bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

30
1.0 PENGENALAN Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan pelajar-pelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari segi aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. 1

Upload: ctnaziha

Post on 06-Feb-2016

29 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

1.0 PENGENALAN

Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas  kerana setiap

individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun  bagi pasangan

kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau

ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif,

emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin

terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami

perkara ini di kalangan pelajar-pelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam

kelas.

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.

Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik

sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari segi

aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif

yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini

berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna

akan persekitaran.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk  mengetahui dan ambil peduli akan siapa

sebenarnya pelajar-pelajar  atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti

akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka

ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu

pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi

yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.

Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya

pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud

sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian

yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,

sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan

1

Page 2: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam

membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam

membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya

setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu

adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud

di dalam sesebuah kelas.

2.0 PERBEZAAN JANTINA

Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang

individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya

dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian

akademik.

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik dari segi kecerdasan lisan

atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna

pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan

membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka

silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian

akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan

tugasan geometri.

Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Pencapaian

akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan

mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardner’s (1983), seseorang yang

mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis

bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.

2

Page 3: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

3.0 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses 

pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu

pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu.  Justeru itu adalah

penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh

pelajar. Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta

difahami  iaitu:

a. Pelajar visual: (belajar dengan melihat)

i. Huruf atau perkataan.

ii. Benda, gambar atau gambar rajah.

iii. Demostrasi, tindakan atau lakonan.

b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)

i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar

lain.

ii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau

menghuraikan.

c. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu) :

i. Menulis atau melukis sesuatu

ii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau

projek.

Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara

bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha

(1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka

gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian,

kolaboratif, penyertaan dan kompetitif.

Dunn & Dunn (1978) pula mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan

unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada lima perkara sahaja

berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu :

3

Page 4: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

1)      Alam sekitar

cerah-gelap; bunyi seperti muzik – sunyi; formal – tidak formal; panas – sejuk

2)      Emosi

berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi – tidak bermotivasi

3)      Sosiologi

Ingin belajar bersendirian – dalam pasangan/kumpulan

4)      Fizikal

auditori; visual; tekstual mobiliti tinggi – kurang bermobiliti dan

5) Psikologi impulsif

reflektif; global –analitik

Carl Jung turut menjelaskan bahawa terdapat empat gaya pembelajaran umum yang berkait

rapat dengan faktor personaliti pelajar iaitu :

1) Aktivis

Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan mempunyai daya

inkuiri yang tinggi, aktif dan gemar memberi idea.

2) Reflektor

Gemar menganalisis data sebelum bertindak, banyak berfikir dan jarang

bertindak spontan, sangat berhati-hati sehinggakan kelihatan pasif.

3) Teoris

Golongan yang bersifat objektif, merumus sesuatu berdasarkan hujah, fakta,

bukti, analisis data dan objek.

4) Pragmatis

Gemar melakukan eksperimen dan mencuba idea, teori dan teknik serta

memastikan kebolehgunaannya dalam kehidupan sebenar. Golongan ini

berpendapat bahawa jika sesuatu itu berguna dan bermanfaat maka ia adalah

baik.

Selain itu, Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung

latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung

latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar

suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya

reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif ialah kanak-kanak yang

4

Page 5: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas

yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan

tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan

cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah

kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif tetapi dia mengambil masa

yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat

berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap

jawapannya itulah yang paling tepat atau sekiranya menyerahkan tugas, dia berharap tugas itu

dapat disiapkan dengan sempurna.

4.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH DR. HOWARD GARDNER

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau

merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner,

kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah

terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza

sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

i) Kecerdasan Linguistik ("Word Smart")

5

Page 6: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Sifat : Pelajar yang memiliki kecerdasan ini menggunakan bahasa secara berkesan dan

mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui

pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca,

bermain teka kata dan penulisan.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Perkataan

Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah bidang sastera)

Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Kecerdasan Logikal ("Number/Reasoning Smart")

Sifat: Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan

menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan

berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: nombor atau logik

Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.

Contoh: Al-Khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Kecerdasan Bodily / Kinesthetic ("Body Smart")

Sifat : Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran

berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam

aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan

dan fokus.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman fizikal

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.

Contoh: Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.

iv) Kecerdasan Visual / Spatial ("Picture Smart")

Sifat : Mereka yang mempunyai kecerdasan ini memerlukan visual bagi membina

kefahaman mereka. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan menggunakan

gambar dan imej. Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan didengar kepada

bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Gambar

Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.

6

Page 7: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi

v) Kecerdasan Muzik ("Music Smart")

Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Boleh belajar dengan menggunakan muzik.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Muzik

Kerjaya: Komposer, Penyanyi

Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza.

vi) Kecerdasan Interpersonal ("People Smart"):

Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling

berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:Pengalaman sosial

Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vii) Kecerdasan Intrapersonal ("Self Smart")

Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan

secara individu.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Refleksi Kendiri

Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.

Contoh: Dr. Fadzilah Kamsah, Jean Piaget.

viii) Kecerdasan Naturalist ("Nature Smart")

Sifat: Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan : Pengalaman dengan

alam semula jadi.

Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.

Contoh: Charles Darwin.

7

Page 8: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

5.0 PERANAN GURU MENGHADAPI KEPELBAGAIAN PELAJAR

Guru merupakan perantara atau penghubung antara ilmu dan pelajar. Oleh hal demikian, guru

merupakan elemen terpenting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu, guru

perlu mengetahui dan bijak dalam menghadapi perbezaan individu dan kepelbagaian pelajar.

Antara peranan yang harus guru-guru laksanakan ialah :

Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.

- Guru harus bijak memilih strategi pengajaran bergantung pada situasi pelajar.

Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif.

- Peneguhan positif : guru memberi pujian/hadiah kepada tingkah laku positif.

- Peneguhan negatif : apabila pelajar menunjukkan tingkah laku negatif.

Teknik motivasi.

- Memandu tingkah laku pelajar ke arah yang lebih dinamik. Guru merupakan

individu yang paling berpengaruh dan mampu mempengaruhi pelajar.

Mempelbagaikan kaedah mengajar.

- Guru harus mempelbagaikan kaedah mengajar dan meletakkan persepsi

terhadap pelajar secara generalisasi.

Merancang variasi penyampaian.

- Menjadikan sesi P&P sebagai satu sesi yang bermakna dan berkesan. Intonasi,

kebolehan dan bakat guru perlu semasa berhadapan dengan pelajar.

Nasihat dan kaunseling pembelajaran.

- Guru harus tahu pendekatan bersesuaian dan etika kaunseling dengan pelajar.

Hubungan yang baik dengan keluarga pelajar.

- Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga pelajar.

8

Page 9: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Sebelum memulakan sesuatu sesi P&P, guru perlu sedar tujuan utama pengajaran ialah

mewujudkan aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan segala kemahiran dan

kebolehan mengajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran berlangsung dan berkesan.

Setiap aktiviti yang direncanakan perlu mempunyai objektif dan matlamat pembelajaran yang

ingin dicapai dan tidak hanya aktiviti semata-mata. Semua aktiviti harus dirancang dengan

sebaiknya bagi meransang pelajar untuk belajar dan mengekalkan minat untuk terus belajar.

Oleh yang demikian, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan

membentuk perubahan tingkahlaku daripada satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang

lebih tinggi. Oleh yang demikian, guru harus bijak merangka rancangan pengajaran harian

yang mengambil kira setiap aspek kepelbagaian pelajar yang wujud di dalam sebuah kelas.

Bagi tugasan ini, saya telah memilih salah seorang pelajar saya dari Tingkatan 5 sebagai

responden bagi menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian Individu berdasarkan gaya

pembelajarannya. Dapatan maklumat pelajar dikumpulkan, dan dicatatkan dalam jadual.

