bahasa sains, jiwa sains, bangsa sains1fizik.um.edu.my/wat/kertas/bahjiwbangsains.pdf · bahasa...

4
BAHASA SAINS, JIWA SAINS, BANGSA SAINS 1 Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur http://fizik.um.edu.my/cgi-bin/hitkat?wat Dalam makalah ini, diperdepankan beberapa perkara yang berkait dengan pendokongan sains dan teknologi oleh sesuatu masyarakat. Bahasa didekonstruksi sebagai sistem perwakilan yang terdasarkan pengalaman yang oleh itu terwarna budaya. Peranan bahasa dalam sains dibincang, dengan rujukan utama kepada bahasa Melayu. Kemudian, dari sastera pribumi, ditunjukkan bahawa sains memang dijiwai oleh bangsa Melayu, dan seterusnya, pembinaan/pengukuhan bangsa berlandaskan sains disentuh. BAHASA Manusia diberi tiga kelebihan – kebolehan berfikir, kebolehan manipulatif, dan kebolehan berbahasa. Kalau komunikasi di antara sel-sel neuron membawa kepada kecerdasan, pembelajaran, pembinaan konsep dalam individu, begitu juga komunikasi di antara anggota masyarakat membawa kepada kesedaran sosial, nilai dipersetujui, budaya dalam masyarakat tersebut. Bahasa mengungkap pengalaman dunia terkongsi sesuatu masyarakat. Ia adalah perwakilan untuk dunia untuk tujuan komunikasi. Penterjemahan dunia kepada konsep- konsep kognitif merupakan bahasa. Tompok-tompok konsepan dari setiap individu bertindih dalam bahasa yang dikongsi. Tersirat di dalam proses ini ialah acuan kognitif yang telah wujud dalam individu, dan persetujuan tak resmi di antara individu. Bahasa bukan hukum-hukum yang terwahyu. Tidak ada individu atau pehak yang boleh mendakwa milik ke atas bahasa, dan memerintahkan pola bahasa. 2 Bahasa berubah menurut masyarakat yang menggunanya, sementara perubahan bahasa boleh juga merubah masyarakat itu. Kalimah-kalimah punyai kehidupan – mula-mula ia lahir, kadang-kadang ia mengalami evolusi dalam maknanya, ada kalanya juga ia boleh mati. Ia menjadi bermakna bila ia digunakan. Istilah-istilah jika sekadar diwartakan, adalah kosong, sehinggalah masyarakat memberikannya kehidupan dengan menggunakannya. 3 Tampalan kognitif atau kalimah-kalimah sudah tentu bergantung kepada budaya masyarakat. Misalnya 4 , perkataan "muzik" tiada yang setaranya dalam masyarakat- masyarakat tertentu. Walaupun muzik itu sendiri wujud, tetapi konsep muzik itu tidak 1 Kertas jemputan di Seminar Bahasa dan Sastera sempena Sidang ke-46 MABBIM dan Sidang ke-12 MASTERA, 13-14 Mac 2007, Kuala Lumpur. 2 Namun, boleh disalurkan apakah pola bahasa yang diterima masyarakat pada ketika itu. 3 Penggunaan bahasa bukan Bahasa Melayu dalam pengajaran sains merencat penggunaan kalimah berkait sains dalam masyarakat dan boleh membunuh wacana sains dalam Bahasa Melayu. 4 Philip Tagg, "Simple Semiotic Analysis of Music", SEMIOTICS INSTITUTE ONLINE, http://www.chass.utoronto.ca/epc/srb/cyber/cyber.html (dicapai 3/3/2007)

Upload: vanque

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAHASA SAINS, JIWA SAINS, BANGSA SAINS 1

Wan Ahmad Tajuddin Wan AbdullahJabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

http://fizik.um.edu.my/cgi-bin/hitkat?wat

Dalam makalah ini, diperdepankan beberapa perkara yang berkait dengan pendokongan sains dan teknologi oleh sesuatu masyarakat. Bahasa didekonstruksi sebagai sistem perwakilan yang terdasarkan pengalaman yang oleh itu terwarna budaya. Peranan bahasa dalam sains dibincang, dengan rujukan utama kepada bahasa Melayu. Kemudian, dari sastera pribumi, ditunjukkan bahawa sains memang dijiwai oleh bangsa Melayu, dan seterusnya, pembinaan/pengukuhan bangsa berlandaskan sains disentuh.

BAHASA

Manusia diberi tiga kelebihan – kebolehan berfikir, kebolehan manipulatif, dan kebolehan berbahasa. Kalau komunikasi di antara sel-sel neuron membawa kepada kecerdasan, pembelajaran, pembinaan konsep dalam individu, begitu juga komunikasi di antara anggota masyarakat membawa kepada kesedaran sosial, nilai dipersetujui, budaya dalam masyarakat tersebut.

Bahasa mengungkap pengalaman dunia terkongsi sesuatu masyarakat. Ia adalah perwakilan untuk dunia untuk tujuan komunikasi. Penterjemahan dunia kepada konsep-konsep kognitif merupakan bahasa. Tompok-tompok konsepan dari setiap individu bertindih dalam bahasa yang dikongsi. Tersirat di dalam proses ini ialah acuan kognitif yang telah wujud dalam individu, dan persetujuan tak resmi di antara individu.

Bahasa bukan hukum-hukum yang terwahyu. Tidak ada individu atau pehak yang boleh mendakwa milik ke atas bahasa, dan memerintahkan pola bahasa.2 Bahasa berubah menurut masyarakat yang menggunanya, sementara perubahan bahasa boleh juga merubah masyarakat itu. Kalimah-kalimah punyai kehidupan – mula-mula ia lahir, kadang-kadang ia mengalami evolusi dalam maknanya, ada kalanya juga ia boleh mati. Ia menjadi bermakna bila ia digunakan. Istilah-istilah jika sekadar diwartakan, adalah kosong, sehinggalah masyarakat memberikannya kehidupan dengan menggunakannya.3

Tampalan kognitif atau kalimah-kalimah sudah tentu bergantung kepada budaya masyarakat. Misalnya4, perkataan "muzik" tiada yang setaranya dalam masyarakat-masyarakat tertentu. Walaupun muzik itu sendiri wujud, tetapi konsep muzik itu tidak

1 Kertas jemputan di Seminar Bahasa dan Sastera sempena Sidang ke-46 MABBIM dan Sidang ke-12 MASTERA, 13-14 Mac 2007, Kuala Lumpur.

2 Namun, boleh disalurkan apakah pola bahasa yang diterima masyarakat pada ketika itu.3 Penggunaan bahasa bukan Bahasa Melayu dalam pengajaran sains merencat penggunaan kalimah

berkait sains dalam masyarakat dan boleh membunuh wacana sains dalam Bahasa Melayu. 4 Philip Tagg, "Simple Semiotic Analysis of Music", SEMIOTICS INSTITUTE ONLINE,

http://www.chass.utoronto.ca/epc/srb/cyber/cyber.html (dicapai 3/3/2007)

wujud dalam masyarakat berkenaan. Dalam Bahasa Melayu juga, perkataan "muzik" agak baharu, dimport dari Inggeris; kita ada "irama", "lagu", dan sebagainya, yang mempunyai makna yang agak berlainan. Perkataan "muzik" juga merupakan import kurun ke-13 dalam Bahasa Inggeris sendiri. Dalam menerangkan sains, begitu juga bahasa mempunyai pengaruh dalam membawa makna yang dikehendaki. Misalnya, "jarak gelombang" dan "panjang gelombang", yang digunakan untuk "wavelength", masing-masing mempunyai kecondongan makna yang berlainan.

Dalam sains, jenis bahasa yang digunakan bergantung kepada tahap kupasan epistemologi.5 Di peringkat tinggi, ketepatan wacana memerlukan bahasa matematik. Di peringkat rendah, bahasa sains dan teknologi memerlukan istilah yang mempunyai kandungan semantik yang tertentu, dan gaya wacana yang tertentu. Penggunaan Bahasa Melayu di sini penting kerana ia serasi dengan budaya fikir masyarakat Melayu. Namun, masyarakat Melayu juga harus bersedia untuk modifikasi bahasa supaya dapat merangkumi proses sains moden yang misalnya memerlukan ketepatan semantik. Di Malaysia, bertentangan dengan garis panduan ejaan baharu yang diterbitkan ketika ejaan baharu diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia di abad yang lalu, ada semacam 'perintah' untuk merenggangkan perkataan yang telah dieja bersambung, misalnya matahari menjadi mata hari. Ini tidak begitu baik untuk penggunaan sains, kerana sains memerlukan istilah-istilah yang tepat. Juga, bagi saya, "matahari" telah hidup dengan maknanya tersendiri, yang telah terbina, dan kini berlainan makna dengan "mata hari" yang agak lebih umum.

Ada banyak istilah sains yang diimport, kerana dirasakan itu yang terbaik. Perkataan ini menjadi sebahagian daripada leksikon Bahasa Melayu dan mengalami penambahan seperti perkataan Bahasa Melayu lain.6 Lama-kelamaan, dengan penggunaan oleh masyarakat, ia bakal mendapat ruh Melayu dan tidak lagi asing. Di hujung yang satu lagi, sudah ada isitilah Bahasa Melayu untuk konsep-konsep tertentu, tetapi masih ada kecenderungan untuk mengimport istilah Inggeris, misalnya sinaran/radiasi dan maklumat/informasi. Mungkin hujah yang diberikan ialah ketepatan yang lebih, tetapi, seharusnya istilah Melayu yang sedia ada itu harus diberi peluang untuk mengalami modifikasi dalam maknanya, menuju kepada yang lebih tepat, menerusi penggunaan dalam masyarakat.

JIWA

Akal yang dikurniakan kepada manusia memang sentiasa mencari keringkasan dalam maklumat yang dicerap, mencari hukum-hukum yang dasar. Manusia sentiasa berkeinginan mencari makna dan bentuk. Naluri sains ini juga dilihat dalam masyarakat Melayu. Kata Amir Hamzah:7

5 Hairudin Harun, "Weltanschauung Melayu dalam Era Teknologi Informasi", SEMIOTICS INSTITUTE ONLINE , http://www.chass.utoronto.ca/epc/srb/cyber/cyber.html (Kuliah 6) (dicapai 3/3/2007)

6 Seperti garis panduan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, DBP, 1991.

7 Amir Hamzah, "Padamu Jua” (Nyanyi Sunyi, 1937)

…satu kekasihkuaku manusiarindu rasarindu rupa…

Pada zaman dahulukala pun, jampi serapah Melayu mempamerkan naluri sains ini. Misalnya,8

Hei Bersenu! Hei Berkaih!Aku tahu asal ‘kau jadi:Sheikh Abuniah Lahah Abu KasapPusat-mu puchok ubun-ubunSusu ‘kau di tapak tanganSimpang ‘kau tujoh petala langitSimpang ‘kau tujoh petala bumi…

dan

Ah Badi, mak BadiBadi saratus sambilan puloh!Aku tahu asal ‘kau jadi:Badi biawak asal ‘kau jadi,Deri ‘tras asal ‘kau jadi,Mambang Kuning asal ‘kau jadi,…

dan juga

Bismillahi-’l-rahmani-’l-rahimi.Al-salam ‘aleikum, Nabi Tap yang memegang bumi!Aku tahu asal-nya padi…

yang menekankan sipenjampi itu mengetahui asal kejadian pehak kedua, dan dengan itu seolah-olah membolehkan sipenjampi itu mengatasi pehak kedua itu dengan mudah untuk tujuan peribadinya. Dalam sains, dengan mengetahui asal kejadian sesuatu itu, sisaintis dapat mengatasi bahan tersebut untuk manfaatnya. Pengetahuan tentang unsur silikon, misalnya, membolehkan dia mencipta cip dan seterusnya membina komputer. Mungkin dia boleh kata,

Hei Silikon! Hei Si!Aku tahu asal ‘kau jadi:‘Pat belas proton asal ‘kau jadiLajur karbon asal ‘kau jadi3s Subpetala-mu penoh

8 W. W. Skeat, Malay Magic, 1967

3p-mu lebih dua Elektron!‘Kau Semikonduktor! Boleh buat Transistor!Buat Komputor! dan sebagainya!

BANGSA

Sebenarnya “sains” itu sendiri asal maknanya "ilmu". Jadi membina bangsa sains itu bermakna membina bangsa ilmu. Bukan sahaja bangsa itu bermaklumat, tetapi harus dapat menggunakan akal dengan cara yang munasabah.

Dengan mengukuhkan bangsa sains, maka sains yang baharu diungkapkan dalam bahasa sedia ada, dan tidak perlu lagi bahasa sains diimport. Untuk ini bangsa sains itu harus dibina berasaskan bahasa sendiri.

Kebolehan berfikir menjadi bekas kepada sains. Kebolehan manipulatif menjadi bekas kepada teknologi. Kebolehan berbahasa menjadi bekas kepada budaya. Sains dan teknologi dibudayakan.