alter terahsia bangsa melayu- bahagian 11 - mistis files

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    1/25

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

    (Di Gua Rahsia)

    Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu

    nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu

    lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...

    Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalahsedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagianak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak

    tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.

    (Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)

    http://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2neDcZ-FbI/AAAAAAAAB-A/XjXIi_B64iE/s1600-h/book_of_dead_plate_7_bennu_highlighted.pnghttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    2/25

    Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang

    tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam

    rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.

    Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China

    dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilonmenyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair

    tentang kita...

    Dan tanah tumpah darah kita ini...

    Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia

    ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAHMENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-

    dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan

    Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia

    kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga

    tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpanrahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga

    rahsia kita??

    (Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas petiterdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)

    Palingkan muka kamu...

    Kepada bunga

    kancing emas

    satu rahsia...

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    3/25

    Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam

    The Egyptian Book ofThe Dead

    "Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and

    the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nIGp3dmAI/AAAAAAAAB7A/cdrsa14GuUM/s1600-h/350px-Faience_Pectoral,_Depiction_of_Anubis_%28BM_7853%29.jpg
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    4/25

    (Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)

    Merenungkepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek padahari ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung

    mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak

    berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akanmembuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat

    apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini

    akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

    Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika

    itu seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahuketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam

    pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa

    kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang

    maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentangMAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan

    khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus komentar dari pakar

    sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita anggap orang gua dan oranghutan sahaja.

    Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Incamenganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan

    dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan

    pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabiladiperangkap penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah

    yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca menyanjung

    tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang

    sama orang-orang SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebatdan khazanah emas yang terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum

    yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN

    RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG

    LUARmengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador

    yang mula sedar kaum-kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang

    peka dengan perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi merekamenganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka

    dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    5/25

    Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua

    yang datang menjajah,TETAPI EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang

    'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah olehconquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat

    'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda

    mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua inidimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor

    Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang

    pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampaike Filipina).Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti

    tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya?

    SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4

    CONQUISTADORINI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja

    conquistador' iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan

    masih berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi

    sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan.Aborigine yangmemegang pulau sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang

    dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buatjarum pun tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?

    Sepatutnya orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya?

    Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orangEropah,sudah tentu orang-orang Melayu akan dibelasah habis-habisan seperti yang terjadi

    kepada Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati

    tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya,namundimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?DIMANA

    MEREKA?

    Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa

    saja yang mungkin....keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang

    untuk menghadapi serangan bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAHTERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-

    tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah

    untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak menganggap orang-

    orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahalkaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh

    dikalahkan dengan mudah.

    Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang

    agung?Di manakah Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah

    berdagang dengan pedagang-pedagang Melayu pada hari ini?Di manakah keturunanFiraun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu

    keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu

    dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan

    permaisurinya,Puteri Hati?

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    6/25

    Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya

    sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsapicisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun hari ini

    lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang

    mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang ArabMesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu

    tahun dahulu masih ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan

    yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!

    Petunjuk Dari Tulisan Rencong

    Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaituRencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit

    kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya disimpan olehBelanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini

    berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG

    MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?

    Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi

    (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).

    Brahmi Dan Rencong

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    7/25

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nJQOsiImI/AAAAAAAAB7Q/zN1jzdEJ3lA/s1600-h/Kerinci_Rencong_id.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nNOfLATkI/AAAAAAAAB8Y/wgqtiPW6h3g/s1600-h/brahmi.gif
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    8/25

    Aramaik dan Rencong

    Phoenicia dan Rencong

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nJQOsiImI/AAAAAAAAB7Q/zN1jzdEJ3lA/s1600-h/Kerinci_Rencong_id.JPG
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    9/25

    Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang

    digunakan oleh Tamadun Sumeria.

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nJQOsiImI/AAAAAAAAB7Q/zN1jzdEJ3lA/s1600-h/Kerinci_Rencong_id.JPG
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    10/25

    Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan

    purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu inimempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

    1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor

    bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan

    antara kedua-dua bangsa.

    2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau

    sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara.

    3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang

    Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani

    (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip

    ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia(Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara

    (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai danBUrma.

    Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya 'dengan

    berat hati' mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama

    Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip AsiaTenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat

    pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara

    dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjanalain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2ndN_FdWLI/AAAAAAAAB94/P-tsW-8rPys/s1600-h/lbtt147.jpg
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    11/25

    Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa

    Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan

    perkataan-perkataan Mesir Purba!!

    Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil

    Hatshepsut

    *Perehu dan isterinya Ati

    Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang

    menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat

    selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yangmenggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip

    ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.

    Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan

    bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah

    ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi danArkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan andNeubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan

    bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh

    Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yangpernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah

    menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum

    Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    12/25

    Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa REncong

    adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr.

    Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencongdikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima

    Sebelum Masehi.

    Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu

    Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan

    mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap merasa Cina,sekejapmerasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun

    1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The

    History of Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber

    kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiapkarakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun

    skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-

    aksara Sumatera berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal

    saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yangdibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan

    orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).

    Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebasberkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder

    telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data

    yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedokatau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara

    terus.

    Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician

    Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti

    hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan skrip Batak.Beliau juga

    menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician danAramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang

    sama telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera

    pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 SebelumMasehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili

    perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula

    mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi keAramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    13/25

    Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan

    Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang

    Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan danakhir abad ke 7 Sebelum Masehi.

    Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa danskrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada

    tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi

    ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun diantara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita

    rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di

    sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan

    skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skripini dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam

    buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan

    Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan

    dengan huruf Phoenicia.

    Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris danmemasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa

    Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil

    kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific

    Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasildari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong

    kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke

    satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yanglebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu

    khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!

    Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang

    benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana

    pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasaMelayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian

    seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut

    mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.

    Punt,The Land of Gods

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    14/25

    Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketikamengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya

    menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa

    Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawamereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka

    yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian

    untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruhMesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa

    Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa

    merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untukditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat perkataan-

    perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir

    Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind

    acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapatmengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan

    dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa

    Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nNpXbjeXI/AAAAAAAAB8g/cUU5Yei567s/s1600-h/600px-Punt2.JPG
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    15/25

    *sila klik untuk paparan lebih jelas

    Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan

    Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam

    perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau telah menyenaraikanperkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Melayu dan membuat

    analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan

    perkataan!!

    Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata

    dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa SemitikPurba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan

    ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat

    proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2nWawRdhvI/AAAAAAAAB9o/SX8Tio5W-wY/s1600-h/1.gif
  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    16/25

    mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang

    dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir

    Purba.Dalam banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAKMENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER

    ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada

    bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana inidengan berat hati dan sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir

    Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan

    Melayu ini!!

    Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati'

    (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min'

    dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalamloghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti

    'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani

    (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga

    perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atausebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir Purba

    tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king) punya

    kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja' dalam

    dialek Rejang.

    Ati,kekasih 'hati' Raja Punt

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    17/25

    Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara

    orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaunsebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod

    ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang

    dirakamkan pada ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepadaraja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang bermaksud 'hati'

    (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar

    bahasa dan Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan'perehu' adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi

    makna penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.Dan

    menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan

    Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.

    Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT

    DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')

    Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di

    relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkansebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM

    'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun

    ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy

    mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagiemas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan

    pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.

    Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi

    di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan

    Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emasberbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam'

    ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di

    Borneo.Ia bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan dimasa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau

    'teraloi'.

    Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba)iaitu 'kemenyan' atau 'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu

    salah satu produk terpenting Punt,sama seperti emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah

    objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suciuntuk tujuan keagamaan.

    Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis

    pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi' adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk

    kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil

    iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana kata

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    18/25

    'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada

    perkataan Inggeris lama 'benjawin'.

    Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan

    telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada

    wangian dan kemenyan meningkat.

    'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead

    The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang

    menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia

    tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji

    Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'JampiKehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi

    masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era

    Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luarpermukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian

    dan kehidupan selepas kematian.Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

    Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang

    kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga

    ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata

    yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di

    dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' inidiketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan

    oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjayamenentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir

    Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada

    hari Siang'!

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    19/25

    Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yangtidak terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata' dalam bahasa Melayu.'Heru'

    pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik

    dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari'dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang' adalah maksud

    yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa

    Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik dansejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan

    perkataan ini 'adalah hubungan secara LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU

    DENGAN MESIR PURBA'.

    Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    20/25

    Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas

    DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia

    sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir Purba,The ShipwreckedSailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia

    mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah

    pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog denganpelayar tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah

    raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada

    menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Inimembatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau'

    adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan

    petunjuk ini!

    (Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan tanah

    yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)

    Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdaganganbeberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara

    sebagai jalan perdagangan antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah

    kemenyan dan emas!

    Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir

    Purba:

    -berada di TIMUR Mesir.

    -Raja Punt memerintah pulau-pulau-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun

    -mengeksport emas dan kemenyan

    -Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu

    Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    21/25

    Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah

    seperti berikut:

    Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada

    menyatakan:

    "...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka iasepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh

    kepada ayahku Amon"

    Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah

    Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telahkembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA

    YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di

    sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek

    sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.

    Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purbasebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu memakai

    potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada

    POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    22/25

    *Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu

    Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisaupendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan

    senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan

    sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata didunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat

    Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris

    sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.

    Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada

    merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengankapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu).Kajian dari pakar

    dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam

    kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.NationalGeographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal

    Sumatera ini.

    KESIMPULAN

    Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba denganbudaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung

    dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah

    yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan kediamanmereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    23/25

    Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?

    SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik

    tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari MesirPurba dan penduduk di Benua Amerika berkata:

    "...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..."

    Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.AdakahHorus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu

    kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang

    mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan.

    Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih

    menggemparkan.Betapa bangsa Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman

    dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan

    orang Punt pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan adayang berniaga seperti dahulu.

    Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang

    Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa

    beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKANBAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu

    dan Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan

    Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-duaperkataan ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.

    Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnyaberlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?

    Apakah maksud Tanah Nenek Moyang?

    --------------------------------------------------

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    24/25

    Coming Soon...

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XII

    -Siapa Funan?Khmer atau Melayu?

    -Austronesian dan Polinesia-Kota yang hilang di dasar tasik Chini

    -Bahasa-bahasa Nusantara-XXXXX XXX XXXXX

    -XXXXX XXX XXXXXX

    -Helmet dan jaket perang orang Cham

    -Item Locked

    -Rumpun Melayu-Item Locked

    -Item Locked

    -XXXXX XXXXX

    Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada berjejak!Pencarian

    semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini??

    Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!

  • 8/14/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu- Bahagian 11 - Mistis Files

    25/25

    Hanya di MistisFiles...