alter terahsia bangsa melayu bahagian 9

Upload: dzul-effendi

Post on 03-Apr-2018

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    1/30

    Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

    Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat

    kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan

    untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudahmencium haruman dari kamar diraja Firaun?

    Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan danPuan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota

    Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba

    setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucuketurunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?

    Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hambabukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.

    Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga

    Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):

    Bunga

    Mala

    Abraham

    Tanah Kanaan

    Zulkarnain

    Gunung

    http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    2/30

    Emas

    The Land of The East

    Keturah

    Kemenyan

    Haruman

    Laut

    Keris

    Songkok dan Tanjak

    Avesta

    Kapur Barus

    Rempah

    Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi

    rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kataakan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa

    yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu

    perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibukauntuk kalian.

    Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunyaakan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada

    katakunci yang akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu.

    Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    3/30

    'THE VIKING OF THEORIENT'

    "They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...."

    (Rory Carroll -The Guardian)

    Lautdan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama danlagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon

    kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu

    adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjayaberlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau

    mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique(manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal

    mengelilingi dunia?

    Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang

    mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman MesirPurba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara

    dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    4/30

    ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus

    sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat

    bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan olehMagellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

    Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaumMalayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu

    bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati

    dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda ataukapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam

    bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.

    Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyakmembantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas

    kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah

    ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke

    Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkatsebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte

    Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapalyang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria,

    Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di

    Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama ElCano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastin del Cano) disebut-sebut sebagai wira

    yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan

    berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain

    Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggerismengetahuinya sebagai Henry The Black.

    Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil psycho-navigation. Ia bolehdianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di

    dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke

    pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu sepertihalnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu

    dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh

    diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah

    pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum olehmasyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman

    mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu

    ombak.

    Kapal-kapal Bani Jawi

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    5/30

    *Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia

    Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahuyang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang

    disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran

    lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan

    efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah kedatangankapal dari Eropah, selain lebih

    senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli

    perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jeniskemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa

    maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti

    dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan

    menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapatpada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu

    adalah sebahagian daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan modelkapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu

    seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan;

    sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    6/30

    Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil

    penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu

    berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukandisambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk

    kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang

    dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di

    belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasangdengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang.

    Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah,

    manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layarapit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.

    Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah

    diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayumasa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada

    tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu diTerengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah

    model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih

    kemas dan cantik berbanding dengan hasil

    kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinisClifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti,

    memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi .

    Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa

    bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej

    yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayatal-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai

    diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai

    bangau yang mungkin akan

    dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan digantidengan ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang

    membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    7/30

    Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan

    perahu seperti Bangau dan Okok akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit,

    seperti Raja Bota.

    Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan

    penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja danBali.

    Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah

    dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatanyang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang

    yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian

    dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan

    Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini,tetapi dalam industri pembinaan perahu

    Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari

    perahu Siam.

    Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia

    diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyakmemenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya

    mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari

    pengemar-pengemar perahulayar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun

    1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke

    seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan

    dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yangpanjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.

    Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapalyang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal

    sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari

    pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orangBarat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan

    pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala

    teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu

    manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurutorang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh

    Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium

    Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar lainnyadalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal

    atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah

    yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayarandan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan

    pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    8/30

    *Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di

    Angkor.

    Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para

    pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang

    disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'.

    Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu

    menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, danMadagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat

    seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin

    oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut

    Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemuikawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini

    menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka.Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa

    dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah

    ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.

    Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligusmengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang

    berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia

    Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui padarelief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut

    sebagai "Kapal Borobudur".

    Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai

    menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak

    kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal

    berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung,serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S1tFANRzdUI/AAAAAAAAB1Q/4hSZ4jHqeAI/s1600-h/2056506297_e0bf1e1b22.jpg
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    9/30

    lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China

    memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.

    Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di

    bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abadke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih

    besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut

    juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalamcatatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke

    Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa

    sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan

    warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakanpaku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de

    Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang

    Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakanangkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis.

    Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat sertamampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar

    600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya

    mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerangarmada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini

    dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.

    "Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) samasekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut

    Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini,

    menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugisyang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong

    Jawa dari perairan Melaka.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    10/30

    Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti

    perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh.Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan

    dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke

    9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukansahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!)

    juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.

    Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut

    Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga

    menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong

    berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdaganganAsia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang

    meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan

    Makassar.

    Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal danpembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah

    Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkanpada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal

    besar.

    Dari The Land of The East Hingga ke Tanah

    Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    11/30

    Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga

    ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yangmembawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun

    di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The

    Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah olehdua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi

    Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana

    Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan NabiSulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat

    dan perlindungan ketika itu.

    Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahuimerupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak

    yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari

    Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan

    Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsaEropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan

    Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelarmereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-

    Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering

    bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yangbermakna 'kapal' atau 'kampung'.

    Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi

    para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan SumeriaPurba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh

    yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti

    sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalahmungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal

    dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di

    Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaanlinguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada

    sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud

    'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan

    Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungaiFurat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan

    orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa

    silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkanpenduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad

    ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-

    orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawatChina.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk

    mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman

    purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de

    Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    12/30

    Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya

    dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yanganeh,contohnya:

    Ancient Malay

    Abah (father,be dense)Datu,Datuk (a royal edict)

    Lahat (Tower)

    Mura (fear)

    Saka (to roam)

    Ancient Hebrew

    Abba

    Dath (ingat Darth Vader?)Lahat

    Moora

    Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)

    ......

    .....

    ......

    .....

    .....

    (*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah

    menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala

    dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalamartikel The Land of The Gods II)

    Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antarakerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya)

    dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.

    Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah

    mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan

    perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    13/30

    perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak

    aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa

    (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayudipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini

    sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut

    mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.

    Viking Timur Jauh:Catatan-catatan

    conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja

    China

    Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur

    Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yangberhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti

    menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana

    Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN

    PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti

    singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan

    angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.KepulauanMelayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.

    Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu

    Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasaKunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati

    banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China

    tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    14/30

    Further information is to be found in the I-chieh-ching yin-i,a dictionary compiled by

    Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number

    of instances of po and includes the following passage:

    Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tz, says: large ocean-going ships are

    called po. According to the Kuang ya: po is an ocean-going ship. It has a draught of60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called kun-

    lun-po.

    -Christie (1957), pp. 347-348.

    Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian

    sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:

    By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching

    their shores from the Kunlun Islands in the southern seas, which the Chinese learned

    were volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers. . . . TheChinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels

    engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learntmuch from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven

    mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of

    the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone,

    1980: 191-92)

    Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari

    tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai"as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada

    pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah

    menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail,made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus

    tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.

    Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan

    teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari

    orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang

    terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    15/30

    Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:

    "Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad

    ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan

    Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk

    selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jongMelayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun

    (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang

    dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)

    Manguin mencatatkan lagi:

    "Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun

    sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal

    dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakandalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapaldigabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan

    kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang

    cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal(outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal

    namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-

    74)

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    16/30

    Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:

    "The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of globalsignificance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end.

    They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at

    an angle of to tack against the wind to sail at an angle first one way and then the other,in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because

    of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular.

    . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangularlateen sail, which was developed by sailors living on either side of the Malays, the

    Polynesians to their east and the Arabs to their west.

    Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains

    unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that theArabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century

    C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani,

    1951: 102).

    Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di

    dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan

    kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggarasendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah

    peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-

    orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:

    [There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of

    south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, andothers which are very large vessels made of single logs bound together and called

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    17/30

    sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are

    the largest.

    Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat

    Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih

    merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Inidibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang

    Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di

    bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri inidijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:

    "...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and

    some nine hundred tons of cargo which makes them perhaps a shade larger than thoseother leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and

    Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed

    with a single enormous square sail, whereas a Kun-lu po had four sails and may even

    have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner. Sitwell (1984), pp. 146-147.

    Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut

    Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan

    dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka keAfrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang

    canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek MelayuPurba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem

    layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan

    Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM

    tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lamadi Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada

    diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    18/30

    puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal

    besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.

    Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat

    berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana

    Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.

    Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun

    majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu danIndia.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang

    berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan

    Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang

    armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggerismenulis:

    "Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan

    sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasatakut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya

    dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orangMelayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan

    pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China

    Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yangmenggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan

    tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad

    kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada

    setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan padaabad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk

    mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara

    bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orangChina.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang

    dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau

    Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayugaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika

    dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam

    perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di

    selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang Chinacuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai

    penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"

    (Holmgren (1980), p. 76)

    Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat

    terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (Chinamenyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'.

    Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang

    tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    19/30

    Dari Jones,sejarahwan Eropah:

    "Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi

    berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini

    menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yangringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke

    seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar

    diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahanarah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim

    bunga dari dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin

    yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin

    bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka

    telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu

    sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke

    rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halamandengan mudah.

    Jones menambah:

    "Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayupertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke

    barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh

    yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi

    beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa merekamembawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan

    cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan

    Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupundiketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia

    masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971:

    11519).

    Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:

    "The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean tosupply the Mediterranean market with cinnamon a product of southern China even

    before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for

    cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician andHebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and

    Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa,

    leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing thiscinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first

    century C.E., describes an already well-developed trade in cinnamon. The men who

    brought the cinnamon put out to sea . . . when the east winds are blowing their hardest;

    these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf. Pliny calls their

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    20/30

    vessels rafts, a plausible but mistaken description of the Malays double outrigger

    canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded

    north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchantspurchased it.

    There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the

    vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleetsof Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the

    settlers grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by neighbouring

    peoples. (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egyptsdecline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE.

    At roughly the same time Malay communities were established on the island of

    Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still

    constitute the majority of the islands population and Malayo-Polynesian languages arestill spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean

    and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have

    been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles,

    and the Comores (Taylor, 1976: 30, 4546). Shaffer (1996), pp. 15-16.

    Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai

    Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata

    'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataanMelayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba

    Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab

    kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di

    istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kotaBabilon.

    Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:

    "Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari

    sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan denganmutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di

    dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan

    mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    21/30

    Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar diAsia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai

    mengeksport besi pula ke India!

    Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya

    Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar

    perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post:

    "Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their

    journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were

    traveling around Asian waterswith very advanced technology.The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea

    found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The

    ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and

    better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meterslong and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the

    oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used tosail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

    Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata

    PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hatiorang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang

    Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian

    berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.

    Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah

    tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-

    Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikansemula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini:

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    22/30

    "Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12

    meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while

    European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to Americaand 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

    Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris sepertiyang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah

    dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya

    para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melaluipeperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat

    Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun

    bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of

    Sea'.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalahkatakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa

    laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu

    mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).

    Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut

    Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugissebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan

    kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)

    *Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikankapal perang mereka.

    Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera

    Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai

    menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam

    dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuanInggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun'

    Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    23/30

    kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba

    dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad

    Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tenteraThai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu

    pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata

    berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perangInggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan

    diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di

    Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi danmenyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera

    pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah

    yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra

    dan menetap di sana.

    Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka

    Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah

    dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasusebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang

    diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untukmengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai

    supaya menyerang Kedah.

    Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga

    pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua

    askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

    Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung

    Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dariJohor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...."

    Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentutermasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara

    Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun

    ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal

    pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapalMelayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai

    menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah

    revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,denganpenambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    24/30

    Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yangtidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen

    Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminyaterjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar

    Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan

    Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang

    Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yangmenggunakan kapal jenisfrigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam

    filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenisfrigate),geliung-geliung Johor

    mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasangeliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar

    agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen

    Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan

    kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan paratukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong

    hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun

    dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapalMelayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang

    dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah

    pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telahmenubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini

    memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di

    zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.

    Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika

    menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:

    "Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

    Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan padatahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah

    menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    25/30

    Dalam perjalanan pulang mereka telah singgah di Melaka untuk membedil dan

    menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.

    *Perbandingan antara kapal

    Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal

    Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.

    Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melakadengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:

    "Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portugueseships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire

    because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only

    penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of

    this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights andonly succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she

    carried outside as on the barges of Ribatejo"

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S1tIp_fQs4I/AAAAAAAAB14/eenVYAu6H6A/s1600-h/zheng_he%282%29.jpg
  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    26/30

    Perhatikan kata-kata ini:

    ""Her sides were so high...."

    Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Initerbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu

    menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika

    Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim.

    Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun

    Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-

    wangian kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar danpengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini

    memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan

    para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa

    pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantaiAfrika,Teluk Parsi dan Mediteranean.

    Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek

    moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut

    Melayu tekun bertukang membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal kelaut.Ombak dan pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting

    tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan wajah-wajah

    pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan

    bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengahlautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun

    dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini

    dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah.

    Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan

    pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasilkarya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar

    dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani

    dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.

    Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet

    dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar

    mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompokdengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga

    ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah

    Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaranMelayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji

    sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai The Viking of the Orient

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    27/30

    Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal

    Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de LaMar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak

    Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan

    menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelamisehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja

    Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.

    Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka

    meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk

    rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan

    suku-suku kaum Afrika yang lain.

    Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan

    hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    28/30

    Caption:

    The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I

    stand side by side on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture

    descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose toprominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama

    I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against

    colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta2009)

    ----------------------

    Next...

    Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    29/30

    The Land of The Gods II

    -Siapa penduduk asli Indochina?

    -Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian

    -Perak Man dan Jawa Man-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?

    -Rahsia Borobudur dan Angkor Wat

    -Kota Khmer di dasar Tasik Chini-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno

    -Tulisan Purba orang Melayu

    -Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?-Teori Peradaban

    -Teori Kemerosotan

    -Rahsia tersembunyi di The Land of The East

    -Dewa-dewi di Golden Chersonese-Nenek Moyang Para Firaun

  • 7/28/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 9

    30/30

    Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala

    ilmu,semakin haus dengan kebenaran!

    Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri....

    Akan datang di MistisFiles...