konsep survival melayu dan bumiputera

36
CTU 555 MALAYSIAN HISTORY AP225 3B SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA Oleh : Nur Syafiqah Bt Abdul Rahman Azreen Bt Jamalul Azahar Norasikn Bt Jamil Siti Aisyah Bt Jerawi Nur Syakirah bt Othman

Upload: akudaksjohor-nxn

Post on 16-Jan-2017

3.321 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

CTU 555 MALAYSIAN HISTORY

CTU 555 MALAYSIAN HISTORYAP225 3BSURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERAOleh :Nur Syafiqah Bt Abdul RahmanAzreen Bt Jamalul Azahar Norasikn Bt JamilSiti Aisyah Bt JerawiNur Syakirah bt Othman

Dimana sumpah kita anak Melayu ??

Sikap orang Melayu menunjukkan mereka masih belum bersedia menghampiri wawasan 2020.Persoalannya apakah jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Isu-isu seperti pengangguran siswazah Melayu iaitu jumlah graduan Melayu membentuk 70% daripada jumlah siswazah menganggur, kualiti modal insan yang mendukacitakan, kegagalan menguasai bahasa Inggeris serta tidak menepati kehendak pasaran kerja seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelesaian.Lambakan siswazah ini bukanlah suatu isu yang luar biasa lagi buat masa sekarang.Hal ini merujuk kepada sikap siswazah itu sendiri yang rata-ratanya inginkan pekerjaan yang hebat tanpa melalui jalan kehidupan sebagai pekerja bawahan.Realiti Melayu Hari Ini..

Definisi survival

berasal dari perkataan survive yang bermaksud bertahan hidup. Sedang survival sendiri adalah suatu kondisi yang tidak menentu yang dihadapi oleh seorang atau sekelompok orang pada suatu daerah yang asing bagi orang/kelompok yang sedang mengalaminya.

kelangsungan hidup seseorang dimana seseorang itu tidak menerima pelayanan yang sempurna kerena adanya pengaruh atau masalah yang timbul pada waktu itu.

Survival Melayu menurut perspektif islamSubtitle

NOTE:To change the image on this slide, select the picture and delete it. Then click the Pictures icon in the placeholder to insert your own image.

SURVIVAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAMMenurut perspektif Islam survival Melayu adalah harus selagi mana peranan kerajaan tersebut tidak bercanggah dalam Islam dan tidak menindas kaum lain. Dalam Al-Quran (Surah al-Rad, 13: 11): Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya. Sekiranya Melayu dan Bumiputera ingin capai peningkatan taraf hidup yang lebih baik dan maju, mereka sendiri perlu berusaha.

SURVIVAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAMNamun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Quran, alMaedah:8)

Survival Melayu dan Bumiputera menurut PerlembagaanPerkara 153 hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.Hak istimewa meliputi :Jawatan dan perkhimatan awamBiasiswaKuota pendidikanLesen perniagaan30% ekonomi Melayu dan BumiputeraKemudahan-kemudahan khasTanah rezab

Pandangan semesta Melayu pra dan pasca Islam

DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW)

Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world.Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYUi) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddhaii) kedatangan agama Hindu dan Buddha

i) Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha

Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. Roh nenek moyang yang dinamakan hyang (seerti poyang/ moyang) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.

ii) Kedatangan agama Hindu dan Buddha

Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.

KEDATANGAN ISLAMAntara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah:Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta.Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.Menghormati maruah dan martabat manusia.Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan.Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAMASPEK TAUHIDKonsep tauhid mengandungi tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.Disamping itu juga, terdapat tauhid rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.

Konsep tauhid juga ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti bagi wujudnya Rabb al-Alamin (Tuhan semesta alam).

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG BIDANG PERSURATANBIDANG KESENIAAN

BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGIBIDANG PENDIDIKAN

Cabaran dalam memperkasakan survival melayu

NOTE:To change the image on this slide, select the picture and delete it. Then click the Pictures icon in the placeholder to insert your own image.

CABARAN EKONOMI

CABARAN EKONOMI : DOMINASI OLEH KAUM LAIN72 peratus warga Malaysia yang tidak memiliki asset kewangan adalah Bumiputera, berbanding 21 peratus Cina dan 7 peratus India.70 peratus isi rumah dalam kalangan 40 peratus termiskin di negara ini adalah Bumiputera.Data tahun 2008 menunjukkan bahawa 79 peratus rakyat Malaysia berpendapatan bulanan bawah RM1,000 adalah Melayu.Secara purata, pendapatan isi rumah Melayu pada tahun 2012 ialah Rm 4,457 berbanding Rm6366 Cina dan RM5233 India. (Juhaidi Yean Abdullah, 2014)

CABARAN EKONOMI : DOMINASI OLEH KAUM LAIN

CABARAN EKONOMI: PIAWAI HIDUP YANG RENDAHSehingga tahun 1990, orang Melayu paling ramai dalam bidang pertanian (76.4%), guru dan jururawat (68.1%), perkhidmatan (61.5%), teknikal an profesional tidak berdaftar (seperti pelukis pelan, juruteknik, pembantu hospital) (60.3%), perkeranian (54%) dan bidang pengeluaran atau operator (48%).Penyertaan orang Melayu dalam bidang profesional yang berdaftar masih belum memuaskan. Daripada lapan bidang yang disenaraikan iaitu arkitek, akauntan, jurutera, doktor, doktor gigi, doktor veterinar, peguam dan juruukur, orang Melayu hanya mencapai 29%, berbanding orang Cina sebanyak 55.9% dan India 13.2%. Begitu juga dengan bidang pentadbiran dan pengurusan, orang Melayu cuma mencapai 33.3%, manakala bidang pemasaran dan jualan sekitar 36%.Keadaan ini amat menyedihkan kerana bidang-bidang inilah yang menghasilkan pendapat paling lumayan dan merupakan sektor yang memperngaruhi pelaksanaan dasar-dasar pembangunan dan kestabilan ekonomi negara. (TERAS, 2015)

CABARAN EKONOMI : PEMILIKAN PERNIAGAANPemilikan ekuiti korporat kaum Cina meningkat dalam tempoh DEB, iaitu daripada 23 peratus (1970) kepada 44 peratus (2006).Kaum Cina menguasai 70 peratus aset komersial, termasuk kilang dan bangunan perniagaan negara ini dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia. Hasil kaji selidik sekaligus menepis dengan hujah dan dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi Cina disekat kerajaan dan bahawa DEB bersifat diskriminasi atau hanya menguntungkan Bumiputera. Beliau membuktikan dasar membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan dimanfaat semua kaum, malah penurunan kadar kemiskinan adalah paling ketara dalam kalangan orang Cina; daripada 26 peratus (1970) kepada 5.4 peratus (1990). Kadar kemiskinan Cina hari ini cuma 0.3 peratus berbanding India (1.8 peratus) dan Melayu (dua peratus). (Juhaidi Yean Abdullah, 2014)

CABARAN POLITIKMASYARAKAT MELAYU TIDAK BERSATUPuak Melayu secara politik tidaklah utuh bersatu bahkan sejak awal sejarahnya. Pada masa itu hingga penghujung tahun 1990-an parti puak Melayu ada dua iaitu UMNO dan PAS. Akan tetapi setelah tsunami ekonomi muncul satu parti Melayu iaitu Parti Keadilan.KUASA POLITIK LUAR BANDAROrang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar. Di bandar, bangsa lain yang berkuasa. Orang Melayu tidak laku. Pulau Pinang bukan orang Melayu punya. Ipoh bukan orang Melayu punya. Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya. Gua Musang orang Melayu punya.

CABARAN POLITIKTIDAK CELIK POLITIK"Jika kita ingin mengekalkan survival Melayu malah mempertahankan ketuanan Melayu, penyertaan dalam politik akan mencelikkan mata kita tentang ancaman dan menjadi penentu kelangsungan kuasa orang Melayu," kata Najib dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada persidangan agong tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kali ke-61.

CABARAN SOSIAL

CABARAN SOSIAL : CABARAN DALAMAN DAN LUARANCabaran dari dalam ialah cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Remaja sekarang khususnya remaja Melayu banyak terbabit dengan gejala sosial yang sangat membimbangkan seperti penyalah gunaan dadah, kesalahan juvana dan sebagainya. Manakala cabaran dari luar pula seperti kemasukan pengaruh asing terutama sekali unsur-unsur dari Barat. Barat adalah merupakan satu kuasa yang sangat berpengaruh dan mampu menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat resamnya dan juga proses sosialisasi dan pembudayaan.

CABARAN SOSIAL: BAHASA DAN AGAMADalam fahaman kapitalisme globalisasi, untuk berjaya dalam ekonomi yang kini tidak mengenal sempadan, seseorang mesti menguasai bahasa paling berdaya komersial dalam dunia. Maka realiti sekarang ialah bahasa Inggeris dan Mandarin.Di sinilah cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu hingga terdapat tanggapan bahawa bahasa Melayu sudah tidak relevan untuk survival. Bukan saja orang Melayu mesti menguasai bahasa Inggeris, tetapi mereka mesti turut menguasai Mandarin kerana ekonomi rantau ini terletak di tangan Cina. Cabaran ini menjadikan orang Melayu berasa kurang selamat. Bahasa rojak dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah antara gejala yang menjadikan psikologi orang Melayu berasa kurang selamat.

CABARAN SOSIAL : PENDIDIKANPengasingan sistem pendidikan: Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda.Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama.Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka.Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi, politik dan sosial barat.

Peranan kerajaan dalam menjamin survival melayu dan bumiputeraPolitik Mempertahankan parti-parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.Mempertahankan survival Raja-raja Melayu berdasarkan perlembagaan.Melaksanakan peruntukan berkaitan orang Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan agama Islam, Bahasa Melayu,hak istimewa dan tanah rezab Melayu.

Ekonomi Pengenalan satu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Menceburi sektor IKS.Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Melayu/Bumiputera di semua peringkat aktiviti ekonomi.Meluaskan program berasaskan pertanian Sokongan kewangan seperti pinjaman modal.Membantu perniaga kecil seperti nelayan dan petani.Tidak wujud campur tangan politik.

Sosial Menguatkan perpaduan antara Melayu dan Bumiputera.Program kejiranan,rukun tetangga,sukarelawan,gotong royong dan program keagamaan harus di sertai setiap lapisan masyarakat.Program muzakarah atau perbincangan perlu diadakan dengan mengetepikan fahaman politik.Setiap masyarakat perlu bersama dalam membendung gejala yang tidak sihat.Peranan media massa dalam penyebaran maklumat tentang bahaya perlu digiatkan.

Pendidikan Semenjak pengubalan laporan Razak 1956 sehinggan pengubalan Akta Pelajaran 1996 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Orang Melayu mampu mencapai mutu tahap pendidikan setaraf antarabangsa.Melahirkan lebih ramai orang Melayu dalam bidang professional.Akta Pelajaran 1996 menetapkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan.PPPM bertujuan meningkat mutu pendidikan .

ISU SEMASA SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERATajuk isu semsa Isu survival graduan Melayu antara fokus PEMANAS 2014STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERAKukuhkan agenda penyatuan demi survival Melayu

Maju mundurnya sesuatu bangsa tidak bergantung kepada keturunan kaum atau warna kulit. Sebab itu ada bangsa Eropah yang amat mundur dan ada bangsa Asia yang termaju sekali. Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada budaya bangsa itu. Dan budaya bukan sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah. Budaya berubah sepanjang masa dan boleh dicorak secara sengaja.- Tun Dr Mahathir Mohamad

Kesimpulan