baka atau persekitaran

15
“Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia?” Pengenalan Sepanjang hayat, manusia akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Perubahan pertumbuhan dan perkembangan manusia terbahagi kepada dua iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Pertumbuhan ialah satu proses perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur iaitu aspek fizikal serta mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja seseorang individu itu mencapai kematangan. Menurut Karl E. Garrison, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan, iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long pula mentakrifkan pertumbuhan sebagai perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan perkembangan ini tidak dapat diukur tetapi dapat diperhatikan jika dibandingkan dengan peringkat perkembangan yang lebih awal. Menurut Crow and Crow perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran

Upload: hafiz-yatin

Post on 05-Feb-2016

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

perkembangan kanak2

TRANSCRIPT

Page 1: Baka Atau Persekitaran

“Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan

perkembangan manusia?”

Pengenalan 

Sepanjang hayat, manusia akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan.

Perubahan pertumbuhan dan perkembangan manusia terbahagi kepada dua iaitu secara

kualitatif dan kuantitatif. Pertumbuhan ialah satu proses perubahan yang bersifat kuantitatif.

Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur iaitu aspek fizikal serta mental dan akan

mencapai puncaknya sebaik sahaja seseorang individu itu mencapai kematangan. Menurut

Karl E. Garrison, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk

saiz badan, iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long pula

mentakrifkan pertumbuhan sebagai perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu

peringkat yang lain dari semasa ke semasa.

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan

perkembangan ini tidak dapat diukur tetapi dapat diperhatikan jika dibandingkan dengan

peringkat perkembangan yang lebih awal. Menurut Crow and Crow perkembangan

merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi

pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Karl E. Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan

yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Paul Eggan dan Don

Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam

diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa

dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada

persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan

mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti,

sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa perkembangan ialah aspek

perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas

kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat

permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organism.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan

manusia. Faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia dapat

dikategorikan kepada dua unsur iaitu faktor endogen dan eksogen. Faktor atau sifat

Page 2: Baka Atau Persekitaran

endogen merupakan sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga

kelahiran. Faktor eksogen pula merupakan faktor yang datang dari luar individu atau lebih

dikenali sebagai persekitaran. Pertumbuhan dan perkembangan manusia terdiri daripada

aspek jasmani, mental, sosial dan emosi. Terdapat dua faktor utama yang menyumbang

kepada pertumbuhan dan perkembangan manusia iaitu faktor baka dan persekitaran. 

Baka 

Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada zuriatnya melalui

gen, kromosom, kelenjar dan hormon. Derville (1979) mentakrifkan baka sebagai pewarisan

biologi keseluruhan ciri mental dan fizikal daripada ibu bapa kepada anak. Ernest R. Hilgard

(1956) pula berpendapat bahawa baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan

daripada ibu bapa kepada anak melalui gen. 

Norman L. Munn mengatakan, baka merupakan ciri yang diperturunkan melalui ibu

bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai

penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-

potensi seseorang individu. Amram Schienfeld mengatakan bahawa baka itu menentukan

persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli

dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan

emosi. Menurut J.A. Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara

generasi manusia. Berdasarkan pendapat tokoh di atas dapat disimpulkan bahawa baka

adalah ciri mental dan fizikal yang dapat diperturunkan oleh generasi kepada generasi yang

lain.

Persekitaran 

Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal,

iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi diantara manusia sesama manusia dan alam

sekitarnya. Menurut W. Edgar Vinacke (1969) persekitaran adalah segala kuasa kompleks

yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Amram Schienfeld menyatakan

persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula

daripada peringkat persenyawaan. Norma L. Munn pula mendefinisikan persekitaran

sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Berdasarkan definisi di

atas dapat dikatakan bahawa persekitaran adalah segala apa yang terdapat disekeliling

individu yang mampu mempengaruhi seseorang individu.

