[first - 8] bh/bm/pages ... 03/04/16

2
EERVINA MOHD JAMIL [email protected] SUDAH tiga tahun Cik Nur (bukan na- ma sebenar) melayari bahtera rumah tang- ga bersama suami tercinta. Namun, Cik Nur belum pernah dapat bersenggama dengan selesa bersama sua- minya. Dengan tekanan daripada kedua-dua belah keluarga yang tidak putus-putus bertanya bila mereka hendak menimang cahaya mata, pasangan itu cuba menda- patkan nasihat pakar di klinik sakit puan. Wanita berusia 28 tahun itu menderita masalah vaginismus, iaitu pengecutan otot faraj yang tidak disengajakan di se- hingga menyebabkan kesukaran men- gadakan hubungan seks. Beberapa doktor memberitahu Berita Minggu bahawa lebih ramai wanita kini lebih bersedia tampil mendapatkan bantu- an bagi masalah seksual yang mereka ala- mi, termasuk vaginismus, berbanding dahulu. Namun, masih ramai juga yang sang- gup menderita dalam diam atau tunggu bertahun-tahun sebelum mendapatkan ra- watan. Bagi pasangan seperti Cik Nur dan sua- mi, mereka dirujuk kepada konsultan di Pusat Wanita Hospital Universiti Nasion- al (NUH), Dr Susan Logan, bagi rawatan lanjut. Menurut Dr Logan, suami Cik Nur yang kelihatan sedih semasa berjumpa dengannya berkata mereka cuba berseng- gama beberapa kali tetapi setiap kali be- liau cuba menghampiri isterinya, Cik Nur panik dan akan menolaknya. Oleh kerana beliau tidak mahu menya- kiti isterinya tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu, beliau akhirnya kerap bekerja sehingga lewat dan pada hujung minggu. Reaksi Cik Nur pula jauh berbeza keti- ka bertemu dengan Dr Logan. Beliau asyik tertawa semasa mencerita- kan bahawa pengalaman beliau cuba ber- satu dengan suami amat menyakitkan. Namun apabila ditanya mengapa be- liau masih boleh bergurau sedangkan sua- minya jelas bimbang, Dr Logan berkata Cik Nur terdiam dan terus menangis sela- ma lima minit. “Beliau tak tahu kenapa begitu pedih (untuk bersenggama). Apabila beliau ber- kongsi masalah itu bersama kakaknya sejurus selepas berkahwin, kakaknya menyuruhnya santai saja. “Beliau tidak dapat bercakap dengan sesiapa lagi sementara suaminya pula se- makin ‘jauh’,” ujar Dr Logan. Kini, Cik Nur, seorang guru, dan sua- minya jarang bersendirian bersama dan mengisi setiap hari dengan kerja, keluar- ga dan teman. Sedang rumah tangga ramai temannya kini bertambah meriah dengan diisi gelak tawa anak-anak, Cik Nur pula terus me- nyimpan hasrat untuk menjadi isteri biasa yang sempurna. “Dengan kedua-dua ibu bapa Cik Nur dan suaminya asyik bertanya bila mereka nak dapat anak, bolehkah mereka menda- patkan bantuan penyuburan in-vitro fer- tilisation (IVF) dan menyelesaikan masalah seksual Cik Nur kemudian?” ujar Dr Logan. Baginya rawatan bagi membantu ke- hamilan seperti intrauterine insemination (IUI) dan IVF hanya dapat menyelesaikan satu masalah sedangkan masalah seksual yang dihadapi akan tetap wujud. “Vaginismus adalah masalah yang jarang dibincangkan tetapi ia boleh menje- jas mutu kehidupan dan hubungan, tetapi ia boleh diubati,” kata Dr Logan. Laporan lanjut – Muka 8 Isteri sengsara semasa bersenggama, suami merana tak dapat bersama DERITA DALAM DIAM: Meskipun ramai wanita seperti Cik Nur mengalami masalah vaginismus dan masalah seksual lain, ramai juga yang masih menderita dalam diam. – Foto ilustrasi TUKIMAN WARJI

Upload: phungtruc

Post on 09-Dec-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [first - 8] bh/bm/pages ... 03/04/16

SINGAPURA perlu sa-bar dan terus melaksanakanusaha menyusun semula eko-nomi sebelun dapat me-nikmati manfaatnya, biar-pun usaha yang dilaksana-kan sejak beberapa tahun la-lu belum membuahkan hasilkata Perdana Menteri EncikLee Hsien Loong.

Mengulas tentang Belan-jawan tahun ini, yang me-nyaksikan peralihan sumberbagi membantu perniagaan,Encik Lee turut menekan-kan peri penting menjanapertumbuhan ekonomi, me-mandangkan jaringan kesela-matan sosial seperti Medi-Shield Life dan skim Work-fare telah disediakan.

“Tahun ini kita telah me-ngalihkan keseimbangan kearah menggalakkan pertum-buhan ekonomi keranaakhirnya, pertumbuhan eko-nomi cara anda dapatkansumber untuk melakukan se-suatu, termasuk perbelan-jaan sosial,” kata Encik Lee.

Beliau berkata demikiansemasa menemui media Sin-gapura di Washington DC diakhir lawatan kerjanya keAmerika Syarikat semalam.

Walaupun usaha telah di-jalankan sejak beberapatahun lalu demi menggalak

pertumbuhan daya penghasi-lan – daripada skim SkillsFu-ture kepada Kredit Produk-tiviti dan Inovasi dan insen-tif cukai bagi perniagaan – iamasih sukar melihat hasil-nya, biarpun ia berjalan lan-car, ia mengambil masa un-tuk membuahkan hasilnya,”ujar Encik Lee.

Beliau memerhatikandalam tempoh tiga hinggaempat tahun lalu, daya peng-hasilan di Singapura telahbertumbuh dengan perlahandan ia satu ‘masalah sukar’yang turut dihadapi banyaknegara maju seperti AS danEropah.

“Mereka tidak pasti me-ngapa, mereka tidak pastiapa yang perlu dilakukanmengenainya,” katanya.

“Kami telah melakukansemua perkara yang disaran-kan ahli ekonomi. Kita be-

lum melihat hasilnya lagi na-mun kami akan lakukan apayang kami percaya perkarayang betul,” tambah beliau.

Tidak seperti Amerika –yang dibelenggu kebuntuanpolitik – Singapura tidak“terperangkap” dan mampumelakukan apa yang diperlu-kan agar ia terus maju.

“Saya rasa kita harus adakeyakinan, saya rasa akhir-nya ia akan membuahkan ha-sil,” kata Encik Lee.

Beliau menambah baha-wa rakyat Singapura perlupeka akan apa yang berlakudi dunia dan bagaimana iamemberi kesan kepada nega-ra, mengapa ekonomi Singa-pura semakin perlahan, atauketidaktentuan politik danketegangan yang boleh men-jejas negara.

“Apabila ia berlaku, kitatidak terkejut dan psikologikita akan mempersiap diri ki-ta untuk menanganinya,” ka-ta Encik Lee.

Parlimen akan memba-haskan kenyataan Belan-jawan, yang telah dihantarpada 24 Mac, lusa.

Awal daripada itu EncikLee telah menghadiri sidangPuncak Keselamatan Nuk-lear di Washington.

Semasa berucap di acaratersebut, Encik Lee berkataSingapura akan melaksana-kan langkah lebih ketatdemi mengesan dan menga-nalisis bahan radioaktif yangmenyeberangi sempadan-nya.

Laporan lanjut– Muka 3

EERVINA MOHD [email protected]

SUDAH tiga tahun Cik Nur (bukan na-ma sebenar) melayari bahtera rumah tang-ga bersama suami tercinta.

Namun, Cik Nur belum pernah dapatbersenggama dengan selesa bersama sua-minya.

Dengan tekanan daripada kedua-duabelah keluarga yang tidak putus-putusbertanya bila mereka hendak menimangcahaya mata, pasangan itu cuba menda-patkan nasihat pakar di klinik sakit puan.

Wanita berusia 28 tahun itu menderitamasalah vaginismus, iaitu pengecutanotot faraj yang tidak disengajakan di se-hingga menyebabkan kesukaran men-gadakan hubungan seks.

Beberapa doktor memberitahu BeritaMinggu bahawa lebih ramai wanita kinilebih bersedia tampil mendapatkan bantu-an bagi masalah seksual yang mereka ala-mi, termasuk vaginismus, berbandingdahulu.

Namun, masih ramai juga yang sang-gup menderita dalam diam atau tunggubertahun-tahun sebelum mendapatkan ra-watan.

Bagi pasangan seperti Cik Nur dan sua-mi, mereka dirujuk kepada konsultan diPusat Wanita Hospital Universiti Nasion-al (NUH), Dr Susan Logan, bagi rawatanlanjut.

Menurut Dr Logan, suami Cik Nuryang kelihatan sedih semasa berjumpadengannya berkata mereka cuba berseng-gama beberapa kali tetapi setiap kali be-liau cuba menghampiri isterinya, Cik Nurpanik dan akan menolaknya.

Oleh kerana beliau tidak mahu menya-kiti isterinya tetapi tidak tahu bagaimanauntuk menyelesaikan masalah itu, beliauakhirnya kerap bekerja sehingga lewatdan pada hujung minggu.

Reaksi Cik Nur pula jauh berbeza keti-ka bertemu dengan Dr Logan.

Beliau asyik tertawa semasa mencerita-kan bahawa pengalaman beliau cuba ber-satu dengan suami amat menyakitkan.

Namun apabila ditanya mengapa be-liau masih boleh bergurau sedangkan sua-minya jelas bimbang, Dr Logan berkataCik Nur terdiam dan terus menangis sela-ma lima minit.

“Beliau tak tahu kenapa begitu pedih(untuk bersenggama). Apabila beliau ber-kongsi masalah itu bersama kakaknyasejurus selepas berkahwin, kakaknyamenyuruhnya santai saja.

“Beliau tidak dapat bercakap dengansesiapa lagi sementara suaminya pula se-makin ‘jauh’,” ujar Dr Logan.

Kini, Cik Nur, seorang guru, dan sua-minya jarang bersendirian bersama danmengisi setiap hari dengan kerja, keluar-ga dan teman.

Sedang rumah tangga ramai temannyakini bertambah meriah dengan diisi gelak

tawa anak-anak, Cik Nur pula terus me-nyimpan hasrat untuk menjadi isteri biasayang sempurna.

“Dengan kedua-dua ibu bapa Cik Nurdan suaminya asyik bertanya bila merekanak dapat anak, bolehkah mereka menda-patkan bantuan penyuburan in-vitro fer-tilisation (IVF) dan menyelesaikanmasalah seksual Cik Nur kemudian?”ujar Dr Logan.

Baginya rawatan bagi membantu ke-hamilan seperti intrauterine insemination(IUI) dan IVF hanya dapat menyelesaikansatu masalah sedangkan masalah seksualyang dihadapi akan tetap wujud.

“Vaginismus adalah masalah yangjarang dibincangkan tetapi ia boleh menje-jas mutu kehidupan dan hubungan, tetapiia boleh diubati,” kata Dr Logan.

Laporan lanjut– Muka 8

PM Lee: Perlususun semula

ekonomisebelum nikmati

manfaat

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

MCI (P) 042/09/2015 70 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

SOLAT Subuh 5.47 Syuruk 7.04 Zuhur 1.09 Asar 4.17 Maghrib 7.12 Isyak 8.21

Isteri sengsara semasa bersenggama,suami merana tak dapat bersama

Penyakitkencing manissemakinmembimbangkan

– Muka 16

Mahathir:Lee Kuan Yewkunci S’puraterus maju

– Muka 6

Lebih ramaiwanita anggotaiLembagaPentadbir Masjid

– Muka 2

DERITA DALAM DIAM: Meskipun ramai wanita seperti Cik Nur mengalami masalah vaginismusdan masalah seksual lain, ramai juga yang masih menderita dalam diam. – Foto ilustrasiTUKIMAN WARJI

mad

SeminarPelancongan BH:Kian ramai jelajah

ke luar Asia

– Muka 5

MengenangsumbanganAllahyarhamDr MuhammadAriff Ahmad

– Muka 10

ENCIK LEE: Rakyat perlu pekamengenai apa yang berlaku didunia agar dapat persiap dirihadapi sebarang kemungkinan.

AHAD, 3 APRIL 2016 (25 JAMADILAKHIR 1437)

Usaha galakdaya penghasilan

ambil masabuahkan hasil

Page 2: [first - 8] bh/bm/pages ... 03/04/16

BELIAU berpendidikan danmempunyai kerjaya mantap. CikAisha (bukan nama sebenar)seolah-olah memiliki segala-gala-nya, tetapi beliau memendam rah-sia yang berat.

Beliau rasa sakit yang teramatbisa setiap kali bersetubuh de-ngan suami. Mereka sudah ber-kahwin selama setahun selepasberpacaran tiga tahun.

“Saya dah cuba segalanya ba-gi membuat hubungan seks se-ronok, tetapi ia terlalu sakit bagisaya,” ujar Cik Aisha, 32 tahun.

Beliau tidak mempunyaimasalah dengan keinginan seks,kebangkitan nafsu berahi danmencapai puncak syahwat.

Namun, saat zakar suami

hendak memasuki faraj, CikAisha menyifatkan rasa sakit ituibarat ditikam pisau atau dibakar.

Beliau telah berjumpa doktoryang menyarankan ubat dia-zepam atau meregangkan selaputdaranya.

Kini, beliau menjauhkan dirisetiap kali suami cuba mendeka-tinya kalau mahu bermesra. Bah-kan, baru-baru ini, mereka gaduhbesar.

Suami Cik Aisha tidak bolehtahan lagi lalu mengancam mahumeninggalkannya. Beliau tidakmahu terus hidup berumah tang-ga tanpa seks.

Cik Aisha bimbang suaminyaserius kali ini dan enggan kehila-ngannya.

EERVINA MOHD [email protected]

WALAUPUN lebih ramai wanitakini tampil mendapatkan bantuanbagi menangani masalah seks, ramaiyang masih malu membincangkan-nya, kata beberapa doktor pakarmasalah seksual wanita.

Meskipun tiada rekod rasmi yangdiketahui bagi jumlah kes sedemi-kian di sini, konsultan di Pusat Wani-ta Hospital Universiti Nasional(NUH), Dr Susan Logan, berkata be-liau merawat tiga hingga empat kesvaginismus dalam seminggu.

Vaginismus ialah penyakit sek-sual wanita yang melibatkan penge-cutan tidak disengajakan pada ototfaraj. Pengecutan itu menyebabkankesukaran sewaktu bersetubuh.

Sekitar enam tahun lalu, dua dok-tor NUH pernah dilaporkan berkatamereka merawat 20 hingga 30 kesvaginismus dalam setahun.

Dr Logan memberitahu BeritaMinggu bahawa vaginismus merupa-kan masalah seksual yang paling la-zim dialami pesakit wanitanya, de-ngan 60 peratus daripada merekamenghadapi masalah itu.

Masalah itu membuat wanita rasasakit semasa bersetubuh sehinggamenimbulkan rasa takut lalu mem-buat mereka hilang minat mahumelakukannya.

Selain vaginismus, antaramasalah seksual lain yang dihadapiwanita ialah keinginan seks yangrendah, masalah kebangkitan nafsuberahi dan mencapai puncak syah-wat.

Namun, menurut pakar obstetrikdan sakit puan Hospital Gleneagles,Dr Christopher Chong, pesakit yangmengalami vaginismus biasanyamendapatkan bantuan selepas bebe-rapa tahun cuba mengadakan hubu-ngan kelamin dengan pasangan.

“Jumlah kes yang tampil bergan-tung pada... sama ada doktor itu ta-nya pesakit tentangnya. Kebanya-kan pesakit di Singapura tidakberkongsi maklumat ini secarasukarela.

“Ramai yang menganggapnya se-bagai sebahagian proses meningkattua dan ramai yang terlalu malu ber-cakap tentangnya dengan doktoratau teman,” kata Dr Chong.

Meskipun demikian, Dr Chongdan Dr Logan berkata lebih ramaiwanita kini tampil mendapatkan ban-tuan bagi masalah seksual atas kese-daran lebih tinggi, misalnya denganlebih banyak maklumat yang dipa-parkan media.

Pesakit yang dirawat jugamerangkumi segenap lapisan umur –daripada semuda pertengahan 20-antahun sehingga 65 tahun.

Menurut Dr Logan, jumlah pesa-kit Melayu yang mendapatkan ban-tuannya setara dengan jumlah pen-

duduk Melayu di sini, iaitu antara 10dengan 15 peratus.

“Bagi wanita Melayu khususnya,saya rasa mereka menganggap kein-timan sebagai bahagian pentingdalam perkahwinan yang bahagia,”ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Logan berka-ta punca masalah seksual wanita se-perti vaginismus berbeza bagi setiapindividu.

Ini termasuk kurang pemahamantentang tubuh badan dan seks, caramereka dibesarkan, rasa sakit ketikapercubaan bersetubuh pertama,masalah kulit bahagian kelamin ser-ta pengalaman menjadi mangsa pen-deraan seksual.

Oleh sebab itu, beliau menasihat-kan wanita yang mengalamimasalah bersetubuh supaya diperik-sa profesional kesihatan bagi menge-sahkan diagnosis.

Malah, pakar kelakuan seks klini-kal yang juga pengasas Eros Coa-ching, Dr Martha Lee, turut mengge-sa wanita yang mengalami masalahseksual supaya mendapatkan ban-tuan awal.

“Lebih lama mereka berlengah,lebih banyak tekanan yang akan di-hadapi individu serta pasangan,” ka-tanya, sambil menambah bahawa iajuga menjejas emosi.

Dr Lee menawarkan pelbagaikhidmat bagi mereka yang meng-hadapi masalah sedemikian, terma-suk menerusi sesi bimbingan khusus.

Bagi mereka yang rasa sakit se-masa seks dek kekeringan yang ber-hubung kait dengan simptom putushaid, Dr Chong berkata itu bolehdirawat dengan cahaya laser bagimenghasilkan kolagen baru.

Dr Logan pula berkata rawatanvaginismus biasanya melibatkankaunseling, pendidikan seks danlangkah mengurangkan sensitiviti pa-da bahagian terjejas secara perlahan(‘gradual desensitisation’).

Ini termasuk menggunakan pelin-cir dan alat ‘dilator’ atau pengem-bang faraj. Senaman lantai pelvis ju-ga boleh dilakukan.

Dr Logan turut menyarankanpasangan pesakit hadiri sesi rawatankerana mereka juga mempunyai pe-ranan dalam masalah dan mungkinmengalami isu yang perlu dirawat.

Lagipun, rawatan itu mempunyaikemungkinan lebih besar berjayasekiranya pasangan sungguh-sung-guh berusaha.

“(Pesakit) wanita biasanya berka-ta mereka lebih bersedia hamil me-nerusi cara perubatan dan mungkin(memilih mahu) menangani masalahvaginismus kemudian.

“Namun, mereka harus fikir ten-tang masa depan – antara hidup de-ngan hubungan seks yang yang da-pat dinikmati bersama (suami), de-ngan mahligai yang dibina tanpaseks yang boleh menimbulkan pel-bagai implikasi lain,” kata Dr Logan.

MASALAH kurang upaya juga boleh menjejas fungsi seksualseseorang. Mereka kurang keyakinan diri dan ragu-ragu bertanya.

Menurut ketua jurupulih pekerjaan Hospital Tan Tock Seng(TTSH), Cik Shirlene Toh, stigma sosial juga sering menyebabkanorang kurang upaya mempunyai salah tanggapan tentang seksualitidan ini menjadikan pengalaman mereka negatif. Hasilnya, inimenjejas keyakinan, keinginan dan keupayaan mereka mencaripasangan.

Menurut Cik Koh, klinik Khidmat Kesejahteraan Seksual TTSHmisalnya dapat membantu pesakit yang mengalami angin ahmar danmasalah kurang upaya lain memperbaiki kehidupan seks. Menerusisesi dengan pesakit, Cik Koh berkata mereka menekankankomunikasi dan luahan intim (‘intimacy expression’).

Beliau juga antara lain berbincang dengan pesakit dan pasanganmereka tentang kesan masalah kurang upaya yang dialami padakesihatan seksual mereka.

“Pasangan itu akan bekerjasama dengan ahli terapi bagimencapai matlamat tertentu pada setiap sesi. Contohnya, pasanganyang mempunyai masalah komunikasi boleh berusaha melakarstrategi mempertingkat persefahaman antara mereka, sementaramereka yang mengalami keinginan seksual rendah boleh menerokapelbagai cara meningkatkan masa berkualiti semasa melakukankegiatan seksual,” katanya.

Sejak klinik itu ditubuhkan pada 2009, Cik Koh berkata lebihramai pasangan yang mengalami masalah sedemikian diperhatikansemakin bersedia mendapatkan bantuan lebih awal.

Isteri dibiarkansepi di ranjang

Wanita kini lebih berani minta bantuan

Orang kurang upayamasih ‘berupaya’

TERINGIN beliau timang cahaya mata lagi. Namun sejakmelahirkan puteri sulung tiga tahun lalu, Cik Safia (bukan namasebenar) belum pernah bersetubuh dengan suaminya.

“Kami cuba tapi terlalu sakit buat saya,” ujarnya.

Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mendapati tiada masalahdengan Cik Safia. Beliau tidak mengalami masalah kulit di alatkelaminnya dan luka episiotomi selepas bersalin sebelum ini jugatelah pulih.

Meskipun tiga tahun sudah berlalu, beliau masih ingat setiap butirdetik melahirkan zuriat pertamanya itu.

Menceritakan suasana cemas ketika itu, dengan kelahiran anakterpaksa dipercepat dan ramai orang memekik di kelilingnya, CikSafia berkata beliau tidak dapat memeluk atau menatap wajahanaknya.

Bayi itu dibawa pergi jururawat sejurus dilahirkan. Malah, beliausukar duduk, apa lagi menyusukan bayi.

“Selepas itu, apabila kami pulang ke rumah, dia (suami Cik Safia)mahukan seks. Sakit sangat dan saya menangis. Seminggu kemudian,perkara sama berlaku lagi,” ujar Cik Safia.

Sejak itu, suami tidak lagi mendekatinya untuk bermesra dan mere-ka sering bertengkar. Kini, beliau hanya sendirian di ranjang sepi.

Hasratnya menimang cahaya mata lagi dipendamkan sahaja.

Suami ancamberpisah sebabhidup tiada seks

MENDERITA SEMASA BERASMARA: Lebih ramai wanita kini tampil mendapatkanbantuan kerana mengalami masalah kesihatan seksual, termasuk rasa sakit dan pedihsemasa mengadakan hubungan seks dengan pasangan. – Foto ilustrasi TUKIMANWARJI

SARAN DAPATKAN BANTUAN AWAL: Meskipun ramai wanita masih menderita dalamdiam dek masalah seksual, pakar (dari kiri) Dr Logan dan Dr Chong berkata jumlahmereka yang tampil bagi mendapatkan bantuan kini lebih ramai berbanding dahulu.Dr Lee pula menggesa mereka yang mengalami masalah sedemikian supaya segeratampil mendapatkan bantuan. – Foto-foto NUH, PARKWAY PANTAI dan EROSCOACHING

Brand Your AssetsCall 1800 289 8822 or e-mail

[email protected] to publiciseyour Financial Statements

KES VAGINISMUS

MASALAH SEKSUAL WANITA

NOTIS

“... Mereka harus fikir tentang masa depan– antara hidup dengan hubungan seks yangyang dapat dinikmati bersama (suami),dengan mahligai yang dibina tanpa seks yangboleh menimbulkan pelbagai implikasi lain.”

– Konsultan di Pusat Wanita NUH, Dr Susan Logan.

8 Berita Minggu | 3 April 2016

Berita SETEMPAT

abmm
Rectangle