kumpulan 4-teori pascakolonial

Upload: cik-mutiara

Post on 05-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    1/14

    Teori Pascakolonial

    Nama Ahli:

    Mutiara a/p Megat

    Wan Nur Aida Sakinah Bt. Wan

    Jusoh

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    2/14

    Pengenalan Teori

    Teori Sastera Pascakolonial merupakan teori yang berkaitan

    dengan analisis karya dalam genre sastera di negarapascamerdeka.

    Sejarah menyaksikan bagaimana 2/3 dunia berada dibawah

    cengkaman imperialisme Barat pada kurun ke-19.

    Dunia Barat sering menghina dan memperlekehkan duniaTimur yang pada hakikatnya memiliki kekuatan intelektual,

    berbudaya, dan bermoral tinggi malah memiliki sistem

    pemerintahan tersendiri sebelum era kolonial.

    Persepsi negatif terhadap Timur diteruskan melalui rantaianHegemonial dan penguasaan imej bahawa hanya Barat

    membawa nilai ketamadunan dan kemajuan dalam segala

    aspek kehidupan.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    3/14

    Penulisan Berkiblatkan Barat

    Salah satu daripada dasar Imperialisme untuk menerapkanpemikiran serta nilai mereka agar bangsa yang dijajah akan

    tetap tinggal dalam cengkaman kolonial dan sentiasa

    bergantung kepada kekuasaan mereka.

    Bentuk penulisan yang prokolonial amat signifikan kerana ia

    masih kekal hingga ke hari ini walaupun rata-rata era

    penjajahan telah berakhir.

    Dengan adanya teori pascakolonial, pengkritik dapat menilai

    sesebuah teks sastera dengan melihat impak penjajahan

    dalam usaha pengarang-pengarang tempatan melepaskan diri

    dari belenggu penjajahan dan Hegemonial budaya serta

    politik mereka.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    4/14

    Berdasarkan teori pascakolonial ini, kita dapat memahami

    pembinaan sesebuah karya iaitu yang berkaitan dengan

    politik, sosial, budaya dan psikologi hasil daripada ideologipenjajahan atau anti penjajahan yang digarap oleh pengarang.

    Pengkritik juga dapat mencari alternatif lain bagi menjawab

    serta mentafsirkan sesuatu fenomena dalam sastera

    pascamerdeka dengan merujuk kepada teori yang bolehdipercayai keutuhannya tanpa ada sentimen negatif diantara

    pihak penjajah atau bangsa yang dijajah.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    5/14

    Perkaitan Teori Pascakolonial

    Teori pascakolonial mempunyai kaitan malah overlappingdengan kesusasteraa pascakolonial Komenwel.

    Kesusasteraan pascakolonial jugadikenali sebagai

    kesusasteraan Komenwel sehingga dekad 1980-an, iaitu

    negara-negara yang pernah menjadi jajahan Inggeris. Begitu juga dengan Dunia Arab dan Amerika Latin yang turut

    dijajah oleh Eropah.

    Penulis-penulis yang berjaya di peringkat antarabangsa

    melalui wacana pascakolonial ialah Chinua Achebe (Nigeria),Salman Rushdie (India), Jamaica Kincaid (Antigua, The West

    East)

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    6/14

    Teori dan Kesusasteraan Pascakolonial

    Dalam wacana yang melibatkan pascakolonial mengandaikantema dan persoalan di dalam sesebuah teks kesusasteraan

    adalah overlapping (berlaku pertindanan) antara budaya

    kolonial dengan bangsa yang dijajah.

    Persoalan dipaparkan bermula dari saat permulaan

    pertembungan mereka, bangsa yang dijajah dengan penjajah

    hingga membawa kepada kekacauan budaya di dalam bangsa

    tersebut.

    Tema-tema ini menggambarkan perkaitan yang erat antara

    kesan identiti individu serta psikologi sesebuah bangsa

    dengan ideologi yang dibawa oleh penjajah yang akhirnya

    mencorakkan kepercayaan dan pemikiran mereka.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    7/14

    Tema pascakolonial menganalisis karya-karya sastera yang

    berbau kolonial atau anti-kolonial. Contohnya teks yang

    memperlihatkan penentangan terhadap kolonialisme dengan

    memaparkan kelemahan dan keburukan Barat, penderitaan

    bangsa dan kesan negatif kolonialisme kepada bangsa yang

    dijajah (Ashcroft. Bell. 1995).

    Kesusteraan pascakolonial adalah pengajaran dari sejarah

    pengalaman diri dan bangsa yang diabaikan tidak mempunyaihak untuk bersuara atau mengundi, terpinggir dan di zalimi.

    Kebanyakan kesusasteraan pascakolonial cuba untuk mencari

    makna bagaimana Eropah memaksa dan mempertahankan

    pendominasian mereka di kebanyakan negara di seluruhdunia.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    8/14

    Wacana Pascakolonial

    Wacana yang eurosentrik ini mula terhakis apabila prosesdekolonisasi berlaku dengan pesat di negara yang pernahdijajah itu.

    Hal ini berlaku apabila pertembungan dua kuasa danpertembungan ini menghasilkan satu natijah yang membawa

    perubahan melibatkan seluruh susuk pemikiran dan nilaibudaya yang dibawa oleh kolonial.

    Pada era pascakolonial, suara-suara ini telah berani untukbangkit mencabar keunggulan, keagungan dan kewibawaannilai budaya yang dibawa oleh kuasa-kuasa Barat.

    Kesusasteraan pascakolonial merupakan salah satu wahanayang dapat merakam wacana pascakolonial yang terhasildaripada hasil kolonisasi.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    9/14

    Istilah Pascakolonial

    Istilah pascakolonial yang dimaksudkan merujuk kepada

    impak penjajahan hingga kini kerana masih ada lagi negara

    yang dijajah .

    Bagi golongan Marxis pula, mereka lebih selesa menggunakan

    istilah neo-kolonialisme kerana bagi mereka istilah

    pascakolonial tidak jelas dan boleh dipertikaikan.

    Kolonialisme sebagai satu eksploitasi ekonomi dan politik yang

    masih berterusan di bawah payung kapitalisme.

    Kritikan golongan Marxis, berdasarkan kepada perspektif

    politik dan ekonomi yang sempit.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    10/14

    Rumusan Istilah

    Istilah pascakolonial harus difahami dan diletakkan di dalam

    konteks pertembungan budaya yang merakamkan serangan

    terhadap kolonialisme.

    Istilah pascakolonial juga menimbulkan kekeliruan apabila

    terdapat beberapa negara yang mengalami corak penjajahan

    yang berbeza.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    11/14

    Model-model Pascakolonial

    1. Model yang dikemukakan oleh Ashcroft, Griffiths dan Tiffin

    yang dijadikan panduan. Berikut adalah model-model

    pascakolonial

    2. Model yang berasaskan kepada Kesusasteraan Kebangsaan

    dan Kesusasteraan serantau. Dalam model ini perhatian

    berdasarkan kepada sifat-sifat tertentu yang menonjol di

    dalam sesuatu budaya nasional atau serantau.

    3. Model yang diasaskan kepada bangsa iaitu karya-karya yang

    terdiri daripada pelbagai kesusasteraan kebangsaan daripada

    bangsa tertentu yang memperlihatkan ciri-ciri yang sama.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    12/14

    4. Model yang berdasarkan kepada tanggapan bahawa

    Ksyncreticity. Lahir daripada kacukan dan bancuhan antaraunsur tempatan dnegan luar, yang datang bersama-sama

    dnegan proses penjajahan sehingga menghasilkan satu

    produk baru yang mempunyai sifat tersendiri.

    5. Model yang berasaskan ketegangan di antara kolonial denganyang dijajah. Model ini menjurus kepada persoalan dan isu

    politik, ekonomi dan sosial.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    13/14

    Kesimpulan

    Teori pascakolonial yang merangkumi kritikan dan wacana

    yang berkaitan dengannya diharapkan da[at membetulkan

    suara-suara dan tuntutan bangsa yang pernah dijajah dengan

    cara menilai karya dan mentafsirkan di dalam tradisi yangmelahirkan dan menghayatinya.

  • 7/31/2019 Kumpulan 4-Teori Pascakolonial

    14/14

    Makna Kata

    *Pascakolonial= Selepas penjajahan kolonial

    *Genre= kategori atau jenis karya sastera atau seni yangdicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungantertentu.

    *Imperialisme= Fahaman politik yang bertujuan menjajahnegara lain.

    *Hegemoni= Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atasnegara-negara lain.

    *Kolonial= Berkaitan dengan tanah jajahan (penjajah,penjajahan).

    *Signifikan= penting, ketara, bermakna.*Ideologi= faham (ajaran) atau yang dicita-citakan untuk dasar

    pemerintahan (sistem politik)

    *Sentimen= Perasaan yang berlebih-lebihan dan menurutkankata hati terhadap sesuatu.