan jalan raya;

(ii) menyediakan kurikulum baru sekolah memandu supaya mewujudkan pemandu- pemandu yang bukan sahaja mahir memandu tetapi juga memandu secara berhemat dan tahu tentang cara mengelakkan kemalangan ataupun, dengan izin, defensive driving;

(iii) memperkenalkan had laju nasional iaitu yang akan dibincangkan dalam Akta Pengangkutan Jalan, 1987 di mana termasuk juga beberapa peruntukan tambahan di dalam Akta tersebut yang akan menolong, membantu mencegah kemalangan di jalanraya; yang akhirnya,

(iv) memperbaiki borang laporan kemalangan jalan raya untuk membolehkan pemungutan data-data yang lebih teliti untuk menyenangkan tindakan analisa kemalangan jalanraya.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, adakah Kementerian berkenaan bersetuju bahawa kemalangan jalanraya berlaku adalah disebabkan oleh kerana kelakuan pemandu-pemandu di negara kita ini kurang bersopan santun. Contohnya kebanyakan pemandu di negara kita ini belum cukup memahami

Kementerian sama ada mengadakan kempen untuk memperbaiki kelakuan pemandu-pemandu di negara kita ini?

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan saya tadi, saya ada menyebutkan iaitu kita merancang menyediakan kurikulum baru sekolah memandu supaya mewujudkan pemandu-pemandu yang bukan sahaja mahir memandu tetapi juga memandu dengan berhemat dan untuk menentukan dan memberikan mereka itu pengajaran atas cara-cara agar dapat mengelakkan kemalangan.

Memang benar, kesalahan- kesalahan yang dilakukan itu kebanyakannya disebabkan oleh pemandu-pemandu tadi tidak bertimbang rasa di jalanraya dan juga kesefahaman mereka iaitu seperti yang dikatakan tadi oleh Ahli Yang Berhormat, iaitu di lorong laju itu dia tak laju, bila di lorong tak laju, dia laju. Jadi inilah perkara-perkara yang tidak difahami. Di samping itu seperti saya sebut juga tadi, Majlis Keselamatan Jalan Raya ada menge- luarkan filem-filem bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya yang menunjukkan kesalahan-kesalahan ini. Filem yang terbaharu sudah pun mula ditayangkan mulai 16hb April yang lalu.

Puan Ainon binti Ariffin: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada yang Berhormat Timbalan Menteri yang bijaksana, iaitu adakah Kementerian beliau bercadang untuk menambah denda-denda atau hukuman-hukuman kepada kesalahan-kesalahan jalanraya kepada mereka yang melanggar atau sengaja tidak mempedulikan peraturan-peraturan lalulintas?

menggunakan lorong-laju dan lorong perlahan di lebuhraya dan apakah Datin Paduka Hajjah Zaleha binti langkah-langkah ataupun tindakan Ismail: Tuan Yang di-Pertua, memang yang akan diambil oleh pihak benar kerana kalau Ahli-ahli Yang

3083 15 JULAI 1987 3084

Berhormat semua telah membaca Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987, terdapat bahawa denda- denda dan hukuman-hukuman pada keseluruhannya dua kali ganda daripada yang terdapat dalam Ordinan Lalulintas Jalan 1958.

Ada juga peruntukan-perutukan khusus, misalnya perlumbaan haram motosikal-motosikal Y ang dilaksanakan sekarang ini ada dianjurkan oleh setengah-setengah pihak yang membahayakan peserta- pesertanya dan juga orang ramai yang menggunakan jalanraya. Begitu juga bagi pemandu-pemandu yang didapati salah melakukan kesalahan lalulintas disebabkan mabuk. Kalau pemandu mabuk ini dalam Sistem Kejara terus- terus dia dapat 20 markah, bererti bahawa lesennya akan digantung.

Sdtu lagi ialah apabila didapati dan disahkan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, seseorang itu penagih dadah, memanglah ianya tidak dibenarkan memandu kerana kalau ia memandu dalam keadaan gian ia akan membahayakan ramai pengguna-pengguna jalanraya.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan memberitahu apa sudah jadi dengan penguatkuasaan lampu kawalan had laju ini dipasang boleh mengurangkan kemalangan jalanraya itu?

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan lampu kawalan had laju ini ditangguhkan buat sementara sehingga had laju nasional dapat dilaksanakan selepas Rang Undang- undang Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan oleh Dewan ini dan dikuatkuasakan. Di samping itu memanglah didapati bahawa sekiranya

lampu kawalan had laju ini di pasang ianya akan memberi ingatan kepada pemandu bahawa dia sudah sampai had, tidak usahlah tekan lagi minyak itu supaya selamat untuk diri dia dan juga selamat untuk semua pengguna- pengguna jalan.

KAPAL ASING DI PELABUHAN-PELABUHAN

9. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa setelah mendapati beberapa kekurangan di dalam perturan-peraturan Perlesenan Perkapalan di dalam negeri, maka satu pindaan telah dibuat dan telah pun diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan dalam Perluasan 1984):

(a )sama ada akta ini telah dikuatkuasakan, mengapakah Kalau ianya telah dikuatkuasakan mengapakah kapal-kapal yang bukan pendaftaran Malaysia masih lagi bebas belayar dan bekerja di perairan Malaysia. Dari satu pelabuhan ke satu tempat di Malaysia, misalnya dari Pelabuhan Tanjung Berhala, Terengganu ke mana-mana pelantar mintak dalam perairan Malaysia:

(b) apakah sebab-sebab kelewatan Akta 1984 itu dikuatkuasakan; dan

(c) tidakkah Pegawai-pegawai Pelabuhan mempunyai kuasa untuk menahan kapal-kapal asing dari bekerja di dalam kawasan pelabuhan-pelabuhan dan sedangkan Pegawai- pegawai tersebut boleh berbuat demikian ke atas kapal atau bot- bot kepunyaan rakyat Malaysia yang tidak berlesen yang

15 JULAI 1987

menjalankan operasi dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan atau tempat-tempat yang lain di dalam perairan Malaysia sendiri.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adalah mengenai keberkesanan perlaksanaan dasar kabotaj negara. Pada asasnya kabotaj yang diperkenalkan dalam tahun 1980 adalah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menjamin supaya kargo-kargo di antara pelabuhan Malaysia adalah diangkut hanya oleh kapal-kapal yang berdaftar dan dilesenkan di Malaysia.

Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri, iaitu Lembaga yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen bagi kabotaj, tidak akan mengeluarkan satu-satu lesen itu kepada kapal-kapal asing jika sekiranya kapal yang diperlukan itu ada terdapat dalam negeri. Walau bagaimanapun, kadang-kala kapal yang khusus perlu digunakan untuk mengangkut kargo tertentu terutamanya untuk industri minyak di luar pantai, yang tidak terdapat di negara ini. Dalam keadaan ini Lembaga mengeluarkan lesen sementara yang sah, iaitu paling lama hanya tiga bulan bagi maksud tersebut.

Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Perluasan) 1984 adalah satu Akta untuk memperluaskan skop dasar kabotaj bagi merangkumi instalasi atau pelantar minyak di luar pantai. Tetapi atas sebab-sebab teknikal Akta ini belum dapat dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Oleh itu Menteri Pengangkutan tidak dapat menetapkan tarikh perlaksanaan Akta ini bagi seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa kapal-kapal asing yang bukan berdaftar di Malaysia masih

bebas belayar dan bekerja di Pelabuhan Malaysia. Mungkin ada terdapat kapal-kapal yang bukan berdaftar ini beroperasi di pelabuhan- pelabuhan kita, tetapi ini adalah selepas mendapat lesen sementara dari Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri, atas sebab yang saya sebutkan tadi, iaitu untuk membawa kargo khusus tertentu. Lesen sementara ini seperti saya terangkan tadi adalah dikeluarkan jika kapal khusus ini diperlukan dan tidak ada terdapat di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan bahawa Pegawai-pegawai Pelabuhan memang mempunyai kuasa untuk menahan bot-bot asing yang tidak mempunyai lesen yang didapati mengambil bahagian dalam pengangkutan kargo di antara pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

RANCANGAN TELEVISYEN

10. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Penerangan menyatakan bahawa sambil mengalu-alukan usaha- usaha yang diambil untuk memperbaiki mutu rancangan-ranea- ngan Televisyen, bolehkah beliau memperkenalkan semula, Bahagian- bahagian Melayu, India dan Cina itu untuk menentukan bahawa segala rancangan dan polisi Kerajaan dapat disiarkan dengan lebih tepat, jelas, licin dan lancar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat untuk memperkenalkan bahagian-bahagian seperti Bahagian Melayu, India dan Cina di TV seperti yang ujud dalam bentuk Rangkaian Nasional, Rangkaian Merah dan Rangkaian Hijau di radio, tidaklah dapat dipersetujui. Pembahagian begitu juga tidaklah dianggap akan dapat membuat rancangan-rancangan

3087 15 JULAI 1987 3088

mengenai dasar Kerajaan menjadi lebih tepat, jelas, licin dan lancar. Sebab-sebabnya adalah banyak:

Pertarnanya, rnembuat bahagian- bahagian begitu di TV akan rnelibatkan perbelanjaan yang sangat tinggi kerana tiap-tiap rancangan penting perlu diujudkan dalarn berbagai-bagai bahasa.

Keduanya, keperluan tenaga kerja juga akan berlipat ganda jika ini hendak dilakukan.

Ketiga dan yang lebih penting, TV merupakan alat perpaduan dan pernbahagian rancangan TV kepada Bahagian-bahagian Melayu, India dan Cina akan rnernbelah-bahagikan penonton serta rnengagalkan tujuan memupuk perpaduan rakyat dengan rnenonton rancangan-rancangan yang sarna.

Keadaan itu adalah berlainan dengan radio kerana radio hanya rnenggunakan bahasa saja tanpa garnbar yang dapat rnernbantu pernaharnan sesuatu rancangan oleh semua kaurn di negara ini. Dengan keperluan untuk rnenghubungi sernua kaurn, penggunaan bahasa rnereka sendiri rnenerusi radio rnenjadi arnat penting. Walaupun begitu bahasa utarna yang digunakan ialah Bahasa Kebangsaan, dan bahasa-bahasa lain itu adalah bahasa kornunikasi untuk rnenjarnin supaya rakyat berbilang kaurn dapat rnemaharni perkara- perkara penting yang disarnpaikan rnelalui radio apa lagi untuk rnenghubungi rnereka yang belurn begitu rnahir dalarn Bahasa Malaysia.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Y ang di-Pertua, setelah mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat sebentar tadi, tidakkah Kerajaan bercadang pada satu ketika yang sesuai nanti apabila rakyat negara ini sudah kesernuanya menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa negara, Rangkaian Nasional dan Rangkaian Merah di radio itu dihapuskan?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi hasrat Kerajaan ialah untuk dengan melalui media Radio dan Televisyen berusaha ke arah rnenyatukan rakyat rnelalui penggunaan media elektronik tersebut. Masalah sama ada rnernbatalkan Rangkaian Merah, Rangkaian Hijau dan sebagainya, ini adalah bergantung kepada tuntutan dan kehendak keadaan pada waktu itu.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tarnbahan. Saya minta Kernenterian berkenaan menjelaskan kepada Dewan yang rnulia ini sarna ada kelernahan Kerajaan rnenswastakan Televisyen Ketiga kepada Syarikat Televisyen Malaysia Berhad kerana sejak Televisyen Ketiga diswastakan program yang ditayangkan tidak dapat rnernbayangkan rnasyarakat kita yang berbilang bangsa. Contohnya, warta berita yang disarnpaikan dalarn TV 3 selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, TV 3 tidak rnenyarnpaikan warta berita dalarn bahasa Tamil dan bahasa Mandarin, apakah sebabnya? Adakah Kernenterian rnengambil perhatian supaya menyuruh TV 3 mengikut arahan daripada Kerajaan supaya segala warta berita itu disarnpaikan kepada tiap-tiap lapisan rnasyarakat kita rnengikut rnasyarakat kita yang berbilang kaurn.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, penswastaan TV 3 sebagaimana Yang Berhorrnat rnaklurn, bukanlah menunjukkan kelernahan Televisyen yang ada dan kekurangan-kekurangan yang ada di Kernenterian Penerangan yang berkenaan, tetapi ini adalah bertujuan untuk hendak rneningkatkan lagi aktiviti kornunikasi yang wujud di negara kita ini.

3089 15 JULAI 1987 3090

Soalan yang kedua, apakah . . . saya telah terlupa soalan yang kedua tadi.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya ialah warta berita Bahasa Malaysia.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Masalah tidak ada berita selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris di TV 3, sebenarnya TV 3 ini bukanlah berada di bawah Kementerian Penerangan. TV 3 adalah satu badan swasta yang tersendiri.

Tuan Ng Peng Hay: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini satu kelemahan pentadbiran di mana Kerajaan tidak dapat mengawal pihak swasta dalam menjalankan program TV 3?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Saya ingat Yang Berhormat tak boleh menimbulkan ketidak adanya warta berita dalam bahasa Cina dan bahasa India di TV 3 itu sebagai satu kelemahan Kerajaan kerana ini adalah hak di bawah Syarikat TV 3 itu sendiri.

Tuan Ng Peng Hay: Saya minta penjelasan . . . . .

Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukup.

RANCANGAN NINJA DI TV MALAYSIA

11. Dr Nordin Selat minta Menteri Penerangan memberitahu sejauh manakah popularnya rancangan asing seperti "Ninja" di Malaysia dan betulkah ianya lebih popular dari rancangan tempatan. Kiranya betul apakah faedahnya menamakan TV kita TV Malaysia sedangkan isinya bukan Malaysia.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, rancangan asing seperti "Ninja" dan lain-lain filem

adalah popular di kalangan masyarakat kita yang berbilang bangsa. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa rancangan- rancangan itu cukup popular dan mendatangkan hasil yang besar kepada RTM melalui penajaan. Walaupun begitu, tidak semua rancangan-rancangan asing itu popular.

Masalah penting bagi RTM ialah untuk memperbanyakkan rancangan- rancangan tempatan bagi mengimbangi rancangan-rancangan dari luar negeri. Bukanlah dasar RTM menutup pintu dan menafikan hak rakyat bagi menonton rancangan- rancangan asing. Ini ialah kerana kita perlu mendedahkan rakyat kepada aspek-aspek hidup di luar negeri yang berguna dan kepada nilai-nilai yang baik serta berfaedah kepada negara dan bangsa. Dengan kata-kata lain, kita harus mendedahkan masyarakat menjadi seperti "katak di bawah tempurung". Sebagai sebuah negara yang maju dan sedang membangun, kita harus mendedahkan masyarakat kepada pengaruh-pengaruh yang boleh mempercepatkan lagi proses kemajuan negara dan rakyat. Jadi cadangan Yang Berhormat supaya TV Malaysia ditukar kepada TV bukan Malaysia adalah satu perkara yang saya anggap agak lucu.

Dr Nordin Selat: Tuan Yang di- Pertua, tadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan ada menyatakan bahawa TV ini adalah alat perpaduan. Jadi kalau kita memandang ke Jepun, saya tidak faham sebab kalau kita hendak mendedahkannya kepada pengaruh luar, saya rasa mesti mendatangkan yang baik. Ninja ini ialah nasionalisme Jepun, yang kita hendak tonjolkan fasal Jepun kepada orang Melayu ini buat apa? Jadi, saya tidak faham. Jadi harap beri penjelasan supaya jawapan ini -bukannya lucu, tetapi jawapan yang bernas saya hendak.

309 1 15 JULAI 1987 3092

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita rnengikuti keseluruhan program program yang terdapat dalarn rangkaian-rangkaian TV kita 1 dan 2 rnaka kita lihat bahawa rancangan ternpatan yang ada adalah rnelebihi daripada rancangan-rancangan yang kita arnbil daripada luar negeri Misalnya, Rangkaian 1 RTM rancangan ternpatannya 60% dan Rangkaian 2 sebanyak 55% dan ini rnenunjukkan bahawa peningkatan program ternpat an kalau dibandingkan dengan rnasa-rnasa yang lepas kedudukan sekarang adalah lebih baik dan akan rneningkat dari satu rnasa ke satu rnasa.

Masalah wujudnya prograrn- program asing dalarn "air time" kita, ini adalah bagi tujuan sebagaimana yang saya sebutkan tadi adakah untuk rnendedahkan rakyat kita dan rnasyarakat kita kepada nilai-nilai yang positif yang ada dalarn rancangan-rancangan luar. Mungkin rnenurut ukuran Yang Berhorrnat tentang Ninja ini, rnungkin dari segi ukuran Yang Berhormat kurang baik dan sekiranya benar bahawa ini rnasyarakat rnenerirna Ninja sebagai satu nilai-nilai yang tidak baik dalarn program kita, kita akan kaji perkara yang seurnparna ini.

Tuan R. M. Jasni: Soalan tarnbahan. Adakah Kernenterian Penerangan sedar bahawa penonton yang kebanyakan rnajoritinya dalarn tayangan Ninja ini ialah anak-anak yang di bawah urnur 5 tahun?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, anak-anak bawah 5 tahun ini tak pandai tuntun TV lagi pada hernat saya.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, rnasa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab-Mulut sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dun Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 63 adalah diberi di bawah ini).

TUNGGAKAN ATAS BIL TELEFON

12. Tuan Hassan bin Nam rninta Menteri Tenaga, Telekorn dan Pos rnenyatakan berapakah jurnlah tunggakan bil-bil telefon yang ditanggung oleh Syarikat Telekorn Malaysia yang belurn dijelaskan oleh pihak pelanggan pengguna telefon di seluruh negara, dan adakah pihak Syarikat Telekorn Malaysia bercadang akan mengenakan faedah ke atas rnana-rnana pelanggan yang lewat rnenjelaskan bil telefon dari rnasa yang ditetapkan.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Datuk Leo Moggie anak Irok): Sehingga akhir tahun 1986 jumlah tunggakan ke atas bil-bil telefon yang ditanggung oleh Syarikat Telekorn Malaysia adalah sebanyak $339 juta. Syarikat berkenaan tidak rnernpunyai rancangan untuk rnengenakan faedah ke atas rnereka yang berhutang. Walau bagairnanapun syarikat itu sedang berusaha untuk rnendapatkan kernbali hutang-hutang tersebut.

PERSARAAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA

13. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim rninta Menteri Pertahanan rnenyatakan adakah apa-apa kajian yang telah dibuat kepada nasib anggota-anggota angkatan bersenjata yang rnendapat latihan-latihan khas seperti bekas-bekas anggota kornondo dan anggota-anggota intelijen yang rnungkin boleh

menimbulkan masalah sosial dan keselamatan selepas persaraan mereka.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Pada masa ini tidak ada kajian yang khusus yang telah dibuat mengenai nasib anggota-anggota Angkatan Bersenjata (Bekas Perajurit) yang mendapat latihan-latihan khas seperti bekas- bekas anggota komondo dan anggota- anggota inteligen seperti yang dimaksudkan itu. Walau bagai- manapun berhubung dengan bantuan dan lain-lain keperluan kepada bekas-bekas perajurit sukacita dimaklumkan bahawa bantuan ini telah diberi melalui proses-proses biasanya yang dijalankan oleh Kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat semua bakal-bakal bekas perajurit yang akan bersara atau tamat perkhidmatan tentera yang memenuhi syarat-syarat tertentu adalah diberi latihan peralihan di bawah kuasa Perintah Majlis Angkatan Tentera Bil. 411976. Keistimewaan yang diberikan ini ialah berupa latihan-latihan yang bertujuan untuk melengkapkan diri mereka yang boleh membantu mereka berdikari dalam kehidupan awam selepas bersara dari Angkatan Tentera. Antara jenis-jenis latihan yang diberikan ini ialah latihan kemahiran 'dan ketukangan, kursus keusahawanan serta latihan-latihan sambil kerja. Tempoh yang diberikan ialah di antara 3 bulan hingga 18 bulan, mengikut kesesuaian pangkat masing-masing.

Berdasarkan kepada pendekatan yang telah dan s e d ~ n g diambil oleh Kementerian ini, masalah bantuan kepada bakal-bakal dan bekas perajurit adalah meliputi keseluruhan anggota angkatan bersenjata, termasuklah anggota-anggota komando dan intelijen.

BEKALAN ELEKTRIK DI LADANG GETAH

14. Tuan G. Rajoo minta Menteri Buruh menyatakan:

(a) jumlah ladang-ladang getah yang tidak mempunyai kemudahan bekalan letrik dan air sepanjang hari di Negara ini;

(b) apakah tindakan Kementerian untuk memastikan bahawa setiap ladang getah di Negara ini diberi kemudahan bekalan letrik dan air agar dapat menarik lebih ramai pekerja di ladang- ladang yang selesa ini.

Menteri Buruh (Dato' Lee Kim Sai): Kementerian Buruh tidak menyimpan rekod lengkap mengenai jumlah ladang getah yang tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air, tetapi dari kajian yang telah dijalankan didapati bahawa lebih dari 90% ladang-ladang getah besar yang keluasannya melebihi seribu ekar, membekalkan kemudahan perumahan yang dilengkapkan dengan bekalan elektrik dan air kepada pekerja- pekerja.

Kementerian Buruh, melalui rancangan pemeriksaan berkanun atau lawatan ke ladang-ladang akan sentiasa meminta setiap tuan empunya ladang supaya membekalkan kemudahan elektrik dan air kepada pekerja-pekerjanya. Dalam hubungan ini juga Kementerian Buruh telah membentuk satu jawatankuasa kecil, iaitu Jawatankuasa Kerja bagi kemudahan asas di ladang-ladang, bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu kemudahan-kemudahan asas yang sedia ada di ladang-ladang. Jawatankuasa itu dianggotai oleh kedua-dua pihak majikan ladang dan pihak perkerja.

3095 15 JULAI 1987 3096

UNDANG-UNDANG HAKCIPTA

15. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sejak undang-undang Hak-cipta dikuatkuasakan sehingga ini apakah kesannya:

(a) berapa banyak kes berkenaan dibawa ke Mahkamah;

(b) berapa ramai pengusaha cetak rompak yang telah dirampas harta dan alatan dan kelengkapannya; dan

(c) apakah sambutan para pencipta dengan adanya undang-undang ini.

Tuan M. G . Pandithan: Daripada maklumat yang diterima dari Jabatan Polis Diraja Malaysia sebanyak 70 kes cetak rompak telah dibicarakan pada tahun 1984, sebanyak 135 kes dibicarakan pada tahun 1985 dan sebanyak 15 kes pada tahun 1986 (sehingga bulan Jun).

Mengikut laporan pihak Polis juga, jumlah rampasan pita kasset dan katrij adalah sebanyak 32,000 bagi tahun 1984, 60,000 bagi tahun 1985 dan 20,000 bagi tahun 1986 (sehingga bulan Jun).

Kerajaan sedar bahawa aktiviti cetak rompak masih berleluasa. Oleh yang demikian untuk meluas dan memperkemaskan lagi undang-undang ini Kerajaan telah menggubal satu undang-undang baru mengenai hakcipta iaitu Akta Hakcipta 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini dalam bulan Mac yang lalu. Akta baru ini telah mendapat sambutan baik dari kalangan para pencipta.

PROJEK PERINTIS PEMBANGUNAN KAMPUNG

DAN LUAR BANDAR

16. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan adakah benar bahawa Projek Penyusunan Semula Kampung- kampung Tradisional dan Kampung- kampung Nelayan tidak bergerak dengan pesatnya semenjak ianya dilancarkan. Jika ia, apakah tindakan Kerajaan untuk memajukannya. Jika tidak, bolehkah Menteri yang berkenaan menyatakan sejauh manakah kemajuannya dan adakah Menteri yang berkenaan berpuashati dengan kemajuan yang telah dicapai.

Tuan Mohamed bin Jamrah: Sukacita dimaklumkan bahawa program yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat yang baru dilancarkan pada bulan Julai 1987 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah projek Perintis Pembangunan Kampung dan Luar Bandar (PKLB). Projek PKLB ini dipilih dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan merupakan program pembangunan yang bersepadu yang memerlukan bukan sahaja kommitment Kerajaan Negeri tetapi juga usaha yang gigih dan kerjasama yang baik antara agensi- agensi pelaksana di peringkat negeri dan projek.

Pada asalnya sebanyak 27 projek telah dipilih. Walau bagaimanapun setakat ini 2 telah digugurkan oleh Kerajaan Negeri kerana didapati tidak begitu memenuhi kriteria dan objektif program ini. Kementerian berpuashati dengan prestasi oleh sebilangan besar projek-projek ini. Perlaksanaan projek-projek ini berada di beberapa peringkat, ada yang dalam peringkat perancangan dan peringkat awal perlaksanaan dan ada juga telah berada di peringkat 80%-90% perlaksanaan.

15 JULAI 1987

Kementerian ini yang ditugaskan untuk mengawasi keseluruhan perlaksanaan projek, sedang dalam usaha untuk mempastikan projek- projek berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama penduduk- penduduk terlibat dan juga agensi- agensi perlaksanaan yang tidak berada di bawah pengawasan Kementerian.

Memandangkan projek-projek ini adalah projek perintis, adalah penting supaya segala apa tindakan dan perlaksanaan dibuat dengan teliti supaya dapat ditentukan kejayaan projek-projek yang dipilih untuk merintis jalan bagi pemilihan projek- projek lain mengikut halacara baru ini.

Bagi penyusunan semula kampung- kampung nelayan, ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa ianya sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian melalui LKIM. Usaha ini juga selaras dengan matlamat Kerajaan untuk memperbaiki keadaan penduduk luar bandar. Setakat ini pihak LKIM telahpun mengenalpasti beberapa kawasan nelayan yang sesuai untuk penyusunan semula iaitu Telok Sekadas, Pulau Pangkor, Perak, Bunut Rendang, Kuantan, Pahang, Penyabong, Johor dan beberapa kawasan lagi.

GRADUANDALAMANGKATAN TENTERA

17. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Pertahanan menerangkan oleh kerana sebilangan besar para graduan akan keluar dari universiti-universiti tempatan dan luar negeri dan mungkin akan menganggur, adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menyerapkan para graduan tersebut sebagai pegawai dalam angkatan tentera Darat, Laut atau Udara Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj: Kementerian Pertahanan sentiasa mengalu-alukan penyertaan para belia termasuklah graduan- graduan yang berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera.

Buat masa ini Kerajaan hanya menyerap para graduan yang berkelulusan ijazah perubatan dan pergigian sahaja untuk berkhidmat dalam agensi-agensi Kerajaan termasuklah dalam perkhidmatan Angkatan Tentera.

Untuk makluman Yang Berhormat, Angkatan Tentera Malaysia ada menaja siswa-siswa sama ada daripada Cawangan Putera Maktab Tentera Di Raja mahupun siswa-siswa awam ke universiti-universiti tempatan dan luar

'negeri untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang pengajian-pengajian yang disyaratkan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ditaja oleh ATM apabila tamat pengajian akan ditawarkan berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai pegawai graduan Tugas Am.

Walau bagaimanapun pintu sentiasa terbuka kepada graduan-graduan yang bukan tajaan ATM yang berminat dan yang memenuhi syarat kemasukan untuk memasuki perkhidmatan angkatan tentera.

PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

18. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kewangan menjelaskan apakah Dasar Ekonomi Negara dalam keadaan kemelesetan sekarang. Adakah dasar tersebut dapat menentukan:

(a) pertumbuhan ekonomi dengan kadar sihat;

(b) kestabilan nilai wang negara; dan

3099 15 JULAI 1987 3100

(c) pencegahan pertumbuhan pengangguran.

Apakah kedudukan kewangan negara sekarang.

Menteri Kewangan (Tuan Daim Zainuddin): Tujuan utama pengurusan ekonomi negara pada masa ini adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Selaras dengan hasrat ini Strategi Belanjawan 1987 telah dirangka untuk:

(i) mengurangkan peranan sektor awam di dalam ekonomi, dan memperkukuhkan kedudukan kewangan negara;

(ii) menggalakkan pertumbuhan eksport, serta mengurangkan import, untuk memperbaiki Imbangan Pembayaran; dan

(iii) memperbaiki suasana pelaburan untuk memper- kembangkan pelaburan swasta, dan meningkatkan keyakinan pihak swasta.

Dalam hubungan ini, Kerajaan telahpun mengambil berbagai-bagai langkah untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi. Usaha-usaha ini telahpun berkembang dengan baik. menggalakkan. Ekonomi negara telah pun berkembang dengan baik. Dalam ucapan Belanjawan 1987 Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 1987 dianggarkan 1%. Tetapi data yang baru menunjukkan kemungkin& prestasi ekonomi pada tahun 1987 ini akan mencapai pertumbuhan sebanyak 1.5%. Namun demikian saya sukalah menyatakan di sini bahawa kadar pertumbuhan yang dijangka menunjukkan lebihan pada tahun ini walaupun positif tetapi ianya adalah masih belum memuaskan. Dengan yang demikian kita perlulah terus berusaha dengan lebih gigih bagi meninggikan produktiviti dan kecekapan dengan

tujuan untuk meningkatkan kedudukan persaingan kita supaya kedudukan sektor eksport negara dapat terus pulih dan menjadi lebih kukuh.

Prestasi sektor luar negeri telah juga menjadi bertambah baik dan pendapatan eksport telah meningkat berikutan kenaikan harga barangan utama. Oleh itu akaun semasa imbangan pembayaran yang pada tahun 1986 menunjukkan defisit dijangka menunjukkan lebihan dalam lingkungan sebanyak $500 juta tahun 1987. Dengan ini Ringgit Malaysia telahpun stabil nilainya dalam setengah tahun pertama tahun ini. di samping itu rezab luar negeri telahpun meningkat kepada $18 billion ringgit.

Keadaan pengangguran sekarang adalah tinggi kerana jumlah tenaga buruh telah berkembang dengan pesat pada kadar 2.9% berbanding dengan kadar pertumbuhan gunatenaga yang berkembang pada kadar 1.8% sahaja. Walau bagaimanapun, Kerajaan telahpun mengadakan beberapa program termasuk projek rumah kos rendah, projek jalan dan kerja-kerja kecil, menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan bagi menambah peluang-peluang pekerjaan di dalam ekonomi. Di samping itu dengan bertambahnya pelaburan dalam negeri aktiviti ekonomi akan meningkat dan ini juga dapat mengadakan peluang- peluang pekerjaan.

Kedudukan kewangan Kerajaan pada tahun ini dijangka tidak menggalakkan disebabkan kekurangan hasil dan peningkatan perbelanjaan. Hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak $18,937 juta. Dengan mengambilkira belanja mengurus sebanyak $20,739 juta, baki akaun semasa akan mencatatkan defisit sebanyak $2,702 juta. Ditambah pula dengan belanja

3101 15 JULAI 1987 3 102

pembangunan bersih Y ang dianggarkan sebanyak $5,573 juta, defisit keseluruhan dianggarkan sebanyak $8,275 juta atau 12.5% daripada KNK,

Di dalam keadaan ini Kerajaan telahpun mengambil tindakan- tindakan untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Langkah- langkah yang sedabg dikaji termasuk mengkaji semula peranan dan saiz sektor awam terutamanya peranan dan bilangan badan-badan berkanun, mengawal belanja mengurus tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan awam, mengkaji kemungkinan menggabung agensi-agensi yang mempunyai fungsi yang serupa dan bertindih, mengawal perbelanjaan Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) serta memperbanyakkan lagi program pengswastaan.

PENGKALAN TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA DI PANTAI TIMUR

19. Puan Habibah binti Jusoh minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk mengadakan Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia mengadap ke Laut China Selatan.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj: Tentera Laut Di Raja Malaysia pada masa ini mempunyai sebuah pengkalan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. Pengkalan ini bertanggungjawab terhadap pertahanan perairan negara di Laut China Selatan bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ianya berkemampuan untuk mempertahankan negara kita dari

segala bentuk ancaman di kawasan perairan negara khususnya di kawasan Laut China Selatan.

PAJAK GADAI-KES MAHKAMAH

20. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa banyak kes-kes mahkamah yang telah dimulakan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian beliau terhadap penguasa-penguasa pajak gadai di seluruh negara sehingga akhir tahun 1987 mengikut Pawnbrokers Act. 1972.

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Sungguhpun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menerima banyak aduan, masalah yang dibangkitkan telah dapat diselesaikan. Setakat ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mempunyai kes-kes mahkamah terhadap pengusaha-pengusaha Kedai Pajak Gadai.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH

21. Tuan A. Shaik Dawood Abu Bakar minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk Sistem KBSR sejak dilancarkan dan nyatakan pencapaian pelajar-pelajar dari segi "membaca, menulis dan mengira".

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat perbelanjaan yang dikeluarkan untuk program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sejak tahun 1981 hingga 1987 ialah sebanyak M$233,964 juta. Hasil

3103 15 JULAI 1987 3104

dari ujian yang dijalankan oleh buah sekolah daripada 305 buah Pusat Perkembangan Kurikulum, sekolah percubaan bagi murid-murid Kernenterian Pendidikan terhadap 104 Tahun 5, 1986, adalah seperti berikut:

PENGUASAAN 3M MENGIKUT JENIS SEKOLAH (TAHUN 5, 1986)

Bil. Jenis Sekolah Membaca Menulis Mengira ("/.I (%I (%)

1. Sekolah Kebangsaan 94.6 73 .0 69.1 (SK)

2. Sekolah Rendah 92.4 73.0 60.0 Kebangsaan (SRK) . .

3. SRJK (C) . . . . . . 90.0 62.4 87.0

4. SRJK (T) . . . . . . 87.1 59.0 57.1

KRAFTANGAN MALAYSIA- Tuan Mohamed bin Jamrah: CAWANGAN (a) Perbadanan Kernajuan

Kraftangan Malaysia kini 22. Tuan Ng Peng Hay rninta Menteri rnernpunyai 11 Cawangan di Pernbangunan Negara dan Luar peringkat negeri iaitu: Bandar rnenyatakan:

KRAFTANGAN MALAYSIA (a) berapa cawangan Kraftangan Cawangan Kedah

Malaysia yang sedia ada di seluruh Malaysia;

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Perak

(b) berapakah peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak ianya ditubuhkan;

(c) bagairnana ianya telah memainkan peranan dalarn rnernbantu industri pelan- congan;

(d) adakah rancangan untuk dipertingkatkan rnutu hasilnya;

(e) adakah kursus latihan disediakan oleh Kraftangan Malaysia untuk penduduk- penduduk luar bandar supaya rnereka dapat rnenyertai rancangan tersebut, lantaran perolehi peluang pekerjaan baginya.

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Negeri Sernbilan

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Negeri Pahang Darulmakrnur

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Terengganu

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Kelantan

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sabah

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Johor

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Melaka

3105 15 JULAI 1987 3106

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Selangor Darul Ehsan

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Johor, Melaka dan Selangor baru memulakan operasi pada 1 Julai, 1987.

Kesemua Cawangan ini menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti KRAFTANGAN MALAYSIA di peringkat negeri.

(b) mengenai soalan (b) Ahli Yang Berhormat , semenjak KRAFTANGAN MALAYSIA ditubuhkan pada 1 Oktober, 1979, jumlah pengambilan pelatih di bawah Latihan Kemahiran Asas sehingga 1987 ialah 1,961 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,551 telah tamat latihan mereka setelah mengikutinya selama 1% tahun. Sehingga kini KRAFTANGAN MALAYSIA telah mengesan seramai 879 bekas pelatih yang sedang bergiat di dalam perusahaan kraftangan. Pecahan kegiatan mereka ialah berikut:

Akliviti Bilangan

Pusat Gunasarna 80 orang

Koperasi Industri 712 orang Karnpung

Pengusaha Individu 87 orang

JUMLAH .. 879 orang

bagi menjawab soalan (c) Ahli Yang Berhormat, KRAFTANGAN MALAYSIA kini memberi tumpuan kepada mempelbagaikan keluaran barangan kraf serta menggalakkan pengeluaran kraf-kraf tempatan untuk menarik pasaran pelancong, dalam dan luar negeri.

Penekanan juga telah diberi kepada mendayacipta barang- barang kraf berbentuk hadiah dan cenderamata, sesuai bagi pasaran pelancongan.

Selain daripada itu, KRAFTANGAN MALAYSIA memperkenalkan kraftangan tempatan kepada para pelancong tempatan dan luar negeri melalui pameran-pameran Yang diadakan di INFOKRAF MALAYSIA, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur dan di Muzium Kraf Negara, Perkampungan Karyaneka, Kuala Lumpur. Muzium Kraf Antarabangsa di Perkampungan Karyaneka pula memperkenalkan hasil kraf pada pengusaha dari seluruh dunia.

KRAFTANGAN MALAYSIA bekerjasama dengan pihak Sistem Penerbangan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia di dalam program-program promosi mereka di luar negeri. Dari semasa ke semasa, KRAFTANGAN MALAYSIA juga memberi kerjasama kepada agensi Kerajaan dan pihak swasta di dalam pinjaman barang-barang kraf.

(d) mengenai soalan (d) Ahli Yang Berhormat, di bawah program "Research and Development' (R & D), KRAFTANGAN MALAYSIA memberi penekanan kepada penggunaan bahan mentah dan pembuatan barang kraf bagi memastikan kraf yang dihasilkan bermutu. Kajian sentiasa dibuat ke atas bahan-bahan pencelupan asli dan kimia, menguji kesesuaian bahan-bahan mentah tertentu, menguji pengawetan, kelunturan dan ketahanan

3107 15 JULAI 1987 3108

warna serta menyempurnakan Kedah Tanduk

lagi teknik-teknik dan kemasan Sabah Tenunan dan (finishing). Anyaman

Kempen Tanda-tanda Pengesahan ('Hallmarking') bagi barang-barang perak sedang diusahakan untuk melindungi para pengguna daripada kekeliruan ketika membeli barang perak yang bermutu sterling.

Untuk perusahaan batik, KRAFTANGAN MALAYSIA sedang mengenalpasti mesin- mesin penyudah ('finishing machines') untuk mempertingkatkan lagi mutu keluaran batik.

KRAFTANGAN MALAY- SIA juga mengendalikan skim Bekalan Bahan mentah (iaitu satu Skim Perkhidmatan Kepada Para Pengusaha) untuk menentukan bahan-bahan yang dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha terjamin daripada segi mutunya.

(e) akhir sekali menjawab soalan (e) Ahli Yang Berhormat, pada masa ini KRAFTANGAN MALAYSIA mengendalikan Latihan Kemahiran Asas yang merangkumi 11 bidang. Latihan-latihan ini dijalankan di lapan buah Cawangan KRAFTANGAN MALAYSIA di dalam bidang pengkhususan seperti berikut:

Cawangan Bidang Pengkhususan

Kelantan Batik dan Logam

Terengganu Tenunan dan Anyaman

N. Pahang Kayukraf Darulmakmur

Negeri Sembilan Buluh dan Rotan

Perak Tembikar dan Tekatan

Sarawak Tenunan dan Anyaman

Di samping itu juga KRAFTANGAN MALAYSIA mengendalikan beberapa Latihan Jangka Pendek melalui bimbingan-bimbingan teknikal, pengurusan pengeluaran dan bengkel barangan, bengkel kraftangan, dan Kursus Oriental Pengeluaran.

PROTON SAGA DIEKSPORT

23. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah kereta Nasional Proton Saga yang telah dieksport ke negara luar dan berapa banyak lagi yang akan dieksport ke luar negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Untuk makluman Yang Berhormat bilangan kereta Proton Saga yang telah dieksport hingga 31hb. Jun, 1987 ialah 354 buah. Bilangan yang akan dieksport pula adalah bergantung kepada jumlah pesanan dari negara- negara yang ingin mengimport kereta Proton Saga. Misalnya untuk bulan Julai 1987 Proton telahpun menerima pesanan bagi 40 buah Proton Saga dari Sri Lanka.

FELDA-KEMASUKAN PENEROKA

24. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan sehingga sekarang ini berapa ramai lagi FELDA kekurangan peneroka-peneroka; berapa jumlah rancangan yang telah siap sempurna tetapi tidak dapat dimasukkan penerokanya, atas sebab ketiadaan peneroka.

3109 15 JULAI 1987 3110

Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Matlamat tahunan FELDA di dalarn kemasukan peneroka ialah seramai 6,000 orang peserta. Bagi tahun 1987, sehingga kini FELDA hanya dapat menempatkan seramai 3,157 peserta atau 53% dan masih kekurangan seramai 2,843 peserta untuk mencapai target tahunan. Kekurangan ini disebabkan masalah penyediaan infrastruktur seperti jalan-jalan, bekalan air, sekolah, klinik dan sebagainya. Masalah kekurangan calon peneroka hanya dialami di Negeri Pahang sahaja. Bilangan calon menunggu daripada Negeri Pahang sehingga kini ialah seramai 30 orang peserta sahaja. Setakat ini tidak ada rancangan yang telah siap sempurna tetapi tidak dapat dimasukkan peneroka.

PERUBATAN HOMEOPATHY

25. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pendirian Kementeriannya terhadap jenis perubatan "Homeopathy" yang sedang berkembang pesat di negara kita baru- baru ini.

Dato' K. Pathmanaban: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini dua cara perubatan yang sedang digunakan oleh orang ramai, iaitu cara perubatan barat yang saintifik dan cara perubatan traditional. Sungguhpun kedua-dua cara ini berlainan tetapi tujuan mereka adalah satu dan sama sahaja, iaitu menyembuhkan pesakit. "Homeopathy", seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat, ialah satu daripada beberapa jenis cara perubatan traditional. Oleh sebab ianya telah diterima oleh sebilangan masyarakat Malaysia dan mempunyai peranannya

yang tersendiri di dalam perubatan, Kementerian Kesihatan mengakui kedudukan jenis perubatan traditional ini, dengan syarat pengamalnya tidak melanggar peruntukan-peruntukan yang tertentu yang didapati di dalam Akta Perubatan 1971.

MASTAMBANG KE TANAH SUCI

26. Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said minta Perdana Menteri menerangkan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan tambang kapal terbang bagi bakal haji ke Tanah Suci pada tahun-tahun akan datang.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tambang kapal terbang untuk menunaikan fardhu Haji ditetapkan oleh pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), dan mengikut kajian MAS tambang ini tidak dapat dikurangkan lagi.

Walau bagaimanapun Kerajaan berharap tambang yang dikenakan sekarang kepada bakal-bakal haji akan dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang.

AJARAN SYIAH

27. Tuan Haji Abdul Majid bin Latif minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar dan terdapat di kalangan orang Islam di negara ini mengamalkan ajaran 'Syiah'. Jika benar dapatkah Menteri yang berkenaan menjelaskan:

(a) sejauh manakah keberkesanan pengaruh ajaran 'Syiah' telah dapat mempengaruhi orang- orang Islam di negara ini. Siapakah Yang ber- tanggungjawab membawa masuk dan mengajar ajaran 'Syiah'. Adakah ianya dibawa oleh orang perseorangan atau parti-parti politik;

3111 15 JULAI 1987 3112

(b) apakah bahayanya atau salahnya ajaran 'Syiah' diikuti oleh orang Islam; dan

(c) jika ianya menyalahi daripada ajaran Islam apakah tindakan Kerajaan untuk membenteras ajaran tersebut di negara ini.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamad Nor:

(a) Ajaran Syiah bukanlah suatu perkara baru bagi umat Islam di negara ini. Sejarah perkembangan dan fahaman syiah merupakan suatu daripada mata pelajaran dalam kursus- kursus pengajian Islam di sekolah-sekolah menengah dan juga universiti-universiti. Buku- buku mengenai syiah ada dijual di kedai-kedai dan juga perpustakaan-perpustakaan.

Oleh itu soal siapa yang membawa masuk ajaran syiah itu tidak timbul sama sekali.

Di kalangan masyarakat Melayu belum terdapat- tanda- tanda bahawa ajaran syiah telah mempengaruhi mereka. Apa yang didapati ialah ada sebilangan kecil ahli-ahli akademik yang menunjuk minat yang lebih untuk mengkaji secara mendalam ajaran syiah tetapi tidak ada bukti mereka mengamalkan ajaran itu;

(b) Ajaran Syiah adalah berbeza dan bercanggah dengan fahaman Islam ahli-Sunnah Wal-Jumaah yang merupakan mazhab yang diiktiraf di negara ini.

(c) Cara mencegah ajaran syiah dari diamalkan oleh masyarakat Islam di negara ini adalah sama seperti cara yang dilakukan untuk membasmi ajaran-ajaran sesat iaitu melalui dakwah

menerangkan kepada masya- rakat bahawa sebahagian ajaran itu salah di sisi undang- undang dan bertentangan dengan fahaman mazhab ahli sunnah dan yang kedua melalui tindakan undang-undang terhadap yang bersalah jika ada.

TANAH TERBIAR

28. Tuan Koh Im Pin minta Menteri Pertanian menyatakan berapakah jumlah hektar tanah terbiar di negara kita dan adakah Menteri berkenaan membuat rancangan untuk menambahkan pengeluaran negara kita dengan menggunakan tanah terbiar tersebut.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid): Pada akhir tahun 1986, Kementerian Pertanian telah mengenalpasti seluas 125,255 hektar sawah terbiar di seluruh Semenanjung Malaysia. Di samping itu terdapat sejumlah 398,891 hektar tanah terbiar yang terdiri dari tanah bukan sawah. - -

Pada masa ini Kementerian Pertanian sedang bergiat menyediakan pelan-pelan pengeluaran bahan-bahan makanan negara sama ada bagi maksud penggantian import ataupun untuk dieksport. Pelan pengeluaran makanan tersebut akan menggariskan matlamat pengeluaran bagi sesuatu komoditi, kawasan-kawasan yang sesuai untuk tanaman berkenaan dan strategi pembangunan serta jangkamasa - y a n g diperlukan. Kementerian Pertanian telah mengambil beberapa langkah untuk membantu mempergiatkan lagi penggunaan tanah 'sawah terbiar. Pertumbuhan-pertumbuhan Peladang Kawasan telah mengenalpasti seluas lebih daripada 15,000 hektar tanah sawah terbiar di mana tuan-tuan tanah terlibat bertujuan untuk menyerahkan hak mengusahakan tanah tersebut kepada pihak-pihak pengusaha yang berminat.

3113 15 JULAI 1987 3114

PELAJARAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI

29. Tuan R. M. Jasni minta Menteri Pendidikan menerangkan adakah Kementeriannya bercadang untuk meletakkan bidang kuasa Pelajaran di bawah Kerajaan Negeri seperti yang telah disarankan oleh satu Konvensyen anjuran Yayasan Sabah.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Menteri Pendidikan tidak berkuasa untuk meletakkan bidang kuasa Pelajaran di bawah Kerajaan Negeri memandangkan di bawah Perlembagaan Persekutuan (butiran 13, Senarai I , Jadual Sembilan) Pendidikan terjatuh di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.

(Soulun No. 30. Sila lihat jawapan No. 7).

BADANKEBUDAYAAN DI JABATAN KERAJAAN

31. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan adakah beliau bercadang untuk mewujudkan badan-badan kebudayaan di setiap Jabatan Kerajaan supaya rakyat di negara ini dapat mengenal secara mendalam kebudayaan negara kita sendiri.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Di kebanyakan Jabatan-jabatan Kerajaan memang telah sedia ada badan-badan atau kelab sama ada yang berbentuk kebajikan dan kebudayaan ataupun sukan dan kebudayaan dan yang seumpamanya. Kebanyakan dari badan-badan atau kelab tersebut menjalankan berbagai kegiatan termasuklah kegiatan kesenian seperti kumpulan koir, muzik, tarian, drama ataupun penulisan.

Kementerian pada peringkat ini memanglah menggalakkan penubuhan dan kegiatan badan-badan di Jabatan Kerajaan itu kerana di samping menjalankan kegiatan dan aktiviti kebudayaan, ia juga boleh mengukuhkan persahabatan dan silaturahim. Kementerian ini juga telah dan sedia membantu memberi khidmat jurulatih kepada mana-mana badan di jabatan-jabatan Kerajaan di bidang seni muzik, drama ataupun tarian serta khidmat nasihat kebudayaan.

PROTON SAGA- EKSPORTIPASARAN

32. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejak daripada mula Negara kita mengeluarkan kereta Proton Saga hingga ke hari ini berapa buah kereta yang telah dipasarkan dan ke negeri mana dipasarkan.

(b) sehubungan dengannya berapa banyak hasil diperolehi dan juga keuntungan yang didapati.

(c) berapa ramai kakitangan dan pekerja-pekerja keseluruhannya dan bagaimana masa depan kereta Nasional ini pada masa akan datang.

Tuan Kasitah bin Gaddam:

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, semenjak Proton Saga mula dipasarkan pada lhb September, 1985 hingga 31hb Jun, 1987, sebanyak 40,935 buah kereta telah dipasarkan di dalam negeri dan 354 buah telah dieksport. Negara-negara yang telah mengimport Kereta Proton Saga ialah New Zealand, Malta, Bangladesh dan Brunei Darussalam.

31 15 15 JULAI 1987 31 16

( h ) Berhubung dengan hasil dan keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut, Yang Ber- hormat bolehlah mendapatkan- nya daripada laporan akaun berkanun syarikat yang dikemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Syarikat.

(c) Pada masa ini, jumlah kakitangan Proton termasuk pekerja-pekerja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan pengeluaran kereta ialah seramai 1,280 orang.

Untuk makluman Yang Berhormat, peratus bahagian pasaran tempatan (local market share) yang dicapai oleh Proton Saga bagi kereta-kereta yang sekelas dengannya kian meningkat. Begitu juga bilangan negara yang menunjukkan minat untuk mengimport kereta Proton Saga juga menggalakkan. Berpandukan kepada 2 faktor tersebut bolehlah dikatakan prospek untuk Proton Saga berkembang adalah baik.

KES YANG DIBICARAKAN

33. Puan Habibah binti Jusoh minta Menteri Kehakiman menyatakan berapa lamakah satu-satu kes itu dibicarakan dan kenapa tidak diperbanyakkan Hakim-hakim dan peluang kenaikan pangkat dan taraf Hakim-hakim patut dipercepatkan tidak bergantung kepada kekosongan jawatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' 00 Gin Sun): Jangka masa bagi satu-satu kes itu dibicarakan tidaklah dapat ditentukan kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor:

(a) Jenis kes;

(b) Kehadiran saksi-saksi;

(c) Kesediaan peguam mengendalikan kes;

(d) Kesediaan pihak pendakwa menjalankan kes;

(e) Keadaan Hakim dan Majistret yang mengendalikan kes-kes (jatuh sakit dan sebagainya).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain dari faktor yang tersebut di atas, dalam kebanyakkan kes jenayah yang serious pihak pendakwa menggunakan kenyataan amaran (cautioned statement). Kes- kes seperti ini memakan masa untuk membicarakannya. Mengikut prosedur, "a trial within a trial" perlu diadakan jika pihak yang kena tuduh tidak mengakui membuat kenyataan amaran dengan sukarela. Sesuatu "trial within a trial" kerapkali mengambil masa yang lebih daripada perbicaraan sebenar satu-satu kes jenayah.

Bilangan jawatan hakim Mahkamah Tinggi yang ada iaitu sebanyak 35 jawatan kesemuanya seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, adalah mencukupi untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah ~ i n G i . Oleh itu Kerajaan tidak bercadang untuk menambah lagi bilangan Hakim Mahkamah Tinggi. Berhubung dengan jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret pula, satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan dan keperluan jawatan di mahkamah-mahkamah termasuklah jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Kajian ini adalah berikutan dari perlaksanaan Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987.

Mengenai peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai Kehakiman pula, urusan mengenainya dibuat dari masa ke semasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mengikut prosedur dan kekosongan yang ada.

AKTA PEMBAHAGIAN 1958-KAJIAN

34. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kehakiman menyatakan sama ada Kementerian beliau sedar bahawa Ordinan Pembahagian 1958 menetapkan supaya:

(a) sekiranya seorang perempuan meninggal dunia tanpa wasiat, tetapi mempunyai seorang suami, maka keseluruhan hartanya akan diwarisi oleh suaminya; dan

( h ) manakala sekiranya seorang lelaki meninggal dunia tanpa wasiat, tetapi mempunyai seorang isteri dan anak, maka isterinya berhak mewarisi 113 daripada harta suaminya dan jikalau beliau mempunyai seorang isteri dan tidak ada anak, maka isterinya akan mewarisi 1/2 daripada hartanya.

Kalau sedar, apakah langkah- langkah yang telah ataupun akan diambil untuk meminda Ordinan itu demi memastikan supaya kedua-dua suami dan isteri diperuntukkan hak yang sama dalam pembahagian harta sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia tanpa wasiat.

Dato' 00 Gin Sun: Buat masa ini Kerajaan belum bercadang untuk meminta Akta Pembahagian, 1958. Walau bagaimanapun undang-undang ini sedang dalam kajian oleh pihak tertentu.

WARGANEGARA ASING MEMILIKI 'I'ANAH

35. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan mengenai kedudukan Bukan WarganegaraiRakyat Asing yang telah

diberi kesempatan dan peluang hasil dari kelonggaran syarat kesan dari kemelesetan pasaran harta:

(11) sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai dari kelonggaran dasar terbuka itu;

(b) apakah Kerajaan sedar dengan kelonggaran syarat dan dasar terbuka itu akan menimbulkan sedikit sebanyak kesan-kesan buruk yang merugikan warganegara sendiri. Dan apakah langkah-langkah yang telah dibuat bagi mengatasinya; dan

(c) negeri manakah yang telah menjadi tumpuan dan sasaran rakyat asing Bukan Warga- negara dalam ha1 ini.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: Pindaan Kanun Tanah Negara bagi membolehkan warganegara asing memiliki tanah telah diwartakan sebagai Akta A658 pada 31hb Disember, 1986. Ianya mula berkuatkuasa pada lhb Januari, 1987. Oleh kerana tempohnya singkat, belum ada kajian dibuat ke atas kesan pindaan ini dan sehubungan dengan itu keadaan sebenar ke atas soalan-soalan (a), (b) dan (c) belum dapat dipastikan. Walau bagaimanapun sekatan milik yang dikenakan oleh pihak berkuasa Negeri terhadap tanah-tanah yang dilupuskan selepas tahun 1966 iaitu selepas kuatkuasanya Kanun Tanah Negara Akta 56, 1965, terutamanya tanah-tanah untuk tujuan bangunan membolehkan pihak berkuasa Negeri menyemak dan menimbang permohonan-permohonan pindah milik daripada pemilik pertama kepada pemilik kedua dan seterusnya. Tanah yang dikenakan sekatan milik ketika pelupusan menghendaki pemilik pertama mendapat kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa Negeri sebelum ianya dapat dijual atau dipajak. Sekatan yang sedia wujud ini membolehkan pihak berkuasa Negeri mengawal pemindahan milik tanah.

15 JULAI 1987 3120

PEKER JA SY ARIKAT TELEKOM MALAYSIA

36. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Tenaga. Telekom dan Pos menyatakan jumlah bilangan pekerja Telekom yang telah menyertai perkhidmatan Syarikat Telekom Malaysia, dan jika ada berapa pula jumlah mereka yang enggan menyertai Syarikat Telekom Malaysia dan apakah tindakan Kementerian terhadap mereka yang tidak ingin menyertai Syarikat Telekom Malaysia berkenaan.

Datuk Leo Moggie anak Irok: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah bilangan pekerja Telekom sebelum ianya diswastakan sehingga akhir tahun 1986 ialah 28,884 orang. Dari jumlah tersebut 28,385 orang telah bersetuju menandatangani surat tawaran untuk menyertai Syarikat Telekom Malaysia mulai pada lhb Januari 1987. Sejumlah 102 orang pula telah memilih untuk memasuki Jabatan Telekom (Kawalselia) yang juga dikenali sebagai "Regulatory Body".

Mereka yang tidak mahu menyertai Syarikat Telekom Malaysia Berhad telah diberi pilihan untuk bersara lebih awal. Seramai 397 orang telah memilih untuk bersara lebih awal dan mereka telah diberi wang persaraan mengikut tanggagaji terakhir berserta wang ganjaran mengikut perkiraan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

AKTA MEMAKAI PAKAIAN

37. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan, kerana terdapatnya rakyat asing yang datang ke negara ini memakai pakaian yang tidak sopan yang boleh meruntuhkan moral masyarakat Malaysia, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan "Akta Memakai Pakaian", kalau ada bila. Kalau tiada apakah langkah- langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk mewujudkan Akta memakai Pakaian seperti yang sebutkan itu kerana garis panduan nilai dan norma mengenai berpakaian di Malaysia selalu dihebahkan kepada masyarakat pelancong melalui penerangan-penerangan dalam penerbitan seperti risalah-risalah Perbadanan Kemajuan Pelancongan atau lain-lain sumber maklumat tentang kehidupan masyarakat Malaysia yang sedia terdapat di pasaran. Rakyat asing yang datang ke Malaysia seharusnya telah sedar dan maklum tentang kehidupan berbudaya masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum itu.

FERI TANJONG BELUNGKOR JOHOR-SINGAPURA

38. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah projek Feri Tanjong Belungkor JohorIChangi Singapura dimulakan bagi kegunaan pelancongan.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Projek Feri Tanjong Belungkor-Tg. Changi mengandungi pembinaan 2 pengkalan iaitu di Tg. Belungkor, Johor dan di Tg. Changi, Singapura. Di pengkalan Tg. Belungkor, persiapan telah pun diadakan dan kerja-kerja pembinaannya akan mengambil masa selama 10 bulan. Di pengkalan Tg. Changi, kerja-kerja di sini akan mengambil masa yang lebih oleh kerana kerja-kerja penambakan tanah (land reclamation) perlu disediakan dahulu oleh Kerajaan Singapura. Kementerian ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Singapura untuk menentukan bilakah projek di pengkalan ini dapat disiapkan.

3121 15 JULAI 1987 3122

SIARAN LARUT MALAM TV MALAYSIA

39. Tuan G. Rajoo minta Menteri Penerangan menyatakan sebab- sebabnya beliau bercadang menamatkan tayangan gambar larut malam dalam siaran TV Malaysia. Nyatakan juga sama ada tujuan menamatkan tayangan larut malam ini dapat mengatasi masalah penuntut beralih menonton TV melalui video jika tayangan TV ditamatkan lebih awal.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Antara sebab-sebab utama kenapa siaran RTM pada hari-hari kerja perlu dipendekkan adalah seperti berikut:

Pertamanya Kerajaan tidak mahu supaya masyarakat tidur lambat kerana ini akan menjejas pekerjaan mereka pada esok harinya; khususnya di zaman pembangunan ini di mana Kerajaan sedang menggesa rakyat supaya bekerja kuat dan meningkatkan produktiviti negara agar masalah kemerosotan ekonomi dapat di atasi. Oleh itu amatlah penting bagi rakyat untuk mendapat waktu berehat yang sewajarnya menjalankan kerja dengan penuh tekun dan rajin pada keesokkan harinya. Kerajaan juga tidak mahu masyarakat leka dengan hiburan saja.

Kedua, tidur lewat tidak baik untuk kesihatan. Pakar-pakar kesihatan mengatakan bahawa kekurangan tidur bagi seseorang pada sesuatu hari tidak akan dapat dipulihkan. Oleh itu sebarang gangguan ke atas kesihatan masyarakat akibat dari menonton hingga ke larut pagi, perlulah dielakkan.

Ketiga, semua negara-negara dalam ASEAN juga tidak membuat siaran TV hingga ke larut pagi. Sebab-sebabnya adalah serupa dan oleh itu kita tidaklah mahu rakyat Malaysia disebut sebagai rakyat yang

suka bersenang-lenang saja menonton TV sehingga menjejas pekerjaan masing-masing.

Keempat, negara-negara maju seperti United Kingdom juga tidak membuat siaran TV sehingga larut pagi sedangkan di Amerika Syarikat, sudah timbul perbalahan sama ada TV patut membuat siaran 24 jam seperti yang dilakukan sekarang. Ini ialah kerana akibatnya kepada masyarakat, terutamanya kepada kanak-kanak dan pemuda-pemudi yang masih belajar di bangku sekolah. TV memanglah menjadi gangguan yang paling besar di samping membawa kesan-kesan dan pengaruh yang tidak baik, jika penontonnya tidak dikawal secara ketat oleh ibu bapa mereka.

Kementerian Penerangan meng- ambil keputusan untuk memen- dekkan rancangan pada hari- hari kerja memandangkan sebab-sebab tersebut di atas. Walau bagaimanapun waktu siaran bagi hari-hari cuti awam tidaklah dipotong supaya rakyat dapat melepaskan letih lelah mereka pada hari-hari percutian itu.

Sama ada pemendekkan masa siaran itu dapat memaksa penuntut-penuntut sekolah tidur cepat dan tidak beralih kepada video, adalah soal kawalan di rumah oleh ibu bapa masing-masing. RTM tidaklah bercadang untuk menyaingi industri video di negara ini dan pilihan sama ada hendak menonton siaran TV atau video adalah hak asasi warganegara yang sentiasa di hormati oleh Kera jaan.

DASAR EKONOMI BARU- PELAKSANAAN

40. Tuan C. Krishnan minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peratus pengangguran di negara ini sekarang dan apakah langkah-langkah yang dirangka untuk mengatasi.

3123 15 JULAI 1987 3124

28. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri menerangkan sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, sudahkah ianya mencapai matlamatnya. Jika belum apakah rancangan Kerajaan seterusnya untuk mencapai kepada matlamat Dasar Ekonomi Baru ini. Apakah Kerajaan akan tunduk kepada desakan-desakan supaya Dasar Ekonomi Baru ini dihapuskan dan diganti dengan satu dasar yang lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom Haji Maasom pada 17 Julai 1987 kerana ini adalah hampir- hampir sama maksudnya dengan soalan pada hari ini.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah menghasilkan kejayaan yang menggalakkan ke arah kedua objektif membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bukti dan maklumat-maklumat seperti yang terkandung di dalam dokumen- dokumen rancangan pembangunan lima tahun jelas menunjukkan ha1 ini. Walau bagaimanapun, pencapaian- pencapaian tersebut tidaklah bermakna hasrat DEB telah tercapai sepenuhnya. Kerajaan sendiri berpendapat selagi negara kita mengalami masalah ketidak- seimbangan dari aspek-aspek seperti pendapatan, taraf hidup, pekerjaan, hakmilik produktif dan sebagainya, teras DEB untuk menghapus kemiskinan dan menyusun semula masyarakat patutlah diteruskan. Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara sejak akhir- akliir ini juga sedikit sebanyak telah dan mungkin akan terus menjejaskan pencapaian matlamat DEB. Dari itu, langkah-langkah penyesuaian dan strategi-strategi baru mestilah disusun

untuk mengatasi masalah-masalah baru yang dialami oleh negara. Kedudukan kemiskinan dan tahap pembangunan kawasan luar bandar harus mendapat perhatian utama sementara matlamat penyusunan semula masyarakat Malaysia mestilah diteruskan demi mencapai tujuan akhir kita untuk membina sebuah negara yang makmur dan stabil.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini, Kerajaan telah memulakan langkah-langkah awal mengkaji pelaksanaan DEB ke arah penggubalan satu dasar baru selepas tahun 1990. Kerajaan masih belum lagi membuat keputusan muktamad mengenainya. Kerajaan sentiasa sedar bahawa perkara ini memerlukan banyak perhatian dan perbincangan berbagai pihak dan di berbagai peringkat. Soal sama ada Kerajaan akan tunduk kepada desakan-desakan tertentu, pada hemat saya, tidak timbul sama sekali.

PERATUS PENGANGGURAN

41. Tuan Abu Bakar Sheikh Dawood minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peratus pengangguran di negara ini sekarang dan apakah langkah-langkah yang dirangka untuk mengatasinya.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee kerana kedua-dua soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut mempunyai persamaan.

Jumlah peratus pengangguran di negara ini dianggarkan sebanyak 8.5% pada akhir tahun 1986, dan dijangka meningkat kepada lebih kurang sebanyak 9.5% pada tahun 1987.

Keadaan pengangguran yang dihadapi oleh negara kita pada masa ini adalah disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan ekonomi yang lembab.

3125 15 JULAI 1987 3 126

Oleh yang demikian Kerajaan sedaya UPaY a cuba meningkatkan pertumbuhan ekonomi supaya peluang pekerjaan yang lebih dapat diwujudkan.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan, Kerajaan antara lain telah membuat beberapa pengubahsuaian dan kelonggaran dalam dasar-dasar pelaburan. Kemudahan-kemudahan dan insentif- insentif yang lebih menarik telah ditawarkan. Prosidur-prosidur pelaburan telah diselaraskan. Demi mencapai tujuan mengatasi masalah pengangguran, pelaburan yang berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak adalah digalakkan.

Dari jangkamasa pendek, Kerajaan sedang melaksanakan langkah-langkah yang disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai kemelesetan ekonomi negara. Di antara langkah- langkah tersebut yang dijalankan bagi mengurangkan pengangguran ter- sebut:

(i) pembinaan 80,000 unit lagi rumah kos rendah setahun dalam tempoh 1986-1988;

(ii) pengubahsuaian tanah lombong untuk kegunaan pertanian;

(iii) kerja-kerja membina jalan raya dan jalan-jalan kecil yang banyak menggunakan tenaga buruh termasuk pembinaan jalan kecil dan jalan menyambung bagi menyokong kegiatan pertanian dan industri kecil;

(iv) Pelaksanaan program pem- binaan lebuh raya dengan tumpuan ke atas pertarnbahan penggunaan bahan-bahan tempatan seperti simen, keluli dan lain-lain lagi menambah peluang pekerjaan;

(v) penyusunan semula peraturan- peraturan berkaitan dengan industri penjaja kecil dengan tujuan untuk mewujudkan pekerjaan sendiri;

(vi) latihan serta program-program melatih semula dalam bidang pertukangan yang mempunyai pekerjaan bagi penganggur dan mereka yang diberhentikan kerja; dan

(vii) langkah-langkah menyekat kemasukan baru pekerja- pekerja asing.

TANAH REZAB MELAYU- AMBIL ALIH

42. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan:

(a) berapa banyakkah tanah Simpanan Melayu yang telah diambil dan ditukar syaratnya untuk tujuan-tujuan pemba- ngunan negara dan sebagainya; dan

(b) negeri-negeri manakah yang banyak terlibat dalam perancangan dan tindakan ini, dan sejauh manakah usaha- usaha telah dibuat bagi menentukan yang "Tanah Simpanan Melayu" tidak akan berkurangan.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Jumlah kelulusan tanah rezab Melayu yang telah diambil dan digunakan untuk tujuan-tujuan pembangunan negara dan sebagainya adalah seluas 48,711.1 hektar.

(b) Negeri-negeri yang banyak terlibat dalam perancangan daii tindakan ini ialah Pahang Darulmakmur, Perak, Kelantan dan Kedah.

15 JULAI 1987 3128

Kerajaan-kerajaan Negeri adalah sentiasa mengambil tindakan untuk mengganti tanah-tanah rezab Melayu yang telah diambil balik itu supaya tanah rezab Melayu itu tidak berkurangan.

PERBICARAAN KES DI MAHKAMAH

43. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kehakiman menerangkan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mempercepatkan perbicaraan kes-kes jenayah dan sibil yang semakin bertambah di mahkamah-mahkamah di seluruh negara.

Dato' 00 Gin Sun: Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan tertentu bagi mempercepatkan perbicaraan kes di mahkamah iaitu seperti berikut:

(i) Akta Mahkamah end ah, 1984 telah dipinda dan dengan terlaksananya Akta Mahkamah Rendah (Pindaan), 1987 mulai lhb Ogos 1987 kes-kes sibil $100,000 ke bawah akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan tidak lagi di Mahkamah Tinggi dan seterusnya kes-kes sibil $25,000 ke bawah akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Kelas I dan kes-kes sibil $3,000 ke bawah di Mahkamah Majistret Kelas 11, yang mana 20 buah mahkamah akan diujudkan.

(ii) Satu Jawatankuasa Khas yang terdiri dari Jabatan Per- khidmatan Awam, Per- bendaharaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Kehakiman dan Kementerian Kehakiman telah dibentuk

untuk meneliti kedudukan dan menimbang keperluan perjawatan mahkamah-mah- kamah dan jabatan-jabatan di Kementerian Kehakiman.

(iii) Jawatan-jawatan yang masih kosong di mahkamah- mahkamah akan diisi dari masa ke semasa.

(iv) Dalam Rancangan Malaysia Kelima, jumlah bilangan mahkamah akan ditambah selepas Kerajaan menimbang- kan semua sebilangan besar projek-projek mahkamah yang telah dipotong. Untuk kajian tahunan, peruntukan sebanyak $92 juta telah dipohon untuk melaksanakan 47 buah projek mahkamah.

(v) Di samping meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai yang mengendalikan kes-kes, alat-alat kelengkapan pejabat seperti sistem Mikro Komputer dan "Word Processor" juga telah dibekalkan kepada mahkamah-mahkamah.

(vi) Peraturan-peraturan dan pro- sedur-prosedur pentadbiran mahkamah sedang dikaji untuk dibuat perakuan dengan tujuan untuk melicinkan urusan dan meningkatkan kecekapan mahkamah.

(vii) Segala usaha sedang dibuat bagi mendapatkan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kes seperti pihak pendakwa, pemebela saksi-saksi dan Jabatan-jabatan Y ang berkaitan membatu pihak mahkamah mempercepatkan perbicaraan kes-kes.

3129 15 JULAI 1987 3130

BANGUNAN BARU JPJ MELAKA

44. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah projek bangunan baru JPJ Melaka akan dilaksanakan memandangkan:

(a) tapak bangunan yang sedia ada ini terletak di dalam kawasan pelancongan;

(b) bangunan JPJ lama ini yang telah dibina sejak tahun 1936, telah tidak sesuai digunakan lagi;

(c) kawasan tersebut amat sesak.

Dengan demikian, pejabat JPJ Melaka perlu dipindah dengan segera ke satu tempat yang lebih sesuai.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Projek untuk membina JPJ Melaka memang telah dirancang oleh Kementerian Pengangkutan sejak Rancangan Malaysia Keempat lagi. Untuk tujuan tersebut tanah seluas 17 ekar di Mukim Bukit Katil Daerah Melaka Tengah telah diambilalih pada tahun 1980. Disebabkan keadaan kemelesetan ekonomi negara, maka perancangan pembinaan pejabat baru tersebut terpaksa ditangguhkan. Adalah diharap projek ini akan dapat dilaksanakan apabila keadaan ekonomi negara pdih semula.

SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA-KECEKAPAN

45. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sejak Jabatan Telekom diswastakan kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad:

(a) adakah mutu kecekapan telah ditingkatkan;

(6) adakah Kerajaan sedar bahawa Syarikat Telekom Malaysia Berhad akan menaiki cagaran yang membebankan orang ramai. Pihak S.T.M.B. tidak

patutnya mengabaikan tanggungjawab perkhid- matannya terhadap masyarakata dan asyik mencari keuntungan sahaja.

Datuk Leo Moggie anak Irok: Adalah terlalu awal untuk menilai mutu kecekapan kakitangan Syarikat Telekom Malaysia kerana syarikat itu baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini.

Syarikat Telekom Malaysia tidak menaikkan cagaran ke atas pengguna- pengguna dan tidak pula semata-mata mencari keuntungan. Syarikat itu hanya mengenakan tambahan wang cagaran kepada pengguna-pengguna yang bil telefonnya terlalu tinggi. Ini adalah semata-mata untuk mengelakkan syarikat itu menanggung kerugian. Sebagai contoh kenapa tambahan cagaran itu perlu, dalam bulan Disember 1986 tunggakan ke atas bil-bil telefon STM adalah sebanyak $8,527,477.27 manakala wang deposit yang dikutip dari pelanggan hanyalah $1,775,572.00 sahaja. Ini bermakna bahawa syarikat itu akan menanggung kerugian sebanyak $6,751,905.27 sekiranya syarikat itu gaga1 mengutip tunggakan- tunggakan berkenaan.

FELDA-TARAF PENEROKA

46. Dr Nordin Selat minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menerangkan apakah usaha- usaha yang akan dibuat untuk meninggikan taraf peneroka.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: usaha-usaha yang dilaksanakan oleh FELDA ialah ke arah meninggikan taraf hidup dan kualiti hidup peneroka-peneroka. Untuk mencapai matlamat ini tumpuan adalah di beri ke arah meningkatkan paras pendapatan peneroka. Dalam

3131 15 JULAI 1987 3132

keadaan ekonomi meleset ini, termasuk buah-buah dan sayur- peningkatan pendapatan peneroka sayuran. Kesemua langkah-langkah ini dibuat melalui beberapa langkah bertujuan menambah pendapatan seperti berikut: para peneroka.

(a) Mengurangkan kos penge- luaran.

(b) Meningkatkan hasil ladang.

(c) Menggalakkan usaha-usaha ekonomi sampingan.

(d) Memberikan latihan Vokasional kepada tanggungan- tanggungan mereka.

Langkah-langkah mengurangkan kos pengeluaran termasuk mengurangkan bilangan pusingan penjagaan ladang, menggunakan baja yang lebih murah, mengurangkan dirian pokok semasa menanam dan .mengurangkan saiz serta taboran laterite jalan-jalan pertanian. Kesemua langkah-langkah pengu- rangan kos ini dibuat dengan mengambil kira iany'a tidak menjejaskan mutu penjagaan ladang dan juga penghasilan.

Langkah-langkah meningkatkan penghasilan termasuklah penggunaan bahan tanaman yang lebih bermutu, amalan penjagaan ladang yang lebih sistematik, penggunaan baja yang optima, kawalan musuh dan penyakit yang lebih ketat. Amalan pengeluaran hasil seperti menoreh dan memotong buah juga dilakukan mengikut amalan-amalan yang disyorkan oleh Badan-badan Penyelidik seperti RRI. Dalam hubungan ini perhatian diberi kepada mengurangkan pembaziran seperti mempastikan semua buah- buah relai dikutip.

FELDA sentiasa menggalakkan peneroka-peneroka serta tanggungan mereka melaksanakan aktiviti usaha ekonomi sampingan seperti menternak lembu daging, lembu tenusu, kambing biri-biri, ayam, itek dan sebagainya. Mereka juga digalakkan menternak ikan air tawar serta menanam tanaman kontan

FELDA juga memberi latihan Vokasional di berbagai bidang kepada anak-anak serta tanggung- an peneroka. Ini bertujuan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih mudah mendapat pekerjaan atau menjalankan perusahaan sendiri. Dengan cara ini akan mengurangkan beban kewangan keluarga peneroka malahan ramai dari mereka yang dapat memberi sumbangan kewangan kepada keluarga masing-masing.

GURU ISLAM MENUKAR AGAMA KRISTIAN

47. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar beberapa guru-guru Islam menukar agamanya kepada agama Kristian, jika benar apakah langakah wajar yang diambil oleh pihak yang berkenaan.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Soalan Ahli Yang Berhormat telah pun saya jawab ketika saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Puan Habibah bt. Jusoh, pada 13 Julai, 1987. Oleh itu saya tidak bercadang untuk menambah kepada jawapan yang telah diberikan itu.

FELDA-RANCANGAN BARU

48. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan sehingga akhir 1990, dijangka berapa jumlah:

(a) semua rancangan FELDA yang akan dibuka lagi dan memerlukan berapa jumlah penerokannya;

3133 15 JULAI 1987 3134

(6) sudahkah Kementerian bersiap sedia untuk melaksanakan kesempurnaan rancangan ini yang termasuk RML, kerana menjelang 1990 kita akan melangkah ke RM6 pula dan menghadapi pilhanraya umum;

(c) apakah persiapan pembukaan tanah dan menapis peneroka- peneroka sudah dimulakan; dan

(d) apakah jaminan Menteri supaya tidak berlaku kelembapan dalam memilih peneroka-peneroka seperti masa-masa yang lalu.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Di dalam perancangan RML sebanyak 106 rancangan baru akan dimasukkan peserta dengan matlamat penempatan peserta seramai 30,000 orang atau 6,000 peserta setahun.

(6) FELDA berusaha untuk menempatkan peserta di rancangan-rancangan yang telah dilengkapi dengan kemudahan- kemudahan asas seperti jalan kampung yang sempurna, bekalan air, sekolah dan kemudahan awam. Kerja-kerja pembangunan kawasan kampung telah dan sedang dijalankan dengan kerjasama JKR supaya peserta- peserta dapat ditempatkan mengikut jadual.

(c) Di dalam persiapan pembukaan tanah FELDA telah memperolehi kawasan-kawasan baru yang mencukupi untuk dimajukan. Bagaimanapun peruntukan yang diluluskan sebanyak $2,000 juta adalah kurang dari jumlah yang diperlukan sebanyak $2,300 juta. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menapis calon-calon peneroka. Temuduga kemasukan peneroka diadakan setiap tahun dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Nama-nama peserta yang dipilih adalah ditapis oleh Kerajaan Negeri.

(d) FELDA berusaha untuk menempatkan peserta-peserta di rancangan-rancangan seperti yang dijadualkan. Sehingga Jun 1987, bilangan calon menunggu ialah seramai 10,394 orang dan mereka akan ditempatkan secara berperingkat-peringkat.

FELDA-PERUBAHAN SIKAP PENEROKA

49. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan benarkah telah berlaku perubahan sikap hidup di kalangan peneroka-peneroka FELDA tahun 60an dan 70an dari pendapatan harian, hidup lumayan dan merupakan satu bentuk masyarakat baru di luar bandar sehingga ada di antara para peneroka ini yang mengambil warganegara asing sebagai buruh bekerja di ladang- ladang mereka. Jika keadaan ini benar berlaku, apakah pada pandangan Menteri perubahan sikap ini perubahan sikap yang sihat atau sebaliknya.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: Memang terdapat perubahan sikap peneroka-peneroka yang lebih berusaha mengambil peluang untuk melibatkan diri di dalam urusniaga. Mereka menumpukan lebih masa kepada aktiviti-aktiviti perniagaan dan memerlukan tenaga tambahan untuk menjaga kebersihan ladang mereka. h ruh-buruh yang diupah adalah buruh tempatan.

KUIL MEMBAWA PRIEST LUAR NEGERI

50. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah beliau sedar bahawa beberapa permohonan serta rayuan daripada kuii-kuil yang berdaftar untuk membawa priest dari luar negeri

3135 15 JULAI 1987 3136

ditolak oleh pegawai-pegawai kaunter di Ibu Pejabat Imigresen pada halnya polisi membenarkan.

51. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapakah kuasa diberi kepada pegawai-pegawai di kaunter untuk menolak permohonan untuk membawa pengukir-pengukir (sculptors) ke dalam negeri walaupun pada dasarnya tidak ada halangan untuk membawa mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan No. 51 kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama.

Pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter Jabatan Imigresen tidak diberi kuasa menimbang apa-apa permohonan untuk membawa warganegara asing ke negara ini, termasuk permohonan untuk membawa pengukir-pengukir asing bagi mengukir kuil-kuil Hindu di Malaysia.

Tugas mereka ialah untuk memberi khidmat nasihat dan khidmat-khidmat Imigresen sewajarnya. Mereka juga diberi tugas untuk menyampaikan apa- apa keputusan yang dibuat di atas apa- apa permohonan yang dirujukkan oleh orang ramai yang berkenaan.

AKTA KAWALAN SEWA- KAITAN

52. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerangkan sebab-sebab mengapa Akta Perkawalan Sewa 1960 tidak dikaji semula atau dihapuskan memandangkan Akta tersebut adalah lapuk dan kelihatan terkeluar zaman berbanding dengan perkembangan negara hari ini.

Tuan Haji Hussain bin Ahmad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Perkawalan Sewa

1960 itu tidak wujud. Mungkin yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah Akta Kawalan Sewa 1966. Sehubungan dengan ini, sukalah saya maklumkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kemajuan Tempatan telah pun membuat kajian semula ke atas Akta tersebut bagi menentukan kesesuaian serta keberkesanannya. Kementerian ini sedar bahawa terdapat peruntukan-peruntukan di dalam Akta tersebut yang sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan negara yang pesat berlaku, khususnya dalam industri perumahan. Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu keputusan dibuat, sama ada untuk meminda atau memansuhkan Akta tersebut, Kementerian perlulah memastikan bahawa keadilan untuk semua pihak diambilkira. Berdasarkan hakikat ini, semua aspek akan dikaji secara teliti sebelum satu keputusan dibuat, khususnya dari segi implikasi ke atas tenan serta tuan punya bangunan dan juga industri perumahan secara keseluruhannya.

KAMPUNG BARU-PROGRAM PEMBANGUNAN

53. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan apakah peruntukan dan rancangan telah disediakan untuk Kampung-kampung Baru untuk meninggikan taraf hidup penduduk-penduduknya berbanding dengan tempoh masa yang lalu, memandangkan kenyataan Kerajaan bahawa Kampung-kampung Baru ini adalah diiktiraf setaraf dengan Kampung-kampung Tradisional.

Tuan Mohamed bin Jamrah: Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan untuk melaksanakan program pembangunan di Kampung- kampung Baru adalah seperti berikut:

Rancangan Malaysia ke Tiga; 23.07 juta

3137 15 JULAI 1987 3138

Rancangan Malaysia ke Empat; 24.8 juta

Rancangan Malaysia ke Lima; 25 juta

Program pembangunan di Kampung-kampung Baru yang telah diluluskan peruntukan seperti di atas adalah dalam bentuk projek-projek kecil seperti projek-projek kecil jalan, parit, longkang, jambatan, titi, serta kemudahan-kemudahan sosial dan rekreasi. Program pembangunan projek-projek kecil ini adalah untuk menyokong usaha Jabatan- jabatan Kerajaan dan agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Taliair, Lembaga Letrik Negara, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Majlis-majlis Tempatan.

Suka saya menegaskan bahawa pembangunan Kampung-kampung Baru adalah satu proses pembangunan jangka panjang yang berterusan. Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang pembangunan di semua kampung, termasuk Kampung- kampung Baru dan kampung-kampung tradisional. Pembangunan kampung- kampung, tidak mengira Kampung Baru atau kampung-kampung tradisional sedang diselaraskan dan tumpuan diberikan untuk memajukan petempatan-petempatan yang kurang maju.

SISWAZAH MENGANGGUR

(iii) berapa ramaikah daripada siswazah tersebut berijazah Sains, Sastera, Kejuruteraan dan sebagainya;

(iv) sebab-sebab ramai siswazah itu menganggur;

(v) apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diusahakan untuk mengatasi masalah pengangguran siswazah.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Pertanyaan Ahli Yang Berhormat telah saya jawab bersama- sama dengan jawapan daripada Yang Berhormat Tuan Sheikh Dawood dan saya tidak berhasrat untuk membuat sebarang tambahan.

PENGGUGURAN KEHAMILAN

55. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Kesihatan menyatakan bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu berapakah banyak mangsa-mangsa rogol yang bersetuju rnelakukan pengguguran secara sukarela terhadap kehamilan yang tidak diingini.

Dato' K. Pathmanaban: Untuk makluman Yang Berhormat, di hospital-hospital Kerajaan, peng- guguran hanya akan dilakukan atas sebab-sebab perubatan yang membahayakan kesihatan ibu-ibu yang terlibat.

54. Tuan Lim Heng Tee minta Perdana RUMAH KOS RENDAH1 Menteri menyatakan: SEDERHANA-PENGELUARAN

CARUMAN KWSP (i) bilangan (anggaran) siswazah

yang menganggur di negara kita:

(ii) berapa ramaikah daripada siswazah yang menganggur itu berkelulusan universiti seberang laut dan berapa ramaikah berkelulusan universiti tempatan;

56. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kewangan menjelaskan setakat ini, berapa jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh KWSP untuk membolehkan pencaruman membeli rumah kos rendah dan kos sederhana, dan berapa permohonan yang telah diterima sejak pelancaran skim ini, dan berapa permohonan yang ditolak. Sila

3139 15 JULAI 1987 3140

sebutkan sebab-sebab penolakan itu dan tempoh yang diambil untuk memproses dan meluluskan setiap permohonan.

Tuan Daim Zainuddin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skim pengeluaran caruman KWSP bagi tujuan membeli rumah kos rendah telah dilaksanakan mulai tahun 1977, manakala sekim pengeluaran untuk pembelian rumah bukan kos rendah telah dilaksanakan mulai tahun 1982.

Sehingga bulan Mei 1987 sebanyak 73,712 permohonan yang melibatkan wang sejumlah $355.09 juta telah diluluskan di bawah skim pembelian rumah kos rendah. sehingga tarikh yang sama, sebanyak 205,047 permohonan bernilai $1,149.47 juta telah diluluskan bagi sekim pembelian rumah bukan kos rendah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KWSP tidak mempunyai statistik mengenai bilangan permohonan yang ditolak. Namun demikian bilangannya adalah kecil jika dibandingkan dengan bilangan permohonan yang telah diluluskan. Sebab utama permohonan ditolak ialah kerana ianya tidak memenuhi syarat- syarat pengeluaran caruman yang ditetapkan.

KWSP akan mengambil masa lebih kurang 4 minggu untuk memproses dan meluluskan permohonan yang menenuhi semua syarat yang ditetapkan.

AKTA PELAJARAN 1961

57. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa terdapat desakan di masyarakat Cina supaya Seksyen 2 (2) Akta Pelajaran 1961 dimansuhkan; apakah pendirian Kerajaan terhadap desakan masyarakat Cina terhadap pemansuhan seksyen tersebut.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada Seksyen 2 (2) dalam Akta Pelajaran 1961. Oleh kerana itu soal memansuhkan seksyen tersebut tidak timbul. Walau bagaimanapun pada masa ini Kementerian Pendidikan sedang mengkaji Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh dengan tujuan untuk mengemaskini dan memperkukuhkan Akta tersebut supaya Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Sehubungan dengan ini Kementerian Pendidikan sedia menerima pandangan dan pendapat mana-mana pihak tetapi pertimbangan dan keutamaan mestilah diberikan kepada kepentingan dan aspirasi rakyat negara ini dengan lebih menyeluruh.

