bahasa melayu klasik

2
Bahasa Melayu Klasik. 1. Jelaskan maksud bahasa melayu klasik. Bahasa membawa maksud satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan, manakala istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Klasik pula menurut Kamus Dewan ( 1986 : 590 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau mempunyai kelasnya yang tersendiri. 2. Huraikan satu bukti kewujudan bahasa Melayu praklasik. Bukti kewujudan bahasa Melayu Praklasik terdapat pada batu-batu nisan yang ditemui di Brunei, Pahang, Champa dan Parsi. Antaranya: a) Batu nisan anak Sultan Brunei dijumpai di Bandar Seri Bagawan (903M) b) Batu nisan Seorang Wali Allah keturunan Arab di Pekan, Pahang (1029M) c) Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (Merah Silu) di Pasai (1297M) d) Batu nisan raja al-Ala (1389M) menggunakan aksara Kawi (BM/Jawa Kuno) e) Batu nisan Syeikh Ahmad Majanu, Sungai Udang, Melaka (1464M) f) Batu Bersurat Terengganu, Kampung Buluh, Kuala Berang Terengganu (1887M) 3. Huraikan dua bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik.

Upload: syairah-najihah

Post on 24-Jul-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik.

1. Jelaskan maksud bahasa melayu klasik.

Bahasa membawa maksud satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan, manakala istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Klasik pula menurut Kamus Dewan ( 1986 : 590 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau mempunyai kelasnya yang tersendiri.

2. Huraikan satu bukti kewujudan bahasa Melayu praklasik.

Bukti kewujudan bahasa Melayu Praklasik terdapat pada batu-batu nisan yang ditemui di Brunei, Pahang, Champa dan Parsi. Antaranya:

a) Batu nisan anak Sultan Brunei dijumpai di Bandar Seri Bagawan (903M)

b) Batu nisan Seorang Wali Allah keturunan Arab di Pekan, Pahang (1029M)

c) Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (Merah Silu) di Pasai (1297M)

d) Batu nisan raja al-Ala (1389M) menggunakan aksara Kawi (BM/Jawa Kuno)

e) Batu nisan Syeikh Ahmad Majanu, Sungai Udang, Melaka (1464M)

f) Batu Bersurat Terengganu, Kampung Buluh, Kuala Berang Terengganu (1887M)

3. Huraikan dua bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik.

Bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12 000 (ada yang mengatakan 10 000) manuskrip di temui dan kebanyakkannya terdapat di Barat. Antara manuskrip tersebut adalah:

a) Manusrip yang tertua ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi (Ahmat Adam , 1992 ).

b) manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui

Page 2: Bahasa Melayu Klasik

setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H).

c) Tutinameh (1600M), d) Hikayat Seri Rama (1633 M), e) surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) f) surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam,

Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M). (Nik Safiah Abd. Karim. 1992. Bahasa Melayu Moden : Kemuncak Tradisi Melaka-Johor-Riau. Dlm S. Othman Kelantan (pngr.) 100 Tahun Pergerakan bahasa Dan sastera Melayu 1888 - 1988 : 38-53. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.)