berita niaga bumiputera

10
“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera” “Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera” 1 Bermula 2 Oktober 2009, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), akan secara rasminya dikenali sebagai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran logo SME Corp. Malaysia pada 21 Ogos 2009. SME Corp. Malaysia akan berperanan untuk membangunkan EKS yang kompetitif dan berdaya tahan dalam menharungi cabaran ekonomi semasa, selain memastikan supaya EKS terus maju dan berdaya saing. SME Corp. Malaysia t u r u t berperanan sebagai Agensi Penyelaras Pusat EKS. Bagi mencapai hasrat tersebut, SME Corp. Malaysia akan meluaskan fokusnya kepada koordinasi program, polisi dan insentif dalam semua sektor. SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) SEPTEMBER 2009 BIL. 8 / 2009 KANDUNGAN SME CORPORATION MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA). 1 TAKLIMAT DAN DIALOG ANTARA MIDA DAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI SELANGOR (DPMMS) …..2 PROGRAM OUTREACH BUMIPUTERA DI PULAU PINANG …………………....3 PROMOTION BOOTH …...3 PRODUCTS EXEMPTED FROM LEAD TESTING FOR US MARKET …………………..4 STATUS PELAKSANAAN SKIM PINJAMAN MUDAH BAGI PENINGKATAN KAPASITI SEKTOR PERKHIDMATAN (SLSCD) OLEH MIDF…………..……5 PROGRAM SYARIKAT CONTOH ANJURAN MPC: USAHAWAN EKS JERLUN ………………..…..7 KEJAYAAN RAMLY BURGER …………….…….8 PROGRAM DAN AKTIVITI AGENSI MITI UNTUK BUMIPUTERA …………….9 Pada majlis pelancaran tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata SME Corp. Malaysia akan membantu Kerajaan menyelaras dasar serta program EKS, termasuk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh 14 kementerian dan 60 agensi yang terbabit dalam pembangunan sektor terbabit. Dengan penyelarasan fungsi tersebut, ia akan dapat memastikan kelancaran agihan bantuan dan pembiayaan daripada pelbagai dana sedia ada bagi memajukan EKS di negara ini. Beliau turut menambah, komitmen serius kerajaan untuk membangunkan EKS dibuktikan melalui kelulusan cadangan pelaksanaan rangka kerja baru untuk meneliti pelaksanaan program dan penilaian bebas menggunakan pendekatan ‘rangka kerja analisis impak program EKS. Dengan adanya penyelarasan fungsi- fungsi dan matlamat baru ini, pendekatan prestasi berasaskan penghasilan ini akan membentuk cara bagaimana EKS dipacu untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang daya saing tinggi, yang akan membawa SME Corp. Malaysia ke peringkat antarabangsa. Logo SME Corp. Malaysia

Upload: mohammad-noor-adros-yahya

Post on 05-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

1

• Bermula 2 Oktober 2009, Perbadan an Pemb angunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), akan secara rasminya dikenali sebagai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran logo SME Corp. Malaysia pada 21 Ogos 2009.

• SME Corp. Malaysia akan berperanan untuk membangunkan EKS yang kompetitif dan berdaya tahan dalam m e n h a r u n g i c a b a r a n e k o n o m i semasa, selain m e m a s t i ka n supaya EKS terus maju dan berdaya saing. SME Corp. Malaysia t u r u t b e r p e r a n a n sebagai Agensi Penyelaras Pusat EKS. Bagi mencapai hasrat tersebut, SME Corp. Malaysia akan meluaskan fokusnya kepada koordinasi program, polisi dan insentif dalam semua sektor.

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)

SEPTEMBER 2009 BIL. 8 / 2009 KANDUNGAN

• SME CORPORATION MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA). 1

• TAKLIMAT DAN DIALOG ANTARA MIDA DAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI SELANGOR (DPMMS) …..2

• PROGRAM OUTREACH BUMIPUTERA DI PULAU PINANG …………………....3

• PROMOTION BOOTH …...3

• PRODUCTS EXEMPTED FROM LEAD TESTING FOR US MARKET …………………..4

• STATUS PELAKSANAAN SKIM PINJAMAN MUDAH BAGI PENINGKATAN KAPASITI SEKTOR PERKHIDMATAN (SLSCD) OLEH MIDF…………..……5

• PROGRAM SYARIKAT CONTOH ANJURAN MPC: USAHAWAN EKS

JERLUN ………………..…..7

• KEJAYAAN RAMLY BURGER …………….…….8

• PROGRAM DAN AKTIVITI AGENSI

MITI UNTUK BUMIPUTERA …………….9

• Pada majlis pelancaran tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata SME Corp. Malaysia akan membantu

Kerajaan menyelaras dasar serta program EKS, termasuk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh 14 kementerian dan 60 agensi yang terbabit dalam pembangunan sektor terbabit. Dengan penyelarasan fungsi tersebut, ia akan dapat memastikan kelancaran agihan bantuan dan pembiayaan daripada pelbagai dana sedia ada bagi memajukan EKS di negara ini.

• Beliau turut menambah, komitmen

s e r i u s k e r a j a a n u n t u k membangunkan EKS dibuktikan

m e l a l u i k e l u l u s a n cadangan pelaksanaan rangka kerja baru untuk meneliti pelaksanaan program dan penilaian bebas menggunakan pendekatan ‘rangka kerja analisis impak program EKS. Dengan adanya penyelarasan fungsi-fungsi dan matlamat baru ini, pendekatan prestasi berasaskan penghasilan

ini akan membentuk cara bagaimana EKS dipacu untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang daya saing tinggi, yang akan membawa SME Corp. Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Logo SME Corp. Malaysia

Page 2: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

2

• Unit Pembangunan Perniagaan Bumiputera (BBDU) MIDA telah menyertai satu sesi taklimat dan dialog bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) bagi memaklumkan peranan MIDA dalam pembangunan sektor perkilangan dan perkhidmatan. Taklimat disampaikan oleh Pengarah MIDA Selangor, Puan Jauriah A. Ghani.

• Taklimat ini turut melibatkan sesi penerangan berkenaan dengan “Services Sector Capacity Development Fund (SSCDF)” yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan MIDA dari Bahagian Khidmat Industri, Encik Ahmad Khairuddin kepada para usahawan Bumiputera di negeri Selangor. • Sesi taklimat dan dialog ini telah diadakan di Dewan Latihan & Seminar DPMMS

bertempat di Shah Alam, Selangor pada 7 Ogos 2009 dan telah dirasmikan oleh Encik Affendy Othman, Pengerusi BIRO Perhubungan Kerajaan dan Keahlian (DPMMS). Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi BIRO Pemulihan Usahawan (DPMMS), Encik Mohd

Radzi Bin Basiron dan Pemangku Pengarah Eksekutif (DPMMS), Encik Mohamad Nazri Aman.

• Program ini telah dihadiri oleh 106 orang peserta terdiri daripada ahli DPMMS dari syarikat berasaskan perkilangan, perkhidmatan dan profesional. Semasa sesi soal jawab, sebilangan besar peserta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur bagi memohon geran

sepadan di bawah SSCDF. • Aktiviti seumpama ini merupakan langkah

dan usaha berterusan MIDA dalam membantu usahawan Bumiputera menghadapi persaingan sengit dalam keadaan ekonomi yang penuh dengan cabaran.

TAKLIMAT DAN DIALOG ANTARA MIDA DAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI SELANGOR (DPMMS)

Page 3: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

3

• Pada 17 Ogos 2009 program outreach Bumiputera iaitu ‘Peluang Dan Kemudahan Perniagaan Dalam Sektor Pembuatan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Miti Dan Agensi Untuk Usahawan Bumiputera anjuran MITI dan Agensi telah diadakan di MPC Kepala Batas, Pulau Pinang.

• Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Mohamad Farid bin Saad, ADUN Pulau Pinang.

• Program ini telah dihadiri seramai 120 orang yang terdiri daripada ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, syarikat serta individu Bumiputera sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

• Program ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dikalangan usahawan Bumiputera. Mesej yang ingin disampaikan telah berjaya untuk memberi pendedahan kepada usahawan Bumiputera serta bimbingan berkaitan peluang dan kemudahan yang terdapat di MITI dan Agensinya.

• Antara topik yang telah dibentangkan adalah seperti berikut: (i) Peluang dan Kemudahan Perniagaan di MITI dan Agensi untuk Bumiputera oleh MITI; (ii) Program Latihan Keusahawanan dan Pembangunan Produk di bawah MITI Putrajaya oleh MITI Putrajaya; (iii) Bantuan dan Kemudahan Pembiayaan oleh SME Bank; (iv) Insentif dan Kemudahan Kewangan oleh SMIDEC; dan (v) Program Eksport Di bawah MATRADE dan Potensi Usahawan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Bumiputera

MATRADE.

• Pada sesi akhir program ini, sesi soal jawab telah diadakan antara peserta bagi mendapat maklumbalas peserta dan menentukan isu-isu yang berbangkit yang boleh di beri perhatian.

PROGRAM OUTREACH BUMIPUTERA DI PULAU PINANG

MATRADE PROMOTION BOOTH

Page 4: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

4

PRODUCTS EXEMPTED FROM LEAD TESTING FOR US MARKET

• The Consumer Product Safety Commission (CPSC) of the United States has voted to approve a list of products exempted from lead testing for children's products under the Consumer Product Safety Improvement Act (CPSIA). CPSC commissioners agreed that the following items do not exceed the CPSIA lead limits and therefore are not subject to those limits or the related testing requirements:

► Textiles (excluding after-treatment applications, e.g., screen prints, transfers, decals or other prints) consisting of natural fibers or manufactured fibers, whether dyed or undyed. For apparel items, this means that fabric and yarn will be exempt from lead testing but not metal or plastic findings, trimmings, fasteners, buttons, zippers, etc. ► Other plant-derived and animal-derived materials; i.e., wood, natural fibers, coral, amber, feathers, fur, untreated leather, bone, sea shell, animal glue, bee's wax, seeds, nut shells, flowers and bone, provided these materials are not treated with any chemicals or surface coating. ► Paper and similar materials made from wood or other cellulosic fiber, including paper board, linerboard and medium, and coatings on such paper that become part of the sub strate. ► Printing inks using the modern CMYK printing process (excluding spot colors, other inks that are not used in CMYK process, inks that do not become part of the substrate, and inks used in after-treatment applications, including screen prints, transfers, decals or other prints) and the paper used in books. The CPSC also determined that adhesives and binding materials used in children's books will normally be inaccessible and therefore fall within the inaccessibility exception to the lead limits. ► Precious gemstones, semiprecious gemstones and other minerals (excluding any min eral based on lead or lead compounds, including aragonite, bayldonite, boleite, cerussite, crocoite, galena, phosgenite, vanadinite and wulfenite). ► Natural or cultured pearls. ► Metals and alloys, including surgical steel and precious metals. • The CPSC stated that the determination that these products do not contain lead does not

relieve the products from lead testing if the product or material is altered or modified so as to exceed the lead content limits.

• Malaysian companies should be aware of the lead testing requirement in order to ensure

their products are complied with the ruling. This information is also useful for Malaysian companies to develop new ideas and create innovative products with alternative materials.

• For more information and enquiries:

MATRADE Los Angeles MATRADE HQ

Name : Mr. Fauzi Ayob Mr. Khairul Izan Ahmad Saufi Trade Commissioner Deputy Director, America Unit Tel : +1-213-892-9034 03-6207 7190 Fax : +1-213-955-9142 03-6203 7296 Email : [email protected] [email protected]

Page 5: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

5

• Skim ini telah dilancarkan pada 6 April 2009 dengan bertujuan untuk meningkatkan aktiviti menambah nilai, produktiviti dan kecekapan syarikat-syarikat di dalam sektor perkhidmatan.

•Skim yang berjumlah RM50 juta ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan syarikat dan enterpris sektor perkhidmatan tempatan dalam bentuk bantuan k e w a n g a n u n t u k meningkatkan daya saing mereka demi menghadapi persaingan antarabangsa. Ini sejajar dengan langkah Kera jaan yang te lah mengumumkan langkah-l a n g k a h u n t u k m e m b a n g u n k a n 2 7 subsektor perkhidmatan. •Skim ini merupakan sebahagian daripada Dana Peningkatan Kapasiti Sektor P e r k h i d m a t a n y a n g berjumlah RM100 juta. Dana ini merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi yang Pertama yang telah disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui MIDA dan diuruskan oleh MIDF.

• Program promosi yang telah dijalankan oleh MIDF sejak skim ini dilancarkan

telah menarik lebih daripada 618 pertanyaan daripada syarikat-syarikat sektor perkhidmatan.

• MIDF te lah mener ima 187

permohonan berjumlah RM101.34 juta termasuk 54 permohonan berjumlah RM21.14 yang gagal mengemukakan dokumen dan informasi lengkap bagi tujuan penilaian secara terperinci.

STATUS PELAKSANAAN SKIM PINJAMAN MUDAH BAGI PENINGKATAN KAPASITI SEKTOR PERKHIDMATAN (SLSCD) OLEH MIDF

MIDF telah

meluluskan bantuan

RM50 juta

berbentuk pinjaman

mudah kepada

syarikat-syarikat

dalam sektor

perkhidmatan

dalam masa 5 bulan

sehingga Ogos

2009

• Setakat Ogos 2009, MIDF telah meluluskan 73 permohonan berjumlah RM50 juta yang pemohon-pemohonnya adalah terdiri daripada sub-sektor seperti berikut:-

(i) P e r d a g a n g a n P e r e d a r a n (Distributive Trade);

(ii) Penjagaan Kesihatan; (iii) Pelancongan; (iv) Logistik; (v) Pendidikan; (vi) Perniagaan dan Perkhidmatan

Professional; dan (vii) T e kn o lo g i M a k lum a t d a n

Komunikasi (ICT).

Contoh aktiviti-aktiviti syarikat di bawah sektor perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan profesional kepada syarikat antarabangsa dan syarikat berkaitan Kerajaan, seperti kajian geoteknikal dalam bidang petroleum.

Page 6: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

6

Carta 1: Peratusan Syarikat Yang Diluluskan Mengikut Sub-sektor

Carta 2: Peratusan Syarikat Bumiputera Yang Diluluskan Mengikut Sub-sektor

Nota: MIDF telah meluluskan 35 permohonan berjumlah RM25.36 juta kepada usahawan- usahawan Bumiputera. Rujukan : MIDF

Page 7: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

7

• MPC dan lapan syar ikat usahawan ini telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) sebagai usaha membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pembangunan sumber manusia. MPC diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Y.Bhg Dato’ Nik Zainiah Nik Abd Rahman semasa majlis Hari Bersama Industri pada 26 Julai yang lalu di Jerlun, Kedah.

• Menerusi program ini, semua usahawan tersebut akan menjadi anak angkat MPC yang mana mereka akan diletakkan di bawah program Syarikat Contoh dengan menerima khidmat nasihat secara percuma bagi membangunkan syarikat masing-masing.

• Program seumpama itu telah pun dijalankan dengan jayanya di s e l u r u h n e g a r a d e n g a n melibatkan 55 anak angkat EKS di bawah seliaan MPC. Bagi Wilayah Utara sahaja MPC telah mengambil 13 anak angkat termasuk di Pulau Pinang dan Kedah.

PROGRAM SYARIKAT CONTOH ANJURAN MPC: USAHAWAN EKS JERLUN

• Menurut MPC, EKS per lu menyumbang sebanyak 60 hingga 80 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membolehkan Malaysia menjadi n e g a r a y a n g e k o n o m i n y a berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan oleh Kerajaan. Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan adalah antara negara-negara ekonomi berpendapatan tinggi.

• MPC akan memberi bimbingan secara berterusan kepada usahawan EKS yang terpilih berkenaan s e h i n g g a m e r e k a b e r s e d i a u n t u k b e r s a i n g s e c a r a terbuka. Melalui skim anak angkat Syarikat Contoh ini, MPC akan membuat pemantauan dan memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada usahawan EKS ini berdasarkan modul s y a r i k a t c o n t o h Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM Model Company). MPC t idak menetapkan tempoh masa tertentu kepada usahawan ini kerana ada antara p e s e r t a p r o g r a m

sebelum ini yang mengambil masa lima tahun untuk dibimbing.

Ketua Pengarah MPC, Y.Bhg. Dato’Nik Zainiah Nik Abd. Rahman bersama peserta Syarikat Contoh

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan 46200 Petaling Jaya, Selangor (U.P.: Tn. Hj. Omar Othman/En. Zaki Jaafar)

Tel : 03-7955 7266; 7955 7050

Page 8: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

8

• Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti burger, nuget, sosej dan lain-lain.

• Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam

bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial.

• Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982,

syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. • Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992).

• Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat

pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya. Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

• SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food

Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.

KEJAYAAN RAMLY BURGER

Logo Ramly Burger

Page 9: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

9

PROGRAM DAN AKTIVITI AGENSI MITI UNTUK BUMIPUTERA

Page 10: Berita Niaga Bumiputera

“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”“Ke Arah Memperkasa Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera”

10

Untuk keterangan lanjut berkenaan program, sila hubungi Urusetia: