1 | w w w . a w a l . m y · pdf filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan...

17
1 | w w w . a w a l . m y

Upload: duongtu

Post on 01-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

1 | w w w . a w a l . m y

Page 2: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

2 | w w w . a w a l . m y

ISI KANDUNGAN

Kemahiran Membaca 3

Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5

Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 - 7

Panduan – Ani & Umar 8 - 9

Panduan – Little Prof 10 - 13

Panduan – Kisah Teladan 14 - 15

Panduan – Chan Chan the Chick 16 - 17

PENGENALAN

Majalah Awal edisi ini membawa anak-anak meneroka pelbagai isi

kandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah diri

saya dan antara perkara-perkara yang akan anak-anak pelajari adalah

tentang hobi, kawan, rumah dan sekolah.

Panduan ini disediakan buat guru dan diharap dapat membantu guru

dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Fokus

untuk panduan ini menjurus kepada pembentukan kemahiran

membaca dan pemahaman awal sains melalui pendekatan STEM

(Science, Technology, Engineering and Mathematics).

Semoga guru-guru dapat memanfaatkan panduan yang disediakan

agar pembelajaran menggunakan majalah AWAL di dalam kelas dapat

membentuk anak-anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.

Page 3: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

3 | w w w . a w a l . m y

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh

gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan

bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan

anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran

bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang

bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.

KEMAHIRAN ASAS MEMBACA

Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa.

Kemahiran ini perlu diajar kerana ia bukan kemahiran semulajadi.

Kemahiran ini dirumuskan mengikut sistem 4P seperti berikut:

1. Pengisian Bunyi (PI)

Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang

ada dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai

fonem.

2. Pengecaman Bentuk (P2)

Kemahiran mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf

yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemisahan Bunyi (P3)

Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai

dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan Bunyi (P4)

Kemahiran memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-

suku kata dan seterusnya memadukan suku-suku kata tersebut

untuk membentuk perkataan.

Page 4: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

4 | w w w . a w a l . m y

AWAL SAINS DENGAN PENDEKATAN STEM

Kaedah PIL CERDAS STEM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa

Penerokaan, Fasa Reka Cipta dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan

aktiviti pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru dalam setiap

fasa.

Fasa Inkuiri

Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang akan

diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan pelbagai cara

untuk mengarahkan perhatian murid kepada topik yang akan

dipelajari. Misalnya guru membawa murid keluar meneroka di sekitar

halaman taska/tadika atau sekolah, menunjukkan gambar atau video

mengenai isu yang terbabit, bercerita atau membaca berita daripada

surat khabar, membuat lawatan dan sebagainya.

Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, guru bertanya kanak-

kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai isu/subjek

berkenaan. Guru membina peta minda "Apa yang kami tahu

tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan awal kanak-kanak

yang perlu diketahui oleh guru mengikut teori konstruktivis. Kemudian

guru bersama kanak-kanak membina peta minda "Apa yang kami ingin

tahu mengenai...". Dengan bimbingan guru, kanak-kanak menentukan

soalan apa yang mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini.

Fasa Penerokaan

Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama guru mencari maklumat

mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan yang mereka telah tahu

tetapi belum begitu faham. Pencarian maklumat dilakukan dengan

pelbagai cara; dari internet, video, nature walk, lawatan, kajian buku-

buku sains, dan sebagainya. Di peringkat ini, kanak-kanak membina

pengetahuan baharu dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada

mengenai perkara yang dikaji. Setelah mendapat semua maklumat

yang diperlukan, mereka dibimbing untuk meneroka mengenai

persoalan yang mereka sendiri mencari jawapan atau

penyelesaiannya. Untuk itu, guru membimbing kanak-kanak memikirkan

reka bentuk dan alat serta bahan-bahan yang diperlukan.

Page 5: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

5 | w w w . a w a l . m y

Fasa Reka Cipta

Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba dan menghasilkan

reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang dibuat. Mereka bekerja

dalam kumpulan kecil, menggunakan alat-alat teknologi yang selamat

dengan bimbingan dan pengawasan pendidik. Ciptaan yang

dihasilkan boleh dipertandingkan atau dipamerkan untuk dilihat oleh

rakan-rakan yang lain dan ibu bapa.

Fasa Refleksi

Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses pembelajaran yang

mereka lalui dan memberi pandangan tentang reka cipta yang mereka

hasilkan. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak

mengenai kajian saintifik, menghargai hasil ciptaan rakan-rakan,

kesedaran terhadap alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan

kejuruteraan, dan penghayatan kepada Tuhan Maha Pencipta.

Page 6: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

6 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (CERIA BERSAMA CIKI)

Ciki sedih, perutnya lapar. Ada buah-buahan untuk dimakan tapi Ciki

mahukan coklat. Lalu, dia merampas coklat daripada kawannya. Ciki

gembira kerana dapat makan coklat. Selepas makan, Ciki sakit perut.

Pengajaran daripada cerita ini adalah untuk tidak mencuri makanan

orang lain. Anak-anak juga didedahkan dengan pelbagai ekspresi

muka seperti sedih semasa Ciki lapar dan gembira semasa Ciki dapat

makan coklat.

Tajuk

Ceria Bersama Ciki (ms 2)

Tunjang Utama

Ketrampilan Diri – KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan

pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,

marah dan malu.

Tunjang Disepadukan

Komunikasi – BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

berdasarkan bahan rangsangan.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyatakan perasaan iaitu gembira, sedih dan marah

berdasarkan gambar ciki.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru memperkenalkan perasaan gembira. Ia boleh dilakukan

dengan menunjukkan gambar, guru membuat ekspresi gembira

seperti tersenyum lebar, memainkan video dan banyak lagi.

2. Guru menyuruh murid membuat ekspresi wajah gembira.

3. Guru bertanyakan murid situasi di mana mereka berasa gembira.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita “Ceria Bersama Ciki”. Murid

mendengar.

2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar.

Page 7: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

7 | w w w . a w a l . m y

Contoh soalan:

a) Lihat muka Ciki di gambar yang pertama. Apakah yang Ciki

rasakan?

b) Mengapakah Ciki berasa sedih di awal cerita?

c) Apakah makanan yang Ciki ingin makan?

d) Mengapa Ciki tidak mahu makan buah pisang dan manggis?

e) Apakah yang Ciki rasakan apabila dia memakan coklat

tersebut?

f) Apakah perasaan kamu jika barang kepunyaan kamu diambil

oleh orang lain tanpa kebenaran kamu?

g) Mengapa kita tidak boleh mengambil barang kepunyaan

orang lain?

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti kefahaman “Namakan perasaan” di

dalam majalah dengan bimbingan guru.

2. Guru menilai kefahaman murid.

3. Guru meminta murid melengkapkan aktiviti “Warna Kreatif” di

dalam sisipan (ms 18) di tadika / rumah.

Page 8: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

8 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (ANI & UMAR)

Ani tidak mahu berkongsi roti dengan Umar. Jadi ibu bercerita tentang

kisah seorang lelaki yang sangat kaya tetapi kedekut. Pengajaran cerita

ini adalah untuk sentiasa bersifat pemurah kerana ia adalah satu sifat

yang terpuji.

Tajuk

Ani & Umar (MS 33 - 37)

Tunjang Utama

Komunikasi - BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka.

Tunjang Disepadukan

PI 5.1.3 Menunjukkan adab terhadap:

(i) Ahli keluarga

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyebut 3 perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka.

2. Memilih 3 daripada 6 gambar yang bermula dengan bunyi „b‟,

„m‟ dan „r‟.

Aktiviti Prabacaan

1. Murid melihat gambar Ani, Umar dan ibu di muka surat 33.

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid:

Contoh soalan:

a) Apakah yang Ani sorokkan di tangannya itu?

b) Mengapa Ani mahu menyorokkan barang di tangannya?

c) Jika kamu ada makanan yang lebih, adakah kamu akan

berkongsi dengan kawan kamu?

d) Apakah contoh barangan yang kamu ingin berkongsi bersama

kawan-kawan?

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita Ani & Umar dengan penuh ekspresi dan

intonasi. Murid mendengar.

Page 9: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

9 | w w w . a w a l . m y

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita. Antara soalan

yang boleh ditanyakan:

a) Mengapakah lelaki ini memberikan cincin kepada imam?

b) Adakah cincin yang diberikan cincin yang berharga?

c) Tahukah kamu mengapa imam mendoakan supaya lelaki itu

mendapat istana tanpa bumbung?

d) Apakah pengajaran daripada cerita ini?

e) Sifat pemurah adalah satu sifat yang terpuji. Berikan contoh sifat

pemurah yang pernah kamu lakukan.

3. Guru membaca cerita sekali lagi.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti di muka surat 37 dengan bimbingan guru.

Guru meminta murid untuk mencari objek yang berada di

sekeliling mereka yang bermula dengan bunyi „beh‟.

2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Tulis” di dalam sisipan (ms 20)

di tadika/rumah.

Page 10: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

10 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (LITTLE PROF)

The approach in teaching science, technology, engineering and

mathematics (STEM) formulated by Prof. Aminah Ayob and her team

from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) follows the following phases:

1. Inquiry

2. Exploratory

3. Experimental

4. Reflection

In this issue, children will learn about clouds and rain formation. Let‟s go

through the phases as listed above in describing the topic.

Title

Little Prof (Page 38 - 39) - “Clouds on High”

Main Domain

SA 2.1.4 Membuat andaian yang mudah berdasarkan pemerhatian

Integrated Domain

FK 1.1.3 Menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang

melibatkan alatan.

Objectives

At the end of the lesson, children will be able to:

1. Understand how clouds are formed.

2. Describe how rain occurs.

3. Make a simple experiment to show cloud and rain formation.

1. INQUIRY PHASE:

i. Bring the children outside the classroom to watch the clouds in

sky.

ii. Ask the children what they already know about clouds?

Page 11: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

11 | w w w . a w a l . m y

An example of Web of What We Know is shown below:

iii. Next, ask the children what they want to know about clouds and

rain?

An example of “Web of What We Want to Know”:

What we know about clouds

It is white

(child A)

Looks like cotton

(child B)

Black clouds mean that it is going to

rain

(child C)

There are many

shapes and sizes

(child D)

What we want to know about

clouds & rain?

Why do clouds float?

Do clouds contain water?

Why are some clouds black?

What causes rain?

Page 12: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

12 | w w w . a w a l . m y

2. Exploratory phase:

In this phase, the teacher/parent explore the subject together with the

children by using references from internet, books and other suitable

sources to find information and to clarify any misconceptions on the

topic.

The summary of cloud and rain formation is described in simple terms on

page 38 & 39 in this issue of AWAL™.

When the children are clear of the concepts involved, guide them to

design an experiment on how to demonstrate cloud and rain formation

in the class/home.

For example - in nature, air is warmed by the sun and the water vapour

in the air rises to form clouds as the air cools. When there is too much

water in the clouds, rain falls.

How can we make an experiment to show this in the class?

After receiving ideas from the children, guide them to the bottom part

of page 38 & 39 to conduct the experiment.

Materials:

1. 2 tall glasses labeled A & B

2. 2 pieces of plastic covers

Methods:

1. Half-fill glass A with hot water.

2. Half-fill glass B with room temperature water.

3. Cover both glasses with plastic covers.

4. Observe what is formed on the plastic covers on glasses A & B.

Note: Teacher/parent must handle the part involving hot water.

Observation:

Glass A will have drops of water underneath the plastic cover whereas

no drops are seen for glass B.

Page 13: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

13 | w w w . a w a l . m y

Explanation:

As water vapour rises from the hot water it expands and cools and

come together to form tiny drops which is how clouds are formed. When

there are too many drops, clouds turn to rain.

3. Experimental/Design phase:

Go to page 30 to design rain clouds. Apart from colouring, children can

use other materials for example cotton wool to make a collage of

clouds.

4. Reflection phase:

In this phase, children discuss what they have learned from this project.

Teacher/parent should also instill the practice of teamwork and sharing

of ideas. In addition, children should appreciate nature and be grateful

to God for his wonderful creations as seen in the formation of clouds and

rain.

Page 14: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

14 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (KISAH TELADAN)

Kisah teladan kali ini akan menceritakan tentang wuduk. Kisah bermula

dengan Haikal yang baharu sahaja balik dari bermain bola. Sesudah

mandi, dia terus bersedia untuk menunaikan solat tanpa mengambil

wuduk. Nenek yang melihat kelakuan Haikal terus menasihatkan Haikal

dan bercerita tentang cara-cara untuk berwuduk dengan betul.

Tajuk

Kisah Teladan (MS 40 - 43)

Tunjang Utama

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 3.2.1 Mengenal pasti anggota wuduk

Tunjang Disepadukan

Komunikasi – BM1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita

yang didengar.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menamakan 4 anggota wuduk yang khusus.

2. Menomborkan perlakuan wuduk mengikut urutan yang betul.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru menunjukkan gambar Haikal dengan kawan-kawannya dan

bertanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar tersebut.

Contoh soalan:

a) Mengapakah Haikal berpeluh dan kepenatan?

b) Kemanakah Haikal ingin pergi?

c) Apakah yang selalu kamu lakukan setelah penat bermain?

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan Kisah Teladan dengan penuh ekspresi dan

intonasi. Murid mendengar.

2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. Antara soalan

yang boleh ditanya:

Page 15: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

15 | w w w . a w a l . m y

a) Bolehkah kita bersolat tanpa mengambil wuduk?

b) Apakah yang akan berlaku jika kita bersolat tanpa berwuduk?

c) Tunjukkan 4 anggota wuduk yang khusus.

d) Tunjukkan anggota wuduk yang lain.

e) Cuba contohkan cara-cara mengambil wuduk yang betul.

3. Guru menyuruh murid mencari huruf ( ن ،ب) di dalam gambar.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti Bijak Fikir (ms 43).

2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Jawi” di dalam sisipan (ms 21) di

tadika/rumah.

Page 16: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

16 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (CHAN CHAN THE CHICK)

Chan Chan the Chick is divided into two parts. Sing along with Chan

Chan is a section that features a story and a song that relates to the

story. For this issue, children will read a story about Chan Chan‟s hobby.

Then, they will be introduced to a song called “Do you Have a Hobby?”.

Children will tell their hobby by singing the song.

Title

Chan Chan the Chick (Page 46 - 48)

Main Domain

Komunikasi – BI 2.2.6 Recognise and sound out initial, medial and ending

sounds in a word.

Integrated Domain

Kreativiti & Estetika – KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi.

Objective

At the end of the lesson, students will be able to:

1. Say the initial sounds of five out of these eight words – is, to, play, left,

trip, turn, like, learn.

Pre-Reading Activity

1. Teacher sings the song on page 48 with the correct intonation and

expression.

2. Teacher asks each student to sing the song. Each student must

replace Chan Chan‟s hobby with their hobby when they sing the

song.

3. Teacher asks questions pertaining to the song. Example of questions:

a) Do you like the song?

b) What are other things that can be considered a hobby?

Reading Activity

1. Teacher reads aloud the story called “Let‟s Play Skateboard” with

intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the story. Example of questions:

a) Have you play skateboard before?

Page 17: 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa ... Aktiviti Membaca

17 | w w w . a w a l . m y

b) What are the things that you should wear when you play

skateboard?

c) Is playing skateboard safe for you?

3. Teacher says aloud the words on the bottom of page 36 and 37.

4. Teacher asks students to say aloud the initial sound of each word.

Teacher shall provide guidance if students are having difficulty.

5. Teacher can asks student to say aloud the sound in groups, pairs or

individually.

Post-Reading Activity

1. Students complete the Word Hunt activity on page 32 at

school/home.