PRESIDEN MAHKAMAH SEKSYEN-TAMBAHAN

58. Tuan Paramjit Singh: minta Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) bolehkah Kerajaan menimbang mengambil Presiden-presiden tambahan untuk Mahkamah Sesyen memandangkan ber- tambahnya kes-kes hukuman di Mahkamah Sesyen

(b) bolehkah Kerajaan menimbang untuk memberi peruntukan kewangan tambahan kepada Jabatan Kehakiman memandangkan bertambahnya kes-kes hukuman di Mahkamah Sesyen dan Majistret.

Dato' 00 Gin Sun:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu Jawatankuasa Khas terdiri dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbendaharaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Kehakiman dan Kementerian Kehakiman telah dibentuk

3141 I5 JULAI 1987 3142

untuk meneliti kedudukan dan menimbang keperluan perjawatan Kehakiman, dan ini termasuklah penambahan jawatan Hakim Mahkamah sesyen.

(6) Sebagaimana perkhidmatan- perkhidmatan yang lain, pertimbangan untuk me- nambahkan peruntukan kepada Jabatan Kehakiman adalah bergantung kepada kemampuan dan kedudukan kewangan negara.

MENJAWAB SOALAN DENGAN BETUL

59. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan menyatakan kenapa dalam menjawab soalan-soalan khasnya di sekolah rendah, murid-murid dipentingkan kebetulan tidak kefahaman.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah tidak benar bahawa dalam menjawab soalan-soalan, khasnya sekolah rendah mementingkan kebetulan jawapan sahaja dan tidak kepada kefahaman. Ini adalah kerana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua aspek tersebut adalah peting, saling kait- mengait dan sentiasa diberi penekanan. Pads kebiasaannya seseorang murid hendaklah terlebih dahulu faham mengenai sesuatu perkara itu sebelum ia dapat menjawab dengan betul.

PENYELUDUPAN DI SEMPADAN MALAYSIAITHAILAND

60. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menerangkan apakah langkah- langkah yang sedang diambil untuk mencegah penyeludupan di kawasan

sempadan Malaysia Thailand; bukan sahaja bahan-bahan makanan seperti beras tetapi juga senjatapi.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan telah mengadakan langkah- langkah yang sesuai di kawasan sempadan bersama Malaysia dengan Thailand untuk mencegah penyeludupan barang-barang yang boleh dikenakan cukai dan juga senjatapi. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat ini termasuklah:

(a) pembinaan pagar dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bukit Tangga, Kedah dan juga dari Bukit Berapit ke Klian Intan, Perak;

(b) pembinaan tembuk di kawasan Padang Besar dari Bukit Khun Chu hingga ke pintu keluar masuk pejalan kaki di Pandang Besar;

(c) pembinaan tembuk kedua juga dibina dari pintu keluar masuk kenderaan bermotor padang Besar hingga ke Kampung Melayu Padang Besar;

(d) sebanyak 63 Unit Pencegah Penyeludupan yang terdiri dari anggota polis, Imigeresen, Kastam dan Lembaga Padi dan Beras Negara telah ditempatkan di sebelas buah pengkalan yang terletak dari Kuala Muda, Kedah hingga ke Pengkalan Kubur, Kelantan;

(e) 11 unit kawalan kawasan ditempatkan di beberapa kawasan sempadan Malaysia1 Thailand yang bertanggung- jawab untuk membuat rondaan keselamatan di kawasan terpencil juga dengan tujuan untuk mencegah kegiatan penyeludupan;

(f) pihak Polis Marin mengadakan rondaan di kawasan perairan Malaysia;

3143 15 JULAI 1987 3144

( g ) sebanyak 4 buah sekatan jalan raya sedang dikendalikan di Perlis dan Kelantan;

(h) alat-alat pengesan elektronik telah juga dipasang di pintu masuk di sempadan Malaysia1 Thailand bagi mengesan barang-barang yang dibawa masuk ke negara ini.

Segala tindakan yang diambil untuk mencegah penyeludupan, termasuk senjatapi. telah dilaksanakan di kawasan sempadan MalaysiaIThailand adalah berjalan dengan baik dan memuaskan. Walau bagaimanapun adalah tidak dinafikan bahawa tindakan tersebut tidak dapat untuk mencegah 100% kegiatan penyeludupan memandangkan bahawa sempadan daratan Malaysia1 Thailand dilitupi oleh hutan tebal yang berbukit-bukau serta kawasan perairan Malaysia yang luas dan terbuka.

Selain daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab rakyat negara ini untuk memberi segala kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha mencegah dan memperluaskan kegiatan penyeludupan barang-barang senjatapi di kawasan sempadan bersama Malaysia dengan Thailand.

HASlL IKLAN PENERBITAN ASING

61. Tuan G. Rajoo minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah hasil iklan yang diperolehi oleh majalah penerbitan asing daripada syarikat-syarikat di negara ini;

(6) sama ada Kerajaan bercadang mengurangkan hasil iklan penerbitan asing ini dengan mengenakan beberapa sekatan ke atas dasar pengiklanan syarikat-syarikat ini untuk mengawal pengaliran keluar wang dari negara ini.

Tuan Daim Zainuddin: Kerajaan tidak berhasrat untuk mengawal atau mengurangkan hasil iklan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat penerbitan asing dan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan atau operasinya di negara ini. Perkara ini adalah disebabkan oleh kerana Kerajaan tidak ingin untuk campurtangan secara langsung ke atas usaha-usaha syarikat yang beroperasi di negara ini untuk memperkenalkan barang keluaran mereka di luar negeri, khususnya di dalam usaha meluaskan pasaran barang-barang keluaran Malaysia.

Kerajaan berpendapat barang- barang yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di negara ini perlu mendapat publisiti yang luas di luar negeri, dan iklan adalah merupakan media yang paling penting dan berkesan untuk memperkenalkan barang-barang keluaran Malaysia. Dengan ini soalan Ahli Yang Berhormat mengenai jumalah hasil iklan yang diperolehi oleh iajalah- majalah asing dari syarikat-syarikat di negara ini tidak timbul.

DOKUMEN YANG DIKELASKAN SEMULA

62. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pemohon yang menyaksikan dokumen-dokumen dikelaskan semula iaitu dokumen-dokumen Jambatan Pulau Pinang, Daya Bumi dan Proton Saga. Nyatakan apakah tujuannya dan adakah pihak Jabatan Perdana Menteri telah mengkaji kesan-kesan dari mengklasifikasikan dokumen- dokumen tersebut.

Dato' Dr Mohamad Yusuf bin Haji Mohamed Nor: Sehingga akhir Jun 1987, Jabatan Perdana Menteri telah menerima 168 permohonan untuk mendapatkan dokumen yang telah dikelaskan semula. Permohonan yang

3145 15 JULAI 1987 3146

diterima adalah daripada individu, ahli-ahli akademik dan profesional, persatuan-persatuan belia dan juga daripada pertubuhan-pertubuhan politik. Pada keseluruhannya tujuan permohonan dibuat adalah untuk mengetahui butir-butir lanjut mengenai projek-projek tersebut. Setakat ini tiada kajian mengenai kesan mengkelaskan semula dokumen tersebut dibuat.

RANGKAIAN MERAHIHI JAU RTM

63. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Penerangan menyatakan bahawa adakah beliau sedar bahawa masa sebanyak 4'/2 jam sehari yang diuntukkan di FM Mono bagi Rangkaian Merah tidak mencukupi. Bolehkah Kementeriannya membolehkan sebahagian besar rancangan daripada siaran gelombang Pendek disiarkan melalui FM Mono sebab siaran gelombang pendek itu tidak pernah disiarkan dengan terang dan bahawa perkara ini telah menjadi pendengar-pendengar kita beralih kepada siaran Singapura.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Buat masa ini Rangkaian Merah dan Hijau Radio Malaysia berkongsi alat pemancar PM Mono. Demikianlah siaran dalam Bahasa Tamil dan Cina berkongsi ke udara mengikut masa siaran masing-masing. Siaran Rangkaian Merah nlelalui Gelombang Pendek adalah selama 11 jam 45 minit setiap hari.

Masalah kekurangan peruntukan masa bagi siaran Rangkaian Merah melalui FM Mono akan dapat diatasi apabila pemancar Rangkaian Merah dan Hijau diasingkan dalam fasa kedua pembangunan stesyen-stesyen pemancar RTM. Apabila berasingan nanti siaran dari Rangkaian Merah akan dapat diikuti melalui FM Mono selama 11 jam 45 minit sehari. Usaha mendirikan lebih banyak transmitter

FM Mono di tempat-tempat yang tidak dapat siaran dengan baik akan dimulakan mengikut fasa kedua itu sebaik saja peruntukan kewangan didapati.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Penerangan untuk membolehkan rancangan- rancangan disiarkan dengan luas dan jelas di seluruh negara. Tetapi keadaan ekonomi sekarang tidak membolehkan rancangan itu dijalankan sekali gus dan perlu dibuat secara berperingkat.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PENY ELIDIKAN

DAN PEMBANGUNAN PERHUTANAN MALAYSIA

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". (14hb Julai, 1987)

Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Tuan Hassan Alban menyambungkan ucapan beliau. Sila Yang Berhormat.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya telah menyebutkan tentang kebimbangan golongan-golongan seperti golongan pengguna, golongan sahabat alam Malaysia dan sahabat-sahabat daripada Sarawak yang telah menimbulkan keresahan mereka berkenaan dengan penebangan kayu balak, pemusnahan hutan belantara yang ada. Saya juga ada mengatakan

3147 15 JULAI 1987 3148

ini adalah selaras dengan kehendak demokrasi di Malaysia di mana kita menerima ini untuk memberikan kebebasan kepada mereka bersuara.

Prinsip yang kedua kita juga memberi kebebasan untuk mereka mendapat keadilan. Walau bagaimanapun, Kerajaan yang bertanggungjawab harus menilai perkara ini dari segi yang luas. Walaupun kita menerima pendapat mereka, sebagai daripada tanggungjawab kita dalam sebuah negara demokrasi, tetapi Kerajaan mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu adakalanya kebebasan untuk mendapat keadilan ini dalam sebuah negara demokrasi kadang-kadang disalahguna. Saya tidak mengatakan perbuatan ini salah kerana ini nerupakan satu amalan yang sudah kita buat selepas merdeka mengamalkan prinsip demokrasi ini. Tetapi cuba kita lihat keadaan sekarang, ada golongan-golongan di negeri kami di Sabah atas nama mendapat keadilan, menggunakan mahkamah dengan sewenang- wenangnya, ha1 yang kecil-kecil dibawa ke Mahkamah.

Pada hari ini tidak kurang daripada sepuluh kes Kerajaan Negeri Sabah disaman, sampai Tuan Yang Terutama pun disaman. Ini satu contoh di mana saya rasa berselindung di sebalik hdk untuk mendapat keadilan itu disalahgunakan. Bahkan masalah ini sudah melarat sampai ke Semenanjung. Dahulu kita tidak dengar, kalau ada pilihan Ketua Parti, tidak pernah pergi mahkamah, sekarang sudah ada. Ini menunjukkan satu gejala yang harus diperhatikan oleh Kerajaan kerana pada akhirnya nanti, lima tahun akan datang rakyat akan menilai sejauh mana Kerajaan ini telah mewujudkan satu suasana apa yang dipanggil, dengan izin, "the greatest happiness of the greatest number". Maknanya, golongan yang majoriti harus diberi keutamaan.

Adakah tuntutan ini munasabah? Ini harus juga dinilai oleh Kerajaan. Adakah tuntutan ini tidak akan melemahkan semangat orang-orang yang mahu melabur di negara kita ini kerana bagi pendapat mereka prinsip undang-undang mungkin tidak lagi dihormati, prinsip undang-undang boleh dibengkok sana sini oleh satu kebudayaan yang dipanggil "kebudayaan cowboy"? Kerajaan harus mengambil satu jalan tengah dalam masalah ini supaya wujud apa yang saya katakan tadi, dengan izin, "the greatest happiness of the greatest number".

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan hntuk berhujah berkenaan dengan penamaan semula hutan atau dalam bahasa Inggerisnya, reafforestation, dengan izin. Di Sabah rancangan ini sudah berjalan lama dan kalau mengikut apa yang saya baca di Jabatan Hutan Sabah dahulu, kalau kita tanam satu pokok hari ini, kita boleh tebang dan jual dalam tempoh 80 tahun atau 100 tahun akan datang. Banyak pemimpin-pemimpin di negeri kita berpendapat bahawa 80 tahun, atau 100 tahun itu terlampau lama. Tidak boleh tunggu lama-lama. Lebih baik dipendekkan tempoh maturity, tempoh kematangan kepada 15 tahun. Lantas mereka mencari bibit-bibit dari Australia dan seluruh dunia, maka ada satu jenis pokok yang dipanggil Acasia ditanam sana sini, mereka kata ini cepat tumbuh. Bukan itu sahaja, ada yang lain yang ditanam semula dengan menggunakan rotan. Mereka kata rotan banyak crang beli di luar negeri untuk dibuat perabot.

Dua perkara ini berlaku sekarang. Tetapi Acasia ini mengikut ceritanya, ianya tidak akan mempunyai commercial value. Mungkin iklim di Sabah ini tidak sama dengan iklim di Australia. Ada yang berpendapat memang benar kalau dilihat dengan mata kasar, 15 tahun akan datang sudah besar pokoknya, tetapi di

3149 15 JULAI 1987 3150

dalamnya kosong, "hollow, nothing inside", tiada apa-apa, kata mereka. Oleh itu, kata mereka, kayu seperti itu sia-sia sahaja, tidak akan mempunyai commercial value. Selepas 15 tahun tidak boleh dijual. Mungkin hanya boleh digunakan untuk membuat arang kerana arang yang dibuat dari kayu Acasia ini tidak berasap. Ini pun belum diketahui kebenarannya. Sebelum terlambat, kerana tanaman semula ini baru berlaku di antara sekitar 10 tahun kebelakangan ini, saya rasa Lembaga ini harus menasihati Kerajaan-kerajaan Negeri yang ada tentang viability, dengan izin, projek menanam Acasia ini.

Tentang rotan pula, memang benar permintaan perabot rotan di Amerika ini besar sekali, terutamanya negara- negara seperti Filipina dan Taiwan banyak eksport mereka ini berbentuk perabot rotan. Tetapi di masa akan datang masih adakah permintaan perabot yang dibuat daripada rotan ini di luar negeri? Sedangkan Malaysia sekarang ini pun, bola takraw tidak lagi dibuat daripada rotan tetapi dibuat daripada plastik. Harus diberi nasihat kepada Kerajaan-kerajaan Negeri tentang viability projek ini juga. Kalau tunggu 15 tahun akan datang baru sedar, sudah terlambat, mahu tanam balik selepas itu, mungkin sudah tidak ada guna. Sebab itu kita harap Lembaga ini akan dapat memberikan nasihat sejauh mana reafforestation program yang ada sekarang ini dapat memberi keuntungan dari segi perdagangan dan dari segi memelihara environment.

Selain daripada itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berhujah berkenaan dengan kayu yang digunakan untuk batang macis, di mana saya telah difahamkan walaupun banyak sekali kayu-kayan di Malaysia ini, tetapi masih lagi Malaysia ini mengimport kayu-kayu batang macis ini daripada luar negeri. Dua minggu yang lalu saya telah bertanya seorang

manager macis di Sabah, saya tanya mengapa ini berlaku? Kenapa kita kena import. Dia kata bentuk dan rupa batang macis yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan ini tidak cantik, tiada orang mehu membeli macis kita. Terpaksa import dari Sweden dan Denmark. Untuk menggalakkan pertumbuhan industri macis yang juga dalam keadaan tenat sekarang ini di Malaysia, Kerajaan harus mengambil tindakan menahan kemasukan batang-batang mancis ini, buat cara tempatan. Kita boleh buat, kita mempunyai bahan-bahan tertentu di sini.

Dengan itu saya akhiri dengan ucapan saya menyokong Rang Undang-undang ini.

3.48 ptg.

Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk ber- sama-sama membahaskan suatu Akta yang bernama Akta Lembaga Penye- lidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) 1987 yang akan memasukkan satu pertambahan untuk memberi pinjaman kepada pegawai- pegawai dan kakitangan Institut bagi maksud memberi rumah kediaman atau kenderaan atau apa-apa terms dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Saya sukacita menyokong Akta ini memberikan kemudahan tersebut kepada pegawai-pegawai dan kakitangan sesebuah institut yang paling penting untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Perhutanan Negara kita ini.

Usaha Kerajaan menubuhkan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia serta mewujudkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai badan berkanun

3151 15 JULAI 1987 3152

adalah sangat wajar dan kemudahan- penyelidikan untuk menghadapi kemudahan yang dikemukakan dalam masalah-masalah teknikal yang akan Akta ini memang perlu, sekali lagi dihadapi oleh industri ini. saya menyokong pindaan tersebut.

Seperti mana yang kita semua ketahui, kawasan hutan negara kita semakin lama semakin berkurangan. Dan dianggarkan hutan simpanan kekal negara akan berjumlah yang difahamkan oleh saya lebih kurang 13 juta hektar daripada jumlah yang ada sekarang berjumlah lebih kurang 20 juta hektar. Dalam keadaan yang sedemikian, sudah tentu keluaran balak akan berkurangan dan Semenanjung Malaysia kerapkali diramalkan bahawa keluarah balak bermutu tinggi akan pupus pada pertengahan tahun 1990an. Dalam keadaan sedemikian, memang wajar kita mengambil tindakan tegas untuk menentukan keluaran balak dan kayu- kayan yang berkekalan. Kita juga mengetahui hutan kita 'sangat kaya dengan jenis-jenis kayu-kayan lain daripada jenis seperti "meranti dan keruin" sahaja. Usaha gigih perlu ditumpukan kepada penyelidikan dalam bidang kegunaan jenis-jenis yang kurang terkenal supaya dapat menampung keperluan kayu-kayan negara, yang tentu akan bertambah dengan meningkatnya bilangan penduduk negara kita. Di samping itu, kedudukan negara sebagai pengeksport kayu keras Tropika juga perlu dikekalkan. Dan ini juga memerlukan teknologi melalui penyelidikan supaya dapat menghadapi persaingan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengetahui atas usaha utama yang sedang dilaksanakan oleh negeri Sabah dalam pembinaan kilang palpa dan kertas. Saya difahamkan bahawa bahan mentah industri ini akan terdiri dari keluaran hutan semula jadi serta tanaman jenis-jenis pokok cepat tunlbuh dengan tanaman modal yang melebihi $1 billion sudah tentu memerlukan bantuan dan sokongan

Di negeri Sarawak pula kita memang mengetahui kayu jenis Ramin daripada Hutan Paya Gambut negeri tersebut, sangat terkenal. Tetapi saya difahamkan, Hutan Paya Gambut atau pit swam, dengan izin, berjumlah lebihkurang 1.0 juta hektar, semakin lama semakin berkurangan. Saya juga difahamkan bahawa pokok Ramin ini sukar dipulib selepas hutan tersebut dibalak. Perkara ini harus diselidiki memandangkan nilai yang tinggi yang diperolehi dari kayu Ramin dan jika sumber ini tidak dipulih semula, negara akan kehilangan sumber pendapatan yang sangat lumayan. Oleh yang demikian, usaha penyelidikan perlu ditumpukan kepada masalah kayu Ramin ini di Sarawak dan penyelidikan pemulihan Hutan Paya Gambut di negeri-negeri tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, di Semenanjung Malaysia pula kita memang mengetahui bahawa hutan-hutan kita adalah punca bekalan air negara mahupun untuk keperluan minuman bahkan untuk pertanian dan juga untuk industri. Dengan kekurangan kawasan hutan di kawasan pamah, aktiviti pembalakan teiah mula dijalankan di kawasan bukit-bukau yang mana ianya menjadi kawasan tadahan air negara. Aktiviti- aktiviti pembalakan di kawasan hutan bukit akan sedikit sebanyak menjejaskan bekalan air negara. Institut Penyelidikan Perhutanan harus dan perlu menjalankan penyelidikan untuk menentukan sistem pembalakan yang sesuai bagi memelihara bekalan air dari kawasan- kawasan tersebut. Saya difahamkan bahawa institut ini tidak menjalankan penyelidikan dalam bidang pembalakan. Saya harap dengan

15 JULAI 1987

wujudnya Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan, usaha utama akan diberi kepada penyelidikan dalam bidang pembalakan, terutama sekali pembalakan hutan bukit dengan tujuan bukan hanya rnendapatkan hasil yang maksima daripada hutan tersebut, tetapi yang lebih penting adalah dengan tujuan rnemulih alam sernula jadi serta mengekalkan bekalan air daripada kawasan- kawasan tersebut.

Di Malaysia ini kita selalu kaitkan hutan dengan kayu balak. Tetapi kita tidak tau apa lagi yang hutan boleh mernberi kepada kita. Kita ambil contoh apa yang dipanggil keluaran kecil hutan. Hasil dari keluaran ini memang banyak seperti keluaran gam dari kuta perca, lebah lilin dan rnadu, minyak keruin dan berbagai-bagai lagi yang lain. Tetapi rnungkin ini tidak rnemberi hasil penerangan yang agak baik. Dari segi nilai ekonomi rotan dan buluh adalah bahan keluaran hutan yang terpenting selepas kayu balak bagi Semenanjung Malaysia. Oleh itu penyelidikan ke arah penggunaan rotan dan buluh haruslah dipertingkatkan selaras dengan usaha Kerajaan bagi rnemperkernbangkan industri-industri kecil dan perusahaan buluh dan rotan. Rotan adalah dikira sebagai keluaran hasil hutan yang terpenting sekali selepas kayu balak. la dikenali di seluruh dunia akan kecantikannya yang dapat ditonjolkan apabila direkabentuk menjadi perabot. Di sernenanjung Malaysia. aktiviti rotan hanya berkisar kepada aktiviti-aktiviti perusahaan perabot, mengeksport rotan yang telah diproses atau separuh proses. Ini semuanya tertumpu kepada sebilangan kecil jenis rotan, terutarna rotan rnanau yang kian lama kian susah hendak diperolehi disebabkan oleh kawasan hutan yang kian berkurangan.

Tuan Yang di-Pertua, di pasaran pada rnasa ini hanya terdapat rotan- rotan sebagai gantian kepada rotan

manau seperti rotan dog, rotan sernambu dan rotan rnanau tikus. Rotan saga ialah rotan jenis kecil yang gunanya ialah untuk rnelilit dan sambung-menyambung serta mernbentuk bahagian perabot, juga susah diperolehi. Sernua jenis rotan jika diproses sebelurn dijadikan perabot akan rnendatangkan hasil yang lurnayan. Walaupun IPP telah rnenjalankan penyelidikan ke atas tanaman rotan jenis commercial, usaha ke arah rnenentukan jenis rotan yang berpotensi agar dapat digunakan oleh industri kecil di karnpung harus dijalankan dengan lebih giat lagi oleh FRIM. Ini termasuklah cara rnenanam, pembesaran dan juga menentukan teknik-teknik untuk rneninggikan hasil dan rnutu rotan itu. Teknik-teknik menanam secara besar- besaran di hutan dan juga di perkampungan haruslah dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, di sarnping rotan, buluh juga ialah keluaran hasil hutan yang tidak kurang pentingnya. Buluh juga digunakan oleh industri- industri kecil. Di Sernenanjung Malaysia ada banyak jenis buluh tetapi penggunaannya belurn lagi dieksploit, tidak seperti negara-negara seperti Jepun, Taiwan dan China. Pada rnasa ini kegunaannya adalah terhad kepada rnembuat sangkar, bidai, bakul sayur dan batang setanggi, di sarnping rnernbuat bahan-bahan kraftangan. Buluh rnernang banyak terdapat di pinggiran hutan dan juga di perkarnpungan di rnana industri kecil wujud seperti di Kedah, Perak dan Selangor. Di Sernenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 45 jenis buluh di mana potensi kegunaan dan tabiatnya belum lagi diketahui dengan lengkap. Oleh itu, adalah penting bagi kita mengetahui lebih rnendalarn lagi jenis buluh ini baik dari segi cara rnenanarn, hidup yahatnya dan teknik-teknik rnenggunakannya. Ini akan hanya dapat ditentukan melaiui penyelidikan dan adalah wajar bagi FRIM rnenjalannya.

15 JULAI 1987

Mernandangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor perhutanan negara ini sepertirnana yang telah dijelaskan itu dan juga cabaran terhadap rnernajukan industri kecil di negara kita dan faedahnya kepada penduduk di luar bandar, oleh itu saya berharap Lernbaga Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia, khususnya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ataupun FRIM bergiat ke arah kernajuan tersebut dengan lebih serius lagi setelah rnendapat kernudahan-kernudahan Yang dibentangkan rnelalui Rang Undang- undang Perhutanan Malaysia (Pindaan) 1987 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya rnenyokong pindaan ini.

4.01 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Rang Undang-undang Lernbaga Penyelidikan dan Pernbangunan Perhutanan (Pindaan) 1987, saya ingin rnenyentuh sedikit sebanyak tentang perhutanan dan pernbalakan di negeri Sarawak.

Sebagaimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah negara tropikal yang terkenal dengan pengeluaran kayu-kayan yang berrnacarn-rnacarn jenis. Hutan rirnba tropikal kita rnenjadi satu surnber semula jadi yang rnenghasilkan pendapatan negara yang bukan kepalang dan rnernberi beribu-ribu peluang pekerjaan yang berrnacarn- macam jenis kepada penduduk- penduduk tempatan yang rnencari nafkah. Malahan hutan rirnba itu juga rnenjadi satu keadaan sernula jadi yang baik yang rnelindungi kehidupan segala makhluk dan turnbuh- turnbuhan. Daripada eksport kayu balak dan keluaran kayu itu, Kerajaan kita dapat mernperolehi pendapatan negara berjurnlah ratusan juta ringgit

tiap-tiap tahun, terutamanya pada ketika harga kayu balak di pasaran antarabangsa rneningkat naik.

Bagi ekonomi negeri Sarawak, eksport kayu balak dan keluaran kayu adalah salah satu surnber besar, dari rnana wang pertukaran asing diperolehi selama ini. Dengan pendapatan itu Kerajaan Negeri Sarawak rnelaksanakan segala rancangan pernbangunan, sosio- ekonorni dalarn negeri itu, berusaha rneningkatkan taraf kehidupan rakyat ternpatan serta rnenggalakkan perkernbangan ekonorni ternpatan, kernajuan rnasyarakat rnajrnuk dan perkernbangan ekonorni negeri Sarawak di bawah pirnpinan Barisan Nasional adalah satu fakta yang nyata, satu bukti yang tidak boleh diingkar.

Tuan Yang di-Pertua, pada awal bulan Jun, beberapa orang Punan, Kenyah dan Kayan telah dibawa dari Sarawak ke Kuala Lurnpur oleh setengah-setengah orang untuk mengadakan dakyah secara besar- besaran dengan rnaksud rnemburukkan nama baik Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pirnpinan Barisan Nasional Negeri dan Ketua Menteri, Yang Arnat Berhorrnat Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahrnud khususnya dan Kerajaan Barisan Nasional arnnya di kaca rnata dunia.

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan- dakwaan baik dari orang-orang yang menghantar Orang-orang Asli itu ke Kuala Lurnpur atau dari Ahli Pern- bangkang adalah tidak betul. Hal itu sepatutnya tidak boleh terjadi, tetapi rnereka berbuat demikian dengan rnaksud tertentu yang hanya diri rnereka rnengetahui. Sebenarnya, Kerajaan Negeri Sarawak dan Perbadanan Kernajuan Kayu Sarawak telah rnenggariskan dasar-dasar berhubung dengan pernbalakan di kawasan-kawasan kayu-kayan iaitu concession, dan pernbatasan hutan

3157 15 JULAI 1987 3158

simpanan, serta sentiasa melakukan pengawalan dan pengawasan yang keras terhadap aktiviti-aktiviti pembalakan di negeri Sarawak.

Banyak peruntukan-peruntukan disyaratkan, ketidak patuhan peruntukan-peruntukan di pihak pembalak akan membawa kepada terlarangnya atau terhentinya membalak malah akan terbatalnya lesen membalak. Kedua, pembalak- pembalak mengadakan dan memelihara perhubungan yang baik dengan penduduk-penduduk asli dan lain-lainnya di sekitar kawasan concession. Pembalak-pembalak membina jalan-jalan terus ke pendalaman untuk mengangkut kayu- kayan keluar ke kolam kayu di tepi sungai. Penduduk-penduduk asli itu pun dibenarkan menumpang lori-lori atau land cruiser membalak keluar ke tepi sungai di mana mereka pergi ke pasar atau pekan-pekan, menjual hasil-hasil hutan mereka atau menerima pengubatan. Selain itu kebanyakan pekerja-pekerja, hampir 90% dari jumlah pekerja-pekerja di kem-kem membalak adplah orang- orang dari keluarga mereka yang tinggal di dalam kawasan concession atau di sekitarnya. Mereka bekerja sebagai penggergaji Chain saw, drebar traktor, drebar shovel, drebar logging truck, scaler, pemeringkat serta buruh-buruh di kem-kem membalak. Namun pembalak-pembalak memberi pertolongan kepada penduduk- penduduk itu dengan menyediakan bekalan-bekalan air, bahan-bahan pembinaan rumah dan sebagainya. Mereka suka dan menikmati perhubungan kita yang baik itu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan gambaran kasar yang saya beri tadi, Ahli-ahli Yang Berhormat akan mengetahui keadaan yang sebenarnya dan bersetuju serta mengambil kesimpulan bahawa dakwaan- dakwaan setengah-setengah orang itu adalah mempunyai maksud politik. yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara ingin saya membangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah satu penyelidikan dan pengkajian harus dibuat dengan segera supaya langkah-langkah tertentu diambil untuk menanam semula pokok-pokok yang ada nilai perdagangan di kawasan-kawasan yang mana kayu-kayan telah dicabut atau untuk mengubah kawasan- kawasan tertentu yang difikirkan sesuai kepada kawasan-kawasan pertanian, menimbangkan tersedianya jalan-jalan di kawasan itu.

Sekian ucapan saya dan saya menyatakan sokongan kepada Rang Undang-undang Lembaga Penye- lidikan dan Kemajuan Perhutanan (Pindaan) 1987.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Haji Mohd Noor bin Haji Abdullah.

4.08 ptg.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bersama-sama dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah pun membahaskan suatu Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) 1987. Saya menyokong Rang Undang-undang ini dengan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut pendapat saya hutan yang ada di dalam negara Malaysia ini ialah satu pemberian, satu kejadian yang telah pun dijadikan di dalam Malaysia kita ini, jarang negara yang seumpamanya dijadikan oleh Allah s.w.t., sebagaimana yang telah sama-sama kita saksikan. Oleh ha1 yang demikian, ini adalah satu rahmat dan nikmat kepada rakyat-rakyat yang berada di dalam negara Malaysia yang mana telah pun menjadi satu sumber pendapatan Kerajaan yang boleh menyebabkan membuat pemba- ngunan-pembangunan di dalam

15 JULAI 1987

negara kita. Apa yang saya mahu bercakap pada petang ini ialah kita harap kepada pihak Kerajaan mengadakan pembahagian balak ataupun kayu-kayan ini dengan adil. Jangan menjadikan satu golongan sahaja yang mendapat rezeki daripada pembalakan ini dan golongan yang lain cuma dapat melihat sahaja. Sebab ini adalah satu amanah yang telah pun diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita.

Jadi kalaulah Kerajaan kita yang telah pun memerintah negara ini sebagai pemegang amanah untuk memelihara negara ini dengan sempurna, patutlah kita bersyukur bahawasanya di negara kita ini beberapa perkara pertumbuhan yang telah pun dijadikan oleh Allah subhanahu wa taala kepada rakyat yang berada di dalam Malaysia ini, tidak terkecuali walau apa bangsa pun dapat menikmati segala nikmat- nikmat yang telah pun dikurniai oleh Allah subhanahu wa taala.

Oleh ha1 yang demikian, kalau didapati di dalam penyelidikan Lembaga ini masalah kayu balak ataupun hutan ini akan menjadi pupus atau akan menjadi kehabisan, patutlah berikhtiar dan berusaha supaya menanam semula apa yang difikirkan patut yang boleh menggantikan tempat yang telah pun kita ambil di hutan-hutan rimba dan di bukit- bukau. Walaupun kita katakanlah umurnya 80 tahun, 100 tahun, 200 tahun-biarlah, sebab kita berjuang bukanlah untuk kita sendiri, kita berjuang untuk anak cucu-cicit kita. Insya Allah, kalaulah dunia tidak kiamat, kemungkinan besar anak cucu-cicit kita kelak akan mendapat kehasilan usaha yang telah pun kita membuat di zaman kita memerintah ini.

Masalah yang kedua, masalah Akta Hutan ini adalah satu Akta Lembaga Penyelidikan. Kita harap kepada

pihak Lembaga ini buat penyelidikan kalaulah umpamanya di tempat itu difikir dan dikaji dngan halusi didapati mendapat keuntungan, kita menanam perkara yang lain, umpamanya kita kata kelapa sawit dan sebagainya lebih baik kita tebang ataupun kita tukarkan tanaman yang telah pun ada kepada tanaman yang baru. Sebab matlamat kita ini adalah untuk memberi keuntungan kepada rakyat jelata, untuk menjaminkan negara kita ini supaya rakyat jelata hidup dengan aman, makmur dan mendapat r aek i , mencari rezeki di dalam negaranya sendiri. Jadi sama ada kalaulah di tempat itu kita fikir lebih untung kita menanam atau mengganti pokok- pokok menjadi bahan balak dan seumpamanya, patutlah kita tukar dan kita ganti dengan seumpamanya.

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, masalah Lembaga ini, tujuan pindaan ini ialah untuk hendak memberi pertolongan pinjaman perumahan kepada kakitangan. Perkara ini adalah perkara yang mustahak, perkara yang patut kita beri pertimbangan kerana adalah tiap-tiap seorang manusia tidak boleh sunyi daripada tempat duduk. Jadi, oleh ha1 yang demikian, kita menyokong di atas tujuan pindaan Lembaga ini untuk memberi kemudahan kepada kakitangan. Sekian. terima kasih.

4.15 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985.

Mengenai Fasal2 (d) saya bersetuju dengan maksud di atas. Walau bagaimanapun, dalam pembelian kenderaan, saya harap pegawai- pegawai dan pengkhidmat- pengkhidmat Institut digalakkan supaya membeli kereta keluaran tempatan iaitu kereta Proton Saga.

3161 15 JULAI 1987 3162

Lagi satu, satu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan untuk mengawal perniagaan pembalakan dari dieksploitasi di negara kita.

Yang ketiga, pembalakan seharusnya dinikmati oleh rakyat dan semua tempatan.

Untuk melindungi setiap batang pokok dari terpupus dan memelihara hutan-hutan negara kita, maka langkah-langkah mesti diambil untuk menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang.

Dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pe- nyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985. Terima kasih.

4.16 ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di- Pertua, saya bangun menyentuh tentang pindaan-pindaan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985.

Terlebih dahulu saya menyokong pindaan tersebut. Tuan Yang di- Pertua, kalau tidak salah saya Kerajaan telah mengumumkan dan mencadangkan supaya menjadikan segala kemudahan sukan dan rekreasi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia sebagai taman rekreasi awam. Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi apa yang dikesalkan ialah sehingga masa ini nampaknya pihak berkenaan tidak berbuat sesuatu untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, memandang- kan pertambahan penduduk di Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor tahun demi tahun, cadangan tersebut harus dilaksanakan dengan segera demi memenuhi kehendak penduduk di kedua-dua negeri tersebut. Dengan demikian para

penduduk terutamanya pemuda- pemudi dapat bersukan dan berehat di taman rekreasi tersebut pada masa lapang.

Sekianlah sahaja, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

4.18 ptg.

Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun turut menyokong Rang Undang-undang untuk meminda Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985.

Tuan Yang di-Pertua, pem- bangunan perhutanan Malaysia bererti kemajuan yang pesat kepada rakyat dalam semua segi termasuklah pembangunan, pelajaran, pengangkutan, pembuatan, perumahan dan sebagainya. Dalam suasana kesibukan ini, kita mungkin tidak menyedari bahawa pembangunan tersebut sedikit demi sedikit telah menghapuskan sama sekali hutan-hutan yang kaya dengan sumber alam ataupun pencemaran disebabkan bahan-bahan kimia daripada kilang-kilang ataupun berbagai penyelewengan yang telah dan sedang berlaku untuk mendapat keuntungan secara haram.

Kedua, pembukaan kawasan- kawasan perindustrian di sana sini memanglah baik untuk mewujudkan pekerjaan kepada rakyat kita yang ramai sedang menganggur. Namun demikian, Kerajaan perlu mempunyai undang-undang yang tegas dan berkesan untuk melindungi hutan- hutan di negara ini termasuklah pembangunan hutan-hutan dengan tanaman pokok-pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada tahu -tahun r yang akan datang. Sebagai angkah yang positif setiap Kerajaan Negeri hendaklah mengambil daya usaha

3163 15 JULAI 1987 3 164

mengenalpasti kawasan-kawasan hutan simpanan dan diwartakan sebagai hutan simpanan Kerajaan.

Ketiga, undang-undang yang lebih ketat hendaklah diwujudkan untuk menghukum terhadap orang-orang yang menceroboh dalam hutan slmpanan Kerajaan. Menceroboh hutan maksud saya ialah yang mana terdapat sindiket-sindiket yang mencuri kayu-balak dan meneroka hutan-hutan simpan .Kerajaan hingga menjadi tauke-tauke yang kaya raya. Perompak-perompak di hutan ini juga boleh digelar perompak-perompak profesional yang bijak menipu Kerajaan negeri dan tuan-tuan Pegawai Daerah di satu-satu negeri dan di satu-satu daerah. Sungguh bijak si pencuri hutan ini, Tuan Yang di- Pertua, dan mencuri kayu balak yang besar-besar diangkut dengan lori-lori trailer yang besar pula dan panjang- panjang hingga Pegawai Daerah dan Kerajaan Negeri itu tidak sedar. Sungguh bijak mereka atau pencuri ini merancang, habis hutan diteroka dan kayu-balak dikeluarkan, orang tidak sedar. Ilmu apa yang mereka pakai? Dari universiti mana mereka menuntut? Doctoratekah gelarannya? Ph.D.kah di awal nama si perompak ini si pencuri hutan ini, hingga licin hutan di negara kita diterokanya yang Kerajaan Negeri tidak sedar? Inilah yang saya merasa kesal, banyak negeri-negeri yang terlibat hingga licin, hingga pupus hutan-hutan hipgga anak-anak kayu pun tidak tertinggal. Tuan-tuan Pegawai Daerah ke mana, Pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan buat apa, mereka ini tidak sedarkah hingga hutan kita diteroka? Kena cucurkah mereka dengan ilmu ghaib atau lenakah mereka dengan impian semalam hingga lalai begini?

Minta maaf saya, Tuan Yang di- Pertua, kerana mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian. Kerana apa yang kita lihat hutan- hutan simpanan kita yang kaya, di

negeri kita yang subur dengan alam semulajadinya hingga licin ataupun hingga pupus diterokai oleh taukeh- taukeh yang bijak menipu yang bergelar taukeh balak kayu dengan kayu balak, bilamana kayu-kayu balak ini meningkat harganya. Saya berharap di masa-masa akan datang tidak ada lagi kejadian-kejadian begini berlaku. Sudahlah dahulu bank kita dirompak, koperasi rakyat dicuri dan disalahgunakan wangnya yang diamanahkan oleh rakyat oleh penipu- penipu yang bijak yang ingin kaya cepat, yang pura-pura menjadi pemimpin masyarakat tetapi bijak menipu.

Yang ketiga, sebagai langkah memperingati betapa mustahak dan pentingnya hutan-hutan itu kepada negara kita, Kerajaan hendaklah mengisytiharkan satu tarikh sebagai "Hari Hutan Negara" kerana kita di negara ini ada Hari Merdeka, Hari Wanita, Hari Buruh, Hari Kanak- kanak, Hari Guru dan berbagai-bagai lagi. Jadi begitu pentingnya untuk hutan negara. Jadi, saya mintalah Kerajaan mengadakan atau menamakan hari itu hari kelepasan "Hari Hutan Negara" untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua pihak tentang peri mustahaknya hutan-hutan ini kepada masyarakat dan generasi yang akan datang dan juga sebagai langkah mencegah penghapusan kawasan- kawasan hutan di negara ini.

Menyentuh masalah pembangunan dan pemulihan, saya bersetuju dengan rakan-rakan saya yang memberikan ucapan sebentar tadi, tanaman semula hendaklah diadakan untuk generasi akan datang. Kita tidak mahu kita disumpah oleh anak-anak cucu kita yang akan datang kerana hutan-hutan ini bila kita tanam hari ini bukan kita dapat hasilnya esok, kerana bila kita tanam hari ini 100 tahun, 1,000 tahun lagi baru kita akan dapat hasilnya. Kita tidak mahu Malavsia ini. sebuah negara tanahnya su6ur dah hijau

3165 15 JULAI 1987 3166

menjadi licin seperti kepala botak- minta maaf, saudara yang berkepala botak-licin seperti orang yang tidak ada rambut. Kita mahu hutan negara kita subur suasananya nyaman. Itulah sebabnya kita mahu pertumbuhan semula ataupun penanaman semula hendaklah dilakukan supaya kita memelihara semua kayu-kayan yang cantik dan indah di negara ini.

Mengenai maksud pinjaman dan apa yang tercatat di dalam Rang Undang-undang ini, buat saya adalah menyokong penuh dan sekali lagi saya menyokong Rang Undang-undang ini diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

4.25 ptg.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tadi saya tidak berapa minat tetapi oleh kerana saudari saya menyebut tentang kayu sehingga licin semacam kepala saya, (Ketawa) jadi saya terpaksalah bangun.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyokong Rang Undang-undang ini, sukalah saya menyebut satu dua perkara tentang takrif perhutanan ini. Saya berkesempatan mengikuti saudara-saudara dan kawan-kawan saya mengenai dengan hutan ini semuanya tumpu kepada balak sahaja. Pada hemat saya, apabila kita sebut hutan, ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Misalnya kalau di tepi laut kita dapati bakau yang tidak disebut balak tetapi guna dan faedahnya sangat banyak. Begitu juga di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar, balaknya sudah disapu oleh datuk nenek kita, kita hanya lihat pokok-pokok yang sederhana sahaja. Ketiga, sebahagian dari pada pendalaman kawasan hulu dan gunung kita dapati ada balak.

Tuan Yang di-Pertua, pada satu ketika barangkali Tuan Yang di- Pertua sendiri dan Ahli-ahli Yang Berhormat ini sudah tidak ada, bahawa kayu balak benar tidak akan ada di negara kita apabila perkembangan rakyat bertambah. Maka adalah mustahil orang-orang di Kuala Lumpur ini misalnya ataupun di Petaling Jaya apabila beranak cucu cicit sebagaimana dikatakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor akan tinggal bersesak-sesak di bandar ini, tidak dapat tidak mereka ini, generasi akan datang ini akan beralih ke kawasan-kawasan pendalaman.

Apakah pada masa itu mereka ini tinggal di pokok atau terpaksa mendirikan rumah. Ini harus kita fahamkan. Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang telah mengadakan kawasan larangan yang sama sekali tidak boleh ditebang dan tidak boleh diperdagangkan kayu yang ada di situ sekalipun ianya mati, seperti di kawasan Taman Negara, seperti EndauIRornpin dan mungkin banyak lagi, di Sabah dan Sarawak.

(Datuk Abang Haji Ahmad Urai mempengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, hakikat ini harus kita terpaksa terima. Oleh kerana Akta ini mengenai penyelidikan yang sebahagian daripada masanya telah kita lalui mengenai dengan perhutanan kita dalam negara ini penyelidikannya kurang dibuat. Jadi, dengan sebab itulah kayu-kayu balak ini ditebang dengan sewenang-wenangnya kerana tamak, kerana peluang telah diberi kepada mereka.

Saya difahamkan ada orang-orang perseorangan di dalam negara kita ini yang meliputi Sabah dan Sarawak diberi kuasa menebang balak, satu orang 100 ekar hingga 2,000 ekar.

3167 15 JULAI 1987 3168

Bermakna orang ini kaya. Pejabatnya bukan di Kuala Lumpur dan bukan di Sabah. Pejabatnya di luar negeri. Kesempatan ini telah diambil d e n p n sungguh-sungguh. Jadi, dengan sebab itulah penerokaannya tanpa tatatertib, melanggar segala aturan dan peraturan perkayuan di negara ini.

Saya ada juga tidak suka apa yang disebut oleh satu, dua orang saudara saudara kita, kononnya Kerajaan tidak sedar sama ada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sehingga ke peringkat daerah, pegawai daerahnya dilibatkan bahawa balak dikeluarkan tidak diketahui oleh orang-orang ini, saya tidak setuju. Sekalipun saya akan menyokong undang-undang ini, tetapi ini jarang berlaku.

Sepanjang yang saya ketahui walaupun saya bukan taukeh balak, jarang berlaku balak dicuri waktu malam, balak tetap dicuri waktu siang. Jadi, dengan sebab itu Kerajaan Pusat dan Kerajaan- kerajaan Negeri atas sifatnya kasih dan sayang kepada orang, kepada manusia iaitu rakyatnya, harus memberi satu tunjuk ajar, ingatan kepada para penyelidik ini supaya menyelidik jenis-jenis kayu yang masih boleh digunakan dan sehingga hari ini belum digunakan. Ertinya kayu ini telah membazir kerana sebelum ditebang sebatang balak, terpaksa ditebang beberapa pokok lain di sebelahnya. Ini tetap berlaku. Pembaziran ini bukan kecil di dalam negara kita dan boleh dikatakan di daiam tiap-tiap negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Satu contoh, Tuan Yang di-Pertua, apabila satu orang pembalak menebang balak, sekurang-kurangnya 8 kaki daripada paras tanah ke atas, baru di situ ditebang dan sebahagian daripada hujung kayu balak ini ditinggalkan begitu sahaja. Kadang- kadang muka balak itu masih antara

15 hingga 20 inci dan panjangnya barangkali 60 kaki, kerana sukar mengambilnya, ditinggalkan begitu sahaja. Saya yakin kalau penyelidikan dibuat, satu keinsafan dan kesedaran kepada para penyelidik memberi nasihat kepada Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan bahawa kayu- kayu ini masih boleh digunakan lagi. Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, di antara Wakil-wakil Rakyat yang ada ini, yang rumahnya ada parque daripada kayu-bukan daripada nibong, inilah kayu lebihan daripada potongan-potongan balak ini. Sepatutnya balak ataupun hutan balak di dalam negara kita ini boleh digunakan 100 tahun lagi, maka ianya hanya masih tinggal 30 tahun sahaja lagi.

Saya yakin ini berlaku kecuaian kerana kita berada dalam keadaan mewah pada sebelum negara ini meleset, sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, manusia mewah. Sekalipun mereka tidak pernah mendapat kawasan balak, tetapi mereka menjadi broker balak, pun mewah. Apabila dikhadakan Tuhan bahawa negara ini yang sebahagian dalam dunia ini rezekinya berkurangan, maka barulah manusia sedar bahawa ianya di mana berada. Dengan sebab itulah mana-mana Dewan, sama ada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan-dewan Negeri memperbincangkan tentang kehidupan manusia yang sekarang di zaman moden ini dipanggil tentang ekonomi meleset.

'Tuan Yang di-Pertua, suka saya ingatkan di sini dan saya setuju dengan pandangan saudara-saudara saya, mahu tidak mahu terpaksa kita adakan ini. Apabila perkembangan manusia seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, sehingga 100 juta, 200 juta, 300 juta orang dalam tempoh yang tertentu maka hutan-hutan balak, hutan-hutan kayu ini terpaksa

3169 15 JULAI 1987 3170

ditebang kerana harus diingat saudara- saudara-minta maaf, Tuan Yang di- Pertua, zaman ini manusia telah menanam besi dan simen, buahnya manusia. Apakah kita harus menanam pokok yang kita sendiri tidak buat hasil daripada komoditi ini.

Kita juga kena ingat, Tuan Yang di- Pertua, bahawa negara Malaysia ini sebuah negara yang terkecil di dunia manakala negara-negara yang lebih besar dalam dunia bermula dengan tanaman besi dan simen, berbuah manusia. Ini haruslah diingat, sekalipun akan berlaku 500 tahun akan datang.

Kalau sesungguhnya di antara para pemimpin kasih dan sayang kepada rakyatnya, hakikat ini harus diterima sebagaimana kata Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor, kalau dunia masih belum mahu kiamat, ertinya tentang pertikaian kayu-kayu balak ini saya berpendapat hanya buat sementara waktu sahaja. Kita terpaksa menukarkan kayu balak ini dengan tanaman lain dan kita telah buat, telah cuba, kita dihimpit oleh bangsa- bangsa lain yang kadang-kadang bangsa itu berada dalam negara kita, tidak mahu melihat negara ini kaya dan mewah, dia menggunakan sebarang taktik dan teknik menyekat komoditi kita supaya tidak maju di luar-luar negeri. Barangkali ini semua para pemimpin dan Yang Berhormat sekalian telah ketahui.

Bagaimana dengan kelapa sawit kita? Sepatutnya miyak kelapa sawit lebih menang kalau dibandingkan dengan minyak soya kerana duri minyak soya pendek dan minyak sawit panjang. Tetapi kita masih kalah.

Begitu juga dengan getah asli kita telah dikenal dari zaman berzaman, tetapi kita kalah kerana getah tiruan kerana ada beberapa sebab itu kita belum berani, belum berani dan tidak yakin dengan kita sendiri. Kita tidak

buat barang, kita menjual komoditi itu, barang dibuat oleh orang lain, selepas itu kita yang beli. Seperti juga kayu balak. Umpamanya negara jiran kita tidak ada sebatang balak di Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu makluman, kawan saya berniaga kayu ke Saudi Arabia. Beli kayu di negara kita dengan harga $880 satu tan, sementara tauke di Singapura tawarkan $640, tetapi di Singapura tidak ada kayu, di Malaysia balaknya bertimbun. Mengapa ini berlaku sedemikian?

Sekalipun kita ada kayu balak yang besar, tinggi dan panjang, yang berharga dan bernilai, kadang-kala ia tidak memberi manfaat kepada kita. Saya tidak tahu di mana salahnya kerana saya bukan pakar perdagangan dan ahli ekonomi. Jadi, dengan sebab itp kita berhati-hati, maka sesuailah dengan undang-undang ini, kalau kita memberi, orang yang menerima harus berterima kasih. Kerajaan memberi kemudahan kepada para pegawai, mungkin para pakar, pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya, maka ahli-ahli penyelidik ini jangan lupa budi dan murah hati Kerajaan ini supaya hutan kita terbela.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi, walaupun perkara ini kecil, apabila kita menyebutkan penyelidikan ianya halus dan seni. Saya percaya hutan kita iaitu hutan tropika tidak kurang kayu-kayan yang menjadi bahan ubatan. Sebelum merdeka, zaman Portugis, zaman Belanda, zaman British, mungkin juga zarhan Jepun anak-anak kayu, akar kayu. kulit kayu, daun kayu. bunga kayu dan getah kayu telah dipungut dan dibawa balik ke negara mereka dan dijadikan ubat-ubatan. Jadi, dengan sebab itu saya berharap Lembaga Penyelidikan ini ada bekerjasama dengan Universiti Pertanian dan lain-lain agensi semoga kayu-kayan yang mempunyai nilai

3171 15 JULAI 1987 3172

perubatan ini harus dijaga dan kalau boleh diadakan ladang secara besar- besaran khusus untuk kayu yang boleh menjadi ubat-ubatan.

Apakah kita rasa mustahil kayu, akar kayu dan daun kayu dari negara kita ini mungkin menjadi ubat yang sangat mujarab kalau kita bandingkan dengan akar-akar kayu dari Korea, Taiwan dan sebagainya? Saya berharap, kalau boleh Kerajaan akan cuba seberapa daya upaya hidupkan ladang ini supaya kita tidak ketinggalan dan kalau boleh tanam semula yang dimaksudkan di kawasan- kawasan bukit bukau dan gunung- ganang, maka kawasan tepi laut juga harus dipelihara kerana kayu bakau sangat perlu apabila hendak mendirikan satu-dua-tiga tingkat rumah batu kita tidak perlu pakai kayu digergaji.

Jadi, setakat itu, Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong Rang Undang-undang ini dan saya ucapkan terima kasih.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Hassan Nam.

4.43 ptg.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk turut sama membahaskan suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985 bagi rnembolehkan Lembaga memikul tanggungjawab bagi mengadakan skim pinjaman perumahan pegawai dan pengkhidmat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Saya bagi maksud itu adalah menyokong pindaan Rang Undang- undang tersebut bagi tujuan untuk kebaikan kakitangan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya apa masalah yang sedang dihadapi atau dialami oleh Orang Asli suku kaum Murut di Sabah dan suku

kaum Penan di Sarawak itu, sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator dari Sabah di Dewan yang mulia ini, Orang-orang Asli di Semananjung pun telah mengalami perkara yang serupa terutama sekali yang tinggal di pendalaman amat merasai kesan daripada projek pembalakan. Bukan sahaja penduduk-penduduk Orang Asli menerima akibat buruk, pencemaran daripada projek pembalakan dalam kawasan per- kampungan mereka tinggal itu, kesan- nya apabila jentera berat meranap kawasan sekeliling, jalan raya dibuka untuk mengeluarkan balak, tanah merah turun dari bukit-bukit mengalir ke sungai apabila hujan dan sungai- sungai yang menjadi sumber ikan dan air minuman mereka sudah menjadi tercemar.

Begitu juga sumber ekonomi, mata pencarian mereka akan terjejas dan akhirnya habis pupus iaitu seperti rotan, damar dan minyak kayu kuing akibat daripada pembalakan dan seterusnya dibuka ladang secara besar- besaran di kawasan itu oleh agensi- agensi Kerajaan dan pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua, contohnya sebagaimana yang telah berlaku di kawasan perkampungan Orang Asli di Tasik Bera, Temerloh, Pahang iaitu pada tahun 1962 setelah jalan raya sampai di kampung tersebut, ramai Orang Asli telah membeli kereta terpakai (second-hand) dari hasil penjualan minyak kayu-kuning dengan harga pada masa itu satu gelen $3.00 tetapi sekarang sudah meningkat kepada $12.00 satu gelen.

Sepatutnya kayu-kayu ini pihak Kerajaan harus memeliharanya tetapi pada tahun 1963 Kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan hutan tersebut dan pokok- pokok kayu kuing yang menjadi sumber pendapatan orang kampung

3173 15 JULAI 1987 3174

habis ditebang oleh pihak pembalak, walaupun dibuat bantahan oleh orang- orang kampung. Akhirnya Orang Asli yang membeli kereta secara berhutang itu tidak mampu membayar lagi kerana sumber pendapatan dari kayu minyak kuing itu habis ditebang oleh pembalak-pembalak. Betapa sedihnya perasaan orang-orang kampung akibat kehilangan punca mata pencarian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, masalah dusun-dusun durian Orang Asli di kawasan hutan sirnpan Jabatan Hutan, ada banyak hektar terdapat di negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak dan yang dekat sekali ialah di IPP Kepong, ada berbelas-belas ekar dusun durian kepunyaaan Orang Asli yang datuk nenek mereka tanam dalam hutan semasa mereka lari semasa Perang Jepun dahulu dan sekarang didapati dalam kawasan hutan simpan. Saya berharap Jabatan berkenaan akan dapat memberi pertimbangan untuk mengeluarkan kawasan dusun durian Orang Asli ini dari rizab hutan kepada tanah rizab dusun Orang Asli yang kekal.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi apabila saya melawat perkampungan Orang Asli di negeri Perak, contohnya di kawasan Chendering dan Sahom, Tapak, saya mendapati papan tanda hutan simpan ditampal di pokok-pokok durian di kawasan perkampungan Orang Asli. Jadi, seolah-olah kawasan perkampungan dan dusun durian Orang Asli berkenaan dalam kawasan rizab hutan, walhal perkampungan dan dusun durian mereka sudah berpuluh tahun lamanya diduduki, tetapi papan tanda itu baru diletakkan dan orang kampung di kawasan berkenaan berasa. gelisah di atas papan tanda tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong cadangan Yang Berhormat dari Sabah, iaitu supaya kawasan-kawasan perkampungan

Orang Asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung hendaklah dikecualikan dari lesen pembalakan, sekurang- kurangnya 5 batu jauhnya dari pusat perkampungan dan juga patut dikenalpasti sumber ekonomi penduduk tempatan. Kalau dikeluarkan lesen pembalakan hendaklah bagi kepentingan masyarakat di situ.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Akta tersebut untuk diluluskan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sila Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.

4.51 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama bangun untuk membahaskan suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985, yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada petang semalam.

Saya sendiri telah mengikuti perbahasan ini daripada petang semalam sehinggalah petang ini, berbagai perkara telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Dari berbagai segi dan masalah yang telah ditimbulkan yang kesemuanya mengharapkan kepada pihak yang berkenaan untuk menjaga dan memelihara hutan negara kita, hutan dan definasi-definasi hutan supaya satu masa nanti tidak akan kehabisan sumber kehutanan kita.

Tuan Yang di-Pertua, Akta ini meminta untuk membolehkan Lembaga Penyelidikan Pembangunan Perhutanan ini meluluskan wang yang telah diperuntukkan oleh Perbendaharaan sebanyak $2.5 juta kepada pegawai dan kakitangannya meminjam pinjaman perumahan dan kenderaan.

15 JULAI 1987

Saya amat bersetuju dengan pindaan ini dan kita amat bersetuju supaya apabila pindaan ini kita luluskan sebentar nanti, akan secepat mungkin diwartakan, supaya kakitangan di Lembaga ini dapat menikmati pinjaman kenderaan dan perumahan seperti kakitangan-kakitangan Kerajaan yang lain ataupun kakitangan pihak swasta yang telah menikmati pinjaman perumahan dan kenderaan semoga dengan adanya kelulusan ini nanti, mereka yang dapat pinjaman perumahan dan kenderaan akan bekerja lebih tekun dengan semangat cintakan kepada negara kita, di dalam bidang mereka mengenai dengan penyelidikan dan pernbangunan perhutanan ini, untuk menjaga kepentingan dan muslihat negara dan rakyat. Jadi, tidak akan timbul lagi rungutan mengapa kakitangan dan Lembaga ini sebagai anak tiri tidak dapat pinjaman perumahan dan kenderaan, insya Allah dalam beberapa minit nanti Dewan Negara ini akan meluluskannya.

Tuan Yang di-Pertua, dari pokok kayu hutan ke papan, ke kayu dan sebagainya tidak lari kesemuanya ini merupakan hasil negara. Jadi, kalau kita cakap kenapa kayu balak kita, kita jual, nanti Kerajaan akan jawab kita dapat cukai, cukai untuk pembangunan negara. Negara-negara yang membeli kayu balak daripada negara kita merasa beruntung kerana Malaysia sanggup menjualkan kayunya kepada mereka, bukan sahaja kayu balak, sehinggakan kayu-kayu kecil yang tidak berguna pun mereka proses jadikan sekam, jadikan debu di darat disalurkan inasuk ke kapal di bawa ke arah mana negara, kemudahan barang itu diproses dihantar balik ke Malaysia, kita pun beli buat pemindang pintu dengan harga yang mahal. Jadi inilah yang kadang-kadang menyedihkan kita juga, kenapa teknologi mereka sudah begitu tinggi, mereka tidak ada kayu, mereka beli kayu getah kita, bukan

kayu getah yang dibawa secara ketul- ketul diproses tidak lama kemudian hantar balik kepada kita.

Sekarang Kerajaan atau pihak-pihak yang berkenaan kempen menggunakan perabot daripada kayu getah, kayu getah yang macam mana hendak buat papan meja? Kayu getah yang macam mana hendak buat selesa hendak buat gelegar? Hendak buat rasuk pelancar. Ini cara orang kampung, sebab yang gunakan kayu ini orang kampung hendak buat rasuk pelancar, gelegar dan sebagainya. Kalau di pekan, di bandar mana ada rumah yang dia pakai kayu? Pembangunan yang pesat seperti di Kuala Lumpur, di sekitar Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan ini menggunakan kayu tidak sampai pun 15%, hanya gulung- gulung, kuda-kuda di atas sana tempat hendak meletakkan atap genting, tempat menyangkut sahaja. satu masa nanti penyangkut atap ini pun tidak akan nlenggunakan kayu lagi, mungkin dia akan menggunakan satu jenis bahan baru yang dikatakan "tear glass". Saya pun baru dapat tahu ada satu jenis bahan yang boleh digunakan begitu kuat dan kejap, tidak boleh patah kalau diketuk, kekuatannya sama dengan kayu yang keras. Kerajaan kempen satu masa dahulu, JKR kempen menggunakan bangunan daripada kayu-kayu tempatan sehinggakan ada satu bangunan di kawasan Taman Bunga kita di Kuala Lumpur ini menggunakan kayu. Selepas itu kempen 6 bulan hilang, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal, kempen itu pun tidak ada lagi. Gunakan lagi simen, batu, pasir, besi keluli dan sebagainya yang kesemuanya ini sebahagian besar daripadanya menguntungkan orang lain daripada menguntungkan kita. Bukanlah maknanya kita tidak maju dalam Dewan ini pun di belakang, Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada kayu macam itu tidak cantik: tetapi

3177 15 JULAI 1987 3178

sama ada kayu ini kayu yang dari negara kita atau kayu yang diimport daripada negara lain, atau kayu negara kita yang sudah dibawa ke negara lain dan dicelup dengan satu jenis kimia, kita beli balik letak dekat bangunan Parlimen kita.

Saya pernah pergi ke satu pusat penyelidikan, dia kata kayu ini cantik, kilat, putih, ini dibuat daripada kayu getah. Dalam fikiran saya, pandangan saya, tidak munasabah kalau kayu getah, sebab kayu getah kalau di tempat saya letaic di bawah rumah di kontot-kontot untuk persiapan kayu api hendak buat kerja kahwin. Itu sahaja, sebab sekarang orang kampung pun sudah tidak gunakan kayu api lagi, sebab semua sudah gunakan dapur gas, kayu api ini persiapan kalau hendak buat kenduri-kendara, itu sahaja. Jadi kita takut satu masa kayu balak, jenis- jenis kayu balak yang ada dalam negara kita ini orang lain yang menggunakannya.

PORIM saya dengar sudah membuat satu kajian bahawa batang kelapa sawit boleh dibuat plywood (papan lapis). Saya sudah dengar dua tahun dahulu, tetapi sampai sekarang tidak tahulah kalau ada barangkali surau atau madrasah kita di kampung-kampung, balairaya-balairaya kita yang menggunakan dinding papan lapis itu daripada papan lapis batang kelapa sawit, Wuallahu alambisawab, tetapi kilang-kilang papan lapis ini masih beroperasi, nampaknya masih meng- gunakan kayu-kayu balak yang dikeluarkan daripada hutan-hutan dara. Apabila disebut hutan-hutan dara ini, ialah hutan-hutan yang mengeluarkan hasil yang baik, kayu yang sudah berumur cukup.

Hutan KSK (kawasan sudah kerja) adalah kayu-kayu itu besar-besar peha, itupun dilanyak juga untuk buat pagar, benteng-benteng lombong dan sebagainya. Hutan kayu bakau habis. Kayu bakau daripada Pelabuhan Kelang sampai ke Selat Kelang Utara

apabila sudah dibina pelabuhan di situ kayu bakaunya mati. Jadi, esok apabila kita hendak buat bangunan di kawasan perairan di situ, di kawasan pantai Selangor, di Shah Alam, Kelana Jaya semua hendak gunakan kayu bakau kita tak ada kayu bakau. Bila tak ada kayu bakau, kayu bakau pun diseludup dari Indonesia, sudah berlaku pun sekarang penyeludupan kayu bakau dari Indonesia, kerana kayu bakau kita harganya lebih tinggi, di sana murah sedikit, di sana masih banyak. Apabila kita tanya, betulkah ada seludup kayu bakau, tak ada. Jadi inilah semua main tarik tali antara kita sama kita. Kami dalam Dewan ini semua penyokong Kerajaan, semua orang kuat parti Kerajaan ini. Kami bercakap ini hendak membetulkan Kerajaan, bukan hendak menghentam Kerajaan.

Tadi disebutkan masalah berkenaan dengan pencerobohan hutan. Yang saya sedih di tempat saya sana orang kampung ceroboh tanah forest (forest reserved) Hutan Simpanan Jabatan Hutan. Orang kampung ceroboh tanamlah kelapa sawit 50-60 batang, ramai-ramai adalah 15-16 orang- tangkap, pokok kelapa sawit ini ditebang semua sekali, orangnya dibawa ke Balai Polis, tetapi orang yang mencuri hutan balak, keluarkan kayu balak panjangnya 100 kaki dengan treler yang panjang, diconteng dengan kapor belakangnya-pangkah, pangkah, entah huruf apa, huruf kanji yang kita pun tak tahu baca, jalan terus, beribu-ribu ekar.

Di Perak saya dengar di sebelah Sitiawan ditanam dengan ubi beribu- ribu ekar. Di Batu Pahat beribu ekar ditanam, diceroboh tanah hutan. Ini yang kadang-kadang di kedai kopi di kampung-kampung orang cerita itulah masalahnya. Masalah yang kita kena fikir sama-sama, yang kita renungkan sama-sama supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya melalui kelulusan Akta Rang Undang-undang. Kalau perkara ini betul berjalan tak timbul macam kata Ahli Dewan

3179 15 JULAI 1987 3180

Negara dari Sabah, dari Sarawak bercakap mengenai dengan ini, Wakil Orang Asli kita ada dalam Dewan ini bercakap mengenai dengan masalah- masalah semacam itu.

Dengar hutan kayu jati di Perlis saya lalu daripada mula tanam sampai sekarang besar itu juga pokok kayu jati yang dekat Perlis, jadi bila saya hendak pakai peti keranda daripada kayu jati Perlis. Saya tak mahu pakai keranda saya esok daripada kayu getah-malu. Senator Haji Shaharom mati, kerandanya kayu getah fasal sudah tak ada papan. Saya ingin saya punya keranda esok kayu jati yang ditanam di Perlis, tetapi kayu jati yang di Perlis itu macam itu juga. Ini juga satu pertanyaan saya.

Di Pahang dahulu ada ditanam satu projek hendak tanam kayu yang boleh dibuat kertas, pun tengok ghaib rancangan itu. Jadi, inilah yang kita minta supaya Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan, namanya pun sudah terang, satu Lembaga yang tugasnya menyelidik hal-ha1 hutan dari sekecil-kecilnya daripada akar tongkat Ali yang boleh menguatkan tenaga batin-akar pokok tongkat Ali, sekecil-kecilnya hendak dijaga, jangan sampai pupus kerana kita tak mahu makan "dhab". Dhab itu kotor-biawak, biar kita tak makan akar tongkat Baginda Ali. Orang perempuan yang baru bersalin makan pokok Bunga Kembang Fatimah supaya lepas bersalin 40 hari dia sihat monte1 balik, awang tak cari lain (Ketawa). Ini juga mahu dijaga. Saya tahu di MARDI pun ada buat siasatan itu, ini pokok akar Baginda Ali, ini pokok Fatimah sampailah sebesar- besar kayu balak yang lilitnya 5-6 pemelok itu hendak dijaga, jangan kita buang sebab ini semua sekali nikmat daripada Allah Ta'ala kepada kita rakyat Malaysia. Belum pernah kawasan hutan balak kita terbakar sampai berpuluh-puluh hari tak padam apinya.

Kita tengok di TV berita daripada Negeri China hari itu kawasan balak terbakar sampai tak boleh hendak padam. Banyak negara berlaku macam itu kerana masalah balak ini sudah jadi macam-macam cerita, jadi Allah Ta'ala marah. Nanti kalau balak kita pun jadi macam itu satu hari terbakar satu batang kayu balak tak padam- padam daripada Hulu Kelantan sampai ke Terengganu, sampai Jerangau melarat ke Sungai Lembing terus pergi ke Tasik Bera, ke Tasik Chini sampai ke Segamat, sampai ke Endau- Rompin, sampai ke Kota Tinggi, sampai ke Batu Pahat, tempat saya tak ada kayu balak', tak terbakar. Tempat yang ada kayu balak yang akan terbakar akan menjadi malapetaka kepada kita semua. Malapetaka daripada balak ini macam-macam, politik boleh kecoh pasal kayu balak, orang berbunuh fasal kayu balak, orang jatuh bankrap fasal kayu balak, orang kena dakwa ke mahkamah oleh kayu balak, orang mati kena hempap oleh kayu balak, tetapi orang kampung yang tak ada kena-mengena dengan kayu balak ini boleh gatal fasal kayu balak, gatal kulit kerana di tengah- tengah kampung itu ada satu kilang yang memproses kayu balak. Jadi, orang kampung ini kena debu kabu balak itu dia kena penyakit gatal.

Ini saya tunjukkan di Pekan Banting, tempat saya duduk. Betullah nanti akan dijawab oleh Timbalan Menteri itu kuasa Majlis Tempatan. Saya sudah berbueh cakap waktu saya jadi Ahli Majlis Daerah, kata Majlis Daerah dalam mesyuarat itu, ini hasil negara, hasil negeri tak boleh hendak senang- senang. Tak apalah, satu masa nanti kalau saya boleh duduk dalam Parlimen, saya hendak bawa pergi Parlimen.

Alhamdulillah, doa saya makbul, saya dapat duduk di Parlimen di Dewan Negara ini saya hendak bawa perkara ini sekarang.

3181 15 JULAI 1987 3182

Satu kilang papan di tengah-tengah Pekan Banting 100 kaki daripada kilang itu Rumah Sakit Hospital Daerah, 150 kaki Balai Polis, 120 kaki Bangunan Baru Majlis Daerah, 200 kaki kelilingnya penuh dengan projek perumahan, sama ada PKNS atau swasta ataupun rumah orang kampung Kanchong Darat, Sungai Lang Baru, Sungai Lang Tengah, Projek Telekom, Jalan Cempaka, Jalan Kenanga, macam-macam perumahan. Kilang ini masih ada disitu. Jadi, orang kampung yang tak tahu masalah balak dia gatal kulit fasal kayu balak. Treler yang bawa kayu balak daripada hutan ini melalui tengah-tengah kampung. Budak sekolah lalu lalang ikut jalan itu, kemudian treler ini menyeberang jalan kadang-kadang berlaku kemalangan beberapa kali sedangkan di Kuala Langat apabila kita buka peta sudah tak ada lagi kayu balak. Kayu balak ini dibawa daripada hutan di Daerah Sepang, bukan Kuala Langat.

Jadi, sudah sepatutnya kalau kilang papan ini dipindahkan ke Daerah Sepang, tidak beroperasi di tengah- tengah Bandar Banting kerana ini rungutan daripada penduduk di sekitar kawasan kilang papan itu. Kalau hendak tahu namanya, Tuan Yang di- Pertua, kilang papan itu "Kim Chin Ho", minta maaflah, ini bukan marah kepada Kim Chin 'Ho, masalah gatalnya tadi itu. Saya tak marah'Kim Chin Ho , dia bayar cukai kepada Kerajaan, dipindahkan tempat operasinya tidak di tengah-tengah bandar, 150 kaki Rumah Sakit Hospital Daerah yang tempat anak Perdana Menteri membuat latihan di situ, anak Tun Hussein Onn yang jadi doktor pun berlatih di situ, anak Dr Mahathir sekarang ini pun berlatih di hospital itu, dengar bunyi mesin kayu balak, nampak asap, nampak debu diterbangkan oleh angin masuk ke tingkap-tingkap hospital. Jadi, saya kena bawa ini.

Jadi, tolong diberitahu supaya operasi kilang itu diberhentikan, dipindahkan dan kalau tapak itu dia menumpang tanah Kerajaan, boleh digunakan satu bangunan lain. Pejabat Bomba di Banting itu pun sudah sempit, Pejabat Pos di Banting itu pun sudah sempit, banyak Jabatan Kerajaan di Banting itu yang sudah sempit yang boleh dibina di tempat itu pula. Kalau tempat itu milik dia, biarlah dia binakan dengan bangunan kedai-kedai yang boleh pula dimanfaatkan kepada orang ramai, dijual atau disewakan. Begitu juga dengan sampah-sampah sarap daripada kayu balak tadi pergi kepada kilang sebelum dijual, begitulah masalahnya yang dihadapi oleh masyarakat, oleh negara.

Saya takut satu masa, sebab perkara ini ditulis dalam suratkhabar mengenai kilang papan di perkampungan ini- suratkhabar sudah pun tulis dengan gambar-gambarnya sekali, terima kasih saya ucapkan kepada suratkhabar, kerana sudah menulis perkara itu, tetapi tindakan tidak ada apa-apa lagi. Saya takut, satu hari orang di situ tidak boleh menahan perasaannya, akan berlaku sesuatu yang tidak baik. Sebab itu kita kena fikir hati-hati, fikir baik-baik supaya satu tindakan yang tidak merugikan kedua belah pihak dapat diambil untuk faedah bersama.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Akta ini juga, membolehkan pinjaman perumahan. Ini saya hendak lihat, apabila lulus pinjaman perumahan ini kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan ini, apabila dia membuat pinjaman perumahan, hendaklah membuat rumah daripada kayu. Dia tidak akan membuat rumah daripada batu ataupun rumah pasang siap, ada terrazo, marmar dan sebagainya. Rumah kayu supaya dapat jadi contoh.

3183 15 JULAI 1987 3184

Inilah rumah orang perhutanan, susah juga hendak cakap, rumah kakitangan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, kita lihat. Katalah kawasan dekat Kepong sana, sebab Pusat mereka ini di Kepong. Jadi adakah satu kawasan pinjaman perumahan yang diluluskan oleh Kerajaan hendaklah daripada kayu semata-mata, tidak ada sebatang pun besi di dalamnya. Umpamanya Istana Seri Menanti, Istana Yam Tuan Muhammad itu, tidak ada sebatang paku pun di dalamnya. Tiang seri yang 6 batang yang setinggi 99 kaki, tidak ada yang disambung, tidak ada sebatang paku atau besi masuk dalam itu. Ini kita hendak lihat. Kalau pelancong datang melihat projek perumahan orang-orang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan dibuat lain daripada yang lain, daripada kayu semata-mata, tanpa besi, tanpa tembaga, pelancong boleh dibawa ke situ, menguntungkan juga kepada negara, kalau pelancong hendak lihat. Kalau pelancong tidak hendak lihat, apa hendak buat. Sebab pelancong pun tidak hairan dengan rumah kayu sebab di negara mereka pun banyak rumah yang dibuat tidak daripada kayu, dibuat daripada daun lalang, kalau kita lihat. Inilah kelebihan kita.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kata seorang Ahli Yang Berhormat tadi mengenai dengan hutan ini, bukan masalah kayu balak sahaja. Saya amat bersetuju daripada sekecil-kecilnya buluh itu kalau kita kaji dalam negara kita memang berpuluh-puluh jenis kalau hendak disebutkan. Daripada buluh yang ruasnya 6 kaki sehingga buluh yang ruasnya satu inci. Setiap satu jenis buluh ada yang ruasnya satu inci, satu inci, ada yang enam kaki satu ruas. Begitulah kekayaan Allah s.w.t. menjadikan buluh. Ini pun terbuang begitu sahaja. Sepatutnya penyelidikan dapat dibuat untuk apa hendak dibuat dengan buluh ini? Kalau negeri Arab sana misalnya, ada rumah

yang dibuat daripada tembok simen, pasir dan sebagainya, tetapi tulang- tulang di dalamnya dari pelepah- pelepah tamar yang boleh tahan beratus tahun, mungkin buluh kita, kalau diuji, boleh dijadikan tulang- tulang simen (concrete), mungkin. Sebab kayu kita ini ada yang kuat-kuat, kalau tidak tahun lama-lama, tahan 40 tahun macam jalan simen yang dibuat di Olak Lampit itu jadilah, tahan 40 tahun. Ini menunjukkan bahawa sekarang kita mengutamakan bahan lain.

Saya pernah bertanya dalam Dewan ini, baharu setahun yang lalu, kenapa tidak dipentingkan tiang-tiang lampu elektrik digantikan kepada simen kerana simen ini barangkali boleh tahan lebih lama. Jawapan dalam Dewan mengatakan kayu kita banyak.

Saya mendapat tahu juga ada sumber mengatakan bahawa tiang elektrik itu kita beli kayu daripada negeri seberang. Betul tidak betul, tidak tahu. Tetapi sumber itu mengatakan begitu. Itu kita tidak mahu. Timbalan Menteri menjawab pada masa itu, kita tidak mahu memasang tiang elektrik daripada simen, kita mahu kayu. Tetapi hari ini bertukar dengan simen pula. Kita tidak mahu kayu, kerana simen boleh tahan lama. Saya lihat dekat Teluk Datuk, tiang simen untuk tiang elektrik sudah ada bersusun-susun. Kesudahannya tiang elektrik yang sudah dipakai tadi dijual dengan harga $6.50 sen sebatang. 30 k a k i - 6 inci kali 6 inci $6.50 sen. Orang kampung hendak beli papan dinding 50 sen satu kaki papan setengah enam iaitusetengah inci tebal 6 inci lebar 50 sen sekaki. Begitulah harga kayu di antara kayu yang digunakan oleh Kerajaan dengan kayu yang hendak digunakan oleh rakyat.

Sepatutnya kayu ini, Kerajaan ada harga kawalan iaitu termasuk barang kawalan. Kita takut barang ini cepat habis, dibuat satu undang-undang bahawa kayu dikelaskan sebagai

3185 15 JULAI 1987 3186

barang-barang terkawal, tidak boleh banyak ulasan-ulasan yang bernas dijua mengikut suka-suka. Kerajaan untuk diambil kira dan diberi perhatian mesti tentukan, sebab ini masih yang berat oleh pihak Kementerian. diperlukan oleh berjuta-juta rakyat yang hendak membuat rumah daripada Tuan Yang di-Pertua, seperti kita kayu, belum mampu hendak membuat sedia maklum, hutan memainkan rumah daripada bahan-bahan yang peranan penting bukan sahaja bagi lain. keseiahteraan ekonomi Malaysia

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja sedikit perbahasan yang dapat saya sampaikan mengenai Akta pindaan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan ini. Apa yang saya tekankan, yang pertama sekali, mengenai kilang papan yang di tengah-tengah pekan Banting itu supaya dapat diambil tindakan yang sebaik-baiknya yang tidak merugikan semua pihak.

Sekian dan dengan ini saya menyokong Akta ini untuk diluluskan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak berucap? Jika tidak ada, saya menjemput Timbalan Menteri untuk memberi jawapan.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Abdul Ghani bin Othman): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat berkaitan dengan Rang Undang-undang yang di hadapan Majlis pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi bangun untuk membahaskan Rang Undang- undang ini iaitu Rang Undang-undang Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan (Pindaan) 1987, sama ada pada hari semalam ataupun pada hari ini.

Di samping menyokong pindaan Rang Undang-undang ini, Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberi

malih bagi kestabilan alam sekhar, pemeliharaan sumber-sumber air, tanah, hidupan liar dan sumber- sumber tanah bagi kejayaan rancangan-rancangan pembangunan pertanian dan luar bandar serta membaiki kualiti kehidupan penduduk desa dan kota. Memandangkan peranan penting hutan ini, Kerajaan Malaysia telah merumuskan dasar- dasar dan program-program bagi mengseimbangkan keperluan- keperluan pembangunan dan pemeliharaan supaya pada akhirnya negara memperolehi dari sumbangan ekonomi, sumber-sumber hutan dan pemeliharaan kualiti kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Malaysia masih mempunyai hutan seluas 21.82 juta hektar iaitu kira-kira 62% daripada kawasan tanah negara. Kira-kira 3.4 hektar daripada kawasan ini telah rosak oleh pertanian pindah. Selain daripada itu kawasan hutan asli ini terus menerus berkurangan akibat pembukaan untuk rancangan- rancangan pertanian dan penempatan. Walau bagaimanpun, Kerajaan melalui Majlis Perhutanan Negara telah pun membentuk Dasar-dasar Perhutanan Negara yang di antaranya menetapkan 12.8 juta hektar daripada kawasan hutan yang masih ada itu sebagai hutan simpan kekal. Ini adalah merupakan 59% daripada kawasan hutan dan akan diuruskan atas asas pengeluaran berkekalan di mana kaedah-kaedah seperti catuan tebang tahunan, penebangan pemilihan, rawatan "silviculture" yang seimbang dengan penebangan dilaksanakan di hutan simpan kekal. Lebih jauh dari itu, Kerajaan sebagai satu dasarnya bergiat melaksanakan 'program

15 JULAI 1987

perladangan hutan di mana projek ladang hutan "compensatory" seluas 186,000 hektar sedang dilaksanakan dengan giat di Semenanjung Malaysia supaya tercapai menjelang tahun 1995 dan juga hingga tahun 2,000, di mana dijangka pengeluaran daripada hutan asli tidak cukup untuk keperluan dalam negara. Setakat ini lebih 9,000 hektar telah diwujudkan. Di samping itu, di Sabah telah diwujudkan ladang hutan seluas lebih daripada 60,000 hektar dengan matlamat 250,000 hektar ladang-ladang hutan yang ditanami dengan pokok-pokok cepat membesar yang boleh menghasil balak dalam tempoh 15 tahun seperti jenis "Acasia, magiurn, gamilina dan paraseriantasis" Selain daripada ladang hutan dengan pokok cepat membesar, Kerajaan telah menubuhkan ladang-ladang pokok pine di beberapa negeri dan ladang jati yang dilaksanakan di negeri Perlis akan diteruskan pelaksa- naannya.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan juga menyedari peranan penyelidikan bagi menjimat penerokaan hutan yang seterusnya menyumbang kepada pemeliharaan khazanah hutan. Dengan sebab itu, Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia ditubuhkan, yang mana tidak lain adalah untuk mempergiatkan lagi usaha-usaha penyelidikan hutan. Penyelidikan ke atas kayu getah, batang kelapa sawit, kayu-kayu kurang terkenal dan bersaiz kecil akan secara tidak langsung mengurangkan keperluan membalak hutan asli dengan besar-besaran disebabkan sumber-sumber ini akan boleh menjadi pengganti kepada kayu- kayu popular di masa ini. Dibantu dengan dasar-dasar Kerajaan yang menggalakkan perkembangan industri proses lanjut, saya percaya pembalakan hutan akan berkurangan dengan tidak menjejaskan kesejahteraan ekonomi negeri, bahkan mewujudkan hutan yang terpelihara sebagaimana yang kita harapkan.

Kerajaan memang sedar tentang sisa pembaziran kayu yang masih tinggi, baik di kawasan tebangan hutan mahupun di kilang memproses kayu. Bagi mengurangkan pembaziran ini, FRIM telah pun menjalankan berbagai penyelidikan, termasuklah peng- hasilan kilang bergerak untuk membolehkan kayu diproses di tempat penebangan dan juga menemukan kegunaan-kegunaan bagi sisa-sisa kayu. Projek perintis untuk mengeluarkan tunggul-tunggul kayu dan dahan-dahan kayu dan memprosesnya juga telah dijalankan . Di samping itu, FRIM menyediakan khidmat teknikal kepada kilang-kilang yang meliputi penyelidikan mengenai masalah pengilangan dan menghasilkan rumusan bagi mengatasi masalah itu yang lazimnya adalah bagi meninggikan kecekapan kilang kadar penggunaan kayu dan mengurangkan sisa-sisa kayu. Antara projek-projek yang sedang dijalankan bagi pengurangan pembaziran kayu adalah bagi menghasilkan papan medium density fibre, penghasilan gam. Sementara penyelidikan teknik "gulaminisation" telah pun berjaya untuk menggunakan sisa-sisa kayu bagi bahan struktur binaan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menuju secara khusus kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertamanya, perkara Yan& dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Jasni. Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia telah sedia melantik wakil-wakil dari Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak serta beberapa agensi seperti Universiti Pertanian Malaysia, Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menganggotai Lembaga tersebut. Dasar Perhutanan Negara yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada lOhb April, 1978 merupakan satu dasar yang lengkap dari segi menjamin

15 JULAI 1987

pengeluaran kayu-kayan serta pemeliharaan alam sekitar khasnya. Dengan yang demikian, dasar ini merupakan asas untuk pengurusan dan pembangunan hutan yang berkesan. Akta Perhutanan Negara 1984 memberi peruntukan undang-undang dalam mempastikan Pew- usahahasilan kayu-kayan yang teratur tanpa kesan negatif ke atas kawasan sekeliling. Oleh yang demikian, Kerajaan mempunyai dasar serta undang-undang yang mencukupi untuk mengawal pembalakan dengan berkesan. Langkah-langkah khas seperti melalui sistem pengurusan memilih ada mengamalkan catuan tebangan tahunan yang tertentu.

Masalah mungkin timbul apabila terdapat kekurangan peruntukan kewangan bagi mempastikan dasar serta undang-undang yang sedia ada dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dengan adanya pengagihan kewangan yang lebih kepada sektor perhutanan, khasnya bagi bidang penguatkuasaan dasar dan undang-undang oleh Kerajaan Negeri, masalah seperti pencemaran, pencerobohan dapat dikurangkan pada satu peringkat yang lebih minima lagi.

Buat masa ini belum ada lagi peruntukan untuk menghalang sebarang pembalakan dalam lingkungan 5 batu dari pusat perkampungan Orang Asli. Walau bagaimanapun, enakmen-enakmen yang lain yang berkaitan dengan hak keistimewaan Orang Asli mempunyai peruntukan untuk mewartakan satu- satu kawasan hutan sebagai rizab Orang Asli yang dikhaskan untuk kesejahteraan hidup mereka yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam. Masalah-masalah hanya timbul apabila Orang-orang Asli menduduki kawasan hutan yang tidak dirizabkan

untuk mereka. Pencemaran alam sekitar yang ditimbulkan bukan merupakan masalah yang serius memandangkan adanya pengawalan yang ketat melalui undang-undang yang sedia ada bersama penguatkuasaan bantuan-bantuan pengusahahasilan yang sistematik.

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia memang menghadapi masalah-masalah seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak, tetapi tidaklah begitu merumitkan. Adalah tidak benar seperti yang didakwa oleh pihak Sahabat Alam Malaysia bahawa Malaysia merupakan negara yang menjalankan pembalakan tanpa had. Malaysia telah lama mempunyai dasar perhutanan serta enakmen dan Akta Perhutanan Negara Y a% menggariskan panduan-panduan mengenai pengusahahasilan serta pemeliharaan hutan yang menjamin sumber kayu-kayan yang berkekalan tanpa mendapat kesan-kesan buruk terhadap alam sekitar kita.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi perkara-perkara yang dibangkit oleh Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong pada hari ini. Saya ingin merujuk kepada perkara yang disentuh mengenai pokok yang dipanggil Acasia yang dikatakan tidak mempunyai nilai komersial yang terjamin untuk masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, adalah diakui bahawa jenis pokok ini memang menghadapi masalah kerana ianya merupakan satu jenis pokok yang berbentuk hollow hurt. Walaupun begitu pokok jenis kayu ini dikatakan mempunyai kelebihan kerana ia banyak kegunaannya sama ada dalam bentuk kayu gergaji ataupun untuk membuat kertas ataupun membuat kayu arang dan kelebihan jenis pokok ini, ia cepat membesar dan mudah pula tumbuh dan sesuai dalam iklim Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun begitu, pihak FRIM akan terus membuat penyelidikan supaya jenis pokok ini akan lebih

3191 15 JULAI 1987 3192

berupaya lagi untuk diluaskan supaya kegunaan komersial akan lebih meyakinkan masyarakat yang ada kaitannya dengan menanam semula hutan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang soal dibangkitkan oleh Tuan Hassan bin Nam mengenai penanaman secara komersial rotan. Adalah tidak dapat dielakkan di mana jua dalam bidang mana pun kita akan sentiasa menghadapi banyak jenis gantian kepada barang-barang asli seperti rotan. Tetapi keadaan yang terakhir berlaku dalam pasaran dunia, kita dapati bahawa bekalan rotan daripada sumber-sumber yang lain seperti Indonesia dikurangkan. Oleh yang demikian, pasaran dunia agak lebih luas terbuka untuk rotan yang dikeluarkan di Malaysia. Jadi, berdasarkan kepada kemungkinan ini dan oleh kerana citarasa masyarakat dunia amnya dan masyarakat kita khususnya terhadap rotan masih lagi meyakinkan, kami berpendapat bahawa menanam rotan secara besar- besaran bukan sahaja di hutan, bahkan juga di kawasan-kawasan ladang yang sesuai untuk ditanam rotan akan diteruskan. Walaupun begitu, kita mempastikan bahawa pihak FRIM akan terus membuat penyelidikan yang bermakna untuk mempastikan kualiti rotan yang terbaik untuk memenuhi citarasa pengguna di seluruh dunia.

Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan Alban ialah kayu yang sesuai untuk membuat mancis. Tuan Yang di- Pertua, adalah benar bahawa kayu yang diperlukan untuk dibuat mancis ini adalah agak rumit sedikit kerana ia mestilah bentuk yang tahan walaupun nipis dan rupa yang cantik dan pada hari ini keluaran kayu yang sesuai untuk tujuan ini adalah tidak mencukupi dan terpaksa ditampung dengan mengimport daripada luar negeri. Seruan sewajarnya dibuat kepada pihak industri membuat mancis untuk tampil ke hadapan supaya kita

membantu bersama-sama supaya penyelidikan untuk mengeluarkan jenis kayu yang sesuai untuk dibuat mancis supaya sama-sama dalam usaha memajukan kayu untuk mengeluarkan barangan mancis.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Zakaria. Yang pertamanya, perkara yang dibangkitkan ialah mengenai masalah kayu ramin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelidikan sedang giat dijalankan dari segi pertumbuhan ataupun regeneration di mana ia merupakan satu masalah besar jenis kayu ramin ini dan FRIM telah berjaya menyekat atau menahan kejadian blue-stain kepada jenis ramin ini. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Zakaria iaitu masalah takungan air yang ada kaitannya dengan soal keadaan hutan yang ada di seluruh negara kita ini. Mengenai perkara ini sejak wujudnya disiplin Kejuruteraan Pembalakan ataupun Logging Engineering pada awal tahun 1987, FRIM telah mula merancang ke arah ini dan dari segi tadahan air, kajian ini dijalankan di bawah Haidrologi Hutan. Pemerhatian ke atas kesan-kesan lepas pembalakan yang dikendalikan di takungan air dari segi iklim, kualiti air, kepekatan lumpur dan sebagainya sedang dilaksanakan oleh pihak FRIM.

Saya tertarik dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Zakaria mengenai betapa perlunya untuk kita terus membuat penyelidikan berkaitan dengan rotan dan juga buluh. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyebut di sini bahawa penyelidikan rotan tidaklah asing bagi FRIM. Dengan tertubuhnya Rotan Information Centre ataupun Pusat Penerangan Rotan bagi kawasan Asia, FRIM telah lebih terkenal di dalam penyelidikan rotan, bukan sahaja rotan manau, bahkan rotan dok, rotan

3193 15 JULAI 1987 3194

semambu, rotan sega, rotan manau tikus dan lain-lain jenis rotan yang sesuai dari masa ke semasa. Mengenai buluh pula FRIM telah menanam secara cubaan 3 jenis buluh yang sesuai dan berpotensi untuk kegunaan di Malaysia. Tujuannya ialah untuk menilai kesesuaian mereka bagi menanam secara besar-besaran. Penyelidikan rotan tidak terhad dari segi penanaman di hutan-hutan sahaja, bahkan FELDA, FELCRA dan RISDA telah berminat menanam rotan di kebun-kebun getah mereka. Pengeluaran benih rotan yang sesuai juga dijalankan melalui penyelidikan tissue.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengalih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan penjelasan yang diberi mengenai usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi menguruskan hutan dan penghasilan hutan di Sarawak. Penyelidikan untuk menanam semula hutan telah dijalankan dari masa ke semasa yang mana memang diutamakan kayu-kayu bernilai commercial terutama yang cepat boleh dihasilkan. Munekin masa ini ada " pihak mempersoalkan jenis kayu yang dipilih sebab masih banyak kayu-kayu dari jenis yang terkenal, tetapi di masa hadapan bila kayu-kayu yang terkenal ini habis dan yang dipulihkan belum cukup masa untuk ditebang, kayu-kayu tanaman semula itu pasti akan bernilai. Apatah lagi kayu-kayu itu telah dicuba dahulu penghasilannya sebelum ditanam secara besar-besaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat yang mengatakan bahawa sesungguhnya hutan itu adalah satu anugerah yang besar ertinya kepada masyarakat, satu anugerah Tuhan yang

diturunkan kepada masyarakat kita di Malaysia. Oleh yang demikian, sewajarnya dipelihara anugerah tersebut sebegitu rupa supaya ianya dapat dipanjangkan kepada warisan kita seterusnya dan sambil itu pula kita mempastikan bahawa anugerah itu dapat kita bahagi-bahagian dengan secara yang paling adil. Tidak kepada golongan tertentu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pembahagian anugerah hutan kepada ahli-ahli masyarakat Malaysia ini, ingin saya maklumkan dan saya percaya Ahli Yang Berhormat sedia maklum ianya adalah dalam kuasa Kerajaan negeri dan kita bersama-sama menyeru supaya pihak yang berkuasa mempastikan supaya apa jua anugerah Tuhan yang diberikan kepada kita hendaklah kita rasakan dan kita kecapi secara adil dan saksama di antara kita.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho berkaitan dengan soal taman rekreasi, sebenarnya taman rekreasi yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tan tadi telah pun dibuka untuk dinikmati oleh masyarakat umum. Bukan sahaja masyarakat umum di Wilayah Persekutuan, bahkan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Sekadarkan ingin saya maklumkan di sini bahawa taman rekreasi tersebut bukan sahaja dalam bentuk untuk bersiar-siaran tetapi untuk menikmati apa juga keselesaan hidup yang ada dalam keadaan semula jadi bahkan juga untuk pihak yang berminat untuk mendalami lagi kefahaman mereka dari segi saintifik apa yang terkandung dalam taman rekreasi tersebut. Jadi, kita sama-sama menekankan bahawa taman rekreasi yang dibuka kepada masyarakat tadi mempunyai dua peranan penting. Pertamanya, untuk mendalami lagi ilmu dan kefahaman mengenai hutan negara dan juga untuk kita sama-sama merasa keadaan yang selesa dan nyaman di taman-taman rekreasi hutan.

15 JULAI 1987

Saya ingin menyebutkan di sini bahawa taman rekreasi di Kampus FRIM tadi bukanlah sahaja satu daripada taman yang boleh dinikmati oleh masyarakat, bahkan juga taman- taman yang sedang diwujudkan di peringkat negeri-negeri.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said mengenai soal menceroboh hutan, adalah amat mustahil sekali kalau sekiranya hasil hutan dicuri dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa jua dan ada pendapat mengatakan bahawa adalah tidak mudah untuk mencuri hasil hutan secara berterusan pada waktu malam kerana amat rumit untuk membawa balak yang besar-besar itu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini ingin saya menekankan bahawa soal menceroboh balak ini ada kaitannya dengan soal keinsafan dan juga tahap kesedaran masyarakat tentang apa yang baik dan apa yang buruk-yang mulia dan yang keji. Jadi, kita tidak mahu ada pihak-pihak yang bersubahat tentang perkara pencerobohan ini dan kalau sekiranya kesedaran dan keinsafan masyarakat terhadap perkara yang keji sepatutnya diingkari dan dihapuskan maka sewajarnya tidak ada mereka yang bersubahat untuk mengizinkan pencerobohan ini. Sambil itu pula kita menyeru pihak yang berkenaan, iaitu pihak Kerajaan negeri supaya dapat mempertingkatkan daya usaha untuk penguatkuasaan undang-undang Kerajaan negeri supaya kerja-kerja menceroboh ini dapat kita hapuskan.

Perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Hajjah Azizah mengenai "hari hutan", ingin saya maklumkan di sini bahawa sebenarnya hari hutan adalah telah ditentukan pada tarikh 21hb Mac dan ini bertepatan dengan perayaan hari hutan sedunia. Jadi 21hb Mac untuk setiap tahun. Oleh kerana Yang Berhormat Hajjah

Azizah tidak maklum dan banyak di antara kita pun tidak maklum tentang tarikh tersebut, maka sewajarnya pihak berkenaan mengenai perayaan tersebut supaya membuat acara-acara, majlis-majlis dan cara membuat ingatan ataupun seruan-seruan supaya masyarakat Malaysia lebih sedar tentang pengertiannya untuk kita menghayati hutan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Mustafa Awang khususnya mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom tentang khazanah negara daripada jenis pokok-pokok yang ada khasiat ubat. Mengenai perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru semua pihak supaya dapat bersama- sama dengan FRIM. Walaupun ia tidak menepati dengan bidang kuasa FRIM, tetapi elok juga perkara ini diambil berat. Oleh yang demikian, pihak FRIM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak institusi pengajian tinggi ataupun mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bahkan minat dalam bidang ini untuk bersama-sama meningkatkan usaha supaya pokok- pokok yang ada kegunaan dari segi ubat dapat kita tanam secara luasan supaya industri ubat tradisional ini akan dapat kita wujudkan dengan lebih besar lagi. Jadi, di sini pihak FRIM menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan untuk tampil ke hadapan supaya dapat kita bersama- sama membangunkan pokok-pokok yang ada khasiat ubat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan Nam dan saya percaya bahawa dalam soal yang dibangkitkan ini, semua pihak yang berkenaan sama ada pihak Kerajaan Negeri, pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbirkan hutan dan juga pihak

3197 15 JULAI 1987 3198

Kerajaan dalam negeri yang ada tanggungjawab secara langsung kepada masyarakat kaum Asli untuk mempastikan bahawa kesejahteraan hidup perkampungan Orang Asli akan sentiasa terpelihara berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang ada dalam undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kalau sekiranya saya tidak dapat menjawab setiap daripada perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya kagum dengan minat yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai bangun untuk memberi pandangan yang bermakna terhadap FRIM untuk dipertimbangkan secara terperinci. Di atas pandangan-pandangan tersebut dan juga di atas sokongan yang diberikan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagikan diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Datuk Abang Haji Ahmad Urai mempengerusikan Ja watankuasa)

Fasal 1 dun 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG- UNDANG JALAN- JALAN

PERSEKUTUAN (PENGURUSAN

PERSENDIRIAN) (PINDAAN) 1987

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.46 ptg.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Suatu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Per- sendirian) 1984 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Kerjaraya adalah bertanggungjawab sepenuhnya di dalam melaksanakan segala program-program pembinaan dan penyelenggaraan kerja-kerja, bangunan-bangunan, jalan-jalan, jambatan-jambatan dan lapangan terbang-lapangan terbang Perse- kutuan seperti yang termaktub di bawah Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan No. 211983 tentang fungsi-fungsi dan bertanggungjawab Kementerian Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerjaraya pada masa ini sedang giat melaksanakan projek-projek jalan raya di seluruh negara. Projek-projek jalan raya tersebut dilaksanakan juga secara penswastaan selain daripada projek-projek yang dibina sendiri oleh Kerajaan.

Dalam ha1 ini Kerajaan telah mqndapati bahawa Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Per- sendirian) 1984 yang berkuatkuasa pada masa ini adalah tidak mencukupi dan terdapat kelemahan bagi

3199 15 JULAI 1987 3200

membolehkan Kerajaan melak- sanakan projek jalan raya secara penswastaan dengan lebih berkesan.

Beberapa kekurangan dan kelemahan yang terdapat itu perlu diperbetulkan dengan meminda seksyen-seksyen yang berkaitan bagi membolehkan Menteri Kerjaraya melaksanakan rancangan penswastaan dalam kawasan Wilayah Persekutuan selain daripada Jalan-jalan Persekutuan yang sedia ada yang diisytiharkan di bawah Ordinan Jalan Persekutuan. 1959.

Selain daripada itu, pindaan Akta ini perlu juga dibuat bagi menambahkan satu seksyen baru iaitu Seksyen 7 yang membolehkan Kerajaan mewartakan supaya pihak yang diberi kuasa melaksanakan projek penswastaan itu diambil balik kuasanya oleh Kerajaan dan diserahkan atau assign, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, projek tersebut kepada pihak lain yang mempunyai kepentingan di dalam pelaksanaan dan pembiayaan projek tersebut.

Perkara ini perlu disyaratkan di Rang Undang-undangnya bagi membolehkan institusi-institusi kewangan menjamin membiayai mereka dalam pelaksanaan projek penswastaan jalan raya dan lebuhraya.

Seksyen 7 yang baru ini akan juga dapat menggalakkan penyertaan berbagai institusi-institusi sektor swasta yang lain di dalam melaksanakan projek penswastaan jalan raya dan lebuhraya yang akan datang.

Dengan itu, saya mencadangkan Rang Undang-undang Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persen- dirian) (Pindaan) 1987 ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Per- sekutuan (Pengurusan Persen- dirian) 1984 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Persilakan Yang Berhormat Datuk Haji Nasir bin Haji Manap.

5.51 ptg.

Datuk Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini adalah membahaskan suatu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Jalaf-jalan Persekutuan (Pengurusan Persen- dirian) 1984. Akta ini boleh juga dinamakan Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) 1987.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar Rang Undang-undang yang dibentangkan ini pada hakikatnya adalah untuk menswastakan jalan raya-jalan raya, jambatan, feri dan sebagainya. Dalam masalah ini memang banyak jalan raya-jalan raya telah dikelolakan ataupun diusahakan oleh pihak Keraiaan, khususnya jalan- jalan- baru y a G kita panggil -jalan highway.

Dalam pengwujudan jalanraya ini, saya merasakan memang perlu pihak kita memberikan tahniah kepada Kerajaan yang beberapa tahun kebelakangan ini telah me- wujudkan banyak jalan-jalanraya yang dinamakan highway bagi menyenangkan rakyat yang tinggal di dalam negara kita ini. Memang kita sedar jalan-jalan highway dikenakan bayaran to1 tetapi pada saya perwujudan jalan raya highway suatu pertambahan yang begitu baik kepada

15 JULAI 1987

negara Malaysia ini. Kalau kita teliti menggunakan beberapa juta ringgit, dengan menghalusi sedalam-dalamnya setelah ~ulangan modal ataupun dengan mengadakan perwujudan ~ulangan wang daripada kutipan to1 highway ini tidaklah menyekat rakyat bagi r a k ~ a t Yang menyeberangi sama ada mereka hendak melalui jambatan Muar dan Batu Pahat itu highway ataupun hendak rnelalui jalan maka sekarang kedua-dua jambatan lama. Ini terpulanglah kepada kita itu tidak dikenakan bayaran apa-apa. semua, kalau kita memikirkan jalan lama itu misalnya jalan daripada Seremban ke ~ u a l - a ~ u m ~ u r atau jalan daripada SerembaniKuala Lumpur, kita merasakan kita hendak jalan di jalan yang lama terpulanglah kepada kita. Tetapi pada hemat saya dengan mengadakan highway ini agak panjang atau jaraknya daripada suatu tempat ke suatu tempat yang kita tuju agak lebih dekat lagi.

Misalnya sebagai yang saya ketahui, highway yang akan dibuka daripada Melaka ke Seremban agak jauh kira- kira 66 km tetapi jalan lama kalau kita daripada Melaka sampai ke Seremban agak melebihi daripada yang saya jelaskan tadi. Jadi, dalam masalah ini apabila kita digunakan jalan baru ini dikenakan bayaran to1 tetapi jalan yang baru ini jauh agak lebih dekat lagi daripada jalan yang lama dan memberikan keselesaan kepada kita untuk menjalani jalan yang baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah ini saya cuma menarik perhatian kepada Kerajaan sama ada pembinaan jambatan ataupun feri ataupun jalan raya agak memang Kerajaan telah dapat menentukan berapa banyak belanja yang dibiayai kepada sesuatu pembuatan itu seperti jambatan dan sebagainya. Saya masih teringat beberapa tahun yang dahulu ada dua buah jambatan yang telah dibina di negeri Johor iaitu jambatan di Sungai Muar dan satu lagi jambatan di Batu Pahat. Jadi, dalam perangkaan Kerajaan Johor agaknya meliputi Kerajaan Malaysia dari segi pembinaan jambatan yang tersebut

Jadi, dengan ini saya cuma mengharapkan kepada pihak Kerajaan ataupun Kementerian Kerjaraya dapat meneliti sebarang gerak kerja berhubung dengan jalanraya yang menetapkan bayaran to1 ataupun jambatan ataupun bayaran feri cuba dapat rnengkelaskan berapa banyak perbilanjaan yang telah dibelanjakan dan apakala bayaran pulangan kutipan daripada to1 ataupun bayaran feri itu bila sampai jangka masanya maka bayaran-bayaran yang dikenakan itu tidak lagi dipungut daripada orang ramai seperti yang telah dilaksanakan, yang telah saya jelaskan tadi yang berlaku di Jambatan Muar dan Batu Pahat.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedar memang Kerajaan menggunakan to1 di jalan raya-jalan raya, satu di antaranya bagi mengurangkan kesesakan lalulintas kepada orang ramai. Dalam masalah bayaran to1 ini memang telah banyak dilaksanakan dari semasa ke semasa dan daripada selatan hingga ke utara, mungkin di satu masa akan datang akan sepenuhnya highway rakyat boleh melalui daripada selatan ke utara ataupun dari timur ke barat dan sebagainya. Cuma saya menekankan di sini dalam masalah menentukan bayaran to1 ini, kita ambil perhatian yang sungguh-sungguh penetapan bayaran to1 ini dapat dikelaskan beberapa kelas untuk menyenangkan orang ramai ataupun rakyat menggunakan jalan raya itu. Pada hemat saya dalam masalah orang ramai hendak berjalan misalnya dekat

15 JULAI 1987

daripada Seremban ke Kuala Lumpur agak menempuh satu atau dua to1 tetapi kemungkinan jalan yang begitu panjang daripada utara ke selatan menempuh beberapa tol. Dengan ini saya menarik perhatian kepada Kerajaan ataupun memberikan perhatian cuba kita dapat membuat suatu perhitungan bayaran to1 ini semakin jauh perjalanan semakin murah bayaran to1 yang dikenakan.

Misalan kita boleh membuat suatu rangka bayaran dalam jauh 50 kilometer yang pertama. Kita boleh mengenakan kepada kenderaan biasa ataupun motokar, misalnya tiap-tiap 50 kilometer yang pertama mesti dikenakan bayaran agak 2Y2 sen satu kilometer. Kemudian 50 kilometer yang kedua, kita boleh mengurangkan daripada bayaran yang tadi, mungkin kita boleh rngletakkan dengan bayaran 2% sen satu kilometer dan kalau 50 kilometer lagi ataupun 50 kilometer yang ketiga, kita boleh mengenakan, misalan 2 sen dalam satu kilometer. Jadi, maksud saya cuba pihak Kerajaan meneliti dan mengambil perhatian yang sungguh-sungguh bayaran to1 yang dikenakan kepada rakyat yang menggunakan jalan raya, menetapkan bayaran-bayaran itu dapat dikelaskan ataupun diklasifikasikan bayaran-bayaran ini kepada 50 kilometer yang pertama misalannya, 50 kilometer yang kedua, misalannya dan seterusnya, bermaksud bayaran ini semakin jauh perjalanan, semakin kurang bayaran dikenakan. Ini akan memudah atau mengurangkan bayaran-bayaran yang dikenakan kepada orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya suka menarik perhatian dalam masalah kita memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk membina jalan raya ataupun membina semula jalan raya, maka harus kita meneliti dengan begitu sungguh-sungguh, adakah

pembinaan itu boleh menyusahkan ataupun merumitkan kepada Kerajaan untuk membinanya.

Misalan kita sedar kalau pembinaan itu agak tidak ada rakyat di dalam negara kita ini yang boleh melaksanakan ataupun dalam masalah pengurusannya begitu payah, mungkin kita boleh menswastakan kepada sesiapa sama ada pembinaan jalan raya ataupun pembinaan jambatan dan sebagainya boleh kita swastakan.

Contohnya dari segi pembinaan jejambat ataupun jalan ke Pulau Pinang. Itu saya rasa sesuai, kita boleh berikan kepada suatu syarikat dan sebagainya. Tetapi kalau kita hendak membina suatu jalan ataupun membaiki jalan yang panjangnya kurang daripada 50 kilometer atau agak kira-kira hendak dibina jejambat, pada saya ini agak tidak begitu menyusahkan kepada Kementerian Kerjaraya untuk membinanya, apa salahnya kita, Kerajaan sendiri membina jejambat itu ataupun jambatan itu dengan cara kita dan kita sendiri memungut bayaran daripada laluan orang ramai bagi melalui jambatan itu.

Maksud saya pembinaan jalan raya, segala pembinaan jambatan dan sebagainya, agak kita merasakan tidak begitu susah kepada pihak Kementerian Kerjaraya untuk membinanya, maka adalah lebih baik kita pihak Kementerian sendiri membina dan kita menguruskan pengambilan bayaran to1 dari semasa ke semasa dan menentukan suatu tarikh yang tertentu, maka sampai tahap ini sahaja bayaran to1 itu dikenakan kepada orang ramai. Kalau hakikat ini kita dapat laksanakan, mungkin kepada kita yang hidup sekarang tidak akan menerima bayaran percuma melalui jalan-jalap yang dibina, tetapi kepada anak cucu kita di masa akan datang, mungkin jalan-jalan (highway) yang dibina

3205 15 JULAI 1987 3206

daripada Melaka ke Kuala Lumpur tidak dikenakan bayaran kepada mereka, cuma menekankan bayaran ini dapat menentukan suatu tahap masa yang tertentu apabila pulangan modal yang kita belanjakan bagi pembinaan jalan-jalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat inilah yang dapat saya sampaikan, di samping itu saya menyokong Rang Undang-undang yang dibentangkan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Yang Berhormat Tuan G. Rajoo. Persilakan.

6.05 ptg.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di- Pertua, saya bangun di Dewan yang mulia ini untuk menyokong Rang Undang-undang Jalan-jalan Per- sekutuan (Pengurusan Persen- dirian) (Pindaan) 1987 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini.

Rang Undang-undang ini bertujuan meminda beberapa aspek dalam Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) yang ditawarkan dalam tahun 1984.

Pindaan Akta ini memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju membina semula, meningkat , membaiki atau menyenggara mana-mana jalan, jambatan atau feri yang telah atau yang akan diisytiharkan sebagai jalan, jambatan atau feri Persekutuan untuk memungut dan menyimpan to1 bagi penggunaan jalan, jambatan atau feri itu.

Tuan Yang di-Pertua, Akta ini dibuat tepat pada waktunya dan pada masa ianya amat memerlukan. Kemajuan dan perkembangan jalan- jalan raya di negara ini adalah amat pesat semenjak kemerdekaan negara ini.

Pembinaan jalan-jalan raya dengan begitu pesat bukan sahaja mendekatkan perjalanan, bahkan telah merapatkan rakyat jelata dari segenap lapisan pelusuk negara ini.

Kualiti dan mutu jalan raya di negara ini adalah amat baik dan dipuji oleh pemimpin-pemimpin negara asing yang datang melawat ke negara ini. Pembinaan jalan raya yang berkualiti ini adalah dengan tujuan memberi service dan perkhidmatan sosial kepada rakyat negara ini. Ini adalah suatu kejayaan yang besar yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kerjaraya dan pegawai- pegawai Kementerian beliau atas kejayaan yang dicapai ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar Kerajaan mempunyai tanggungjawab membina jalan raya yang baik di seluruh negara sebagai suatu perkhidmatan sosial kepada rakyat negara ini, akan tetapi Kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyenggara jalan- jalan raya selama-lamanya. Rakyat jelata haruslah memikul sebahagian beban Kerajaan manakala menikmati kemudahan-kemudahan awam yang diberi oleh Kerajaan.

Sehubungan dengan aspek ini, Kerajaan telah bercadang menswastakan pembinaan jalan raya dan memberi kuasa kepada pihak swasta menyenggara jalan dan mengutip to1 untuk menampung kos pembinaan itu.

Saya berpendapat rakyat yang ingin menikmati keselesaan haruslah membayar sedikit dan menikmati kemudahan yang disediakan itu. Oleh yang demikian, saya berharap orang ramai tidak merungut ke atas bayaran

3207 15 JULAI 1987 3208

to1 yang dikenakan itu kerana sebahagian bayaran to1 itu akhirnya akan digunakan untuk memperbaiki jalan yang rosak.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terdapat jalan-jalan yang dibina iaitu beberapa lebuhraya tidak begitu kukuh dan didapati berlubang-lubang. Walaupun baru dibina perkara begini berlaku kerana pengguna-pengguna jalan raya iaitu khususnya lori-lori berat menggunakannya dengan tidak bertanggungjawab, melebihi had muatan yang dibenarkan.

Lebih banyak lagi pegawai penguatkuasa hendaklah ditempatkan di beberapa tempat sepanjang lebuhraya untuk mempastikan kenderaan-kenderaan berat mematuhi had muatan mereka. Ini akan menjamin jalan raya-jalan raya yang berada dalam keadaan yang baik bagi tempoh yang berpanjangan.

Pegawai-pegawai penguatkuasa lebuhraya juga hendaklah diberi kuasa untuk menahan sebarang kenderaan yang melanggar sebarang undang- undang jalanraya negara ini. Mereka ini bolehlah memainkan peranan sampingan membantu Polis Trafik dan Polis Peronda Jalan raya. Saya berharap dengan adanya perondaan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa lebuhraya, Polis Trafik dan Polis Peronda Jalan raya dengan lebih kerap lagi, kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini beberapa tuduhan telah dilemparkan oleh pihak tertentu kononnya Yang Berhormat Menteri Kerjaraya dan Kerajaan telah menunjukkan favouritism, dengan izin, dalam pemberian tender pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan di negara ini.

Tuduhan-tuduhan ini tidaklah berasas dan Yang Berhormat Menteri Kerjaraya kita telah berjanji

menunjukkan bukti kepada pihak- pihak tertentu iaitu bahawa Kerajaan tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam pemberian tender itu.

Saya mengalu-alukan sikap Kerajaan untuk menjemput pihak Pembangkang untuk meneliti dan memahami sendiri semua dokumen tender berkaitan dengan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Sikap terbuka seperti ini akan pasti membisukan Pembangkang daripada melemparkan tuduhan-tuduhan palsu dan fitnah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada semua pihak janganlah menuduh sesiapa jika tidak ada bukti yang nyata dan tepat kerana akibat sebarang tuduhan yang dilemparkan itu akan menakutkan para pelabur asing datang melabur ke negara ini.

Tuduhan-tuduhan begini pasti akan mengurangkan keyakinan pelabur- pelabur asing dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kita di zaman yang meleset ini.

