melayu misteri antara bangsa atau bahasa - mistis files

17
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 1/17 Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau  bahasa? Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.  Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum difahaminya. -M.O hiaskan kendiri berani bak saktimuni

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 1/17

Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama

Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu

hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri disebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau

 bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada

di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksudMelayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu

ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuatkenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini

dari pelbagai sudut.

 Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum

difahaminya.

-M.O

hiaskan kendiri berani bak saktimuni

Page 2: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 2/17

hiduplah jalinan susastera dan mahakarya

Srikandi menyusun berapat jari-jemari

membuka pencak ilmu dan warha bicara

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu

sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap

 perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin

yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar 

Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana

dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa

Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris)dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa

Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan

 Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di

dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadiadakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??

Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang

Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan

kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan merekadan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa

 bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi

seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa

menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang

 bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih

terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yangkejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-

gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di

sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.

Page 3: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 3/17

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang

yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan

oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y

Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu

apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita diSelatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti

sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari

nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556

hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah

sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksamenjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan

dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskankediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan

tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya

yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

Page 4: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 4/17

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang

menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu samalain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-

Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu

kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum iniyang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di

 pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai

 pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,NewZealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia

diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar 

 berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan

Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasidengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham

 bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia

adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjagawarisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya

memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak 

seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu

rahsia.

Page 5: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 5/17

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei'

adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan

Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah

 jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orangFilipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai

 pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia

aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalamilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.

SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI

INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS

IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di

'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para

Page 6: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 6/17

 penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang

gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa

 bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orangTausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka

masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah

Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk 

di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang

'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.

Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan

Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada

moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando

Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang

menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yangtidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah

Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yangmembantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota

Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan

Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zamandahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaranyang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan

Page 7: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 7/17

Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang

digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa

Tagalog.

*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah

 berani

Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador 

Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak 

 boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin

 bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauhke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir 

mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris

Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.

*Keris panjang atau Keris SundangSulu

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA

SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah

darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris

yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelariantermasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada

hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit

Page 8: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 8/17

Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan

identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.

 Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno

masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa

dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini

akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah

memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan

 budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar 

Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR 

SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA

SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS

TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan

Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah

satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian

ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai

Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasaldari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau)

ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa

Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham

di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina

adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa iniyang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo'

adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan

Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebihkepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi

struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-

 bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama

seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yangdominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan

angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-

ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysiaseperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti

Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI

DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia

ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".

Page 9: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 9/17

Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu

sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian

orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di PulauSumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal

loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa

orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antarasebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti

dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang

Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan

loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah

'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin

Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika KrisDayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?

Page 10: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 10/17

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin

ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dariSosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan

 penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah

'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkanoleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang

cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop

HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?

SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM

MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.

Page 11: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 11/17

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting

seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di

mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika

khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini

 berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria danMedia memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta

Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang

menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dariSanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga

 bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)

Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan

(Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum

Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit(ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek 

Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud

'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.

Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.

Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau hanya'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama seperti sebutan dalam

Sanskrit.

'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.

Page 12: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 12/17

Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah diTimur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari

'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan

 baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke TanahKanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu

mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah

ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan denganorang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan

mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti

mulia.

Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan

'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum bunga yang

mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapasaya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba

 periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).

Page 13: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 13/17

Page 14: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 14/17

Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh

Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan

Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atauJawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu

adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel

'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan

misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di

dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform)Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar 

atau bencana lain.

SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiridisamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala

kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan

 budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama

sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dantelinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!

 A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa

kamu tiru aku?

 B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua

tangan,kamu yang tiru aku.

 A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru

terlihat beda.

 B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu

dipatahkan...?

 A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah

ruwet begini dong...sialan kamu!

Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini

adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU

TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!

Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara

sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila

 bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja)akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang

Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di

Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan

mengancam mahu menyerang Terengganu kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang

Page 15: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 15/17

 juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu

 berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang

Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).

Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihatorang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai 'Indon' seolah-olah

makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita

 boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Sayateringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan

RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu

 bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara bersama dari Indonesia

melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliaudengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan

kata-kata 'satu rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara

wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia

itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)

Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satukekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang

menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American

Language? No!It's absolutely not!You know,man...

Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American

English.Apa itu English? Englishman,dude...you know what I mean?Who the hell of this

 Englishman?

Orang-orang Inggeris.

Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapayang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang

Minang?

Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-

 prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah

kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Page 16: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 16/17

Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan

Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah

 bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja Champa.

Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan semula

 bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetapEnglish,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi

yang berhijrah ke Amerika.

JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa

 percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama

dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia

 bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasamenyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau

 bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN

BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI

JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG

DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KINGSOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala

Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala' ini?

Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.

Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober 

1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan 'bahasa persatuan'ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan

Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk 

menggunakannya.

"Pertama

 Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air 

 Indonesia.

 Kedua

 Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.

 Ketiga

 Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa

 Indonesia" 

Page 17: Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 17/17

 Srikandi 

"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri" 

-lohor jeavi-