Page 3: Baka Atau Persekitaran

Pertumbuhan Manusia

Pertumbuhan manusia melibatkan beberapa ciri yang dapat dilihat dengan jelas

serta diukur melalui peredaran masa dan bersifat kuantitatif. Kadar pertumbuhan di antara

individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Tubuh badan dan anggota yang

berlainan juga mengalami pertumbuhan yang berbeza. Perubahan pertumbuhan manusia

berlaku secara berperingkat dan mempunyai corak pertumbuhan yang unik di antara

individu yang berbeza. Pertumbuhan manusia ini juga bergantung kepada baka individu

tersebut. Sebagai contoh, jika individu tersebut mewarisi ketinggian yang rendah namun

mengamalkan corak pemakanan yang penuh bernutrisi tidak akan dapat menaikkan

ketinggian individu tersebut. Proses pertumbuhan akan mencapai kemuncak ketika

seseorang mencapai kematangannya.

Perkembangan Manusia

Perkembangan manusia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat

tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.

Perubahan dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial melibatkan perubahan yang

bersifat kualitatif. Proses perkembangan individu akan berterusan sehingga ke akhir hayat.

Ia melibatkan perubahan tingkah laku dalam keadaan berterusan dan menerusi peringkat

perkembangan kematangan tertentu.

Pengaruh Baka Terhadap Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Faktor kebakaan ditentukan oleh kromosom, gen, kelenjar dan hormon. Hasil

penyatuan dua induk melalui proses percantuman sperma dan ovum dapat melahirkan

zuriat yang mempunyai keserasian atau kesamaan dengan induk tersebut. Baka ataupun

genetik dapat mempengaruhi perkembangan manusia dari aspek fizikal. Sebagai contoh,

gen atau bahan baka dalam kromosom mengawal bagaimana organisma berfungsi dan rupa

bentuknya. Sebagai contoh, gen menentukan sifat fizikal individu seperti warna mata, kulit

dan rambut, rupa bentuk badan dan pertumbuhan tisu. Gen membawa maklumat baka

supaya ciri-ciri warisan ibu bapa dapat diturunkan dari generasi induk ke generasi

berikutnya. 

Selain daripada aspek fizikal, baka juga mempengaruhi ciri fisiologi individu. Sebagai

contoh, jika anak tersebut datang dari baka yang sihat maka, anak tersebut akan menjadi

individu yang sihat. Sebagai contoh jika susur galur baka ibu bapa mempunyai penyakit

kekerdilan dan diabetis kemungkinan anak yang dilahirkan juga akan mengalami masalah

Page 4: Baka Atau Persekitaran

tersebut. Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan

organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Renjatan mental juga dipengaruhi oleh gen induk. Sebagai contoh, jika kedua-dua

induk mempunyai gen yang resesif maka, kemungkinan anak yang akan dilahirkan akan

mengalami masalah kecacatan mental. Kajian ahli psikologu Galton (1865), Goddard (1890),

Newmen (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai

kecerdasan dan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Ahli-ahli psikologi sering

mengaitkan kecerdasar anak dengan kedua ibu bapa mereka. Biasanya ibu bapa yang

cerdas dan pintar melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar.

Pembentukan sahsiah anak juga turut dipengaruhi oleh baka induk. Sebagai contoh

anak akan dipengaruhi oleh perangai dan sifat ekstrovert atau introvert yang terdapat pada

baka ibu bapanya. Sifat pemarah dan bimbang juga dapat diwarisi oleh kedua ibu bapa.

Contohnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan

melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Kecerdasan anak juga dipengaruhi oleh baka. Sebagai contoh, jika kedua ibu bapa

merupakan pelukis, anak juga akan mewarisi kecerdasan tersebut. ini bermakna bakat dan

kebolehan individu itu dipengaruhi oleh baka yang diwarisi mereka.

Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan dapat dilihat dari aspek

fizikal seperti warna kulit, warna mata, ketinggian dan lain-lain. Dari segi fisiologi pula baka

mempengaruhi kesihatan individu seperti penyakit keturunan seperti diabetis dan kekerdilan.