Saya berharap rakyat jelata kita, terutama sekali ahli-ahli politik lebih berwaspada dan lebih bertang- gungjawab apabila mengeluarkan sesuatu statement berkaitan dengan sebarang tindakan ekonomi negara ini. Dengan harapan ini, sekali lagi saya menyokong Rang Undang-undang meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1987. Sekian, terima kasih.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Silakan Tuan Ng Peng Hay.

6.13 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk memohon izin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1987.

3209 15 JULAI 1987 3210

Tuan Yang di-Pertua, saya di sini suka mengingatkan lagi kepada pihak Kerajaan, sebelum kita hendak menswastakan sesuatu projek, patutlah kita membuat satu kajian dengan lebih teliti, seperti yang saya telah sebutkan pada dua hari lepas berkenaan dengan penswastaan Jabatan Telekom. Oleh kerana itu saya berharap setelah Rang Undang- undang ini dipinda yang memberi kuasa kepada Menteri yang berkenaan sebelum lebuhraya diswastakan, syarikat yang akan dapat tender itu sepatutnya membuat kajian dengan teliti.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka menimbulkan satu perkara lagi. Sebenarnya perbahasan pada petang ini di Dewan Negara ini nampaknya tidak begitu hebat, sebaliknya apabila Rang Undang-undang ini dibawa di Dewan Rakyat tempoh hari lalu, ianya telah menjadi satu, dengan izin, controversial issue, ataupun menjadi isu pertikaian, isu pertentangan di antara parti Pembangkang dengan Kerajaan.

Mengenai isu yang ditimbulkan oleh parti Pembangkang berkenaan dengan penswastaan dan pemberian tender mengenai projek Lebuhraya Utara- Selatan yang bernilai $3.7 billion, saya berpendapat kemungkinan parti Pembangkang ingin menggunakan perkara ini ataupun projek ini sebagai satu isu politik, hendak mempoliticisekan isu yang kecil ini dan bertujuan hendak memburukkan dan menjejaskan imej Kerajaan. Oleh itu, Tuan di-Pertua, saya suka memberi satu contoh. Parti Pembangkang Y ang tidak bertanggungjawab seperti Ketua mereka daripada DAP, selalu suka menggunakan isu-isu yang kecil, mengapi-apikan isu itu sebagai isu perkauman.

Baru-baru ini dalam pilihanraya kecil Gopeng, parti Pembangkang cuba hendak memburukkan calon daripada Parti Barisan Nasional dengan menggunakan isu Koperasi tetapi isu Koperasi itu tidak diterima oleh pengundi-pengundi di Gopeng kerana pengundi-pengundi sekarang sudah pun matang dalam politik, mereka tidak dapat ditipu dan dibohongi lagi oleh parti Pembangkang yang cuba hendak mempoliticisekan isu-isu yang kecil.

Sepatutnya parti Pembangkang mestilah lebih bertanggungjawab kepada rakyat, mencari jalan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat. Selain daripada menyalurkan isu sebagai Wakil Rakyat, sepatutnya mesti membawa cadangan-cadangan yang baik kepada Kerajaan untuk mencari penyelesaian.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, kami berasa kecewa isu yang ditimbulkan oleh Parti Pembangkang ini berulang-ulang kerana hendak mencapai, mendapatkan publisiti melalui press media.

Tuan Yang di-Pertua, di sini suka saya menimbulkan lagi iaitu saya hendak minta pihak Kerajaan menyiasat kenapa isu ini boleh menjadi satu isu bertentangan di antara parti Pembangkang dengan Kerajaan, sama ada oleh kerana syarikat-syarikat yang memasuki tender seperti yang disebutkan oleh Parti Pembangkang iaitu Syarikat Hashbuddin Sdn Bhd ataupun Syarikat Pilecon yang gaga1 dalam mendapatkan tender projek ini telah membocorkan rahsia dan dokumen- dokumen kepada Pembangkang untuk menentang Kerajaan.

Oleh itu patutlah Kerajaan mengambil tindakan untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya dan juga mestilah menjaminkan supaya pada masa-masa

3211 15 JULAI 1987 3212

yang akan datang bahawa di semua Jabatan Kerajaan, masalah semua tender yang akan datang tidak akan berulang lagi seperti yang dibawa oleh Parti Pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Saya berpendapat, Tuan Yang di- Pertua, bahawa selepas isu yang dibawa oleh parti Pembangkang ini telah menjadi satu isu politik dan saya berasa kecewa juga dengan setengah- setengah press media yang menggunakan isu ini, dengan izin, menghighlightkan cuma tuduhan- tuduhan daripada parti Pembangkang sehingga pada saat sekarang di kaca mata rakyat Kerajaan kita adalah Kerajaan yang rasuah, pemimpin- pemimpin Kerajaan, Menteri-menteri adalah semua terlibat dengan rasuah.

Untuk menjamin dan menjaga imej baik Kerajaan, saya berharap Kerajaan mengambil tindakan yang serius untuk menyiasat di mana puncanya parti Pembangkang mendapatkan maklumat-maklumat seperti ini dan membawanya ke dalam Dewan Rakyat.

Sebaliknya pula saya berharap sekiranya Jawatankuasa Tender didapati dengan bukti bahawa mereka ketika menjalankan tugas mereka ada penyelewengan dalam pembahagian tender, sepatutnya Kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Jawatankuasa Tender ini kerana kita mestilah menjaga imej baik Kerajaan yang mana kita sudah berjanji kepada rakyat jelata iaitu satu Kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah.

Pada hari ini kebanyakan rakyat apabila dapat membaca laporan daripada surat-suratkhabar, bahawa isu yang dibawa oleh Parti DAP ini, di mana mereka difahamkan Kerajaan dalam segala urusan tender tidak adil

dan ada penyelewengan. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan mengambil perhatian yang serius tentang isu ini.

Di sini saya suka menimbulkan berkenaan dengan mass-media, yang membuat liputan akhbar dalam Persidangan Dewan Negara. Tadi sewaktu saya di kantin, saya terkejut dan terperanjat apabila seorang wartawan daripada "The STAR" memberitahu saya bahawa mereka diarah tidak payah mengambil liputan akhbar dalam Dewan Negara kerana Dewan Negara ini tidak penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa keciwa bila mendapatkan jawapan seorang wartawan daripada STAR. Saya berpendapat kemungkinan kadangkala soalan yang dijawab oleh Menteri-menteri dan Timbalan- timbalan Menteri kepada Ahli-ahli Dewan Negara tidak begitu tepat dan lengkap ataupun kadangkala, saya mendapati ada setengah-setengah Menteri-menteri dan Timbalan- timbalan Menteri berkenaan cuba hendak menolakkan soalan tambahan dan soalan-soalan ataupun penjelasan- penjelasan yang dibawa oleh Ahli-ahli Dewan Negara.

Apa yang saya rasa keciwa pada petang tadi, dalam soalan mulut ada seorang Setiausaha Parlimen yang tidak dapat menjawab soalan yang dibawakan oleh seorang Ahli Dewan Negara yang mana soalan-soalan mulut ini telah dikemukakan lebih awal, kalau tidak silap lebih kurangl4 hari sebelum Persidangan diadakan. Jadi, tidak patut kalau seorang Setiausaha Parlimen daripada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian memberi jawapan bahawa soalan ini patut diberikan notis lebih awal.

Saya berharap bukan sahaja pihak wartawan termasuk pihak Menteri- menteri dan Timbalan-timbalan Menteri memberi penghormatan kepada Dewan yang mulia ini.

3213 15 JULAI 1987 3214

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya suka memberi sokongan penuh atas Rang Undang- undang yang dibawa pada petang ini.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berucap? Sila Yang Berhormat Puan Law.

6.24 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan 1984.

Terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati kepada ha1 bayaran tol. Topik ini telah diperbahaskan beberapa kali sehingga Menteri kita dikurniakan dengan satu gelaran iaitu "Menteri Tol". (Ketawa)

Kerajaan sering menggunakan kaedah perbandingan apabila ditanya mengenai kadar bayaran tol. Pada pendapat saya dengan sedemikian adalah tidak adil, ini adalah kerana apabila satu-satu perbandingan dibuat perlu juga kita mengambil kira faktor- faktor lain yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Misalnya, adakah purata pendapatan rakyat negara kita setanding dengan negara- negara bandingan? Jika ya, mengapakah terdapat tanah runtuh berlaku di sana-sini di sepanjang lebuhraya kita? Bagaimana pula bayaran Cukai Jalan (Road Tax) bagi kenderaan-kenderaan di negara kita berbanding dengan negara-negara lain? Oleh itu saya berpendapat kadar bayaran to1 di negara kita masih tidak terdaya dibayar oleh semua lapisan masyarakat di negara kita. Misalnya di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur ke Kelang, penunggang motosikal

juga dikenakan bayaran tol. Saya berharap kita tidak akan mencapai satu tahap di mana bayaran to1 telah menjadi atau akan menjadi satu amalan hidup kita bersama.

Tuan Yang di-Pertua, di samping memendekkan jarak perhubungan dalam pembinaan Lebuhraya, tidak terlupa juga Kerajaan memberikan peluang-peluang perniagaan kepada penjaja-penjaja dengan mendirikan gerai-gerai buah-buahan di sepanjang Lebuhraya. Ini adalah satu langkah Yang Patut dipuji, tetapi projek tersebut lebih merupakan satu projek "Hangat-hangat tahi ayam" sahaja. (Keta wa)

Cuba Ahli-ahli Yang Berhormat perhatikan apa yang terdapat di sekitar gerai-gerai tersebut? Penjaja- penjaja buah-buahan yang sibuk dengan urusan perniagaan mereka? Tidak. Apa yang dapat kita perhatikan adalah sampah-sarap bertaburan di sana-sini, ia juga menjadi tempat persinggahan bagi lori-lori yang cuba mengelakkan diri daripada ditangkap Polis sekiranya terdapat sebarang pemeriksaan Polis di hadapan jalan tersebut. Oleh itu saya berharap Kementerian berkenaan harus mengambil berat tentang perkara ini, serta mengambil tindakan yang sewajarnya. Misalnya mengapa gerai- gerai seumpama ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya?

Tuan Yang di-Pertua, dalam menswastakan projek-projek jalan raya diharapkan kontraktor- kontraktor tempatan Yang berkelayakan dan berkebolehan diberi keutamaan. Di samping itu demi mengatasi masalah-masalah kesesakan trafik di bandar-bandar besar, Kerajaan hendaklah membina lebih

3215 15 JULAI 1987 3216

banyak interchanges dan flyovers, jalan-jalan raya yang sempit juga hendaklah dilebarkan, dan jangan disediakan tempat-tempat letak kereta di sepanjang jalan yang sempit. Demi menjaga keselamatan pejalan kaki adalah wajar juga sekiranya lebih banyak jejantas dibina. Demi kemudahan orang-orang yang menggunakan Lebuhraya, adalah diharapkan juga kemudahan- kemudahan seperti stesen petrol, rumah-rumah rihat, tandas, pasar mini, restoran dan sebagainya disediakan di sepanjang jalan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang- undang yang berriama suatu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan 1984.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita boleh menyambung lagi perbahasan kita pada hari esok, kalau ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat ingin hendak berucap, masa kita sudah cukup. Sekarang saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan Usul. Dipersilakan!

USUL

PENANGGUHAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Husein bin Ahmad): Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mencadangkan:

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 15 (3) Majlis Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon rnenyokong .

UCAPAN- UCAPAN PENANGGUHAN

RANCANGAN RUMAH KOS RENDAH

6.30 ptg.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di- Pertua, pada petang ini saya juga suka menyentuh sedikit berkenaan dengan rancangan perumahan kos rendah dan kos sederhana. Semua Ahli-ahli Dewan ini sedia maklum bahawa banyak rumah-rumah kos sederhana belum dijual di seluruh negeri dan jumlah kos bagi semua rumah-rumah yang masih belum dijual adalah lebih kurang $2 billion.

Di Negeri Selangor pihak PKNS telah mendirikan beribu-ribu rumah di Shah Alam dan lain-lain kawasan dan baru-baru ini pihak PKNS telah mengurangkan harga dan juga telah menukarkan syaiat-syarat yang dikenakan. Pada masa dahulu pembeli-pembeli mesti membayar 10% sebagai wang pertaruhan atau "down payment", tetapi sekarang pembeli-pembeli tidak perlu membayar lagi 10% dan syarat-syarat lain telah pun dilonggarkan dengan cara baru. Saya difahamkan bahawa pihak PKNS telah menjual lebih kurang 800 unit dalam satu bulan. Saya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menasihatkan atau mengarahkan semua Kerajaan Negeri dan pihak swasta untuk mengikut contoh PKNS supaya semua rumah-rumah yang belum dijual boleh dijual dengan segera.

Dalam pada ha1 ini, saya suka menarik perhatian Kementerian Perumahan -dan Kerajaan Tempatan menumpukan masalah-masalah yang dihadapi oleh majikan ladang-ladang bila mereka ingin melaksanakan " rancangan perumahan untuk pekerja- pekerja ladang. Di Negeri Selangor, Kerajaan telah meluluskan lebih

3217 15 JULAI 1987 3218

daripada 20 projek untuk pekerja- pekerja ladang dan lomtiong dan semua pelan, kebenaran-kebenaran dan tapak tanah telah pun disediakan. Cuma pihak majikan ladang-ladang hanya perlukan pinjaman sahaja untuk melaksanakan rancangan tersebut, tetapi malangnya sehingga hari ini masalah pinjaman belum diselesaikan dan bank-bank enggan meluluskan permohonan dari pekerja pekerja ladang. Untuk pinjaman bank-bank atau institusi kewangan meminta bukti seperti "income tax return" sebelum mereka boleh menimbangkan permohonan dari pekerja-pekerja ladang , padahal saya tidak faham mengapa bank-bank meminta "income tax return", kebanyakan pekerja-pekerja ladang tidak bayar cukai pendapatan kerana pendapatan mereka sangat kurang.

Oleh yang demikian, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mesti cari satu jalan yang mem- bolehkan pekerja-pekerja dapat pin- jaman dari bank. Mereka tidak mahu pinjaman 100%, tetapi hanya 75% sahaja sebab mereka boleh dapat bakinya daripada EPF. Bank-bank mesti memberi pertimbangan untuk memberi "joint loan" kepada suami dan isteri supaya pendapatan mereka berdua boleh diambilkira jika pendapatan seorang sahaja tidak mencukupi. Saya suka mengingatkan bahawa nilaian rumah yang akan siap dan tanah mesti adalah lebih daripada $30,000 dan bank-bank yang meminjamkan wang boleh mengutip ansuran bulanan tanpa tindakan undang-undang.

Memandangkan kesulitan-kesulitan yang dialami oleh pekerja-pekerja Ladang North Hammock di Jalan Meru, Kelang, saya mencadangkan supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil sebahagian daripada Ladang North Hammock untuk kegunaan rancangan perumahan kos rendah, khasnya

untuk pekerja-pekerja ladang tersebut. Saya suka mengingatkan' kepada majikan ladang tersebut bahawa pekerja-pekerja ladang tersebut juga telah membersih kawasan itu daripada hutan rimba untuk pekerja-pekerja ladang Hammock. Kekayaan Syarikat See Hoy Chan berasaskan kepada pengorbanan pekerja-pekerjanya dan majikan mesti membalas hutang budi kepada pekerja-pekerjanya.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucap beribu-ribu terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk berucap dalam Dewan ini.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, sila.

6.36 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di- Pertua, saya suka menyampaikan ucapan terima kasih di atas ucapan sahabat saya Yang Berhormat Tuan K. Sivalingam yang telah menyampaikan pandangan-pandangan yang membina.

Menyentuh di dalam masalah rayuannya agar pihak-pihak sektor awam atau sektor swasta yang memajukan pembangunan perumahan kos rendah mencontohi sikap yang telah dilakukan oleh pihak PKNS, memang ini satu pandangan yang amat baik. Tetapi walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidaklah perlu lagi untuk memberi nasihat dan arahan kepada pihak sektor-sektor awam dan sektor swasta ini kerana memang di dalam pengetahuan mereka sedang mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempastikan penjualan rumah- rumah yang dibina oleh mereka dapat

3219 15 JULAI 1987 3220

dijual seperti yang dilakukan oleh seperti isteri, suami, bapa, anak, PKNS. Misalnya, Perbadanan abang dan adik biasanya diambilkira Pembangunan Pulau Pinang sedang untuk meluluskan "joint loan" yang mengkaji kemungkinan untuk dimaksudkan oleh sahabat saya Yang menurunkan lagi harga-harga rumah Berhormat sebentar tadi. yang belum dijual.

Menyentuh di dalam masalah satu

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh di dalam masalah kesukaran pinjaman oleh pihak majikan ladang dan juga pembeli-pembeli daripada pekerja ladang kepada pembinaan rumah- rumah murah di kawasan ladang, saya suka mengambil perhatian lazimnya pihak institusi-institusi kewangan berpandukan kepada perancangan- perancangan yang mempunyai daya maju ataupun "viable" bagi pihak institusi-institusi kewangan akan memberi pinjaman.

Menyentuh di dalam masalah kepada pembeli-pembeli daripada pekerja ladang, suka saya mengambil perhatian di sini bahawa bagi pihak institusi kewangan, walaupun apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat tadi adalah lazim diminta oleh pihak pemaju-pemaju, tetapi bukanlah bererti hanya pembeli-pembeli terpaksa mengemukakan ketandaan- ketandaan ataupun "income tax receipt" ataupun "bank slip" sahaja yang boleh diberi pinjaman, sebaliknya bagi pihak pembeli- pembeli terutama daripada pekerja- pekerja ladang memadai andainya mereka mendapat jaminan atau pengakuan daripada pihak majikan ladang atau andainya mereka mempunyai penjamin-penjamin yang sesuai dan munasabah yang dinilai atau dikira oleh pihak institusi-institusi kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disentuh oleh Yang Berhormat sahabat saya sebentar tadi juga di dalam masalah "joint loan", saya suka menarik perhatian memang di antara biasa yang diamalkan oleh pihak institusi kewangan, hubungkira hubungan persaudaraan yang terdekat

pandarigan yang diberi sebentar tadi oleh Yang Berhormat sahabat saya meminta supaya Kementerian mengambil sebahagian daripada tanah Estet North Hammock, saya suka menarik perhatian kepada Ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di Dewan ini, bahawa perkerja-pekerja ladang tidaklah terkecuali daripada sebahagian masyarakat yang berhak untuk mendapat atau membeli di mana-mana skim rumah kos rendah. Sungguhpun begitu, di dalam masalah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ini, setakat ini bagi pihak Kementerian, tidaklah berhajat untuk melaksanakannya kerana memandangkan memang bagi pihak Kerajaan amat menggalakkan pihak majikan-majikan ladang atau perlombongan bagi mengadakan rumah-rumah pekerja ini oleh rnereka sendiri. Dengan yang demikian, saya rasa tidaklah perlu satu perancangan sebagaimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Dengan ini saya kira apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat sudah dijelaskan dan akan mendapat kesenangan oleh pihak Yang Berhormat kepada ahli-ahli ladang.

PERPADUAN NASIONAL MELALUI PENDIDIKAN

6.43 ptg.

Tuan Chan Choon Tak: Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bercakap serba sedikit tentang perpaduan nasional melalui pendidikan dengan rujukan kepada cadangan meminda Akta Pelajaran, 1961.

3221 15 JULAI 1987 3222

Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah merdeka semenjak lebih kurang tiga puluh tahun dahulu. Dalam masa ini, negara kita telah giat berkembang dan pemimpin-pemimpin kita juga disanjungi bukan sahaja oleh penduduk-penduduk di negara kita, tetapi juga disanjungi oleh negara- negara yang lain. Satu contoh penghargaan yang nyata dan baik yang telah diberikan kepada negara kita adalah pemilihan Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa terhadap Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Haram. Walaupun kita telah memperolehi berbagai-bagai pencapaian dan berbagai pembangunan telah kita laksanakan, tetapi negara kita masih menghadapi sekurang-kurangnya satu kegagalan. Kegagalan ini tidak lain daripada kekurangan perpaduan nasional. Kekurangan perpaduan nasional ini dapat dibuktikan dengan adanya polarisasi kaum atau communal polarisation yang nyata di kebanyakan sektor masyarakat kita serta kekurangan semangat dan minat yang ditunjukkan oleh kebanyakan rakyat kita terhadap seruan-seruan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin nasional kita dalam usaha menuju ke arah pemulihan ekonomi kita.

Memang tidak dapat dinafikan sejak negara kita mencapai kemerdekaan, politik negara kita adalah sentiasa dalam keadaan stabil dan kukuh. Keadaan kehidupan umum negara kita juga adalah memuaskan berbanding dengan kebanyakan negara yang sedang membangun dan negara maju yang lain. Mengapa pula terdapat perbelahan nasional? Mengikut pendapat saya, keadaan ini wujud adalah kerana sebilangan besar rakyat kita merasa kedudukan mereka adalah makin tidak terjamin oleh kerana sebahagian daripada dasar yang dilancarkan oleh Kerajaan nampaknya tidak adil atau tidak baik atau

polisinya baik tetapi perjalanan atau perlaksanaannya tidak baik. Yang tidak adil mungkin berdasarkan kumpulan kaum. Keadaan ini juga wujud disebabkan terdapatnya kekurangan tolak ansur di kalangan kebanyakan pengikut-pengikut agama yang diamalkan di negara kita serta terdapat kekurangan campur gaul di kalangan berbagai-bagai komuniti di negara kita.

Kita memang tidak boleh menafikan kita berkeadaan begini adalah disebabkan terutama sekali oleh pendidikan yang kita terima dan jenis sistem pendidikan yang kita perolehi. Jenis masyarakat yang kita harapkan dalam masa akan datang adalah bergantung kepada jenis pemimpin- pemimpin yang kita dapat bentukkan melalui sistem pendidikan. Keadaan yang sedia ada dalam masyarakat kita di mana orang tidak puas hati, tidak bertolak ansur dan merasa terancam terhadap tempat-tempat anak-anak mereka dalam sekolah dan dalam institusi pengajian tinggi di mana sekolah-sekolah adalah seperti kilang- kilang yang tidak beres atau, dengan izin, like factories without identity dan mahasiswa-mahasiswa yang ada dibentuk dengan tiada berkaitan kepada keperluan masyarakat telah jelas menunjukkan sistem pendidikan kita perlulah dikaji semula.

Oleh yang demikian, kita memang merasa sukacita Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961. Semua rakyat Malaysia yang taat setia benar-benar berharap bahawa selepas Akta ini dikaji semula dan dijalankan pindaan yang sewajarnya, sekolah-sekolah yang tiada identiti nyata dan yang tiada bersemangat akan dihapuskan. Kawalan pusat atau peraturan yang ketat harus diubah atau dikurangkan supaya komuniti daripada berbagai- bagai lapisan rakyat di negara ini diberi peluang untuk memberi sumbangan mereka terhadap

3223 15 JULAI 1987 3224

perkembangan kemajuan di sekolah- sekolah yang berada di kawasan mereka masing-masing. Ahli-ahli Lembaga Pengurus Pengelola Sekolah tidak akan jadi mesin robot seperti sekarang dan murid-murid sekolah akan diberikan tunjukajar agama yang dianuti mereka masing- masing supaya semangat disipiin, tolak ansur dan persefahaman dapat dipupuk di antara mereka.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli Yang Berhormat, masa tujuh minit setengah sudah tiba, tetapi Ahli Yang Berhormat boleh menyambung sedikit lagi. Sila.

Tuan Chan Choong Tak: Terima kasih. Maka selepas pengumuman dibuat bahawa Akta ini akan dipinda, banyak juga individu-individu dan persatuan-persatuan mengeluarkan perasaan bimbangan bagaimana Akta ini akan dipinda. Mereka merasa bimbang dan takut yang ini akan ber- laku seperti pindaan Akta-akta Parlimen yang lain, apa-apa cadangan yang dibuat, hanya datang daripada sebahagian kakitangan Kerajaan atau daripada ahli-ahli politik yang terhad dan sebaik sahaja ia dilakukan, ia akan diluluskan dengan tergesa-gesa melalui Parlimen. Oleh yang demikian, di sini saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya menghapuskan kebimbangan orang ramai atas cadangan pindaan ini dengan menjadikan perkara ini terbuka kepada orang ramai untuk menerima pandangan-pandangan mereka.

Tubuhkanlah satu Suruhanjaya Pen- didikan Di-Raja untuk menyelidik pandangan-pandangan yang penting daripada individu-individu, persatuan- persatuan dan parti-parti berminat, kemudian biarlah dia mencadangkan pindaan-pindaan yang berkaitan. Dengan cara ini, Tuan Yang di- Pertua, sebarang pindaan yang dibuat

akan mewakili kehendak-kehendak orang ramai, berbanding dengan hanya membuat cadangan pindaan yang nampaknya tersembunyi.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Saya minta Yang Berhormat untuk menjawab.

6.52 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih ke atas keyakinan yang diberikan dari Yang Berhormat kepada Kerajaan negara kita. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat seperti polarisasi kaum, pelampau agama dan rasuah adalah gejala-gejala yang bersifat universal. Oleh kerana itu kehadirannya dalam masyarakat Malaysia tidak seharusnya dianggap anih dan menghairankan. Sebenarnya Kerajaan sejak awal-awal lagi telah mengambil berbagai langkah seperti melaksanakan beberapa dasar dan program untuk mencegah dan membendung gejala-gejala tersebut. Kerajaan terus yakin dan percaya bahawa beberapa dasar utama yang sedang dilaksanakan sekarang seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Penerapan Nilai- nilai Islam dan moral akan dapat membantu ke arah membenteras gejala-gejala negatif tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan akan terus melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini yang dibentuk berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 bertujuan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu, taat setia kepada negara ini, berdisiplin dan bermoral tinggi.

Akta Pelajaran 1961 dan beberapa subsidiary legislation, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang dibentuk

3225 15 JULAI 1987 3226

kemudiannya memberi peruntukan undang-undang untuk melaksanakan dasar tersebut. Kementerian Pendidikan telah mewujudkan berbagai strategi dan program untuk melaksanakan dasar ini. Pengwujudan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan rnenggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum Y ang berorientasikan kepentingan dan aspirasi rakyat negara ini, buku teks yang sama isi kandungannya dan peperiksaan yang sama bagi semua pelajar, merupakan sebahagian daripada strategi dan program untuk membenteras gejala-gejala tidak sihat dalam masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dipersetujui dan diterima oleh semua kaum di negara ini. Pelaksanannya telah banyak mernberi sumbangan positif ke arah mewujudkan perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Umpamanya perkembangan pendidikan telah dapat menyibar dan meluaskan pengetahuan mening- katkan daya pemikiran serta menanam nilai-nilai hidup yang mulia di kalangan rakyat.

Sehubungan dengan ini, kesedaran dan nilai untuk mernelihara hubungan harmoni dah bersatu padu antara kaum semakin dihargai dan dihayati. Dengan itu suasana tegang akibat sentimen perkauman Y ang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dari masa ke semasa dapat dikendurkan dan diketepikan. Gejala ini telah dapat rnenyumbang ke arah kestabilan politik dan sosial bagi membolehkan tenaga ditumpukan kepada usaha pembangunan negara. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menyedari bahawa matlarnat Dasar Pelajaran Kebangsaan belurn dicapai sepenuhnya. Oleh kerana itu, Kementerian ini akan berusaha secara berterusan melaksanakan dasar ini

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak rnulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pelaksanaan KBSR dan pembubaran KBSM merupakan salah satu strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut. Walau bagaimanapun, tugas mendidik ini tidak sepatutnya diserahkan semata- mata kepada Kernenterian Pendidikan.

Seperti yang dimaklumi, adalah terlalu banyak faktor-faktor di luar sekolah terutarna unsur-unsur yang kurang sihat yang boleh mempengaruhi pelajar-pelajar. Oleh kerana itu, para ibubapa, pemimpin- pemimpin masyarakat dan lain-lain pihak, perlulah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan positif bagi rnenjayakan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Pendidikan sedang mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh dengan tujuan untuk memperkemas dan memperkukuhkannya supaya Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kepentingan integrasi kaum dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Yang Berhormat, rnasa tujuh minit setengah sudah sampai, tetapi Yang Berhormat boleh menyambung sedikit.

Tuan Woon See Chin: Saya ucapkan terima kasih. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian Pendidikan memang sedia rnenerima dan rnenimbangkan pandangan dan fikiran dari semua pihak dan golongan rakyat negara ini. Perkara ini sudah pun

3227 15 JULAI 1987 3228

dinyatakan melalui mass media, dengan izin. Walau bagaimanapun, oleh kerana Akta Pelajaran 1961 masih di peringkat kajian, Kementerian Pendidikan berpendapat belum perlu ditubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan bebas bagi mengumpul, menyusun dan mengkaji pendapat-pendapat daripada mana- mana pihak.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Y ang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi

diputuskan, bahawa di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 (3) Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 2.30 petang esok, hari Khamis, 16hb Julai 1987.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.