beza ipt dengan sekolah

Upload: shuhada

Post on 10-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BEZA IPT DENGAN SEKOLAH

TRANSCRIPT

Tanggal 22 Jun 2015 mencatat sejarah baru dalam catatan hidupku Pada tarikh inilah aku mula-mula menjejakkan kaki ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM), Melaka. Bermula pada saat ini, satu fasa baru dalam kehidupanku akan bermula. Satu alam baru akanku tempuhi. Alam pengajian tinggi... Alam pengajian tinggi ni ada beza ke dengan alam persekolahan?. Mesti ada yang tertanya-tanya tentang hal ini, kan? Sudah semestinya alam pengajian tinggi berbeza dengan alam persekolahan. Di bawah ini saya senaraikan beberapa perbezaan antara pusat pengajian tinggi dengan sekolah.

SEKOLAHASPEKPUSAT PENGAJIAN TINGGI

Diuruskan oleh ibu bapa atau pihak asramaMAKAN PAKAI Perlu urus sendiri

Daripada ibu bapa kerana tinggal di rumahPERHATIAN DAN SOKONGAN Tiada tempat mengadu Perlu hadapi masalah mereka sendiri

Dipantau oleh ibu bapa dan guruPEMANTAUAN Bebas melakukan apa-apa sahaja

Diberi perhatian khususPELAJAR BERMASALAH Tiada keistimewaan atau perhatian khusus diberikan

Jika prestasi menurun, guru akan memberikan khidmat nasihatPRESTASI PEMBELAJARAN Tiada perhatian khusus diberikan Pelajar perlu berusaha sendiri (berjumpa kaunselor, bertemu pensyarah, berbincang dengan rakan)

Dididik oleh guruKAEDAH PEMBELAJARAN Diberikan lecture oleh pensyarah (perlu bijak ambil nota dan sentiasa bertanya)

Guru sangat mesra, penyayang dan bersedia membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR Sebahagian pensyarah sukar didekati kerana agak sibuk dengan urusan lain.

Guru membimbing secara terperinciBIMBINGAN Pensyarah membimbing pelajar secara umum

Dalam Bahasa Melayu dan InggerisBAHASA Kebanyakannya dalam bahasa Inggeris

Persekitaran tertutup dan terkawalKAWALAN Persekitaran terbuka dengan seluas-luasnya dan bebas

Kurang terdedahPENDEDAHAN KEPADA UNSUR NEGATIF Terdedah dengan pelbagai unsur negatif

Sudah terbiasa dengan suasana sekolah dan persekitarannyaKEJUTAN SUASANA BARU Persekitaran yang berbeza dan berlainan

Mudah difahamiTARAF PENGGUNAAN BAHASA Lebih tinggi dan rumit

Lebih mudahSUBJEK Lebih sukar, kompleks, lebih banyak dan menyeluruh

Nota daripada guruPENYEDIAAN NOTA Perlu menyediakan nota sendiri Jangan harapkan nota bulat-bulat daripada pensyarah

Tidak memerlukan bahan rujukan yang banyakBAHAN RUJUKAN

Bahan rujukan yang bertimbun-timbun setiap subjek

Bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di dalam kelasBAHAN RUJUKAN TAMBAHAN Bergantung kepada perbincangan di dalam dewan kuliah semata-mata

Perlu menyalin sahaja kerana nota disediakanCATITAN NOTA Pensyarah hanya memberikan syarahan Perlu mencari nota sendiri