manual mytid 2015 (1182015)-bateri ujian

18
1 MANUAL BATERI UJIAN

Upload: mohd-hilmi

Post on 14-Dec-2015

296 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

manual mytid 2015. khas untuk fasilitator dan penguji mytid

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

1

MANUAL BATERI UJIAN

Page 2: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

ANTROPOMETRIK

UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT) 

Definisi: Ukuran ketinggian dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa

posisi berdiri tanpa alas kaki (tidak memakai kasut dan stokin). Rasional:

Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

 Objektif:

Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi berdiri. Peralatan:

Alat Mengukur Ketinggian (stadiometer)

PROSEDUR

a) Murid berdiri membelakangkan stadiometer dengan bahagian belakang badan dan tumit berada dalam keadaan rapat ke stadiometer tanpa memakai kasut dan stokin.

b) Kedua-dua kaki berada dalam keadaan rapat sementara kedua-dua belah tangan rapat di sisi.

c) Gerakkan penanda bacaan rapat ke kepala murid.d) Ketika bacaan di ambil murid perlu tarik nafas dan tahan nafas.Hembus nafas setelah

bacaan diambil.e) Bacaan akan diambil pada satu titik perpuluhan (0.1 cm)

NOTA:-

a) Kedudukan mata penguji perlu selari dengan bacaan yang diambil

2

Page 3: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

ANTROPOMETRIK

UJIAN 2 : PENGUKURAN BERAT BADAN

Definisi: Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) tanpa alas kaki.

Rasional: Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan

permainan tertentu.

Objektif: Mendapatkan bacaan jisim badan

Peralatan: Alat Penimbang Berat Badan

PROSEDUR:-

a) Penimbang berat hendaklah diletakkan di atas permukaan lantai yang rata. b) Pastikan bacaan penimbang berat berada pada kedudukan sifar ‘0’ sebelum murid

berdiri diatasnya. c) Kasut , stokin dan aksesori (contohnya jam) harus ditanggalkan.d) Murid dikehendaki berdiri tegak di tengah-tengah penimbang berat dan

memandang ke hadapan. e) Bacaan akan diambil pada dua(2) titik perpuluhan (0.01kg).

NOTA:-

a) Bacaan diambil apabila paparan di penimbang stabil.b) Pastikan ketepatan bacaan dengan membandingkan bacaan setiap mesin penimbang

menggunakan murid ujian yang sama sebelum melaksanakan ujian sebenar.

3

Page 4: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

KELENTURAN

UJIAN 3 : JANGKAUAN MELUNJUR

Definisi: Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai.

(Johnson 1997b) Rasional:

Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakkan sukan dan permainan.

 Objektif:

Mengukur tahap kelenturan dan kelembutan bahagian sendi pinggul, bahagian “trunk” .

 Peralatan:

Kotak Jangkauan Melunjur (Sit & Reach Box )  

 PROSEDUR:-a) Letakkan alat jangkauan melunjur rapat ke dinding. b) Murid duduk melunjur dengan tumit kaki diletakkan rapat pada penanda (‘foot line’

23 cm) tanpa kasut.c) Kedua-dua tangan menyentuh penanda bacaan dengan kedudukan tangan lurus ke

hadapan .Tangan ditindih antara satu sama lain dengan hujung jari kanan dan kiri adalah sentiasa sama/ selari semasa menolak penanda bacaan.

d) Tolak penanda bacaan sejauh yang mungkin. Bacaan diambil apabila penanda bacaan tidak lagi bergerak (tahan selama 2 saat).

e) Ujian dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan dan direkodkan. f) Bacaan akan diambil pada satu (1) titik perpuluhan (0.5cm).

NOTA:-

a) Kedua-dua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak penanda bacaan.b) Murid tidak dibenarkan:

menolak penanda bacaan lebih daripada sekali setelah ditolak (no bouncing tolakkan laju (hard push) semasa melakukan ujian. Menjentik penanda bacaan

4

Page 5: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

c) Pastikan bahawa lutut murid tidak terangkat semasa menolak penanda bacaan (tahan lutut murid jika perlu dengan tekanan yang minimum apabila kaki murid terangkat).

d) Murid dibenarkan menundukkan kepala semasa menolak penanda bacaan bagi mendapatkan bacaan yang maksimum.

e) Bacaan perlu direkod dalam gandaan 0.5 cm.

5

Page 6: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

KELAJUAN

UJIAN 4: 20 METER LARI PECUT

Definisi: Keupayaan lari pecut 20 meter dan mencatatkan masa terpantas dengan

permulaan gaya berdiri statik.   Rasional:

Kepantasan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan.  Objektif:

Mendapatkan catatan masa bagi mengukur kepantasan.  Peralatan: 

Jam Randik (Stop Watch) Pita pengukur (50 meter) Kon – 6 unit Bendera Kawasan larian – 30 meter (lantai bersimen) Pita Pelekat

  

PROSEDUR:-

a) Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20 meter dengan kelebaran lorong adalah 1 meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat. Tambahan jarak 5 meter selepas garisan penamat. (seperti di gambar rajah).

b) Murid memulakan larian dalam posisi berdiri (standing start) dengan keadaan sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan.

c) Pelepas berdiri 1 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi isyarat sedia dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.

d) Catatan masa mula diambil oleh penjaga masa sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke bawah.

e) Masa direkodkan apabila murid melepasi garisan penamat. f)  Murid wajib memakai kasut sukan semasa ujian dijalankan. Pemakaian kasut

”spike” tidak dibenarkan.g)  Setiap murid diberi dua (2) kali percubaan secara berselang(tidak berturutan). h) Bacaan akan diambil pada dua (2) titik perpuluhan (0.01 saat).

6

Page 7: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

Gambar rajah ujian 20 meter lari pecut

NOTA:-

a) Permukaan untuk melakukan ujian larian perlu rata bagi mengelakkan risiko kecederaan.

7

Page 8: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

KUASAUJIAN 5: LOMPAT JAUH BERDIRI

Definisi:Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.  Rasional:Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan dan permainan. Objektif:Mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.  

Peralatan: ‘Standing Broad jump’ Mat Pembaris Sesiku L / Pembaris panjang

 Prosedur: a. Murid berdiri dengan kedua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu.

(tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari garisan).b. Murid berdiri di hujung bebola kaki.c. Murid perlu berada dalam posisi ‘half squat’ sebelum melonjak.d. Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan

tangan.e. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian belakang kasut semasa

mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.f. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara berturutan Sekiranya

bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki untuk mengulangi ujian sehingga dua (2) bacaan yang tepat dapat diambil

g. Dua (2) kali bacaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.  

8

Page 9: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

NOTA:-

a) Murid diwajibkan memakai kasut semasa melakukan ujian ini.b) Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.c) Lompatan dibatalkan sekiranya Murid melompat menggunakan satu belah kaki sahaja. Tidak mendarat dengan kedua belah kaki. Kaki bergerak selepas mendarat (menyeret kaki).

9

Page 10: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

KOORDINASIUJIAN 6: BALING DAN TANGKAP

Definisi :Kebolehan menangkap bola yang melibatkan koordinasi mata dan tangan. Rasional :Koordinasi mata dan tangan berkait rapat dengan pencapaian dalam sesuatu sukan. Objektif :Menilai ketepatan dalam balingan dan tangkapan bola.  Peralatan :

Bola Tenis Pita Pengukur Pita Pelekat

 PROSEDUR:-

a) Sediakan garisan balingan (1.0 meter) daripada dinding. b) Gunakan pita pelekat dan bentukkan satu petak empat segi sama (30 cm X 30 cm). Jarak

diantara petak sasaran dan lantai adalah 1.0 meter.c) Murid hendaklah berdiri di belakang garisan balingan yang ditandakan semasa ujian

dijalankan. d) Murid dikehendaki membaling bola tenis tersebut ke arah dinding dalam petak sasaran

menggunakan satu (1) tangan (dominan) dan menangkapnya dengan kedua-dua belah tangan.

e) Bola hendaklah dibaling menggunakan teknik balingan underarm throw.f) Murid diberikan 10 kali percubaan. Jumlah balingan yang berjaya ditangkap akan

direkodkan.

10

Page 11: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

Gambar rajah ujian baling dan tangkap mengikut ukuran

11

Page 12: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

NOTA:-

a) Balingan tidak berjaya sekiranya: Melepasi garisan balingan semasa membaling dan menangkap bola. Balingan diluar petak sasaran. Bola jatuh ke bawah sebelum ditangkap.

b) Penguji perlu memastikan petak sasaran dapat dilihat dengan jelas oleh muridc) Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.d) Satu markah diberikan bagi setiap percubaan yang berjaya mengenai sasaran.

Pengiraan skor (1 markah) adalah seperti berikut: Bola mesti dibaling mengenai sasaran

e) Murid tidak dibenarkan melepasi garisan permulaan semasa melakukan balingan .f) Penggunaan warna pita pelekat perlu kontra kepada warna dinding

12

Page 13: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

LAMPIRANContoh Borang Kebenaran1

13

Page 14: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

Contoh Borang Kebenaran 2

14

PPD NEGERI

SEKOLAH

Nama: Umur:

Melayu India Lain-lainCina Pribumi

Nama:

Bapa Ibu Penjaga

Penyakit Kritikal Asthma

Masalah Jantung

Lelaki

BORANG PENYERTAAN PROGRAM MYTIDINSTITUT SUKAN NEGARA

PUSAT PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT

No Telefon (R): No Telefon (HP):

No. Kad Pengenalan :

Sukan 1 :Sukan 2 :

Perempuan

Alamat:Tarikh Lahir :

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI

Jantina: Bangsa:

BAHAGIAN B: MAKLUMAT WARIS

No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir :

BAHAGIAN D : ACARA SUKAN YANG DIMINATI

Alamat :

No Telefon (R): No Telefon (HP):

Hubungan:

Lain-lain

Lain-lain

BAHAGIAN C : MASALAH KESIHATAN

BAHAGIAN E : KEBENARAN MURID/ IBU BAPA / PENJAGA

Dengan ini saya selaku **murid/ibubapa/penjaga berjanji tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / makamah terhadap pihak penganjur ataupun sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang kecederaan terhadap **diri saya / anak jagaan saya semasa dan sepanjang program ini berjalan.

** sila potong mana yang tidak berkenaan

Nama:Tandatangan:

Disaksikan oleh :

No. KP:Tandatangan:Nama:Tarikh: Tarikh:

Page 15: MANUAL MYTID 2015 (1182015)-Bateri Ujian

Borang Keputusan Ujian

15