perhimpunan usahawan bumiputera 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013...

12
1 PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 AGENDA TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA PEMBENTANGAN OLEH TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SIME DARBY CONVENTION CENTRE BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR 4 MAC 2013

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

1

PERHIMPUNAN

USAHAWAN BUMIPUTERA 2013

AGENDA TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA

PEMBENTANGAN

OLEH

TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SIME DARBY

CONVENTION CENTRE

BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

4 MAC 2013

Page 2: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

2

Bismillahirrahmanirrahim.

YB Saudara Khairy Jamaluddin

Pengerusi

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam sejahtera dan selamat pagi.

Alhamdulillah, marilah kita bersama merafak setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat

Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya jua dapat kita bersama di Majlis

Perhimpunan Usahawan Bumiputerapada hari ini. Saya ingin mengalu-alukan hadirin

dan hadirat sekalian ke Majlis yang ulung kalinya diadakan,hasil usaha bersama

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri.

2. Tujuan utama Perhimpunan ini ialah bagi kita bersama berfikir mendalam dan

juga jika perlu, secara di luar kotak,untuk berkongsi pandangan, bersama mengcungkil

dan melahirkan idea dan initiative bagi kita melipat gandakan lagi usaha kearah

mencapai matlamat memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera.

3. Harapan Kerajaan ialah semoga Perhimpunan ini menjadi satu forum untuk

usahawan dan agensi-agensi kerajaan bergabung tenaga kearah meningkatkan

penglibatan Bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan, supaya misi kitauntuk

mewujud serta membangunkan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputerayang berdaya maju, lagi berdaya saing dapat dicapai. Misi kita ini menjadi

lebih mendesak memandangkan kini kita mempunyai hanya 7 tahun lagi, sebelum

matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun

2020tercapai.Sesungguhnya, kita tidak sekali-kali mahu melihat Bumiputera tercicir dari

menikmati manfaat pembangunan apabila negara menjadi sebuah negara maju.

Hadirin sekalian,

Page 3: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

3

4. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mula dilaksanakan pada tahun 1971, telah

banyak membawa kemakmuran kepada Bumiputera di negara ini. Juga, tidak dapat

dinafikan bahawa DEB telah berjaya meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam

bidang ekonomi melalui pendekatan serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan

dan menyusun semula masyarakat.

5. Dari segi pembasmian kemiskinan, matlamat Kerajaan mempastikan semua

rakyat tanpa mengira kaum untuk bersama menikmati taraf dan kualiti hidup yang

tinggi, telah berjaya dicapai. Kalau pada tahun 1957, sebanyak 75 peratus dari kaum

Melayu hidup dalam suasana kedhaifan dan kemiskinan, kini dalam tempoh hanya dua

generasi, kadar kemiskinan tegar negara hampir dapat dihapuskan. Paling ketara ialah

pencapaian bagi isi rumah Bumiputera.Pada tahun 1970, hampir dua per tiga daripada

isi rumah Bumiputera merupakan isi rumah miskin. Kini, kadar kemiskinan isi rumah

Bumiputera telah dapat dikurangkan kepada hanya 5.3 peratus. Seiring dengan ini,

kadar kemiskinan luar bandar, dimana terdapat sebahagian besarnya penduduk

Bumiputera, juga telah berkurangan daripada hampir 59 peratus kepada 8.4 peratus

dalam tempoh yang sama.

6. Pencapaian Bumiputera dalam bidang pembangunan sumber manusia dan

gunatenaga juga memberangsangkan.Pada tahun 1970, bilangan Bumiputera

professional, seperti arkitek, jurutera, akauntan dan peguam amatlah kecil.Kini,

bilangan golongan professional Bumiputera telah meningkat sehingga 44.6 peratus

pada 2008 berbanding hanya 4.9 peratus pada tahun 1970. Bilangan profesional

Bumiputera juga merupakan yang terbesar dalam profession akitektur, kedoktoran,

kejuruteraan, peguam dan juruukur.

7. Pemilikan korporat Bumiputera juga telah meningkat, walaupun matlamatnya

belum tercapai sepenuhnya.Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat lebih

10 kali ganda, dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010

Dasar affirmative yang telah dilaksanakan telah dapat melahirkan banyak usahawan

Bumiputera yang mempunyai kemahiran dan keupayaan menerajui urusniaga dengan

Page 4: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

4

cemerlang. Kini terdapat syarikat-syarikat Bumiputera yang berjaya dalam industri

moden, seperti kewangan, automobil, pembinaan serta juga perladangan.

Hadirin sekalian,

8. Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan memperkukuhkan lagi penyertaan

Bumiputera dalam ekonomi, supaya matlamat DEB dicapai sepenuhnya, InsyaAllah. Di

dalam persekitaran ekonomi global semasa yang lebih kompetitif, kita perlu mencari

satu pendekatan dan mekanisma yang lebih agresif dan berkesan yang boleh

mempastikan penyertaan Bumiputera menjadi lebih efektif dan kekal mapan. Kita

seharusnya menambah baik dan merangka instrumen-instrumen yang lebih efektif.

Malahan, setelah lima puluh enam tahun kemerdekaan, kita harus lebih matang dan

bijak memperbaiki segala kelemahan masa lalu dan berazam membina kejayaan yang

telah kita perolehi setakat ini, supaya dapat membawa kita ketahap kejayaan yang lebih

tinggi dan mantap.

9. Kearah ini, Kerajaan senantiasa berusaha menambahbaik instrumen dasar dan

sistem penyampaian dalam pembangunan ekonomi Bumiputera. Satu tindakan

strategik yang telah diambil ialah penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

(MTAB) yang bertujuan untuk menggubal dasar, hala tuju strategik serta memantau rapi

keberkesanan pelaksanaan program serta inisiatif dibawah Agenda Pembangunan

Ekonomi Bumiputera. Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan

disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, beberapa Menteri kanan, pegawai-pegawai

tinggi Kerajaan dan tokoh-tokoh GLC.

10. Berikutan penubuhan MTAB, Blueprint Hala Tuju Transformasi Ekonomi

Bumiputera telah dirangka dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 26

November 2011. Hala Tuju ini menggariskan dasar, strategi serta initiatif khusus untuk

mempastikan penyertaan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara

dipertingkatkan, terutamanya dalam mendapat manfaat daripada pelaksanaan Program

Transformasi Ekonomi Negara. Secara khusus, Hala tuju ini akan mempastikan

pengwujudan gagasan Bumiputera yang akan sama-sama mendapat manfaat daripada

Page 5: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

5

pertumbuhan pesat sektor-sektor ekonomi negara, penjanaan pekerjaan

berpendapatan tinggi serta pemilikan kekayaan negara.

Hadirin sekalian,

11. Pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan dan latihan adalah kunci

kepada menyelesaikan masalah tahap pendapatan rendah. Aksesibiliti kepada

pendidikan dan latihan kemahiran merupakan instrumen penting dan berkesan yang

boleh mempercepatkan upward mobility Bumiputera kedalam golongan berpendapatan

tinggi. Kita juga perlu membina talent base Bumiputera bertaraf dunia yang kita

perlukan untuk menjadi sebuah negara maju.

12. Oleh itu, satu matlamat utama Blueprint Hala Tuju Transformasi Ekonomi

Bumiputera adalah untuk membina keupayaan (capacity) melalui pendidikan yang

berkualiti bagi membolehkan modal insan Bumiputera meraih pendapatan yang lebih

tinggi.Kearah ini, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) telah ditubuhkan

untuk memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti tenaga kerja

Bumiputera melalui pembiayaan pendidikan dan latihan berkualiti tinggi. Alhamdulillah,

walaupun baru setahun ditubuhkan, YPPB telah berjaya melaksanakan lima program

teras.

13. Secara ringkasnya, program pertama ialah Peneraju Tunas Potensi merupakan

program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memasuki institusi

pengajian tinggi. Peserta-peserta yang layak dibawa keluar dari kelompok kemisikinan

dan kedaifan hidup, dan dengan itu mengubah nasib keluarga dan komuniti sekitar

mereka. Setakat ini, 210 pelajar sedang melanjutkan pelajaran dipelbagai bidang di

institusi-institusi berkualiti di dalam negeri, sebelum ditempatkan di institusi pengajian

tinggi terkemuka di dalam dan luar negara.

14. Kedua, Peneraju Profesional Akauntan bertujuan melahirkan lebih ramai

golongan akauntan profesional Bumiputera bertauliah, iaitu ICAEW, ACCA dan MICPA.

Dengan kerjasama MARA, peserta-peserta Program ini akan memperolehi sijil

Page 6: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

6

professional ini, sambil diberikan bimbingan dan pekerjaan oleh firma-firma perakaunan

terkemuka di Malaysia, iaitu the Big 5 (Ernst & Young, KPMG,

PricewaterhouseCoopers, Deloitte dan BDO). Seramai 58 akauntan sedang mengikuti

Program ini.

15. Ketiga, Peneraju Tunas Geliga merupakan program berbentuk biasiswa kepada

pelajar lepasan UPSR, bertujuan meletakkan pelajar-pelajar ini di dalam persekitaran

pembelajaran yang lebih kondusif supaya mereka berdaya mencapai kecermelangan

pembelajaran. Setakat ini, 100 pelajar telah dipilih untuk mengikuti program ini.

16. Keempat, Peneraju Skil Jurukimpal merupakan program yang membolehkan

jurutimpal Bumiputera memperolehi pensijilan antarabangsa bagi skil kimpalan

berteknologi tinggi. Dengan pensijilan antarabangsa, mereka akan memperolehi

pendapatan bulanan sehingga 9,000 ringgit berbanding 1,000 ringgit tanpa pensijilan

antarabangsa. Setakat ini, seramai 100 peserta telah berjaya mendapat pensijilan

antarabangsa dan akan diempatkan disyarikat - syarikat minyak dan gas.

17. Kelima, Peneraju Skil – Elektrikal merupakan program pensijilan elektrikal

‘chargeman’. Dengan tahap pensijilan yang mereka bakal perolehi melalui program ini,

pendapatan bulanan mereka boleh meningkat daripada 4,000 ringgit hingga 6,000

ringgit kepada 7,000 hingga 10,000 ringgit.

18. Secara keseluruhan, lebih dari 450 orang telah mendapat faedah dari semua

program-program ini. Kerajaan berhasrat meningkatkan sebanyak tiga kali ganda

peserta bagi tahun ini dari jumlah di tahun 2012. Di samping itu, program-program baru

sedang dalam perancangan, termasuk program biasiswa Peneraju Tunas Iltizam, iaitu

untuk pelajar menengah rendah yang lebih cenderung kearah bidang vokasional dan

juga program-program untuk bidang kejuruteraan, CFA dan sebagainya.Sementara itu,

program biasiswa Peneraju Tunas Potensi akan di tambah lagi kepada 500 biasiswa

lagi.

Hadirin sekalian,

Page 7: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

7

19. Dari segi matlamat menambah penguasaan ekuiti korporat, pelbagai pendekatan

telah diambil. Ini termasuk mewujudkan syarikat Bumiputera baru yang berskala besar,

membangun serta mengembangkan syarikat Bumiputera yang sedia ada dan melabur

ekuiti dalam syarikat yang berpotensi melalui institusi pelaburan Bumiputera.

20. Satu instrumen baru ialah penubuhan Ekuinas yang telah ditubuhkan pada tahun

2009 sebagai syarikat pengurus dana ekuiti persendirian yang bertujuan untuk

meningkatkan penglibatan ekonomi Bumiputera secara saksama dan berkekalan,

menerusi pengwujudan syarikat-syarikat peneraju generasi baru. Ekuinas

melaksanakan pelaburannya secara mesra-pasaran, berdasarkan merit dan telus.

21. Setelah lebih tiga tahun beroperasi, dengan bermodalkan dana dari Kerajaan

sebanyak 1.8 bilion ringgit, kini, Ekuinas mempunyai 12 syarikat portfolio di bawah

program pelaburan langsungnya dan tiga syarikat portfolio pelaburan di bawah program

penyumberan luarnya, dengan jumlah pelaburan komited melebihi 1.6 bilion ringgit.

Bersama-sama dengan modal dari rakan-rakan pelabur swasta, Ekuinas berjaya

menjana kemasukan modal melebihi 2.1 bilion ringgit ke dalam ekonomi Malaysia sejak

penubuhannya.

22. Menerusi pelaburan langsungnya, Ekuinas telah berjaya membantu dalam

meningkatkan nilai ekuiti Bumiputera melebihi 1.6 bilion ringgit dan syarikat-syarikat

pelaburannya kini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 4,000 orang

kakitangan serta pengurusan professional di kalangan Bumiputera.

23. Industri yang diceburi oleh Ekuinas meliputi sektor-sektor Peruncitan Makanan

dan Minuman (F&B), Barangan Pengguna Laris (Fast Moving Consumer Goods),

Pendidikan, Logistik serta Minyak dan Gas. Tumpuan Ekuinas adalah untuk menjadikan

syarikat-syarikat pelaburannya ini menjadi syarikat-syarikat gergasi Malaysia pada

masa akan datang. Setakat ini, perancangan Ekuinas berada di landasan yang betul di

mana pelaburan-pelaburan besar yang dilaksanakan di dalam syarikat-syarikat dari

Page 8: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

8

sektor Pendidikan, F&B dan O&G kini adalah merupakan di antara kumpulan ketiga

teratas di dalam industri masing-masing.

24. Alhamdulillah, Ekuinas telah mencapai prestasi yang kukuh, dengan

mencatatkan jumlah pulangan portfolio sebanyak 165.7 juta ringgit bagi tahun

kewangan keduanya berakhir 31 Disember 2011. Kadar Pulangan Dalaman (IRR) kasar

sebanyak 32.3 peratus dan IRR bersih sebanyak 20.6 peratus setahun, adalah lebih

tinggi berbanding sasaran minimum 12 peratus dan sasaran aspirasi 20 peratus yang

telah ditetapkan. Ekuinas juga telah berjaya meningkatkan nilai ekuiti Bumiputera

sebanyak 806.5 juta ringgit.

25. Ekuinas juga memberi tumpuan kepada usaha menarik professional Bumiputera

yang berkebolehan dan berkalibre menerajui pengurusan syarikat serta memainkan

peranan yang lebih agresif dan berkesan dalam pengurusan syarikat, dan bukan hanya

sebagai rakan kongsi hakmilik yang tidak efektif (silent equity partners). Dengan ini,

dapat kita membina lebih banyak syarikat dimana Bumiputera mempunyai penguasaan

hakmilik dan pengurusan syarikat. Hanya dengan ini juga, dapat kita memperkukuhkan

daya saing Bumiputera berasaskan kompetensi dan meritokrasi. Sesungguhnya, hanya

dengan ini dapat kita mewujudkan syarikat-syarikat Bumiputera generasi baru yang

akan mempastikan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna dan mapan.

Hadirin sekalian,

26. TERAJU ditubuhkan sebagai agensi untuk memacu dan menyelaras penyertaan

Bumiputera. Dalam usahanya meningkatkan pencapaian usahawan Bumiputera,

Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi atau TeraS telah dilancarkan pada

bulan Julai 2011. Program ini bertujuanuntuk membantu syarikat Bumiputera berpotensi

tinggi mencapai peningkatan perniagaan. Matlamatnya ialah untuk membantu 1,100

syarikat Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka. Setakat ini, sebanyak 300

syarikat telah dikenalpasti sebagai syarikat TeraS.

Page 9: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

9

27. Program Pembiayaan TERAS (TERAS Fund) telah dilancarkan oleh TERAJU

dengan kerjasama bersama SME Bank dan RHB Islamic. Kemudahan pinjaman yang

berjumlah 1.02 bilionringgitini adalah khusus untuk syarikat-syarikat TeraS bagi

pembiayaan yang berbentuk modal kerja tanpa cagaran serta pembelian aset. Salah

satu manfaat untuk pembiayaan ini termasuk, syarikat yang merekodkan bayaran balik

yang cemerlang sepanjang tahun akan diberikan pembayaran rebet.

28. Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah 20 bilion ringgit dalam Rancangan

Malaysia Ke-10 sebagai Dana Mudah Cara (Facilitation Fund) menerusi Unit Kerjasama

Awam Swasta (UKAS). Daripada jumlah ini, 2 bilion ringgit diperuntukkan kepada

Dana Mudahcara Bumiputera untuk menyediakan pembiayaan kepada syarikat

usahawan Bumiputera yang berkelayakan melaksanakan projek-projek sektor swasta

yang berimpak tinggi. Di samping itu, sejumlah 100 juta ringgit daripada Dana inijuga

diperuntukan kepada setiap wilayah ekonomi TERAJU@Koridor, iaitu Wilayah Koridor

Ekonomi Utara, Wilayah Koridor Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia, Koridor

Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharui bagi tahun 2012/2013.

Peruntukan ini ialahuntuk membiayai projek di lima koridor tersebut. Sehingga

penghujung tahun 2012, sebanyak 223.8 jutaringgit telah diluluskan kepada 37 projek

bernilai 1.64 bilion ringgit..

29. Satu lagi langkah Kerajaan ialah mempastikan syarikat-syarikat berkaitan

Kerajaan atau GLCs terus meningkatkan peranan mereka membangunkan usahawan

Bumiputera dalam menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan

Bumiputera yang benar-benar tulen dan berdaya maju. Baru-baru ini, beberapa GLC

telah mengumumkan inisiatif Pelupusan Aset (divestment) yang bertujuan untuk

menyelaras dan memperkemaskan peranan Kerajaan dalam perniagaan, disamping

menggalakkan pembangunan usahawan Bumiputera. Melalui insiatif ini, aset bukan

teras (non-core) syarikat berkaitan Kerajaan akan dilupuskan dan ditadbir urus serta

diserah milik kepada syarikat yang berkelayakan. Terkini, Khazanah Nasional telah pun

mengumumkan cadangan pelupusan 5 milik syarikat pelaburannya dan 5 lagi oleh

Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Page 10: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

10

30. Selain dari itu, program carve out and compete telah dilaksanakan untuk

memberi peluang penyertaan syarikat Bumiputera dalam beberapa projek mega.

Projek-projek tersebut ialah:

i. Projek Transit Pantas Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn Bhd. Sehingga kini, 47 peratus atau 9 bilion ringgit daripada jumlah keseluruhan pakej, ditawarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera, termasuk kontraktor kelas D, E dan F;

ii. Pembangunan Menara Wawasan yang di miliki oleh PNB Merdeka Ventures Sdn

Berhad, dimana sebanyak 50 peratus dari jumlah kos pembangunan kasar (GDC) berjumlah 9.9 bilion ringgit disediakan untuk penyertaan syarikat Bumiputera;

iii. Pembangunan tanah RRI di Sg. Buluh, yang di miliki oleh KWASALAND Sdn

Bhd, anak syarikat KWSP, dimana sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah GDC sebanyak 6 bilion ringgit di sediakan untuk syarikat Bumiputera; dan

iv. Pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang, yang di miliki oleh UDA, dimana

sekurang-kurangnya 40 peratus dari jumlah GDC sebanyak 5 bilion ringgit di sediakan untuk penyertaan syarikat Bumiputera.

Hadirin sekalian,

31. PUNB merupakan antara sebuah agensi penting dalam membangunkan

usahawan Bumiputera. Semenjak memulakan operasi pada 1992, PUNB telah

menyediakan beberapa kemudahan bagi membantu usahawan di semua peringkat

rantaian bekalan, sama ada peruncitan, pemborongan atau pembuatan. PUNB kini

mempunyai beberapa skim utama, termasuk Skim PKS untuk sektor pembuatan, Skim

PROSPER Pemborong, PROSPER Runcit dan PROSPER Usahawan Muda untuk

sektor peruncitan dan pengedaran. Sementara itu untuk memastikan usahawan

Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan dan pengedaran di tempatkan di

lokasi yang strategik, PUNB terlibat dalam pembelian hartanah komersial melalui Skim

PROSPER Hartanah. Setakat ini, PUNB telah memberi bantuan kepada 4,167 syarikat

Bumiputera.

Page 11: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

11

32. Saya yakin PUNB, dibawah kepimpinan Pengerusinya YB saudara Khairy

Jamaluddin, akan diperkukuhkan lagi. Selain memberi fokus kepada peranannya

sebagai rakan niaga kepada usahawan melalui latihan, pembangunan perniagaan,

jaringan, khidmat nasihat dan pemantauan, PUNB berpotensi memperluaskan bantuan

kepada usahawan di sektor-sektor yang bepotensi tinggi, seperti teknologi, kesihatan,

pelancongan dan logistik. PUNB juga perlu meningkatkan kerjasama dengan agensi-

agensi Kerajaan yang lain yang terlibat dalam pembiayaan usahawan, seperti SME

Bank, Bank Pembangunan, EXIM Bank, MDV,MARAdan AMANAH IKHTIAR, serta

syarikat-syarikat pelaburan seperti MAVCAP, Malaysian Biotechnology Corporation

danMTDC, bagi mempastikan usahawan Bumiputera yang berjaya dapat melonjak

ketahap perniagaan yang lebih besar.

Hadirin sekalian,

33. Sesungguhnya, perjuangan kita untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera

masih belum selesai. Kita perlu melipat gandakan usaha supaya boleh membuat

lonjakan besar kearah mencapai matlamat kita. Usahawan-usahawan sendiri perlu

meningkatkan keupayaan, mengikis kelemahan untuk menjadi lebih berdaya maju.

Setiap kita harus memainkan peranan membimbing usahawan dalam meraut peluang-

peluang yang disediakan. Usaha juga perlu dipergiatkan untuk memperkukuhkan lagi

kompetensi melalui usaha bimbingan, latihan kemahiran, perkongsian pengalamandan

networking. Kita mahu melihat lebih ramai usahawan berkualiti dan berdaya saing

sehingga ke persada antarabangsa.

34. Insya Allah, agensi-agensi Kerajaan yang bersama-sama kita pada hari ini akan

meningkatkan lagi usaha untuk membantu usahawan Bumiputera yang berkelayakan

dan berpotensi untuk maju kehadapan dengan inisiatif dan program pembangunan

usahawan yang disediakan. Secara keseluruhannya, Kerajaan sentiasa peka dengan

keperluandan cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan akan terus menekankan

kepada aspek pelaksanaan yang efektif dan memudahkan akses kepada kemudahan

yang ada. Kita tidak mahu perancangan baik Kerajaan tidak mencapai objektifnya

disebabkan pelaksanaan yang kurang efektif. Sehubungan itu, Kerajaan mengalu-

Page 12: PERHIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2013 - teraju.gov.my file1 perhimpunan usahawan bumiputera 2013 agenda transformasi ekonomi bumiputera pembentangan oleh tan sri nor mohamed yakcop

12

alukan maklum balas daripada para usahawan supaya keberkesanan program dapat

dipertingkatkan lagi.

35. Kerajaan yakin kita semakin menghampiri sasaran yang telah ditetapkan. Dan

saya juga percaya, apabila fajar menyingsing menjelang tahun keramat 2020, apabila

Malaysia menjadi sebuah negara maju, Bumiputera juga akan diiktiraf sebagai satu

bangsa yang berjaya dan berdaya maju.

36. Diakhir kata, saya berdoa semoga usahawan Bumiputera akan terus maju dan

bersama menyumbang kepada usaha Kerajaan memantapkan lagi ekonomi negara.

Gunung sama didaki, lurah sama di turuni, cabaran sama kita tangani.Semoga Allah

SWT memberkati dan merahmati usaha kita semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. 4 Mac 2013