6.1 MAKLUMAT RESPONDEN

Nama Luqman Hakim Bin Zulkifli

No Kp 960413-03-5307

Jantina Lelaki

Tarikh Lahir 13 April 1996

Tempat Lahir Hospital Besar Kota Bharu

Alamat Rumah Lot 3167, Kg Tok’ Oh, Jal Besar, 16210, Tumpat

Cita-Cita Guru

HobiBersukan

Melukis

Umur Mula Berjalan 10 bulan

Umur Mula Bercakap 11 bulan

Sekolah Pra Taski Arabiah, Chabang Empat

Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan Padang Mandol

Sekolah Menengah SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat

9

Page 10: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Keputusan UPSR 3A 2B

Keputusan PMRU 7A 2B 1D

Keputusan PMR 1A 3B 5C

Keputusan SMU 10M

Nama Bapa Zulkifli Bin Mir

Nama Ibu Saadah Binti Harun

Pekerjaan Bapa Peniaga

Pekerjaan Ibu Surirumah

Bil. Adik Beradik 4

Anak Ke 2

Penglibatan Dalam Ko-Kurikulum Kelab : ICT (Pengerusi)

Persatuan : Bahasa Arab

Bdn Beruniform : Briged Bakti (Timb.Pengerusi)

Jawatan Khas : Ketua Pengawas

Penglibatan Dalam PertandinganPing Pong, Badminton, Bola Tampar, Syarahan Bahasa

Arab, Bahasa Melayu, Pertandingan Nasyid

Kategori Sederhana

Tahap Kecerdasan Interpesonal

Cara Pembelajaran

Visual

Kognitif Impulsif

Field Dependent

Keistimewaan Responden

Aktif dalam aktiviti sekolah.

Mempunyai pergaulan yang baik.

Mudah menghafal.

6.2 HASIL MAKLUMAT RESPONDEN

10

Page 11: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Luqman Hakim Bin Zulkifli merupakan seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 di Sekolah

Menengah Ugama (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat, Tumpat. Luqman Hakim dilahirkan

pada 13 April 1996 di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Beliau menetap bersama-sama

ibu bapa di Lot 3167, Kampung Tok’ Oh, Jal Besar, 16210 Tumpat, Kelantan. Bapanya,

Zulkifli Bin Mir, adalah seorang peniaga dan ibunya, Saadah Binti Harun adalah seorang

surirumah. Bilangan adik-beradiknya adalah seramai empat orang dan Luqman merupakan

anak yang kedua.Seawal usia 10 bulan, Luqman telah mula berjalan dan mula bercakap pada

bulan seterusnya.

Beliau memulakan awal persekolahannya di Taski Arabiah Chabang Empat sewaktu usia 5

tahun. Seterusnya meneruskan persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol,

Tumpat dan telah mencapai 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kemudian, Luqman telah memilih untuk berdaftar di sekolah menengah agama di SMU(A)

Tarbiah Islamiah Chabang Empat sehingga kini. Semasa Penilaian Menengah Rendah Ugama

(PMRU), Luqman berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang dengan memperoleh

keputusan 7A 2B. Walaubagaimanapun, prestasinya merosot dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dengan hanya memperoleh hanya 1A 3B dan 5C. Namun pada tahun lepas

2012, beliau kembali tersenarai dalam pelajar cemerlang dengan memperolehi 10 Mumtaz

(Lulus Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). Pada tahun 2013 ini,

Luqman bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini beliau berada di

kelas pertama dan menunjukkan prestasi yang konsisten dalam pembelajaran.

Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam Ko-Kurikulum di mana beliau merupakan

Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Briged Bakti dan Timbalan Pengerusi Kelab ICT. Beliau

juga pernah menyertai pertandingan Ping Pong, Badminton, Bola Tampar, Syarahan Bahasa

Arab dan Bahasa Melayu serta Pertandingan Nasyid di peringkat sekolah-sekolah. Luqman

bercita-cita untuk menjadi seorang guru.

Daripada pemerhatian dan penyelidikan yang telah saya lakukan terhadap Luqman, saya

dapat kategorikan beliau dalam kategori sederhana dalam pelajaran akademik. Ini kerana,

hasil daripada keputusan peperiksaan UPSR dan PMR yang kurang memuaskan. Luqman

lebih cenderung untuk lebih berjaya dalam peperiksaan Ugama kerana kelebihannya yang

mudah menghafal seperti ayat-ayat Al-Quran.

