menawarkan: khidmat nasihat bahasa (knb) usaha ... · kanak-kanak dan remaja. turut menyediakan...

1
Bil: 45 RABU, 20 FEBRUARI 2008 MESTI BELI…TERBARU DI PASARAN BH PILIH L1 20 emel Usaha Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Perlu Dimaksimumkan “D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai satu-satunya agensi perancangan bahasa yang ber- naung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperbanyak pro- gram yang berimpak tinggi dan strategik untuk memberikan kesan menyeluruh kepada masyarakat.” Demikian saranan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Noh Haji Omar ketika me- nyampaikan Amanat Tahun Baru 2008 kepada seluruh warga DBP baru-baru ini. Menurutnya lagi, DBP wajar memaksimumkan usaha melak- sanakan fungsi terasnya membi- na dan mengembangkan bahasa Melayu seperti yang diperun- tukkan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan), 1995 yang dilaksana- kan melalui kegiatan kebahasaan, kesusteraan dan penerbitan untuk memperkasakan bahasa Melayu di negara ini. Katanya, DBP perlu mementing- kan kualiti program dan bukannya kuantiti dengan cara memberikan tumpuan kepada pengisian pro- gram dan mengelakkan pem- baziran dalam sebarang kegiatan yang dianjurkan. Peruntukan yang diberi perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan dan menyemarak- kan lagi program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekira- nya dilaksanakan secara bersung- guh-sungguh dan menyeluruh akan memberikan impak yang besar. Justeru, untuk merealisasikan hasrat ini, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan), 1995 perlu dise- gerakan dan diberikan keuta- maan agar dapat menyokong usaha DBP untuk memperkasa- kan bahasa kebangsaan sebagai memenuhi Teras Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bangasa. Melalui PIPP ini juga, DBP mempunyai ruang yang amat luas untuk mengadakan pelbagai program di sekolah untuk mem- perkasakan bahasa kebangsaan kerana disinilah asasnya bermula. Pelbagai program boleh diran- cang dan dilaksanakan bersama antara DBP dengan Kementerian Pelajaran seperti Kelab Bahasa dan Sastera di sekolah seluruh negara sebagai tambahan program yang sedia ada. Selain itu, Dana Penggerak Industri Buku Negara juga disen- tuh sebagai manifestasi yang sen- tiasa menyokong usaha DBP dalam memperkasakan bahasa kebang- saan. Dana tersebut bertujuan membantu penerbit dalam indus- tri perbukuan negara yang sukar mendapatkan pinjaman. Seterusnya beliau menyarankan agar DBP melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti kebahasaan di peringkat antarabangsa seperti pidato agar bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca di rantau ini diperkasakan di pering- kat antarabangsa. Tambah beliau lagi, DBP se- bagai satu-satunya institusi orang Melayu yang berperanan memarta- batkan bahasa kebangsaan sejak 51 tahun lalu seharusnya dapat mengembalikan semula kegemi- langannya seperti yang pernah ter- lakar dalam sejarah suatu ketika dahulu. Majlis yang berlangsung di Menara DBP ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin. Sementara itu, dalam Sidang Akhbar sejurus majlis, Datuk Noh mengumumkan penubuhan Akademi Latihan DBP yang dileng- kapi peralatan bernilai RM 6 juta yang akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan dan dijangka berope- rasi mulai tahun 2010. Penubuhan akademi ini diharap dapat mem- perlengkap fungsi dan peranan DBP memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini. MUNSYI Berita baik untuk semua masyarakat. Akademi Latihan DBP dijangka siap pada tahun 2010. Perkampungan Penulis Muda negeri Johor 10 PEMAKLUMAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta- nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem- bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi- hat yang meliputi peluang pener- bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener- bitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta- nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my Penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00 Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terda- pat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pen- syarah, penulis, pegawai dan peng- guna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperolehi dengan meng- hubungi talian 03-21485869/21433 505/21433504. 44 buah karya terpilih, 21 buah buku dilancarkan 9 Siaran radio Bahasa Melayu di Beijing 12 DBP sebagai satu- satunya institusi orang Melayu yang berperanan memartabatkan bahasa kebangsaan sejak 51 tahun lalu seharusnya dapat mengembalikan semula kegemilangannya seperti yang pernah terlakar dalam sejarah suatu ketika dahulu" YB Datuk Noh Haji Omar Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Oleh Normala Mohamad Yusof HARAPAN: Datuk Noh ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2008 kepada warga DBP baru-baru ini.

Upload: vuthien

Post on 04-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Usaha ... · kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat

Bil: 45 RABU, 20 FEBRUARI 2008

MESTI BELI…TERBARU DI PASARAN

BH PILIH L1 20 emel

Usaha Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Perlu Dimaksimumkan

“D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai satu-satunya agensi

perancangan bahasa yang ber-naung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperbanyak pro-gram yang berimpak tinggi dan strategik untuk memberikan kesan menyeluruh kepada masyarakat.” Demikian saranan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Noh Haji Omar ketika me-nyampaikan Amanat Tahun Baru 2008 kepada seluruh warga DBP baru-baru ini.

Menurutnya lagi, DBP wajar memaksimumkan usaha melak-sanakan fungsi terasnya membi-na dan mengembangkan bahasa Melayu seperti yang diperun-tukkan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan), 1995 yang dilaksana-kan melalui kegiatan kebahasaan, kesusteraan dan penerbitan untuk memperkasakan bahasa Melayu di negara ini.

Katanya, DBP perlu mementing-kan kualiti program dan bukannya kuantiti dengan cara memberikan tumpuan kepada pengisian pro-gram dan mengelakkan pem-baziran dalam sebarang kegiatan yang dianjurkan.

Peruntukan yang diberi perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan dan menyemarak-kan lagi program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekira-nya dilaksanakan secara bersung-guh-sungguh dan menyeluruh akan memberikan impak yang besar.

Justeru, untuk merealisasikan hasrat ini, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan), 1995 perlu dise-gerakan dan diberikan keuta-maan agar dapat menyokong usaha DBP untuk memperkasa-kan bahasa kebangsaan sebagai

memenuhi Teras Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bangasa. Melalui PIPP ini juga, DBP mempunyai ruang yang amat luas untuk mengadakan pelbagai program di sekolah untuk mem-perkasakan bahasa kebangsaan kerana disinilah asasnya bermula. Pelbagai program boleh diran-cang dan dilaksanakan bersama antara DBP dengan Kementerian

Pelajaran seperti Kelab Bahasa dan Sastera di sekolah seluruh negara sebagai tambahan program yang sedia ada.

Selain itu, Dana Penggerak Industri Buku Negara juga disen-tuh sebagai manifestasi yang sen-tiasa menyokong usaha DBP dalam memperkasakan bahasa kebang-saan. Dana tersebut bertujuan membantu penerbit dalam indus-tri perbukuan negara yang sukar mendapatkan pinjaman.

Seterusnya beliau menyarankan agar DBP melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti kebahasaan di peringkat antarabangsa seperti pidato agar bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca di rantau ini diperkasakan di pering-kat antarabangsa.

Tambah beliau lagi, DBP se-bagai satu-satunya institusi orang Melayu yang berperanan memarta-batkan bahasa kebangsaan sejak 51 tahun lalu seharusnya dapat mengembalikan semula kegemi-langannya seperti yang pernah ter-lakar dalam sejarah suatu ketika dahulu.

Majlis yang berlangsung di Menara DBP ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP,

YBhg. Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin.

Sementara itu, dalam Sidang Akhbar sejurus majlis, Datuk Noh mengumumkan penubuhan Akademi Latihan DBP yang dileng-kapi peralatan bernilai RM 6 juta yang akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan dan dijangka berope-rasi mulai tahun 2010. Penubuhan akademi ini diharap dapat mem-perlengkap fungsi dan peranan DBP memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini.

MUNSYI

Berita baik untuksemua masyarakat.

Akademi Latihan DBPdijangka siap pada tahun 2010.

Perkampungan Penulis MudanegeriJohor

10PEMAKLUMAN

Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa.Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta-nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem-bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi-hat yang meliputi peluang pener-bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener-bitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta-nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Penulis:Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terda-pat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pen-syarah, penulis, pegawai dan peng-guna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperolehi dengan meng-hubungi talian 03-21485869/21433505/21433504.

44 buahkarya terpilih,21 buahbuku dilancarkan

9SiaranradioBahasa Melayudi Beijing

12

DBP sebagai satu-satunya institusi orang Melayu yang berperanan memartabatkan bahasa kebangsaan sejak 51 tahun lalu seharusnya dapat mengembalikan semula kegemilangannya seperti yang pernah terlakar dalam sejarah suatu ketika dahulu"

YB Datuk Noh Haji OmarTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia,

TaTabahasaDewaneDisiKeTiga

Oleh Normala Mohamad Yusof

HARAPAN: Datuk Noh ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2008 kepada warga DBP baru-baru ini.