titas buatan barangan malaysia

52
1.0 PENDAHULUAN Artikel ini membincangkan dampak globalisasi ekonomi ke atas pembangunan negara Malaysia untuk menjadi negara maju. Memang benar bahawa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan krisis ekonomi Jepun yang berpanjangan telah menyebabkan peranan negara dalam pembangunan semakin dipertikaikan. Arus globalisasi ekonomi menyebabkan persaingan usaha di antara perusahaan-perusahaan yang ada semakin ketat. Walaupun negara Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh, tetapi disebabkan fenomena yang dinamakan “jangkitan Asia” dan “krisis keyakinan” telah memberi impak besar ke atas ekonomi negara. Takrif globalisasi ekonomi juga telah dibincangkan di dalam artikel ini. Artikel ini turut menyimpulkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia untuk mencapai globalisasi ekonomi. Selain itu, artikel ini juga mengemukakan langkah-langkah yang efektif dalam menangani pelbagai cabaran tetsebut supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi negara Malaysia ke peringkat globalisasi dalam jangka masa yang pendek. 1

Upload: irene-chong

Post on 25-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: titas buatan barangan malaysia

1.0 PENDAHULUAN

Artikel ini membincangkan dampak globalisasi ekonomi ke atas pembangunan negara

Malaysia untuk menjadi negara maju. Memang benar bahawa kegawatan ekonomi pada tahun

1997 dan krisis ekonomi Jepun yang berpanjangan telah menyebabkan peranan negara dalam

pembangunan semakin dipertikaikan. Arus globalisasi ekonomi menyebabkan persaingan usaha

di antara perusahaan-perusahaan yang ada semakin ketat. Walaupun negara Malaysia

mempunyai asas ekonomi yang kukuh, tetapi disebabkan fenomena yang dinamakan “jangkitan

Asia” dan “krisis keyakinan” telah memberi impak besar ke atas ekonomi negara. Takrif

globalisasi ekonomi juga telah dibincangkan di dalam artikel ini. Artikel ini turut menyimpulkan

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia untuk mencapai globalisasi ekonomi.

Selain itu, artikel ini juga mengemukakan langkah-langkah yang efektif dalam menangani

pelbagai cabaran tetsebut supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi negara Malaysia ke

peringkat globalisasi dalam jangka masa yang pendek.

1

Page 2: titas buatan barangan malaysia

2.0 PENGENALAN

Ekonomi dunia dikejutkan dengan krisis kewangan serantau. Krisis ekonomi yang terbaru

berlaku pada tahun 1997 di serantau Asia dan krisis ekonomi Jepun yang berpanjangan telah

memberi impak yang teruk terhadap ekonomi negara. Sebagai ahli negara Asia, Malaysia juga

terperangkap dalam dalam krisis ekonomi tersebut. Walaupun negara Malaysia mempunyai asas

ekonomi yang kukuh, tetapi disebabkan fenomena yang dinamakan “jangkitan Asia “ dan “krisis

keyakinan” telah memberi impak yang besar ke atas ekonomi negara. Hal ini telah menyebabkan

ekonomi negara Malaysia terjejas.

Malaysia bukanlah calon kepada kemelesetan ekonomi yang teruk. Hal ini dikatakan

demikian kerana Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kadar tabungan yang

tinggi dan jumlah pinjaman tidak berbayar yang rendah. Pada tahun 1996, kadar inflasi dan kadar

pengangguran negara Malaysia hanya sekitar 3.8% dan 2.5% dengan masing-masing.

Namun, pada bulan Julai 1997, nilai mata wang negara telah merosot dengan pantas dan

pasaran saham juga mengalami situasi kejatuhan ke paras yang paling rendah. Krisis ini berlaku

akibat aliran keluar modal secara besar-besaran dari pasaran kewangan negara Thailand ke

negara-negara jiran. Nilai mata wang Malaysia juga diperangaruhi oleh krisis ekonomi Thailand

dan mengalami penurunan nilai mata wang negara. Penurunan nilai mata wang Malaysia

disebabkan oleh jangkaan negatif oleh pelabur luar mengenai katahanan peraturan kadar tukaran

serantau akibat kejatuhan nilai Baht. Nilai mata wang Malaysia mencapai RM4.88 berbanding

US$1 pada masa tersebut.

Walau bagaimanapun, perkembangan globalisasi telah membuka ruang dalam bidang

ekonomi. Globalisasi didefinisikan sebagai semua proses yang merujuk kepada penyatuan

2

Page 3: titas buatan barangan malaysia

seluruh warga dunia menjadi sebuah kelompok masyarakat global (Sunarso dkk, 2006: 134).

Menurut Abraham Maslow, ekonomi adalah salah satu bidang pengajian yang cuba

menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggembelengan segala

sumber ekonomi yang ada berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi

yang dianggap efektif dan efisien.

Secara keseluruhannya, globalisasi ekonomi merujukkan kepada ketambahan saling

pergantungan ekonomi negara di seluruh dunia melalui ketambahan pantas dalam gerakan lintas

sempadan barangan, perkhidmatan, teknologi dan modal. Globalisasi ekonomi merupakan suatu

proses kegiatan ekonomi dan perdagangan yang membolehkan negara-negara di seluruh dunia

menjadi satu kekuatan pasar yang semakin terintegrasi tanpa rintangan batas teritorial negara.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi_ekonomi)

Oleh itu, Malaysia telah melaksanakan pelbagai pelan pemulihan ekonomi bagi

menghindari kegawatan ekonomi yang menyebabkan penurunan nilai mata wang. Dalam usaha

memulihkan ekonomi negara Malaysia dan mencapai globalisasi ekonomi, terdapat pelbagai

cabaran yang bakal dihadapi oleh Malaysia.

Antara cabarannya ialah persaingan antara negara Malaysia dengan negara maju. Negara-

negara maju dapat menarik hati pelanggan di Malaysia membeli produk mereka kerana kualiti

barangan dan perkhidmatan mereka jauh lebih baik daripada produk buatan Malaysia seperti

kereta, pakaian dan peralatan.

Selain itu, sumber tenaga buruh juga merupakan salah satu cabaran yang harus ditangani

oleh Malaysia bagi mencapai globalisasi ekonomi. Kini, negara Malaysia mempunyai seramai 28

juta orang penduduk. Namun begitu, pusat kerajaan tidak dapat menguruskan sumber tenaga

buruh dengan sistematik dan efektif. Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa

3

Page 4: titas buatan barangan malaysia

mengizinkan kemasukkan buruh asing untuk bekerja di negara Malaysia supaya aktiviti-aktiviti

ekonomi dapat dijalankan. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh

rakyat negara jiran yang miskin seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan lain-lain. Bilangan

pekerja asing yang datang ke Malaysia kian hari kian meningkat sehinggalah menyebebkan isu

kedatangan pekerja asing menjadi satu masalah kepada negara Malaysia. Berdasarkan statistik

Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun 2012, jumlah pekerja asing di Malaysia adalah seramai

1.8juta orang.

Foto 1: Statistic kedatangan pekerja asing di Malaysia pada tahun 2012.

Di samping itu, Malaysia mengalami cabaran kekurangan pakar-pakar yang

berpengalaman dan teknologi yang canggih. Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan

tenaga pakar telah menjadi halangan kepada ekonomi Malaysia di peringkat globalisasi. Jadi,

Malaysia perlu mengupah pakar dan memindahan teknologi dari luar negara ke negara Malaysia.

Akhir sekali, pendidikan juga memainkan peranan yang penting agar membolehkan

negara Malaysia mencapai status globalisasi ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana

pendidikan mempunyai impak yang besar terhadap kehidupan manusia terutamanya dalam aspek

kualiti kehidupan masyarakat.

4

Page 5: titas buatan barangan malaysia

5

Page 6: titas buatan barangan malaysia

3.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS

3.1 PERSAINGAN ANTARA NEGARA MALAYSIA DENGAN NEGARA MAJU

Faktor utama yang dihadapi oleh Malaysia semasa bersaing dengan negara maju ialah

Malaysia menghadapi modal yang tidak mencukupi. Malaysia mempunyai penduduk seramai

28.3 juta dan negara kita meduduki kedudukan ke-42 dalam senarai kepadatan penduduk di

dunia. Masyarakat merupakan modal insan yang memainkan peranan yang penting dalam

peningkatan ekonomi kita dan Malaysia diberkati dengan banyak sumber tenaga dalam pelbagai

bidang dan kepakaran. Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang kaya dengan

pelbagai sumber semula jadi seperti petroleum, bijih timah, gas asli dan sebagainya. Kekayaan

sumber semula jadi ini bukan sahaja dapat menarik pelabur asing untuk melabur di negara kita

malah negara kita boleh mengeksport sumber semula jadi ini ke luar negara. Walaupun Malaysia

mempunyai kelebihan ini, tetapi ini masih tidak cukup bagi Malaysia untuk bersaing dengan

negara maju seperti China, Jepun, Korea.

Antara sebabnya ialah Malaysia masih menghadapi masalah kekurangan sumber

kewangan atau modal yang mencukupi untuk mempertingkatkan prasarana negara dan juga

membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Oleh itu,

pelabur asing memilih untuk melabur di negara maju kerana mereka mempunyai prasarana yang

lengkap, teknologi yang moden, pasaran yang luas, sumber tenaga buruh yang mencukupi dan

kepakaran serta kos upah yang rendah. Mereka hanya mengeluarkan sedikit modal tetapi

mendapat keuntungan yang besar. Contohnya, iPhone Apple ialah produk Amerika Syarikat

tetapi pembuatan aksesori iPhone adalah di negara China. Ini adalah kerana negara China

mempunyai banyak pakar IT dan juga tenaga buruh yang dapat menyempurnakan kerja dengan

lebih cepat dan efektif. Negara China juga mempunyai banyak kilang yang dilengkapi dengan

6

Page 7: titas buatan barangan malaysia

prasarana dan teknologi moden berbanding negara Malaysia. Oleh itu, kos yang dibelanjai oleh

Amerika Syarikat juga lebih rendah berbanding dengan negara mereka sendiri. Selain itu,

pasaran di negara China juga lebih besar daripada Malaysia. Hal ini juga menjadi senjata yang

paling efektif kepada China kerana mereka dapat mempromosikan iPhone dengan lebih cepat

dan mudah. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan pelabur asing untuk melabur di negara maju

berbanding negara kita.

Selain itu, persaingan antara Syarikat Multinasional dengan Industri Kecil dan Sederhana

juga merupakan salah satu persaingan antara negara Malaysia dengan negara maju. Syarikat

Multinasional [MNC] ialah syarikat besar yang beroperasi di beberapa buah negara dan semua

cawangan dikawal oleh syarikat induk. Kebanyakkan MNC adalah dimiliki oleh negara-neagra

maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Eropah yang mana mereka mempunyai modal yang

banyak dan kukuh, teknologi yang canggih dan kepakaran. MNC sering mencari peluang untuk

melabur di negara membangun seperti Malaysia kerana Malaysia mempunyai sumber asli yang

banyak. Dengan ini, MNC dapat meminimumkan kos dan mengaut keuntungan di Malaysia.

Kewujudan MNC telah menguasai dan memonopoli kuasa negara terbabit. Hal ini banyak

berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada teknologi moden dan

kepakaran dari negara maju. Contohnya Malaysia masih bergantung kepada teknologi dalam

penghasilan komponen-komponen penting dalam pembuatan kenderaan khususnya dari Jepun.

Malaysia masih perlu mengupah pakar dari luar negara untuk menghasilkan sesuatu produk.

Oleh itu, masyarakat tempatan sanggup membeli produk import yang lebih berkualiti dan tahan

lama berbanding dengan produk tempatan walaupun harga produk import lebih mahal jika

dibandingkan dengan produk tempatan. Contohnya, masyarakat Malaysia yang lebih suka

7

Page 8: titas buatan barangan malaysia

membeli kereta import seperti Toyota, Nissan, Honda dan lain-lain yang berharga lebih tinggi

daripada membeli kereta buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua.

Foto 2: Statistik pembelian kereta di Malaysia 2013

Justeru, ancaman juga berlaku kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia.

Pengusaha- pengusaha IKS harus bersaing dengan syarikat-syarikat besar MNC. Walaupun

kerajaan Malaysia memberi pelbagai bantuan kepada pengusaha IKS seperti kemudahan

pinjaman wang, program latihan dan khidmat nasihat tetapi ia masih sukar untuk bersaing

dengan MNC seperti Tesco. Pengusaha IKS masih menghadapi isu-isu “ekonomi lama” seperti

kekurangan modal, sumber tenaga, tahap teknologi yang rendah dan kawalan mutu yang rendah,

mereka tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dari negara maju yang mempunyai

banyak pilihan untuk pelanggan dan pengeluaran barangan dalam skala yang besar. Contohnya

8

Page 9: titas buatan barangan malaysia

persaingan antara pasar raya Tesco dari syarikat multinasional dan kedai runcit dari negara kita.

Tesco mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dengan barangan di kedai runcit, stok yang

cukup dan diatur dengan kemas, tempat yang selesa dan mempunyai penghawa dingin untuk

pelanggan mengunjungi. Selain itu, berbanding dengan kedai runcit, Tesco membeli produk

dalam skala yang lebih besar, oleh itu mereka dapat menikmati harga yang lebih rendah dan

mengadakan promosi-promosi yang hebat untuk menarik pelanggan. Faktor-faktor ini telah

menyebabkan pelanggan lebih suka mengunjungi ke Tesco berbanding dengan kedai runcit

kerana mereka mendapat produk yang sama dengan harga yang lebih rendah dan masyarakat

pada hari ini mementingkan kualiti produk lebih daripada harganya kerana kemampuan membeli

mereka yang semakin meningkat. Selain itu, kebanyakan produk perkilangan syarikat IKS

Malaysia tidak dieksport ke luar negara. Kadar yang rendah ini adalah kerana minda syarikat

IKS itu sendiri, mereka berasa perniagaan yang kecil ini tidak dapat menembusi pasaran global

atau tidak dapat meneroka pasaran global. Mereka tidak berani memasarkan produk mereka ke

pasaran luar negara, akhirnya mereka terpaksa gulung tikar kerana pengancaman dari syarikat

multinasional.

Di samping itu, K-ekonomi juga merupakan aspek yang penting untuk membantu Malaysia

bersaing dengan negara-negara maju. K-ekonomi merupakan ekonomi yang berasaskan

pengetahuan. Tujuan K-ekonomi adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. K-ekonomi juga adalah

perubahan daripada ekonomi yang berasaskan pengeluaran kepada ekonomi yang berasaskan

pengetahuan (Berita Harian 2000). Bagi negara-negara maju, lebih daripada 70% daripada

tenaga manusia ialah pekerja berpengetahuan. Oleh sebab ini, negara maju dapat menghasilkan

9

Page 10: titas buatan barangan malaysia

produk-produk inovatif yang dapat meningkatkan keinginan pengguna membeli barang tersebut

dan mengembangkan pasaran mereka ke tahap global. Melalui konsep ini, Malaysia tidak perlu

lagi bergantung kepada teknologi dan juga kepakaran dari negara maju. Walaupun konsep ini

telah diperkenalkan di Malaysia tetapi konsep ini masih tidak lagi berkembang dengan

sepenuhnya di negara kita kerana masalah kekurangan sumber manusia yang mempunyai daya

kreatif untuk menghasilkan produk-produk inovatif. Kekurangan daya kreatif menyebabkan

negara kita tidak mampu menghasilkan produk baru yang unik. Oleh itu, negara mengalami

kesusahan untuk membuka pasaran di dalam atau di luar negara.

Etika kerja masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

negara kita menghadapi cabaran semasa bersaing dengan negara-negara maju. Etika kerja yang

baik dapat meningkatkan prestasi pengurusan dan juga produktiviti serta kualiti pengurusan.

Etika kerja masyarakat Malaysia masih berada di tahap yang tidak memuaskan jika dibandingkan

dengan negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, China. Malaysia merupakan salah satu negara

yang mempunyai banyak cuti umum, cuti yang terlalu banyak akan menurun produktiviti

pekerja.

10

Page 11: titas buatan barangan malaysia

Foto 3: Masa masyarakat dari negara lain bekerja pada tahun 2011.

Jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan, masyarakat

mereka mempunyai etika kerja yang lebih baik dan mereka juga sangat tepat masa. Mereka

datang tepat pada masa yang ditetapkan dan mereka tidak akan melayari laman sosial seperti

Facebook semasa bekerja, mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja

mereka. Oleh itu, mereka dapat membuat kerja dengan lebih efektif dan mendorong kepada

kepesatan ekonomi negara mereka. Situasi masyarakat Malaysia bekerja adalah sangat berbeza

dengan negara seperti Jepun dan Korea Selatan, masayarakat Malaysia suka bersembang,

melayari internet, makan sambil bekerja, faktor-faktor ini menyebabkan masayarakat Malaysia

tidak dapat mencapai produktiviti yang maksimum. Dengan ini, bekas Perdanan Menteri, Tun

Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982 agar dapat

memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, dasar ini wajar

diteruskan dengan memberi fokus kepada pembentukan budaya dan etika kerja tinggi dalam

kalangan pekerja tempatan. Beliau turut mengambil contoh kejayaan negara Asia Timur lain

11

Page 12: titas buatan barangan malaysia

seperti Korea dan China yang muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia. (Utusan Melayu 8

April). Masyarakat Malaysia harus mencontohi etika kerja dan sikap yang baik daripada negara

Jepun, Korea dan China untuk membangunkan ekonomi negara kita sendiri.

Kesimpulannya, Malaysia masih mempunyai banyak ruangan untuk bersaing dengan

negara maju untuk mencapai globalisasi ekonomi.

12

Page 13: titas buatan barangan malaysia

3.2 SUMBER TENAGA BURUH

Aspek sumber tenaga buruh juga merupakan salah satu cabaran utama bagi negara

Malaysia untuk mencapai globalisasi ekonomi. Negara kita sepatutnya tidak akan menghadapi

masalah sumber tenaga buruh tetapi perkara ini telah menjadi cabaran untuk mencapai

globalisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita mempunyai penduduk yang melebihi

28.3juta, namun pusat kerajaan tidak dapat menguasai dan mengguna sumber tenaga buruh

dengan cara yang betul.

Kaum Bilangan Purata

Bumiputera 14,191,720 54.6%

Bukan Bumiputera 3,331,778 12.8%

Cina 6,392,636 24.6%

India 1,907,827 7.3%

Lain-lain 189,385 0.7%

Jumlah Warganegara 26,013,356 100.0%

Jumlah Bukan Warganegara 2,320,779

Jumlah Penduduk 28,334,135

Jadual 1: Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia pada tahun 2010.

Jadual 1 telah menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kaum. Negara

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum bumiputera, kaum

bukan bumiputera, kaum cina, kaum india dan kaum lain-lain. Jumlah penduduk di negara

Malaysia telah mencapai 28,334,135 orang hingga tahun 2010.

13

Page 14: titas buatan barangan malaysia

54.60%

12.80%

24.60%

7.30% 0.70%

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

bumiputerabukan bumiputeraCinaIndiaLain - lain

Carta 1: Carta ini mununjukkan purata kaum-kaum di Negara Malaysia pada tahun 2010.

Berdasarkan carta 1, terdapat 54.60% kaum bumiputera, 24.60% kaum cina, 12.80%

kaum bumiputera, 7.30% kaum india dan 0.70% kaum lain-lain.

Oleh itu, kemasukan buruh asing, sikap rakyat Malaysia dan tindakan kerajaan dalam

usaha menghapuskan masalah buruh asing tanpa permit telah menjadi faktor utama dalam aspek

sumber tenaga yang menghalangkan negara Malaysia untuk mencapai globalisasi ekonomi.

Negara Sah Tidak Sah Jumlah Purata Sah Purata tidak sah

Indonesia 392408 610328 1002736 39.13% 60.87%

Bangladesh 129561 254428 383989 33.74% 66.26%

Nepal 216700 30804 247504 87.55% 12.45%

Myanmar 111005 125124 236129 47.01% 52.99%

India 53522 47767 101289 52.84% 47.16%

Filipina 4542 46571 51113 8.89% 91.11%

Vietnam 41656 12213 53869 77.33% 22.67%

Pakistan 11773 19714 31487 37.39% 62.61%

14

Page 15: titas buatan barangan malaysia

Kampuchea 6325 22613 28938 21.86% 78.14%

Thailand 4399 8146 12545 35.07% 64.93%

China 5904 2746 8650 68.25% 31.75%

Sri Lanka 12625 4572 17197 73.41% 26.59%

Lain-lain 1236 3281 4517 27.36% 72.64%

Jumlah 991656 1188307 2179963 45.49% 54.51%

Jadual 2: Statistik bilangan buruh asing dari luar negara yang bekerja dan menempat di negara

Malaysia pada tahun 2011.

Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum, namun negara kita juga merupakan

salah satu negara pengimport buruh asing yang terbesar. Kini, kita boleh nampak buruh asing di

mana-mana tempat termasuk pusat bandaraya negara kita. Negara kita mempunyai buruh asing

yang datang dari negara Indonesia , Filipina, China, Myanmar, Kampuchea, Vietnam, Nigeria,

Bangladesh, Sri Lanka dan lain-lain.

Jadual 2 telah menunjukkan bilangan buruh asing dari berbilang negara yang bekerja dan

menempat di Malaysia pada tahun 2011. Jelaslah bahawa bilangan buruh asing hampir mencapai

2.2juta orang. Berdasarkan bilangan ini, jumlah buruh asing telah melebihi bilangan rakyat

berbangsa India di negara Malaysia. Menurut siasatan kerajaan, Negara Malaysia kini

mempunyai 2.8 juta buruh asing atau lebih daripada 2.8 juta yang bekerja dalam bidang

penanaman, pembinaan, produk penghasilan dan perkhidmatan. Hal ini telah menimbulkan

konflik bahawa negara kita mempunyai sumber tenaga buruh yang mencukupi tetapi masih

mengizin kemasukkan buruh dari negara asing.

15

Page 16: titas buatan barangan malaysia

Antara sebabnya ialah buruh asing meminta gaji yang rendah berbanding dengan

warganegara Malaysia. Gaji sebanyak RM900 adalah tidak cukup bagi seseorang warga

Malaysia untuk menyara diri sendiri ataupun keluarga pada hari ini yang sering mengalami

inflasi. Biasanya warganegara Malaysia tidak akan menerima gaji yang di bawah RM1500 dan

ini telah membuka peluang kepada buruh asing untuk bekerja di Malaysia. Kos hidup di negara

buruh asing adalah lebih rendah berbanding dengan Malaysia. Majikan juga lebih suka

mengupah tenaga buruh yang meminta gaji rendah supaya dapat menjimatkan kos dan mendapat

keuntungan yang lebih banyak. Dengan ini, majikan ada alasan untuk tidak mengupah

warganegara. Keadaan ini telah meyebabkan berlakunya masalah kemiskinan dan pengangguran

warganegara Malaysia dan ini telah mendorong berlakunya ketidakcukupan sumber tenaga buruh

di Malaysia.

Di samping itu, negara kita juga menghadapi masalah pengaliran modal wang ke luar

negara akibat kebanjiran buruh asing. Pekerja asing yang bekerja di negara kita akan mengirim

sebahagian wang daripada gaji mereka kepada ahli keluarga mereka di tanah air mereka untuk

menyara keluarga mereka. Tindakan ini akan menyebabkan mata wang Ringgit Malaysia ( RM )

ditukar kepada mata wang mereka seperti Rupiah, RMB,Viet Nam Dong dan lain-lain lagi.

Merujuk kepada laporan tahunan oleh Kementerian Kewangan yang dipapar di Utusan Online,

kiriman wang ke luar negara oleh pekerja asing mencatatkan jumlah sebanyak RM13.4 bilion

pada tahun 2010 meningkat kepada RM19.745 bilion pada tahun 2012.

16

Page 17: titas buatan barangan malaysia

Foto 4: Statistik jumlah kiriman wang ke luar negara oleh pekerja asing di negara Malaysia

pada tahun 2010 hingga tahun 2012.

Forex negara akan semakin berkurangan dan ini akan menjejaskan pembanguan ekonomi.

Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan

kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan. Ahli

Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku

apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing, kemampuan rakyat

berbelanja terjejas. Penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti

barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Sebenarnya, kebanyakkan sektor pekerjaan seperti sektor pembinaan, perkhidmatan telah

menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, akan tetapi, sektor-sektor ini

memerlukan pekerjaan yang mahir dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, dalam bidang

perkhidmatan seperti restoran,mereka memerlukan pekerja yang mahir dalam aspek

perkhidmatan terutamanya masakan. Namun begitu, bukan semua insan dilahirkan dengan

kemampuan pandai memasak. Oleh itu, seseorang itu perlulah belajar teknik asas terlebih dahulu

seperti memotong, menjaga api dan sebagainya. Tugas-tugas asas adalah amat penat dan gaji

17

Page 18: titas buatan barangan malaysia

untuk pekerja asas ini adalah rendah sahaja. Rakyat tempatan juga tidak ingin bekerja dengan

gaji yang rendah. Sikap segelintir remaja yang tidak berkemahiran dan tidak ingin bekerja

berpeluh tubuh dari taraf asas telah menyebabkan negara Malaysia mengalami masalah

kekurangan sumber tenaga manusia dalam sektor-sektor pekerjaan. Masalah ini berlaku bukanlah

kerana negara kita tidak mempunyai sumber manusia yang mencukupi ataupun peluang

pekerjaan yang terhad tetapi disebabkan oleh rakyat yang tidak rela belajar dari asas.

Merujuk jadual 2, didapati bahawa purata pekerja asing yang sah adalah lebih kurang

daripada buruh asing yang tanpa permit. Keadaan ini telah menyebabkan negara kita bukan

sahaja menghadapi masalah kekurangan sumber manusia tetapi tanah air yang kami cintai

dibanjiri oleh buruh asing dari luar Negara. Selain itu, masalah ini juga menimbulkan isu

keselamatan di Negara Malaysia. Merujuk jadual 2, didapati bahawa purata pekerja asing yang

sah adalah lebih kurang daripada buruh asing yang tanpa permit. Kemasukan buruh asing boleh

mengurangkan masalah kekurangan sumber tenaga. Namun, pendatang asing tanpa izin telah

menimbulkan isu keselamatan di negara Malaysia. Kes gejala sosial kian hari kian ruwet.

Kebanyakkan kes ini dilakukan oleh pekerja asing seperti merompak, mencuri, membunuh dan

lain-lain. Hal ini bukan sahaja menyebabkan masyarakat tempatan berada dalam keadaan

ketakutan, tetapi keadaan ini juga menyebabkan pelabur asing tidak berani melabur di negara

kita. Ini telah menjadi kerugian besar terhadap ekonomi negara kita.

Rakyat Malaysia bukan sahaja perlu menghadapi persaingan daripada buruh asing yang sah,

kita juga perlu bersaing dengan buruh asing yang tidak sah untuk mendapat pekerjaan. Yang

malangnya, rakyat Malaysia tidak dapat bersaing dengan buruh asing kerana mereka meminta

gaji yang rendah. Produktiviti rakyat yang rendah sudah pastilah akan menjejaskan

18

Page 19: titas buatan barangan malaysia

pembangunan ekonomi negara untuk mencapai kemakmuran. Sebelum mencapai kemakmuran

ekonomi, tidak mungkinlah globalisasi dapat dicapai.

Merujuk siasatan kerajaan pada tahun 2011, dalam tempoh 10 tahun, sebanyak 1.18juta

buruh asing yang tanpa permit telah menyeludup ke Negara kita dengan kekerapan yang sangat

laju. Berdasarkan perkiraan, dalam 10 tahun, setiap hari ada 325 orang menyeberangi ke negara

kita , setiap jam adalah 14 orang ataupun 4 minit seorang.

Tuntasnya, memang tidak dapat dinafikan sumber tenaga manusia merupakan halangan

kepada negara Malaysia untuk mencapai globalisasi ekonomi. Negara kita sebenarnya

mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi tetapi kita perlulah berusaha untuk

mengatasi masalah-masalah yang menyebabkan kemelut-kemelut yang dibincang di atas terlebih

dahulu. Rakyat perlulah berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk mewujudkan masyarakat

yang tenteram, aman dan damai.

19

Page 20: titas buatan barangan malaysia

3.3 KEPAKARAN DAN TEKNOLOGI

Pakar adalah orang yang berkemahiran, berpengetahuan atau berpengalaman dalam

bidang-bidang tertentu. Seseorang pakar adalah orang yang telah menjalani pendidikan, latihan

dan juga memperolehi pengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. Menurut Berita Harian

Malaysia, negara kita masih mengalami masalah kekurangan penyelidik, saintis dan jurutera

apabila nisbah 58.2 saintis untuk 10,000 tenaga kerja yang direkod setakat ini masih belum

mencukupi untuk mencapai status negara maju menjelang Wawasan 2020. Ketua Setiausaha

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Rosli Mohamed berkata, nisbah

58.2 saintis untuk 10,000 tenaga kerja masih rendah jika berbanding dengan negara maju lain.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan nisbah 70 saintis untk 10,000 tenaga kerja bagi menjelang

ke Wawasan 2020.

Tenaga kerja mahir atau pakar merupakan salah satu faktor untuk memajukan negara kita

ke era globalisasi ekonomi kerana pakar merupakan asset negara yang amat penting. Namun,

Malaysia masih mengalami masalah kekurangan pakar dalam semua bidang. Sebagai contoh,

Malaysia menghadapi masalah kekurangan doktor pakar walaupun kita menghasilkan doktor

setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara. Menurut Dr Subramaniam ‘Kita masih

kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih lebih kurang 500 hingga

600 doktor sebagai pakar setiap tahun.” Pada tahun 2013 Malaysia mempunyai 36,607 doktor

termasuk pakar dengan nisbah 1:791 dan berdasarkan anggaran Malaysia seramai 34 juta

menjelang 2020, sejumlah 85, 000 doktor diperlukan bagi mencapai nisbah 1:400. Oleh itu,

negara kita terpaksa mengambil langkah mengupah pakar daripada luar negara bagi mengatasi

masalah kekurangan doktor dengan gaji yang tinggi.

20

Page 21: titas buatan barangan malaysia

Antara fakor yang menyebabkan pengaliran kepakaran ke luar negara ialah pakar di

negara kita lebih cenderung untuk bekerja di luar negara berbanding dengan bekerja di tanah air

mereka. Menurut kajian Bank Dunia bahawa 1.5 juta atau 5.3% rakyat Malaysia berpendidikan

tinggi tidak berminat untuk kembali ke tanah air sebaliknya mereka lebih suka terus duduk dan

bekerja di luar negara. Kebanyakan mereka terdiri dari semua rakyat dari bangsa cina, india dan

juga melayu. Selain daripada pelbagai bangsa mereka juga terdiri daripada pelbagai pakar seperti

doktor, akauntan, jurutera dan lain-lain.

Selain itu, gaji yang ditawarkan oleh luar negara lebih lumayan berbanding dengan gaji

yang mereka dapat dalam tanah air. Nisbah pertukaran mata wang juga merupakan sebab mereka

bekerja di luar negara kerana nisbah pertukaran mata wang dari luar negara ke negara kita boleh

mencecah dua hingga lima kali ganda. Pendapatan yang tinggi membolehkan mereka

meningkatkan taraf kehidupan mereka. Fenomena ini telah menarik hati pakar tempatan untuk

bekerja di luar negara. Kemudahan-kemudahan dan peralatan di luar negara juga lebih canggih

berbanding dengan peralatan dalam negara kita seperti hospital di Singapura, proses mengkaji

sampel kajian dari pesakit dan pelupusan sampel kajian telah dijalankan dengan menggunakan

komputer. Pelupusan sampel akan dilaksanakan secara automatik selepas 7 hari sampel tersebut

digunakan.

Selain gaji yang lumayan dan peralatan canggih, sikap pakar yang mengagung-agungkan

negara barat mempunyai tanggapan bahawa negara barat lebih baik daripada negara kita.

Persepsi ini menyebabkan mereka sanggup bekerja di luar negara. Pua Khein Seng merupakan

‘Father of Pen Drive’. Beliau berjaya mencipta “pen drive” yang banyak memberi manfaat

kerana ia dapat menyimpan data dalam saiz yang besar dan mudah untuk dibawa. Beliau telah

21

Page 22: titas buatan barangan malaysia

menubuhkan syarikat Phison di Taiwan dan sebenarnya beliau adalah seorang rakyat Malaysia

yang berasal daripada Sekinchan, Selangor. Pelancaran “pen drive” ini boleh membawakan

sumber ekonomi kepada negara kita sekiranya beliau melancarkan “pen drive” dalam negara kita

kerana setiap negara kini banyak menggunakan teknologi “pen drive” ini. Pengaliran pakar

seperti Father of Pen Drive ke luar negara merupakan satu kerugian kepada negara kita.

Di samping itu, dasar pendidikan negara yang tidak cekap telah membawa masalah

pengaliran kepakaran ke luar negara. Kebanyakan pelajar cemerlang lepasan STPM tidak

mendapat mana-mana tawaran ke universiti kebangsaa. Masalah ini telah timbul sejak universiti

kebangsaan didirikan namun telah bertambah serius pada tahun 2014. Menurut berita, kadar

kemasukan pelajar lepasan STPM ke universiti awam jatuh akibat kerajaan mengurangkan kadar

pengambilan pelajar. Kadar pengambilan pada tahun 2014 ialah 55% berbanding dengan 70%

pada tahun-tahun yang lalu. Hal ini berlaku akibat kerajaan ingin meningkatkan taraf universiti

awam ke universiti penyelidikan dengan syarat universiti-universiti perlu nenurunkan kadar

pengambilan pelajar lepasan STPM.

Remaja-remaja merupakan khazanah yang paling berharga untuk sesebuah negara dan

merupakan harapan negara pada masa depan. Kerajaan seharusnya memberi perhatian yang

sepenuhnya dan pendidikan yang terbaik untuk mereka yang berbakat supaya mereka dapat

berkhidmat untuk negara pada masa depan. Dengan ini, negara kita dapat menjamin sumber

pakar yang berkualiti secara berterusan. Namun, keadaan pelajar cemerlang yang tidak mendapat

tawaran kemasukan IPTA daripada kerajaan telah berlaku. Pekara ini telah menyebabkan pelajar

menimbulkan perasaan kecewa terhadap negara Malaysia. Mereka terpaksa melanjutkan

pelajaran di universiti swasta ataupun universiti luar negara. Selepas tamat pengajian mereka di

menara gading, sudah pastilah mereka tidak sanggup bekerja untuk kerajaan. Hal ini telah

22

Page 23: titas buatan barangan malaysia

menyebabkan pengaliran kepakaran ke luar negara dan negara kita perlu mengupah kepakaran

asing dengan gaji yang tinggi. Hal ini telah menghalang negara kita untuk mencapai globalisasi.

Foto 5: Berita berkaitan keputusan pelajar STPM untuk masuk ke IPTA pada tahun 2014.

Teknologi boleh ditakrif sebagai pembangunan dan penggunaan mesin, alat dan bahan

untuk membantu manusia bagi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik. Perkataan teknologi

berasal daripada perkataan Greek technologia dari techne yang bermaksud seni, kemahiran dan

rekaan dan logia yang bermaksud pembelajaran atau kajian. Teknologi memainkan peranan yang

amat penting dalam meningkatkan taraf hidup manusia dari zaman zaman dahulu. Daripada

zaman batu hingga ke zaman logam dan kini zaman moden, evolusi teknologi merupakan asas

pertukaran zaman. Pada zaman batu, penggunaan batu untuk memburu merupakan teknologi

pada zaman itu dan sistem barter merupakan cara perdagangan pada masa itu tetapi pada zaman

logam manusia telah berjaya mengekstrak logam daripada batu-batu galian dan menghasilkan

alatan logam yang boleh digunakan dalam kehidupan. Syiling yang diperbuat daripada emas,

perak dan gangsa mula digunakan. Pada zaman moden ini, wang boleh dialih dari satu negara ke

23

Page 24: titas buatan barangan malaysia

satu negara lain dengan penggunaan teknologi internet. Teknologi informasi dan komunikasi

(ICT) merupakan salah satu aspek yang penting dalam globalisasi ekonomi di mana perniagan

boleh dijalankan dengan tanpa halangan geografi. Hal ini dikatakan demikian kerana sebarang

maklumat yang diperoleh boleh dihantar dari komputer ini ke komputer lain melalui internet

kerana internet merupakan rangkaian komunikasi komputer yang paling besar di dunia. Menurut

statistik, pengguna internet kian hari kian meningkat.

Jadual 3: Statistik penggunaan internet pada tahun 2006.

Malaysia telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor,

MSC) pada tahun 1996 oleh Perdana Menteri Keempat , Tun Dr Mahathir Muhamad. MSC ini

merupakan inisiatif kerajaan dalam industri globalisasi informasi dan teknologi maklumat.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya

kehidupan masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi

ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi

guru. Namun teknologi yang terhad telah menghalang negara kita dari berkembang dalam bidang

penggunaan internet. Akibat kekurangan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih,

peluang kepada pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran

24

Page 25: titas buatan barangan malaysia

dalam ilmu pengetahuan adalah terhad. Akhirnya tidak dapat melahirkan generasi berilmu dan

bijaksana yang berdaya saing.

Selain itu, negara kita merupakan negara eksport bahan mentah yang utama di persada

dunia. Kekayaan sumber alam negara kita merupakan sesuatu yang tidak dapat diperoleh oleh

negara lain. Kita mempunyai tanah yang subuh dan juga iklim yang sesuai untuk tanaman seperti

koko, getah dan kelapa sawit. Kita perlu mengeksport barang-barang tersebut ke luar negara

untuk diproses kemudian kita beli dengan harga yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku kerana

negara kita mengalami masalah kekurangan teknologi untuk memproses bahan mentah ini. Kita

terpaksa bergantung kepada luar negara untuk menghasilkan sesuatu produk. Teknologi dalam

memproses bahan mentah ini amat penting untuk menghasilkan produk seperti sarung tangan

getah, tayar dan produk-produk getah yang lain. Demi mengatasi masalah kekurangan dalam

teknologi ini, negara kita telah membeli mesin-mesin yang canggih dengan harga yang amat

tinggi tetapi masih tidak dapat mengoperasinya kerana negara kita tidak mempunyai modal insan

yang berkemahiran dalam mengendali mesin tersebut. Dengan ini, kerajaan terpaksalah

mengupah lagi pakar dari luar negara untuk mengendali mesin tesebut. Justeru itu, kerajaan telah

menggunakkan lebih banyak mata wang dalam pembelian teknologi dan pengupahan pakar.

Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Proton merupakan syarikat kereta nasional Negara

kita. Kereta pertama yang dilancarkan pada tahun 1985 Proton Saga merupakan hasil kerjasama

Proton dengan Mitsubishi di mana Negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Sirius yang

dibekalkan oleh negara Jepun. Ini telah menunjukkan negara kita perlu bergantung kepada

negara tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk tempatan. Teknologi astronomi dalam negara

kita tidak berupaya menghantar ahli angkasawan ke luar angkasa. Contohnya, Malaysia terpaksa

bekerjasama dengan kerajaan Russia untuk menghantar ahli angkasawan ke luar angkasa sebagai

25

Page 26: titas buatan barangan malaysia

sebahagian pakej pembelian jet pejuang Russia yang bernilai AS$1 billion(RM 3.44 bilion).

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha telah dihantar ke luar

angkasa dengan Soyuz TMA-11 bersama dengan krew Expedition 16 pada 10 Oktober 2007 dan

pulang pada 21 Oktober 2007.

Teknologi canggih boleh menarik minat pelabur untuk melabur dalam negara kita dan

teknologi yang canggih juga mampu meningkatkan produktiviti negara kita. Mesin boleh

melaksanakan tugas yang manusia lakukan dengan tanpa rasa letih dan mengekalkan mutu

hasilnya berbanding dengan cara lama. Dengan ini, pastilah penghasilan produk dapat

dipertingkatkan dan menjimat lebih banyak masa. Penggunaan teknologi canggih adalah amat

penting untuk pembangunan ekonomi negara kita.

Kesimpulannya, kekurangan pakar dan membekalkan teknologi yang lama telah

menghalang negara kita untuk mencapai status globalisasi ekonomi. Masalah ini harus ditangani

dengan cepat agar negara kita dapat berada di peringkat antarabangsa menjelang 2020.

26

Page 27: titas buatan barangan malaysia

3.4 PENDIDIKAN

Pendidikan sangat penting dalam konteks kesejahteraaan ekonomi kerana ia boleh

memimpin individu ke arah pemperolehan pendapatan tidak terhad ( Marx, 1964, 1971 ), serta

mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang (Christoffel dan Gallagher,2006). Kerja

tidak terhad melibatkan kepelbagaian tugas, tidak bersifat rutin, serta mempnyai peluang untuk

melanjutkan pelajaran dan perkembangan ilmu (Wooding dan Levenstein,1999 ). Menurut

William Schweke di dalam bukunya yang berjudul Smart Money: Education and Economic

Development (2004), menyatakan bahawa, pendidikan bukan sahaja akan melahirkan sumber

daya manusia yang berkualiti, memiliki pengetahuan dan keterampilan, serta menguasai

teknologi, tetapi pendidikan juga dapat menumbuhkan iklim peniagaan yang sihat dan kondusif

bagi pertumbuhan ekonomi di dalam negara. Oleh itu, pendidikan bukan sahaja penting kepada

seseorang tetapi juga sangat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun

terutamanya dalam pembangunan ekonomi.

Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan sains dan

teknologi negara. Penggunaan sains dan teknologi merupakan satu alat dalam pembangunan

ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat serta untuk melindungi

kedaulatan negara. Jadi, negara Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang mempunyai

pengetahuan terhadap penggunaan teknologi yang canggih dan juga sentiasa bersedia untuk

menerima perubahan. Namun, negara Malaysia mengalami masalah kekurangan tenaga kerja

mahir. Hal ini demikian kerana rakyat tempatan tidak mengamalkan sikap belajar sepanjang

hayat akibat kemalasan. Pada masa kini, semua pelajar dan penduduk di Malaysia sudah

mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan terhadap hidup masa depan mereka. Pada zaman ini,

seseorang yang tidak berilmu mempunyai kesukaran untuk menikmati kehidupan yang bertaraf

27

Page 28: titas buatan barangan malaysia

tinggi. Oleh itu, pelajar menuntut ilmu pengetahuan tetapi kebanyakan pelajar hanya berpuas hati

setakat tahap yang diingini dan tidak sanggup melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih

tinggi seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.

Mereka juga tidak berniat untuk bersaing dengan luar negara dan kekurangan keyakinan

terhadap diri sendiri. Di samping itu, mereka malas untuk berfikir dan membuat latihan dalam

bidang yang mereka terlibat. Keadaan ini adalah berbeza dengan negara luar. Di luar negara,

pelajar berusaha memperbaiki kelemahan mereka di samping belajar bersungguh-sungguh.

Pekerja luar negara sentiasa membuat penyelidikan dan latihan untuk memahirkan kemahiran

mereka sendiri. Oleh itu, pekerja luar negara adalah lebih mahir berbanding pekerja negara

Malaysia. Secara langsungnya perkara ini menyebabkan produk yang dihasilkan di Malaysia

kurang berkualiti dan berkuantiti berbanding negara lain dan menjejaskan angka eksport ke luar

negara dan seterusnya menjejaskan ekonomi Malaysia.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pelajar dan pekerja di Malaysia hanya mementingkan teori

yang dinyatakan dalam buku. Ini adalah kerana Malaysia kini masih menggunakan cara yang

tradisional dalam pendidikan. Dalam sistem pendidikan negara kita, teori dan hafal-menghafal

merupakan cara utama untuk belajar ilmu yang baru. Kekurangan pratikal menyebabkan pelajar

tidak memahami apakah tujuan belajar ilmu tentang modal itu dan hanya menghafal teorinya

secara bulat-bulat supaya melulusi peperiksaan yang diberi. Mereka hanya mengaplikasikan

teori dalam penyelidikan ataupun pekerjaan mereka tetapi mereka kurang daya kreativiti dalam

usaha memajukan bidang yang diceburi. Sebaliknya, pekerja luar negara lebih kreatif dan

inovatif untuk meneroka benda baru atau teknologi yang moden. Keadaan ini telah menyebabkan

kemelut kekurangan pekerja yang profesional dalam bidang teknologi dan sains yang amat

penting dalam usaha pembangunan ekonomi Malaysia.

28

Page 29: titas buatan barangan malaysia

Selain itu, pendidikan bukan sahaja berperanan dalam bidang sains dan teknologi sahaja,

pendidikan juga bertanggungjawab dalam meningkatkan kadar celik huruf, menurunkan kadar

buta huruf masyarakat dan meningkatkan kemahiran rakyat untuk bertutur dalam bahasa

antarabangsa seperti Bahasa Inggeris. Akan tetapi, tahap pendidikan yang rendah dalam

kalangan rakyat telah mengakibatkan kemunculan Bahasa ‘ Manglish’ ataupun lebih dikenali

sebagai Bahasa rojak. Hal ini akan menyukarkan komunikasi antara penduduk Malaysia dengan

pelancong asing yang mengunjungi ke Malaysia dan mungkin akan menimbulkan perselisihan

faham antara pelancong asing dengan penduduk Malaysia.

Di samping itu, semasa berkomunikasi dengan pelabur asing, peniaga Malaysia yang

menggunakan bahasa rojak akan menyebabkan berlakunya salah faham antara satu sama lain dan

berlaku pertengkaran. Di samping itu, pelabur asing akan berasa tahap pendidikan di Malaysia

tidak tinggi dan kekurangan pengetahuan dalam teknologi moden masa kini. Akhirnya pelabur

memilih tidak melabur di Malaysia. Perkara ini merupakan sesuatu kerugian terhadap ekonomi

negara Malaysia.

Seterusnya, pendidikan juga berperanan dalam mempengaruhi sosialisasi negara.

Menurut siasatan, masalah gejala sosial kini telah sampai ke satu tahap amat membimbangkan.

Ini dapat dibuktikan melalui pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan

kes-kes berkenaan. Peningkatan kes-kes jenayah dan gejala sosial tersebut akan menjadi

gangguan kepada pelabur asing yang tinggal di Malaysia dan mengurangkan keyakinan dan

kepercayaan pelabur asing terhadap sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaaan

Malaysia. Kejadian penarikkan pelabur dari negara Malaysia turut berlaku. Perkara ini akan

melambatkan pembangunaan ekonomi Malaysia dan pencapaian Wawasan 2020.

29

Page 30: titas buatan barangan malaysia

Tuntasnya, pencapaian pendidikan dalam semua tahap akan meningkatkan pendapatan

dan produktiviti masyarakat. Pendidikan merupakan salah satu jalan yang mendorong negara

menuju ke arah maju dan meningkatkan ekonomi negara, sedangkan kegagalan dalam

pendidikan akan melahirkan pelbagai masalah dalam negara contohnya seperti peningkatan kes

jenayah dan masalah pengangguran yang akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi

gangguan kepada masyarakat. Negara Korea merupakan contoh terbaik dalam membuktikan

peranan pendidikan terhadap pembangunan dan peningkatan ekonomi negara. Pada asalnya

Korea merupakan negara yang kurang maju di dalam pertumbuhan ekonomi. Namun dengan

melalui pendidikan, mereka dapat meningkatkan ekonomi negara mereka ke persada dunia.

30

Page 31: titas buatan barangan malaysia

4.0 PANDANGAN PELAJAR

Secara keseluruhan, didapati bahawa terdapat pelbagai masalah yang menghalangkan

pembangunan ekonomi negara Malaysia ke tahap globalisasi. Antara cabaran yang dihadapi oleh

Malaysia ialah persaingan negara Malaysia dengan negara maju. Selain itu, kekurangan sumber

tenaga buruh dalam semua bidang juga menjadi batu halang kepada Malaysia dalam pencapaian

globalisasi ekonomi. Di samping itu, kekurangan pakar dan moden teknologi serta sistem

pendidikan yang kurang efektif perlu ditangani dengan cepat agar Malaysia dapat mencapai

globalisasi ekonomi menjelang 2020. Langkah yang berkesan harus dilaksanakan supaya negara

kita dapat mencapai globalisasi ekonomi.

Malaysia banyak bergantung kepada buruh asing dalam menjalankan aktiviti-aktiviti

ekonomi negara. Kerajaan sebenarnya menawarkan peluang pekerjaan kepada orang kurang

upaya ( OKU ). Mereka boleh bekerja dengan pantas dan sabar berbanding orang biasa. Daya

produktiviti mereka lebih tinggi kerana mereka lebih menumpukan perhatian terhadap kerja-

kerja mereka. Tengku Arman Harris Tengku Ismail yang berumur 36 tahun mengalami kecacatan

pendengaran. Kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang

berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Dengan ini, kerajaan dapat

mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Selain itu, pihak berkuasa boleh menyekat kemasukan buruh haram melalui

penguatkuasaan undang-undang. Kemasukkan buruh asing tanpa izin telah menjejaskan ekonomi

negara kita dan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan. Hukuman penjara mandatori

harus dikenakan ke atas sesiapa yang mengupah buruh asing tanpa permit. Operasi mengesan

pekerja asing tanpa permit harus kerap dijalankan. Melancarkan pemeriksaan di kawasan

31

Page 32: titas buatan barangan malaysia

perumahan yang menjadi tumpuan buruh asing, kawasan luar bandar, dan sebagainya agar usaha

mengatasi masalah buruh asing haram ini lebih berkesan. Dengan ini, peluang pekerjaan kepada

rakyat tempatan dapat ditingkatkan dan masalah sumber tenaga buruh juga dapat diatasi.

Di samping itu, pembangunan modal insan negara telah dikenal pasti sebagai elemen

penting bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Pembangunan modal insan membolehkan negara Malaysia mengatasi masalah kekurangan pakar

dan mengembangkan teknologi negara Malaysia. Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia

(KSM) telah melaksanakan usaha dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran dan

berdaya saing serta berdaya tahan mengikut acuan sendiri terutama dalam bidang ekonomi global

pada masa ini. KSM telah memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran

antarabangsa supaya membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi

serta mempunyai nilai-nilai positif. Ini dapat membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di

peringkat tempatan dan antarabangsa. Modal insan yang berkualiti merupakan aset sesebuah

negara. Mereka dapat menggunakan kepakaran mereka terutama kepakaran dalam bidang sains

dan teknologi menghasilkan sesuatu produk yang dapat menjana ekonomi negara kita.

Seterusnya, kerajaan juga menawarkan insentif kepada rakyat Malaysia yang

berkepakaran untuk pulang dan berkhidmat di negara ini. Antaranya ialah semua barangan

persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai. Contohnya, dua buah kereta yang

dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Tambahan pula,

isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf Pemastautin Tetap

dalam tempoh enam bulan selepas balik ke Malaysia. Apabila kembali ke Malaysia anak-anak

pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah antarabangsa. Sekiranya rakyat

Malaysia yang berkepakaran dapat pulang dan berkhidmat di negara ini, sudah tentu ekonomi

32

Page 33: titas buatan barangan malaysia

negara Malaysia dapat ditingkatkan kerana mereka juga membawa masuk ilmu teknologi

canggih dari luar negara. Dengan ini, negara Malaysia tidak perlu mengupah pakar asing untuk

berkerja di Malaysia.

Sementelahan itu, peningkatan dalam kualiti pendidikan juga amat diperlukan bagi

mencapai negara maju. Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ dalam

kehidupan masyarakat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang

bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem

Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi

memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendidikan yang bermutu

dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang di negara Malaysia.

Kerajaan juga harus menyediakan infrastruktur lengkap agar dapat membantu pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan, kemudahan pembelajaran lengkap. Peningkatkan

profesionalisme guru juga dapat meningkatkan kualiti pendidikan. Dengan ini, guru dapat

menyampaikan sesuatu dengan berkesan. Guru merupakan 'role model', pembimbing dan

penunjuk cara bagi seseorang pelajar. Dengan ini, negara Malaysia pasti dapat melahirkan modal

insan yang mampu bersaing dengan negara maju dan akhirnya membawa negara kita ke

peringkat antarabangsa.

Tambahan pula, rujukan daripada sistem pendidikan negara lain amat diperlukan. Sistem

pendidikan di negara lain seperti Negara Barat yang lebih mengutamai pratikal harus dijadikan

contoh kepada negara kita supaya memperlajari ilmu pengetahuan yang baru dengan berkesan

dan pelajar akan menggunakannya pada masa depan. Perubahan sistem pendidikan bukan sahaja

33

Page 34: titas buatan barangan malaysia

dapat meningkatkan efektif belajar, kebosanan belajar juga dapat dielakkan dan dapatlah

mendorong pelajar dari luar negara untuk belajar di negara kita. Akhirnya menambah baik

hubungan antara negara kita dengan negara lain.

34

Page 35: titas buatan barangan malaysia

5.0 PENUTUP

Secara amnya, globalisasi adalah suatu perubahan yang terjadi dalam segala aspek yang

bersifat mendunia. Baik bagi bidang ekonomi, politik, dan sosio-budaya. Globalisasi ekonomi

yang terjadi di dunia merupakan salah satu bentuk dari globalisasi yang membuka batas-batas

terirorial suatu negara dengan negara lain di bidang ekonomi. Perubahan-perubahan yang terjadi

di bidang perekonomian terjadi dalam segala aspek baik modal, barang dan jasa. Globalisasi

ekonomi yang mendunia tersebut tentunya terjadi di seluruh negara terutamanya Malaysia.

Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai taraf ekonomi beperingkat

globalisasi. Antara cabarannya ialah persaingan antara negara Malaysia dengan negara maju.

Persaingan yang kuat dari segi ekonomi, kepakaran dan teknologi serta sumber tenaga buruh

yang dihadapi oleh Malaysia harus ditangani. Selain itu, kekurangan sumber tenaga, kekurangan

kepakaran dan teknologi serta pendidikan juga merupakan cabaran yang perlu diselesaikan

sebelum kita menjelang 2020.

Oleh itu, pelbagai langkah yang efektif harus dilaksanakan supaya masalah-masalah yang

dihadapi dapat diatasi. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang. Perlaksanan ini dapat

menyekat kemasukkan buruh asing tanpa izin ke negara Malaysia. Masalah-masalah yang

berlaku akibat kehadiran buruh asing tanpa izin seperti gejala sosial, pembawa penyakit

berjangkit dan masalah perumahan dapat diatasi secara tidak langsung. Selain itu,

memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran antarabangsa turut melahirkan

modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan berdaya tahan dengan mengikut acuan sendiri.

Selepas itu, penawaran insentif oleh kerajaan bagi menarik balik pakar di luar negara supaya

berkhidmat untuk Malaysia. Dengan ini, kerajaan tidak perlu mengupah pakar dari luar negara

35

Page 36: titas buatan barangan malaysia

sedangkan negara kita mempunyai kepakaran sendiri. Peningkatan dalam kualiti pendidikan dan

pengubahan dalam sistem pendidikan juga merupakan langkah yang berkesan untuk mengatasi

cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.

Tuntasnya, semua pihak harus bekerjasama bagai aur dengan tebing agar negara Malaysia

dapat mencapai status globalisasi ekonomi dalam jangka masa yang pendek.

36