surat cara boleh niaga

34
1 PENGENALAN Suratcara boleh niaga (SBN) adalah sejenis dokumen yang digunakan dalam urusniaga komersil dan kewangan Ia digunakan dalam kedua-dua keadaan – domestik dan antarabangsa “Boleh niaga adalah satu bentuk pindah milik dari seorang (pemilik) kepada seorang yang lain dalam satu dokumen yang membuktikan wujud tanggungjawab kontraktual untuk membuat pembayaran.

Upload: wanbk-leo

Post on 05-Dec-2014

13.097 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Cara Boleh Niaga

1

PENGENALAN

• Suratcara boleh niaga (SBN) adalah sejenis dokumen yang digunakan dalam urusniaga komersil dan kewangan

• Ia digunakan dalam kedua-dua keadaan – domestik dan antarabangsa

• “Boleh niaga adalah satu bentuk pindah milik dari seorang (pemilik) kepada seorang yang lain dalam satu dokumen yang membuktikan wujud tanggungjawab kontraktual untuk membuat pembayaran.

Page 2: Surat Cara Boleh Niaga

2

CIRI-CIRI BOLEH NIAGA

Hakmilik suratcara berpindah kepada penerima melalui serahan, arahan, bayaran atau pengindorsan beserta arahanPemegang suratcara dalam memiliki suratcara dapat mendakwa atas namanyaNotis penyerahan tidak perlu diberikan kepada siberhutang (bank)Penerima suratcara yang menerima dengan suci hati dan mendapat hakmilik yang lebih baik akan bebas dari sebarang tuntutan atau tanggungan terdahulu.

Page 3: Surat Cara Boleh Niaga

3

CONTOH-CONTOH SBN

Bil pertukaranCekNota janjiBank drafNota bankBil kewangan Waran sahamWaran dividenDebenturCek pengembaraan

Page 4: Surat Cara Boleh Niaga

4

BIL PERTUKARAN

Definisi: s. 3(1) Akta Bil Pertukaran 1949“pertukaran tak bersyarat secara bertulis, dialamatkan oleh seorang kepada seorang yang lain ditandatangani oleh orang yang memberikannya, yang menghendaki orang yang dialamatkannya itu membayar atas permintaan atau ditentukan atas perintah, orang yang dinyatakan, atau; kepada pembawa

Page 5: Surat Cara Boleh Niaga

5

PIHAK-PIHAK KEPADA BIL PERTUKARAN

Penyuruh bayar/Drawer – pihak yang memberi perintah bayaranPesuruh bayar/Drawee – pihak yang menerima perintah bayaranPenerima/payee – pihak yang menerima bayaran

Page 6: Surat Cara Boleh Niaga

Contoh

6

• memberi arahan kpd

Penyuruh Bayar Pesuruh bayar(Siti) (Ah Meng)

Ah Meng perlu membuat

bayaran kpd

Pemerima (Ramu)

Page 7: Surat Cara Boleh Niaga

7

nilai

RM1,000.00 Stamp tempat dikeluarkan

Kedah1 Ogos 2008 tarikh dikeluarkan

Bayar pada Ramu sebanyak seribu Ringgit Malaysia dua bulan selepas tarikh nilai yangditerima.

SitiKpd Ah MengKuala Lumpur Penyuruh bayar

Org yg diarahkan

penerima

Page 8: Surat Cara Boleh Niaga

8

CIRI-CIRI BIL PERTUKARAN

1. Perintah bertulis tidak bersyarat.• Perintah untuk membayar yang

dibuat secara bertulise.g: Bayar A/Sila bayar AKes: Hamilton lwn. SpottiswoodBil ditulis, “Kami dengan ini mengizinkan anda membayar atas akaun kami atas tuntutan G,…”Mah:Ia bukannya bil pertukaran kerana berbentuk keizinan, bukannya perintah.

