bengkel asas membaca

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 18-Jul-2015

112 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Konsep Kaedah Pandang dan Sebut Menurut kaedah ini, guru perlu menunjukkan gambar terlebih dahulu kemudian muridmurid akan menyebut perkataan dan ayat ayat pendek yang ditulis pada kad secara beramairamai dengan bimbingan guru. Langkah ini diikuti dengan menbaca bahan yang sama daripada buku teks. Tidak ada cerakinan dibuat terhadap perkataan-perkataan itu. Murid perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. Setelah murid-murid menguasai perkataan , barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan, contohnya tali. Kemudian mereka dilatih menyebut tali dan selepas menguasainya barulah murid-murid diperkenalkan huruf yang membentuk perkataan tali, iaitu t + a + l + I = tali. Perkataan diperkenalkan kepada murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad tersebut ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan menyebut perkataan tersebut beberapa kali. 1. Latihan menyebut perkataan

Latihan ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid menyebut perkataan yang terdapat dalam kad imbasan. Sambil menunjukkan kad imbasan, mereka dikehendaki menyebut perkataan beberapa kali. Contoh arahan: Lihat gambar dan sebut

paku

topi2. Latihan Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata

Mencerakinkan bermaksud perbuatan untuk memisahkan atau menceraikan sesuatu daripada unsur-unsur asalnya. Untuk latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, guru membimbing murid-murid cara untuk memisahkan perkataan kepada suku kata seperti berikut: Contoh arahan: Sebut dan eja

paku topi3. Latihan Membina dan Menyebut Semula Perkataan yang Sama

Pa + ku to + pi

Guru membimbing murid menyebut semula perkataan yang telah diceraikan tadi secara berulang ulang dalam bentuk ayat mudah. Contoh Arahan : Baca dengan kuat

tali mata buku baju guru topi roti meja bola paku

4.

Latihan Membina dan Membaca Ayat Menggunakan Bahan Pengajaran yang Sesuai a) Senikata lagu - Pilih satu irama muzik instrumental yang mudah daripada mana-mana lagu popular masa kini. Kemudian guru bernyanyi bersama murid-murid dengan menggunakan beberapa perkataan bersuku kata KV + KV yang disusun menjadi ayat. b) Pantun - Pilih beberapa perkataan kemudian susun perkataan tersebut menjadi ayat berbentuk pantun c) Bercerita - Pilih beberapa perkataan kemudian susun perkataan tersebut menjadi ayat yang mengandungi cerita mudah dan santai. Murid membaca cerita tersebut dengan bimbingan guru