bahasa baku & zaaba

10
Bahasa baku Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , gelintar Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen . Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan , baik dari segi ejaan , peristilahan , mahupun tatabahasa , walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik. Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana: Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat ; Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan , surat , surat pekeliling, borang, radio , televisyen , dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.

Upload: cuksam27

Post on 30-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahasa melayu baku

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Baku & Zaaba

Bahasa bakuDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.

Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.

Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:

Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat; Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam

bahasa itu; dan

Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.

Page 2: Bahasa Baku & Zaaba

Zainal Abidin AhmadDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Zainal Abidin Ahmad

Tarikh lahir 16 September 1895

Tempat lahirJempol, Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Tarikh kematian 23 Oktober 1973

Pekerjaan Ahli akademik dan Penulis

Agama Islam

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada

Page 3: Bahasa Baku & Zaaba

penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

[sunting] Biografi ringkas

Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:

1918 : Kolej Melayu Kuala Kangsar 1923 : Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur

1924 : Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim

1939 : Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942

1942 : Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951

1954 : Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

[sunting] Penghargaan

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga 1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya

1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia

1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

[sunting] Rujukan Zainal Abidin bin Ahmad

Page 4: Bahasa Baku & Zaaba

Zainal Abidin bin Ahmad1. Riwayat Hidup

Zainal Abidin bin Ahmad akrab dipanggil Za‘ba, dilahirkan pada tanggal 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia adalah sastrawan dan pemikir Melayu Malaysia. Ibunya, Intan Awaluddin, keturunan Minangkabau, sedangkan ayahnya keturunan Bugis Linggi. Ayahnya dikenal sebagai tokoh agama yang kaya, dan merupakan satu-satunya penduduk di kampungnya yang mampu membaca dan menulis huruf jawi (Melayu).

Za‘ba mulai mengenyam pendidikan dari lingkungan keluarga dengan belajar dasar-dasar agama dan menulis huruf Melayu. Pada tahun 1907, dalam usia 12 tahun, ia belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir, kemudian meneruskan pendidikan di Linggi. Setiap sore, pulang dari sekolah, ia mengisi waktu dengan mendalami agama dan nahwu sharaf di Masjid Linggi dari seorang ulama terkenal di Negeri Sembilan, Abas bin Zakaria. Di sekolah, Za‘ba adalah siswa yang pandai dan cerdas. Ketika sekolah di Linggi, ia terpilih sebagai siswa terbaik dalam ujian kelas lima. Selain itu, ia juga pernah terpilih sebagai peserta terbaik dari 265 orang peserta pada ujian masuk sekolah Inggris St. Paul‘s Institution di Seremban. Setelah menempuh pendidikan selama enam tahun (1910-1915) di sekolah Inggris tersebut, ia kemudian memperoleh ijazah Senior Cambridge. Pada tahun 1953, ia berhasil meraih Sarjana Muda pada bidang Sastra dari University of London, Inggris.

Za‘ba mengawali karirnya di sekolah St. Paul‘s Institution di Seremban, ketika ia diangkat sebagai guru honor. Pada tahun 1916-1918, ia menjadi guru di English College, Johor Baru. Tahun 1918-1923, ia menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Tahun 1923-1924, ia bekerja sebagai penerjemah di Kementerian Pengarah Sekolah-sekolah Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur, dan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) tahun 1924-1939. Selain itu, ia juga pernah menjadi penerjemah dan juru bicara di Kementerian Penerangan Singapura. Tahun 1939-1941, Za‘ba menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Kementerian Pelajaran Singapura.

Pada masa penjajahan Jepang di Tanah Melayu, tahun 1942-1945, Za‘ba diangkat sebagai Ketua Pengarang dan Penerjemah Berita Radio Jepang, dan penyelenggara penerbitan buku untuk jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-ka. Pada tahun 1946-1947, ia menjadi Penerjemah di Mahkamah Tinggi, Pemerintah Tentara Inggris di Kuala Lumpur. Tahun 1947-1950, ia menjadi guru Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universitas London. Tahun 1953, ia menjadi guru tetap di Universitas Malaya Singapura, dan merangkap sebagai Ketua Peneliti Melayu yang pertama dari tahun 1953 hingga 1959.  

Setelah Perang Dunia II usai, Za‘ba terjun ke dunia politik di tanah airnya. Ia pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail. Pada tahun 1946, ia dipilih sebagai Ketua Panitia Kongres Melayu se-Malaya yang kemudian melahirkan Lembaga Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Tahun 1956, ia dipilih sebagai Ketua Panitia dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

Selain itu, Za‘ba juga dikenal sebagai cendekiawan Melayu yang sangat dihormati di Malaysia sejak tahun 1920-an. Selama hampir 40 tahun, ia aktif dalam berbagai kegiatan. Disamping kegiatan sosial dan politik, ia juga aktif menulis di berbagai media. Di kalangan sastrawan, ia dikenal sebagai penulis cerita dan esei yang handal, berbakat dan gigih, baik dalam versi bahasa Melayu maupun Inggris. Karya tulis yang telah dihasilkan meliputi berbagai bidang seperti bahasa, sastra, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Selain itu, ia juga berkonsentrasi pada penerbitan buku-buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penerjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

Za‘ba meninggal dunia pada tanggal 23 Oktober 1973 di Peting Jaya, dalam usia 78 tahun.

Page 5: Bahasa Baku & Zaaba

2. Pemikiran

Di kalangan sastrawan, Za‘ba dikenal sebagai orang yang tegas dan giat bekerja. Meskipun demikian, ia selalu bersedia menerima segala macam kritikan dan masukan yang ditujukan padanya. Jika masukan tersebut benar, maka ia bersedia menerima kebenaran dan mengakui kesalahannya. Misalnya, ia pernah menentang beberapa penggunaan kata bahasa Indonesia ke dalam bahasa Malaysia, seperti kata organisasi dan demonstrasi. Hal ini dapat dilihat dalam pernyataannya, Saya dulu menentang masuknya bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu, tetapi sekarang saya kalah. Saya sendiri telah menggunakan bahasa Indonesia tersebut. Kalau ada yang bertanya mengapa kita ikut menggunakan kata organisasi atau demonstrasi, bukan organisation atau demonstration? saya akan menjawabnya, itu adalah bahasa Indonesia bukan bahasa Belanda, karena kita mengambilnya dari bahasa Indonesia.

3. Karya-karya

Sebagai sastrawan, Za‘ba telah melahirkan beberapa karya berupa sastra, cerita, agama, pendidikan, dan esei, di antaranya:

1. Ilmu Bahasa Melayu (1926).

2. Rahsia Ejaan Jawi (1929).

3. Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934).

4. Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938).

5. Pelita Bahasa Melayu, Jilid I (1940).

6. Pelita Bahasa Melayu, Jilid II (1946).

7. Pelita Bahasa Melayu, Jilid III (1949).

8. Falsafah Takdir (1932).

9. Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934).

10. Asuhan Budi Menerusi Islam (1958).

11. Dll.

4. Penghargaan

Atas jasa dan pengabdiannya pada bahasa Melayu, Za‘ba telah dianugerahi beberapa penghargaan, di antaranya:

1. Gelar Pendeta pada acara Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Malaysia (1956).

2. Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan dari Universitas Malaya (1959).

3. Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan dari Universitas Kebangsaan Malaysia (1973).

4. Panglima Mangku Negara (P.M.N.) dengan gelar Tan Sri dari Yang di-Pertuan Agung (1962).

Page 6: Bahasa Baku & Zaaba

Za'baDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.

Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji.

Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932.

Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan

Page 7: Bahasa Baku & Zaaba

Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun.

Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.

Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973

Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.

[sunting] Pautan luar Za'ba

KARYA PENDETA ZA'ABA

Page 8: Bahasa Baku & Zaaba

Gambar 1: Sebahagian Karya Pendeta Za'aba

Bidang : Bahasa dan PersuratanSubjek : PersuratanJenis : Karya SezamanObjek Warisan : Karya Pendeta Za'aba  Latar Belakang Sejarah : Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya yang penting ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).   Bahan Multimedia

Imej Karya Pendeta Za'aba (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara