bboorraanngg ppeennggeessaahhaann … · akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak,...

21
U U N N I I V V E E R R S S I I T T I I T T E E K K N N O O L L O O G G I I M M A A L L A A Y Y S S I I A A B B O O R R A A N N G G P P E E N N G G E E S S A A H H A A N N S S T T A A T T U U S S T T E E S S I I S S J J U U D D U U L L : : KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN DR ISMAIL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. S S E E S S I I P P E E N N G G A A J J I I A A N N : : 2008/2009 Saya AZAHA BIN ABDULLAH NO K/P 761024115109 Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 81 B KG BARU KEPAH, DR. HAMDAN BIN SAID 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU Tarikh: Tarikh: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phamcong

Post on 06-Jul-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS

JJJUUUDDDUUULLL ::: KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN

DI KOLEJ TUN DR ISMAIL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009 Saya AZAHA BIN ABDULLAH NO K/P 761024115109

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 81 B KG BARU KEPAH, DR. HAMDAN BIN SAID 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU Tarikh: Tarikh:

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : Dr. Hamdan Bin Said

Tarikh : ………………………..

Page 3: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN

DI KOLEJ TUN DR.ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR

AZAHA BIN ABDULLAH

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 4: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………...

Nama Penulis : Azaha Bin Abdullah

Tarikh : …………………………….

Page 5: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan

jayanya.

Teramat istimewa buat; Ibuku; Suadah Bt Jusoh yang melahir dan membesarkan ku dengan penuh kasih

sayang,

Juga buat; Ayahku; Abdullah B. Muhammad yang memberi kekuatan dan semangat dalam

perjuangan hidupku,

Buat isteriku yang tercinta; Zuraini Binti Muda

yang sangat mengerti dan memahami serta banyak berkorban demi suami dan keluarga. Sesungguhnya aku bangga dikau menjadi isteriku.

Terima Kasih Sayangku

Untuk anak-anakku yang dikasihi; Nur Fatin Az Zahraa

Hariz Nurhakeem Haziq Amsyar

yang sabar menanti kepulangan ayahnya dengan penuh harapan. Abah cinta pada kalian semua,

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah s.w.t.

Wassalam.

Page 6: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang

telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang

membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH (PKPG) dan tidak lupa juga kepada

semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan

projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik

kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 7: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Dr. Ismail. Kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 291 responden Kolej Tun Dr. Ismail yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Dr. Ismail dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Page 8: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

vi

ABSTRACT

This study intends to identify students’ satisfaction towards the quality of life at Kolej Tun Dr. Ismail Residential College. The quality of life was surveyed through seven aspects that is college environment, facilities and services, staff’ and Student Committee services, office’s administration, safety and monitoring, program and activity conducted, and catering services. This descriptive study used a modified questionnaire as the research instrument, and involved randomly selected 291 Tun Dr. Ismail Residential College residents. The data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the form of frequency, percentages, and mean. The findings indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Tun Dr. Ismail Residential College in all aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the quality of life at the residential college, and further study that can be carried out.

Page 9: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Penutup 10

Page 10: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman 11

2.3 Kualiti Kehidupan 15

2.4 Kepuasan Pelanggan 16

2.5 Persekitaran Tempat Tinggal 19

2.6 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 22

2.7 Layanan Staf dan Ahli Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej 25

2.8 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolel Kediaman 27

2.9 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 29

2.10 Perkhidmatan Kafeteria 31

2.11 Model Kepuasan Pelanggan 32

2.12 Elemen Kepuasan Pelanggan 38

2.13 Penutup 39

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Lokasi Kajian 41

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Prosedur Kajian 46

3.8 Analisis Data 47

3.9 Penutup 50

Page 11: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

ix

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 51

4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden 52

4.2.1 Klasifikasi Mengikut Jantina 52

4.2.2 Klasifikasi Pengajian Akademik 53

4.2.3 Jumlah Semester Menginap di Kolej 53

4.2.3 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 54

4.2.4 Aras Bilik Yang Didiami 57

4.3 Bahagian B,C,D,E,F,G, dan H Pernyataan Maklumbalas

Responden 55

4.3.1 Bahagian B – Persekitaran Kolej 55

4.3.2 Bahagian C – Kemudahan dan Perkhidmatan 58

4.3.3 Bahagian D – Kakitangan dan AJK Mahasiswa 61

4.3.4 Bahagian E – Pentadbiran Pejabat Pengurusan 64

4.3.5 Bahagian F – Pengawasan Dan Keselamatan 65

4.3.6 Bahagian G – Program Dan Aktiviti-aktiviti 66

4.3.8 Bahagian H – Perkhidmatan Kefeteria 68

4.4 Analisis Tahap Penerimaan 69

4.5 Rumusan 73

4.6 Kesimpulan 74

4.7 Penutup 74

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan Kajian 75

5.3 Bahagian A – Latar Belakang Responden 76

5.4 Perbincangan Hasil Kajian berdasarkan Persoalan Kajian 76

5.4.1 Bahagian B – Persekitaran Kolej 77

5.4.2 Bahagian C – Kemudahan dan Perkhidmatan Kolej 78

5.4.3 Bahagian D – Layanan Staf dan AJK Mahasiswa 79

5.4.4 Bahagian E – Pentadbiran Pejabat Pengurusan 80

Page 12: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

x

5.4.5 Bahagian F – Pengawasan Dan Keselamatan 81

5.4.6 Bahagian G – Program Dan Aktiviti 82

5.4.7 Bahagian H – Perkhidmatan Kafeteria 83

5.5 Rumusan 84

5.6 Kesimpulan 85

5.7 Cadangan 86

5.7.1 Cadangan Kepada Kolej Tun Dr. Ismail 86

5.7.2 Cadangan Lanjutan 87

RUJUKAN 89

LAMPIRAN 95

Page 13: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

M/ SURAT

3.1 Senarai Item Mengikut Aspek 43 3.2 Skala Likert 44 3.3 Skala Likert 45 3.4 Skala Binari 45 3.5

3.6

3.7

3.8

Pengkategorian Tahap Kepuasan Terhadap Perkhidmatan di Kolej Tun Dr. Ismail Pengkategorian Tahap Kepuasan Terhadap Perkhidmatan di Kolej Tun Dr. Ismail Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kolej Tun Dr. Ismail Pemeringkatan Peratus Menentukan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kolej Tun Dr. Ismail

48

48

49

49 4.1 4.2

Klasifikasi Mengikut Jantina Klasifikasi Pengajian Akademik

52 53

4.3 Jumlah Semester Menginap di Kolej Tun Dr. Ismail 53 4.4 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 54 4.5 Aras di Kolej Tun Dr. Ismail 55 4.6 Analisis Persekitaran di Kolej Tun Dr Ismail 57 4.7 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan di Kolej Tun Dr

Ismail

60 4.8 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa Kolej Tun Dr

Ismail

63 4.9 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Tun Dr

Ismail

65 4.10 Analisis Pengawasan dan Keselamatan Kolej Tun Dr

Ismail

66 4.11 Analisis Program dan Aktiviti di Kolej Tun Dr Ismail 67 4.12 Analisis Perkhidmatan Kafetaria di Kolej Tun Dr Ismail 69 4.13 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap

Keseluruhan Kajian Bahagian Bdan C

70 4.14 Ananlisis Tahap Penerimaan Terhadap Keseluruhan

Kajian Bahagian D dan E

71 4.15 Ananlisis Tahap Penerimaan Terhadap Keseluruhan

Kajian Bahagian F,G dan H

72

Page 14: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK M/ SURAT

2.1 Model kepuasan pelanggan Kano 33

2.2 Model kepuasan pelanggan Servqual 34

2.3

2.4

2.5

Model kualiti perkhidmatan

Elemen kepuasan pelanggan

Elemen barangan atau perkhidmatan

37

38

39

Page 15: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Borang Soal Selidik

Surat Kebenaran dari TNC (HEP)

Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Tun Dr. Ismail

Surat Memohon Menjalankan Kajian Kepada TNC (HEP)

Surat Memohon Menjalankan Kajian Kepada Pengetua Kolej Tun Dr Ismail

Page 16: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universti Teknologi Malaysia

KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

IPT - Institut Pengajian Tinggi

USM - Universiti Sains Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

SUB - Student Union Board

HEP - Hal Ehwal Pelajar

C - Cemerlang

B - Bagus

SD - Seperti Dijangka

SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan

L - Lemah

Page 17: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza terhadap

sesuatu perkhidmatan atau produk. Kotler dan Clarke (1987) menyifatkan kepuasan

sebagai pernyataan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasai oleh individu yang

menggunakan perkhidmatan atau produk. Kepuasan merupakan salah satu fungsi

yang berkaitan dengan tahap jangkaan dan juga pelaksanaannya. Jangkaan dibina

berdasarkan pengalaman yang pernah dialami dengan keadaan yang sama atau

hampir sama dengan pernyataan yang dilakukan oleh rakan-rakan, persatuan atau

organisasi lain. Dalam usaha mencari kepuasan diri, individu ini akan berusaha

memenuhi keperluan dirinya.

Chickering (1969) berpendapat bahawa pembangunan diri individu yang

mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh

persekitaran institusi tersebut. Persekitaran ini termasuklah objektif dan saiz

universiti, kurikulum di amalkan, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan, susun

atur kolej kediaman yang terdapat dalam kampus, fakulti dan corak pentadbiran

universiti, dan budaya yang cuba diterapkan dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-

siswi yang terdedah dengan budaya berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan

berketerampilan menjadi idaman ramai. Pembudayaan sebegini kerap dilakukan

melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah keagamaan, kursus

motivasi, dan bengkel pembangunan diri. Kehadiran ceramah, kursus, dan bengkel

Page 18: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

2

yang relevan sudah tentu dapat meningkatkan kepuasan siswa-siswi untuk tinggal di

kolej kediaman.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk kegunaan siswa-

siswi di kolej kediaman. Semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini

bertujuan untuk membantu siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat

tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah

blok-blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan.

Mahasiswa-mahasiswi memerlukan persekitaran kolej kediaman yang kondusif

untuk membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri

yang seimbang. Ini selari dengan Shafie Jusoh (1994) yang berpendapat bahawa

pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi bertujuan untuk mengumpul

siswa-siswi bagi mencapai kecemerlangan akademik.

Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar bukan sahaja kepada

penghuninya tetapi juga orang yang rapat dengan penghuni kolej kediaman tersebut.

Keadaan ini pada kebiasaannya disebabkan oleh persekitaran kolej kediaman yang

lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti dalam

kampus. Persekitaran yang baik ini membolehkan siswa-siswi memberikan

perhatian yang lebih terhadap pencapaian akademik mereka. Pengalaman hidup yang

memuaskan hati penghuninya sudah tentu dapat membina persepsi positif mereka

terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana

persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong aktiviti pembelajaran.

Interaksi dan hubungan akrab antara sesama mereka sudah tentu dapat mewujudkan

kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan

peribadi yang baik (Blimling, 1999).

Menyedari akan kepentingan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan

siswa-siswi dan akhirnya memberikan kepuasan kepada penghuninya pihak

pengurusan kolej kediaman dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti

Page 19: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

3

telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan. Tindakan ini

dilakukan dengan harapan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej

kediaman. Pihak kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi,

televisyen dan permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan

pembaikan mengenai sesuatu kerosakan atas talian.

Di sebalik usaha yang giat dilakukan ini masih kedapatan siswa-siswi UTM

misalnya yang keluar kampus hampir saban minggu. Keadaan ini diburukkan lagi

dengan adanya siswa-siswi yang keluar kampus bahkan saban hari. Keadaan ini

menimbulkan banyak persoalan kepada pihak pentadbiran universiti. Misalnya

adakah kejadian ini berlaku disebabkan oleh persekitaran kampus yang masih tidak

kondusif? Atau adakah kejadian ini disebabkan oleh masih ada kekurangan

kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kampus? Apakah kejadian ini berlaku

disebabkan siswa-siswi tidak berpuas hati dengan persekitaran, kemudahan dan

perkhidmatan yang disediakan? Adakah mahasiswa-mahasiswi keluar meninggalkan

kampus kerana mencari tempat yang lebih baik dan lebih selamat untuk

mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman

tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih

kondusif? Tindak-tanduk dan kejadian-kejadian yang berlaku ini seolah-olah

menunjukkan bahawa kedapatan aspek-aspek tertentu yang tidak menepati kehendak

pelanggan.

Temubual dengan siswa-siswi yang menghuni kolej kediaman

memperlihatkan masih terdapat lagi rungutan-rungutan yang berkaitan dengan

kehidupan di kolej kediaman. Misalnya rungutan berkaitan dengan persekitaran kolej

kediaman yang tidak menarik. Pokok-pokok hiasan terbiar tanpa penjagaan yang

baik. Kedapatan juga siswi-siswi yang merasakan kawalan yang terlalu longgar

sehinggakan terlalu bebas untuk lelaki keluar dan masuk kekawasan kediaman pada

bila-bila masa. Kedapatan jua yang merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik

dalam kalangan siswa-siswi dalam menjaga kebersihan dan kemudahan yang

disediakan oleh pihak kolej kediaman. Senario ini dan kejadian-kejadian lain yang

telah dinyatakan di atas menjadikan kajian ini perlu dilakukan.

Page 20: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

4

1.3 Pernyataan Masalah

Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan

staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat

pengurusan yang cekap, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program

dan aktiviti pembangunan yang menarik dan mampu memberikan cabaran kepada

siswa-siswi, dan perkhidmatan kafeteria yang memenuhi kehendak pelanggan sudah

tentu dapat memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan kepada

masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi, pihak pengurusan Universiti

Teknologi Malaysia amnya dan pihak Hal Ehwal Pelajar khususnya ingin

mengetahui kepuasan siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman.

Tahap kualiti kehidupan yang tinggi sedikit sebanyak membawa kesan positif

terhadap kecemerlangan akademik dan bukan akademik. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti kepuasan siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Dr

Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap persekitaran di Kolej Tun Dr

Ismail

ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kemudahan dan perkhidmatan

di Kolej Tun Dr Ismail.

iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap layanan staf dan

Ahli Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej Tun Dr Ismail.

iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pentadbiran pejabat

pengurusan di Kolej Tun Dr Ismail.

v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pengawasan dan

keselamatan di Kolej Tun Dr Ismail.

vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap program dan

aktiviti pembangunan yang dijalankan di Kolej Tun Dr Ismail.

Page 21: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta ... and catering services. This descriptive study used a modified

5

vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap perkhidmatan

kafeteria di Kolej Tun Dr Ismail.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab tujuh persoalan kajian berikut:

i) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan persekitaran Kolej Tun

Dr Ismail?

ii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan kemudahan dan

perkhidmatan Kolej Tun Dr Ismail?

iii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan layanan yang diberikan

oleh staf dan ahli jawatan kuasa mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail?

iv) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pentadbiran pejabat

pengurusan di Kolej Tun Dr Ismail?

v) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pengawasan dan

keselamatan di Kolej Tun Dr Ismail?

vi) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan program dan aktiviti

pembangunan yang dijalankan di Kolej Tun Dr Ismail?

vii) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan perkhidmatan yang

diberikan oleh kafeteria di Kolej Tun Dr Ismail?