batik psv folio

Upload: shamsudino1

Post on 05-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    1/17

    Batik berasal dari kataJawaamba yang bermakna menulis, dan

    nitik yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang

    mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai

    bentuk, antaranya adalahbatik tulis,batik skrin,batik celup, danbatik

    terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya

    berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di

    Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti

    Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik

    telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alamMelayu, dan

    sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

    Batik, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan

    motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan

    Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and

    Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.

    Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagaibatik

    modenbagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi

    batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_tulishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_skrinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_celuphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_celuphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_skrinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_tulishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa
  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    2/17

    Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak

    abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara

    tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang

    sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan

    menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita

    khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari

    Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau

    menulis titik-titik.Ambatikpula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau

    menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah

    diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang

    perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

    Seni pewarnaan kain dengan teknik pencegahan pewarnaan menggunakan

    malam adalah salah satu bentuk seni kuno. Penemuan di Mesir menunjukkan

    bahawa teknik ini telah dikenal semenjak abad ke-4 SM, dengan temuinya

    kain pembungkusmumiyang juga dilapisi malam untuk membentuk pola. Di Asia,

    teknik serupa batik juga diterapkan di Tiongkok semasa Dinasti Tang (618-

    907) serta di India dan Jepun semasa Periode Nara (645-794). Di Afrika,

    teknik seperti batik dikenali oleh Suku Yoruba di Nigeria, serta Suku

    Soninke dan Wolof di Senegal. Di Indonesia, batik dipercayai sudah ada

    semenjak zaman Majapahit, dan menjadi sangat popular akhir abad XVIII atau

    awal abad XIX. Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sampai awal

    abad XX dan batik cap baru dikenal setelah Perang Dunia I atau sekitar

    tahun 1920-an.

    Walaupun kata batik berasal dari bahasa Jawa, kehadiran batik di

    Jawa sendiri tidaklah tercatat. G.P. Rouffaer berpendapat bahawa teknik

    batik ini kemungkinan diperkenalkan dari India atau Sri Langka pada abad

    ke-6 atau ke-7. Di sisi lain, J.L.A. Brandes (arkeologi Belanda) dan F.A.

    Sutjipto (arkeologi Indonesia) percaya bahawa tradisi batik adalah asli

    dari daerah seperti Toraja, Flores, Halmahera, dan Papua. Perlu dicatat

    bahawa wilayah tersebut bukanlah area yang dipengaruhi oleh Hinduisme

    tetapi diketahui memiliki tradisi kuno membuat batik.

    G.P. Rouffaer juga melaporkan bahawa pola gringsing sudah dikenal

    sejak abad ke-12 di Kediri, Jawa Timur. Dia menyimpulkan bahawa pola

    seperti ini hanya bisa dibentuk dengan menggunakan alat canting, sehingga

    ia berpendapat bahawa canting ditemukan di Jawa pada masa sekitar itu.

    Legenda dalam literatur Melayu abad ke-17, Sulalatus Salatin

    menceritakan Laksamana Hang Nadim yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    3/17

    untuk berlayar ke India agar mendapatkan 140 lembar kain serasah dengan

    pola 40 jenis bunga pada setiap lembar. Kerana tidak mampu memenuhi

    perintah itu, dia membuat sendiri kain-kain itu. Namun sayangnya kapalnya

    karam dalam perjalanan pulang dan hanya mampu membawa empat lembar sehingga

    membuat Sultan kecewa. Oleh beberapa penafsirserasah itu ditafsirkan

    sebagai batik.

    Dalam literatur Eropah, teknik batik ini pertama kali diceritakan

    dalam buku History of Java (London, 1817) tulisan Sir Thomas Stamford

    Raffles. Ia pernah menjadi Gabenor Inggeris di Jawa semasa Napoleon

    menduduki Belanda. Pada 1873 seorang saudagar Belanda Van Rijekevorsel

    memberikan selembar batik yang diperolehnya saat berkunjung ke Indonesia ke

    Museum Etnik di Rotterdam dan pada awal abad ke-19 itulah batik mulai

    mencapai masa keemasannya. Sewaktu dipamerkan di Exposition Universal di

    Paris pada tahun 1900, batik Indonesia memukau publik dan seniman.

    Semenjak industrialisasi dan globalisasi, yang memperkenalkan teknik

    automasi, batik jenis baru muncul, dikenal sebagai batik cap dan batik

    cetak, sementara batik tradisional yang di produk dengan teknik tulisan

    tangan menggunakan canting dan malam disebut batik tulis. Pada saat yang

    sama imigran dari Indonesia ke Persekutuan Malaya juga membawa batik

    bersama mereka.

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    4/17

    Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis

    atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk

    utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan

    alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan

    haiwan.

    Contoh Motif OrganikMotif AyaMotif Bunga Buluh

    MotifBunga Kerak Nasi

    Motif Bunga Kotak Bercampur

    Motif Bunga Orkid

    Motif Bunga Raya

    Motif Daun Sireh

    Motif Geometrik

    Motif Pucuk Rebung

    Motif Rama-rama

    Motif Siput

    Contoh Motif GeometrikMotif Pucuk Rebung

    Motif Bunga Kotak Bercampur

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    5/17

    1.Batik Tulis / Lukis/ Conteng/ Canting

    2.Batik Terap / Blok /Cap

    3.Batik Skrin

    4.Batik Pelangi ( Tanpa Penggunaan Lilin)

    Alatan

    Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas

    lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kain

    Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa

    mencantingBerus lembut- Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin

    cair

    Periuk- Untuk memasak bahan campuran lilin

    Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain

    Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin

    Bahan

    Kain putih - Jenis sutera dan cotton

    Campuran lilin - Lilin putih (paraffin)Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah

    Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain

    Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain

    Bahan pewarna - Remazol atau primazin

    Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan

    warna pada kain

    Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    6/17

    Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai

    corak yang sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana

    corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang sama

    Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk

    pakaian seragam

    Jenis Kain Batik Blok/Terap

    1. Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung,digunakan dalam upacara pengebumian masyarakat Melayu kerana

    saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak

    mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo,

    batik belit atau batik panjang.

    2. Batik ela dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuranmeter mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan

    dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk

    majlis formal

    Alatan dan Fungsi

    Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan

    dipateri mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kaindengan menggunakan lilin

    Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang

    pisang yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap

    kain. Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan

    penyejukan lilin

    Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin

    Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan

    lilin melalui cara merebus kain.

    Bahan

    1. Kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas

    2. Campuran lilin

    a. Lilin putih (paraffin)

    b. Campuran rosin(damar)

    c. Lemak binatang

    d. Minyak kelapa

    3. Bahan pewarna

    4. Debu soda (soda ash)5. Kanji untuk mengilatkan kain batik

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    7/17

    Ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal

    kurun ke 20

    Ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik

    pembuatannya yang lebih ringkas

    Teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang

    digunakan adalah corak tradisional

    Alatan

    1. Skrin

    diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain

    batik sarung

    kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai

    kain pemidang

    setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja

    2. Sekuji (squeegee)

    diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian

    bawahnya

    -- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang

    digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan

    skrin

    3. Kelongsong stensil (funnel pen)

    alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong

    diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin

    digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin

    4. Meja Pengecap meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses

    5. Kuali dan Bekas untuk merendam dan membersihkan kain

    6. Pengukus untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain

    Bahan

    1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang2. bahan pewarna jenis reactive dan pigmen dye3. bahan lacquer / laker

    # Sejenis campuran bahan thinnerdan emulsion yang dimasukkan ke

    dalamkelongsong stensil untuk melukis corak pada skrin

    # Bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripadameresap ke bahagian-bahagian yang telah ditutup dengan lacquer yang

    perlu digunakan.

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    8/17

    Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan

    diperkenalkan oleh CheMinah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan

    Sultan Zainal Abidin II

    Ia disebut juga sebagai kain rawa

    Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau

    eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana

    Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup

    Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk

    menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan

    corak dan warna pada kain

    Jenis Batik Pelangi

    1. Batik Lasem Kelantan batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif

    pucuk rebung pada bahagian kepala kain

    2. Batik Perkalongan Kelantan bercirikan motif bunga pada kepala kain dan

    badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna

    menggunakan berus halus

    3. Batik Selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam

    hias yang bebas

    4. Batik Solo Kelantan dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik

    panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru

    dan kuning

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    9/17

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    10/17

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    11/17

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    12/17

    6. merebus kain dengan air soda ash untuk menanggalkan lilin.

    7. menjemur kain.

    http://1.bp.blogspot.com/_8qlpxRUIU1U/S_HaXGrt-kI/AAAAAAAAAC4/cxyZztT9aGk/s1600/batik_gallery02.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_8qlpxRUIU1U/S_HaXhToz0I/AAAAAAAAADA/iV4Zk1HZMwI/s1600/batik_gallery03.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_8qlpxRUIU1U/S_HaXGrt-kI/AAAAAAAAAC4/cxyZztT9aGk/s1600/batik_gallery02.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_8qlpxRUIU1U/S_HaXhToz0I/AAAAAAAAADA/iV4Zk1HZMwI/s1600/batik_gallery03.jpg
  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    13/17

    Kain batik yang indah dan menarik tentunya tidak lepas dari bagaimana

    penghasilan tangan-tangan pencanting dalam memproses. Pelbagai cara boleh

    dilakukan untuk mencipta karyaseni tradisional ini dan tentunya dengan

    kesungguhan dalam menggunakan teknik-teknik tradisional semulajadi yang

    mampu menghasilkan kain batik dengan ceceg-ceceg yang membentuk suatu pola

    motif indah akan membuat nilai dari batik tersebut menjadi tinggi

    berbanding dengan pembuatan batik menggunakan teknik moden seperti cap,

    printing, sablon dan sebagainya. Dalam pembuatannya ada beberapa hal atau

    dalam bahasa inggerisnyaweapon'stertentu yang harus dipersiapkan. Pada

    kesempatan ini saya akan mencuba menjelaskan mengenai peralatan apa saja

    yang diperlukan dalam membuat suatu karya seni batik tradisional.

    Bandul dibuat dari timah, atau kayu,atau batu yang dikantongi. Fungsi pokok bandul

    ialah untuk menahan mori yang baru dibatik agar tidak mudah tergeser ditiup angin,

    atau tarikan si pembatik secara tidak sengaja. Jadi tanpa bandul pekerjaan membatik

    dapat dilaksanakan.

    Dingklik merupakan tempat duduk orang yang membatik, tingginya disesuaikan dengan

    tinggi orang duduk semasa membatik.

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    14/17

    Gawangan diperbuat dari kayu atau bamboo yang mudah dipindah-pindahkan dan

    kukuh. Fungsi gawangan ini untuk menggantungkan serta membentangkan kain mori

    sewaktu akan dibatik dengan menggunakan canting.

    Wajan ialah perkakas untuk mencairkan "malam" (lilin untuk membatik). Wajan dibuat

    dari logam baja, atau tanah liat. Wajan sebaiknya bertangkai supaya mudah diangkat

    dan diturunkan dari api tanpa menggunakan alat lain. Oleh kerana itu periuk yang

    dibuat dari tanah liat lebih baik daripada yang dari logam kerana tangkainya tidak

    mudah panas. Tetapi wajan tanah liat agak lambat memanaskan "malam".

    Taplak berfungsi untuk menutup dan melindungi paha pembatik dari titisan lilin malam

    dari canting.

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    15/17

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    16/17

  • 7/31/2019 Batik Psv Folio

    17/17