batik buatan malaysia

Upload: khalifahalammaya304

Post on 06-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Batik Buatan Malaysia

    1/5

    http://cikgusenitokai.blogspot.com/

    BATIK BUATAN MALAYSIA

    Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 - Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Adapendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Pakararkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian merekadengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi.

    Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapatpemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajahke benua lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayumelalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayuberdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat.

    Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan denganperkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis).

    Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan

    kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysiadan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.

    Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayuuntuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkandi sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lainmotif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantungpada zaman dan ruang.

    http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/batik-buatan-malaysia.htmlhttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/batik-buatan-malaysia.html
  • 8/2/2019 Batik Buatan Malaysia

    2/5

    http://cikgusenitokai.blogspot.com/

    Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis,Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikanyang tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalampelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta

    hiasan dalaman. Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kainkapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organzamahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan padabatik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.

    2. JENIS-JENIS BATIKBatik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianyaberpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekangdek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.

    Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis,Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.

    2.1 BATIK BLOK

    Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada senikraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapanlilin dan penerapan warna. Sejarah

    perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terusberkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

    Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik dinegara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianyamelambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.

    Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembanganmembuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenispewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaanlilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajardengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan kayusebelumnya.

    Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk meneraplilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

  • 8/2/2019 Batik Buatan Malaysia

    3/5

    http://cikgusenitokai.blogspot.com/

    Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepadaflora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskanbentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentukgeometrik atau organik.

    Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara, bungatampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi,bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagimotif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.

    2.2 BATIK TULIS

    Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan memuncakpada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu,malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang,Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.

    Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakankaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah jugaestetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.

    Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kaintermasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhanserta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaansemasa.

    Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembagakecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapatmengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikandengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telahdiregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicantingdiwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkansekali lagi.

  • 8/2/2019 Batik Buatan Malaysia

    4/5

    http://cikgusenitokai.blogspot.com/

    Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola dancanting pelbagai mata.

    Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan namasingkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer AidedTjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik.I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan SistemKomputer Kawalan I.C.A.T.S.

    Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga,

    daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuktujuan membangunkan satu khazanah corak-corak.

    Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan tampal sesuatu corakyang sedang dibuat.

    2.3 BATIK SKRIN

    Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorakyang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yangdikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

    Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat

    pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

    Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atasbingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.

    Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telahdisediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin.Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnyadikeringkan semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilanganwarna yang dikehendaki.

    Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh KraftanganMalaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan dengan memperkenalkanSystem Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara pengendaliankomputer yang dijangka akan mempercepat proses pengeluaran dan menjimatkan kos dalam

    jangka masa panjang.

    Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual. Cara ini dapatmenghasilkan rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat danmudah.

  • 8/2/2019 Batik Buatan Malaysia

    5/5

    http://cikgusenitokai.blogspot.com/

    2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI

    Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan tempatan merupakan satualternatif dan berkonsep mesra alam.Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaranmasyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.

    Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan kreativiti batikyang berlainan ragam iaitu kombinasi teknik ikat iaitu gabungan tie and dye dengan blok dan batiklukis & tie and dye dengan skrin.

    3. PENJAGAAN BATIK

    Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalahdigalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagisepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan

    pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang laindan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjagaketahanan batik.

    Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalahbaik untuk diamalkan.

    4. SERAMAI 320 USAHAWAN BATIK BERDAFTAR DENGAN KRAFTANGAN MALAYSIA

    Di Malaysia terdapat seramai 320 usahawan batik yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysiayang bergiat aktif dalam pengeluaran batik. Secara keseluruhannya, Negeri Kelantan danTerengganu adalah antara negeri yang mempunyai jumlah pengusaha tertinggi dalam pengeluaranbatik. Namun begitu,perusahaan batik turut juga berkembang di setiap negeri di Semenanjung jugadi Sabah.