Page 9: Surat Cara Boleh Niaga

9

PERINTAH TIDAK BOLEH BERSYARATKEADAAN2 YG DIANGGAP

BERSYARATPesuruh bayar diberi budibicara untuk membayar atau tidak. e.g: “bayar X jika berpuashati dengan barang…”Pesuruh bayar di minta membuat tambahan kepada pembayaran wang.e.g: bayar X dengan syarat bahawa syarat-syarat berikut dipatuhi…”Pemegang diklehendaki tandatangan resit untuk mendapat pembayaranPembayaran diperintah daripada caruman tertentu.

e.g: bayar x…daripada caruman…”

Page 10: Surat Cara Boleh Niaga

10

Kes: Ong Kim Lian lwn. Kwek Beng ChooBP dikeluarkan di Sarawak dan pembayar mengendors bil secara kosong dan menghantar bil itu ke singapore. Bil hilang dalam perjalanan. Defendan menuntut pembayaran ke atas bil. Dalam bil tertulis perkataanberbahasa Cina dan diendors …’Bayar …kedua2 lelaki dan dokumen perlu dikenali. Drawing yang salah tidak dibenarkan’.Mah: Dokumen bukan bil pertukaran kerana ada mempunyai arahan tambahan.

Page 11: Surat Cara Boleh Niaga

11

Cooperative Exportvereniging Vecofa Ua lwn. Maha Syndicate Defendan adalah penerima tiga keping BP. Mereka mendakwa setiap bill telah didraw dan ditentukan ‘dalam masa 60 hari selepas sight D/A, apabila pemanas sampai, bayar bil pertama kepada Bank Rotterdam…’Mah: Bil adalah bil pertukaran kerana ia perlu dibayar segera atau pada masa yang ditetapkan berdasarkan perkataan D/A.

Page 12: Surat Cara Boleh Niaga

12

2. Dialamatkan kepada seseorang untuk dibayar kepada seseorang (drawer kpd drawee)S.6(1) – Penyuruh bayar hendaklah dinamakan/ditunjukkan dalam bil dengan ketentuan yang munasabah.S.7 – jika sesuatu bil tidak kena dibayar kepada pembawa, penerima hendaklah dinamakan/ditunjukkan dengan ketentuan yang munasabahSekiranya penerima tidak wujud maka bil tersebut dianggap dibayar kepada pembawa.

Page 13: Surat Cara Boleh Niaga

13

3. DitandatanganiBil hendaklah ditandatangani oleh penyuruh bayarS.23 – seseorang tidak dianggap bertanggungan sebagai drawer, indorser atau penerima bil jika dia tidak menandatangani bil itu.

Kes: Lim Guan Tet lwn. Shaikh AhmadCap dan meterai adalah dianggap sebagai satu cara tandatangan.

Kes: Importers Ltd. lwn. Westminster BankTandatangan adalah wajib dalam BP walaupun tiada takrif yang khusus.

Page 14: Surat Cara Boleh Niaga

14

4) BertulisS.3 Akta Interpretasi 1967 mentakrifkan bertulis sebagai;Cetakan, litografi, kertas bertaip, fotografi atau apa-apa bentuk lain yang menerangkan tulisan dalam bentuk yang boleh dilihat secara terang.

5) Arahan bayaran seberapa segera atau pada masa hadapan

Page 15: Surat Cara Boleh Niaga

15

S.10 – bil dikatakan payable on demand/dibayar seberapa segera apabila;- a) ditentukan sedemikian, atau apabila dilihat, atau semasa persembahan,- b) apabila tiada masa tertentu yang dinyatakanS.11 – bayaran pada masa hadapan ialah bayaran pada tempoh yang ditetapkan selepas tarikh atau dilihat cth: 10 hari selepas 12 Disember, atau dibayar selepas berlakunya sesuatu kejadianS.12 – jika bil dikeluarkan tanpa tarikh, pemegang bil boleh mengisi tarikh yang betul.

Page 16: Surat Cara Boleh Niaga

16

Kes: Haque lwn. FrenchTarikh pada sesuatu bil adalah elemen penting jika ia adalah bil masa tetapi bil yang tidak betarikh masih dianggap sah

6) Sejumlah wang yang pastiS.9(1) – arahan supaya dibayar sekali dengan faedah juga dianggap satu jumlah yang pasti.S.9(3) – faedah akan dikira dari tarikh bil kecuali telah dinyatakan selainnya.

Page 17: Surat Cara Boleh Niaga

17

Kes: Martin lwn. ChauntrySatu arahan menghantar kuda ke pengkalan dan menjelaskan bayaran pada harai tertentu bukan merupakan bil pertukaran kerana jumlahnya tidak dinyatakan secara spesifik.

Kes: Lamberton lwn. AikenJumlah yang harus dibayar perlu dinyatakan di atas bil.

Page 18: Surat Cara Boleh Niaga

18

7) Perlu disokong dengan balasanS.27 – balasan yang bernilai adalah balasan dalam satu kontrak yang simple atau sebarang hutang atau tanggungan yang antecedent. (sesuatu yang terjadi lebih dahulu/balasan lepas).

8) pihak-pihak mestilah layak – kelayakan mengikut s.11 Akta Kontrak

9) bertarikhS.3(4)(a) – bil perlu bertarikh, tetapi jika tidak masih sah.

Page 19: Surat Cara Boleh Niaga

19

PENERIMAANBil perlu dipersembahkan kepada draweeJika drawee setuju menerima bil itu, dia perlu menurunkan tandatangan ke atas bil tersebut bersama dengan perkataan diterima. Tanpa perkataan diterima, bil itu tidak sah.S.17(1) – penerimaan ialah penandaan oleh penyuruh bayar persetujuannya atas perintah pesuruh bayar.

Page 20: Surat Cara Boleh Niaga

20

Syarat2 penerimaan:i) Penerimaan ditulis di atas bil

dan ditandatangani oleh penyuruh bayar

ii) Tidak menyatakan penyuruh bayar boleh melaksanakan janjinya dengan cara lain selain daripada pembayaran wang.

Page 21: Surat Cara Boleh Niaga

21

PENGENDORSAN/PENGESAHAN

S.31 – BP boleh diniagakan dengan dua cara:

i) Hantarserahii) Pengendorsan dan hantarserah

Pengendorsan memberi kesan kepada pindahmilik harta dalam bil kepada penerima pindahmilik dan ianya melibatkan tanggungan dipihak pengendors.Pengendorsan adalah penting dalam perundingan bil-bil perintah.

Page 22: Surat Cara Boleh Niaga

22

CIRI-CIRI PENGENDORSAN YANG SAH

a) S.32(a) – wajib ditulis di atas bil itu sendiri dan kemudian ditandatangani oleh orang yang mengendors.Tandatangan lebih baik diturunkan di belakang bil bagi mengelakkan kekeliruan.Triggs lwn. EnglishMah: Seseorang yang menurunkan t/tgn di bawah t/tgn drawer dianggap sebagai pengeluar nota janji hutang itu.

Page 23: Surat Cara Boleh Niaga

23

b) S.32(b) – pengendorsan mesti dibuat terhadap keseluruhan bil. Ia tidak boleh diendors sekiranya arahan membayar sebahagian sahaja.Cth: Bil RM1000, bayar kepada T, RM300 dan M, RM700. Ia tidak boleh diendors.

c) s. 32(c) – apabila bil dibayar kepada penerima yang ramai, maka semua perlu mengendors, kecuali penerima mewakilkan kuasanya kepada orang lain.

d) Apabila nama pengendors telah disalahejakan, maka pengendors perlu mengesahkan menurut ejaan di atas bil atau menambahkan jika ia mahu ejaannya betul.

Page 24: Surat Cara Boleh Niaga

24

JENIS-JENIS PENGENDORSAN

1. Pengendorsan khusus/spesifik - s.34(2)Ia menyebut nama orang kepada siapa atau arahan kepada siapa bil itu perlu dibayar.Ia merupakan suatu pengendorsan apabila pengendors menambahkan nama penerima.Jika terdapat pengendorsan kosong, pemegang bil itu boleh menukarnya menjadi spesifik dengan menamakan orang kepada siapa tuntutan bil itu harus dibayar.

Page 25: Surat Cara Boleh Niaga

25

2. Pengendorsan Kosong – s. 34(1)Berlaku apabila penerima bayaran/pengendors/payee menurunkan tandatangannya di belakang bil itu dan nama penerima pindah milik tidak disebut di atas tandatangan penerima bayaran.

3. Pengendorsan Bersyarat – s.33Jika bil yang berupa hendak diendorskan bersyarat, syarat tidak diambilkira oleh pembayar, dan pembayaran kepada penerima endors adalah sah samada syarat itu telah dipenuhi atau tidak.

Page 26: Surat Cara Boleh Niaga

26

4. Pengendorsan Terhad – s.35(1)Berlaku apabila sesuatu bil yang diendors sedemikian berhak mendapatkan bayaran atas bil itu tetapi tidak boleh diniagakan selanjutnya. Cth: ‘bayar X sahaja’

5. Pengendorsan FakultatifBerlaku apabila pengendors melepaskan sebahagian atau semua hak undang-undangnya. Cth: “Notis Tak Layan Di Lepaskan”.

Page 27: Surat Cara Boleh Niaga

27

PEMEGANG

DefinisiS.2 – penerima bayaran atau penerima endors bil atau nota yang ada milikannya, atau pembawa.

Page 28: Surat Cara Boleh Niaga

28

JENIS PEMEGANG DAN HAK-HAKNYA

1) PEMEGANG MENGIKUT ATURANS.29 – Seorang pemegang mengikut aturan adalah pemegang yang menerima sesuatu bil yang lengkap, sempurna pada rupanya, dalam keadaan berikut:-a) bahawa ia menjadi pemegang sebelum ia luput tempoh tanpa mengetahui ia terlebih dahulu adalah bil tidak dilayan, jika sedemikian faktanya.

Page 29: Surat Cara Boleh Niaga

29

Kes: Arab Bank Ltd. lwn RossSatu bil dikeluarkan untuk “F. & F.N.Co.” Ia diendors “F & FN”.Mah: Bil tidak sempurna pada mukanya.

b) bahawa ia menerima bil tersebut dengan sucihati dan untuk nilai dan pada masa bil itu diniagakan kepadanya ia tidak mengetahui tentang apa-apa kecacatan pada hakmilik orang yang meniagakannya.Kesan utama ialah dipindahkan kepada payee suatu hak yang sempurna dan bebas daripada apa juga kecacatan hak milik yang ada.

Page 30: Surat Cara Boleh Niaga

30

HAK PEMEGANG MENGIKUT ATURAN

S.38i) Boleh mengambil tindakan ke

atas bil itu di atas nama beliau sendiri.

ii) Memegang bil itu bebas dari apa-apa kecacatan hak milik pihak-pihak yang sebelumnya.

Page 31: Surat Cara Boleh Niaga

31

2) PEMEGANG UNTUK NILAIS.27(2) – ialah pemegang suatu bil, iaitu nilai telah diberi pada masa yang lain. Ia tidak semestinya merupakan pihak yang memberikan nilai itu.Cth: A mengeluarkan suatu cek untuk B sebagai bayaran kepada perkhidmatan yang telah diberikan oleh B kepada A. B endors bil sebagai hadiah kepada C. C adalah pemegang untuk nilai kerana suatu nilai telah diberikan sebelumnya kepada B. C tidak perlu memberi nilai itu sendiri. C boleh saman A tetapi bukan B.

Page 32: Surat Cara Boleh Niaga

32

HAK PEMEGANG UNTUK NILAIBoleh dakwa dengan menggunakan namanya sendiri tetapi hakmilik bergantung kepada apa yang dipunyai oleh si pemindahmilik.Menguatkuasakan bil terhadap semua pihak yang telah menandatangani bil itu sebelum memberi nilai tersebut.Cth: D mengeluarkan cek untuk P yang telah mengendorskannya untuk nilai kepada A, A endors untuk nilai kepada B dan B beri cek itu kepada C sebagai hadiah.

Page 33: Surat Cara Boleh Niaga

33

Dengan mengandaikan semua pengendorsan itu sah, C adalah pemegang untuk nilai walaupun dia tidak memberi nilai itu sendiri dan dia boleh mendakwa D, P dan A tetapi tidak boleh dakwa B. C tidak boleh mendakwa B kerana dia tidak memberi nilai bagi bil itu.

Page 34: Surat Cara Boleh Niaga

34

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl