alter terahsia bangsa melayu bahagian 10

Upload: dzul-effendi

Post on 03-Apr-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    1/27

    Alter Terahsia Bangsa Melayu X

    Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah

    sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapalbersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti

    China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-

    universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yangbelajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para

    pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di

    sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!

    Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu'telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang

    suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini.

    Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteridan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka

    menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan

    penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah

    'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasakepada siapa yang memilikinya.

    Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenalilebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian

    rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita

    dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,disini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum

    Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia

    adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga

    http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IFY3codNI/AAAAAAAAB2g/LGlQmLDe2rQ/s1600-h/sm0053-MalayArchipelago%28e748%29.jpghttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    2/27

    akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia

    yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan

    Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebihbesar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang

    silam,terselamat...kemudian bermula di sini!

    The Land of Gods II

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    3/27

    "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja

    memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

    (catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-

    5 Masehi)

    Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibaratroda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka

    dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu harinanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan

    kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang

    Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka

    mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmuastronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya

    contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people'yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache

    dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang

    penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perangmereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana

    orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan

    menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan

    kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapaterkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat

    besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang

    moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajarsemua ini?

    Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah adayang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib

    penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti

    yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di

    dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnyadimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh

    tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan

    orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakanAtahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan

    Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    4/27

    Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan

    Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtmoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya

    diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajahSepanyol ini,tetapi Cuauhtmoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi

    harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National

    Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh

    kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialahmenganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-

    orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan

    piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dankurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai

    merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita

    tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja

    Aztek!

    Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman

    diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkancampuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa

    hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke

    Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2ISj0kyuRI/AAAAAAAAB4g/m13Hs4o9yjY/s1600-h/el-tajin-aerial.jpg
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    5/27

    perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan

    astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak

    seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Inijuga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah

    ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era

    moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui olehdunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-

    rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah

    satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulahdunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru

    kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam

    bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah

    Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yangteguh.

    Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengantragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa

    (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama

    sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki

    tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yanghilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan

    yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan

    Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarangdiketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk

    bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t

    pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur danbapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    6/27

    mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang

    rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama

    sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi IslamLiberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda

    sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut

    kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis danpencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.

    Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalambuku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita

    'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.

    *Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam

    Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah

    pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalampernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI

    SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH

    AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih

    awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orangEropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan

    memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan

    angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembinapiramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei

    101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai

    itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaianangka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang

    merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban

    tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan

    manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagianbesarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa

    amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    7/27

    Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-

    anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas

    Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggaldi sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan

    semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil

    mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emasperak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata

    mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan

    kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membelaOrang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang

    Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika

    atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE

    mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India(Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman

    dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan

    dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan

    balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa beranimemegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah'

    Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepalaraja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah

    pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang

    ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialahpengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

    *Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.

    Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan

    sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orangMelayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan

    kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina

    penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap danmemiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di

    Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000

    pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    8/27

    kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara

    dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United

    Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India keranauniversiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak

    mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan

    Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembaraChina dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet.

    Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwindengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit

    misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara.

    Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyatmenganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan

    mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang

    Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang

    Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerihperih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan

    dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkenatempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah

    tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah

    Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisadikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh

    keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan

    dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi

    kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan butahuruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis

    blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan

    raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha.

    Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja

    Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dandarjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu

    yang peramah dan baik hati.

    Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayudi negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang

    dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja

    Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania'kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi

    bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang

    berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itusudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun

    sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan

    memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa'

    di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    9/27

    padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini

    lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk

    kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan

    bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi

    kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahumenyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford

    Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam

    sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jikaorang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi

    nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama

    'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa

    Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkanRama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah

    ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga

    terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab

    seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan

    bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri diKepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil

    zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja

    China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador danpelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG

    DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN

    MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina

    peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilangketika era penjajahan.The Lost History of Malay Civilization.

    Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu diNusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang

    memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau

    Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utaraBorneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ

    dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras

    rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan

    sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire:

    YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL

    DARI NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARATSEMATA-MATA?

    A. INDONESIANB. FILIPINO

    C. MALAY

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    10/27

    Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang

    menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan

    Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya.

    'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah

    jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebihlagi 'Filipino',berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY'

    TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT

    RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD

    CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya

    sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-

    lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan

    rekod tentang asal-usul kita.

    Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta

    sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan

    Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIPBERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh'

    perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarahberdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya

    'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah.

    Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia &

    Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai

    'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan buluh runcing

    seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh

    Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang

    mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalamsejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri.

    Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan

    dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan

    semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang

    menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan.

    Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama

    'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai

    Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama

    'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dariorang-orang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa

    rahsia 'Malaya-dvipa' ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para

    tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir

    mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    11/27

    Petunjuk di Angkor Wat

    Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara diIndochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14

    juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor

    dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian

    yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia

    berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuilini melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan

    'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hinduyang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah

    kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor.

    Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding

    dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang

    menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan

    kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dansetanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya

    dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creationof Eve).

    Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya

    diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki danMalayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding

    dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini

    menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    12/27

    Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan

    panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan

    Angkor,Jayavarman II.

    Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?

    Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarahadalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat

    dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II

    ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletakdi Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan

    pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya)

    dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkanbahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan

    upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan

    Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:

    "Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja

    Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya

    dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"

    Pada inskripsi lain,

    "Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan

    sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IWX2C8pII/AAAAAAAAB5I/DkocMK9wrp0/s1600-h/great-head.jpg
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    13/27

    membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai

    kedaulatannya sendiri"

    Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke

    bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain diIndochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di

    Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan

    Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman IIsebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika

    itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer

    ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di

    Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya.

    Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika

    itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan

    dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan

    Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dankebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai

    pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina

    sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (namalain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan

    pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga

    adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    14/27

    Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra

    berkuasa.

    Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa

    kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti

    ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telahdibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era

    pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825

    Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan SuryavarmanII,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji

    Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh

    Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di

    sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datangkemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya

    ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik

    dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan

    berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantarakehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex'

    oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (diTanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah

    diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!!

    Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu

    perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar

    'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan

    mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-petiseterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.

    Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga diatas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai

    Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan

    menariknya adalah antara kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam SejarahThailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak

    menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.

    Petunjuk Kedua di Tambralingga

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    15/27

    *Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya

    Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu KunoTambralingga.

    Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan

    pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar

    tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telahmenduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di

    Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa

    Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yangkemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu

    petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal

    ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang

    kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibinaThai pada hari ini.

    Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadinaungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti

    Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan

    kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan

    dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau

    orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).

    Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan

    kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan:

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    16/27

    "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja

    memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

    Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing

    (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun

    Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.

    SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah

    Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawalabad ke-5 lagi.

    Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India

    sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanuadalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah

    memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu.

    Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telahdiserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga

    bercita-cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yangdikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu

    Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang)

    kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalamserangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan

    dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri

    Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini

    perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganasLTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada

    tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri

    Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kotaYapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan

    Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri

    yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Didalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar

    atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini

    menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata

    'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinastiSailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.

    Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabajdalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam

    kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of

    Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorangpedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi

    menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai

    beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    17/27

    mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita

    mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.

    Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja

    mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina

    Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gayaTambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang

    dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai

    tang tu.

    Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja

    Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula

    telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki iadibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu

    sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya

    tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa

    Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng darifakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu

    telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga)telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal

    ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota

    yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya,Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai

    sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan

    merupakan wilayah istimewa.

    Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percayakepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    18/27

    sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari

    lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain

    kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidaktahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj'

    tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri

    Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishilegenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!

    Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yangmengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini

    dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat

    kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah

    diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satukes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja.

    Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya

    sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mulaperlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah

    diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal

    asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu.

    Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu

    pun kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku

    bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau

    Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan

    budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita.

    Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmerini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti

    skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan

    Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasukdalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan

    dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan

    Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga

    Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!

    Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut

    Rahsia Mala-YU

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    19/27

    Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti

    Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama

    digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaumNusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu

    Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan

    nenek moyang kepada Brahmi!

    Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari

    keluarga Brahmi:

    Tamil

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IXjDyZfJI/AAAAAAAAB5Y/9l8o659cBUo/s1600-h/rosetta.gif
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    20/27

    Devanagari

    Thai

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    21/27

    Khmer

    Burma

    Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    22/27

    Greek/Yunani

    Phoenicia

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IKlTk1YjI/AAAAAAAAB3w/FjGHbU_94as/s1600-h/11971190472143791924ben_Greek_alphabet.svg.med.png
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    23/27

    Aramaik

    Brahmi

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IISk4mUMI/AAAAAAAAB3A/ZD2QCmrv4UU/s1600-h/old_hebrew.gif
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    24/27

    Untuk pengetahuan anda,semua tulisan sepertiTamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau

    subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah

    Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik(asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew)

    Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu

    Nusantara,Rencong:

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2IIlUdiYUI/AAAAAAAAB3I/aXTlt8MrBoM/s1600-h/brahmi.gif
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    25/27

    Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan

    Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauhsekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang

    mana?Fikirkan...

    Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut

    dan Bahtera'.

    Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah

    kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer

    yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini.

    Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia

    lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas

    dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih

    tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengantulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula

    dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?

    (Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak

    sekian lama)

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    26/27

    Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke

    Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-

    mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;duapasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa

    mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa

    di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani...

    DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...

    --------------------------------

    cOMING SOON...

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

    -Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong

    -Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa-Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt

    -Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S2ISTo3t_WI/AAAAAAAAB4Q/FJa3h4kBJrY/s1600-h/punt.jpg
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 10

    27/27

    -Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan

    -Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong

    -Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba-Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX

    -Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX

    -XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya-XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun

    Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari

    Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,KuilHatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia

    semakin hampir kepada Alter Terahsia itu!

    Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........