bahasa melayu pramerdeka dan pascakolonial (present)

Upload: nurjulizaj

Post on 08-Jul-2015

547 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN.

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAKOLONIALDISEDIAKAN OLEH:RAINA BT JAIL & NURJULIZA BT JAMILPISMP BM/PJ/MU (Semester 6)

O.T.Dusseck.....bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.

Bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957

ANGKATAN SASTERAWAN 50 ( ASAS 50 )Merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.

Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas

MasuriS.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS

TOKOH

Usman Awang atau Tongkat Waran

Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Tujuan PenubuhanMemperluas dan mempertinggikan mutu sastera MelayuMelindungi hakhak dan kepentingan para penulis dan para pengarang

Mengadakan pembaharuan dalam sastera.

Konsep PerjuanganSeni Untuk Masyarakat & Seni Untuk Seni* Perjuangan ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak. * memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. * Perjuangan pada ketika ini menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.

Lembaga Bahasa Melayu (LBM) Diasaskan oleh guru-guru Melayu. Pertemuan guru-guru Melayu diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura yang bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu (KGMS) Digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura. Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.

Tujuan Penubuhan LBMMengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup. Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman. Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama..Diadakan pada 12 dan 13April 1952 di Hotel Sea View, Singapura dan memutuskan asas perjuangan adalah

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan.

Butir-butir piagam:i. Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu. Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut.

ii.

iii. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua.. Diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban.

Mengusulkan i. Rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia. ii. Mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat. iii. Menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun. iv. menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. v. Pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu. vi. Melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem.

Mac 1954..

Asas 50- Mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga Diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura. Dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara.

Memutuskan bahawa i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.

ii.

22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, JohorMatlamat Dewan Bahasa dan Pustaka: - Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. - Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

- Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.- Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Penyata RazakMerupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

-

Perkara-perkara yang dikemukakan.. Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah.

Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

* Bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan MalaysiaBahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: i. Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

ii.

Peruntukan Fasal (10);- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepasdaripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

- selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepasdaripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, danbagi segala maksud rasmi yang lain.

- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepasdaripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:a. b. Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam manamana Majlis Parlimen. Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepasdaripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

B. Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini

B.Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

FAKTOR- FAKTOR PEMILIHAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

B. Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi di negara ini

Penggunaan B.Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum

1 September 1967: - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telahmengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. - Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, JabatanJabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

7 Mac 1957 Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak.Tujuan: mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka, dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini

1959 DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup.

1960-1966 : DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. 30 Januari 1960- 6 Februari, 1961 : DBP melancarkan Minggu Bahasa Kebangsaan buat pertama kalinya.

15 April 1962: Seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.11 April 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. 1 September 1967: Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan. (disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967)).

27 Jun 1967: satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.