11

Page 12: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Kemudian, saya melakukan ujikaji secara lisan dan bertulis ke atas Luqman bagi subjek

pengajaran saya iaitu Matematik semasa di dalam kelas. Hasilnya, Luqman merupakan

seorang pelajar dengan gaya kognitif impulsif di mana beliau cenderung untuk memilih

berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat

dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut

yang menyebabkan hasil penyelesaiannya mempunyai banyak kesilapan yang kecil walaupun

beliau dapat menyiapkannya dalam masa yang singkat.

Walaubagaimanapun, beliau seorang yang suka bertanya dan akan berusaha mencari

penjelasan terhadap perkara yang kurang difahami sesuai dengan aspek kecerdasannya iaitu

interpersonal. Luqman mudah berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain secara

praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat dilihat dalam diri

Luqman yang memanggil rakan-rakan yang lain untuk berkumpul bagi berkongsi soalan

tersebuat sebaik saja saya selesai melakukan ujian pada dirinya.

Selain daripada itu, saya dapati beliau adalah pelajar visual berdasarkan daripada hobinya

yang suka melukis. Beliau juga mempunyai gaya belajar field dependent di mana beliau suka

melihat sesuatu bentuk secara keseluruhan berbanding dengan menumpukan kepada

bahagian-bahagian tertentu. Luqman akan lebih terdorong ke arah pencapaian optimum

apabila bekerja dalam kumpulan.

Hasil daripada maklumat responden ini, saya telah merangka satu Rancangan Pengajaran

Harian secara individu khas bagi memenuhi kriteria gaya pembelajaran Luqman. Rancangan

pengajaran ini bagi mengoptimumkan pemahaman Luqman dalam matapelajaran akademik

amnya, dan matapelajaran Matematik khususnya.

7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INDIVIDU

12

Page 13: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

TARIKH : 17 JULAI 2013

HARI : RABU

MASA : 40 MINIT

TINGKATAN : LIMA

MATA PELAJARAN : MATEMATIK MODEN

BAB : 10

TOPIK : PELAN DAN DONGAKAN

KATEGORI/ TAHAP PELAJAR : SEDERHANA

KECERDASAN PELAJAR : INTERPERSONAL

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir proses pengajaran, diharapkan Luqman akan dapat:

1. a) Melukis pelan bagi sesuatu pepejal

b) Melukis : i. Dongakan depan

ii. Dongakan sisi

bagi sesuatu pepejal

2. a) Melukis :

i. Pelan

ii. Dongakan depan

iii. Dongakan sisi

Bagi suatu pepejal mengikut skala tertentu

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan dongakan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

13

Page 14: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Luqman telah belajar mengenai :

- Cara melukis unjuran Ortogon

- Bentuk asas pepejal geometri

- Pengukuran asas garisan dan sudut

- Mengira perimeter, luas dan isipadu

.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

Kertas A4, model bas, bongkah kayu, slide powerpoint dan kertas soalan.

NILAI-NILAI MURNI :

Jujur, berdisiplin, berani, bekerjasama, berkeyakinan,

tidak mudah putus asa, rajin dan mempunyai semangat

belajar.

14

Page 15: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

LANGKAH /

MASA

KANDUNGAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR BBM KAEDAH

PENILAIAN

Set induksi

( 5 minit )

Permulaan Guru mengedarkan kertas A4 dan

pelajar di kehendaki menyediakan

pen.

Pelajar mengambil kertas A4

yang diberi oleh guru dan

menyediakan pen.

Kertas A4

Model Bas

Pendekatan:

Berpusatkan pelajar

dan bahan.

Kaedah penilaian :

Pemerhatian

KBKK:

Kebolehan untuk

berfikir secara

kreatif dengan

melukis

(gambaran mental)

Guru menunjukkan satu model bas

kepada pelajar dan meminta pelajar

membayangkan model bas tersebut

mengikut pandangan atas, pandangan

hadapan dan pandangan sisi.

Pelajar memerhatikan model bas

itu dan membayangkan model

tersebut mengikut pandangan

atas, pandangan hadapan dan

pandangan sisi.

Guru menyuruh pelajar melukis

gambaran ketiga-tiga pandangan

tersebut dalam kertas A4.

Pelajar melukis gambaran itu

dalam kertas A4 seperti yang

disuruh oleh guru.

Guru menyemak lukisan yang telah

dibuat oleh pelajar dan memberikan

pujian atas usaha yang diberikan.

Pelajar menunjukkan lukisan

yang dilukis.

15

Page 16: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Pengenalan

(10 minit)

Konsep pelan

dan dongakan.

Guru menerangkan konsep pelan dan

dongakan dengan menggunakan

powerpoint.

Pelajar mendengar dengan teliti

penerangan guru.

Power point,

bongkah kayu

Pendekatan:

Berpusatkan guru

dan pelajar

Kaedah :

Konstruktivisme

KBKK:

Kebolehan untuk

memahami konsep

dan menerangkannya

dalam bentuk

lukisan.

Melukis pelan

dan dongakan.

Guru menunjukkan bongkah kayu

yang lain.

Guru menerangkan bagaimana

melukis pelan dan dongakan bagi

bongkah kayu tersebut.

Pelajar memerhatikan bongkah

kayu yang ditunjukkan.

Pelajar memberikan perhatian

terhadap penerangan guru, di

samping cuba untuk memberi

idea tentang bagaimana untuk

melukis pelan dan dongakan.

Melukis pelan

dan dongakan

mengikut skala.

Guru menerangkan bagaimana

melukis pelan dan dongakan bagi

bongkah tersebut mengikut skala.

Pelajar memberikan perhatian

terhadap penerangan guru dan

bertanya jika terdapat

kemusykilan.

Pengembanga

n

(10 minit)

Penyelesaian

masalah

melibatkan

pelan dan

Guru menerangkan bagaimana

menyelesaikan masalah yang

melibatkan pelan dan dongakan di

papan putih dengan menggunakan

Pelajar mendengar dengan teliti

apa yang guru sampaikan.

Power Point,

Papan putih,

marker

Pendekatan :

Berpusatkan guru

dan pelajar

16

Page 17: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

dongakan. marker.

Kaedah:

Kognitif Bersituasi

KBKK:

Berfikir dan

membentuk

kefahaman.

Guru akan bertanya soalan kepada

pelajar tentang pengetahuan sedia

ada pelajar.

Pelajar menjawab soalan guru

dan semasa guru memberi

penerangan, pelajar cuba

membina kefahamannya tentang

perkaitan atau kesinambungan

topik yang diajar.

Guru menggalakkan pelajar bertanya

jika terdapat kemusykilan.

Pelajar akan bertanya kepada

guru jika timbul kemusykilan.

Pengukuhan

( 5 minit )

Contoh soalan Guru memberikan salinan fotostat

contoh soalan yang melibatkan pelan

dan dongakan dan kertas A4.

Pelajar mengambil soalan dan

kertas A4 yang diberikan guru.

Kertas A4 kertas

soalan

Pendekatan:

Berpusatkan pelajar

17

Page 18: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Marker Kaedah Penilaian :

Pemerhatian

KBKK:

Berfikiran kreatif

dalam menghasilkan

kerja yang tepat dan

kemas.

Guru meminta pelajar untuk

menyelesaikannya sendiri terlebih

dahulu.

Pelajar membaca soalan dengan

teliti dan menyelesaikan soalan

tersebut dengan kemas dan tepat.

Guru menyuruh pelajar menerangkan

jawapan yang dilukis di papan putih

dan guru akan membetulkan jawapan

yang salah jika ada.

Setelah siap, pelajar akan

menerangkan jawapannya di

papan putih.

Penilaian

( 7 minit)

Kuiz Guru mengedarkan dua soalan kuiz

berdasarkan soalan SPM tahun-tahun

lepas (2012,2011)

Pelajar mengambil soalan kuiz

yang diberikan.

Kertas soalan

Kuiz

Pendekatan:

Berpusatkan guru

dan pelajar

Kaedah Penilaian :

Perbincangan soalan

dan jawapan

Guru mengarahkan pelajar

menyelesaikan soalan tersebut dalam

masa 5 minit.

Pelajar menyelesaikan soalan

kuiz tersebut dalam masa 5

minit.

Guru menyemak jawapan pelajar dan

sekiranya terdapat kesalahan, guru

akan memberikan jawapan yang

betul.

Pelajar memerhatikan jawapan

yang diberikan oleh guru.

Penutup

( 3 minit)

Rumusan Guru memberi penerangan serta

menyimpulkan secara menyeluruh

tentang pelan dan dongakan yang

Pelajar mendengar kesimpulan

guru dengan teliti.

Pendekatan:

berpusatkan guru

dan pelajar.

18

Page 19: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

baru dipelajari.

Kaedah Penilaian :

Pemerhatian

KBKK:

Dapat membuat

kesimpulan

berdasarkan suatu

pengalaman

pembelajaran.

Guru meminta pelajar menyatakan

kembali apa yang telah dipelajari.

Pelajar menyatakan kembali apa

yang telah dipelajari pada hari

ini secara ringkas.

Refleksi guru :

i) Kekangan masa dalam untuk melaksanakan aktiviti.

19

Page 20: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

8.0 HURAIAN / PENERANGAN BERKAITAN RPH

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Tyler untuk mengurus pengalaman

pembelajaran dari segi kontinuiti, turutan dan integrasi dengan adanya set induksi,

pengenalan, pengembangan, pengukuhan dan penilaian serta penutup. Di samping itu,

taksonomi objektif pendidikan domain kognitif Bloom yang berpengaruh dalam pedagogi,

kurikulum dan ujian serta penilaian pendidikan; juga digunakan sebagai garis panduan

pengajaran.

Set Induksi

Proses induksi ini dijalankan secara ringkas selama 5 minit sahaja dan Luqman

diberi kebebasan ruang untuk berfikir secara kritis dan kreatif agar pelajar mendapat

gambaran mengenai tajuk yang akan diajar.

Kaedah konstruktivisme digunakan dalam set induksi ini bagi mendedahkan pelajar

untuk belajar menilai dan mengakomodasikan maklumat dan ilmu pengetahuan ke

arah pemahaman yang lebih kukuh. Kaedah ini sesuai dengan gaya belajar Luqman

kerana ia mampu memaksimukan kemahiran sosial, komunikasi dan interpersonalnya

Peringkat ini diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.

Pengenalan

Untuk menyampaikan input konsep topik ini, alat bantu mengajar daripada slaid

powerpoint digunakan kerana ia lebih mudah difahami oleh Luqman berbanding

menggunakan buku teks. Kaedah slide powerpoint ini sesuai dengan gaya belajar

Luqman kerana pelajar lelaki lebih cenderung untuk menerima input melalui visual.

Peringkat ini diletakkan pada aras kedua Taksonomi Bloom iaitu aras kefahaman.

Pengembangan

Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia berada pada aras ketiga iaitu aplikasi dalam

Taksonomi Bloom.

Kaedah yang digunakan adalah kognitif bersituasi di mana ia merangkumi

kemahiran-kemahiran pemikiran, kesedaran meningkatkan daya penaakulan ke arah

penyelesaian masalah, menggunakan kemahiran metakognitif untuk melihat masalah

pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar dan guru mengalami ilmu

pengetahuan baru atas pemahaman persekitaran pembelajaran.

20

Page 21: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Ia berfokus pada keperluan pelajar tentang pembelajaran di mana para pelajar diberi

peluang untuk bertanya kemusykilan-kemusykilan yang timbul.

Pengukuhan

Berada pada aras keempat Taksonomi Bloom iaitu analisis.

Dalam peringkat pengukuhan ini, Luqman dikehendaki menyelesaikan soalan

berdasarkan apa yang telah diajari.

Pendekatan yang digunakan berpusatkan pelajar kerana ingin mendedahkan Luqman

kepada kemahiran interpersonalnya dalam menyelesaikan tugasan dengan dedikasi dan

berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap hasil pembelajaran.

Penilaian

Pada peringkat penilaian ini, Luqman diuji dengan soalan kuiz bagi mengukur tahap

kefahaman pembelajaran.

Penutup

Langkah terakhir ini berada pada aras kelima iaitu sintesis dalam Taksonomi Bloom.

Guru merumuskan tentang P&P dan menekankan isi pelajaran yang perlu dikuasai.

Luqman juga diminta untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari dan

perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.

9.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, setiap individu guru termasuk pelajar lebih cenderung kepada

kepelbagaian pembelajaran. Guru-guru akan sentiasa melihat kepelbagaian pembelajaran

kepada kepelbagaian kebolehan pelajar. Ini adalah merupakan realiti kehidupan pelajar. Cara

mereka belajar adalah berbeza-beza. Hal-hal demikian akan dapat memberi panduan kepada

guru-guru untuk menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berlandaskan

Rancangan Pengajaran Harian yang baik.

21

Page 22: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

RUJUKAN

http://arjunabelajar.wordpress.com/author/arjunabelajar/page/4/ - gaya kognitif dan gaya

belajar

http://adzidane.blogspot.com/2012/04/faktor-faktor-mempengaruhi-aspek.html - jantina,

gaya belajar & gaya kognitif

http://kdpoum.blogspot.com/2011/12/perbezaan-individu.html - perbezaan

indi,jantina,gaya belajar&gaya kognitif

http://pantarpurnawan.blogspot.com/2012/05/teori-kecerdasan-menurut-howard-

gardner.html

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html

http://kemberfikir.blogspot.com/2010/06/teori-pembelajaran-teori-kecederdasan.html

KECERDASAN PELBAGAI DAN KECERDASAN EMOSI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Teori pelbagai kecerdasan adalah konsep yang agak baru. Ia adalah amat sesuai digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidkan Jasmani kerana fleksibilitinya dalam

cara pengendalian. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dikendalikan di luar bilik darjah dengan cara

berstesyen dan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil semasa aktiviti

perkembangan. Kandungan pengajaran atau situasi-situasi boleh diubah tahap kesukarannya

mengikut tahun pelajaran murid. Antara kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah:

Petunjuk kepada potensi murid.

Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya.

Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan.

Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.

22

Page 23: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.

Mempelbagaikan cara penilaian.

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan

keperluan murid.

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi Teori Komponen Kecerdasan Pelbagai dan Kecerdasan Emosi dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

JENIS KECERDASAN AKTIVITI

Visual-Ruang Pergerakan imaginasi- pelajar melakukan aksi atau gaya haiwan

seperti ayam, burung, lompat kanggaru dan lain-lain.

Kinestetik Manipulasi alatan- menggunakan bahan bantu mengajar iaitu

“baton” dalam aktiviti perkembangan.

Lakuan dalam aktiviti- pelajar melakukan aktiviti regangan

anggota badan

Kemahiran- pelajar melakukan teknik hantaran dan terima baton

Interpersonal Kerja kumpulan- pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan

dan berkumpulan

Interaksi- pelajar perlu berkomunikasi dengan rakan semasa

melakukan aktiviti hantaran dan terima baton.

Muzik Pergerakan berentak- pelajar melakukan aktiviti menyejukkan

badan mengikut muzik

Menyanyi- pelajar menyanyi bersama-sama guru semasa aktiviti

menyejukkan badan

Kesedaran Kendiri Keyakinan kendiri

Kemahiran Sosial Bekerjasama dan berkumpulan

23

Page 24: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

Membantu rakan-rakan

Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk dan mencungkil

kecerdasan-kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia juga dapat membantu pendidik

dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana

pembelajaran.

 

No. Kad Pengenalan660610-04-5243Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahirandan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran denganagenda na s iona l nega ra . Maka , da l am p rose s P&P, s e l a in s aya pe r l u k r ea t i f dan inovatif dalam pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapaelemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.

4 . 1 K e s e s u a i a n B a h a n P e n g a j a r a n & P e m b e l a j a r a n“ … g u r u h e n d a k l a h s e n t i a s a b e r s e d i a m e n g e m a s k i n i k a n p e n g e t a h u a n d a n menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar” (Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009

24

Page 25: bahan tugasan - kepelbagaian_pelajar.docx

25

LAMPIRAN2