bengkel kbat minit curai

3
SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG JALAN MERBAU, KG MELAYU SUBANG 40150 SHAH ALAM SELANGOR LAPORAN / MINIT CURAI Kepada: Guru Besar. Salinan: Penolong Kanan / Guru Perkembangan Staf / Fail panitia / unit koko / unit HEM Nama : Nor Hasilawati Binti Toha : Shamsina Binti Abd Aziz : Hjh. Nor Ahawati Binti Jaafar : Rapidah Binti Shamsuddin : Hartini Binti Abdullah Mesyuarat / Kursus / Bengkel / Taklimat / Seminar: : Bengkel Penggunaan KBATdalam PdP Tarikh : 11/04/2015 Masa : 08.30 pagi hingga 04.00 petang Jumlah Jam : 6 Jam Tempat : Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Pengerusi / Penceramah : Pn. Zariah Binti Zainal (SMK Serendah) Laporan / Ulasan ringkas : OBJEKTIF: Di akhir bengkel, peserta dapat: Meningkatkan pengetahuan dalam pembinaan item KBAT dalam PdP dan Pentaksiran. Memahami dan mempraktikkan peta I-Think dengan berkesan.

Upload: shamsina-abd-aziz

Post on 26-Jan-2016

377 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

contoh minit curai bengkel, taklimat

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Kbat Minit Curai

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG

JALAN MERBAU, KG MELAYU SUBANG

40150 SHAH ALAM SELANGOR

LAPORAN / MINIT CURAI

Kepada: Guru Besar.

Salinan: Penolong Kanan / Guru Perkembangan Staf / Fail panitia / unit koko / unit HEM

Nama : Nor Hasilawati Binti Toha

: Shamsina Binti Abd Aziz

: Hjh. Nor Ahawati Binti Jaafar

: Rapidah Binti Shamsuddin

: Hartini Binti Abdullah

Mesyuarat / Kursus / Bengkel / Taklimat / Seminar:

: Bengkel Penggunaan KBATdalam PdP

Tarikh : 11/04/2015

Masa : 08.30 pagi hingga 04.00 petang

Jumlah Jam : 6 Jam

Tempat : Sekolah Kebangsaan Subang Bestari

Pengerusi / Penceramah : Pn. Zariah Binti Zainal (SMK Serendah)

Laporan / Ulasan ringkas :

OBJEKTIF:

Di akhir bengkel, peserta dapat:

Meningkatkan pengetahuan dalam pembinaan item KBAT dalam PdP dan Pentaksiran.

Memahami dan mempraktikkan peta I-Think dengan berkesan.

Page 2: Bengkel Kbat Minit Curai

LAPORAN:

Slot 1 – 8.30 hingga 10.00 pagi

Pengenalan dan konsep Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Mengupas mengenai PPPM dan kepentingannya kepada pendidikan negara. Guru – guru haruslah menghayati aspirasi, anjakan dan gelombang yang telah dirancang untuk menjayakan dasar pendidikan tersebut.

Slot ini juga menyentuh mengenai peringkat dalam Taksonomi Bloom di mana terdapat 6 peringkat perkembangan pemikiran. Slot 1 menyentuh mengenai Konstruk Mengingat dan Konstruk Memahami.

Slot 2 – 10.30 hingga 01.00 petang

Slot ini menerangkan mengenai Konstruk Mengaplikasi dan Konstruk Menganalisis. Guru – guru membentuk kumpulan mengikut mata pelajaran dan setiap kumpulan mata pelajaran dikehendaki membina ítem menggunakan 4 konstruk tersebut.

Slot 3 – 02.00 hingga 04.30 petang

Slot ini diteruskan dengan penerangan Konstruk Menilai dan Konstruk Mencipta. Bengkel pembinaan ítem diteruskan dengan 2 konstruk tersebut. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan menggunakan keenam – enam konstruk tersebut. Setelah selesai pembentangan kumpulan, kesimpulan dan penutup telah diadakan.

KEBERKESANANNYA:

Bengkel ini telah memberi impak yang positif dari segi anjakan pemikiran guru dari soalan berbentuk objektif kepada soalan KBAT. Bengkel pembinaan ítem mengikut 6 konstruk yang telah diterangkan secara terpeinci memberikan input yang sangat berguna dalam pembinaan ítem pentaksiran di sekolah. Peningkatan pemahaman dalam peta pemikiran I-Think juga dapat dilihat kerana setiap ítem yang digubal mengaplikasikan peta I-Think tersebut. Nota dan bahan yang disediakan lengkap dan mudah difahami.

Tandatangan Pelapor, Diterima & disahkan oleh:

...................................................(SHAMSINA BINTI ABD AZIZ)

Tarikh: 12/04/2015

Page 3: Bengkel Kbat Minit Curai

Catatan:i. Minit curai ini hendaklah disediakan dalam masa 3 hari selepas mesyuarat /

kursus / taklimat.ii. Guru perlu mengadakan taklimat / kursus dalaman selepas menghadiri

kursus.