[first - 8] bh/dalam_negeri/pages ... 19/10/16

1
PENYAKIT kronik yang dialaminya terus membe- lenggu, tetapi beliau sering tidak hadir bagi menjalani pemeriksaan doktor seperti yang dijadualkan. Cik Ramlah Abbas, 76 tahun, mengakui beliau khuatir akan keselamatannya jika beliau berjalan sendirian ke hospital atau poliklinik. TAKUT “Takut juga berjalan sendiri kerana saya tak kuat sangat. “Kalau jatuh nanti susah,” kata suri rumah yang menjaga dua cicitnya berusia tujuh tahun dan sembi- lan tahun. Disebabkan kekhuatirannya itu, penyakit yang dialaminya seperti kencing manis, tekanan darah ting- gi dan penyakit jantung tidak dapat diuruskan dengan baik. Namun, kini Cik Ramlah tidak lagi perlu menanggu- hkan lagi pemeriksaan kesihatannya. Setelah kes Cik Ramlah dinilai oleh pasukan Perkhidmatan Penjagaan Diri AWWA, beliau kini disediakan seorang pengiring perubatan untuk mengu- ruskan masalah kesihatannya. Antara lain, pengiring tersebut akan menemaninya ke hospital atau poliklinik untuk menjalani pemerik- saan serta memantau tekanan darahnya dan tahap glu- kosnya setiap minggu. Ditadbirkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dengan sokongan dan dana daripada Temasek Foundation Cares, program ‘Care Close to Home’ itu merupakan program perintis penjagaan kesihatan yang berasaskan masyarakat yang membantu warga tua menjaga diri mereka dan juga menyediakan perkhidmatan sosial bagi mereka menjalani pemerik- saan dalam usia lanjut di rumah. Di bawah program itu, pasukan penjaga yang terdi- ri daripada pekerja sosial dan pembantu penjagaan kesihatan daripada Pusat Kegiatan Warga Tua AWWA dan Pusat Kegiatan Warga Tua Kreta Ayer akan menyediakan khidmat jagaan peribadi harian ba- gi warga tua yang memerlukan perlindungan yang me- netap di flat sewa satu atau dua bilik di kawasan Ang Mo Kio dan Kreta Ayer. Ini termasuk penjagaan fizikal dan kognitif, sosial dan peribadi. Program tersebut bertujuan memberi manfaat ke- pada 1,020 warga tua dalam tempoh tiga tahun. Cik Ramlah berkata bahawa beliau bersyukur be- liau kini mempunyai teman yang akan membantunya menjalani pemeriksaan kesihatan. “Kalau saya seorang diri, saya tak tahu baca dan tidak tahu ke mana saya harus pergi... agak keliru ju- galah,” katanya. Selain itu, Cik Ramlah serta dua cicitnya itu turut aktif dalam kegiatan yang dianjurkan Pusat Kegiatan Warga Tua AWWA yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Menurut Cik Ramlah, beliau berasa lebih senang dan tidak begitu tertekan lagi berikutan bantuan yang dihulurkan pasukan tersebut. Kini, setiap hari selepas menghantar dua cicitnya itu untuk menaiki kenderaan ke sekolah, Cik Ramlah akan mengunjungi pusat tersebut untuk meluangkan masa bersama warga tua lain dan juga pekerja sosial di sana sehinggalah tiba masa cucunya pulang. KINI TENANG “Saya suka luangkan masa di pusat kegiatan itu. Rasanya macam tenang sebab saya dapat jumpa te- man dan berbual-bual sikit. “Cicit-cicit saya juga dapat sama-sama berseronok dengan kegiatan di sini juga. Kadang kala kalau satu hari tidak ke pusat itu, memang ‘tak sah’,” katanya sambil ketawa. LAPAN dalam 10 warga Singapura bim- bang tentang isu menua, menurut dapatan se- buah kaji selidik yang dikeluarkan semalam. Kebimbangan paling utama mereka ialah apakah mereka boleh menjaga diri sendiri apabila tua. Kedua ialah kebimbangan kewangan, ia- itu kebimbangan kehabisan simpanan. Hampir 1,000 warga Singapura berusia 30 hingga 75 tahun ditemuramah bagi kaji se- lidik itu yang ditugaskan oleh korperasi insu- rans NTUC Income dan pertubuhan derma- wan Yayasan Lien. Kaji selidik itu juga mendapati hampir lapan dalam 10 warga Singapura lebih suka tua di rumah sendiri, selaras dengan usaha pemerintah menggalak rakyat Singapura “tua di tempat sendiri”, atau menghabiskan umur senja di rumah sendiri. Kira-kira separuh daripada responden bersedia tinggal di rumah penjagaan, tetapi hanya dua dalam lima sanggup menghantar orang yang disayangi ke situ. Kaji selidik itu mendapati dalam kala- ngan mereka yang bersedia tinggal di rumah orang tua, sembilan dalam 10 lebih suka bi- lik katil bujang atau dua orang, yang pada masa ini tidak layak mendapat subsidi peme- rintah. Responden juga mendedahkan bahawa mereka menjangkakan mutu pengalaman, harga yang berpatutan serta akses yang mudah kepada khidmat penjagaan warga tua. Profesional penjagaan kesihatan yang ter- latih merupakan kriteria terpenting yang di- senaraikan oleh kesemua responsden bagi khidmat penjagaan di rumah. Manakala kebersihan serta penyengga- raan pusat penjagaan rumah warga tua juga diketengahkan sebagai