nordin batik p3117

Click here to load reader

Download Nordin Batik P3117

Post on 10-Jun-2015

6.527 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

JABATAN PERDAGANGAN KEUSAHAWANAN (P3117) TUGASAN 11. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04dat06f5782.Siti Salwa Binti Ab. Rahim -04dat06f5783.Nor Awanis Bt Ab. Hamid -04dat06f528-

DISEDIAKAN OLEH-:

KELAS:DAT3B

DISEDIAKAN UNTUK:-

En.Syukri

1

ISI KANDUNGAN

2

Hj. Nordin Bin Mahmood Adalah Seorang Usahawan Yang Mengusahakan Perusahaan Batik Di Kelantan. Hasil Karya Beliau Telah Mendapat Pengiktirafan Daripada Kbdym AlSultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Bersempena Dengan Anugerah Industri Pelancongan Negeri Kelantan 2004. Karya Beliau Juga Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan Dari Setiap Golongan Masyarakat. Tanggal 24 September Tahun 1949 Adalah Hari Kelahiran Usahawan Ini Dan Beliau Dilahirkan Di Kubang Kerian Kelantan. Asalnya Beliau Adalah Daripada Sebuah Keluarga Yang Serba Kekurangan. Kedua Ibu Bapa Beliau Adalah Merupakan Pengusaha Batik Tradisional Dan Beliau Telah Mewarisi Kepakaran Tersebut Sehinggalah Beliau Berjaya Bergelar Usahawan Sekarang. Perniagaan Batik Yang Beliau Jalankan Adalah Bermula Dari Peringkat Bawahan Iaitu Dengan Mengusahakan Batik Tradisional(Batik Blok) Pada Tahun1972. Seterusnya Berkembang Ke Arena Batik Canting Pada Tahun 1985. Beliau Bukanlah Berasal Daripada Seorang Yang Berpendidikan Tinggi, Tahap Pendidikan Beliau Hanyalah Setakat Tingkatan 3 Sahaja Di Sultan Ismail Collegue (Sic). Beliau Telah Menamatkan Zaman Bujangnya, Berkahwin Dan Telah Dikurniakan Dengan 6 Orang Cahaya Mata Iaitu 2 Orang Putera Dan 4 Orang Puteri. Perusahaan Batik Beliau Telah Berjaya Berkembang Pesat Selaras Dengan Perkembangan Ekonomi Negara.

3

PERHARGAANAssalamualaikum.. wbt.. bersyukur kami kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah Ucapan terima kasih juga kami sampaikan buat rakanrakan seperjuangan yang tidak pernah lokek untuk memberi pertolongan dan kerjasama di sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga ingin kami sampaikan kepada En.Syukri selaku pensyarah Keusahawanan kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada kami. Tidak lupa juga kami kepada keluarga yang sentiasa memberi pertolongan kepada kami samaada dari segi kewangan mahupun sokongan semangat sepanjang kami menyudahkan tugasan ini dengan penuh kesempurnaan. Kepada pihak Nordin Batik yang telah banyak membantu kami memberi maklumat dan kerjasama kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan mengenai sejarah batik dan pengunaan ICT dalam mempromosikan Industri 4Batik amatlah kami hargai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

MotifMotif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

5

Contoh Motif Organik.

Motif Ayam Motif Bunga Buluh Motif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak Bercampur Motif Daun Sireh Motif Bunga Orkid Motif Bunga Raya Motif Geometrik Motif Pucuk Rebung Motif Rama-rama Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Pucuk Rebung

Motif Bunga Raya

Motif Siput

Motif Pucuk Rebung

6

CORAKCorak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.

Corak Ulangan Batu-bata Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak Tompoktompok Corak Ulangan/Selang seli Corak Ulangan Batu-bata.

Blok penerap batik

Proses MembuatAlatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. Blok penerap Campuran lilin Kain Pencelup Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

7

Batik Terbahagi Kepada 3 Jenis.1)BATIK BLOK Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak2)Batik ContengAlat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain8

3)Batik SkrinBatik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli 9

dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Dalam era globalisasi sekarang, banyak usahawan yang menggunakan ict sebagai cara untuk mengusahakan perniagaan masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ict(information and comunication technology) adalah satu set komponen yang saling berhubungan yang boleh mengumpul memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat.

KEPENTINGAN ICTICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Pihak nordin batik telah membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh orang ramai dari seluruh pelusuk dunia untuk lebih mengenali hasil batik beliau.

-

Nordin Batik telah memcipta laman webnya sendiri iaitu :- www.nordinbatik.enetmyne.com...... Ini memudahkan para pelanggan untuk membuat sebarang tempahan berhubung dengan Nordin Batik. Dengan adanya website nordin batik, bukan sahaja pelanggan dalam negara boleh membuat tempahan malah para pelanggan yang berada di luar negara juga dapat berhubung dengan nordin batik dengan mudah.

-

Untuk pengetahuan, nordin batik bukan sahaja mempunyai pelanggan dari malaysia.. tepat juga dari singapura dan brunei.. Nordin batik juga mengimport kain putih dari china melalui ict dengan cepat.

10

-

Pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke NORDIN BATIK dapat juga melayari website nordin batik untuk melihat jenis-jenis fabrik. MELALUI ICT hasil fabrik Nordin Batik dapat dilawati untuk masa yang panjang: iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun tanpa sebarang masalah perbezaan zon masa.

-

ict dapat memberi gambaran dan imej NORDIN BATIK yang kukuh (wellestablished) kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan NORDIN BATIK tanpa perlu melihat lokasi.

-

Dengan ini, ia dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan Nordin Batik. Seterusnya ia akan dapat menarik lebih lagi ramai pelanggan untuk berurusan dengan Nordin Batik.

-

Dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bill telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos perbelanjaan secara tradisional.

-

ICT dapat membantu Nordin Batik menyebarkan maklumat perniagaan untuk kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada kaedah tradisional.

-

Nordin Batik dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpan apaapa maklumat dalam sistem maklumat secara sistematik