‘hijrah’ - zharifaira.files.wordpress.com · fu edisi • september 2016 • 3 c epat sungguh...

20
Membentuk Fikrah Ummah SEPTEMBER 2016 • ZULHIJJAH 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita yang masih seperti dahulu. Saban tahun perkara sama berlaku selagi diri tidak beristiqamah dalam membuat perubahan. Hijrah bermaksud meninggalkan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Semasa berlaku penghijrahan Baginda SAW bersama sahabat dan kaum Muhajirin ke Madinah, terdapat seorang lelaki berhijrah kerana perempuan bernama Ummu Qais...........>3 ‘Hijrah’ ikut-ikutan Hijrah Dan Realiti Pemuda Alaf Ini Setiap detik, setiap pusingan waktu dan masa - akan sentiasa berlakunya pergerakan dan perubahan. Siang akan disusuli malam. Satu hari bertambah menjadi seminggu. Dari satu minggu akan terus bergerak menjadi satu bulan dan seterusnya. >5 MAIS Terima Kunjungan MAIWP SHAH ALAM 8 September - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seramai 16 orang ahli rombongan. >10 FGV Tunai Zakat Perniagaan RM293 Ribu SHAH ALAM, 26 Ogos 2016 – Felda Global Venture Holdings Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor). >13 Lawatan dari JKSN Johor ke JAKESS 19 Ogos 2016- Lawatan kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor ( JAKESS) telah diadakan. >11 Gambar hiasan

Upload: dohanh

Post on 17-Sep-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Membentuk Fikrah Ummah

SEPTEMBER 2016 • ZULHIJJAH 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita yang masih seperti dahulu. Saban tahun perkara sama berlaku selagi diri tidak beristiqamah dalam membuat

perubahan. Hijrah bermaksud meninggalkan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Semasa berlaku penghijrahan Baginda SAW bersama sahabat

dan kaum Muhajirin ke Madinah, terdapat seorang lelaki berhijrah kerana perempuan bernama Ummu Qais...........>3

‘Hijrah’ ikut-ikutan

Hijrah Dan Realiti Pemuda Alaf IniSetiap detik, setiap pusingan waktu dan masa - akan sentiasa berlakunya pergerakan dan perubahan. Siang akan disusuli malam. Satu hari bertambah menjadi seminggu. Dari satu minggu akan terus bergerak menjadi satu bulan dan seterusnya.>5

MAIS Terima Kunjungan MAIWPSHAH ALAM 8 September - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seramai 16 orang ahli rombongan. >10

FGV Tunai Zakat Perniagaan RM293 RibuSHAH ALAM, 26 Ogos 2016 – Felda Global Venture Holdings Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).>13

Lawatan dari JKSN Johor ke JAKESS19 Ogos 2016- Lawatan kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor ( JAKESS) telah diadakan. >11

Gambar hiasan

Penasihat:• Daud Lin Bin Abdullah

Ketua Editor:• Siti Zurinah Binti Zainal Abidin

Editor:• Sri Hartini Binti Md Noh

Kolumnis• Indera Shahril Bin Mohd Shahid• Mohd Hafiz Bin Abdul Salam• Ahmad Firdaus Bin Muhammad• Hamizul Bin Abdul Hamid• Halim Bin Mokhtar

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Sidang Redaksi EDISI

FAKTA

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah SWT, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud kepada Allah SWT dan rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah SWT. Dan adalah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Surah An-Nisaa’: Ayat 100.

INTERAKTIF

Ap l i kas i yang menerangkan lebih khusus mengenai Rukun Islam. Rukun Islam merupakan pokok ajaran Islam sebagai agama yang dirahmati Allah SWT. Oleh kerana itu, rukun Islam wajib untuk diketahui dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam.

FOKUS Edisi • September 2016 • 3

Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita yang masih seperti dahulu. Saban tahun perkara

sama berlaku selagi diri tidak beristiqamah dalam membuat perubahan.

Hijrah bermaksud meninggalkan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Semasa berlaku penghijrahan Baginda SAW bersama sahabat dan kaum Muhajirin ke Madinah, terdapat seorang lelaki berhijrah kerana perempuan bernama Ummu Qais.

Lelaki itu digelar sebagai muhajir Ummu Qais. Lelaki itu berhijrah semata-mata kerana wanita dan bukannya Allah SWT dan Nabi SAW, menyebabkan si lelaki itu tidak mendapat apa-apa ganjaran kerana fokus penghijrahannya adalah wanita.

Pendakwah, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, iktibar yang boleh diambil daripada cerita di atas adalah jangan lakukan sesuatu selain kerana Allah SWT dan Nabi SAW Yang pasti, apabila berhijrah tidak boleh untuk ikut-ikut sahaja. Ikut-ikut ini hanya trend sementara dan tidak kekal.

Sedangkan hijrah yang sebenarnya adalah istiqamah dengan apa yang dilakukan, meninggalkan apa yang dilarang Allah SWT.

“Ramai berhijrah sama ada berhijrah daripada satu tempat yang tidak selamat ke tempat lebih selamat atau tempat kerja yang tidak bagus ke tempat yang sesuai dengan jiwa. Kita tidak boleh klasifikasikan ‘hijrah’ ikut-ikutan ini sebagai penghijrahan yang sebenarnya.

‘Hijrah’ ikut-ikutan ini ada positif dan negatifnya, saya huraikan dari sudut negatif dahulu bagi memudahkan ia difahami. Pertama, jika seseorang Muslim itu terikut-ikut dengan perubahan ke arah yang tidak baik natijahnya dirasai sendiri individu itu. Bayangkan, daripada rajin melakukan perkara yang elok tiba-tiba terikut-ikut dengan perlakuan tidak sopan. Tatkala itu, individu sekeliling perlu memainkan peranan. Beri teguran sebelum serius dengan ‘hijrah’ ikut-ikutannya.

“Kedua, ‘hijrah’ ikut-ikutan ini tidak akan bertahan lama dan bersifat sementara sahaja, dia berubah kerana terikut-ikut dengan gaya

Oleh: Syahidatul Akmal DunyaSumber: http://www.sinarharian.com.my/rehal/hijrah-ikut-ikutan

‘Hijrah’ ikut-ikutanatau sikap yang mahu diikutnya. Apabila berakhirnya trend itu maka berakhirlah hijrahnya. Sebagai contoh, kita lihat sekarang segelintir wanita contohnya yang tidak bertudung apabila melihat gaya bertudung semakin diterima dan kelihatan cantik di mata, dia mula memakai tudung dan berpakaian sopan. Dilihat di sini dia memakai tudung kerana ingin cantik tetapi dia sebenarnya tidak begitu. Sebaik dia tidak selesa, ditinggalkan.” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara negatif yang ketiga adalah, berubah ikut-ikutan ini akan memupuk sikap tidak ikhlas terhadap amalan yang dilakukan dan memberi kesan yang tidak elok kepada individu sekeliling. Contohnya, seorang lelaki itu mahu berkahwin dengan wanita yang dicintai. Semasa merisik dan bertunang sehinggalah ke akad nikah dia menunjukkan sikap yang baik di hadapan isteri dan keluarga mertuanya. Selepas itu, hanya Allah SWT yang tahu perangai sebenar lelaki itu. Sepatutnya, tonjolkan siapa dirinya yang sebenar dan bukan bersikap hipokrit.

Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT cintakan seseorang daripada kamu yang mengerjakan sesuatu dikerjakannya dengan teliti (bersungguh-sungguh).”

SOKONGAN RAMAIUstaz Mohamad Amiro berkata, setiap

yang buruk ada baiknya. ‘Hijrah’ ikut-ikutan ini turut mempunyai kesan positif kepada individu yang berbuat demikian. Benar pada mulanya dia melihat rakannya bersolat lima waktu dan berpakaian menutup aurat. Lama kelamaan hatinya terpaut lantas dia berhijrah ikut-ikutan seperti rakannya. Bukankah keadaan ini akan menjadikan dia lebih baik daripada sebelum ini.

“Sebagai kawan yang ada dan sering bersama dengan individu yang ‘hijrah’ ikut-ikutan ini, hendaklah selalu memberi kata perangsang dan dorongan. Jangan pula mengutuk itu dan ini sehingga sanggup ‘mendoakan’:

“Sekejap je berubah tu, dua tiga hari nanti seksi balik.”. Siapa kita untuk mengadili mereka, ucapkan kata-kata positif dan doakan penghijrahannya diredhai Allah SWT.

“’Hijrah’ ikut-ikutan ini juga adalah perkara baru bagi individu tersebut. Dia seolah-olah baru tersedar bahawa apa yang dilakukannya sebelum ini bersalahan sebagai seorang

Muslim. Saranan saya kepada mereka supaya sabar dan cuba mengikuti langkah demi langkah secara perlahan, jika terlampau drastik kelak akan memakan diri. Apa yang kita takut adalah try and error. Cuba-cuba untuk berhijrah tetapi cepat berputus asa,” katanya.

Menurutnya, terdapat contoh lain yang boleh dikaitkan dengan ‘hijrah’ ikut-ikutan ini. Kita lihat di asrama, kebiasaannya warden asrama ‘paksa’ penghuninya supaya bersolat jemaah. Dan kebanyakan daripada mereka ikut kerana takut dimarahi tetapi di belakang warden sebaliknya. Bab yang berkaitan dengan pendidikan agama tidak boleh dibiarkan dan situasi paksa serta dipaksa akan terjadi. Nabi SAW sendiri pun memberi didikan kepada sahabatnya. Perihal menyuruh orang bersolat bukan sesuatu yang mudah, malah perlu dilakukan secara istiqamah dan memerlukan kesungguhan.

Apabila warden atau pihak asrama menetapkan peraturan itu, dan orang yang melakukan peraturan pasti mendapat kebaikan dan langsung tidak memberi manfaat kepada orang lain. Jika dia tidak melakukannya dia yang rugi. Fikir-fikirkanlah kerana anda pastinya seorang yang mukallaf.

Berubah mesti dengan kefahaman ilmu yang mendalam. Bukan didasari dengan sangkaan atau ikut-ikutan. Orang lain buat, kita buat. Kalau majoriti tolak, kita pun tolak. Akibatnya hanya akan membawa kepada masalah yang lebih besar atau lebih buruk daripada itu, ia mengundang fitnah kepada masyarakat, apatah lagi kepada agama Islam yang murni.

PeRlu dIPujIMengupas lanjut mengenai ‘hijrah’ ikut-

ikutan, Ustaz Mohamad Amiro berkata, menyentuh bab pemberian sumbangan kepada individu memerlukan dengan memanggil ramai pengamal media untuk melaporkan dan menyiarkan mengenai sumbangan pemberiannya turut mempunyai timbal balik.

“Dari satu sudut yang lain, tindakan dilakukan individu itu perlu dipuji dan kemungkinan besar dapat mendidik kelompok yang berkemampuan supaya melakukan perkara yang sama. Tetapi jika

setiap kali dia menyampaikan sumbangan dan menjadi bualan ramai sehingga mendapat liputan media dengan alasan untuk menunjukkan, tindakan itu dilihat tidak bertepatan dengan konsep memberi yang dituntut Islam.

“Begitu juga dengan trend hadir ke majlis ilmu, sepatutnya perlu dipuji kerana masyarakat sekarang dilihat berminat untuk mempelajari ilmu agama jelas menunjukkan masyarakat semakin sedar. Soal untuk menunjuk kepada ramai dengan ‘hijrah ikut-ikutan’ yang dilakukan tidak perlu dipersoal. Kita tidak boleh terus menghukum dengan mengatakan apa yang dilakukan itu tidak elok, tanya diri kita dulu, adakah baik perlakuan kita?,” ulasnya lanjut.

Ustaz Mohamad Amiro menjelaskan, mana-mana syarikat yang menganjurkan kuliah agama dan bersolat secara berjemaah patut dipuji. Ia bukanlah wajib dan jika tidak menghadiri kelas akan jatuh hukum haram, tidak!. Sebaliknya apa yang dilakukan pihak syarikat adalah untuk mendidik kakitangannya dengan memberikan santapan kerohanian.

Jika difikirkan secara teliti, apabila dibebani dengan urusan kerja yang tidak pernah berkesudahan, seseorang itu langsung tidak ada kelapangan untuk menghadiri kelas agama dan jika tempat kerjanya menganjurkan kelas agama perkara itu dilihat sangat bertepatan. Namun, semuanya terpulang kepada diri sendiri.

TeGuRAN beRheMAhDaripada Abu Said Al-Khudri, Nabi

SAW bersabda: “Barang siapa antara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hatinya. Dan itu (mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim, At- Tirmidzi & Ahmad Ibnu Hanbal)

Dalam bab untuk memberikan nasihat atau teguran kepada sesiapa sahaja, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Pertamanya, lakukan kerana Allah SWT dengan niat untuk membantu dan bukannya untuk mendapat perhatian orang lain. Kedua, tegurlah individu berkenaan menggunakan bahasa yang lemah lembut. Maksudnya kita tidak menghina dan mencacinya. Ketiga, usah tegur di hadapan khalayak kerana ia akan mengaibkannya. Keempat, bagi harapan dan dorongan supaya ‘hijrah’ ikut-ikutan itu menjadi satu hijrah yang sebenar-benarnya dan dia istiqamah. Kelima, sentiasa mendoakan dirinya supaya dapat banyak manfaat daripada perubahan lantas menarik ramai lagi untuk hijrah bersamanya.

Usah terus menghukum individu yang melakukan penghijrahan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, sebaliknya lorongkan mereka ke jalan agama yang diredai. Kerana itulah, kita memerlukan masyarakat yang faham dan celik mengenai hijrah. Seterusnya, sebagai ahli dalam masyarakat kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada kelompok yang mahu berhijrah walaupun ‘hijrah’ ikut-ikutan. Doakan untuk mereka, semoga hijrah ini akan menjadi hijrah yang sebenar-benarnya. Edisi

Gambar hiasan

4 • Edisi • September 2016ISU

Peristiwa Rasulullah SAW dicederakan di Taif tidak membuatkan Baginda berputus

asas dan tidak pula mendoakan kebinasaan kepada golongan Jahiliyah. Rasulullah SAW berjiwa besar kerana peribadinya adalah siddiq, amanah, tabligh, fatanah.

Siddiq bermakna Baginda membawa risalah kebenaran mengenai aqidah tauhid. Jahiliyyah adalah golongan yang syirik dan mengembalikan mereka kepada Tuhan Yang Esa adalah suatu amanah. Amanah itu disempurnakan dengan tabligh atau dakwah yang bijaksana. Fatanah atau bijaksana merupakan jalur wasatiyyah dimiliki Baginda.

Jiwa kehambaan yang tinggi dimiliki Rasulullah SAW menyebabkan baginda akur dengan perintah Allah SWT untuk melakukan hijrah. Hijrah adalah pendekatan strategik mengambil pertimbangan Allah SWT (hablum minallah) dan manfaat manusia (hablum minannas) sebagai jalan perjuangan.

Strategi manusiawi adalah mengaturkan tempat tidur Rasullullah SAW digantikan dengan Saidina Ali RA., pemuda Islam yang tangkas dan berani dan teman ke Gua Thur diiringi Saidina Abu Bakar As Siddiq RA., yang cintakan kebenaran.

Pemilihan dua sahabat Nabi ini amat strategik kerana melakukan hijrah adalah suatu kerja besar dan memerlukan pengorbanan bersama orang yang dipercayai.

Mengapa persembunyian awal di Gua Thur Selatan Makkah tidak di lokasi utara mengarah ke Madinah adalah suatu pertimbangan strategik. Penglibatan Abdallah dan Asma anak Saidina Abu

Oleh: YBhg Prof Dato’ Dr. Sidek BabaSumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/cikgu-sidek-baba/membangun-semangat-hijrah-

Membangun Semangat HijrahPERISTIWA Hijrah Rasul merupakan suatu titik tolak penting dalam sejarah Islam. Ia adalah perintah Allah SWT dan pertimbangan Rasulullah SAW mengatur strategi bijaksana supaya akhirnya Islam diterima di jazirah Arab dan seluruh umat manusia.

Bakar RA. pembekal makanan dan rahsia musuh amat membantu.

Tindakan labah-labah membuat sarang di permukaan gua adalah ketentuan Allah SWT dan menyebabkan musuh yang memburunya terkeliru. Ia adalah campur tangan dan pertolongan Allah SWT.

Hijrah yang mengambil pertimbangan Allah SWT (ihsan) dan mengambil pertimbangan manusia (insan) adalah asas yang sangat penting dijadikan landasan berfikir strategik.

Jaminan Allah SWT ini jelas terungkap dalam al Quran: “Pihak kafir terus melakukan tipu daya dan Allah SWT akan mengatasi tipu daya mereka”.

Rasulullah SAW sewaktu bergerak ke Madinah menggunakan seorang jurupandu bukan Islam. Apabila dikejar

oleh Surakah bin Malek, kuda Surakah terbenam di pasir dan menyebabkan Rasulullah SAW terlepas daripada ancaman musuh. Sekali lagi ketentuan Allah membantu Hijrah al Rasul yang amat bermakna itu.

Setibanya di Madinah, Rasulullah SAW membina masjid. Ia amat penting sebagai pusat ibadah dan mempertautkan hati-hati Muhajirin dan Ansar akhirnya. Inilah strategi wasatiyyah yang cemerlang kerana penerimaan golongan Ansar terhadap Rasulullah SAW adalah petanda baik bagi perjuangan Islam itu sendiri.

Di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan kelompok Yahudi dan Nasrani. Sahifah Madinah yang dimeterai adalah suatu tahalluf (kerjasama) penting di mana orang Islam menjadi dominan. Apabila kaum Yahudi ingkar, Rasulullah SAW mengusir mereka. Mematuhi muafakat adalah prinsip, melakukan khianat dihadapi dengan ketegasan. Itulah sebenarnya prinsip perjuangan Islam.

Apabila Rasulullah SAW bersedia melakukan Futhul Makkah (kembali semula ke Makkah) rombongannya terhenti di Hudaibiyyah. Di Hudaibiyah, Baginda didatangi kelompok Jahiliyah supaya menangguhkan kepergian Baginda pada tahun hadapan.

Rasulullah SAW yang bijaksana

bersetuju dengan permintaan itu walaupun dibantahi Saidina Omar. Pertama, golongan Jahiliyyah sudah mengiktiraf akan Rasulullah SAW Melakukan Futhul Makkah tahun berikutnya membolehkan Rasulullah dan rombongannya menjejaki bumi Mekah yang amat bermakna bagi perjuangannya.

Ternyata strategi Rasulullah SAW berhasil. Inilah pendekatan wasatiyyah, berhemah dan berimbang, melakukan pendekatan undur setapak untuk meraih pendekatan maju ke hadapan lima tapak lagi.

Peristiwa Futhul Mekah itu adalah suatu lembaran penting kerana penerimaan masyarakat Mekah terhadap kedatangan Rasulullah SAW memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam di jazirah Arab.

Banyak perkara dipelajari daripada peristiwa Hijrah al Rasul ini. Pertama, hijrah kerana Allah SWT akan sentiasa dilindungi dan dibantu Allah SWT Kedua, strategi manusiawi yang titik tolaknya kerana Allah SWT (ikhlas) akan membawa barakah yang tinggi.

Ketiga memperjuangkan yang haq atau benar menuntut kesabaran yang tinggi (watawa saubil haq, watawa saubissabr). Inilah jalan wasatiyyah yang akhirnya membawa kepada kemenangan. Edisi

Gambar hiasan

Edisi • September 2016 • 5GENERASI•Q

Setiap detik, setiap pusingan waktu dan masa akan sentiasa berlakunya pergerakan dan

perubahan. Siang akan disusuli malam. Satu hari bertambah menjadi seminggu. Dari satu minggu akan terus bergerak menjadi satu bulan dan seterusnya.

Itu sunatullah yang menjadi susunan dan ketetapan Allah SWT, maka, melakukan perubahan adalah satu perkara yang menetapi sunatullah. Kerana itu, perubahan serta langkah hijrah kita harus dilakukan dengan menta jd id (memperbaharui ) niat, menguatkan keazaman dan memperkukuhkan keimanan kita kepada Allah SWT sedalam-dalamnya.

Inilah hijrah kita. Hijrah kita semua! Hijrah adalah jalan orang yang berjaya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah SWT dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah SWT (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (At Taubah 9 : 20).

Pengertian hijrahHijrah berasal daripada kata kerja

hajara bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Secara harfiyah, hijrah itu bererti at-turku yang ertinya meninggalkan, baik meninggalkan tempat mahupun meninggalkan sesuatu yang tidak baik.

Secara syarii pula, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju darul Islam. (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276).

hijrah Kita Saat IniHakikat hijrah yang sebenarnya

adalah apa yang disebut dengan hijrah ma’nawiyah, iaitu hijrah dalam erti meninggalkan segala perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT Di sini terdapat empat bentuk hijrah ma’nawiyah.

Sumber: http://www.haluan.org.my/v5/topik-pilihan/remaja-a-mahasiswa/1958-hijrah-dan-realiti-pemuda-alaf-ini

Hijrah Dan Realiti Pemuda Alaf Ini

hijrah I’tiqadiyah (Perubahan Keyakinan)

Meninggalkan segala bentuk keyakinan, kepercayaan dan ikatan-ikatan yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT.

hijrah Fikriyah (Perubahan pemikiran)

Meninggalkan segala bentuk pola berfikir yang tidak sesuai dengan pola berfikir yang islamik, ini bererti setiap Muslim harus selalu berfikir dalam kerangka kebenaran Islam.

hijrah Syu’uriyah (Perubahan Perasaan)

Meninggalkan segala bentuk perasaan yang cenderung kepada hal-hal yang tidak benar. Apabila seseorang itu berhijrah daripada perasaan-perasaan yang tidak benar, maka jiwanya menjadi hidup sehingga berasa sensitif atau peka terhadap segala bentuk kemaksiatan yang membuatnya tidak akan berterusan melakukan kemaksiatan atau kemungkaran.

hijrah Sulukiyah (Perubahan Tingkah laku)

Meninggalkan segala bentuk tingkah laku yang bertentangan dengan ketentuan-ketentuan Allah SWT.

Kisah Mereka luarbiasa!Memperingati hijrah Rasullullah SAW

pasti tidak lengkap tanpa kita menelusuri pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dalam meneruskan misi rahmatan lil ‘alamin saat mereka melewati marhalah awal dakwah.

Saban tahun tatkala kita melewati tahun hijrah, sirah dan kisah mereka akan kita ulang serta hidangkan buat umat Islam hari ini. Apakah hidangan yang indah dan mulia itu telah membangkitkan selera iman kita atau hati kita masih hambar

dan tidak terpanggil untuk menjadikan ibrah hijrah sebagai pemangkin perubahan kehidupan kita?

Selusurilah dengan jiwa, perasaan dan roh keimanan kita.

Mengapa begitu setianya keluarga Yasir tatkala setiap hari Yasir, Sumayyah dan ‘Ammar dibawa ke padang pasir Kota Mekah yang amat panas, lalu didera dengan pelbagai azab dan siksa hingga mencapai kemuncak. Mengapa mereka begitu kental dengan prinsip serta keyakinan mereka?

Apa makna hijrah bagi Suhaib ar Rumy RA apabila hijrahnya mengubah status dirinya daripada seorang yang kaya menjadi miskin? Kenapa beliau sanggup meninggalkan semua kenikmatan serta kemewahan dunia untuk langkahan hijrah ini?

Apa makna perubahan bagi Mus’ab bin Umair RA, seorang lelaki bangsawan yang ternama, bertukar menjadi mujahid yang akhirnya mati syahid dalam keadaan tidak cukup kain kafan untuk menutup jenazahnya? Apakah perkara yang telah merasuk jiwanya untuk bertindak sedemikan?

Kenalkah kalian Asma’ Binti Abu Bakar r.a? Peristiwa hijrah menyaksikan pengorbanan, kesungguhan dan keberanian Asma’ yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah SAW dan ayahandanya Abu Bakar As-Siddiq RA pada saat genting diburu musyrikin Quraisy seperti itu.

Apa yang berlaku kepada Abu Sufian RA setelah lebih 20 tahun menentang dakwah Rasulullah SAW sehingga pernah mengetuai gerombolan perang memerangi Islam, namun kemudiannya tampil melakukan hijrah kubra dengan menyertai pasukan Muslimin dan menjadi benteng susuk Baginda SAW dalam Perang Hunain? Kenapa begitu sekali

perubahan yang beliau lakukan?Mengapa Bilal bin Rabah RA, masih

mampu menahan beban batu besar yang dihempap di atas dadanya di tengah padang pasir yang panas walaupun beliau boleh terlepas daripada seksaan itu dengan hanya mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama yang diseru Muhammad SAW?

Apakah rahsia yang menjadikan mereka ini manusia yang luar biasa? Apakah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap mereka sehingga kisah dan sirah setiap mereka merupakan aksi pengorbanan-pengorbanan yang tidak mampu digambarkan oleh fikiran manusia yang hanya hidup memikirkan tentang dunia.

Ketahuilah bahawa inilah kekuatan Rasulullah SAW dalam mendidik para sahabat baginda. Madrasah atau universiti Rasulullah SAW telah mengeluarkan graduan yang mewakafkan hidup mereka untuk berjuang menegakkan kalimah tauhid.

Kekuatan mereka boleh disimpulkan dalam empat ikatan iaitu keimanan yang ampuh kepada Allah SWT, jihad yang benar, pengorbanan yang tulus dan cita-cita yang tinggi untuk mati syahid.

berhijrah Menuju Allah SWT Secara holistik

Hijrah kita harus menyeluruh dan meliputi seluruh aspek kehidupan iaitu aqidah, ibadah, sosial, keluarga, dakwah, ilmu serta kerjaya dan tarbiah.

Penghijrahan di bidang AqidahSeorang Muslim hanya bergantung

kepada Allah SWT, menyembah, meminta perlindungan dan mengharap dan berdoa hanya kepadaNya.

Keyakinan yang kuat ditandai oleh ketidakpercayaannya kepada selain Allah SWT dan hanya Dia yang Maha Segala-galanya.

Gambar hiasan

6 • Edisi • September 2016GENERASI•Q

KesimpulannyaJangan menduakan Dia atau jangan

mempersekutukan-Nya kerana semua dosa akan diampuni oleh Allah SWT kecuali menduakan-Nya iaitu syirik!

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT tidak

akan mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni segala dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakinya.” (An-Nisa 4 : 48)

Rasulullah SAW bersabda:Bermaksud: “Wahai anak Adam,

seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian kamu berjumpa dengan Ku dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikitpun kepada-Ku, nescaya akan Aku berikan ampunan sepenuh bumi pula.”(HR Tirmidzi, juz 11, hal. 448)

Secara ringkasnya amalan yang termasuk amalan syirik ialah mendatangi tukang ramal dan percaya yang jelas bertentang dengan roh Islam, meminta perlindungan kepada selain Allah SWT termasuk makhluk ghaib seperti jin serta syaitan, memakai gelang, kalung sebagai penangkal bahaya dan lain-lain lagi.

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal dan menanyakan tentang sesuatu lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Barangsiapa mati dalam keadaan menyembah selain Allah maka dia masuk neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Penghijrahan diri di bidang IbadahIbadah adalah amalan hati yang akan

mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah SWT Antara bukti seseorang manusia atau hamba itu mencintai, merindui dan menyukai Allah s.w..t adalah melalui penzahiran segala bentuk ketaatan serta kepatuhan kepada Allah SWT melalui ibadah.

Hijrah ibadah bermakna segala ibadah ritualnya meningkat mendadak seperti ibadah solat fardhu lima waktu yang diusahakan sentiasa untuk solat berjemaah di masjid, solat sunat rawatibnya dijalankan dengan penuh cinta, selain solat sunat dhuha, tahajud dan lain-lain, ibadah puasa sunat rajin dikerjakan tanpa jemu dan gemar melaksanakan amalan-amalan sunat lainnya.

Rasulullah SAW bersabda:“Barang siapa yang pergi menuju masjid

untuk solat berjemaah, maka satu langkah dihapus dosanya dan satu langkah lainya akan ditulis kebajikannya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Penghijrahan di bidang KeluargaInstitusi keluarga adalah nadi kepada

pembentukan generasi Muslim yang diimpikan oleh seluruh umat. Jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara bergantung teguh kepada keutuhan dan kekuatan dalaman sesebuah institusi keluarga.

Keharmonian, kebahagiaan dan ketenteraman dalam kehidupan seseorang dapat dilihat melalui kehidupan seharian dalam mengurus “jentera” keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiga tanda kebahagiaan anak Adam, dan tiga tanda kesengsaraan anak Adam : tanda kebahagiaan anak cucu Adam adalah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Sedangkan tanda kesengsaraan anak Adam adalah isteri yang berakhlak buruk, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang buruk.” ( Hadis Riwayat Ahmad)

Hijrah keluarga bermakna kita peduli serta ambil kisah tentang visi serta misi perjalanan keluarga. Jika kita sebagai nakhoda bahtera rumah tangga maka kita akan sentiasa memastikan bahawa laluan bahtera berada pada laluan yang selamat dan terjamin.

Sekiranya kita pembantu bahtera, maka kita akan sentiasa saling lengkap-melengkapi sesama ahli agar dapat bersama-sama tiba ke destinasi dengan aman serta selamat.

Penghijrahan di bidang Sosial

Hidup bermasyarakat serta bersosial adalah suatu kehidupan yang dituntut oleh Islam. Bahkan, melibatkan diri secara aktif serta turun padang dalam aktiviti kemasyarakatan dengan semangat bantu-membantu serta tolong-menolong adalah hijrah murni yang harus digembelengkan oleh seluruh kaum Muslimin.

Kerja-kerja kebajikan, perkhidmatan sukarela dan menyantuni insan-insan yang memerlukan bantuan dan pembelaan adalah salah satu amalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Hijrah untuk lebih cakna, peka dan sensitif dengan masyarakat serta ummah akan menjadikan kita lebih prihatin, penyayang dan cekal untuk berkhidmat secara percuma dan sukarela.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan tidaklah kamu sampai kepada

kebajikan sehingga kamu menginfakkan apa-apa yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui.” (Ali Imran 3 : 93)

Penghijrahan di bidang dakwahSenario umat yang tenat serta

sakit amat-amat menuntut hadirnya

sekelompok manusia yang cekal, tabah dan kuat dalam menyeru mereka kepada kebenaran.

Manusia yang berjiwa luhur serta tidak pernah berputus asa akan tetap menghulurkan tangan kepada umat manusia yang tenggelam dalam lumpur kegelapan untuk membawa mereka kepada sinar cahaya kebenaran yang terang-benderang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menyeru kepada petunjuk (yang benar), maka dia mendapat pahala seperti pahala-pahala dari orang-orang yang mengikutinya, hal itu tanpa mengurangkan sedikit pun dari pahala mereka. Dan barang siapa menyeru kepada kesesatan, maka kepadanya ditimpakan dosa seperti dosa-dosa dari orang-orang mengikutinya, hal itu tanpa mengurangkan sedikit pun dari dosa-dosa mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di

antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab oleh Allah SWT dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.” ( Al-’Araf 7: 164)

Hijrah dakwah bermakna kita tidak lagi berada di pinggiran dakwah, tetapi memasuki “gelanggang”nya dengan sepenuh jiwa serta beraksi sebagai seorang dai atau pendakwah yang berjuang untuk menyelamatkan ummah daripada api kerosakan yang sedang membakar tubuh badan ummah ini dengan rakusnya.

Ummah sedang menanti kalian!

Penghijrahan di bidang Ilmu dan Kerjaya

Ada satu mutiara kata yang menggugat perasaan yang dinukilkan oleh al-Imam Asy-Syafie :

“Sesiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali untuknya sebagai tanda kematiannya.”

Merugilah barang siapa yang melalui usia muda tetapi tidak menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dan tempat rujukan. Kerana itu, setiap belia serta belia wanis harus merancang sebaiknya perjalanan keilmuan mereka dengan sebaiknya.

Lorong keilmuan sepanjang hayat harus dijelmakan dalam peta kehidupan mereka tanpa sebarang pengabaian terhadap sikap yang benar terhadap kepentingan ilmu.

Penghijrahan dalam Proses Tarbiyah Manusia itu lemah.

Manusia dilahirkan kerdil dan serba

kelemahan. Ketika bayi ia tidak memiliki apa-apa, sama ada akal, fikiran, tenaga, ilmu, kemahiran dan sebagainya. Pokoknya ia lemah tidak bermaya.

Beransur-ansur selepas itu jasadnya membesar, otak dan fikirannya berkembang sedikit demi sedikit. Namun kefahaman terhadap dirinya, alam sekitarnya, tujuan kehidupannya dan bagaimanakah akhirnya kehidupan manusia, ia tidak tahu dan tidak pasti. Justeru manusia ini perlu dan wajib dipandu arah tuju dan dijelaskan makna kehidupannya supaya ia tidak sesat dalam mencari kebenaran dan tahu hakikat kewujudannya.

Di sinilah, pentingnya proses pendidikan iaitu tarbiah dalam meluruskan segala kesamaran, ketidakpastian dan kekaburan manusia tentang tujuan, halatuju dan matlamat kehidupannya.

Tarbiah juga membawa makna pengasuhan, penjagaan, bimbingan dan tunjuk ajar. Tarbiah yang benar bertunjangkan sumber al-Quranul Karim dan bimbingan langsung daripada Rasulullah SAW melalui hadis baginda yang mulia.

Seorang tokoh tarbiyah iaitu Almarhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain pernah menyebut:

“Kita perlu proses diri dan proses diri. Proses dan terus proses sehingga ia menjadi malaqah (darah daging) kita.”

Hijrah tarbiah bermakna kita terus melakukan peningkatan demi peningkatan dalam mendidik diri kita untuk mentaati serta mematuhi segala suruhan Allah SWT kerana dan hanya untuk Allah SWT.

Penutup - hijrah Ini untuk Allah SWT!

Hijrah pada dasarnya adalah bagaimana usaha kita untuk meraih redha Allah SWT dalam segala aspek kehidupan kita. Semangat hijrah adalah semangat kita untuk menjadi peribadi yang lebih baik lagi dan memberikan pengaruh kebaikan itu kepada orang lain dan lingkungan sekitarnya.

Hijrah kita saat ini adalah menghijrahkan hati kita daripada condong dan bersandar kepada makhluk, harta dan kebendaan kepada condong dan bersandar hanya kepada Allah SWT.

Hijrah daripada mengharap kepada makhluk kepada berharap hanya kepada Allah SWT Hijrah daripada mendambakan sanjungan, pujian dan penghargaan makhluk kepada hanya mendambakan ganjaran di sisi Allah SWT

Marilah sama-sama kita kobarkan syiar hijrah ini dalam hati kita dan benar-benar berusaha membumikan ia dalam kehidupan kita.

“Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan Islam dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi”. Edisi

Edisi • September 2016 • 7ARTIKEL KHAS

PeRISTIWA PeNTING SelePAS hIjRAh

Setelah penghijrahan kedudukan agama Islam bertambah kuat. Penduduk Madinah memberikan sambutan yang baik terhadap agama Islam. Peluang keemasan ini digunakan sebaiknya oleh Rasulullah SAW Baginda mendirikan masjid sebagai pusat komuniti Islam, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar seterusnya membuat perjanjian kerjasama dan persefahaman dengan masyarakat kafir di Madinah. Ketiga-tiga perkara ini merupakan asas penting membangunkan masyarakat yang kuat dan padu.

Sirah merakamkan banyak peristiwa penting berlaku setelah penghijrahan.Tahun kedua, menyaksikan pertukaran kiblat umat Islam dari Baitulmaqdis ke Mekah, tercetusnya perang Badar, pensyariatan ibadah puasa pada bulan Ramadan dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Tahun ketiga, berlakunya perang Uhud dan penguatkuasaan pengharaman arak. Tahun keempat, menyaksikan perang Dhat al-Riqa’, disyariatkan solat qasar dan dibolehkan bertayammum. Tahun kelima, menyaksikan perang Khandaq dan perang dengan Bani Quraizah. Tahun keenam, termeterainya Perjanjian Hudaibiah. Tahun ketujuh, berlakunya perang Khaibar. Tahun kelapan, pembukaan Kota Makkah. Tahun kesembilan, tercetusnya perang Tabuk. Tahun kesepuluh, menyaksikan Rasulullah SAW mengerjakan Haji Wada’ (Haji Perpisahan). Situasi ini merupakan cebisan kecil dari peristiwa yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat di Madinah. Sekalipun berlakunya peperangan di era Madinah, peperangan tersebut merupakan usaha untuk mempertahankan diri dan agama Islam.

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/langkah-positif-kecemerlangan-ummah-

HAYATI ROH HIJRAH

SAMBUTAN Maal Hijrah 1437H yang dinanti tiba lagi. Allah SWT merakamkan detik-detik penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah melalui Firman-Nya yang bermaksud: “Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan

tipu daya dan Allah SWT menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah SWT sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (Surah al-Anfal : 30)

Allah SWT menjelaskan lagi sebagaimana firman-Nya: “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) sesungguhnya Allah SWT telah pun menolongnya, ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah SWT bersama kita. Maka Allah SWT menurunkan semangat tenang tenteram (kepada Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah SWT menjadikan seruan (syirik) orang kafir ke bawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah SWT (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah : 40).

beRPeRANG uNTuK MeMPeRTAhANKAN dIRI

Allah SWT memberi keizinan kepada umat Islam bersiap sedia menghadapi musuh sebagaimana Firman-Nya: “Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), sesungguhnya mereka dianiaya dan sesungguhnya Allah SWT Amat Berkuasa menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah al-Hajj : 39)

Seterusnya Allah SWT berfirman: “Diwajibkan berperang (menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (Ingatlah), Allah SWT jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah : 216)

Peringkat mempertahankan diri daripada serangan dan tipu helah musuh merupakan kelainan era Madinah berbanding era Mekah. Semasa di Mekah, umat Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan peperangan. Keizinan berperang ini merupakan dasar baru di era Madinah. Masyarakat Islam perlu mengatur strategi dan membuat perancangan menghadapi musuh seterusnya memerangi mereka. Selain itu, Rasulullah SAW memainkan peranan yang besar untuk menyempurnakan ketahanan ummah dan negara Islam Madinah. Edisi

Gambar hiasan

8 • Edisi • September 2016SOLUSI ISLAM

CARA beRTAubAT dAN beRlINduNG dARI dOSA1. Jika dosa yang dilakukan itu adalah akibat

dari kejahilan dan kealpaan, kerana tidak tahu bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka ianya baik, maka cara bertaubat daripadanya adalah dengan menuntut ilmu. Adapun sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah kerana tewas dengan nafsu syahwat atau kerana terikut dengan hawa nafsu, cara bertaubatnya adalah dengan bersabar dan mengharapkan pahala dari kesabaran itu.

Lihat bagaimana Syarak memelihara seseorang itu dari terjebak dalam kancah dosa atau maksiat. Syarak antara lain menuntut supaya seorang itu berwuduk, ataupun solat, ataupun berpuasa. Seperti mana dalam hadis di mana seorang itu kalau hendak menghindari dirinya dari bertindak atas kemarahan yang tentunya akan membawa kepada dosa, Syarak menuntut supaya dia berwuduk.

Solat juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa. Firman Allah SWT, “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.” (Surah Al-Baqarah, 2: 45)Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah SWT, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.” (Surah Al-Ankabut: 45)Ini semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan juga maksiat.

2. Berlindung dengan Allah SWT,. ini kerana barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah SWT,di mana dia kembali kepada Allah SWT, tentu sahaja Allah SWT akan membantu dan menolongnya untuk menewaskan dua musuh ketatnya yang sentiasa berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya; iaitu nafsu dan juga Syaitan. Seperti mana firman Allah SWT,

“Kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan.” (Surah Yusuf, 12: 53)

Seperti kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi bagaimana kita hendak berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan kembali kepada Allah SWT seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat ke-101,

“Dan barangsiapa yang berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang benar.” (Surah Ali Imran, 3: 101)

3. Perlu ada perasaan takut bahawa akan dipercepatkan kepadanya balasan perbuatan dosanya itu di dunia; iaitu dia mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukan, atau ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan dosanya itu.

4. Memperelokkan makan minumnya, iaitu hanya menjamah makan dan minuman yang halal. Ini sangat penting dan Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan pada

Sumber: https://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/07/19/taubat-menurut-al-quran-dan-sunnah

TAUBAT Menurut Al-Quran Dan Sunnah

perkara ini, mereka sentiasa memastikan adanya tanda halal pada makanan. Namun ini tidak menghalang kita untuk terus memperkemaskan dan menjaga perkara ini.

Ini doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat. Bagaimana kita hendak meminta supaya Allah menerima taubat kita dan mengampuni dosa kita kalau kita terus menerus bergelumang dalam dosa, menjamah makanan dan minuman yang haram, pakaian haram, dan sumber rezeki juga haram.

5. Menjaga dengan siapa kita berkawan dan bersahabat. Kita perlu beri perhatian pada perkara ini kerana saya melihat adanya kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita menjauhkan diri kita dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di mana teman-teman kita inilah yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita terus di dalam dosa.

Akibat tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak baik membuatkan kita terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus menerus di dalam dosa kerana kita mengekalkan kawan-kawan yang tidak baik ini. Ini seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

“Permisalan teman yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kamu wangiannya, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi, sama ada dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang busuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh, orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan bid’ah, atau Khawarij.Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya. Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya – dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.

Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh, orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan bid’ah, atau Khawarij.

Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya. Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya – dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.

ھم یحسنون صنع وھم یحسبون أن ا

Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat bahaya kerana dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir, dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir? Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.

Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang, memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?

“Dan janganlah kamu terus duduk bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu peringatan.” (Surah Al-An’aam, 6: 68)

Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta kepada Sunnah Nabi s.a.w., yang ingin mendokong sunnah Nabi s.a.w. dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan sebagainya.

Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w., maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil, aku duduk je”. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati siapa? Adakah kita ingin

Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat bahaya kerana dukacitanya kita

melihat ramai yang mengambil mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir, dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir? Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.

Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang, memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?

“Dan janganlah kamu terus duduk bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu peringatan.” (Surah Al-An’aam, 6: 68)

Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta kepada Sunnah Nabi SAW, yang ingin mendokong sunnah Nabi SAW dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan sebagainya.

Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW, maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil, aku duduk je”. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati siapa? Adakah kita ingin mengambil hati orang-orang bid’ah dan menarik kemurkaan Allah SWT? Adakah kita sanggup buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah SWTmemurkai majlis-majlis yang seperti ini, halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada halaqah-halaqah baru; halaqah Ya Hanana, Ya Banana. Ini apa? Mana ada majlis-majlis seperti ini (dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti ini bukan majlis zikir, tetapi lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget yang dimurkai oleh Allah SWT.

Apakah kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-majlis seperti ini? Dikhuatiri tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa yang dinyanyikan kerana betapa mudahnya kita terkesan dengan persekitaran.

Dukacitanya, manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia menjaga persekitaran, tetapi persekitaran zahir semata. Kita semua setuju bahawa tidak ada siapa yang hendak duduk dengan penagih dadah kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih dadah. Anak-anak kita, adik-adik kita, kalau ada orang hisap rokok kita kata jangan duduk dengan dia kerana kita khuatir anak-anak dan adik-adik kita akan hisap rokok. Ini kita faham. Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat fizikal. Adapun mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak memberi kepentingan. Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya daripada mudarat fizikal seperti bergaul dengan penagih dadah dan penghisap rokok.

6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam seperti mana dalam surah

Al-Fussilat ayat ke-36, “Dan jika engkau dihasut dengan hasutan

syaitan maka hendaklah engkau meminta perlindungan Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Fussilat, 41: 36)

TANdA-TANdA TAubAT dITeRIMAPerlu kita ketahui bahawa taubat tidak

cukup hanya dengan melafazkan dan meminta taubat daripada Allah SWT. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.

Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;1. Setelah bertaubat, seseorang hamba itu

menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah. Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.

2. Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah SWT walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup dengan taubat yang dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka habis cerita. Seolah-olah taubat itu pasti sudah diterima oleh Allah SWT. Kita bertanya, dari mana datang keamanan itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah diterima?

Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita “Ya si fulan, taubat engkau telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu sendiri merupakan satu dosa.

3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.

4. Lembut hatinya setelah bertaubat. Hatinya merasa lunak dan merasa hampir kepada Allah SWT.

deFINISI TAubAT NASuhATaubat Nasuha adalah satu istilah bahasa

Arab bahkan disebut dalam Al-Quran. Nasuha berasal dari kalimah yang sama dengan ‘Nasihat’ yang maknanya bersih, jujur lagi benar. Taubat Nasuha bererti taubat yang benar lagi jujur, bukan kerana sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak bertaubat kepada Allah SWT. Hal ini disebut dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-8,

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat Nasuha (taubat yang benar). Moga-moga dihapuskan dari kamu dosa-dosa kamu dan kamu dimasukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (Surah Al-Tahrim, 66: 8)

InsyaAllah, moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila melakukan dosa mereka bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah taubat Nasuha, dan kita meminta daripada Allah SWT semoga Allah SWT menerima taubat kita dan insyaAllah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan terus masuk ke dalam Syurga. Edisi

Edisi • September 2016 • 9NGOi

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’).

Sumber: http://www.abim.org.my/

Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang pertama pada tahun 1972.

Di Muktamar ini, Ustaz Razali Nawawi (Prof. Dr.) telah dipilih sebagai Presiden pertama. Muktamar juga telah memilih Sdr. Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. Semenjak itu, ABIM telah menjayakan kegiatannya dengan jaya. Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi mempertegaskan idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiyyah sebagai asas pendekatan pergerakannya. Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegaraan. Pada tahun 1974, telah berlaku peralihan kepimpinan ABIM.

Ustaz Razali Nawawi melepaskan jawatannya dan Muktamar memilih Anwar Ibrahim (Dato’ Seri) sebagai Presiden kedua. Di era kepimpinan beliau, ABIM telah tertonjol sebagai sebuah gerakan Islam yang berpengaruh di peringkat nasional dan antarabangsa. Sikap dan pendirian ABIM yang tegas terhadap pelbagai persoalan ekonomi, kebudayaan dan politik telah menjadikannya sebuah pertubuhan yang dihormati.

Kepimpinan ABIM beralih kepada

Ustaz Siddiq Fadzil (Dato’ Dr.) sebagai Presiden ketiga pada tahun 1983. Di era kepimpinan beliau, ABIM banyak menumpu usaha dakwah bil hal atau dakwah di dalam bentuk praktis bagi tujuan menyelesaikan permasalahan masyarakat dan umat secara lebih berkesan. Semenjak itu, beberapa institusi dakwah di bidang pendidikan dan perekonomian telah dikembangkan seperti Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI), Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI), Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) dan Islamic-Outreach ABIM (IOA).

Pada tahun 1991, Muhammad Nur Manuty (Dr.) telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden keempat. Di era ini, ABIM terlibat dengan aktif di dalam proses pembinaan negara serta mengukuhkan gerakan kependidikan, kemasyarakatan dan ketamadunan. ABIM juga mula mengembangkan peranannya di bidang khidmat antarabangsa dengan membantu umat Islam yang menghadapi musibah seperti di Afghanistan dan Bosnia Herzegovina.

Kepimpinan ABIM beralih kepada Hj Ahmad Azam Abdul Rahman pada tahun 1997. Pada tahun 2003, Hj Yusri Mohamad telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden ke enam. Peralihan terbaru kepimpinan ABIM telah berlaku pada Ogos 2009 di mana Muhamad Razak Idris (Dr.) telah dipilih sebagai Presiden ke tujuh. Mulai Ogos 2011, Amidi Abd Manan telah memimpin ABIM selaku Presiden Ke-8.

ABIM telah mengetengahkan peranannya selaku jurubicara Ummah yang sedang mengharungi pelbagai persimpangan getir sosio ekonomi semasa. ABIM telah memperkukuhkan kebitaraannya dalam bidang pembangunan belia, dakwah, intelektual, kesukarelawanan, pendidikan, sosial, serta wanita dan masyarakat madani.

Termaktub dalam perlembagaan ABIM dalam Bab 1 Perkara 1.3:-

Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM: ‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’

Misi ABIM: ‘Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah’

budaya AbIM:• MenghayatiBudayaIlmu,• MenghayatiAmalanKerohanian,• MenghayatiAmalShuradanAmal

Jama’iyy,• MemahamidanMelibatkanDiriPada

Isu Semasa, dan• MenghayatiRoh-JihadfiSabilillah.

Kaedah Perlaksanaan:• MenimbulkankesedaranIslamiah

melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat;

• Menggalakkan penubuhankumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini;

• Menggalakkanpenyelidikandanpengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam;

• Melatihpetugas-petugasdakwahIslamiah;

• MenjagadanmemupukukhuwahIslamiah di dalam dan di luar gerakan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri;

• Menegakkan yang ma’ruf danmencegah yang mungkar;

• Bekerjasama dengan lain-lainpertubuhan Islam yang benar-benar mendukung cita-cita Islamiah. Edisi

10 • Edisi • September 2016BERITA MAIS & AGENSI

MAIS Agih Daging Korban kepada Warga Kerja Sempena Program Ibadah Korban BSIS

MAIS Terima Kunjungan MAIWP

Lawatan kerja Unit Sulh JAKESS ke Jabatan Insolvensi Malaysia

SHAH ALAM – MAIS melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah melaksanakan ibadah korban dengan mengadakan Program Ibadah Korban

di Bangunan Sultan Idris Shah pada 14 September yang lalu.

Selain MAIS, turut serta dalam program ini adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Majlis telah dihadiri oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Dato’ Haji Haris bin Kasim, Pengarah JAIS dan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.

Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong royong oleh warga kerja Bangunan SIS yang terlibat secara langsung dari segi penyembelihan, pemotongan dan juga agihan daging korban. Ibadah korban ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kakitangan antara MAIS, JAKESS, Jabatan Mufti Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Lembaga Zakat Selangor.

Melalui program seperti ini, diharapkan warga kerja MAIS dapat menjalankan ibadah korban yang dituntut dalam Islam dengan sempurna. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan ukhuwah sesama insan di kalangan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah. Edisi

SHAH ALAM 8 September - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah

menerima lawatan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seramai 16 orang ahli rombongan. Lawatan bertujuan mendapatkan mak lumat be rhubung Pengurusan Hal Ehwal Islam terutama dalam Pengurusan Zakat, Wakaf, Pembangunan dan Perlaksanaan Al-Riqab.

Lawatan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Hussin, Setiausaha MAIS. Ketua rombongan daripada MAIWP diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Zakuan bin Sawai.

Selain diberi taklimat berkaitan perjalanan MAIS,

PUTRAJAYA 23 Ogos 2016- Unit Sulh Jabatan Kehakiman Syariah

Selangor telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jabatan Insolvensi Malaysia hari ini di Putrajaya. Lawatan Pegawai Sulh dari unit sulh ke Jabatan tersebut telah diketuai sendiri oleh Yang Amat Arif Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Sulh dalam perkara-perkara yang melibatkan pihak-pihak di Mahkamah Syariah yang berhadapan dengan masalah kebankrapan. Delegasi telah diperkenalkan dengan fungsi Jabatan Insolvensi melalui tayangan multimedia dan juga menerangan ringkas daripada Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Pelaksanaan perintah Nafkah Anak/Isteri/Tunggakan dan bagaimana perintah bagi kes Harta Sepencarian dapat dilaksanakan bila mana salah satu pihak telah diisytiharkan bankrap. Selain itu, telah

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor & Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

ahli rombongan juga turut diberi peluang mengemukakan pe lbagai soa lan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu atau persoalan yang dibangkitkan.

Kunjungan selama setengah hari diharap dapat mengeratkan hubungan di antara MAIS dan MAIWP demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. Edisi

dibincangkan juga berkenaan dengan isu-isu yang timbul dari sudut prosedur dan dokumen apabila suatu perintah berkenaan dengan pembayaran nafkah anak dan nafkah isteri yang dikenakan kepada bapa atau suami yang ditahan hartanya di bawah Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).

Kedua-dua agensi mengambil maklum bahawa terdapat lacuna atau kekosongan di peringkat perundangan yang perlu dilakukan kajian segera bagi membantu dan tidak mengakibatkan penganiayaan terhadap orang yang berhutang, pemiutang dan juga ahli keluarga orang yang berhutang yang juga memerlukan nafkah dan

pembelaan.Pada akhir perbincangan

kedua-dua agensi menyuarakan rasa puashati dengan pertemuan yang sangat berinformasi dan bersetuju untuk meneruskan perkongsian maklumat pada masa akan datang. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada kedua-dua agensi. Setiap Pegawai Sulh juga menerima sebuah buku bertajuk “Rujukan Pantas Kebankrapan, Panduan Untuk Penghutang” yang mengandungi 100 persoalan berkenaan kebankrapan yang boleh menjadi rujukan dan dikongsikan bersama dengan kakitangan yang lain di Jabatan.Edisi

Setiausaha MAIS menerima cenderahati kanangan daripada wakil MAIWP.

Proses penyembelihan lembu korban. Sesi bergambar kenangan.

Edisi • September 2016 • 11

Program Tahsin Solat

Taklimat Pengenalan dan Kriteria Audit Eksa Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan Gombak Timur

Lawatan dari JKSN Johor ke JAKESS

Pahlawan KUIS Sertai Perbarisan Kemerdekaan ke 59

SHAH ALAM 12 Ogos 2016 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

hari ini telah menganjurkan Program Tahsin Solat kepada seluruh warga JAKESS di seluruh daerah termasuk ibu pejabatnya di Shah Alam. Program ini dianjurkan bagi memenuhi objektif kualiti JAKESS iaitu setiap kakitangan diberikan latihan berkaitan pendidikan Islam sekurang-kurangnya sehari dalam setahun. Selain itu, objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan pemantapan kepada seluruh warganya tentang tatacara dan kepentingan solat yang sempurna dalam kehidupan

19 Ogos 2016- Lawatan kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ke

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah diadakan. Seramai lebih kurang 20 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh, Penolong Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat telah hadir. YA Tuan Haji Sharifuddin Bin Abdul Rahman, Hakim Syarie JKSN Johor telah hadir bagi mewakili Ketua Hakim Syarie JKSN Johor, YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri yang tidak dapat bersama pada hari ini.

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor telah dijemput untuk memberikan ucapan. YAA Dato’ Dr telah merakamkan penghargaan

30 Ogos 2016, Shah Alam - Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat

Selangor berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Pelbagai acara disajikan antaranya persembahan tarian kebudayaan dan perarakan perbarisan 63 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan NGO.

Kolej Universiti Islam

Program ini diadakan pada 18 Ogos 2016 di Mahkamah Rendah

Syariah Kuala Selangor bertempat di bilik mesyuarat, dan dihadiri peserta daripada 15 orang kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan Gombak timur. Matlamat daripada taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan Gombak timur mengenai pengenalan dan kriteria audit

BERITA MAIS & AGENSI

seharian. Program yang diadakan serentak di seluruh lokasi pada hari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua warga JAKESS. Program ini diketuai oleh seorang fasilitator yang telah mengikuti Bengkel Pemantapan Tahsin Solat yang telah diadakan pada 10 Jun 2016 yang lalu. Satu modul khas yang dinamakan Modul Tahsin Solat telah dibangunkan oleh Unit Pematuhan Syariah bagi memastikan para peserta memahami dan mengikuti

program ini secara tersusun. Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini melahirkan perasaan gembira dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Edisi

dan terima kasih kepada JKSN Johor atas lawatan kerja yang telah diadakan dan telah menerangkan bahawa Hakam merupakan satu inisiatif yang telah dijalankan di Mahkamah Syariah bagi membantu mempercepatkan proses perceraian dan diperkemaskan lagi dengan Kaedah Hakam.

Difahamkan tujuan utama lawatan kerja tersebut d iadakan ada lah bagi mendapatkan pencerahan berkaitan proses Hakam yang dijalankan di JAKESS secara lebih mendalam dan praktikal. Oleh itu Tuan Shukran Bin Yusof telah diamanahkan untuk membentangkan serba sedikit proses Hakam yang dijalankan di JAKESS dan Kaedah Hakam yang telah berjaya digubal dan mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Edisi

eksa kerana Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan Gombak Timur bakal berpindah kepada bangunan baru. Oleh itu pendedahan diberikan untuk memberi kefahaman mengenai kriteria audit eksa. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin selaku Ketua Audit Eksa Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor kerana Mahkamah ini adalah merupakan

Mahkamah yang mendapat pemarkahan yang tertinggi dalam pengauditan EKSA dan menjadi contoh kepada Mahkamah-mahkamah yang lain.

Sesi soal jawab di akhir program juga telah berjalan dengan lancar. Program lawatan kerja diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar. Diharapkan perkongsian yang diadakan pada hari ini akan memberi input yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak. Inshaa Allah. Edisi

Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menyertai Perbarisan Sambutan Kemerdekaan ke - 59 Peringkat Negeri Selangor yang diketuai Encik Muhammad Firdaus b. Haris bersama 41 mahasiswa ahli Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM). Dengan semangat Selangorku Sehati Sejiwa dan bertemakan Pahlawan Melayu Kontinjen KUIS berjaya meraih tempat ke 4 dalam kategori Badan Berkanun. Tahniah kepada Kontinjen KUIS. Edisi

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor & Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Sesi taklimat berkenaan solat. Sesi bergambar kenangan.

Suasana semasa taklimat berlangsung.

12 • Edisi • September 2016BERITA MAIS & AGENSI

Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Konvokesyen 19 : 1006 Terima Ijazah & Diploma

Majlis APC 2015 - 111 Pegawai KUIS Dirai

CYBERJAYA, 25 OGOS: Seramai 111 pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC) bagi tahun 2015. Pengurusan KUIS telah berbesar hati menyampaikan 4 anugerah kepada pegawai KUIS iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Khidmat Emas (AKE), Anugerah Khidmat Setia (AKS) dan Anugerah Hadiah PhD.

Seramai 44 penerima telah dipilih bagi menerima APC, 32 penerima telah memenuhi kriteria AKE iaitu berkhidmat genap 15 tahun, 21 penerima memenuhi kriteria AKS iaitu berkhidmat genap 10 tahun dan 14 penerima layak untuk Anugerah Hadiah PhD atas kejayaan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, berkata Majlis APC merupakan satu acara tahunan yang diadakan setiap tahun sebagai satu wadah pengiktirafan KUIS kepada Pegawai yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Ia juga bertujuan untuk memperkasa hubungan ukhuwah di antara pihak Pengurusan serta warga KUIS bagi membentuk dan mencapai semangat KUIS MILIK KITA BERSAMA.

“Saya berharap seluruh warga terutamanya semua penerima anugerah dapat mengekalkan kecemerlangan dan memacu gagasan KUIS ke arah UNIVERSITI PENUH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KUIS bagi tahun 2015 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, hari ini.

Hadir sama, semua barisan Pengurusan KUIS, Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian bagi meraikan pegawai yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada Fakulti dan Jabatan di KUIS.

Dalam pada itu Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri turut merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua pegawai yang telah mencapai kejayaan dan pelbagai anugerah sepanjang tahun 2015 dan 2016 seperti Dr. Md. Noor bin Hussin yang dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Muda bagi Tokoh Anak Muda Kelantan (AMaL) 2015 dari Kerajaan Negeri Kelantan, Dr. Mohd Farid Ravi Abdulah yang dianugerahkan dengan Anugerah Khas Imam Al-Ghazali sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 hijrah peringkat Negeri Selangor dan Encik Mislan Sabri yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tahun 2015 dan lain-lain kejayaan yang telah dicapai oleh seluruh warga KUIS. Edisi

Bandar Seri Putra – 13 Ogos – Majlis Konvokesyen ke-19

KUIS 2016 berlangsung dengan penuh gemilang pada 13 Ogos 2016 dengan menyaksikan 1006 graduan telah menerima penganugerahan di peringkat Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam pelbagai bidang pengajian.

Majlis Konvokesyen telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Sri Mohamed Azmin Bin Ali merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. Dalam majlis tersebut, YAB Dato Sri Muhammad Azmin Ali mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh para graduan. Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai akademik dan seluruh warga kerja KUIS atas berkat usaha dan kesungguhan dalam melahirkan para graduan yang berkualiti dan berjaya meletakkan KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi pilihan dengan peningkatan kemasukan

jumlah pelajar sebanyak 200% iaitu daripada 3500 pelajar kepada 9350 pelajar.

Pada Sidang Kedua Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, YAD Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa telah menyampaikan Diploma kepada graduan KUIS. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa Majlis Agama Islam Selangor akan terus komited dan memberikan sokongan bagi memastikan KUIS menjadi sebuah Universiti wakaf dan terus konsisten menyantuni legasi DYMM Sultan Selangor.

Rektor KUIS YBhg. Prof Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri berkata komitmen daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya membangunkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang berkualiti. Kini KUIS telah menyediakan 72 program pengajian iaitu 5 program di peringkat Asasi, 20 program di peringkat Diploma, 22 program di peringkat Ijazah Sarjana

Muda, 21 program di peringkat Ijazah Sarjana dan 4 program di peringkat Doktor falsafah memenuhi tanggungjawab ummah melahirkan graduan sebagai Dai, Ulama dan Umara.

Dalam Majlis konvokesyen tersebut, enam graduan KUIS telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu Anugerah DYMM Sultan Selangor kepada Saudara Ahmad Walid bin Shahbudin, Anugerah Dato’ Menteri Besar Selangor kepada Saudari Ainur Arifah binti Mohd Noor, Anugerah Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Saudari Nik Fajarizura binti Nik Sinluddin, Anugerah Rektor KUIS kepada Saudari Nurdiana Safiah binti Kamaruzzaman, Anugerah Kepimpinan Siswa kepada Saudara Muhammad Afif Afnan bin Mohd Fadli dan Saudari Nurthaqaffah binti Nordin untuk Anugerah kepimpinan Siswi.

Turut hadir pada majlis tersebut Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, YB Tuan Nik Najmi Nik Ahmad, Timbalan Speaker YB Tuan Shafie bin Ngah, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dato’ Bakhtiar Bin Hussin, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dan para jemputan daripada 20 wakil Universiti Tempatan dan Luar Negara.Tahniah diucapkan kepada para graduan Konvokesyen ke-19 KUIS. Tahniah KUIS. Edisi

Antara pelajar cemerlang semasa majlis konvokesyen.

Sesi bergambar kenangan.

Sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS.

Edisi • September 2016 • 13BERITA MAIS & AGENSI

Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Lembaga Zakat Selangor

Dua Timbalan Rektor KUIS Bertukar Portfolio

14,877 Kakitangan PDRM Selangor Layak Ditaksir

FGV Tunai Zakat Perniagaan RM293 Ribu

LZS Taja Pelajar Dermasiswa Ke Timur Tengah

100 Asnaf Fakir Dan Miskin Kuala Selangor Terima Fidyah

Bandar Seri Putra – 30 Ogos: Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor YBhg Prof. Dato’ Dr. Ab Halim b. Tamuri telah mengumumkan pertukaran

portfolio yang melibatkan dua Timbalan Rektor hari ini.Pertukaran ini melibatkan Timbalan Rektor Akademik

dan Penyelidikan YBrs Dr. Mohammad Syukri b. Abd Rahman yang akan bertukar ke portfolio Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni sementara Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, YBrs Dr. Mokmin bin Basri akan memegang portfolio Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan. Pertukaran ini yang merupakan proses biasa di dalam tadbir urus sesebuah institusi pengajian tinggi telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIS bil. 3/2016 dan berkuat kuasa mulai 1 September 2016. Seluruh warga KUIS mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada YBrs. Dr. Mohammad Syukri b. Abdul Rahman dan YBrs. Dr. Mokmin b. Basri. Edisi

SHAH ALAM, 26 Ogos 2016 – Felda Global Venture Holdings

Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).

Penyerahan cek zakat perniagaan ini disempurnakan

SHAH ALAM, 30 Ogos 2016 – Seramai 14,877 kakitangan Polis Diraja

Malaysia (PDRM) Selangor layak menyertai Skim Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji yang dikenali sebagai Skim Berkat, hasil daripada taksiran semula zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Abdul Samah Mat di hadapan 130 kakitangan PDRM Selangor terdiri daripada ketua-ketua jabatan ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua-Ketua Polis Daerah dan wakil dari unit gaji PDRM di sini hari ini.

Daripada jumlah kakitangan PDRM Selangor yang telah ditaksir, seramai 5,500 orang telah menyertai skim ini dengan jumlah potongan zakat bulanan sebanyak RM190,000 sebulan. Kali terakhir taksiran dibuat adalah pada tahun 2013.

Melalui taksiran yang dilaksanakan pada kali ini, LZS mensasarkan peningkatan kutipan zakat melalui potongan gaji secara bulanan sebanyak 30 peratus bersamaan RM250,000 sebulan.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2016 – Seramai 24 orang pelajar yang

mendapat tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) berlepas ke Jordan untuk melanjutkan pengajian

KUALA SELANGOR, 4 September 2016 – Seramai 100 orang

asnaf fakir dan miskin sekitar Puncak Alam menerima beras fidyah dalam satu majlis

Serentak dengan itu, LZS turut melancarkan Kempen Tambah Caruman Zakat bagi menggalakkan pencarum zakat sedia ada menyemak semula jumlah potongan zakat bulanan agar bertepatan dengan jumlah sebenar yang wajib dikeluarkan.

Kempen ini menyasarkan ind iv idu yang t e l ah menunaikan zakat melalui potongan gaji dengan jumlah yang sama walaupun telah melebihi tiga tahun. Ia akan dilaksanakan selama empat bulan bermula September

sehingga Disember 2016.Pencarum yang ingin

menambah caruman potongan zakat bulanan boleh berbuat demikian dengan mengunjungi 28 cawangan LZS di seluruh Selangor atau mengisi borang kebenaran secara atas talian di http://www.zakatselangor.com.my/espg-online.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato’ Mohd Fuad Abdul Latif dan Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Edisi

oleh Pengurus Besar Kanan FGV, Zulkeffli Ahmad kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamed Adzib Mohd Isa bagi tahun kewangan berakhir 2015.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Edisi

mereka dalam pelbagai bidang.Mereka ini merupakan

sebahagian daripada 67 orang pelajar tajaan Dermasiswa Zakat Selangor yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah bagi sesi 2016-2017.

Daripada jumlah tersebut, 39 orang pelajar telah dihantarkan ke Mesir pada 10 Julai lepas, manakala empat orang lagi dijadualkan akan berlepas ke Maghribi pada 17 September ini. Edisi

anjuran Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dengan kerjasama I Care Puncak Alam bertempat di Surau Haji Ismail di sini, baru-baru ini.

Ia diadakan bersempena dengan program FreeMarket yang turut menarik perhatian penduduk setempat. Turut diadakan solat dhuha dan tazkirah. Edisi

Suasana semasa Majlis Pertukaran Portfolio.

Penyerahan cek oleh Pengurus Besar Kanan FGV, kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Majlis pelancaran Skim Berkat oleh Dato’ Abdul Samah Mat.

14 • Edisi • September 2016IKON ASNAF

Di antara cabaran terbesar hari ini ialah, mendapatkan pekerjaan. Bilangan kolej dan universiti yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, menatijahkan kebanjiran tenaga mahir dari kalangan graduan, menjadikan sebuah jawatan dalam rebutan. Lembaga Zakat Selangor (LZS) berusaha memberikan ilmu dan pendidikan kepada generasi kedua asnaf, yakni dari kalangan anak-anak asnaf agar mereka mampu membawa diri dan keluarga keluar dari kemelut kemiskinan. Maka, berdepan dengan senario di atas, pastilah ia menjadi suatu hambatan.

SITI Bersyukur Jadi Guru Kafa

Namun begitu, LZS dengan kerjasama Mais Zakat Sdn. Bhd., sebuah entiti khusus di bawah

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertanggungjawab bagi merencanakan pembangunan asnaf pasca bantuan, berusaha memberikan jalan keluar. Pada pertengahan tahun 2015 telah diusahakan satu program bernama Kursus Pra-Kerjaya, yang bertujuan memberikan input dan persediaan kepada anak-anak asnaf yang telah menamatkan pendidikan tinggi untuk menceburi bidang kerjaya dengan lebih bergaya.

Di antara ratusan calon yang terpilih, ramai dalam kalangan mereka akhirnya berjaya mendapat tempat di sektor pekerjaan. Sehubungan dengan itu, Jejak Asnaf pada kali ini menemui Siti Khairiah Faezah binti Azmi, 21 yang merupakan salah seorang calon yang berjaya meraih pekerjaan selepas dibantu pihak LZS. Ikutilah temubual santai ini semasa kunjungan ke Sekolah Agama Rakyat Batu Belah, Klang, Selangor (SAR Batu Belah) tempat di mana beliau kini menabur bakti.

“Jujurnya saya merasa amat terharu apabila

pihak LZS dan MZSB memilih saya dari ratusan anak asnaf untuk mengikuti Kursus Pra-Kerjaya tersebut. Saya memang langsung tidak menyangka akan dipanggil. Biar pun hanya sehari berkursus, namun ternyata banyak yang dapat saya pelajari.” Demikianlah ujar Siti, jelas terpancar keceriaan di riak wajah manisnya yang bertudung litup.

Bagi Siti, selaku graduan muda berkelulusan Diploma Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu, pendedahan tentang persiapan menceburi bidang pekerjaan memang sesuatu yang amat berguna bagi dirinya.

“Saya dan semua calon yang merupakan anak asnaf telah didedahkan mengenai cara penampilan diri yang nampak professional apabila dipanggil temuduga untuk pekerjaan. Selain itu, aspek keyakinan diri juga dipupuk dan mesti ditampilkan. Sudah pastilah ia amat bermanfaat.” Terangnya lagi.

Lalu pada 23 Julai 2015, tidak diduga pihak Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) telah memanggil Siti untuk sama-sama mengikuti sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan guru di Sekolah Agama

Rakyat dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kelolaan JAIS.

“Saya masih ingat, ada lebih 40 orang calon yang hadir untuk sesi temuduga itu. Malah JAIS juga agak ketat dalam pemilihan, kerana saya sendiri telah dipanggil untuk ditemuduga sebanyak dua kali. Ketika itulah saya mengamalkan semua petua dan ilmu yang diperolehi lewat kursus sebelumnya. Saya menjaga penampilan diri, kemas dan penuh beretika. Malah ketika itu saya merasa lebih yakin untuk mendapatkan pekerjaan, dan alhamdulillah, ternyata saya berjaya.” Ceria Siti mengongsikan pengalamannya ditemuduga.

Kemudiannya menjelang 15 Oktober 2015, itulah tarikh keramat bagi Siti kerana bermulalah kerjaya beliau sebagai guru KAFA di SRA Batu Belah, Klang, Selangor.

“Ibu saya adalah orang yang paling gembira dengan kejayaan saya mendapatkan jawatan guru KAFA. Ini kerana, ibu memang mahu saya mengekori jejak langkahnya yang juga menjadi guru di Sekolah Agama Rakyat.” Ceritanya lagi.

Mengenang kembali kisah sebelum ini, Siti memberitahu bahawa dia dan keluarganya merupakan asnaf di LZS yang mulai didaftarkan pada tahun 2012. Ayahnya hanya seorang tukang kayu yang mempunyai enam orang anak, maka kehidupan mereka memang agak sempit.

“Ketika tahun 2012, seingat saya ibu bapa saya ada memohon untuk bantuan pendidikan dan kami diberikan bantuan berjumlah RM700 bagi sesi persekolahan 2013. Kemudiannya, pada tahun 2014 sekali lagi LZS memberikan bantuan yang lebih besar, iaitu pendidikan bagi persekolahan sebanyak lebih dari RM1,000. Tahun 2015, selain bantuan pendidikan bernilai RM500, kami juga diberikan bantuan menyambut hari raya sebanyak RM900.” Demikian bantuan zakat yang pernah dinikmati Siti sekeluarga.

“Tahun 2010, di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berjaya meraih 6A. Tahun 2011 saya ditawarkan pengajian ke Unisza, dan LZS terus memberikan bantuan untuk pengajian tinggi. Kemudiannya saya menamatkan pendidikan di Unisza pada tahun 2014. Selain diri sendiri, saya juga mempunyai lima orang adik-adik yang semuanya sedang belajar. Adik kedua saya kini menekuni bidang hafazan al-Quran di sebuah sekolah. Kami bersyukur kerana zakat telah meringankan sedikit sebanyak bebanan ibu ayah kami dalam menyediakan dana pendidikan.” Ujarnya lagi.

Sehabis belajar di Unisza, Siti kembali ke kampungnya di Klang dan mulai mencari pekerjaan. Siti teringat tempat kerja awalnya dahulu semasa dia sedang menunggu keputusan SPM, lalu dia kembali bekerja di situ sebagai tukang jahit.

“Lalu dari tahun 2014 hingga 2015, saya kembali menjadi tukang jahit di sebuah

kedai. Tetapi saya tidak menjahit baju, kerana kedai itu menjahit langsir. Alhamdulillah, saya mendapat upah harian sebanyak RM32. Ketika itulah saya dipanggil untuk berkursus oleh MZSB dan kemudiannya ditemuduga oleh JAIS.” Jelas Siti lagi.

Berbanding tukang jahit langsir, menjadi seorang guru bukanlah suatu yang mudah, apatah lagi Siti sendiri bukanlah berlatar belakangkan pengajian pendidikan semasa di Unisza. Maka, Siti terlebih dahulu diberikan kerja-kerja bersifat pentadbiran dan juga kerja-kerja mudah yang lain, agar dia dapat memahami selok-belok pekerjaannya.

“Mula-mula saya terasa agak susah juga, maklumlah dahulu saya tukang jahit. Tetapi saya belajar untuk beradaptasi dengan keperluan. Kini saya telah berjaya mengendalikan kelas khas, misalnya menyelia hafalan para murid dan melakukan aktiviti pengisian tertentu yang diminta oleh pihak sekolah. Misalnya jika ada taklimat khas, saya akan diminta untuk menyampaikannya. Ia adalah latihan agar saya lebih bersedia menjadi seorang pengajar. Pihak sekolah hanya akan memberikan saya ruang mengajar bermula Januari 2016 nanti.” Ralit Siti bercerita mengenai kerjaya baharunya.

Demikianlah secebis kisah Siti Khairiah Faezah binti Azmi yang kini menjadi salah satu tonggak membantu keluarga, di samping ibunya sendiri Zakiah binti Mansor, 45 yang juga merupakan seorang guru agama dan ayahnya, Azmi bin Sa’ad, 47 yang merupakan seorang tukang kayu. LZS berharap semoga keluarga ini dapat lebih bernafas dengan kejayaan Siti memperoleh pekerjaan yang lebih terjamin ini.

“Sebenarnya cita-cita saya ialah mahu menjadi seorang usahawan. Saya terinspirasi dengan pemilik kedai jahitan Puan Munirah tempat saya bekerja sebelum ini, sebab itu saya teringin menjadi usahawan. Namun dengan jawatan guru agama di sekolah ini, pastilah saya harus memberi fokus kepada karier seorang pendidik. Pun begitu, saya akan tetap terus menjahit jika ada kesempatan, kerana kemahiran itu memang sudah terbina dalam diri saya. Saya hanya berharap, dengan kerjaya dan juga kemahiran yang ada, saya dapat menambah pendapatan keluarga dan serentak itu mampu mengeluarkan diri dan keluarga tercinta daripada status asnaf.” Terang Siti penuh yakin.

Di penghujung perbualan, Siti tidak lupa mendoakan agar semua pihak yang telah membantu dirinya sekeluarga mendapat kebaikan yang banyak di sisi Allah SWT.

“Terima kasih LZS dan MZSB kerana terus memantau kami anak-anak asnaf hingga berjaya. Terima kasih juga pembayar zakat. Semoga reda Allah SWT sentiasa memayungi ke atas diri kalian dan semoga zakat yang ditunaikan menjadi ibadah yang diganjari Allah SWT dengan pahala yang besar di akhirat, amin.” Tuntas Siti menoktahkan perbualan. Edisi

Oleh: Hamizul Bin Abdul Hamid ([email protected])Perunding Dakwah Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Tugas sebagai sebagai guru sekolah,digalas Siti dengan penuh amanah.

Edisi • September 2016 • 15KEMUSYKILAN UMAT

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada [email protected] dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com.my, http://blog.e-zakat.com.my atau Facebook.com/lembagazakatselangor.MAIS.

Tatacara Pengagihan ZakatSOAlAN: Kala menghadiri sebuah kuliah Maghrib di sebuah masjid, saya pernah mendengar seorang ustaz menyebut kalimah ‘mustahiq’ zakat. Saya tidak berapa faham apakah maksudnya dan bolehkah dijelaskan lebih lanjut. Terima kasih.

jAWAPAN: Terima kasih di atas pertanyaan ini. Itulah untungnya jika kita rajin ke masjid, banyak perkara mengenai ilmu Islam dapat kita pelajari. Baiklah, menyentuh mengenai soalan saudara berkenaan, iaitu apakah mustahiq, maka suka dinyatakan bahawa mustahiq ialah golongan yang berhak ke atas zakat. Ia berasal daripada bahasa Arab, iaitu kalimah ‘istahaq’ yang membawa erti “yang berhak atau patut”. Dalam istilah lain, mustahiq juga dikenali juga sebagai asnaf zakat.

Di dalam al-Quran, terdapat beberapa surah yang membicarakan perihal mustahiq zakat ini. Antara surah yang paling jelas dan banyak menyentuhnya, ialah surah at-Taubah. Misalnya, di dalam ayat 60, surah at-Taubah, Allah SWT telah menggariskan siapakah yang dinamakan mustahiq zakat itu secara terperinci dan jelas sekali.

Maksud firman Allah SWT: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba (riqab), orang-orang yang berhutang (gharimin), untuk jalan Allah SWT (fisabilillah) dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan (ibn sabil), sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah SWT, dan Allah SWT Maha Mengetahui lagi

Maha Bijaksana.” (at-Taubah, 9:60) Manakala di dalam firman-Nya yang

lain, Allah SWT menyebutkan: “Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir, miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan (ibnu sabil).” (ar-Rum, 30:38)

Manakala daripada kalam Rasulullah sendiri, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan: “Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi kalangan muallaf pula, diriwayatkan pula oleh Abdullah bin Zaid r.a. dan Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah SAW telah membahagi-bahagikan harta rampasan perang selepas kemenangan dalam perang Hunain. Mereka menyatakan, Baginda SAW telah memberi (harta kepada) orang-orang yang hendak dipujuk hatinya (orang yang baru masuk Islam atau muallaf ), dan hadis ini dikeluarkan oleh Imam Muslim.

Untuk orang yang berhutang, maka Nabi Muhammad SAW menyatakan: “Sesungguhnya meminta zakat itu tidak halal; kecuali pada tiga golongan, pertama, orang yang memikul beban untuk mendamaikan dua pihak yang sedang bersengketa (sehingga dia terpaksa

mengeluarkan hartanya bagi tujuan mendamaikan), maka dihalalkan baginya meminta sehingga ia memperolehinya (zakat).” (Sebahagian hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa’i dan Abu Daud).

Bagi tujuan fisabilillah, Nabi SAW mengungkapkan: “Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkan untuk keluarganya, untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah SWT (fisabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fisabilillah.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu, daripada segala dalil sama ada al-Quran mahu pun al-hadis di atas, jelaslah sudah kepada kita siapakah yang dimaksudkan sebagai mustahiq atau asnaf zakat tersebut. Walau bagaimanapun, dari aspek teknikal yakni takrifan ke atas kelapan-lapan asnaf ini, ada yang masih kekal sama seperti mana pada zaman Nabi Muhammad SAW dan ada yang telah diberikan definisi baharu sesuai dengan keperluan zaman oleh para fuqaha mutakhir. Maknanya, telah berlaku sedikit-sebanyak perubahan, bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari ini.

Misalnya, dalam konteks fisabilillah, para fuqaha tidak lagi sekadar membataskannya kepada aspek

peperangan menegakkan agama Islam semata-mata, bahkan ia turut meliputi segala usaha yang matlamat akhirnya bersifat maslahah amah (kepentingan umum) dan mengajak serta membawa seluruh manusia kepada keredhaan Allah SWT Atas dasar itulah, para fuqaha misalnya al-Razi, al-Kasani, Sadiq Hassan Khan, Muhammad Rashid Redha dan Muhammad Shaltut menyatakan, asnaf fisabillah boleh dikembangkan kepada kepentingan Islam lain yang tidak terbatas.

Kesimpulannya, eloklah saudara terus mendalami mengenai mustahiq zakat ini, agar tindakan saudara dalam memberikan zakat adalah menepati kehendak syarak dan menepati juga keutamaan. Misalnya segelintir orang Islam suka memberikan zakat secara persendirian dan mengenepikan peranan amil serta institusi zakat. Perbuatan ini, biarpun sah tetapi tidak menepati sunnah. Hanya melalui majlis ilmu sahajalah kita dapat lebih memahami kehendak syariat. Wallahua’lam. Edisi

16 • Edisi • September 2016ULASAN BUKU

PENGINTEGRASIAN ZAKAT CUKAI DI MALAYSIA

CALL NO : 297.54 PEN

Tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi membantu para pelajar, pengkaji, pegawai-pegawai agama, agensi kerajaan dan swasta serta anggota masyarakat memahami tentang konsep dan isu zakat di dalam Islam. Di samping itu, pembaca juga turut didedahkan tentang kaitan zakat dan cukai serta isu-isu semasa yang berlaku dalam kedua-dua aspek.

SIRI FIQH ISLAM MUDAH: PENGURUSAN ZAKAT

CALL NO : 297.54 MEM

Siri Fiqh Islam Mudah - Pengurusan Zakat merupakan sebuah buku yang menghimpunkan membicarakan dan memuatkan hukum-hukum fiqh yang boleh dipelajari secara mudah, ringkas dan padat berkenaan dengan pengurusan zakat yang merangkumi hukum zakat, syarat-syarat zakat, jenis-jenis zakat dan harta-harta zakat. Termasuk juga perbincangan tentang zakat emas dan perak, perniagaan hasil ternakan, hasil tanaman,harta galian dan hukum-hukum pengagihan zakat.

Hukum-hukum fiqh yang dibincangkan dalam buku ini

merupakan pandangan yang disepakati oleh Jumhur ulama dan pandangan yang rajih dari kalangan ulama. Setiap hukum fiqh disertkakan dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-sunnah bagi memperincikan lagi cara hukum tersebut diperolehi.

ZAKAT, INFAK & SEDEKAH

CALL NO : 297.54 BAN

Islam adalah agama yang mendorong umatnya untuk meraih kejayaan, kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan. Hal ini menyebabkan Islam sangat mengambil berat dalam persoalan membasmi kemiskinan. Oleh kerana itu Islam menyeru dan mewajibkan kepada umatnya untuk mengeluarkan zakat.

Zakat merupakan ibadah yang bercorak sosio-ekonomi sebagai kewajiban orang Islam untuk menunaikannya. Buku Zakat, Infak & Sedekah merungkai persoalan mengenai zakat yang harus ditunaikan oleh setiap umat Islam

yang mampu. Di dalam buku ini dimuatkan topik mengenai pengertian dan perbezaan zakat, infak dan sedekah, dalil-dalil tentang perintah dan anjuran menafkahkan harta, harta-harta yang wajib dikeluarkan zakatnya dan cara pengiraannya serta pelbagai lagi tajuk yang dibahaskan. Buku ini disusun dan ditulis menggunakan ayat yang mudah untuk difahami.

Buku ini dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada pembaca mengenai zakat sekaligus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang pentingnya menunaikan zakat dalam meningkatkan lagi ekonomi umat Islam.

RAHSIA HAJI: FALSAFAH DAN HIKMAHNYA MENURUT AL-QURAN DAN SUNAH

CALL NO : 297.352 MNA

Buku Rahsia Haji: Falsafah Dan Hikmahnya Menurut Al-Quran Dan Sunah ini mempunyai informasi yang lengkap berkisar tentang ibadah haji. Haji dilihat sebagai ibadah dan bukan sebagai adat semata-mata. Di dalam buku ini juga diterapkan nilai-nilai ‘kenikmatan’ ibadah haji. Ini dimulakan dengan perkara asas dan diakhiri dengan hikmah ibadah. Selain itu, ia dirangkumkan daripada persiapan akidah dan ketakwaan, persiapan kewangan, persiapan mental dan fizikal, persiapan ilmu pengetahuan dan persiapan tazkirah nafs. Buku yang menerangkan setiap perbuatan yang kita lakukan mempunyai sebab-sebab tertentu. Manfaat ibadah haji termasuk ukhrawi, manfaat rohani, manfaat ekonomi, manfaat sosial kemasyarakatan, manfaat ilmu dan pendidikan dan manfaat sejarah. Di dalam buku mengandungi beberapa bab seperti berikut:Bab 1: Persiapan diri untuk ke MakkahBab 2: Manfaat Haji dan UmrahBab 3: Falsafah dan hikmah hajiBab 4: Hikmah perjalanan haji Rasulullah SAWBab 5: Kelebihan haji dengan mengenal hikmah

Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi Encik Mohd Hafiz, Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online

Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.

PILIHAN EDITOR

Edisi • September 2016 • 17TOKOH ISLAM

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI (470-561H / 1077-1166M)Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

“The imam of his time who acquired an encyclopedic knowledge of fiqh and its branches, and mastered hadith also”. Muhib al Din Muhamad

Beliau merupakan seorang tokoh sufi dan pendakwah yang terkenal kerana kesarjanaannya dalam pelbagai bidang

ilmu agama. Nama sebenar beliau ialah Abd Qadir tapi beliau lebih dikenali sebagai Abdul Qadir al-Jilani. Beliau dilahirkan di sebuah daerah di Iraq yang dinamakan sebagai jilan. Dari segi latarbelakang keluarga, beliau mempunyai pertalian saudara dengan Rasulullah SAW. Hal ini kerana bapanya iaitu Musa merupakan cicit kepada Ali bin Abu Talib. Manakala ibunya Fatimah merupakan keturunan Ali Zayn Al-Abidin yang merupakan anak kepada Hussain bin Ali bin Abu Talib.

Keluarganya sangat taat beragama dan menjalani kehidupan sebagai seorang sufi. Oleh itu, semenjak kecil Syeikh Qadir al-Jilani telah dididik untuk menjadi seorang individu yang alim dan juga warak. Kesan daripada asuhan dan didikan sufi yang diterimanya menjadikan beliau membesar sebagai seorang kanak-kanak yang berakhlak mulia serta luar biasa kecerdasannya dan kecintaannya kepada ilmu pengetahuan.

Oleh kerana kepintarannya, ketika beliau berumur 10 tahun, pada setiap kali beliau menghadiri kelas pengajian semua guru akan memastikan beliau mendapat tempat di dalam kelas. Beliau juga dikatakan begitu komited dalam menuntut ilmu sehingga dapat menguasai sesuatu pelajaran dalam masa satu hari sahaja. Apabila beliau mencecah umur 18 tahun beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk menimba ilmu.

Di Baghdad beliau menekuni ilmu al-Quran, Hadith dan Bahasa Arab. Beliau juga telah mempelajari ilmu Fiqah sehingga beliau dapat menguasai asas, pecahan dan perbezaan dari sudut Fiqah. Beliau telah berguru dengan beberapa ulama terkenal seperti Abu Said Al-Mukharrimi, Abu Al-Wafa’ Ibn Aqil, Abu Al-Khattab, Abu Ghalib al-Baqullani, Abu Zakariyya al-Tabar dan lain-lain.

Menurut Abdullah Mohd Zin, kesungguhan dan kepintaran Syeikh Abd Qadir al-Jilani amat dikagumi. Hal ini kerana, walaupun beliau terpaksa belajar dalam kesusahan kerana kemiskinan namun beliau berjaya menguasai ilmu al-Quran, Fiqah, Hadis, Bahasa Arab dan segala cabang ilmu yang berkaitan sehingga beliau diiktiraf sebagai ulama pada zamannya. Kesarjanaannya dalam semua bidang ilmu tersebut amat dikagumi sehingga seorang penulis sejarah bernama Muhib al Din

Muhamad menggambarkan beliau sebagai “as the imam of his time who acquired an encyclopedic knowledge of fiqh and its branches, and mastered hadith also.”

Semasa di Baghdad juga pertemuannya dengan Hammad bin Dabas seorang tokoh Sufi pada masa itu, telah membawanya meneroka dan mengamalkan cara hidup dan disiplin sebagai seorang Sufi. Ketekunannya dalam mempraktikkan disiplin sufisme dan mujahadah diri yang amat kuat dalam melawan hawa nafsu telah membawanya menjalani kehidupan sebagai seorang abid yang zuhud. Menurut Abdullah Mohd Zin, selama lebih kurang 25 tahun Syeikh Abdul Qadir mengasingkan diri hidup di padang pasir menumpukan hidupnya untuk beribadat kepada Allah SWT siang dan malam. Walau bagaimanapun ketika beliau berumur 51 tahun, beliau akhirnya kembali kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam bidang dakwah dan pendidikan.

SumbanganSyeikh Abd Qadir Jilani telah menumpukan

hidupnya untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dalam bidang dakwah melalui pendidikan. Pada setiap hari beliau akan mangajarkan ilmu Tafsir, Hadis, al-Quran, Nahu dan Fiqh di madrasah yang ditubuhkannya. Setiap kali selepas solat Zohor beliau akan mengajar terjemahan al-Quran. Beliau juga manyampaikan kuliah sebanyak 3 kali seminggu. Dikatakan juga bahawa sesiapa yang berguru kepadanya tidak perlu untuk berguru dengan yang lain. Hal ini kerana semua disiplin ilmu yang penting dipelajari pada zaman tersebut mampu diajar oleh Syeikh Abd Qadir.

Anak-anak muridnya datang dari segenap pelusuk Baghdad dan juga dari Negara-negara Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan bahkan juga terdiri daripada golongan alim ulama yang ingin mendapatkan ilmu dan manfaat daripada kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Abd Qadir. Ramai daripada anak muridnya telah menjadi ulama besar dan disegani di tempat masing-masing. Mereka telah menyampaikan ajaran Syeikh Abd Qadir sehingga dikatakan telah berjaya mengembalikan masyarakat Islam kepada penghayatan agama dalam kehidupan. Diantara anak murinya yang terkenal ialah Abu Muhammad al-Khashshab (pakar nahu). Abu Hassan (pendakwah terkenal di Mesir), Abu Muhammad Mahmud bin Othman dan Abu Omar Otheman.

Walaupun sibuk dengan aktiviti pengajaran dan pentarbiahan Syeikh Abd Qadir sempat juga meluangkan masanya untuk menulis. Kebanyakan daripada tulisannya menjurus kepada perkara-perkara berhubung akidah, etika, ibadah, sufisme dan juga moral.

Diantara karyanya yang terkenal ialah:• Al-QhunyahLiTalibiTariqal-HaqqFi

al-Akhlaq wa al Tasawwuf wa al-Adab al-Islamiyyah. Buku ini ditulis dalam dua jilid berdasarkan kepada mazhab Fiqh

Imam Hambali mengandungi ajaran-ajaran akidah, akhlak, moral, sufisme, ritual dan peraturan atau disiplin sufisme.

• Futuh al-Ghaib. Buku inimengandungi ajaran-ajaran kesufian Syeikh Abd Qadir dan juga 78 perbahasan tentang spiritual (kerohanian) yang disusun oleh anaknya bernama Abdal-Razzaq.

• Al-Fath al-Rabbani wa al-Faidl al-Rahmani. Buku ini merupakan koleksi syarahan yang disampaikan oleh Syeikh Abd Qadir al-Jilani dari tahun 1150M-1152M. Buku ini merupakan rujukan penting dan berguna untuk pelaksanaan dakwah dan Sufism. Ianya mengandungi kaedah dan metodologi dakwah serta ajaran-ajaran spiritual oleh Syeikh Abd Qadir al-Jilani.Syeikh Abd Qadir al-Jilani juga

merupakan salah seorang tokoh sufi yang terkenal. Beliau telah mengasaskan tarekat sufi yang dinamakan sebagai Qadiriyyah. Ajaran kesufian beliau memfokuskan kepada usaha mencapai pengabdian diri secara mutlak kepada Allah SWT. Apa yang menarik, menurut Syeikh Abd Qadir al-Jilani dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak seharusnya seorang itu hanya menumpukan kepada ibadat sehingga memutuskan dirinya daripada urusan dunia. Seorang sufi hendaklah menyedari bahawa dia memikul tugas dan tanggungjawab untuk

berdakwah. Hal ini kerana, tugas berdakwah adalah merupakan satu tugas yang telah diperintahkan oleh Allah SWT ke atas para Rasulnya dan seluruh umat manusia. Justeru mematuhi perintah ini adalah merupakan satu kewajipan dan cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Di antara sumbangan beliau yang amat besar dalam bidang dakwah ialah beliau telah berjaya menarik ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Dikatakan bahawa seramai 500 orang Yahudi dan Kristian telah memeluk Islam setelah mendengar ceramah atau kuliah umum yang disampaikannya. Manakala ribuan umat Islam yang terlibat dengan jenayah seperti membunuh dan merompak telah berjaya dibentuk oleh beliau supaya kembali ke pangkal jalan. Pendekatan sufi memfokuskan kepada merangsang hati untuk mendekatkan diri kepada Allah. Edisi

Antara buku karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

18 • Edisi • September 2016ZOOM MAIS

1. Program tautan Ukuwah MAIS berlangsung dengan meriah pada 26-28 Ogos 2016 di Lumut, Perak. 2. Timbalan Rektor YBrs Dr Mohammad Syukri b. Abdul Rahman dan Timbalan Rektor YBrs Dr Mokmin b. Basri bertukar Portfolio disaksikan oleh Rektor Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor YBhg Prof. Dato’ Dr. Ab Halim b. Tamuri pada 30 Ogos 2016 lalu.3. YAB Dato Sri Muhammad Azmin Ali mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh para graduan pada satu Majlis Konvokesyen ke-19 KUIS pada 13

Ogos 2016.

2

3

1

Edisi • September 2016 • 19

4. Felda Global Venture Holdings Berhad telah menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) pada 26 Ogos 2016.

5. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan lawatan korporat ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung Pengurusan Hal Ehwal Islam terutama dalam Pengurusan Zakat, Wakaf, Pembangunan dan Perlaksanaan Al-Riqab pada 18 September 2016.

6. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kehadiran daripada sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Siti Mashitoh Mahamood pada 20 September 2016.

7. Seramai 14,877 kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor layak menyertai Skim Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji yang dikenali sebagai Skim Berkat pada 30 Ogos 2016.

8. Majlis sembelihan haiwan korban sempena Hari raya Aidiladha telah berlangsung di perkarangan bangunan Sultan Idris Shah pada 13 September 2016.

4

6

5

7

8

ZOOM MAIS

Membentuk Fikrah Ummah

TerkiniSEPTEMBER 2016 • ZULHIJJAH 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: [email protected] • Laman Sesawang: www.mais.gov.my

Penyaluran wang boleh dibuat secara tunai ke akaun Bank Islam No. Akaun 12-038-01-009567-6 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor”

✓ Riba atau faedah✓ Judi atau pertaruhan✓ Pengeluaran dan penjualan barang tidak halal✓ Insurans konvensional✓ Jual beli sekuriti yang tidak halal✓ Aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

BAHAGIAN HARTA BAITULMALMAJLIS AGAMA ISLAM SELANGORTingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196Faks : 03-5512 4042

KLASIFIKASI WANG TIDAK PATUH SYARIAH

Wang Tidak Patuh

Syariah“Sebarang bentuk pendapatanatau perolehan hasil daripadaperbuatan atau transaksi yang

bertentangan dengan

Hukum Syarak”

www.mais.gov.my

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI (470-561H / 1077-1166M)

Beliau merupakan seorang tokoh sufi dan pendakwah yang terkenal kerana kesarjanaannya dalam pelbagai bidang ilmu agama. Nama sebenar beliau ialah Abd Qadir tapi beliau lebih dikenali sebagai Abdul Qadir al-Jilani. >17

JOM AMALRasulullah SAW berpesan untuk mengembalikan perdamaian pastikan kita sudah ikut saranan Baginda.

√ x

1.Sentiasa berprasangka baik

2.Menyembunyikan dan menjaga aib orang lain

3.Bersaing pada perkara positif

4.Tidak benci-membenci

5. Tidak hasad

6.Tidak membuat permusuhan

Di atas pemergian Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din yang dikasihi ke rahmatullah pada 16 September 2016. Allahyarham semasa hayatnya merupakan Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS bagi sesi 2015-2017. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah kerana jasa Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara yang tidak terhingga dan ternilai itu. Hanya Allah SWT jua yang mengetahui dan kepadaNya kami serahkan untuk memberi ganjaran sewajarnya.

Semoga keluarga Allahyarham sentiasa sihat sejahtera dalam peliharaan Allah SWT.

Salam Takziah