bebas smrt pengarah badan amal perjelas langkah bukan ... coverage/bh/20121208-bh-10... · tamat...

1
Oleh NUR’ADILAH MAHBOB [email protected] SEBANYAK 10 projek telah mendapat soko- ngan daripada Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew untuk menghasilkan lebih banyak bahan pem- belajaran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda di peringkat prasekolah. Dana itu akan menyalurkan $1.6 juta sepanjang dua tahun kepada pertubuhan, syarikat dan indivi- du yang menjalankan projek-projek tersebut. Wang itu digunakan bagi menghasilkan buku-bu- ku dwibahasa, lagu-lagu dan bahan-bahan meng- ajar lain yang boleh digunakan bukan saja di kelas prasekolah, bahkan di rumah. Dalam satu sidang akhbar di Kementerian Pendi- dikan (MOE) semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penera- ngan), Cik Sim Ann, yang juga naib pengerusi lem- baga dana itu, berkata projek-projek tersebut meng- hasilkan bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri set- empat dan unik kepada Singapura, lantas menghi- dupkan pembelajaran. Misalnya, ia membicarakan kehidupan bandar, cita rasa dan makanan setempat. Konteks setempat penting kerana ia bukan sa- haja dapat menarik minat kanak-kanak, malah me- mupuk nilai-nilai relevan dan penting bagi Singapu- ra, kata seorang anggota lembaga dana itu, Encik Yatiman Yusof, yang turut hadir semalam. Projek-projek itu dipilih daripada antara 90 ker- tas saranan yang diterima sejauh ini kerana didapati relevan dan dijangka mempunyai kesan mendalam terhadap ibu bapa dan kanak-kanak, kata Ketua Pengarah (Pendidikan) MOE, Cik Ho Peng, yang ju- ga pengerusi jawatankuasa penilaian projek. Pihak-pihak yang menjayakan projek-projek itu merangkumi syarikat, badan berkanun serta indi- vidu, termasuk syarikat Dua M Pte Ltd, Lembaga Perpustakaan Negara, dan penulis Shekinah Linn. Penubuhan dana itu diumumkan mantan per- dana menteri Lee Kuan Yew tahun lalu di pelanca- ran buku beliau My Lifelong Challenge: Singa- pore’s Bilingual Journey (Cabaran Sepanjang Ha- yat Saya: Perjalanan Dwibahasa Singapura). Sejak dilancarkan, ia mendapat sokongan dan derma daripada pelbagai pihak dan kini berjumlah lebih $100 juta. Selain 10 projek itu, beberapa lagi kertas saran- an sedang dinilai jawatankuasa penilaian projek. GM itu dijalan- Jamiyah,” kata beliau. 10 projek dapat $1.6j daripada dana dwibahasa Lee Kuan Yew

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bebas SMRT pengarah Badan Amal perjelas langkah bukan ... Coverage/BH/20121208-bh-10... · tamat dan ia akan menimbangkan nilai dan kewajarannya. Dalam jawapannya kepada Berita Hari-an

Oleh NUR’ADILAH [email protected]

SEBANYAK 10 projek telah mendapat soko-ngan daripada Dana Kedwibahasaan Lee KuanYew untuk menghasilkan lebih banyak bahan pem-belajaran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Ibundadi peringkat prasekolah.

Dana itu akan menyalurkan $1.6 juta sepanjangdua tahun kepada pertubuhan, syarikat dan indivi-du yang menjalankan projek-projek tersebut.

Wang itu digunakan bagi menghasilkan buku-bu-ku dwibahasa, lagu-lagu dan bahan-bahan meng-ajar lain yang boleh digunakan bukan saja di kelasprasekolah, bahkan di rumah.

Dalam satu sidang akhbar di Kementerian Pendi-dikan (MOE) semalam, Setiausaha Parlimen Kanan(Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penera-ngan), Cik Sim Ann, yang juga naib pengerusi lem-baga dana itu, berkata projek-projek tersebut meng-hasilkan bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri set-empat dan unik kepada Singapura, lantas menghi-dupkan pembelajaran.

Misalnya, ia membicarakan kehidupan bandar,cita rasa dan makanan setempat.

Konteks setempat penting kerana ia bukan sa-haja dapat menarik minat kanak-kanak, malah me-mupuk nilai-nilai relevan dan penting bagi Singapu-ra, kata seorang anggota lembaga dana itu, EncikYatiman Yusof, yang turut hadir semalam.

Projek-projek itu dipilih daripada antara 90 ker-tas saranan yang diterima sejauh ini kerana didapatirelevan dan dijangka mempunyai kesan mendalamterhadap ibu bapa dan kanak-kanak, kata KetuaPengarah (Pendidikan) MOE, Cik Ho Peng, yang ju-ga pengerusi jawatankuasa penilaian projek.

Pihak-pihak yang menjayakan projek-projek itumerangkumi syarikat, badan berkanun serta indi-vidu, termasuk syarikat Dua M Pte Ltd, LembagaPerpustakaan Negara, dan penulis Shekinah Linn.

Penubuhan dana itu diumumkan mantan per-dana menteri Lee Kuan Yew tahun lalu di pelanca-ran buku beliau My Lifelong Challenge: Singa-pore’s Bilingual Journey (Cabaran Sepanjang Ha-yat Saya: Perjalanan Dwibahasa Singapura).

Sejak dilancarkan, ia mendapat sokongan danderma daripada pelbagai pihak dan kini berjumlahlebih $100 juta.

Selain 10 projek itu, beberapa lagi kertas saran-an sedang dinilai jawatankuasa penilaian projek.

Oleh IRMA [email protected]

KETUA Pegawai Eksekutif(CEO) Yayasan Mendaki, Cik Mo-liah Hashim (atas), dilantik sebagaipengarah bebas lembaga syarikatpengangkutan SMRT mulai 1 Okto-ber lalu.

Menurut Cik Moliah, 54 tahun,tumpuan beliau ialah sama-sama be-kerja keras bagi mengembalikan ke-yakinan rakyat terhadap SMRT se-bagai sebuah syarikat boleh diperca-yai dan diharapkan serta mengambilberat kebajikan pekerjanya.

“Malangnya, disebabkan episod(mogok pemandu bas) yang berlaku(pada 26 November lalu), kami dili-hat memberi kurang perhatian padakebajikan pemandu, contohnya.

“Jadi saya rasa kami perlu beker-ja keras bagi memastikan kami mela-kukan apa yang patut. Namun meli-hat ke depan, secara proaktif kamimemastikan keyakinan daripada ma-syarakat dapat dikembali” katanya.

Ditemui dalam majlis penyampai-an sijil Program Penghubung K2-One di DBS Arts Centre, House ofSingapore Repertory Theatre, sema-lam, Cik Moliah berkata seperti pe-ngarah bebas lain, peranan beliau le-bih kepada mengongsi nasihat danbekerjasama dengan pihak penguru-san dalam isu-isu komunikasi dan pe-libatan pekerja.

Beliau akan mengongsi perspek-tif dengan pengurusan SMRT dalamaspek sosial, melihat pada kepaka-rannya dalam bidang pendidikandan perkhidmatan masyarakat.

“Saya berharap dapat menam-bahkan nilai kepada perbincangandan memberi perspektif bukan daridunia korporat tetapi sektor sosialdan melihat bagaimana kami bolehberkhidmat kepada masyarakat se-cara terbaik kerana pengangkutanmerupakan satu perkhidmatan pen-ting,” ujar beliau.

LANGKAH percubaan syarikat pe-ngangkutan awam SMRT mengumumkannama stesen MRT dalam bahasa Cina telahtamat dan ia akan menimbangkan nilai dankewajarannya.

Dalam jawapannya kepada Berita Hari-an semalam, jurucakap SMRT berkata per-cubaan itu dilakukan setelah syarikat itumendapat maklum balas orang ramai yangmenyarankan nama stesen diumum dalambahasa Mandarin.

“Ini bagi membantu penumpang, teruta-manya warga tua, yang bergantung pada

pengumuman semasa perjalanan mereka.“Disebabkan itu, kami memulakan per-

cubaan yang turut meliputi pengumumandalam bahasa Mandarin dalam kereta apibagi sebahagian kereta api yang melalui la-luan Utara-Selatan Timur-Barat sejak ming-gu pertama Oktober lalu,” kata jurucakapSMRT.

Menurutnya, segolongan orang meng-alu-alu langkah itu sementara yang lainmemberi pelbagai maklum balas dan sara-nan.

“Sesi percubaan telah tamat dan kami

akan menimbangkan akan nilai dan kewa-jarannya,” kata jurucakap SMRT.

Langkah itu menyebabkan rasa kurangsenang sesetengah pengguna SMRT yangmengemukakan pandangan mereka di la-man-laman sosial.

Antara komen yang diutarakan ialahpenggunaan bahasa Mandarin bukan sajakedengaran asing, bahkan tidak menepatikonteks apabila nama sesebuah stesen itusebenarnya telah sebati dengan majoritirakyat Singapura sejak nama itu diperke-nal sewaktu sistem MRT dilancar pada1987.

KONSERT amal tahunan ChildAid2011 anjuran bersama dua akhbar tempa-tan milik syarikat media Singapore PressHoldings (SPH) berjaya mengumpulkan $2juta untuk membantu dua dana amal.

Derma terkumpul itu disalurkan ke Da-na Wang Saku Sekolah The Straits Timesdan Dana Artis Muda The Business Times.

Konsert yang memasuki tahun kelapanitu diadakan selama dua hari di Marina

Bay Sands Grand Theatre.Tetamu terhormat dalam acara pembu-

kaan konsert itu malam tadi ialah PresidenTony Tan Keng Yam dan isteri beliau, CikMary Tan.

PARLIMEN akan bersidang padaIsnin, 14 Januari, mulai 1.30 petang,umum Kerani Parlimen dalam satukenyataan semalam.

Sesi umum nama stesen MRT dalam bahasa Cina tamat

Oleh HISHAM [email protected]

UNIT Badan Amal, Pejabat Pesu-ruhjaya Badan Amal (COC), telahmemulakan satu semakan pentadbi-ran ke atas Persekutuan Seruan Is-lam Singapura, atau Jamiyah, demimengenal pasti bidang-bidang pen-tadbiran dan pengurusannya yangboleh dipertingkat.

Namun, jurucakap COC berkatasemakan tersebut tidak sepatutnyadilihat sebagai satu siasatan, audit

atau usaha mengenal pasti penyele-wengan atau penyalahgunaan dana.

Sebaliknya, tujuan semakan ituharus dilihat sebagai usaha memper-baiki proses urus tadbir dan mema-tuhi peraturan tanpa membebankanbadan-badan amal.

“Unit Badan Amal secara kerapmenyemak operasi badan-badanamal berdaftar kami melalui pelba-gai saluran. Unit Badan Amal telahmemulakan semakan pentadbiranke atas Jamiyah bagi mengenal pastibidang-bidang pentadbiran dan

pengurusan yang boleh diperting-kat, dan ia bukanlah satu siasatanformal.

“Kami telah bekerja bersama Ja-miyah bagi menyiapkan merekamenjalani semakan pentadbirantersebut,” kata jurucakap itu.

Unit itu difahamkan akan menja-lankan semakan apabila mendapatmaklumat dan maklum balas atauaduan, atau sesebuah pertubuhanitu sendiri meminta supaya prosespentadbirannya disemak.

Ketika dihubungi semalam, Presi-den Jamiyah, Dr Mohd Hasbi AbuBakar, mengesahkan perkara terse-but.

“Kami sedang menjalani sema-kan pentadbiran yang dijalankan pi-hak Unit Badan Amal dan semakan

tersebut ialah bagi tempoh Oktober2010 hingga September 2012 dibawah kepimpinan lalu.

“Semakan ini juga memberi pe-luang kepada kami meningkatkan la-gi program-program yang ada danjuga melihat sekiranya masih terda-pat kekurangan yang boleh diperbai-ki,” kata Dr Mohd Hasbi, 53 tahun.

Menurut beliau, proses semakanitu dijangka selesai dalam masa em-pat hingga enam minggu lagi.

Dalam mesyuarat agung tahunan(AGM) ke-66 Jamiyah Septemberlalu, Dr Mohd Hasbi mendapat 257undi, menewaskan penjawat jawa-tan itu, yang juga pak cik beliau, Ha-ji Abdul Karim Maidin, yang meraih143 undi.

Undian semasa AGM itu dijalan-

kan secara rahsia.Perebutan jawatan presiden itu

agak mengejutkan kerana Haji Ab-dul Karim, 72 tahun, baru mengam-bil alih pucuk pimpinan Jamiyah da-ripada bapa Dr Hasbi, Haji Abu Ba-kar Maidin, dua tahun lalu.

Menurut Dr Mohd Hasbi, sejakmengambil alih pucuk pimpinan, be-liau dan pasukan barunya sendiri se-dang gigih membuat semakan dala-man bagi meningkatkan lagi prosesurus tadbir Jamiyah.

“Dua bidang utama akan menda-pat perhatian kami, iaitu memberitumpuan pada program-programyang memberi kesan baik supaya le-bih ramai anggota masyarakat me-raih manfaat daripadanya, dan me-ningkatkan daya upaya kewanganJamiyah,” kata beliau.

10 projek dapat$1.6j daripada

dana dwibahasaLee Kuan Yew

CEO Mendakidilantik

pengarahbebas SMRT

Konsert dua akhbar SPH hasilkan $2j bagi amal

Parlimen bersidang14 Januari

COC semak pentadbiran Jamiyah

Foto KHALID BABA

Jurucakap Pejabat PesuruhjayaBadan Amal perjelas langkah bukansiasatan bagi penyalahgunaan dana

2 Berita Harian2 Sabtu, 8 Disember 2012 DALAM NEGERI

chongchj
Rectangle