Pengaruh baka dari aspek sahsiah boleh dilihat dari sikap individu sama ada ekstrovert atau

introvert dan akhir sekali kecerdasan seseorang seperti kebolehan berlari pecut, menembak

dan melukis. Namun demikian, faktor baka hanyalah menentukan perkembangan manusia,

faktor persekitaran menolong memperkembangkan pencapaian had yang maksimum

kepada individu. Jelas di sini menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan

yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan individu.

Pengaruh Persekitaran Terhadap Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Pengaruh persekitaran memainkan peranan yang amat penting kepada

perkembangan individu. Persekitaran yang kondusif mampu melahirkan individu yang

berpotensi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Terdapat pelbagai aspek persekitaran

yang dapat mempengaruhi individu dari segi pertumbuhan dan perkembangannya.

Faktor persekitaran dapat mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mental,

fizikal, emosi dan sosial. Kesan persekitaran juga boleh dikategorikan kepada dua iaitu

Page 5: Baka Atau Persekitaran

semasa pralahir dan selepas lahir. Semasa pralahir faktor pemakanan ibu, kesihatan ibu,

penyalahgunaan dadah. Faktor Rh, kesan X-Ray, emosi ibu dan usia ibu dapat

mempengaruhi perkembangan bayi. Selepas kelahiran pula faktor pemakanan, keluarga,

rakan sebaya, sekolah, tempat tinggal, sebaran am, pusat ibadat dan persekitaran dunia

mampu mempengaruhi perkembangan manusia. 

Lowell (1941) melaporkan seorang kanak-kanak Amerika berumur 5 tahun bernama

Danny tidak mencapai kebolehan mental ke peringkat purata semasa ia dijaga oleh datuk

dan neneknya. Kedua-dua orang tua itu tidak membenarkan Danny bersoal untuk

memuaskan naluri ingin tahu dan kegiatannya sangat terkurung. Apabila Danny berpindah

dengan ibunya ke tempat lain dan mula menerima perhatian, kasih sayang dan galakan,

prestasinya semakin bertambah dan mencapai kecerdasan jauh lebih tinggi daripada purata

pada umur dua belas tahun. Montagu (1959) berpendapat gen sahaja tidak dapat bertindak

untuk menghasilkan kesan di dalam keadaan atau persekitaran yang kosong. Beliau

percaya apa yang boleh kita lakukan ke atas sesuatu organisma terhad kepada apa yang

ditetapkan oleh gen, tetapi persekitaranlah yang menentukan sejauh mana lingkungan had

itu perkembangan dapat dicapai.

Institusi keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Unsur-unsur seperti suasana tempat tinggal, pemakanan, asuhan dan didikan, status sosio-

ekonomi keluarga, bangsa dan pendidikan ibu bapa adalah antara faktor yang dapat

mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak. Sebagai contoh, satu kajian telah

dilakukan oleh Sharifah Md. Nor daripada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian

Malaysia berkaitan dengan Latar Belakang Yang Berkaitan Dengan Pencapaian Murid

Tahun Satu. Hasil kajian beliau didapati bahawa bangsa Cina mempunyai prestasi akedemik

yang lebih tinggi daripada bangsa Melayu dan bangsa India mempunyai prestasi akedemik

yang lebih rendah berbanding bangsa Melayu. Setelah menjalankan soal-selidik didapati

bahawa sosio-ekonomi bangsa Cina lebih tinggi berbanding Melayu diikuti oleh India. Ini

jelas menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi keluarga mempengaruhi perkembangan

kanak-kanak.

Selain dari itu, satu kajian juga telah dijalankan oleh Siti Nor Yaacob dan Anita Abdul

Rahman dari Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga, Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau telah mengkaji Depresi dan Pencapaian Akademik Pelajar Dari Keluarga Berbeza

Struktur. Hasil dapatan beliau, didapati bahawa remaja yang dibesarkan di dalam keluarga

dua induk mempunyai prestasi akademik yang lebih baik daripada remaja yang dibesarkan

dengan ibu bapa tunggal. Mereka juga cenderung untuk mempunyai masalah tingkah laku.

Ini membuktikan bahawa pengaruh keluarga juga penting bagi perkembangan manusia. 

Page 6: Baka Atau Persekitaran

Corak keibubapaan juga mempengaruhi perkembangan manusia. Diana Baumrind

(1967;1971) menegaskan bahawa terdapat perkaitan yang rapat diantara cara gaya ibu

bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan konsep kendiri kanak-

kanak. Mengikut Baumrind terdapat tiga jenis cara gaya didikan ibu bapa iaitu authoritarian,

permisif dan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya didikan yang berbeza, manusia akan

berkembang dengan tahap yang berbeza. 

Sebagai contoh, ibu bapa yang membesarkan anak dengan gaya authoritarian iaitu

mengenakan kawalan yang ketat kepada tingkah laku anak dengan membuat pelbagai

peraturan dan tidak membenarkan anak mempersoalkannya. Ibu bapa ini juga tidak

mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap anak dan percaya bahawa kanak-kanak harus

mematuhi arahan dan peraturan yang dikenakan. Impak gaya pembesaran ini akan

menjadikan perkembangan anak tersekat dan akan mengganggu anak dari aspek

perkembangan emosi dan psikomotor. Anak akan cenderung untuk bersendirian (pasif),

kurang keyakinan diri (takut), merasa rendah diri atau bermasalah tingkah seperti agresif

apabila berada di luar kawalan ibu bapa. Sebaliknya jika ibu bapa menggunakan gaya

pembesaran dengan lebih demokratik akan menjadikan anak-anak lebih berkeyakinan diri

dan lebih berfikiran terbuka, Oleh itu, cara gaya pembesaran anak-anak juga akan

menentukan sikap dan perkembangan manusia. 

Berikut merupakan beberapa hasil dapatan daripada kajian Liong Lian Tai mengenai

pengaruh ibu bapa terhadap perkembangan sosial, emosi dan rohani anak-anak:

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan

dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970: 27).

Selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi. (W. C Miller

1971: 102) 

Di samping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian

mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin

murid. (Utusan Malaysia, 1987).

Murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, di mana mereka tidak

mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada masalah

tatatertib di sekolah-sekolah. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad & Ibrahim Saad, 1982: 260).

Kecelaruan dalam keluarga & kurang perhatian ibu bapa adalah punca kuat yang

mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara

Page 7: Baka Atau Persekitaran

(LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja

terjebak ke kancah maksiat. (Berita Harian. 10.11.93, 23).

Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati

purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu.

Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan

membimbing anak mereka. 

Faktor pemakanan juga merupakan salah satu daripada aspek yang dapat

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Pemakanan adalah amat penting

untuk perkembangan dan pertumbuhan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang

berzat dan seimbang adalah amat diperlukan untuk membantuk perkembangan dan

pertumbuhan dan dapat melindungi seseorang individu daripada serangan penyakit.

Walaupun ketinggian dan saiz badan ditentukan oleh faktor baka, namun pemakanan

memainkan peranan yang penting untuk mengoptimumkan pertumbuhannya. Semaksimum

manakah ketinggian seseorang itu akan dipengaruhi oleh pemakanan yang seimbang.

Sebagai contoh, baka akan menentukan saiz badan, namun pemakanan yang berlebihan

atau tidak seimbang akan menyebabkan pertumbuhan yang keterlaluan (kegemukan) atau

terbantut (kurang zat makanan). 

Pengaruh persekitaran juga boleh dipengaruhi oleh pengalaman di sekolah.

Kedudukan sekolah samada berada di kawasan bandar, luar bandar dan pinggir bandar

juga mempengaruhi perkembangan mental sosial dan jasmani seseorang individu. Faktor

kemudahan prasarana, saiz sekolah, didikan dan asuhan guru , serta rakan-rakan di sekolah

juga mempengaruhi perkembangan individu. Sebagai contoh, jika sekolah tersebut diterajui

oleh Guru Besar yang amat perihatin mengenai pencapaian akedemik muridnya, pelbagai

aktiviti bersifat akademik akan dilaksanakan. Dengan adanya program-program pengayaan

dan pemulihan ia dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi pencapaian akademik

semaksimum yang mungkin. Dengan cara ini, murid-murid lebih berpotensi untuk mendapat

prestasi akademik yang baik dari sebelumnya. Kemudahan di sekolah yang disediakan

dengan baik juga dapat memberikan impak kepada perkembangan murid. Sebagai contoh,

sekolah yang menyediakan kemudahan yang lengkap bagi kemudahan murid-murid

pendidikan khas mampu mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi mereka. Berikut

ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(1988) mengenai perkara ini.

“ Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang lebih tidak seragam, iaitu

dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan

pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga

dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya ialah

Page 8: Baka Atau Persekitaran

struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana

nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan

sikap; tanggapan serta harapan para Guru”. (KPM 1988 pp25-26: MASALAH DISIPLIN

MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI) 

Selain dari itu faktor tempat tinggal juga memainkan peranan yang penting dalam

pertumbuhan manusia. Anak-anak yang membesar di kawasan bandar lebih bersifat

individualistik kerana persekitaran mereka tidak mementingkan hubungan yang mesra

diantara jiran tetangga. Mereka juga lebih berpengetahuan dari segi multimedia kerana

didedahkan dengan pelbagai kemudahan seperti internet dan suasana belajar di rumah

yang lebih selesa. Ini berbeza dengan anak-anak yang membesar di kawasan kampung

atau setinggan. Jika kanak-kanak membesar di kawasan kampung mereka akan lebih

bertimbang rasa, tolong menolong dan berkerjasama kerana persekitaran mereka lebih

bersifat sosial dan saling bantu-membantu diantara satu sama lain. Anak-anak yang

membesar di kawasan setinggan pula cenderung untuk bersifat lebih kasar dan agresif

kerana kebiasaannya persekitaran hidup mereka lebih bebas kerana kesibukan ibu bapa

yang bekerja. Corak pergaulan mereka juga dapat mempengaruhi pembentukan tret

personality mereka.

Pengaruh media juga amat penting bagi pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Media seringkali memberikan pelbagai infomasi mengenai segala aspek di dunia ini. Ibu

bapa yang terdedah dengan informasi mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan

mementingkan dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan anak-anak. Sebagai

contoh ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media seperti majalah,

bahan bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujuk bagi pemakanan dan pendidikan

anak secara sihat. Ini dapat membantu anak-anak dalam mencapai pertumbuhan dan

perkembangan yang paling baik. Bebeza pula dengan ibu bapa yang kurang mengambil

berat tentang faktor ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi pemakanan, pendidikan

akan membantutkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Media juga mampu memberikan pengaruh perkembangan yang kurang baik.

Sebagai contoh, anak-anak yang terdedah dengan bahan media yang kurang sihat seperti

cerita dan permainan video yang ganas akan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan

sosial yang kurang baik seperti agresif dan mementingkan diri sendiri. Pusat ibadat juga

merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia.

Sebagai contoh, anak-anak yang tinggal berhampiran dengan pusat beribadat dan sering

mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan

rohani yang lebih positif. 

Page 9: Baka Atau Persekitaran

Kesimpulan 

Pertumbuhan dan perkembangan manusia sering mendapat tempat dan menjadi

fokus yang sangat dititikberatkan di bidang kajian psikologi perkembangan manusia. Tarikan

ini didorong oleh keunikan konflik yang wujud di dalam proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia semasa melalui proses transformasi antara alam kanak-kanak

menuju alam kedewasaan. Persoalan mengenai faktor baka atau yang mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan manusia sering menjadi bahan perdebatan dan kajian.

Setelah meneliti dan membuat pembacaan, di antara baka atau persekitaran, didapati

kedua-dua faktor ini memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Baka dan persekitaran menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pada tahap

yang maksimum. Namun aspek manakah yang lebih mempengaruhi pertumbuhan dan

perkembangan manusia?

Pertumbuhan dan perkembangan dapat dilihat di dalam empat aspek iaitu aspek

jasmani, mental, sosial dan emosi. Sebagai contoh bagi proses pertumbuhan manusia ianya

lebih bersifat kuantitatif, dari aspek jasmani pertumbuhan manusia dapat dilihat dan diukur

dari sudut ketinggian, saiz, berat badan dan bilangan gigi manakala, proses perkembangan

pula lebih bersifat kualitatif atau tidak dapat diukur dengan tepat namun dapat diperhatikan.

Sebagai contoh, dalam aspek jasmani, proses perkembangan dapat dilihat dengan

pertambahan kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari dan

melompat.

Jika dilihat dari aspek ilmu biologi iaitu faktor genetik atau baka. Melalui keturunan,

sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang individu itu sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam

susur jalur waris genetiknya. Seperti sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan

oleh ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun, pengaruh faktor

baka ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil

dalam psikologi perubatan moden ia kini mampu dikawal atas kemodenan tamadun

manusia. 

Dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan sosial pula, ciri-ciri kebakaan

seperti ekstrovert, introvert dan ambivert dapat diwarisi. Namun, persekitaran dapat

mengubah ciri-ciri tret individu tersebut. Walaupun individu itu mempunyai ciri-ciri ekstrovert

di rumah tetapi tidak didedahkan dengan suasana sosial di luar, dia tidak dapat menzahirkan

ciri-ciri semulajadi tersebut apabila berada di dalam masyarakat dan berkemungkinan sukar

untuk berkomunikasi dengan orang lain. Faktor media, rakan sebaya dan masyarakat

sekeliling amat mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. 

Page 10: Baka Atau Persekitaran

Pertumbuhan dan perkembangan mental individu dipengaruhi oleh faktor baka dan

genetik. Keturunan yang cerdik pandai akan melahirkan anak yang mempunyai kecerdasan

yang tinggi. Namun demikian, jika anak tersebut tidak diberi pendidikan dan pendedahan

yang baik kecerdasan tersebut tidak dapat berkembang dengan baik. Justeru bagi membina

insan yang mempunyai kemahiran intelek yang tinggi persekitaran memainkan peranan

yang penting. Ini termasuklah cara didikan ibu bapa, pembelajaran yang diberi kepada anak

seperti persekolahan amat membantu ke arah meningkatkan intelek seseorang individu.

Pertumbuhan jasmani manusia seperti ketinggian dan saiz badan dipengaruhi oleh

baka iaitu diwarisi. Namun, corak pemakanan amat mempengaruhi proses perkembangan

dan pertumbuhan manusia. Makanan yang bernutrisi mampu membantu manusia mencapai

tahap maksimum pertumbuhan tersebut.

Dalam konteks emosi pula, ia lebih dipengaruhi oleh persekitaran. Walaupun ia

dapat diturunkan oleh induk, persekitaran mampu mencorak perkembangan emosi manusia.

Individu yang diberi pendedahan dengan keagamaan, serta tatasusila masyarakat lebih bijak

mengawal emosi mereka. Perasaan marah, panas baran dapat dikawal oleh individu jika

mereka dipupuk dengan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian. Corak didikan ibu

bapa juga mempengaruhi perkembangan emosi individu.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa perkembangan dan pertumbuhan manusia

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang bertindak serta berinteraksi bersama-sama

untuk mencapai had maksimum pertumbuhan dan perkembangan manusia. Namun, era

globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran mempengaruhi

dalam perjalanan kehidupan individu, dan memberi impak terbesar dalam pewatakan

individu serta merupakan pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan

perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa.