bboorraanngg ppeennggeessaahhaann … · bidang ini juga mulia di sisi islam sekiranya setiap aspek...

23
U U U N N N I I I V V V E E E R R R S S S I I I T T T I I I T T T E E E K K K N N N O O O L L L O O O G G G I I I M M M A A A L L L A A A Y Y Y S S S I I I A A A B B B O O O R R R A A A N N N G G G P P P E E E N N N G G G E E E S S S A A A H H H A A A N N N S S S T T T A A A T T T U U U S S S T T T E E E S S S I I S S S J J J U U U D D D U U U L L L : : : TAHAP PENGURUSAN PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) PENGUSAHA BATIK DI DAERAH KOTA BHARU S S S E E E S S S I I I P P P E E E N N N G G G A A A J J J I I I A A A N N N : : : 2008/2009 Saya FAZLEE BIN ALIAS Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 783, KAMPUNG DUSUN PINANG PROF.DR.MUHD RASHID BIN 15100 KOTA BHARU RAJUDDIN KELANTAN Tarikh: 20 April 2009 Tarikh: 20 April 2009 PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSS

JJJUUUDDDUUULLL :::TAHAP PENGURUSAN PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI K

DAN SEDERHANA (IKS) PENGUSAHA BATIK DI DAERAH BHARU

SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009

Saya FAZLEE BIN ALIAS Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian saha3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institus pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atakepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam ARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukaorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, _____________________________ _____________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PEN Alamat Tetap: LOT 783, KAMPUNG DUSUN PINANG PROF.DR.MUHD RASH15100 KOTA BHARU RAJUDDIN KELANTAN Tarikh: 20 April 2009 Tarikh: 20 April 2009

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada piha

berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan teini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjapenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

IIISSS ECIL

KOTA

pustakaan

ja. i

u KTA

n oleh

_____

YELIA)

ID BIN

k mpoh tesis

na secara yelidikan

Page 2: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) dari Universiti Teknologi Malaysia

Tandatangan : ………………………………..

Nama penyelia : Prof. Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin

Tarikh : 20 April 2009

Page 3: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

ii

TAHAP PENGURUSAN PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS) PENGUSAHA BATIK DI DAERAH KOTA BHARU

FAZLEE BIN ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………...

Nama Penulis : Fazlee Bin Alias

Tarikh : 20 April 2009

Page 5: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji atas

limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas

junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W

Khas Buat

Ma dan Abah Tersayang

Faridah binti Muhamad & Alias bin Hj. Awang

Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku, tiap langkah kuingati

pengorbananmu. Walau mencapai usiamu, tidak mungkin anakmu ini dapat

membalasnya. Semoga Allah memberkati dirimu selamanya…

Isteri Tercinta

Siti Romi binti Che Ghani

Yang terlalu memahami dan banyak berkorban. Pengorbananmu dan keikhlasanmu

tidak termampu diungkapkan. Terima kasih Sayang…..

Kakak Tersayang

Fazlina binti Alias

Dorongan dan sokonganmu menguatkan semangatku...

Adikku

Faizal bin Alias

“ Yang banyak membantu pengajianku, tidak mampu aku nyatakan”...

Sahabat Seperjuangan…..

Terima kasih atas segala kebaikan. Mudah-mudahan keberkatan bagi semua……..

Page 6: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, tuhan sekelian alam. Dengan izinnya

kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam

dan hormat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi

penghargaan serta ucapan terima kasih ingin saya rakamkan buat penyelia tesis, Prof.

Dr. Muhammad Rashid Bin Haji Rajuddin di atas dedikasi serta sikap profesional

dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Kelantan dan para pengusaha yang terlibat

dalam perniagaan ini di atas kerjasama yang telah diberikan dalam kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada

rakan-rakan PKPG dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan,

sokongan ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Page 7: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap amalan asas

pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha

batik menerusi tinjauan terhadap tahap amalan pengurusan sumber manusia,

pengurusan pemasaran, penggunaan teknologi dan pengurusan kewangan. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan untuk mengutip

data ialah soal selidik yang mengandungi 40 item. Sampel kajian adalah terdiri

daripada 80 orang pengusaha batik yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Negeri Kelantan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah

statistik analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratus dan bagi memudahkan

penganalisaan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences) version

15.0 for windows digunakan. Purata peratus keseluruhan bagi setiap amalan

pengurusan yang diperolehi dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan asas

pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha

batik adalah berada pada tahap yang sederhana.

Page 8: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of implication of the basic

fundamentals of business among the small and medium batek entrepreneurs towards

the level of implication of human recource management, marketing strategy,

technology application and financial management. This study used the quantitative

approach and the instrument used to collect data was a questionnaire of 40 items.

The sample of studies involved 80 batek entrepreneurs registered with Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Negeri Kelantan. The findings from this study was analyzed

using descriptive statistic, frequency and percentage. To simplify the analysis, SPSS

(Statistical Package For The Social Sciences) version 15.0 for windows was used.

The overall average for each management implication shows that the application of

fundamentals of business management among the small and medium batek

entrepreneurs are on moderate level.

Page 9: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL ii

AKUAN DIRI iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 10: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

ix

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Pengusaha Batik 8

1.8.2 Industri Kecil dan Sederhana 8

1.8.3 Pengurusan Perniagaan 9

1.8.4 Pengurusan Sumber Manusia 9

1.8.5 Pengurusan Pemasaran 9

1.8.6 Penggunaan Teknologi 10

1.8.7 Pengurusan Kewangan 10

2 SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengurusan Sumber Manusia 12

2.3 Pengurusan Pemasaran 17

2.4 Penggunaan Teknologi 20

2.5 Pengurusan Kewangan 22

3 METODOLOGI KAJIAN 26

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Kerangka Operasi 28

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Kesahan Soal Selidik 32

3.6 Kajian Rintis 33

Page 11: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

x

3.7 Analisis Data 35

4 ANALISIS DATA 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 38

4.2.1 Jantina 39

4.2.2 Bangsa 39

4.2.3 Umur 40

4.2.4 Status Perkahwinan 41

4.2.5 Pengalaman Berniaga 41

4.2.6 Pendaftaran Perniagaan 42

4.2.7 Jenis Batik 43

4.2.8 Ahli Keluarga Yang Menceburi Diri Dalam

Perniagaan 44

4.2.9 Taraf Pendidikan Tertinggi 44

4.2.10 Kursus Pengurusan Perniagaan 45

4.3 Analisis Bahagian B 46

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 47

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 51

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 55

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 57

4.3.5 Rumusan Kepada Persoalan Kajian 61

Page 12: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan Kajian 63

5.3 Perbincangan 65

5.3.1 Demografi Pengusaha Batik 65

5.3.2 Tahap Amalan Pengusaha Batik Terhadap Asas

Pengurusan Perniagaan 65

5.4.1 Amalan Pengurusan Sumber Manusia 67

5.4.2 Amalan Pengurusan Pemasaran 68

5.4.3 Amalan Penggunaan Teknologi 69

5.4.4 Amalan Pengurusan Kewangan 70

5.4.5 Faktor Kelemahan Pengusaha Batik 71

5.5 Cadangan 72

5.5.1 Cadangan Kepada Bakal Usahawan 72

5.5.2 Cadangan Kepada Usahawan 72

5.5.3 Cadangan Kepada Pihak Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Kelantan 73

5.5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 73

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 75

LAMPIRAN A – G 78

Page 13: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi Pengusaha Batik Mengikut Daerah

Di Negeri Kelantan 30

3.2 Skala Lima Mata Likert 31

3.3 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 32

3.4 Nilai Alpha Cronbach Mengikut Persoalan Kajian 34

3.5 Pengkelasan Skala Lima Mata 36

3.6 Kaedah Penilaian Tahap Amalan Perniagaan 37

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 39

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bangsa 40

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Umur 40

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Status Perkahwinan 41

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Berniaga 42

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bentuk Pendaftaran Perniagaan 43

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jenis Batik 43

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Ahli Keluarga Yang

Menceburi Diri Dalam Perniagaan 44

Page 14: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xiii

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Taraf Pendidikan

Tertinggi 45

4.10 Taburan Kursus Pengurusan Perniagaan Yang Pernah

Dihadiri 45

4.11 Analisis Kekerapan Dan Peratusan Responden Yang

Menjawab Item Bagi Tahap Pengurusan Sumber

Manusia 47

4.12 Analisis Kekerapan Dan Peratusan Responden Yang

Menjawab Item Bagi Tahap Pengurusan Pemasaran 51

4.13 Analisis Kekerapan Dan Peratusan Responden Yang

Menjawab Item Bagi Tahap Penggunaan Teknologi 55

4.14 Analisis Kekerapan Dan Peratusan Responden Yang

Menjawab Item Bagi Tahap Pengurusan Kewangan 58

4.15 Analisis Tahap Amalan Bagi Setiap Persoalan Kajian 61

Page 15: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kerangka Operasi Kajian 28

Page 16: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Akuan UTM 78

B Surat Pengesahan Dari Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Kelantan 80

C Jadual Krejcie Dan Morgan 82

D Borang Soal Selidik 84

E Surat Pengesahan Soal Selidik 92

F Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 94

G Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Bagi Setiap Pembolehubah 96

Page 17: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

xvi

SENARAI SINGKATAN

IKS - Industri Kecil Dan Sederhana

KEKWA - Kementerian Kebudayaan, Kesenian

Dan Warisan Malaysia

R&D - Penyelidikan Dan Pembangunan

SMIDEC - Perbadanan Kemajuan Industri Kecil

Dan Sederhana

SPSS - Statistical Package for Social Science

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

% - Peratus

f - Frekuensi

Page 18: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang menjamin satu pulangan

yanglumayan. Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual

beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan.

Disamping itu, bidang perniagaan dapat membantu menambah serta meningkatkan

pendapatan isi rumah dan memperkembangkan tahap ekonomi sesebuah negara.

Kebelakangan ini, perniagaan kecil seringkali mendapat perhatian meluas

dari banyak pihak. Media massa seringkali melaporkan perkembangan, isu dan

permasalahan serta cabaran perniagaan kecil dari semasa ke semasa. Perhatian yang

cukup tinggi ini adalah selaras dengan kesedaran umum mengenai peranan dan

sumbangan perniagaan kecil kepada pembangunan ekonomi negara secara

keseluruhannya. Menurut Moha Asri dan rakan-rakan (2000), kesedaran tentang

peranan dan sumbangan ini mendapat pengiktirafan yang meluas baik di negara

maju mahupun di negara sedang membangun. 95% daripada keseluruhan

perniagaan di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada perniagaan kecil. Rekod

menunjukkan antara 85% – 91% daripada jumlah pertubuhan perniagaan di

Singapura, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan adalah terdiri daripada perniagaan

kecil. Di Malaysia, perniagaan kecil dianggarkan membentuk sejumlah lebih 75%

daripada bilangan keseluruhan pertubuhan perniagaan.

Perniagaan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dalam sesebuah

masyarakat dan banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Sejak dahulu

Page 19: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

lagi perkembangan yang berlaku dalam masyarakat telah memperlihatkan kepada

kita pelbagai bentuk perniagaan iaitu dari perniagaan yang berbentuk penukaran

barangan hinggalah kepada perniagaan antarabangsa. Sabri Husin (2005),

mentakrifkan perniagaan sebagai petukaran barang atau perkhidmatan dengan wang

atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk

faedah.

Menurut Sabri (2005), pengurusan bagi sesebuah perniagaan itu tidak berdiri

dengan sendirinya. Ini adalah kerana dalam sesebuah pengurusan perniagaan,

terdapat empat fungsi utama yang peranannya saling berkait antara satu sama lain

bagi melancarkan perjalanannya. Fungsi-fungsi tersebut ialah pemasaran, kewangan,

sumber manusia dan pengeluaran atau perkhidmatan. Sesebuah perniagaan itu akan

mencapai kejayaan sekiranya semua fungsi atau aspek perniagaan seperti yang

dinyatakan dikendalikan dengan betul dan teratur. Dari peringkat operasi

sehinggalah ke peringkat strategik. Kesemuanya haruslah dijalankan dengan baik

dan berkesan. Ini semua memerlukan pengetahuan dan pengalaman.

Menurut Peter Drucker dalam Jamaluddin (2004), pengurusan adalah lebih

kepada suatu amalan berbanding sains ataupun kerjaya. Oleh itu, Keberkesanan

sesuatu pengurusan itu boleh dinilai atau diukur dengan melihat tahap amalan

pengurusan atau pencapaian matlamatnya.

Jaafar Muhammad (1993), pula menyatakan bahawa sebagai manusia yang

ingin meneruskan perniagaan, harus menempuh berbagai cabaran bagi mencapai

matlamat dan cita-cita. Penggunaan peluang yang sedia ada merupakan satu perkara

yang amat penting dalam perniagaan kerana kebiasaannya memberikan hasil yang

lumayan dan seterusnya merupakan tapak untuk mencapai kejayaan dan keuntungan.

Salah satu aspek yang diberi penekanan ialah bidang pengurusan perniagaan.

Pengurusan ialah proses di mana sekumpulan manusia bekerjasama untuk mengarah

pekerja-pekerja lain untuk mencapai matlamat yang sama dalam organisasi. Ini

bermakna pengurusan melibatkan kerja-kerja yang akan dikendalikan menerusi satu

Page 20: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

organisasi yang dapat melahirkan suasana sekeliling yang sesuai untuk menjalankan

kerja-kerja bagi mencapai matlamat perniagaan.

Moha Asri dan rakan-rakan (2000), menambah bahawa pengurusan

merupakan faktor penting dalam membantu perkembangan perniagaan kecil.

Malah pengurusan yang bijak amat diperlukan dalam perniagaan kecil berbanding

dengan firma besar. Ini memandangkan perniagaan kecil mempunyai sumber dan

simpanan yang terhad dan sedikit. Justeru itu, keperluan utama dalam perniagaan

kecil ialah satu pengurusan yang tersusun, sistematik dan dapat mengenal pasti

keperluan-keperluan utama dalam operasi perniagaan kecil untuk terus

berkembang. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan harus bijak dalam

mengenal pasti keutamaan dalam pembahagian sumber kepada keperluan-

keperluan yang mesti didahulukan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pengurusan yang tidak cekap merupakan salah satu masalah dalam operasi

industri kecil. Pada umumnya, majoriti pengusaha industri kecil mempunyai

pendidikan formal yang rendah. Hanya sebilangan kecil sahaja pengusaha industri

kecil didedahkan dengan ilmu prinsip-prinsip pengurusan asas yang teratur

terutamanya dalam sistem pengurusan yang lebih moden dan mempunyai daya

saing yang tinggi.

Menurut Becker (1971), tahap pendidikan formal yang tinggi merupakan

aset dalam perkembangan kebolehan manusia untuk meningkatkan pengeluaran

dan daya pemikiran.

Menurut Clifford (1995) dalam Roslan dan rakan menyatakan bahawa

pengurusan yang tidak cekap merupakan sebab utama berlakunya 98% kematian

perniagaan seperti yang direkodkan oleh Dun & Bradstreet pada 1980. Menurutnya

Page 21: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

lagi, lebih 45% daripada perniagaan ini tidak dapat digerakkan langsung pada awal

penubuhannya kerana ketidakcekapan pemiliknya.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, industri-industri yang terlibat dalam sektor

IKS akan terus diberi perhatian dan dibangunkan. Sektor swasta dijangka

memainkan peranan yang lebih aktif dalam memajukan industri kraftangan,

menambah baik reka bentuk dan kualiti produk serta mempergiat pemasaran dan

promosi. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia serta agensi lain yang

berkaitan akan terus menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal, perniagaan dan

khidmat sokongan lain yang diperlukan oleh kepada firma dan individu yang berdaya

usaha. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga akan dipergiat dalam

sektor pengeluaran sebagai alternatif dalam pembuatan batik dan songket yang

mempunyai nilai tambah yang tinggi. Usaha juga akan diambil untuk menggalak

penggunaan batik dan songket dalam industri fesyen dan reka bentuk pakaian mewah

bagi pasaran tempatan dan antarabangsa (Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006-

2010).

1.3 Penyataan Masalah

Usaha memartabatkan industri batik tiada penamatnya bagi membantu

usahawan untuk meningkatkan penyertaan dan penguasaan mereka dalam perniagaan

ini. Menurut isteri Perdana Menteri, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,

banyak mata mulai celik dengan keindahan batik seterusnya martabat motif

tradisional ini diangkat tahap lebih tinggi dan mulai dihargai ketinggian seninya

(Berita Harian, 6 Februari 2008).

Selepas pemergian beliau, usaha memajukan batik tetap diteruskan. Lebih

membanggakan lagi apabila Kraftangan Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian

Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia (KEKWA) memperkenalkan

Page 22: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

penggunaan piawaian batik MS 692:2006 yang dikeluarkan Jabatan Standard

Malaysia dan disahkan oleh SIRIM.

Jesteru itu, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya pengusaha batik itu

sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang yang ada dan mengatasi kelemahan

yang wujud samada peringkat luaran mahupun dalaman. Oleh kerana pengurusan

perniagaan itu sendiri melibatkan empat fungsi pengurusan yang utama seperti

pemasaran, kewangan, sumber manusia dan pengeluaran atau perkhidmatan, satu

kajian perlu diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar. Menurut Sabri (2005),

sesebuah perniagaan itu akan dapat bersaing dan berkembang ke tahap yang lebih

membanggakan sekiranya semua fungsi yang dinyatakan dikendalikan dengan baik

dan bersistematik. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap pengurusan

perniagaan yang diamalkan di kalangan industri kecil dan sederhana pengusaha batik

berdaftar di daerah Kota Bharu.

1.4 Objektif Kajian

Berikut adalah objektif kajian yang lebih spesifik dalam menentukan tahap

pengurusan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana pengusaha batik berdaftar

di daerah Kota Bharu.

i. Untuk meninjau tahap pengurusan sumber manusia dalam industri kecil dan

sederhana pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu.

ii. Untuk meninjau tahap pengurusan pemasaran dalam industri kecil dan

sederhana pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu.

iii. Untuk meninjau tahap penggunaan teknologi dalam industri kecil dan

sederhana pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu.

iv. Untuk meninjau tahap pengurusan kewangan dalam industri kecil dan

sederhana pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu.

Page 23: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap pengurusan sumber manusia dalam industri kecil dan

sederhana pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu?

ii. Apakah tahap pengurusan pemasaran dalam industri kecil dan sederhana

pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu?

iii. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam industri kecil dan sederhana

pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu?

iv. Apakah tahap pengurusan kewangan dalam industri kecil dan sederhana

pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu?