batik celup

15
gambar hasil ikat celup Gambar2 proses ikat celup . khas untuk kerja khusus seni tugasan 4/2013 . hasil daripada ikatan dan celup. then jadi la btik tersebut . . weng.weng

Upload: nuruddinhakim

Post on 19-Nov-2015

528 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

batik celup

TRANSCRIPT

gambar hasil ikat celup

Gambar2 proses ikat celup . khas untuk kerja khusus seni tugasan 4/2013 . hasil daripada ikatan dan celup. then jadi la btik tersebut . . weng.weng

Proses Batik CelupProses Ikat Celup

contoh corak ikat celup

Jenis ikatan

1. Jahitan2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek3. Lipatan dan ikatan4. Simpulan

Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)6. Sodium silikat (pemati warna)7. Sarung tangan

Contoh pewarna fabrik (dye)

Proses

1. Bancuh warna dengan sedikit garam2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik4.Kain dikeringkan5. Rendam/sapu dengan sodium silikat/pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan warna)6. Buka ikatan/jahitan atau simpulan7. Basuh kain dan keringkan*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah.Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna juga boleh digunakan.

warna yang dibancuh dengan air

ikatan mestilah kuat agar warna tidak menyerap ke dalam ikatan

contoh hasil ikat celup pada kemeja T

contoh beg ikat celup

contoh sarung kaki ikat celup

Proses Batik Canting

Batik lukis dikenali juga dengan panggilan batik canting atau batik tulis.Canting digunakan untuk melakarkan imej atau motif pada kain dan secara langsung menjadi penghalang warna daripada memasuki bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki.Warna yang digunakan dalam batik lukis ini ialah remazol atau primazin.Hari ini, teknik yang sama digunakan untuk menghasilkan lukisan batik.Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan batik lukisPROSES BATIK LUKIS

Batik LukisBatik Lukis

Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng

Alat

1. Canting2. Pemidang3. Berus4. Periuk5. Kuali atau bekas6. Dapur

Bahan

1. Kain putih (jenis kain kapas)2. Campuran lilin3. Bahan pewarna4. Bahan pemati warna (fixer)5. Debu soda

peralatan dan bahan yang diperlukan

canting digunakan untuk melukis lilin panas ke permukaan kain sebelum diwarnakan

Teknik dan Proses

1. Kain dibersih dan dikeringkan2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu

3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah ditetapkan

7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 12 jam untuk mematikan warna

9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering