kenali pantun dan kebijaksaaan bangsa melayu

31
Kenali Pantun dan Kebijaksanaan Bangsa Melayu Pantun ialah hak asli orang Melayu. Ia bukan saduran atau pinjaman dari mana-mana bangsa lain.Pantun berkembang bersama-sama berkembangnya bangsa Melayu iaitu ia berkembang bersama-sama agama, adat istiadat,ekonomi, peraturan dan undang-undang, unsur-unsur budaya saperti lagu dan tarian,dan sedikit tentang politik dan sebagainya.Walaupun ada pengkaji mengatakan bahawa pantun tidak dapat diketahui waktu munculnya tetapi yang jelasnya pantun lahir selepas kedatangan Islam berdasarkan bentuknya yang mempunyai rima.Ia seolah-olah ingin meniru rima-rima yang wujud dalam al-quran dan syair-syair Arab yang lain. •Namun ia berbeza dengan syair kerana bentuknya yang melebihkan rima dengan perimbangan rima tengah dan mempunyai pembayang maksud. Syair jelasnya berasal dari perkataan Arab ‘syi’r’ yang dimulai oleh Hamzah Fansuri di

Upload: syiedafadzlina

Post on 16-Jun-2015

1.433 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Kenali Pantundan Kebijaksanaan Bangsa Melayu

• Pantun ialah hak asli orang Melayu. Ia bukan saduran atau pinjaman dari mana-mana bangsa lain.Pantun berkembang bersama-sama berkembangnya bangsa Melayu iaitu ia berkembang bersama-sama agama, adat istiadat,ekonomi, peraturan dan undang-undang, unsur-unsur budaya saperti lagu dan tarian,dan sedikit tentang politik dan sebagainya.Walaupun ada pengkaji mengatakan bahawa pantun tidak dapat diketahui waktu munculnya tetapi yang jelasnya pantun lahir selepas kedatangan Islam berdasarkan bentuknya yang mempunyai rima.Ia seolah-olah ingin meniru rima-rima yang wujud dalam al-quran dan syair-syair Arab yang lain.

•Namun ia berbeza dengan syair kerana bentuknya yang melebihkan rima dengan perimbangan rima tengah dan mempunyai pembayang maksud. Syair jelasnya berasal dari perkataan Arab ‘syi’r’ yang dimulai oleh Hamzah Fansuri di Nusantara ini dan amat jelas juga syair meniru secara rapat dengan bentuk-bentuk al-quran dan seterusnya syair-syair Arab yang lain.

Page 2: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

.

• Pantun memperlihatkan pemerian latar hidup, filsafat dan penghayatan seni masyarakat Melayu.Karya-karya Melayu tradisional saperti Hikayat Malim Deman,Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu tersulam dengan pantun.

Chau Pandan anak Bubunnya

Pandan terletak dilangkahi

Darahnya titik di Singapura

Badannya terlantar diLangkawi

Sebahagian besar pantun juga digunakan oleh tukang cerita saperti Tok Selampit dan Pawang Ana.

• Pantun sudah teruji berabad-abad lamanya,ternyata ia terus lestari,gagah dan kental kerana sifat-sifat komunikatif dan keindahannya tanpa tercemar dengan gelombang pertembungan masyarakat dunia atau ‘gelombang globalisasi’.Benarkah pernyataan ini?Lihat pantun ini…

Pen merah pen biru

You marah I love You

Page 3: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Apakah yang kita kesan daripada pantun dua kerat ini?

• Kehidupan yang cepat

• Hilang nilai keindahan

• Tidak ada jiwa

• Setiap rangkap pantun mesti mempunyai jiwanya sendiri.bandingkan pantun kasih di bawah:

Kalau tuan mudek ke hulu

belikan saya bunga kemboja

Kalau tuan mati dahulu

nantikan saya di pintu syurga.

Arak-arak kelapa puan

Tidak puan kelapa bali

Harap hati kepada tuan

Tidak tuan siapa lagi

Page 4: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Apakah yang boleh dikesan daripada pantun di atas.•Pemerian latar kehidupan•Budi bahasa dan sopan santun•Sifat merendah diri•Nilai-nilai agama•Nilai-nilai keindahan•Unsur-unsur kebijaksanaan mengawal emosi.

Manusia Melayu,menerusi pantun-pantunnya mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi dalam mengeksploitasi dan memanipulasi emosi pendengar. Masyarakat Melayu asalnya memang dikatakan bukan sebuah masyarakat yang terbuka.Oleh itu pantun merupakan satu proses kreativiti orang Melayu untuk mengungkap sesuatu maksud.

Hilir derap mudek derap

Singgah pangkalan gaharu

Bini kurap laki pun kurap Boleh lawan bergaru-garu (pantun sindiran/jenaka)

Page 5: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Manusia Melayu juga dapat menyembunyikan perasaan dan dapat memanipulasi perasaan orang lain ke peringkat yang paling maksimum

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan (pantun kasih)

Bunga tanjung kembang tak jadi

Jatuh berserak di rumpun buluh

Hancur hati kerana budi Dalam air badan berpeluh. (pantun budi)

Lihat pula perbandingan yang melampau dalam pantun di bawah:

Anak merpati disambar helang

Terbang ketitir ke dalam huma

Harimau mati meninggalkan belang

Manusia mati meninggalkan nama

Page 6: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Burung jeladan singgah di huma

Anak balam turun ke paya

Budi laksana sinar purnama

Manusia alam menumpang cahaya.

Burung pipit burung kedidi

Hinggap di pokok di tepi sawah

Jika hidup tidak berbudi

Ibarat pokok tidak berbuah.

Kebijaksanaan bangsa Melayu dalam membina hubungan dan menjadikan pantun sebagai alat komunikasi penting dalam upacara-upacara membina silaturahim saperti merisik, meminang, adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat istiadat raja dan pembesar, pembuka bicara majlis dan sebagainya, dapat menggambarkan Melayu sebagai satu bangsa yang unik, yang mempunyai satu sistem komunikasi yang di dalamnya terungkap budaya dan seluruh makna dan peraturan masyarakat mereka supaya dapat dikenali dan difahami oleh masyarakat atau bangsa lain.

Page 7: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh.

Burung jentayu terbang seiring Mati dipanah jatuh ke lumpur Sirihnya layu pinangnya kering Sudilah dijamah barang sekapur.

Mengapa pantun menjadi alat komunikasi yang amat penting dalam masyarakat

Melayu? Bentuk-bentuk pantun tersusun dengan rima dan penuh berirama.Ia dituturkan

dengan penuh berdiplomasi, mengikut maksud yang hendak disampaikan. Bangsa

Melayu dikatakan satu bangsa yang amat sensitif,tinggi budayanya,penuh dengan

protokol dan adat istiadat dan ada peraturan yang sudah menjadi ‘kontrak sosial’ dan

difahami bersama.Ia meliputi budi bahasa yang sentiasa menghormati tetamu dan

mendahulukan orang lain.Namun sensitiviti yang tinggi ini,ada segolongan bangsa

Melayu yang menpunyai konsep ‘amuk’ dalam masyarakatnya. Sifat-sifat ini yang

membentuk corak/pola komunikasi bangsa Melayu kepada berkias ibarat atau cakap

beralas.

Page 8: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Ambil golok di atas puan

Hendak berakit ke Kuala Kedah

Usah dijolok sarang tebuan

Badan sakit sesal tak sudah.

Ada satu putera alam

Duduk berkira siang malam

Sungguh jenih air di kolam

Tunggul buruk ada di dalam.

Tang-tang buku

Kerakap daun puding

Pak Itam tak malu

Ditampar dek kucing.

Page 9: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

•Satu hal yang dapat dilihat dalam pantun-pantun Melayu ialah sikap orang Melayu yang suka bergurau.Lihat pantun-pantun berikut:

Ketam padi jerami tinggi

Ketam pula balik pulau

Kalau tiada kami di sini

Siapa pula teman bergurau.

Musim ribut pergi ke pulau

Terendak Cina jatuh ke ruang

Lagi hidup kita bergurau

Sudah mati tergolek seorang

Kucoba-coba melempar manggis

Manggis kulempar mangga kudapat

Kucuba-cuba melamar gadis

Gadis kulamar janda kudapat.

Page 10: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Bukit Cuping gualah berangin

Tempat orang dok ambik baja

Putih kuning tok sah dok ingin

Ramai orang dok balik saja.

Dalam pantun juga ada konsep nilai. Ini jelas dilihat dalam pantun-pantun yang memanipulasi wanita yang bertaraf janda. Dalam masyarakat Melayu,taraf janda sangat ditakuti oleh kebanyakan wanita. Janda seolah-olah dilabelkan kelasnya dalam pantun-pantun Melayu. Lihat pantun-pantun berikut.

Emak! Emak! Anyam raga

Nak mengisi si raga inai,

Emak! Emak! Hantar ke paya

Saya nak tengok janda menuai.

Daripada cempedak baiklah nangka

Kerana nangka si panjang tangkai,

Pada budak baiklah janda

Kerana janda si panjang akal.

Page 11: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Encik Mamat memetik lada

Tetak daun di rumah tinggal,

Kalau terkena hikmatnya janda

Tujuh tahun sembahyang tinggal.

Hujan renyai-renyai

Pacat naik kaki,

Orang bujang ramai-ramai

Pakat cari laki.

R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1961) mengatakan bahawa ‘satu

daripada perkara penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya

menyelidiki hal ehwal orang Melayu ialah kebolehannya memahami dan

menyelami pengetahuan, perasaan, dan aliran fikiran orang-orang Melayu

melalui pantun.Seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang

Melayu kalau tidak memahami pantunnya’.

Page 12: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

•Dalam pantun dapat dilihat bagaiman orang Melayu mengurus

emosinya baik emosi yang melonjak-lonjak dalam cinta,kasih sayang,

mahupun emosi yang meruap-ruap dengan kemarahan, dendam dan

sebagainya. Kebijaksanaan mengawal emosi ini dengan

melemparkannya menerusi pantun merupakan satu bentuk

intelektualisme yang perlu diperhalusi dan ditonjolkan untuk

memperkenalkan ‘genius Melayu’ di mata dunia.

Dalam semak ada kebun

Dalam kebun ada bunga,

Dalam gelak ada pantun

Dalam pantun ada makna.

Page 13: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Bentuk Pantun

Aspek luaran pantun (struktur dan ciri-ciri visual):

1) Mempunyai rangkap yang berpasangan iaitu 2 rangkap / 4 rangkap / 6 rangkap

/ 8 rangkap

2) Setiap baris mempunyai 4 kata dasar – dengan jumlah suku kata 8 – 12

3) Setiap stanza/rangkap terbahagi kepada 2 unit (Dua baris pembayang dan dua

baris maksud bagi pantun 4 kerat).

4)Mempunyai skema rima hujung yang tetap a-b-a-b.Ada juga variasi a-a-a-a.

5)Setiap unit pantun adalah satu cerita/wacana.

Page 14: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Aspek lain bagi pantun yang baik:

6) Mempunyai rima tengah yang seimbang.

8) Mempunyai nada yang seimbang antara pembayang dan maksud. Aspek dalaman

1) (unsur-unsur yang dapat dirasakan secara subjektif mengikut pengalaman dan pemahaman pendengar dan penggunaan lambang-lambang yang difahami bersama dalam masyarakat.)

2) Adanya hubungan makna antara pembayang dengan maksud.

(sama ada secara pelambangan atau kiasan)

3) Adanya susunan kata dan pemilihan kata yang padat.

4) Terungkap siratan makna dan falsafah kehidupan

5) Merasakan seni keindahannya

Page 15: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Kalau memandang ke muka laut

Sampan kolek mudek ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung.

Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek belayar malam

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak genggam.

Pulau pandan jauh ke tengah

gunung daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

budi yang baik dikenang juga.

Kusangka nanas atas permatang

Rupanya durian tajam berduri

Kusangka panas hingga ke petang

Rupanya hujan di tengah hari.

Page 16: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

• Pantun mempunyai pelbagai fungsi dalam seluruh kehidupan masyarakat

Melayu. Francois – Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu :

Studies on the Malay Pantun,

‘The encaunter with the malay pantun has been until now,one of the most

striking episodes as well as one of the main elements of the advanture of life, not

simply of literature as distinct from life, but of life and literature closely mixed

together.’

Sastera dan kehidupan dalam masyarakat Melayu berjalan seiring pada suatu

masa dahulu.Ia berlaku dalam segala macam majlis dan adat istiadat,dalam aktiviti

ekonomi yang berasaskan pertanian,dalam rumahtangga antara suami dan isteri ,

pembentukan sahsiah anak-anak dan sebagainya. Namun keseiringan itu kini hanya

tinggal dalam majlis-majlis rasmi sahaja.Ia tidak lagi jadi amalan dan ingatan

terutama generasi muda masa kini.Dodoian terhadap anak-anak tidak lagi

kedengaran. Pantun usik mengusik anak muda sudah lama sepi.Malah orang-orang

tua pun sudah gilakan permainan komputer (computer game/video game).

Daun sup hendak dicari

Skuter ‘orange’ ditunggang ke pekan

Kalau hidup seorang diri

Komputer ‘game’ menjadi rakan.

Page 17: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Klasifikasi Pantun

1) Pantun kanak –kanak

2) Pantun orang muda (cinta dan kasih sayang)

3) Pantun Nasihat

4) Pantun agama

5) Pantun adat

6) Pantun jenaka

7) Pantun kiasan / peribahasa

8) Pantun budi

9) Pantun puji-pujian dan sambutan

10) Pantun naratif atau cerita

11) Pantau anak dagang / perantauan

12) Pantun Kepahlawanan

13) Pantun Perniagaan

14) Pantun Teka-teki

15) Pantun politik

Page 18: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun kanak-kanak

Tuku takak balik bukitBudak nakal beroleh penyakit

Buai laju-laju sampai pokok senaApa dalam baju Sekuntum bunga Cina

Pantun orang muda (kasih sayang)

Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu;Kalau begitu rusuhnya hati, mahu menumpang biduk lalu

Pucuk pauh rantingnya jatuh Jatuh terlentang dimakan ulat;Tuan jauh saya pun jauh, burung terbang berkirim surat.

Pokok beringin di tepi huma, Pucuk menjalar ke luar pagar;Hati ingin melihat bunga, Bunga di lingkar ular besar.

Page 19: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Nasihat

Orang Jawa mencari benang,

Mencari benang di atas bukit;

Orang jauh jangan dikenang,

Lama-lama jadi penyakit.

Orang daik bergelar tabib,

Mengubat jari terkena parang;

Baik-baik menyerahkan nasib,

Jangan menjadi hamba orang.

Orang mengail di Teluk Bulang,

Apalah umpannya si kulit duku;

Jangan bermain kekasih orang,

Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Baik-baik memilih ikan,

Jangan terpilih ikan gelama;

Baik-baik memilih intan,

Jangan terpilih batu delima.

Page 20: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Agama

Burung belatu jambulnya merah,

Sepakat dengan rajawali;

Minta ampun kepada Allah,

Minta syafaat kepada nabi.

Belah buluh bersigai-sigai,

Buat mari serampang ikan;

Kuasa Allah berbagai-bagai,

Lebih laut dari daratan.

Betapa lebat bunga remia,

Lebat lagi bunga pegaga;

Betapa hebat pakaian dunia,

Hebat lagi pakaian syurga.

Halia ini tanam-tanaman,

Di darat juga akan tumbuhnya;

Dunia ini pinjam-pinjaman,

Akhirat juga akan sunguhnya.

Page 21: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Adat

Buah rumbia buah salak,

Pokok tumbuh tepi perigi;

Hidup di dunia kita beradat,

Bahasa tiada berjual beli.

Anak udang udang juga,

Tidak sama anak tenggiri;

Anak orang orang juga,

Tidak sama anak sendiri.

Ada sirih ada pinang,

nantikan gambir dengan kapor;

Sudah dipilih sudah dipinang,

Hanya menanti ijab kabul.

Anak itik di bawah rumah,

Main budak cepat berlari;

Oi encik orang di rumah,

Terima tidak saya ke mari.

Page 22: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Jenaka

Apa guna bertanam lada,

lada banyak di atas bukit;

Apa guna mabukkan janda,

anak dara bukan sedikit.

Anak ikan anak angsa,

Anak kala maka api;

Patuk tedung abang tak bisa,

Jeling janda nyaris nak mati.

Kepiting di negeri Jawa,

Buluh bersigai di atas atap;

Ikan kering habis tertawa,

Melihat tupai membaca kitab.

Pucuk putat layu,

Pucuk pauh kembang;

Duduk dekat malu,

Duduk jauh bimbang.

Page 23: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Kiasan

Seri Panji gelaran paman

Menjadi ratu raja di kedah;

Bulan tinggi jauh pandangan,

Hamba di bawah menumpang cerah.

Pulau Bentan Pulau Daik,

Mercu bertaut nampak berkilau;

Kalau asal benih yang baik,

Terbuang ke laut menjadi pulau.

Rumah kecil tiangnya empat,

Bangkit pagi merebus ketupat;

Pecah tempurung katak melompat,

Barulah tahu timur dan barat.

Rosak lesung kerana antan,

Sebab menumbuk padi puteri;

Hilang buntat berganti intan,

Baru jadi sinar negeri.

Page 24: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Budi

Kalau memandang ke muka laut,

Sampan kolek mudek ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.

Kalau ada menanam tebu,

Boleh dijual di pasar desa;

Kalau kita jadi tetamu,

Biar pandai berbudi bahasa.

Kain berlipat dalam istana,

Pakaian puteri raja kayangan;

Sepatah nasihat ilmu yang berguna,

Secubit budi jadi kenangan

Ambilkan saya buah delima,

Masak sebiji di balik daun;

Budi tuan saya terima,

jadi kenangan bertahun-tahun

Page 25: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Puji-pujian dan Sambutan

Kalau datang kapal serati,

Naik bendera separuh tiang;

Kalau datang si jantung hati,

Bulan mengambang kusangka siang.

Bukan lebah sebarang lebah,

Lebah bersarang di rumpun buluh;

Bukan sembah sebarang sembah,

Sembah menyusun jari sepuluh.

Burung jentayu terbang tinggi,

Mati di panah jatuh ke lumpur;

Sirihnya layu pinangnya kering,

Sudilah dijamah barang sekapur.

Arak-arak kelapa puan,

Tidak puan kelapa bali;

Harap hati kepada tuan,

Tidak tuan siapa lagi.

Page 26: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Naratif / Cerita

Ku cuba-cuba melempar manggis,

Manggis ku lempar mangga ku dapat;

Ku cuba-cuba melamar gadis,

Gadis ku lamar janda ku dapat.

Bukan dedak sebarang dedak ,

Dedak seberang laut jati;

Bukan budak sebarang budak,

Budak ini berani mati.

Page 27: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Anak Dagang / Perantauan

Baik-baik mengail tenggiri,

Takut terkena ikan parang;

Baik-baik merendah diri,

Jangan menjadi hamba orang.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang saya mengkuang layu;

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Dagang saya terbuang lalu.

Orang Jawa membuat tapai,

Raginya datang dari seberang;

Selagi cita-cita tidak tercapai

Biar mati di rantau orang.

Malam-malam menyuluh pelanduk,

Pelanduk seekor bertenggek di batu;

Laksana ayam kehilangan induk,

Begitulah nasib dagang piatu.

Page 28: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Kepahlawanan

Encik Lebai naik ke bukit,

Menangkap ayam di pohon gaharu;

Orang kebal lukanya sedikit,

Remuk di dalam orang tak tahu.

Buah salak lambung-lambungan,

Jatuh sebiji di sawah padi;

Saya jalak ayam sabungan,

Di sini tempat ku tempa mati.

Umpan mari kulit duku,

Orang mengail jauh ke laut;

Kalau nyawaku di hujung kuku,

Nyawa kau pula di hujung rambut.

Berapa dalam lubuk Inggeris,

Saya berani menebar jala,

Berapa tajam pisau dan keris,

Saya berani menegak dada.

Page 29: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Pantun Perniagaan

Ayam ini ayam Melaka

Mari dijual di tanjung Pagar;

Kalau tuan ingin berniaga,

Hasil negeri mahulah dibayar.

Batang kepaya dibuat tongkat,

Salah pegang jatuh terlipat;

Kalau berniaga tak tengok tempat

Modal habis untung tak dapat.

Anak lipan di tepi pagar,

Mati ditikam buluh berduri;

Bukankah tuan saudagar besar,

Kenapa berniaga takut rugi?

Anak Cina menggali cacing

Letak mari dalam tempurung

Kalau tak kenal mata dacing,

pada ditimbang baik diborong.

Page 30: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

• Pantun politik

Di hulu jalan di hilir pun jalan

Sama tengah jalan parlimen

Malu jangan segan pun jangan

Silakan mak ngah berikan komen.

Page 31: Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

• Contoh pantun tidak baikAnak itik anak angsa Bunga kemboja dahannya patahHendak balik kepada janda Hati luka terus berdarah.

Akar angsana melilit cemara Burung kedidi jatuh digerbangTuan laksana emas suasa hendak di beli ongkosnya kurang.

Buah bidara buah lokan bunga melor dalam tamanAnak dara jadi intaian anak teruna inginkan teman.