isu yang penting. Daripada segi kewangan, empat dalam li- ma responden yang berusia 60 tahun ke ba- wah didapati bersedia membiayai kos penja- gaan kesihatan mereka untuk masa akan da- tang. Namun bagi warga lebih tua, hampir satu dalam tiga bergantung kepada subsidi peme- rintah atau kepada sokongan daripada anak- anak atau pasangan mereka. Sempena pengumuman dapatan kaji seli- dik tersebut, NTUC Income juga telah melan- carkan pelan insurans baru, Silver Secure, yang meliputi penyakit tua seperti penyakit Parkinson, demensia dan penyakit Alzhei- mer. Pelan baru itu memberi perlindungan hingga umur 100 tahun. Siver Secure akan dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 2016. APABILA beliau melihat warga tua di bawah jagaannya mampu berdikari dan melakukan sendiri tugas harian mereka, perasaan gembiranya tidak terkira. Ini merupakan antara dorongan bagi Cik Siti Zubaidah Yusoff, 31 tahun, me- neruskan tugasnya sebagai ahli terapi pe- kerjaan di Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan (AMKTHKH) yang memberi tum- puan kepada penjagaan rehabilitatif atau pemulihan penyakit. Cik Siti Zubaidah berkata bahawa tugas- nya tidak pernah membosankan. “Tugas saya berbeza setiap hari. Ada kala saya membantu pesakit angin ahmar bergerak seperti biasa dan pada masa yang lain pula mungkin saya keluar bersama pe- sakit untuk membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan di luar,” katanya. Antara lain, beliau juga melatih dan membiasakan pesakitnya melakukan kerja rumah harian seperti membasuh dan meng- gantung baju serta melatih mereka meng- gunakan kerusi roda. KUNJUNG PESAKIT Beliau juga membuat kunjungan ke ru- mah pesakit yang telah keluar dari hospital untuk memantau keadaan mereka. Cik Siti Zubaidah menekankan penting- nya meningkatkan mutu penjagaan warga tua di Singapura, terutama dengan jumlah warga tua yang semakin meningkat. “Singapura mempunyai penduduk yang semakin tua dan mereka mempunyai banyak keperluan. Justeru, kita harus cuba memikirkan tentang cara kreatif menawar- kan khidmat kepada warga tua yang boleh memanfaatkan mereka,” katanya. Baru-baru ini Cik Siti Zubaidah telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Terapi Pekerjaan Lanjutan di Universiti La Trobe di Melbourne, Aus- tralia, dengan biasiswa yang dianugerah- kan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dengan sokongan AMKTHKH. MENYOKONG KEPERLUAN MASYARAKAT KIAN MENUA Beliau kini memimpin Jabatan Terapi Pekerjaan di AMTHKH dan ingin menum- pukan usahanya kepada membangunkan perkhidmatan baru yang menyokong ke- perluan masyarakat Singapura yang se- makin menua. “Perkhidmatan bagi warga tua seharus- nya berubah mengikut peredaran masa ke- rana masyarakat juga akan terus berubah. “Pada masa akan datang kita mungkin berhadapan dengan warga tua yang tahu menggunakan teknologi. Maka itu, per- khidmatan terapi juga seharusnya disesuai- kan. Kita mesti tahu memadankan keperlu- an dan juga khidmat,” kata Cik Siti Zubai- dah. Menurut beliau lagi Singapura memerlu- kan lebih ramai ahli terapi pekerjaan ber- dasarkan keperluan masyarakatnya yang semakin menua. Soal jagaan, kewangan jadi keprihatinan Ahli terapi gembira lihat warga tua mampu berdikari Tidak bimbang lagi ke hospital sejak ada pengiring BANTU WARGA TUA: Cik Siti Zubaidah (kiri) turut melatih warga tua di bawah jagaannya di Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan buat kerja rumah seperti membasuh, gantung baju dan guna kerusi roda. ISU PENJAGAAN WARGA TUA Dapatkan maklumat tentang penjagaan jangka panjang warga tua, subsidi-subsidi yang disediakan, serta sumber sosial di: Laman web Singapore Silver Pages yang ditubuhkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) www.silverpages.sg Hubungi: Singapore Silver Line 1800-650-6060 TIDAK PERLU LAGI TANGGUH PEMERIKSAAN KESIHATAN: Sebelum ini Cik Ramlah, 76 tahun, kurang yakin untuk ke hospital sendirian kerana takut jatuh, tetapi kini beliau disediakan pengiring untuk menemaninya. – Foto-foto JOHARI RAHMAT BANTUAN BAGI WARGA TUA SERTA PENJAGA Ramai warga tua akui lebih rela menghabiskan umur senja mereka di rumah dengan dikelilingi keluarga atau teman. Namun, keupayaan mereka untuk menjaga diri sendiri serta isu kewangan merupakan antara kebimbangan yang diketengahkan. Program Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) serta program yang diadakan dengan kerjasamabadan lain seperti Temasek Foundation Cares telah diadakan untuk cuba memenuhi keperluan ini. SITI AISYAH NORDIN ([email protected]) melaporkan. 8 Berita Harian | Rabu, 19 Oktober 2016 Wacana PANDANGAN

Upload: lamhanh

Post on 12-Jan-2017

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [first - 8] bh/dalam_negeri/pages ... 19/10/16

PENYAKIT kronik yang dialaminya terus membe-lenggu, tetapi beliau sering tidak hadir bagi menjalani pemeriksaan doktor seperti yang dijadualkan.

Cik Ramlah Abbas, 76 tahun, mengakui beliau khuatir akan keselamatannya jika beliau berjalan sendirian ke hospital atau poliklinik.

TAKUT“Takut juga berjalan sendiri kerana saya tak kuat

sangat. “Kalau jatuh nanti susah,” kata suri rumah yang

menjaga dua cicitnya berusia tujuh tahun dan sembi-lan tahun.

Disebabkan kekhuatirannya itu, penyakit yang dialaminya seperti kencing manis, tekanan darah ting-gi dan penyakit jantung tidak dapat diuruskan dengan baik.

Namun, kini Cik Ramlah tidak lagi perlu menanggu-hkan lagi pemeriksaan kesihatannya.

Setelah kes Cik Ramlah dinilai oleh pasukan Perkhidmatan Penjagaan Diri AWWA, beliau kini disediakan seorang pengiring perubatan untuk mengu-ruskan masalah kesihatannya.

Antara lain, pengiring tersebut akan menemaninya ke hospital atau poliklinik untuk menjalani pemerik-saan serta memantau tekanan darahnya dan tahap glu-kosnya setiap minggu.

Ditadbirkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dengan sokongan dan dana daripada Temasek Foundation Cares, program ‘Care Close to Home’ itu merupakan program perintis penjagaan kesihatan yang berasaskan masyarakat yang membantu warga tua menjaga diri mereka dan juga menyediakan perkhidmatan sosial bagi mereka menjalani pemerik-saan dalam usia lanjut di rumah.

Di bawah program itu, pasukan penjaga yang terdi-ri daripada pekerja sosial dan pembantu penjagaan kesihatan daripada Pusat Kegiatan Warga Tua AWWA dan Pusat Kegiatan Warga Tua Kreta Ayer akan menyediakan khidmat jagaan peribadi harian ba-gi warga tua yang memerlukan perlindungan yang me-netap di flat sewa satu atau dua bilik di kawasan Ang Mo Kio dan Kreta Ayer.

Ini termasuk penjagaan fizikal dan kognitif, sosial dan peribadi.

Program tersebut bertujuan memberi manfaat ke-pada 1,020 warga tua dalam tempoh tiga tahun.

Cik Ramlah berkata bahawa beliau bersyukur be-liau kini mempunyai teman yang akan membantunya menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kalau saya seorang diri, saya tak tahu baca dan tidak tahu ke mana saya harus pergi... agak keliru ju-galah,” katanya.

Selain itu, Cik Ramlah serta dua cicitnya itu turut aktif dalam kegiatan yang dianjurkan Pusat Kegiatan Warga Tua AWWA yang terletak berdekatan dengan rumahnya.

Menurut Cik Ramlah, beliau berasa lebih senang dan tidak begitu tertekan lagi berikutan bantuan yang dihulurkan pasukan tersebut.

Kini, setiap hari selepas menghantar dua cicitnya itu untuk menaiki kenderaan ke sekolah, Cik Ramlah akan mengunjungi pusat tersebut untuk meluangkan masa bersama warga tua lain dan juga pekerja sosial di sana sehinggalah tiba masa cucunya pulang.

KINI TENANG“Saya suka luangkan masa di pusat kegiatan itu.

Rasanya macam tenang sebab saya dapat jumpa te-man dan berbual-bual sikit.

“Cicit-cicit saya juga dapat sama-sama berseronok dengan kegiatan di sini juga. Kadang kala kalau satu hari tidak ke pusat itu, memang ‘tak sah’,” katanya sambil ketawa.

LAPAN dalam 10 warga Singapura bim-bang tentang isu menua, menurut dapatan se-buah kaji selidik yang dikeluarkan semalam.

Kebimbangan paling utama mereka ialah apakah mereka boleh menjaga diri sendiri apabila tua.

Kedua ialah kebimbangan kewangan, ia-itu kebimbangan kehabisan simpanan.

Hampir 1,000 warga Singapura berusia 30 hingga 75 tahun ditemuramah bagi kaji se-lidik itu yang ditugaskan oleh korperasi insu-rans NTUC Income dan pertubuhan derma-

wan Yayasan Lien.Kaji selidik itu juga mendapati hampir

lapan dalam 10 warga Singapura lebih suka tua di rumah sendiri, selaras dengan usaha pemerintah menggalak rakyat Singapura “tua di tempat sendiri”, atau menghabiskan umur senja di rumah sendiri.

Kira-kira separuh daripada responden bersedia tinggal di rumah penjagaan, tetapi hanya dua dalam lima sanggup menghantar orang yang disayangi ke situ.

Kaji selidik itu mendapati dalam kala-

ngan mereka yang bersedia tinggal di rumah orang tua, sembilan dalam 10 lebih suka bi-lik katil bujang atau dua orang, yang pada masa ini tidak layak mendapat subsidi peme-rintah.

Responden juga mendedahkan bahawa mereka menjangkakan mutu pengalaman, harga yang berpatutan serta akses yang mudah kepada khidmat penjagaan warga tua.

Profesional penjagaan kesihatan yang ter-latih merupakan kriteria terpenting yang di-

senaraikan oleh kesemua responsden bagi khidmat penjagaan di rumah.

Manakala kebersihan serta penyengga-raan pusat penjagaan rumah warga tua juga diketengahkan sebagai isu yang penting.

Daripada segi kewangan, empat dalam li-ma responden yang berusia 60 tahun ke ba-wah didapati bersedia membiayai kos penja-gaan kesihatan mereka untuk masa akan da-tang.

Namun bagi warga lebih tua, hampir satu dalam tiga bergantung kepada subsidi peme-

rintah atau kepada sokongan daripada anak-anak atau pasangan mereka.

Sempena pengumuman dapatan kaji seli-dik tersebut, NTUC Income juga telah melan-carkan pelan insurans baru, Silver Secure, yang meliputi penyakit tua seperti penyakit Parkinson, demensia dan penyakit Alzhei-mer.

Pelan baru itu memberi perlindungan hingga umur 100 tahun.

Siver Secure akan dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 2016.

APABILA beliau melihat warga tua di bawah jagaannya mampu berdikari dan melakukan sendiri tugas harian mereka, perasaan gembiranya tidak terkira.

Ini merupakan antara dorongan bagi Cik Siti Zubaidah Yusoff, 31 tahun, me-neruskan tugasnya sebagai ahli terapi pe-kerjaan di Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan (AMKTHKH) yang memberi tum-puan kepada penjagaan rehabilitatif atau pemulihan penyakit.

Cik Siti Zubaidah berkata bahawa tugas-nya tidak pernah membosankan.

“Tugas saya berbeza setiap hari. Ada kala saya membantu pesakit angin ahmar bergerak seperti biasa dan pada masa yang lain pula mungkin saya keluar bersama pe-sakit untuk membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan di luar,” katanya.

Antara lain, beliau juga melatih dan membiasakan pesakitnya melakukan kerja rumah harian seperti membasuh dan meng-gantung baju serta melatih mereka meng-gunakan kerusi roda.

KUNJUNG PESAKITBeliau juga membuat kunjungan ke ru-

mah pesakit yang telah keluar dari hospital untuk memantau keadaan mereka.

Cik Siti Zubaidah menekankan penting-nya meningkatkan mutu penjagaan warga tua di Singapura, terutama dengan jumlah warga tua yang semakin meningkat.

“Singapura mempunyai penduduk yang semakin tua dan mereka mempunyai banyak keperluan. Justeru, kita harus cuba memikirkan tentang cara kreatif menawar-kan khidmat kepada warga tua yang boleh memanfaatkan mereka,” katanya.

Baru-baru ini Cik Siti Zubaidah telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana

dalam bidang Terapi Pekerjaan Lanjutan di Universiti La Trobe di Melbourne, Aus-tralia, dengan biasiswa yang dianugerah-kan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dengan sokongan AMKTHKH.

MENYOKONG KEPERLUANMASYARAKAT KIAN MENUABeliau kini memimpin Jabatan Terapi

Pekerjaan di AMTHKH dan ingin menum-pukan usahanya kepada membangunkan perkhidmatan baru yang menyokong ke-perluan masyarakat Singapura yang se-makin menua.

“Perkhidmatan bagi warga tua seharus-nya berubah mengikut peredaran masa ke-rana masyarakat juga akan terus berubah.

“Pada masa akan datang kita mungkin berhadapan dengan warga tua yang tahu menggunakan teknologi. Maka itu, per-khidmatan terapi juga seharusnya disesuai-kan. Kita mesti tahu memadankan keperlu-an dan juga khidmat,” kata Cik Siti Zubai-dah.

Menurut beliau lagi Singapura memerlu-kan lebih ramai ahli terapi pekerjaan ber-dasarkan keperluan masyarakatnya yang semakin menua.

Soal jagaan, kewangan jadi keprihatinan

Ahli terapi

gembira lihat

warga tuamampu berdikari

Tidak bimbang lagi ke hospital sejak ada pengiring

BANTU WARGA TUA: Cik Siti Zubaidah (kiri) turut melatih warga tua di bawah jagaannya di Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan buat kerja rumah seperti membasuh, gantung baju dan guna kerusi roda.

ISU PENJAGAAN WARGA TUA

Dapatkan maklumat tentang penjagaan jangka panjang warga tua, subsidi-subsidi yang disediakan, serta sumber sosial di: Laman web Singapore Silver Pages yang ditubuhkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) www.silverpages.sg

Hubungi: Singapore Silver Line 1800-650-6060TIDAK PERLU LAGI TANGGUH PEMERIKSAAN KESIHATAN: Sebelum ini Cik Ramlah, 76 tahun, kurang yakin untuk ke hospital

sendirian kerana takut jatuh, tetapi kini beliau disediakan pengiring untuk menemaninya. – Foto-foto JOHARI RAHMAT

BANTUAN BAGI WARGA TUA SERTA PENJAGA

Ramai warga tua akui lebih rela menghabiskan umur senja mereka di rumah dengan dikelilingi keluarga atau teman. Namun, keupayaan mereka untuk menjaga diri sendiri serta isu kewangan merupakan antara kebimbangan yang diketengahkan. Program Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) serta program yang diadakan dengan kerjasamabadan lain seperti Temasek Foundation Cares

telah diadakan untuk cuba memenuhi keperluan ini. SITI AISYAH NORDIN ([email protected]) melaporkan.

8 Berita Harian | Rabu, 19 Oktober 2016

Wacana PANDANGAN