alter terahsia bangsa melayu 13

Upload: wmr5439

Post on 09-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    1/17

    http://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.html

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya? Rindu Atuk pada cucu-cucu semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-

    cucu semua mari mendekat pada Atuk.Atuk mahu bercerita.

    Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini

    antara kuasa besar dunia ketika itu,malah kuasa dunia utama yang tidakterkalahkan.Sejak zaman-berzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantaratelah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu

    kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mineyang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-petakuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain bumi di mana

    orang Melayu tinggal.Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga

    dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telahdisinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana.Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya

    dari kitab-kitab lain yang lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalambahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah RajaBabilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,antaranya Kerajaan Israel

    http://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQfM3fOTFFI/AAAAAAAACfw/d-hHR1iNB_k/s1600/matahari.JPGhttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.html
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    2/17

    Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan Empayar IsraelRaya,dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor

    Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang

    bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh Bani Israel.

    Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal dKepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kat

    Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?

    Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayuberibu-ribu tahun dahulu.Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada parapembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura Ketuanan Melayuberasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja

    ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

    Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa bendaini Atuk tidak boleh bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yangbertulis perkataan 'Wangsa Malayu'.Di dalamnya ada gulungan-gulungan watika

    yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti

    Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatan-catatan pada

    tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan namasatu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.

    Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya...ini dia...Matahari.

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    3/17

    "THE CHRONICLES OF MATAH ARI"

    "Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is

    Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"

    (Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQztJzIHEWI/AAAAAAAACgw/LzlW5zSDWZg/s1600/matahari3.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    4/17

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    5/17

    tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu Indochina,pada zaman dahulu terdapasatu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara.Akhirnya kaumini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan rajaChina mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka dan

    merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-

    catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China.Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan

    nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja

    Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-

    yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan maritim yangunggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab danParsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

    Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyaksumber.Jika tidak,kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yangtersembunyi dalam sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali sumber-

    sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang keseluruh pelusuk dunia.Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut,pengemb

    dan pedagang adalah MASALAH TERBESAR untuk kita menggapai sejauh

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SnXpQlmXNQI/AAAAAAAABGI/KpwK1feDOso/s320/My+Son+in+Quang+Nam+4.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    6/17

    mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang,mereka segera

    berpindah ke tempat lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melaytadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu

    berada di tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka mengakubahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan

    bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor,setelah bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti MelayuSailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya.Sebelum penubuhan Angko

    kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utaraKemboja.Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui

    taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah dikalahkan olehSriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakamdalam catatan pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di

    Kemboja.Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapalperang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai taktik,Jayavarman Iyang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh

    ke daratan,untuk mengelakkan serangan dari laut.

    Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka

    jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya.Satufaktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat

    sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya.Di era KesultanMelakalah orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropayang mula menemui jalan laut ke Timur.Kejatuhan Melaka juga berpunca dari

    orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA CARANYA KITA TAHU TENTANG

    SRIWIJAYA?

    Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma.

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    7/17

    Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satuempayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TEN

    tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.

    Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara,sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan

    kronologi masa.Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakanberasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan

    India.Ada yang mengigau berasal dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti

    berbahasa Melayu kuno,terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satuRAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu sudah ada sebelum KesultanMelaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkanorang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah

    Melaka.

    Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwanIndonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yanditemui di Kemboja,Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawa

    dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara.Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yangmenemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan seluruh Asia Tenggarserta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;Sriwijaya.Ketikpara pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini,para sejarahwan Malaysia

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQzxcGqDYrI/AAAAAAAACg0/E9OlLuMHSZY/s1600/masjid.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    8/17

    masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan.Lepaitu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina

    kapal besar,malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapaFlor de La Mar yang menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan

    Malaysia.Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidakberpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan

    tombak dan keris sahaja.Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugistetapi bukan sebab berperang dengan keris,tetapi dikhianati.

    Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapalpelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut

    China Selatan) dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya heboh di Indonesia.Ketikaorang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarahbangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar

    perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknikpembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanyadigunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi

    maritim,Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika eraSriwijaya,pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapalyang amat maju,jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China

    sezaman dengannya.

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TLrFG8JnbmI/AAAAAAAACek/11X4k5i0Mno/s320/malayship.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    9/17

    Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coeddari L'cole franaise d'Extrme-Orient,sebuah institusi kajian sosio-budaya As

    telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkancatatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti

    berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentangSriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimanaKesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin.Kita

    hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak olehraja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China

    untuk menjalin hubungan diplomatik.

    Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayuhanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?

    Tidak,kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruhNusantara sebelum era Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di

    Sumatera yang mengeksport emas,juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra.Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam

    rekod Maharaja China,juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kunodalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!

    Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsingitu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari

    semua misteri ini?

    SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU,SEMAK JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM.Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri

    sehingga ke zaman Mesir Purba!

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    10/17

    Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research CenterMesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa

    sisi budaya Melayu.Pertama sekali bahasa terutama bahasa MelayuSumatera.Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru'yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'god-

    king' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasaGreek.'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris.Jones mendapati orang Me

    purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasaMelayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir

    Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak'(approximately) menjadi 'aga'.

    Mata (eye) menjadi 'maat'!

    Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?

    Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaandengan bahasa Mesir Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia?Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.

    Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yangerat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQzsvvSez4I/AAAAAAAACgs/vc28jcCZB-k/s1600/matahari2.JPG
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    11/17

    Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

    Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami olehEgyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punyapengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik

    Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh.Para pengkaji'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika,tepatnya di Somaliaatau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu?Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan

    bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan seringtenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami).JikaPunt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kak

    sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar- gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan

    raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.

    Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat

    dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpanrahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubunga

    antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan danterampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik,menghantar

    duta,mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjunghormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi saturaja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar

    Daun,pemerintah Palembang.Siapakah Demang Lebar Daun?Bagindakemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau

    pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot.Raja Suran serin

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    12/17

    dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhanSriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hinyang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain.Rajendra Chola pula keturunan

    Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan

    kerajaan utara India seperti Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak punEmpayar Kushan atau Gandhara.

    Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yangdinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan

    Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang seringmenyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah

    Sanskrit kepada Ionia,wilayah yang terletak di Anatolia sekarang,dahulunya dibawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani,dini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum Hun,salah satu kaum gasar

    berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit.Pahlavas ditafsirkansejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat laut Iran.Dan

    akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQzypzUommI/AAAAAAAACg4/97Jx_AvFlu4/s1600/gallery_darius_inscription.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    13/17

    Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupunParsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang

    mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain telahmengahwini puteri Raja Kinda Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Sura

    dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera danberkahwin dengan anak raja Melayu.

    Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakaterletak di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara

    atau Gangganagar sekalipun.Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalamSulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti

    yang menyebut nama kerajaan ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu KerajaanBeruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin

    sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satukerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

    Apakah maksud dari semua ini?

    SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.

    Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,caryang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar

    maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.

    Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayarmaritim Melayu selepas Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH.

    Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untumemusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam

    Sulalatus Salatin,telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    14/17

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    15/17

    Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasakejatuhan Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak

    khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat.Sebahagiankhazanah itu telah dikumpulkan di Gowa,satu kerajaan yang punya hubungan

    erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil danmenguasai kembali perdagangan selat,di zaman Tun Seri Lanang itulah,para

    pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya.Salasatu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan hikayat.Pedagang-

    pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempatdan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali

    semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini

    bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowaitu.Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilhammengarang hikayat panjang tersebut.

    Di antara manuskrip-manuskrip tersebut,terdapat sebuah manuskrip yangmenceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya

    Raja Suran.Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri,cara yangakan berulang-rulang kali muncul selepasnya.Namanya ialah Hari.

    Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari telah berkuasa dThe Land of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

    Perdagangan maritim.

  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    16/17

    ---------------------------------------------

    Next....

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

    "The Federation of Maritim Powers & Seaports"

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TCqbHDLIdzI/AAAAAAAACV4/SpDsy3_pZoY/s320/junk2.jpg
  • 8/8/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 13

    17/17

    -Siapakah Srivijaya?-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?

    -Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya-Siapakah Maharaja Zabag?

    -catatan Mas'udi -Siapakah Sribhoja?

    -Dari mana asal-usul Srivijaya?-Srivijaya sebagai sebuah empayar -Penakluk Segala Pelabuhan

    -"Maharaja Seluruh Kepulauan"-The Guardian of Malacca Straits

    -Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan-Monopoli dan prestij Srivijaya

    -Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?-Profesion purba Bangsa Melayu

    -'The Eastern Norsemen and Phoenicia'-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

    Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam...bersama-samaMistisFiles kita cari kembali hikayat bangsa!