[first - 16] bh/dalam_negeri/pages ... 24/10/16

1
APABILA Cik Elina Abdul Rashid se- lesai menjalankan satu penyelidikan kri- tikal untuk ijazah sarjananya mengenai apa yang merangsang wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup si- hat seperti bersenam, beliau memperoleh dapatan yang baginya amat menarik dan belum disedarinya sebelum ini. Dapatan itu memberinya bukan sa- haja perspektif baru tentang motivasi di sebalik penceburan wanita-wanita itu dalam amalan sihat, malah sumber pe- rangsang baru dalam kehidupan Cik Eli- na sendiri. Hasil penyelidikan itu menunjukkan bahawa wanita Melayu Singapura yang bergiat dalam aktiviti gaya hidup sihat se- cara berkumpulan seperti bersenam, melakukannya lebih kerana mahu meraih manfaat holistik yang merangku- mi kesihatan rohani, emosi dan mental, bukan setakat fizikal. Lebih menarik ialah dorongan holistik itu lahir daripada keinginan mereka mahu berupaya melakukan ibadah seper- ti bersolat, menunaikan haji atau umrah dan ibadah fizikal lain dalam keadaan si- hat. “Rumusan itu memberi saya kepuasan tentang definisi ‘kesihatan’ yang saya cari dalam kalangan wanita yang menjadi responden saya itu. Secara tidak langsung ia juga telah mengubah persepsi saya ter- hadap gaya hidup sihat, senaman dan erti kesihatan,” ujar Cik Elina. Guru penyelaras Bahasa Melayu ber- usia 49 tahun yang mengajar di Maktab Rendah Temasek (TJC) itu melakukan penyelidikan kritikal berjudul ‘Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mere- ka dalam gaya hidup sihat’ untuk ijazah Sarjana Pendidikan dalam Bahasa Mela- yu daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE)-Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang diperolehinya pada perte- ngahan tahun ini. Dapatannya daripada 102 responden wanita yang mengikuti tiga kumpulan gaya hidup sihat/senaman wanita Melayu di sini – kumpulan Kebayarobics, kumpu- lan FitFab dan kumpulan pengikut maja- lah kesihatan, Elegance.com – menunjuk- kan lebih 80 peratus daripada mereka me- letakkan kesihatan rohani, mental dan emosi sebagai kesihatan yang sangat di- utamakan. Lebih 60 peratus pula menyatakan kesihatan fizikal dan perlakuan (seperti selera makan baik dan rehat yang cukup) sebagai kesihatan yang diutamakan. Justeru, secara keseluruhan, kesihatan holistik menjadi matlamat mereka memi- lih gaya hidup sihat. Cik Elina berkata dapatannya boleh menjadi satu lagi daya perangsang bagi wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam; maka itu beliau sedia mengongsinya. Mentelah pula wanita Melayu selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan se- perti barah buah dada (ramai pesakit wa- nita Melayu lambat mengesannya sehing- galah di peringkat lanjut), penyakit jan- tung (penyakit pembunuh nombor satu bagi wanita Singapura), kencing manis dan kegemukan. Cik Elina mengambil contoh dirinya sendiri yang berjaya meraih kesihatan ro- hani, mental dan emosi yang lebih baik dengan meluaskan tujuannya meng- amalkan gaya hidup sihat dan bersenam. “Sebenarnya saya telah mengamalkan bersenam sejak saya belasan tahun. Pada waktu itu saya berlebihan sedikit berat badan. “Saya sertai kelab kecergasan dan lakukan ‘kickboxing’ dan tinju kaki,” ceri- ta Cik Elina, ibu dua anak – seorang pe- rempuan berusia 18 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 17 tahun, kedua-dua- nya menuntut di politeknik. Apabila usianya memasuki 40 tahun dan semakin merasakan tekanan kerja, Cik Elina, yang sudah menceburi bidang pendidikan selama lebih 25 tahun, mahu- kan kesihatan yang lebih holistik, lantas memakan banyak suplemen. “Saya juga baca banyak buku motiva- si, buku agama dan ikuti kelas agama, tetapi hasilnya dari segi kesihatan holistik belum terasa,” ujarnya, lulusan Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Nasio- nal Singapura (NUS). Tamparan terhebat ialah apabila beli- au mengalami keretakan rumah tangga se- tahun lalu dan dilanda kemurungan. Hasil penyelidikan kritikalnya itulah yang turut membantunya keluar daripa- da kemurungan kerana beliau mengam- bil pendekatan merangsang dirinya meng- ubah gaya hidupnya untuk meraih kesiha- tan rohani, emosi dan mental, bukan seta- kat kesihatan fizikal. Beliau juga sudah tidak bergantung la- gi kepada suplemen. Pendekatan itu se- mua melibatkan perubahan minda. “Melihat wanita daripada tiga kumpu- lan senaman itu juga amat menyeronok- kan bagi saya. “Selain mereka bersenam kerana moti- vasi intrinsik iaitu untuk membaiki kesi- hatan mereka dan menghindari penyakit, mereka juga bersenam kerana motivasi ekstrinsik iaitu kepuasan daripada suasa- na persekitaran yang menyeronokkan seperti bercampur gaul dengan teman-te- man,” jelas Cik Elina, yang juga amat puas hati dan gembira dengan hasil penyelidikannya kerana memperoleh gred cemerlang (A+) bagi kajiannya itu. MENERANGKAN apa yang dimaksudkan kesihatan holistik, Cik Elina Abdul Rashid yang menjalankan penyelidikan bagi ijazah Sarjana Pendidikan berjudul ‘Kesihatan Wani- ta Melayu Singapura: Satu kajian tentang moti- vasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat’, menggariskannya seperti berikut: * Kesihatan fizikal: Tubuh kuat dan cergas, berat badan normal, pernafasan baik, penam- pilan cantik dan ceria, bebas penyakit. * Kesihatan emosi dan mental: Perasaan se- ronok dan gembira, berfikiran positif, tenang, emosi stabil dan berkeyakinan tinggi. * Kesihatan rohani: Menunjukkan tahap ke- imanan yang tinggi. * Kesihatan perlakuan: Dapat mengelak- kan diri daripada melakukan amalan negatif seperti merokok dan lain-lain. Dalam kertas penyelidikannya, Cik Elina menghurai lebih lanjut: “Bagi masyarakat Melayu, sihat bergan- tung pada beberapa ciri iaitu tiada gejala ke- uzuran, sihat dari segi keupayaan mendapat makanan, rehat dan tidur secukupnya, keupa- yaan bekerja dan menunaikan peranan sosial dalam masyarakat serta perilaku yang normal. “Seseorang itu dianggap sihat apabila be- liau mempunyai hubungan baik dengan anggo- ta masyarakat. Faktor agama juga dinilai da- lam menentukan tahap kesihatan masyarakat Melayu. Ini kerana masyarakat yang beraga- ma Islam menekankan perlunya keupayaan ro- hani sebagai petunjuk kesihatan.” Maksud kesihatan holistik Kajian Wanita Melayu: Manfaat kesihatan holistik pendorong amalan gaya hidup sihat BUAT KAJIAN: Cik Elina Abdul Rashid, guru Maktab Rendah Temasek, dengan kertas penyelidikan kritikalnya bertajuk ‘Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat’ untuk ijazah Sarjana Pendidikan beliau. Dapatannya menunjukkan wanita Melayu paling mengutamakan kesihatan rohani, mental dan emosi diikuti kesihatan fizikal. – Foto TUKIMAN WARJI

Upload: lamkhuong

Post on 28-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [first - 16] bh/dalam_negeri/pages ... 24/10/16

TIDAK mustahil mencapai kesihatan holistik atau menyeluruh. Apa yang diperlukan ialah kerjasama ber-sepadu dan konsisten daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, saudara-mara, sistem persekolahan, sistem penjagaan di luar sekolah, asastizah di sekolah agama dan badan-badan pemerintah.

Demikian pandangan doktor keluarga, Dr Elly Sab-rina Ismail, yang juga anggota utama Geng Sihat SG (GSSG).

“Oleh sebab ia memerlukan perhatian daripada pel-bagai pihak dan usaha ini harus dipupuk ketika sese-orang di bangku sekolah (sekolah rendah) lagi, saya ra-sa pencapaiannya yang sebenar hanya boleh dikecapi oleh generasi akan datang,” kata Dr Elly ketika di-hubungi.

Beliau menggariskan cara mencapai kesihatan holis-tik seperti berikut:

E BersenamHanya 20 minit sehari memadai, tidak perlu sena-

man terlalu intensif, mencukupi dengan jalan pantas, berbasikal atau berenang.

E Mengamalkan pemakanan sihatAmalkan pemakanan whole food; kurangkan ma-

kanan segera; cuba makan di rumah; lebihkan makan sayur dan buah; dan kurangkan minyak, gula, garam dan makanan diproses seperti hotdog, nuget, donat dan piza.

E Jalani pemeriksaan kesihatanLakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten

agar dapat mengesan penyakit awal dan merawat awal.

E Cukup tidurKurangkan menonton televisyen, melungsuri Inter-

net, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.E Luangkan masa untuk keluarga, saudara dan sa-

habat.E Luangkan masa untuk ilmu pengetahuan

ukhrawi secara konsisten.E Rancang masa depanE Bersikap positif dan sentiasa bersyukurE Elakkan merokok.Setiap aspek kesihatan ini penting dan berkaitan ra-

pat antara satu sama lain, kata Dr Elly.

APABILA Cik Elina Abdul Rashid se-lesai menjalankan satu penyelidikan kri-tikal untuk ijazah sarjananya mengenai apa yang merangsang wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup si-hat seperti bersenam, beliau memperoleh dapatan yang baginya amat menarik dan belum disedarinya sebelum ini.

Dapatan itu memberinya bukan sa-haja perspektif baru tentang motivasi di sebalik penceburan wanita-wanita itu dalam amalan sihat, malah sumber pe-rangsang baru dalam kehidupan Cik Eli-na sendiri.

Hasil penyelidikan itu menunjukkan bahawa wanita Melayu Singapura yang bergiat dalam aktiviti gaya hidup sihat se-cara berkumpulan seperti bersenam, melakukannya lebih kerana mahu meraih manfaat holistik yang merangku-mi kesihatan rohani, emosi dan mental, bukan setakat fizikal.

Lebih menarik ialah dorongan holistik itu lahir daripada keinginan mereka mahu berupaya melakukan ibadah seper-ti bersolat, menunaikan haji atau umrah dan ibadah fizikal lain dalam keadaan si-hat.

“Rumusan itu memberi saya kepuasan tentang definisi ‘kesihatan’ yang saya cari dalam kalangan wanita yang menjadi responden saya itu. Secara tidak langsung ia juga telah mengubah persepsi saya ter-hadap gaya hidup sihat, senaman dan erti kesihatan,” ujar Cik Elina.

Guru penyelaras Bahasa Melayu ber-usia 49 tahun yang mengajar di Maktab Rendah Temasek (TJC) itu melakukan penyelidikan kritikal berjudul ‘Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mere-ka dalam gaya hidup sihat’ untuk ijazah Sarjana Pendidikan dalam Bahasa Mela-

yu daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE)-Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang diperolehinya pada perte-ngahan tahun ini.

Dapatannya daripada 102 responden wanita yang mengikuti tiga kumpulan gaya hidup sihat/senaman wanita Melayu di sini – kumpulan Kebayarobics, kumpu-lan FitFab dan kumpulan pengikut maja-lah kesihatan, Elegance.com – menunjuk-kan lebih 80 peratus daripada mereka me-letakkan kesihatan rohani, mental dan emosi sebagai kesihatan yang sangat di-utamakan.

Lebih 60 peratus pula menyatakan kesihatan fizikal dan perlakuan (seperti selera makan baik dan rehat yang cukup) sebagai kesihatan yang diutamakan.

Justeru, secara keseluruhan, kesihatan holistik menjadi matlamat mereka memi-lih gaya hidup sihat.

Cik Elina berkata dapatannya boleh menjadi satu lagi daya perangsang bagi wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam; maka itu beliau sedia mengongsinya.

Mentelah pula wanita Melayu selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan se-perti barah buah dada (ramai pesakit wa-nita Melayu lambat mengesannya sehing-galah di peringkat lanjut), penyakit jan-tung (penyakit pembunuh nombor satu bagi wanita Singapura), kencing manis dan kegemukan.

Cik Elina mengambil contoh dirinya sendiri yang berjaya meraih kesihatan ro-hani, mental dan emosi yang lebih baik dengan meluaskan tujuannya meng-amalkan gaya hidup sihat dan bersenam.

“Sebenarnya saya telah mengamalkan bersenam sejak saya belasan tahun. Pada waktu itu saya berlebihan sedikit berat badan.

“Saya sertai kelab kecergasan dan

lakukan ‘kickboxing’ dan tinju kaki,” ceri-ta Cik Elina, ibu dua anak – seorang pe-rempuan berusia 18 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 17 tahun, kedua-dua-nya menuntut di politeknik.

Apabila usianya memasuki 40 tahun dan semakin merasakan tekanan kerja, Cik Elina, yang sudah menceburi bidang pendidikan selama lebih 25 tahun, mahu-kan kesihatan yang lebih holistik, lantas memakan banyak suplemen.

“Saya juga baca banyak buku motiva-si, buku agama dan ikuti kelas agama, tetapi hasilnya dari segi kesihatan holistik belum terasa,” ujarnya, lulusan Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Nasio-nal Singapura (NUS).

Tamparan terhebat ialah apabila beli-au mengalami keretakan rumah tangga se-tahun lalu dan dilanda kemurungan.

Hasil penyelidikan kritikalnya itulah yang turut membantunya keluar daripa-da kemurungan kerana beliau mengam-bil pendekatan merangsang dirinya meng-ubah gaya hidupnya untuk meraih kesiha-tan rohani, emosi dan mental, bukan seta-kat kesihatan fizikal.

Beliau juga sudah tidak bergantung la-gi kepada suplemen. Pendekatan itu se-mua melibatkan perubahan minda.

“Melihat wanita daripada tiga kumpu-lan senaman itu juga amat menyeronok-kan bagi saya.

“Selain mereka bersenam kerana moti-vasi intrinsik iaitu untuk membaiki kesi-hatan mereka dan menghindari penyakit, mereka juga bersenam kerana motivasi ekstrinsik iaitu kepuasan daripada suasa-na persekitaran yang menyeronokkan seperti bercampur gaul dengan teman-te-man,” jelas Cik Elina, yang juga amat puas hati dan gembira dengan hasil penyelidikannya kerana memperoleh gred cemerlang (A+) bagi kajiannya itu.

CIK Hanisah Adam pernah menghidap penyakit ekzema, sejenis penyakit kulit, yang teruk serta berat badan yang terlalu ringan – 39 kilogram – hingga beliau sela-lu kemurungan.

Tetapi, kesedaran tentang pentingnya beliau mengubah gaya hidupnya dengan ‘menyihatkan’ emosinya, membantunya mengatasi masalahnya itu.

Beliau percaya kesihatan emosi adalah sebahagian daripada kesihatan holistik yang perlu diusahakannya untuk menjadi isteri dan ibu terbaik bagi dua anak perem-puannya yang berusia empat tahun dan se-tahun.

Cik Hanisah, 32 tahun, adalah peng-asas majalah kesihatan, Elegance.com, yang diterbitkan dalam talian sejak set-ahun lalu. Ia kini mempunyai sekitar 3,000 pengikut.

SIHAT EMOSI“Pada pandangan saya, bagi wanita,

apa yang lebih mereka perlukan ialah keseimbangan emosi kerana faktor biolo-gi seperti kedatangan haid, kehamilan, pas-ca kehamilan dan putus haid menjejas hor-mon dan boleh membuat emosi wanita tidak stabil.

“Maka itu tindakan yang perlu diambil dahulu bagi wanita ialah mencapai kesiha-tan emosi. Saya juga mempraktikkan pe-makanan sihat dan melakukan aktiviti fi-zikal. Toksik yang keluar daripada kulit badan saya (daripada amalan itu), mem-buat saya rasa lebih sihat sekarang,” ujar Cik Hanisah.

Cik Haslinda Ali, 45 tahun, pengasas Kumpulan Kesihatan Wanita FitFab, yang telah ditubuhkan lima tahun lalu, pula me-nerangkan dorongannya menjalani gaya hidup sihat adalah untuk mendapat tena-ga yang cukup bagi mengharungi kehidu-pannya yang amat sibuk.

“Walaupun jadual saya begitu padat, saya rasa dengan menjalani gaya hidup si-hat, apa sahaja yang ingin saya lakukan da-pat saya lakukan dengan sebaik mungkin, alhamdulillah,” kata Cik Haslinda, ibu tiga anak perempuan berusia 14, 12 dan lapan tahun.

SIHAT FIZIKAL Baginya kesihatan fizikal adalah yang

paling asas kerana kesihatan fizikal mem-pengaruhi minda, mental dan diri wanita secara keseluruhan.

“Apabila kita mementingkan kesiha-tan fizikal, kita berubah menjadi lebih gembira. Suami dan anak-anak juga men-

jadi gembira,” katanya, yang telah ber-jaya menurunkan berat badannya seba-nyak 22 kilogram selepas melahirkan anak ketiga.

Kejayaannya itu yang mendorongnya mengongsi gaya hidup sihatnya, misalnya melalui senaman dan pemakanan, dengan wanita lain.

“Sekiranya saya tidak menjalani gaya hidup sihat, saya tidak pasti sama ada saya boleh mendapat tenaga yang mencukupi untuk menyelesaikan segalanya dan ini tentu sekali menjejas mutu kerja saya,” ujar Cik Haslinda yang juga usahawan.

Pengasas kumpulan Kebayarobics, Cik Kartini Abdul Rahman, 65 tahun, pula me-nerangkan beliau menubuhkan kumpulan itu yang bermula sebagai Kumpulan Jalan Pantas Wanita Simei, 23 tahun lalu an-taranya kerana ramai wanita Melayu me-ngalami masalah obesiti.

Beliau juga mahu wanita-wanita itu menurunkan ilmu dan amalan gaya hidup sihat kepada anak mereka seperti memilih makanan lebih sihat dan selalu bersenam.

SIHAT MENTALJusteru, paling penting dalam menga-

malkan gaya hidup sihat ialah memiliki mental sihat kerana dari situ wanita akan ada komitmen melakukan perkara lain yang baik, kata Cik Kartini.

Beliau telah mengubah nama kumpu-lannya menjadi kumpulan Kebayarobics pada 2004 agar wanita Melayu lebih ter-dorong bersenam dengan seluar dan baju bentuk kebaya yang lebih selesa.

Baru-baru ini Cik Kartini, mantan pe-nyiar radio Melayu di sini, telah meng-umumkan dalam perjumpaan Hari Raya Aidilfitri kumpulan itu, kesediaannya membimbing pemimpin baru kumpulan tersebut, malah telah mengenal pasti bebe-rapa orang daripada mereka.

Selain tiga kumpulan wanita ini yang menjalankan aktiviti gaya hidup sihat, terdapat beberapa lagi kumpulan wanita Melayu yang melakukannya.

Mereka termasuk kumpulan senaman wanita Masjid Al-Khair yang kini mempu-nyai 40 anggota dan kumpulan senaman anjuran pakar fisiologi senaman, Cik Dee Dee Mahmood, yang mengadakan sesi se-naman di Kompleks Sukan Tampines.

Dua tahun lalu Geng Sihat SG telah di-tubuhkan di bawah Jawatankuasa Mende-kati Masyarakat dan dipimpin oleh pakar jantung daripada Hospital Raffles, Dr Abdul Razkjr Omar, dengan anggota utamanya, Dr Elly Sabrina Ismail.

MENERANGKAN apa yang dimaksudkan kesihatan holistik, Cik Elina Abdul Rashid yang menjalankan penyelidikan bagi ijazah Sarjana Pendidikan berjudul ‘Kesihatan Wani-ta Melayu Singapura: Satu kajian tentang moti-vasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat’, menggariskannya seperti berikut:

* Kesihatan fizikal: Tubuh kuat dan cergas, berat badan normal, pernafasan baik, penam-pilan cantik dan ceria, bebas penyakit.

* Kesihatan emosi dan mental: Perasaan se-ronok dan gembira, berfikiran positif, tenang, emosi stabil dan berkeyakinan tinggi.

* Kesihatan rohani: Menunjukkan tahap ke-imanan yang tinggi.

* Kesihatan perlakuan: Dapat mengelak-

kan diri daripada melakukan amalan negatif seperti merokok dan lain-lain.

Dalam kertas penyelidikannya, Cik Elina menghurai lebih lanjut:

“Bagi masyarakat Melayu, sihat bergan-tung pada beberapa ciri iaitu tiada gejala ke-uzuran, sihat dari segi keupayaan mendapat makanan, rehat dan tidur secukupnya, keupa-yaan bekerja dan menunaikan peranan sosial dalam masyarakat serta perilaku yang normal.

“Seseorang itu dianggap sihat apabila be-liau mempunyai hubungan baik dengan anggo-ta masyarakat. Faktor agama juga dinilai da-lam menentukan tahap kesihatan masyarakat Melayu. Ini kerana masyarakat yang beraga-ma Islam menekankan perlunya keupayaan ro-hani sebagai petunjuk kesihatan.”

Maksud kesihatan holistik

Tidak mustahil capai kesihatan

menyeluruh

Tiga kumpulan sihat wanita tekankan tiga unsur utama kesihatan

Kajian Wanita Melayu: Manfaat kesihatan holistik pendorong

amalan gaya hidup sihat

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

SIHAT EMOSI BAWA

KEBAHAGIAAN: Cik Hanisah Adam

bersama suami, Encik Muhammad

Ridzwan Abdul Latiff, dan dua anak

mereka berusia setahun dan empat tahun. – Foto ihsan

HANISAH ADAM

Memilih gaya hidup sihat seperti bersenam demi mencapai tahap kesihatan lebih baik kian menjadi amalan wanita Melayu setempat, terlihat pada kumpulan senaman yang mereka tubuhkan atau sertai. Namun, dapatan satu penyelidikan menunjukkan penceburan mereka itu lebih didorong oleh keinginan mereka mahu meraih kesihatan holistik,

termasuk kesihatan rohani, emosi dan mental, bukan setakat kesihatan fizikal. DEWANI ABBAS ([email protected]) menemu ramah guru yang menjalankan penyelidikan itu, penggiat senaman wanita Melayu yang terlibat dalam penyelidikan tersebut dan doktor keluarga yang aktif dalam aktiviti senaman.

SAMA-SAMA MENUJU GAYA

HIDUP SIHAT: Cik Haslinda Ali (depan,

tengah) dengan anggota kumpulan

FitFab dari zon Jurong West, Choa Chu Kang dan Toa

Payoh baru-baru ini. – Foto ihsan

HASLINDA ALI

DEMI KESIHATAN MENYELURUH: Cik

Kartini Abdul Rahman (kedua dari

kiri), ketua kumpulan

Kebayarobics, dengan anggota

kumpulannya semasa bersenam

jalan pantas di Henderson Waves

di Henderson Road. – Foto ihsan

KARTINI ABDUL RAHMAN

DR ELLY SABRINA: Pencapaian kesihatan holistik memerlukan kerjasama pelbagai pihak. – Foto fail

ISNIN, 24 OKTOBER 2016 (23 MUHARAM 1438) 16

BUAT KAJIAN: Cik Elina Abdul Rashid, guru Maktab Rendah Temasek, dengan kertas penyelidikan kritikalnya bertajuk ‘Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat’ untuk ijazah Sarjana Pendidikan beliau. Dapatannya menunjukkan wanita Melayu paling mengutamakan kesihatan rohani, mental dan emosi diikuti kesihatan fizikal. – Foto TUKIMAN WARJI

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

hoyy
Highlight