apa itu kajian pascakolonial

20

Upload: cikgu-naza-zaza

Post on 15-May-2015

3.171 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

by cikgu naza zaza

TRANSCRIPT

Page 1: Apa itu kajian pascakolonial
Page 2: Apa itu kajian pascakolonial

Kesusasteraan pascakolonial lahir akibat kewujudan Kesusasteraan Komanwel..

Kesusasteraan Komanwel ini digunakan sebagai alat penerusan dominasi kolonial dalam wacana kolonial dahulu.

Oleh itu,warga tanah jajahan menolak peranan kesusasteraan Komanwel.

Page 3: Apa itu kajian pascakolonial

Walaupun kesusasteraan Komanwel memang menggambarkan tentang karya arus perdana dan karya pinggiran, namun, karya – karya yang digambarkan itu hanyalah yang lahir di negara – negara bekas tanah jajahan Inggeris

Oleh itu, wacana pascakolonial lahir dengan cakupan yang lebih luas da lengkap keraa meragkumi negara – negara yang yang dijajahi oleh kuasa penjajah.

Page 4: Apa itu kajian pascakolonial

Menurut penulis, istilah pascakolonial kemudiannya membentuk sejenis wacana dan korpus kesusasteraan dan ia hanya mula dikenali umum dan digunakan secara meluas pada tahun 1980-an .

Istilah ini mula dikenali semenjak Ashcroft menggunakannya dalam sepotong frasa “post colonial field” di dalam bukunya, The Empire Writes Back

Istilah ini mengungkapkan maksud “suatu era sesudah pemerintahan kolonial”

Page 5: Apa itu kajian pascakolonial

Menurut penulis, terdapat lima perdebatan yang timbul terhadap pengertian sebenar istilah tersebut.

Pertamanya, jika dilihat dari segi bahasa, pascakolonial menunjukkan makna era “selepas atau “sesudah” zaman penjajahan. Walaubagaimanapun, istilah ini tidak tepat penggunaannya di sesetengah negara yang mengalami sejarah penjajahan yang berulang – ulang atau kuasa pejajahannya yang silih berganti.

Page 6: Apa itu kajian pascakolonial

Keduanya, kekeliruan yang timbul berkaitan dengan istilah ini adalah berkaitan dengan kewujudan perbezaan corak penjajahan di anatara negara – negara bekas tanah jajahan yang ditadbir oleh peneroka-peneroka yang berasal dari negara penjajah ( settler colonies) dengan negara – negara yang ditadbir oleh anak watan negeri tanah jajahan ( non settler colonies).

Negara – negara settler colonies adalah seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada. Negara – negara ini dilihat mempunyai hubungan yang istimewa dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan dengan mother landnya, berbanding dengan negara – negara non-settler colonies

Page 7: Apa itu kajian pascakolonial

Sebaliknya, hubungan yang penuh ketegangan dan prasangka wujud secara ketara di antara negara – negara penjajah itu, malah sekutu – sekutunya juga dengan negara – negara setller colonies

kesan daripada hubungan yang istimewa itu, maka seolah – olah tidak wujud proses perungkaian penjajahan atau tindakan ”nyahpusat” di negara – negara settler-colonies tersebut.

Page 8: Apa itu kajian pascakolonial

Ketiganya, golongan Marxis membantah penggunaan pascakolonial ini yang dianggap oleh mereka sebagai mengelirukan, tidak kena pada tempatnya dan tidak mencerminkan realiti sebenar.

Hal ini kerana, mereka beraggapan era kolonis hanya berakhir secara kasarnya sahaja, iaitu dalam bentuk pembebasan geografi.

Hakikatnya, imperialisme da kolonialisme barat itu berlagsung secara halus, iaitu melalui eksploitasi ekonomi dan politik dengan menggunakan topeng kapitalisme.

Justeru, disebabkan perkara – perkara ini, istilah pascakolonial dilihat mengelirukan dan boleh dipertikaikan. Oleh itu, mereka lebih gemar menggunakan perkataan ’neokolonial sahaja”

Page 9: Apa itu kajian pascakolonial

Keempatnya, kekeliruan istilah pascakolonial turut timbul disebabkan bidang ini turut merangkumi pemikiran feminisme, iaitu pemikiran tentang dunia wanita.

Pemikiran ini mempersoalkan penguasaan ilmu oleh kaum wanita yang diwarnai dan dimonopoli oleh pemikiran lelaki.

Penguasaan lelaki dan pendobrakan terhadap penguasaan itu sudah menampakkan hubung kaitnya dengan wacana kolonial, namun masih ada yang mempersoalkan pertaliannya dengan maksud sebenar pascakolonial.

Page 10: Apa itu kajian pascakolonial

Istilah pascakolonial tidak terikat kepada konsep giliran masa, yakni sesuatu selepas sesuatu, sebaliknya ia merujuk kepada aspek konsep, idea, atau pemikiran tentang sesuatu.

Menurut penulis lagi, konsep dan pemikiran yang menjadi latar belakang pemaknaan pascakolonial ialah pertembungan di antara penjajah dengan negara yang dijajah dan kesan penjajahan terhadap anak watan tanah jajahan, sejak era dan proses penjajahan itu bermula sehinggalah kini.

