bateri ujian hoki

13
UJIAN SPESIFIK PERMAINAN HOKI 1. UJIAN MENAHAN / MENERIMA BOLA a. Definisi : Kebolehan menahan atau menerima dan mengawal bola menggunakan pegangan ‘forehand’ dalam jarak kawalan 0.5m dari badan. b. Rasional: Menahan atau menerima bola dengan baik dapat mempengaruhi tindakan seterusnya. c. Objektif : Menguji kebolehan menahan /menerima dan mengawal bola dari tiga arah berlainan dengan pegangan ‘forehand’ dalam jarak kawalan 0.5m dari badan. d. Peralatan: i. 5 kon ii. 12 biji bola iii. Pita ukur iv. Jangka sudut v. Alat tulis vi. Borang skor e. Prosedur: i. Tandakan setiap tempat hantaran dengan kon. ii. Kawasan menahan atau menerima ditanda dengan 2 kon yang jaraknya 1m. Jarak antara tempat menahan atau menerima dan menghantar bola ialah 12m. (Rujuk Rajah 1) iii. Penguji menghantar bola secara tolakan. Hantaran bermula dari kedudukan ‘A’, kemudian dari kedudukan ‘B’ dan seterusnya dari kedudukan ‘C’. Sediakan 4 biji bola di setiap kedudukan hantaran. iv. Sudut hantaran dari kedudukan ‘A’ dan ‘B’ ialah 45 darjah. . v. Peserta yang menahan atau menerima bola perlu berdiri di hadapan gate. 1

Upload: mike-lee

Post on 13-Dec-2015

448 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

bateri ujian hoki

TRANSCRIPT

Page 1: Bateri Ujian Hoki

UJIAN SPESIFIK PERMAINAN HOKI

1. UJIAN MENAHAN / MENERIMA BOLA

a. Definisi : Kebolehan menahan atau menerima dan mengawal bola menggunakan pegangan ‘forehand’ dalam jarak kawalan 0.5m dari badan.

b. Rasional: Menahan atau menerima bola dengan baik dapat mempengaruhi tindakan seterusnya.

c. Objektif : Menguji kebolehan menahan /menerima dan mengawal bola dari tiga arah berlainan dengan pegangan ‘forehand’ dalam jarak kawalan 0.5m dari badan.

d. Peralatan:

i. 5 kon ii. 12 biji bola iii. Pita ukuriv. Jangka sudut v. Alat tulisvi. Borang skor

e. Prosedur:

i. Tandakan setiap tempat hantaran dengan kon.

ii. Kawasan menahan atau menerima ditanda dengan 2 kon yang jaraknya 1m. Jarak antara tempat menahan atau menerima dan menghantar bola ialah 12m. (Rujuk Rajah 1)

iii. Penguji menghantar bola secara tolakan. Hantaran bermula dari kedudukan ‘A’, kemudian dari kedudukan ‘B’ dan seterusnya dari kedudukan ‘C’. Sediakan 4 biji bola di setiap kedudukan hantaran.

iv. Sudut hantaran dari kedudukan ‘A’ dan ‘B’ ialah 45 darjah..

v. Peserta yang menahan atau menerima bola perlu berdiri di hadapan gate.

vi. Peserta yang menahan atau menerima perlu mengawal bola dengan forehand dalam lingkungan 0.5m dari badan. Seterusnya letakkan bola tersebut di belakang gate.

f. Pemarkahan: Setiap bola yang ditahan atau diterima dan berada dalam kawalan akan diberi 1 mata.

Skor Mata11-12 58-10 46-7 33-5 21-2 10 0

1

Page 2: Bateri Ujian Hoki

Rajah 1

2. UJIAN HANTARAN TOLAK

a. Definisi : Kebolehan membuat hantaran tolak ke sasaran dengan menggunakan pegangan forehand.

b. Rasional : Hantaran tolak merupakan kemahiran penting dalam permainan hoki.

c. Objektif : Menguji kebolehan membuat hantaran tolak ke tiga arah berlainan dengan tepat menggunakan pegangan forehand.

d. Peralatan :i. 8 kon ii. 12 biji bola iii. Pita ukuriv. Jangka sudut v. Alat tulisvi. Borang skor

e. Prosedur :i. Tandakan tempat hantaran tolakii. Tandakan 3 gate sasaran dengan kon yang jaraknya 1m. iii. Jarak antara tempat hantaran dan gate sasaran ialah 12m. (Rujuk Rajah 2)iv. Sebanyak 12 biji bola diletakkan di tempat hantaran tolak.

v. Peserta membuat hantaran tolak bola statik (dead ball) ke gate kiri, gate tengah dan gate kanan. Ulang urutan tersebut sehingga selesai.

vi. Sudut bagi hantaran menolak ke gate kiri dan kanan ialah 45 darjah.

vii. Peserta perlu meletakkan sebelah kaki di belakang garis ketika membuat hantaran.

2

(1 meter)

12 meter

45° ABC

45°

- peserta- penguji- bola- kon

Page 3: Bateri Ujian Hoki

f. Pemarkahan:

i. Setiap hantaran tolak yang tepat ke gate mengikut urutan akan diberi 1 mata. ii. Bola yang terkena kon tidak diambil kira.

Skor Mata11-12 58-10 46-7 33-5 21-2 10 0

Rajah 2

3. UJIAN MENGGELECEK

a. Definisi : Kebolehan menggelecek bola melalui halangan dengan menggunakan forehand dan reverse stick (Kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan).

b. Rasional : Menggelecek bola merupakan kemahiran penting dalam sukan hoki.

c. Objektif : Menguji kebolehan dan kepantasan menggelecek bola menggunakan forehand dan reverse stick (Kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan).

d. Peralatan : i. Kon – 8 unitii. Bola – 2 unitiii. Jadual keputusaniv. Pita ukur

3

(1 meter)

12 meter

1 m

1 m

1 m

45°45°

ABC

- peserta- penguji- bola- kon

Page 4: Bateri Ujian Hoki

v. Alat tulisvi. Jam randik

e. Prosedur : i.i. Tandakan tempat permulaan dan penamat dengan 2 kon yang jaraknya 1m.

ii. Tandakan kawasan menggelecek dalam bentuk segiempat sama. Rujuk Rajah 3.

iii. Peserta perlu menggelecek mengelilingi kon dalam bentuk 8 sehingga melintasi gate X dan berpatah balik mengikut arah yang sama sehingga tamat. Rujuk Rajah 3.

iv. Masa diambil sebaik sahaja peserta memulakan pergerakan dan balik semula ke garisan penamat.

v. Peserta dibenarkan menggunakan pegangan forehand dan reverse stick.

e. Pemarkahan:i. Ujian menggelecek akan diuji dari mula hingga akhir. Mata akan diberi

mengikut masa yang dicatat. ii. Pelajar akan mula dan tamat di tempat yang sama.

MASA SKOR MATA> 40 saat 2 1

35 – 40 saat 4 230 – 34 saat 6 325 – 29 saat 8 4

< 25 saat 10 5

4

4m

4 m

4 m

4 m

1 meter

MULA

X(1 meter)

TAMAT

- peserta- penguji- bola- kon

Page 5: Bateri Ujian Hoki

Rajah 3

4. UJIAN HANTARAN SEMASA BERGERAK

a. Definisi : Kebolehan menghantar bola sambil bergerak menggunakan pukulan ‘forehand.

b. Rasional : Hantaran dengan cara memukul bola semasa bergerak merupakan kemahiran penting dalam permainan hoki.

c. Objektif : Menguji kebolehan peserta menghantar bola sambil bergerak ke sasaran dengan tepat menggunakan pukulan forehand.

d. Peralatan :

i. 6 Kon ii. 12 biji bolaiii. Pita ukuriv. Alat tulisv. Borang skor

e. Prosedur :

i. Letakkan 2 kon yang berjarak 1m di X dan Y. Jarak lorong pergerakan di antara X dan Y ialah 4m.

ii. Gate sasaran yang lebarnya 1m ditandakan dengan Z. Rujuk Rajah 4.

iii. Peserta membawa bola dari X ke Y dan membuat hantaran dengan cara memukul ke arah Z.

iv. Hantaran menggunakan tolakan atau sweep tidak dibenarkan.

v. Semasa membawa bola, peserta perlu mengawal bola seberapa rapat yang boleh.

vi. Peserta mesti menghabiskan 12 biji bola.

f. Pemarkahan:Setiap hantaran tepat diberi 1 mata. Bola yang terkena kon tidak diambil kira.

SKOR MATA11-12 58-10 46-7 33-5 21-2 1

5

Page 6: Bateri Ujian Hoki

MULA

12 meter 4m

1m

X

Y

Z

0 0

6

- peserta- penguji- bola- kon

Page 7: Bateri Ujian Hoki

Rajah 4

6.5.5 UJIAN MENJARING SEMASA BERGERAK

a. Definisi : Kebolehan membuat jaringan semasa bergerak menggunakan pukulan forehand.

b. Rasional : Menjaring semasa bergerak merupakan kemahiran penting dalam permainan hoki.

c. Objektif : Menguji kebolehan menjaring bola semasa bergerak dari arah berlainan menggunakan pukulan ‘forehand’.

d. Peralatan :i. Kon – 8 unitii. Bola – 12 unitiii. Jadual keputusaniv. Pita ukurv. Alat tulisvi. Jangka sudut

e. Prosedur : i. Tandakan A, B dan C dengan jarak 11m dari garisan gol.

Sudut menjaring A dan C ialah 45 darjah dari tengah garisan gol.

Jarak di antara 2 kon di A, B dan C ialah 1m.

Jarak di antara kon D dan kon E ialah 1m.

Jarak antara A, B dan C dengan garis permulaan ialah 6m.

Tandakan gate sasaran D dan E dengan jarak 1m di sebelah kanan dan kiri gawang gol. Rujuk Rajah 5.

iii. Sediakan 4 biji bola di setiap tempat permulaan. Dari garisan permulaan, peserta membawa bola dan membuat

jaringan mengikut panduan berikut . Dari gate A ke sasaran D. Dari gate B ke sasaran D atau E. Dari gate C ke sasaran E.

vii. Jaringan menggunakan tolakan atau sweep tidak dibenarkan.

7

Page 8: Bateri Ujian Hoki

viii. Semasa membawa bola, peserta perlu mengawal bola seberapa rapat yang boleh.

f. Pemarkahan:Setiap hantaran tepat diberi 1 mata. Bola yang terkena kon tidak diambil kira.

Skor Mata11-12 58-10 46-7 33-5 21-2 10 0

Rajah 5

6. UJIAN PERMAINAN MINI (6 LAWAN 6 - BERDASARKAN KEPADA BILANGAN MURID)

a. Definisi : Perlawanan yang melibatkan 6 orang pemain dalam setiap pasukan yang melibatkan kawasan permainan yang kecil. Contohnya, padang hoki dibahagikan kepada 4 bahagian. Sila rujuk Rajah Permainan Mini.)

b. Rasional : Keperluan bermain dalam satu pasukan dan aplikasi kemahiran dalam perlawanan adalah penting.

c. Objektif : Menilai kebolehan peserta berdasarkan

8

- peserta- penguji- bola- kon

DE

A C

B

11m

6m

Page 9: Bateri Ujian Hoki

kebolehan bermain dalam satu pasukan, mengaplikasikan kemahiran dalam perlawanan dan kebolehan membuat keputusan ‘decision making’.

d. Peralatan : i. Kayu hoki - 24 unitii. Bola - 4 bijiiii. Kon - 40 unitiv. Jam randik - 4 unit

RAJAH 6 (Padang Permainan Mini)

e. Prosedur : i. Bahagikan padang hoki kepada 4 bahagian seperti Rajah 6 di bawah. Setiap bahagian mempunyai 2 set ‘gate’ sebagai gol yang lebarnya 4m. Zon menjaring ditanda dengan ABCD dengan ukuran 50m panjang × 5m lebar. Setiap zon menjaring dibahagikan kepada 2 bahagian. Contohnya, zon A dibahagikan kepada A1 dan A2 yang sama luasnya. Pada kedudukan A1, jaringan hanya boleh dilakukan ke arah pintu gol yang berada dalam kawasannya. Begitulah juga pada zon-zon yang lain.

ii. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan mengandungi 6 orang peserta atau bergantung kepada bilangan peserta.

iii.Masa permainan ialah 10 minit tanpa masa rehat. Jaringan dikira jika dilakukan dalam zon jaringan.

9

6 vs 6 6 vs 6

6 vs 66 vs 6

5m 5m 5m 5m

5m 5m 5 m 5m

A1 B11C1

A2 C2B2

D1

D2

4m

Page 10: Bateri Ujian Hoki

f. Pemarkahan: i. Aplikasi kemahiran - 4 markahii. Decision making - 4 markahiii. Peraturan dan Undang-Undang Permainan - 4 markahiv. Team Work - 4 markahv. Vision - 4 markahJumlah - 20 markah

Skor maksimum – 10 mata

SKOR MATA0-2 13-4 25-6 37-8 4

9-10 511-12 613-14 715-16 817-18 919-20 10

10