bengkel asas membaca kaedah abjad

15
BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH ABJAD (LITERASI BAHASA MELAYU) KUMPULAN 3: IRFAN IZZUDDIN MUHAMMAD RAFIUDDIN NAZATHUL EZMIRA NUR AIDA

Upload: aino-aiyno

Post on 14-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Bengkel Asas Membaca, Membaca Kaedah Abjad, Kaedah Abjad

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH ABJAD(LITERASI BAHASA MELAYU)

KUMPULAN 3:

IRFAN IZZUDDIN

MUHAMMAD RAFIUDDIN

NAZATHUL EZMIRA

NUR AIDA

Page 2: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

PENGENALAN

• Merupakan kaedah tertua sejak kerajaan Greek dan Rom.

• Dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja.

• Kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu sebelum diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan.

Page 3: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

KONSEP

• Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja.

• Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajarkan bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya dengan menggunakan tulisan Rumi.

Page 4: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

PROSEDUR PELAKSANAAN

• Abjad:

Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u

Page 5: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

PROSEDUR PELAKSANAAN

• Suku kata:

Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu

Page 6: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

PROSEDUR PELAKSANAAN

• Perkataan:

Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.

Page 7: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH ABJAD

• Menyebut nama huruf abjad a hingga z.

• Latihan menyebut suku kata V dan KV.

• Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.

• Permainan membentuk suku kata, kata dan frasa/ayat.

• Amali: murid membina bahan bantu belajar (BBM) kaedah abjad.

Page 8: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

MENYEBUT NAMA HURUF ABJAD ‘A’ HINGGA ‘Z’

• Dimulakan dengan mengenal nama huruf vocal terlebih dahulu diikuti dengan huruf konsonan.

• Kemudian, murid akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil.

Page 9: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

CONTOH AKTIVITI

AKTIVITI: MENGENAL NAMA HURUF VOKALBBB: LCD DAN KAD IMBASAN HURUF

OBJEKTIF: MENYEBUT NAMA LIMA HURUF VOKAL

AKTIVITI:

1. Murid menonton tayangan huruf vocal menerusi LCD.

2. Murid menyebut nama huruf vocal a, e, i, o, u dengan bimbingan guru satu-persatu.

3. Murid mengambil kad imbasan huruf vocal yang diletak bercampur-campur dengan kad huruf konsonan.

4. Murid menyebut nama huruf vocal dan murid lain menyebut secara kelas dan kumpulan.

Page 10: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

LATIHAN MENYEBUT SUKU KATA V DAN KV

• Setelah mengenal dan menyebut abjad a hingga z, murid-murid dibimbing menyebut suku kata.

• Contoh:Vokal

Konsonan

a e i o u

b ba be bi bo bu

c ca ce ci co cu

d da de di do du

f fa fe fi fo fu

g ga ge gi go gu

Page 11: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

CONTOH AKTIVITI:AKTIVITI: MENYAMBUNG SUKU KATA MEMBENTUK PERKATAANBBB: LCD, KAD IMBASAN SUKU KATA DAN KAD IMBASAN KATA

OBJEKTIF: MENYUSUN SUKU KATA MEMBENTUK LIMA KATA

Aktiviti:

1. Murid mengambil kad imbasan suku kata dan mengeja.

2. Murid mengeja suku kata dan murid lain mengikutnya mengeja.

3. Murid menampal kad imbasan yang dieja bersama rakan di papan tulis.

4. Murid menyambung suku kata yang sesuai untuk membentuk kata. Contohnya:

LATIHAN MENGEJA SUKU KATA, PERKATAAN DAN FRASA

ba + pa = bapasa + tu = satuha + ti = hati

Page 12: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

PERMAINAN MEMBENTUK SUKU KATA, KATA DAN FRASA/AYAT

Contoh permainan yang boleh dilakukan.

• Membina suku kata

• Membina kata

• Membina ayat

• Latihan membina dan membaca ayat

Page 13: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

KEKUATAN

1. Memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca.

2. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak.

3. Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan.

Page 14: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

KELEMAHAN

1. Hasil kaedah ini hanya dapat dilihat setelah pembelajaran berlaku lebih kurang enam bulan. Tempoh ini sangat lama.

2. Bacaan murid mungkin kurang lancar. Hal ini disebabkan murid terlazim dengan proses mengeja, iaitu menamakan huruf dan menyebut suku kata sebelum menyebut sesuatu perkataan.

3. Ada kemungkinan murid keliru antara nama huruf dengan bunyi huruf. Implikasinya, kesilapan dapat berlaku apabila mereka silap memecahkan perkataan kepada suku kata. Ada juga kemungkinan mereka tidak memahami apa-apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan ejaan.

4. Kebolehan murid berbeza-beza. Bagi murid yang bermasalah pembelajaran, mereka berasa terbeban dan cepat bosan jikalau diajar dengan kaedah ini.

Page 15: Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

KESIMPULAN

• Kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita.

• Kaedah ini masih digunakan oleh kebanyakan guru prasekolah dan Tahun 1.