Page 11: Apa itu kajian pascakolonial

...it used by historians after the Second World War in terms such as the “post-colonial” had a clearly chronological meaning, designating the post-independence oeriod.

( Ashcroft, Griffiths dan Tiffin, 1998:186)

Pemaknaan yang dilakukan ini menurut penulis telah menjawab kekeliruan – kekeliruan pascakolonial yang timbul sebelum ini

Iaitu :

Page 12: Apa itu kajian pascakolonial

Pertamanya mengenai batasan masa dan sifat kandungan yang seharusnya ada bagi sesebuah karya sastera untuk diletakkan ke dalam kelompok karya pascakolonial.

Keduanya, perbezaan bentuk dekolonisasi akibat perbezaan bentuk penjajahan di antara negara – negara settler colonies dengan negara – negara non settler colonies.

Penulis telah mengaitkan dengan pandangan Mishra dan Hodge ( 1994 : 288), iaitu proses dekolonisasi dikatakan tetap terjadi dalam kedua – dua kelompok negara bekas tanah jajahan di atas..

Page 13: Apa itu kajian pascakolonial

Namun, cara dan reaksinya berbeza, sesuai dengan masa, corak, proses penjajahan dan pegalaman yang berbeza dilalui oleh kedua – dua kelompok negara berkenaan.

Pascakolonial wajar disorot berdasarkan kesan yang ditiggalkan oleh kolonialisme ke atas budaya anak watan, iaitu seperti yang terakam dalam karya – karya bertulis, baik dalam bahasa Inggeris, mahupu dalam bahasa anak watan sendiri dalam era penjajahan masih berlangsug ataupun setelah kemerdekaan dicapai.

Page 14: Apa itu kajian pascakolonial

Ketiganya, berkenaan dengan kritikan golongan Marxis yang menyatakan bahawa penjajahan berlaku secara berterusan melalui penjajahan politik dan ekonomi .

Ternyata pandangan golongan ini silap kerana istilah ini tidak berkaitan dengan penjajahan yang berterusan ke atas politik dan ekonomi, sebaliknya penjajahan tersebut disebabkan oleh kapitalisme moden barat, juga globalisasi yang terjadi pada masa kini.

Justeru, pascakolonial ini dikatakan sebagai zaman yang merakamkan penentangan terhadap kolonialisme barat kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan penjajah terhadap mereka.

Page 15: Apa itu kajian pascakolonial

Perkara keempat ialah berkaitan dengan feminisme.

Feminisme dikelompokkan ke dalam Kesusateraan Pascakolonial adalah kerana amalannya yang menggunakan kerangka pascakolonial.disebabkan wacana ini lebih berpihak kepada lelaki, yakni memaparkan kehebatan dan ketinggian pemikiran lelaki, dan dalam waktu yang sama merendahkan pemikiran wanita

Perkara ini menyebabkan wanita dikelaskan sebagai golongan kedua.

Page 16: Apa itu kajian pascakolonial

Dalam wacana feminisme, penjajah dalam konteks wacana tersebut adalah gologan lelaki yang sering menindas golongan wanita.

Apabila feminisme bangkit menentang penindasan tersebut, maka keadaan tersebut dilihat mendekati wacana kolonial yang menampilkan penentangan terhadap penjajah negaranya.

Page 17: Apa itu kajian pascakolonial

Menurut penulis, perkara kelima yang menimbulkan debat dan kekeliruan disebabkan oleh istilah pascakolonial adalah tentang ”sengkang” (hyphen).

terdapat sesetengah teks yang menggunakan sengkang yang memisahkan perkataan ”pasca” dan ’kolonial”. Dalam sesentegah teks yang lain, perkataan ini tidak pula dipisahkan sebaliknya bercantum tanpa sengkang.

Page 18: Apa itu kajian pascakolonial

Menurut penulis, Boehmer dalam bukunya mengatakan bahawa perkataan pascakolonial tanpa sengkang merujuk kepada karya kesusasteraan yang memperlihatkan pengalaman penyingkiran dan perbezaan budaya yang dilalui oleh anak watan sewaktu berada di bawah pemeritahan kolonial.

Perkataan pascakolonial dengan sengkang pula difokuskan hanya kepada kerya – karya berbentuk tentangan yang lahir di negara - negara bekas jajahan selepas merdeka

Page 19: Apa itu kajian pascakolonial

...conventional hyphenated ”term post – colonial”...will be taken as another period term designating the post – Second World Of Era.’

Posisi masa yang disebut oleh Boehmer itu adalah menyamai pemaknaan pasca – colonial (dengan sengkang) yang ditafsir oleh Oxford English Dictionary.

Page 20: Apa itu kajian pascakolonial

Namun, penulis beranggapan, ejaan ini tidak sesuai dengan objektif kajian ini kerana kajian ini tidak terikat kepada sesuatu perkara yag berlaku selepas sesuatu tetapi didukung oleh ideologi yang mendukungi sesebuah karya.

Oleh itu, menurut penulis penggunaan ejaan tanpa sengkang adalah lebih sesuai digunakan dalam kajian ini.