muka 4 usul hukuman lebih berat atas pengarah, pegawai ... · digital bh dibaru ditangkap...

2
‘Evolusi Muzika’ pelajar SIM jejak muzik Melayu sejak 1970-an – Muka 12

Upload: ngotuyen

Post on 08-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ENORMAN [email protected]

KERJA-KERJA peningkatan yang sedang di-jalankan ke atas sistem saliran di lapan daripa-da sembilan kawasan yang dilanda banjir kilat bulan lalu tidak menyebabkan banjir berlaku di sana, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Moham-ad.

Sebaliknya, banjir kilat itu disebabkan oleh hujan yang tu-run dengan amat lebat, dan “melebihi keupayaan longkang menampung air.

“Namun walau air banjir menjejas hanya bahagian terten-tu jalan raya dan surut dalam tempoh 15 dengan 60 minit, ka-mi akur bahawa ia menyulitkan pihak awam dan beberapa ken-deraan terkandas,” kata Encik Masagos di Parlimen semalam.

Encik Masagos berkata demikian semasa menjawab soalan berkenaan banjir kilat yang berlaku pada 8 Januari la-lu.

Menurutnya, agensi air nega-ra PUB telah memastikan ke-upayaan sistem saliran itu dapat menampung air kekal di tahap asal, sebelum kerja-kerja dimu-lakan, tambah beliau.

Sebanyak 114.8 milimeter air hujan – sekitar separuh air hujan bulanan di Singapura – dicatatkan dalam tempoh empat jam pada hari hujan amat lebat itu turun hing-ga menyebabkan kenderaan terkandas dan menjejas perniagaan.

Sembilan kawasan, antaranya di Tampines, Bedok dan Eunos, telah dinaiki air.

Menurut Encik Masagos, lapan daripada

sembilan kawasan itu berada di paras rendah dan lebih mudah dilanda banjir kilat.

Dua kawasan – Tampines Road (bertenta-ngan Jalan Teliti) dan Arumugam Road – juga pernah dilanda banjir kilat sebelum itu.

Menjawab soalan Berita Harian (BH) PUB berkata kerja-kerja peningkatan bagi mening-katkan pencegahan banjir di lapan kawasan itu – di Terusan Tampines (antara Upper Se-

rangoon dan Sungei Se-rangoon), Sungai Geylang dan Terusan Bedok, yang sebahagi-annya bermula sejak 2016 – di-jadual siap antara suku ketiga tahun ini dengan suku pertama tahun depan.

Mengulas sebab kawasan kesembilan, iaitu di Tampines Avenue 12, dilanda banjir, En-cik Masagos berkata jalan raya kecil sementara yang dibina di kawasan itu telah mengadang saliran di longkang di kawasan binaan bersebelahan dan mem-burukkan lagi banjir kilat itu.

Menurutnya, PUB telah be-kerjasama dengan pemaju ka-wasan itu untuk mempertingkat sistem saliran tersebut dan se-dang berusaha melaksanakan langkah jangka panjang membi-na sistem saliran tetap, yang dib-ina sejajar dengan projek pem-bangunan akan datang di tapak binaan bersebalahan.

Sejak 2012, PUB telah melengkapkan ker-ja-kerja peningkatan sistem saliran di 327 ka-wasan. Buat masa ini, kerja peningkatan seru-pa sedang dilakukan di 73 kawasan, dan dijang-ka dimulakan di lagi 22 kawasan tahun ini.

Pemerintah juga melaburkan $1.2 bilion ba-gi kerja peningkatan itu dan telah memperun-tuk lagi $500 juta bagi dua tiga tahun menda-tang.

JIWA seni biduanita Rahimah Ra-him (gambar) sudah dipupuk sejak kecil lagi dek sekitaran keluarga.

Bapanya, Allahyarham Rahim Hamid, yang terkenal dengan julu-kan ‘Nat King Cole Singapura’ meru-pakan penyanyi yang tidak asing la-gi.

Ibunya, Allahyarhamha Mariam Baharum, pula adalah seniwati ser-ba boleh yang menjayakan filem la-ma, Kipas Hikmat dan Aloha.

Namun, jika ditanya tentang du-nia nyanyian, Rahimah, 62 tahun, akan berkata:

“Saya bukanlah penyanyi yang hebat tetapi saya berusaha menjadi penghibur yang cemerlang.”

Kerana pengalaman lima dekad-nya cukup berharga, penyanyi jaz se-tempat Rani Singam, yang juga peng-gerak Persatuan Pemuzik Singapura atau The Musicians Guild of Singa-pore yang ditubuhkan dua tahun la-lu, ingin beliau berkongsi perjalanan seninya.

Rahimah yang popular dengan lagu Bebas serta Gadis Dan Bunga, adalah antara penceramah bagi Sidang Muzik Clapps, hujung ming-gu ini.

Clapps adalah singkatan bagi Composers, Lyricists, Arrangers, Producers and Performers.

Sidang dua hari di Maktab Seni Lasalle itu bermula Jumaat ini.

Ia dibuka bagi penggubah lagu, penulis lirik, penyusun lagu, pener-bit lagu dan penghibur yang bermi-nat memperkasa pengetahuan mere-ka tentang seni khususnya bidang ciptaan lagu.

Rahimah akan berkongsi pan-duan mempersiap diri bagi sesuatu persembahan, cara memanfaatkan ruang pentas sepenuhnya dan men-cetus minat penonton serta meng-hiburkan mereka dengan jaya.

Laporan lanjut di Muka 11.

EISMAIL [email protected]

PEMERINTAH akan meminta Parlimen supaya meminda undang-undang bagi me-mastikan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pengarah dan pegawai kanan syarikat yang melakukan kesalahan pecah amanah (CBT), kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shan-mugam, semalam.

Merujuk kepada kes Gereja City Harvest (CHC), beliau memberitahu Parlimen baha-wa sejak 40 tahun lalu, undang-undang men-jelaskan pengarah kanan syarikat yang melakukan kesalahan CBT tertakluk di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih berat.

Dalam kes serupa yang didengar antara 1974 dengan 1976 melibatkan seorang pe-ngarah syarikat, Tay Choo Wah, Mahkamah Tinggi ketika itu memutuskan bahawa pe-ngarah yang menyalahgunakan harta sya-rikat atau organisasi boleh didakwa di ba-wah kesalahan lebih serius mengikut Sek-syen 409 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Dalam kes CHC, pengasasnya, Kong Hee, dan lima individu lain yang didapati bersalah menyalahgunakan dana gereja se-hingga berjuta dolar, dikenakan hukuman penjara yang telah dikurangkan kepada anta-ra satu setengah dengan tiga setengah tahun.

“Pemerintah berpendirian bahawa huku-man (dalam kes CHC) terlalu ringan.

“Kami akan memastikan bahawa un-dang-undang memperuntukkan hukuman le-bih berat ke atas pengarah dan pegawai ka-nan lain yang melakukan kesalahan pecah amanah.

“Kami berharap dapat membuat pindaan tersebut bersama pindaan meluas lain kepa-da Kanun Keseksaan,” tegas beliau.

Mahkamah Rayuan, Khamis lalu, mengekalkan keputusan yang dibuat Mahka-mah Tinggi pada April tahun lalu bahawa Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membe-narkan hukuman lebih berat ke atas orang berkedudukan tertentu yang melakukan CBT, tidak boleh digunakan ke atas Kong Hee dan kelima-lima individu itu.

Encik Shanmugam memberitahu Parli-men bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu bertentangan dengan pendirian mahka-mah di Singapura sejak 40 tahun lalu.

Menurut beliau, terdapat sekurang-ku-rangya 16 keputusan mahkamah yang di-laporkan, dan banyak lagi yang tidak dilapor-kan, yang sejajar pendirian tersebut.

“Keputusan Mahkamah Rayuan itu ber-makna terdapat satu ‘lacuna’ atau jurang dalam undang-undang.

“Mengikut undang-undang hari ini, peker-ja biasa tertakluk di bawah Seksyen 408, yang memperuntukkan hukuman lebih be-rat atas kesalahan pecah amanah... Mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan pilihan denda.

“Undang-undang sekarang ini berpendiri-an bahawa pengarah syarikat atau pegawai utama pertubuhan amal tidak boleh lagi di-dakwa mengikut Seksyen 409, yang memba-wa hukuman penjara maksimum seumur hidup.

“Mereka hanya boleh didakwa di bawah Seksyen 406, yang membawa hukuman pen-jara sehingga tujuh tahun,” terang Encik Shanmugam.

Beliau menekankan bahawa Mahkamah Rayuan akur adanya jurang itu dalam mem-buat keputusannya, dengan menyatakan tidak ada “alasan dasar yang baik” (no good policy reason) untuk mengabaikan “rasa ber-salah yang tinggi” (heightened culpability) pengarah dan pegawai utama pertubuhan atau persatuan amal.

“Dasar pemerintah jelas. Jika anda se-orang pegawai kanan, pengarah dalam orga-nisasi, anda diberi kepercayaan lebih besar, anda mempunyai kuasa lebih besar mem-buat keputusan berhubung aset organisasi.

“Jika anda menyalahgunakan keperca-yaan itu, anda seharusnya lebih bertanggung-jawab dan boleh dikenakan hukuman lebih berat berbanding pekerja biasa.

“Ini sebenarnya masuk akal dan tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Encik Shanmugam, bagaimanapun, me-

nambah bahawa keputusan mahkamah ha-rus dihormati dan hakim tidak boleh dise-rang secara peribadi.

Beliau sedar ramai menyatakan rasa ti-dak puas hati dengan keputusan itu, dengan sesetengah warga Internet menganggap para hakim melepaskan orang kaya, atau sesete-ngah hakim mengenakan hukuman ringan kerana mereka penganut Kristian.

Encik Shanmugam menegaskan bahawa komen yang dibuat tidak harus “jatuh ke ta-hap menganiaya, menghina dan tidak meng-hormati”.

“Itu tidak betul. Hakim tidak boleh dise-rang secara peribadi... hanya kerana orang tidak bersetuju dengan keputusan mereka,” ujar beliau.

Mengemukakan soalan susulan, Encik Yee Chia Hsing (GRC Chua Chu Kang) ber-tanya sama ada pemerintah akan menim-bang menghukum benefisiari kes CBT, seper-ti Sun Ho, isteri Kong Hee, yang meraih man-faat daripada penyalahgunaan dana tersebut bagi memajukan kerjaya nyanyiannya.

Memberi respons, Encik Shanmugam ber-kata penerima yang menerima ganjaran tan-pa pengetahuan yang wajar tidak secara au-tomatik menjadi seorang penjenayah.

“Misalnya seseorang yang mengambil dana dan mendermakan kepada badan amal. Apakah ini bermakna penerima telah melakukan jenayah?

“Saya rasa kita perlu berhati-hati,” kata-nya.

Rahimah ‘diminta’ kongsi pengalaman

SOLAT Subuh 5.58 Syuruk 7.17 Zuhur 1.20 Asar 4.40 Maghrib 7.21 Isyak 8.33

Hujan amat lebatpunca lapan kawasan dilanda banjir kilat

Usul hukuman lebih berat atas pengarah, pegawai kanan pecah amanah

MCI (P) 027/09/2017 60 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

SMRT perkemas

aplikasi dalam

usaha baiki khidmat

– Muka 4

– Foto BH oleh M.O. SALLEH

“Pemerintah berpendirian bahawa hukuman (dalam kes CHC) terlalu ringan. Kami akan memastikan bahawa undang-undang memperuntukkan hukuman lebih berat ke atas pengarah dan pegawai kanan lain yang melakukan kesalahan pecah amanah. Kami berharap dapat membuat pindaan tersebut bersama pindaan meluas lain kepada Kanun Keseksaan.”

– Encik K. Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang. Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan mahkamah harus dihormati dan hakim tidak boleh diserang secara peribadi.

ENCIK MASAGOS: Kerja peningkatan bagi pencegahan banjir di lapan kawasan itu dijadual lengkap antara suku ketiga tahun ini dengan suku pertama tahun depan.

‘Evolusi Muzika’ pelajar SIM jejak muzik Melayu sejak 1970-an– Muka 12

SELASA, 6 FEBRUARI 2018 (20 RAMADILAWAL 1439)

LAPORAN PARLIMEN– MUKA 2 & 3

Shanmugam: Pemerintah berpendapat hukuman ke atas kes Gereja City Harvest terlalu ringan

Dana Masyarakat

lancar usahabantu badan amal lebih

kecil– Muka 16

CNB: Jumlah penagih dadah baru ditangkap

kekal tinggi– Muka 4

EHARYANI [email protected]

ANAK-ANAK muda ini tidak pernah merasakan era kegemilangan muzik disko pa-da tahun 1970-an atau tem-poh di mana lagu Melayu sa-duran mekar bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Lantaran itu, menjejak se-jarah muzik Melayu dan peredarannya dari zaman ke zaman pastinya memerlu-kan kajian terperinci di

samping kesediaan mengem-bara masa ke era nostalgia yang

dinikmati ibu bapa atau datuk nenek mereka.

Percubaan Persatuan Budaya dan Muslim, Institut Pengurusan Singapura (SIM) mengenalkan acara Evolusi Muzi-ka bagi menjejak sejarah muzik Melayu dan meninjau perkembangannya, wajar dipuji.

Acara yang julung-julung kalinya di-adakan di Pusat Seni Aliwal, Sabtu lalu, terbahagi kepada dua sesi persembahan.

Kededuanya berjalan lancar dengan gelak tawa penonton daripada pelbagai peringkat usia mengisi dewan persembah-an.

Ia merupakan langkah pertama bagi anak-anak yang lebih terdedah kepada muzik dan budaya pop Inggeris ini me-ninjau kembali identiti mereka sebagai anak Melayu dengan warisan tersendiri.

Meskipun ada banyak ruang untuk diperbaiki, acara yang dikendalikan de-ngan rakan kerjasama, Ampas Studios Barber Co., merupakan petanda lagu Me-layu dari zaman ke zaman masih mampu menarik minat generasi pelapis yang dambakan bahan hiburan bermutu.

Penglibatan bakat tempatan, Haikal Ali, Fairuz Adam, Aqmal N, Hydir Idris dan Favourite Playlist dalam menyokong acara siswa SIM itu juga wajar dipuji.

Mereka dapat memberi kesegaran dan faktor ‘selebriti’ pada acara ini di samping memberi galakan dan dorongan buat adik-adik yang ingin berjinak-jinak dalam bidang muzik.

Suara emas Aqmal mendendangkan lagu popular Datuk Jamal Abdillah, Kekasih Awal dan Akhir, kedengaran. Beliau turut mendendangkan lagu puitis Warkah Cinta Dunia.

Hydir pula menyanyikan lagu Sedetik Lebih yang dipopularkan oleh Anuar Zain disusuli dengan lagunya sendiri, Ma-rah Aku.

Dengan kehadiran bakat pelajar, Ba-zilah, Werewolf Weekdays, Among 4 dan Azra & Sofi, yang sesetengahnya sudah memiliki pengikut sendiri di media sosial, ia juga bukti lagu Melayu masih terus menjadi santapan halwa telinga be-lia setempat.

Beberapa belia ini memiliki potensi be-sar dengan gaya dan suara yang mampu dipasarkan ke pentas lebih besar.

Pemilihan pengacara, Muhamad Sha-kir Mohd Anuar dan Nur Dinie Fikriah Karim, yang saling mengusik dan memili-ki keserasian adalah tepat.

Mereka mampu berinteraksi dengan penonton dan artis undangan tanpa se-barang rasa canggung.

Harapan saya Evolusi Muzika yang menjadi cetusan ilham tiga sekawan, Mo-hamad Zahiruddin Amin, Muhamad Sha-kir dan Fitri Amalia Salim, dapat menjadi acara tahunan yang mendekatkan hadi-rin khususnya anak muda dengan identiti muzik Melayu dari zaman ke zaman.

Mungkin apa yang diperlukan adalah kajian lebih mendalam dan tepat tentang

genre muzik Melayu yang menjadi kegi-laan pada tempoh itu. Muzik Melayu leb-ih daripada setakat rok dan pop kerana ia juga mencakupi irama asli, disko, R&B dan hip hop.

Merujuk atau mendapatkan bimbin-gan daripada mentor yang pakar (misaln-ya artis veteran, bakat tempatan atau in-dividu, baik wartawan hiburan atau penu-lis blog muzik lama) juga perlu agar apa yang disampaikan dapat memperkasa pengetahuan penonton dan bukan set-akat hiburan semata-mata buat mereka.

Selain panel di luar dewan yang me-nyusuri jalan kenangan muzik Melayu, baik jika butiran bahan bersejarah ini tu-rut disisipkan dalam lagu yang disampai-kan bakat tempatan.

Jika bakat tempatan yang hadir tem-poh hari lebih banyak menyanyikan lagu-lagu terkini – 1990-an dan tahun 2000 hingga ke irama moden hari ini, saya ingin melihat pilihan lagu juga men-cakupi era 1970-an dan 1980-an.

Mungkin payah untuk memuatkan perkembangan menyeluruh selama em-pat dekad (dari 1970-an hingga kini) dalam tempoh dua jam (bagi setiap sesi persembahan).

Mungkin era berbeza – misalnya pop yeh yeh, disko, lagu saduran, rok ‘tangkap lentok’ dan lagu trendy masa ki-ni – dapat disusuri bagi Evolusi Muzika akan datang.

Sekali gus, acara sebegini meraikan kegemilangan muzik Melayu mahupun menyorot jerih payah anak seni dalam memajukan karya mereka. Jika dirakam videonya, dapat juga ia menjadi bahan arkib yang berguna buat rujukan genera-si akan datang.

Artis veteran yang terkenal pada masa itu boleh juga diundang bagi berkongsi pengalaman.

KEAKRABAN juara peraduan realiti As-tro Ria, Duo Star, Ernie Zakri dan Syamel, memang tidak mampu disangkal.

Keserasian antara kededuanya juga terja-lin dalam lagu duet mereka, Aku Cinta, yang bertanding di peringkat akhir Anuge-rah Juara Lagu (AJL) ke-32, Ahad ini.

Kini timbul pula berita bahawa pasa-ngan duet ini bukan setakat seiring sejalan dalam dunia nyanyian tetapi menjalin hubungan cinta yang serius.

Ernie yang nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 25 tahun, dan Syamel, yang nama sebernarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 24 tahun, dilaporkan akhbar Harian Metro, malah terbuka dalam me-ngaku mereka sebenarnya serius bercinta.

Sebelum ini, mereka sering memberi pel-bagai alasan dan berdolak-dalik tatkala di-

soal teman media mengenai status hubungan mereka.

Namun, hubungan cinta mere-ka dikatakan betul-betul berputik selepas Ernie putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Baik Ernie mahupun Syamel ki-ni sudah mula membahasakan diri masing-masing dengan panggilan sayang.

Malah menerusi ruangan gosip Cik Pang di Harian Metro, keluar-ga Ernie dikatakan pun sudah me-restui hubungan cinta si manis de-ngan Syamel.

Gandingan mereka pastinya menggembirakan peminat yang mengagumi bakat nyanyian kededuanya yang luar biasa.

Anak muda susuri jalan kenangan muzik Melayu

Benarkah ada cintaantara Syamel dan Ernie?

Suria2.00 JML TV Home Shopping3.00 Juxbox Ekspres4.00 Hati Perempuan5.00 Refleksi (PG)(HD)6.00 Khayalan (HD)6.30 Siapa Master? (HD)7.00 Jom Kahwin 8.00 Berita (Siaran

Langsung)(HD)8.30 Juara Mic Junior 9.30 En Bloc (PG)(HD)

10.30 The Streets (HD)11.00 Keluarga Karaoke 11.30 Berita (HD)12.00 Tamat Siaran

Hub Sensasi (StarHub)12.00 India - A Love Story1.00 Mermaid In Love2.00 Centini2.30 Apa Rasa?3.00 India - A Love Story4.00 Mermaid In Love5.00 Centini6.00 India - A Love Story7.00 Anak Langit8.00 Kontes Dangdut

Indonesia 20159.00 Mermaid In Love

10.00 Cinta 100kg11.00 India - A Love Story12.00 Kontes Dangdut Indonesia 20151.00 Dendam Aurora2.00 Anak Langit3.00 Telefilem: Cinta Paling

Agung5.00 India Love Story6.00 Anak Langit7.00 Meja Bulat Sepahtu8.00 Pengantinku Jatuh Dari

Langit9.00 Dendam Aurora

10.00 Unplugged10.30 Curi-Curi Cuti11.00 ABC Hour

Channel 56.00 The Ellen DeGeneres

Show (HD)7.00 First Look Asia (HD)9.00 The Dr Oz Show

10.00 Celebrity Name Game (PG)(HD)10.30 JML TV Home Shopping11.00 The Ellen DeGeneres Show12.00 Anthony Bourdain12.45 Just For Laughs Gags (HD)1.00 Wheel Of Fortune1.30 Tanglin (PG)(HD)2.00 Achar/Euromaxx3.00 The Dr Oz Show 4.00 Mr Kiasu4.30 Hack My Life (HD)5.00 Strangers In Danger 5.30 The Ellen DeGeneres

Show6.30 Celebrity Name Game

(PG)(HD)7.00 Wheel Of Fortune 7.30 Car Crash TV8.00 Meat And Greed 8.30 Tanglin (PG)(HD)9.00 Berita 5 (HD)9.30 RenovAID (HD)

10.00 Zoo (PG13)(HD)11.00 The Flash (PG)(HD)12.00 Tanglin (PG)(HD)12.30 Hawaii Five-O 1.20 The Ellen DeGeneres

Show (HD)2.10 Triple Nine3.10 Anthony Bourdain3.50 Celebrity Name Game

(PG)(HD)4.15 Strangers In Danger 4.40 Chuck’s Week Off

Mexico (PG)(HD)5.10 The Dr Oz Show

Channel 86.00 Celeb’s Curated

Collections7.00 Meat And Greed7.30 Hello Singapore

Highlights (HD)8.00 118 Reunion9.00 Morning Express9.30 Life Less Ordinary

10.00 Of Rites & Rituals10.30 Night Market Life a.k.a. Life (PG)12.30 Paris & Milan1.00 Berita Mandarin 1.30 Peace & Prosperity2.00 Four Little Scholars2.30 Young Sherlock 3.30 Prosperity4.30 A Place Called Home

(PG)5.30 Good Luck!6.30 Hello Singapore 7.30 Life Less Ordinary8.00 Thrift Hunter8.30 Tuesday Report9.00 118 Reunion

10.00 Berita Mandarin/Stay Healthy Stay Happy 2017 (HD)11.00 The Legend Of Miyue (PG)(HD)12.00 The Shaolin Warriors1.00 Hearts & Hugs (HD)2.00 Enchanted Eyes4.00 A Place Called Home

(PG)

okto9.00 Babar And The

Adventure Of Badou (HD)9.30 Counting With Paula

(HD)10.00 Guess How Much I Love You (HD)

10.30 Peppa Pig11.00 Rob The Robot 11.30 Strawberry Shortcake (HD)12.00 Super Rover & Friends (HD)12.30 Counting With Paula (HD)1.00 Peppa Pig1.30 Babar And The

Adventure Of Badou (HD)2.00 Guess How Much I Love

You (HD)2.30 Rob The Robot 3.00 Counting With Paula

(HD)3.30 Strawberry Shortcake

(HD)4.00 Miles From

Tomorrowland (HD)4.30 Martha Speaks 5.00 Get Ace (HD)5.30 Odd Squad (HD)6.00 Littlest Pet Shop6.30 okto Cup 2017 (HD)6.40 Get Social (HD)7.05 Lolirock (HD)7.30 Teenage Mutant Ninja

Turtles (HD)8.00 Mighty Med (HD)8.30 Whoopie’s World

(PG)(HD)9.00 Italian Serie A (HD)

11.00 American Ninja Warrior (PG)(HD)12.00 Tamat Siaran

Astro Ria (Singtel TV)6.00 Musafir6.30 Selebriti Bizz7.00 Kojo7.30 Phua Chu Kang8.00 Senyuman Kraft Single8.30 Sihat Segar Seri9.00 eBu: Babypedia9.30 Lara Oh Lara!

10.00 Kerjakan Dia10.30 Sesat11.00 Lafazkan Kalimah Cintamu12.00 (L) P.M Live1.00 Hlive! 20181.30 CCTV 20172.00 Jalan3.00 Dia Pasti Datang4.30 Makan Angin5.00 [email protected] Jalan Jalan Selebriti6.00 Lafazkan Kalimah

Cintamu7.00 P.M Live8.00 Phua Chu Kang8.30 (L) Hlive! 20189.00 (L) MeleTOP

10.00 Lafazkan Kalimah Cintamu10.55 Hi Mommy Jihan!11.00 Ready, Set, Action!11.30 Episode Number 5012.00 P.M Live1.00 Hlive! 20181.30 Phua Chu Kang2.00 Aura3.00 Chef Surprise3.30 Huru Hara Huges4.00 Jagat Bali4.30 5 Elemen5.00 The Designers5.30 Pesona

Astro Prima (Singtel TV)6.00 Dilema Wanita7.00 Seruan Pulau Nami8.00 IPS8.30 Cantik9.00 Kembara Selera Chef

Wan9.30 Rasa Halal

Antarabangsa10.00 Mengejar Pelangi11.00 Tiara: Syurga Yang Kedua12.00 1001 Nights1.00 Debat Lebat1.30 Meremang: Lagenda

Hantu2.00 Alien Planet Cinta4.00 Malam Minggu Miko4.30 Catatan Chef Arnold5.00 Ransel Rudy5.30 Weekend Yuk!6.00 Tiara: Syurga Yang

Kedua7.00 1001 Nights8.00 Apa Rasa?8.30 Debat Lebat9.00 Budin Poyo

11.00 Paranormal11.30 Joni Togo12.00 Tiara: Syurga Yang Kedua1.00 1001 Nights2.00 Apa Dosaku3.00 Lenggang Lenggok

Jakarta3.30 Kelana Nusantara4.00 Interpretasi Rabak4.30 The Designers5.00 B’gaul5.30 Sisi Unik

Vasantham3.00 Azhagiya Snehithi3.30 Rusiyai Rusi!4.00 Kudumbam United4.30 Priyasakhi5.30 Kaanbom Karpom6.00 Raama Seetha7.00 Anjaraipetti7.30 Mella Thiranthathu

Kathavu8.00 Super Samayal (HD)8.30 Berita Tamil9.00 Azhagiya Theevey (HD)

10.00 Vettai (PG13)(HD)10.30 Yaathumaagi (HD)11.00 Annamalai (HD)11.30 Berita Tamil12.00 Tamat Siaran

ERA SINGKAP FESYEN DULU: Pengacara Evolusi Muzika yang selamba, Nur Dinie Fikriah Karim (kiri) dan Muhamad Shakir Mohd Anuar (kanan), membawa penonton meninjau fesyen ‘hippie’ dan rok pada tahun 1970-an dan 1980-an yang digayakan dua siswa, Noor Syafiqah Jamal (dua dari kiri) dan Muhammad Durrani Mohd Azman. – Foto-foto BH oleh HARYANI ISMAIL

PATAH TUMBUH

HILANG

BERGANTI: Ernie

Zakri dikatakan

menjalin hubungan

cinta dengan

Syamel selepas

putus cinta dengan

bekas kekasihnya.

– Foto ASTRO

Discover Greener PasturesCall 6289 8822 or

e-mail [email protected] to placeyour Change of Address Notices

NOTICES

SOKONGAN BAKAT TEMPATAN: Aqmal N yang mendendangkan dua lagu, Kekasih Awal dan Akhir serta Warkah Cinta Dunia, mewarnai persembahan berunsur nostalgia, Evolusi Muzika anjuran Persatuan Budaya dan Muslim, Institut Pengurusan Singapura (SIM).

JADUAL TV

12 Berita Harian | Selasa, 6 Februari 2018

Gah!