bahan tiga dimensi

62
Bahan Tiga Dimensi Keperluan Visual | Bahan 2D | Bahan 3D | Media Dlm P&P | Papan Pengajaran | Projektor | Transperasi Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : • Realia • Model • Diorama • Akuarium dan terrarium • Boneka • ‘Mobile' • Topeng Realia

Upload: sundualvin

Post on 09-Feb-2016

280 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Tiga Dimensi

Bahan Tiga Dimensi

Keperluan Visual | Bahan 2D | Bahan 3D | Media Dlm P&P | Papan Pengajaran | Projektor | Transperasi

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

 

Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar

daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu

dengan lebih baikd. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau

hasilan.f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan.

 

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :

• Realia• Model• Diorama • Akuarium dan terrarium• Boneka• ‘Mobile'• Topeng

 

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

 

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah,

Page 2: Bahan Tiga Dimensi

belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

 

(b) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

 

(c) Spesimen

Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

 

Page 3: Bahan Tiga Dimensi

 

 

Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

 

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.Contohnya keretapi dan kapal terbang.

 

 

 

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.

Page 4: Bahan Tiga Dimensi

Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

 

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

 

 

 

(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

 

 

Page 5: Bahan Tiga Dimensi

Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

 

 

 

Akuarium dan Terrarium

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut

Terrarium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

 

Page 6: Bahan Tiga Dimensi

 

 

Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah;

(a) Boneka sarung Tangan(b) Boneka Lidi(c) BonekaKulit(d) Wayang Kulit(e) Boneka Bertali

 

 

Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

 

 

 

Page 7: Bahan Tiga Dimensi

Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

 

 

 

Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

 

 

Boneka Bertali

Page 8: Bahan Tiga Dimensi

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

 

 

 

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

 

Latihan

Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut:

1. Mengaitkan jualan keluaran kepada ketiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh tahun.

2. Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan untuk menjalankan mesin.

3. Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan yang panjang.

4. Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan.

Page 9: Bahan Tiga Dimensi

5. Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi sepuluh tahun yang akhir.

 

 

Soalan Lepas ( Himpunan Soalan Pilihan dan Cadangan Skop Jawapan )

HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan - Ulangkaji Soalan Lepas ( Himpunan Soalan Pilihan dan Cadangan Skop Jawapan ) Bahagian A

1.Tuliskan secara ringkas maksud DUA istilah berikut:

(a)Bentuk ikon 

Ikon dalam arca mempunyai pelbagai maksud seperti unsur sindiran, kritikan, isu semasa, dan patriotik dengan menggunakan imej kepada objek sebenar yang diubahsuai sama ada menjadi besar atau kecil dan boleh melalui pengubahsuaian serta pemiuhan.

(b)Simbol (ikonografi) 

Simbol (iconography) bermaksud ilmu mengenai simbol dan perlambangan. Bidang ini mulanya digunakan dalam agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir di dalam memperihalkan sesuatu mesej dan tujuan.

2.Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Jelaskan DUA jenis ruang berserta contoh.

Ruang terdiri dari 2 jenis:

(a) Ruang Nyata 

Ruang ini terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam.

(b) Ruang Tampak 

Page 10: Bahan Tiga Dimensi

Merupakan ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.

3.Mengapakah aktiviti membentuk dan membuat binaan dikaitkan dengan ruang?

Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang diperagakan untuk arca misalnya, akan membentuk satu kesatuan imej antara objek dengan alam sekitar. Dari segi perspektifnya, ia memperlihatkan pandangan hadapan, sisi, atas atau bawah yang kesemuanya melibatkan ruang. Tanpa ruang, arca tidak hidup malah tidak dapat diinterpretasikan.

4.Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar mengenai seni 3 dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya.

Nyatakan EMPAT ciri objek tiga dimensi yang akan dikenalpasti dan dikesan oleh pelajar.

Objek tiga dimensi mempunyai ciri-ciri berikut:

(a)Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan penghasilan,

(b)Arca yang dihasilkan kuat, kukuh, dan selamat,

(c)Konsep kepelbagaian bahan diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan yang artistik dan strategik,

(d)Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen,

(e)Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra warna, imbangan, dan kesatuan yang menarik,

(f)Arca mempunyai tapak yang kuat, kukuh, dan selamat,

(g)Asli, unik, dan berketrampilan dari segi dapatan.

5.Arca akan lebih bermakna sekiranya diolah dengan pelbagai gunaan. Jelaskan kegunaan arca estetik dan arca berfungsi.

(a) Arca Estetik 

(i)   Sebagai bahan peragaan atau tatapan umum.

(ii)  Berfungsi sebagai hiasan dalaman atau hiasan luar bangunan.

Page 11: Bahan Tiga Dimensi

(iii) Mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual.

(b) Arca Berfungsi (Gunaan) 

(i)   Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak-kanak, dan lanskap.

(ii)  Sebagai alat ritual, penyembahan, dan keagamaan.

(iii) Merupakan suatu keperluan domestik.

6.Nyatakan EMPAT teknik dalam penghasilan arca timbul.

Arca timbul boleh dihasilkan secara:

(a)  Acuan

(b)  Tampalan

(c)  Asemblaj

(d)  Binaan

7.Origami boleh menggunakan kertas putih atau berwarna dan semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

Senaraikan dan terangkan DUA jenis kertas untuk origami.

Kertas yang digunakan membuat origami ialah:

(a) Kertas Washi 

(i)   Berkualiti tinggi daripada Jepun.

(ii)  Buatan tangan dengan teknik yang istimewa.

(iii) Corak elegan seperti fabric broked.

(iv) Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap.

(b) Kertas Kerajang 

(i)   Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain.

Page 12: Bahan Tiga Dimensi

(ii)  Kadangkala bercorak timbulan dan licin.

(iii) Permukaannya berkilau dan berkilat.

(c)  Kertas Sepasang 

(i) Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan yang menarik.

(ii) Spray adhesive digunakan untuk melekat pasangan kertas.

8.Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas.

Nyatakan DUA langkah berikutnya dalam membuat kertas segi empat mudah dan cepat.

(a)Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan.

(b)Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau.

(c)Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga.

(d)Lipat bahagian belakang membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan.

(e)Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut.

(f)Segi empat tepat siap.

9.Lazimnya arca berbentuk tiga dimensi. Nyatakan perbezaan stabil dengan origami.

Stabil Origami

Perkataan stabil bermaksud statik, kukuh, dan mantap.

Merupakan kesenian melipat kertas.

Hasilan berbentuk abstrak dan realis. Boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk sama ada haiwan, permainan, tumbuh-tumbuhan, dan perhiasan atau barang permainan.

Boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang yang digunapakai semula, benda-benda daripada alam sekitar, benda-benda buatan manusia, dan bahan-bahan terbuang buatan

Menggunakan 3 jenis kertas iaitu, kertas washi, kertas kerajang, dan kertas sepasang.

Page 13: Bahan Tiga Dimensi

manusia.

10.Karya seni asemblaj sangat cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kekemasan.

Nyatakan dan terangkan ciri-ciri utama ekspresi asemblaj.

(a)Menepati Tema dan  Tajuk 

Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton,  tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

(b)Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Hal ini kerana asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman pelbagai bahan yang serasi untuk disepadukan.

(c)Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat

Penggunaan alat dan bahan terdiri daripada  kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.

(d)Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik 

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

(e)Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan 

Asemblaj digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya asemblaj akan menjadi lebih terancang dan rapi.

Page 14: Bahan Tiga Dimensi

(f)Asli, Unik dan Berketerampilan

Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan  “hanya satu” atau  tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

11.Karya asemblaj menggunakan bahan dan teknik yang pelbagai. Jelaskan bagaimana hubung kaitnya dengan proses penghasilan.

Asemblaj boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, batu, simen, spare-part kenderaan, bahan kutipan, dan sebagainya. Bahagian atau komponen yang berlainan dicantum menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep yang bermakna. Teknik-teknik yang digunakan juga pelbagai, seperti, kimpalan, binaan, cantuman skru atau paku, dan gam. Proses penghasilannya perlu melalui beberapa peringkat seperti:

(a)Penyediaan lakaran idea,

(b)Penyediaan idea (thumbnail print),

(c)Pemilihan lakaran akhir,

(d)Proses membentuk asemblaj.

12.Mobail merupakan hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang mempunyai ciri-ciri pergerakan.

Terangkan proses membentuk mobail.

Mobail dibentuk melalui urutan proses-proses berikut:

(a)Membuat model kecil atau proto-taip

Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Model digubah berdasarkan lakaran terbaik yang dipilih dari lakaran-lakaran kecil atau thumbnail-print.

(b)Membuat kerangka atau struktur

Page 15: Bahan Tiga Dimensi

Membuat kerangka berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang mobail. Ia penting untuk kawalan bentuk disamping  menjadikan mobail lebih kukuh dan seimbang.

(c)Membuat mobail yang sebenar

Aspek-aspek ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka dengan dapatan perlu diambilkira. Binaannya ditokok tambah sehingga hasilan mobail menepati kehendak.

(d)Kekemasan dan peragaan/persembahan

Bahan penyudah seperti syelek, varnis, cat alas, cat kilat, manik, dan labuci boleh diaplikasikan tetapi tidak terlalu fancy. Kaedah menggantung, ruang peragaan, dan persekitaran perlu diteliti. 

13.Proses membentuk dan membuat model merupakan bidang yang memerlukan kemahiran. Jelaskan maksud model statik dan model dinamik.

(a)Model statik 

Model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak boleh berubah.

(b)Model dinamik 

Model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

14.Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.

Nyatakan EMPAT fungsi topeng secara umum.

(a)Topeng sebagai lambang nenek moyang 

Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

(b)Topeng sebagai simbol dewa-dewi 

Page 16: Bahan Tiga Dimensi

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

(c)Topeng sebagai pelengkap upacara 

Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.

(d)Topeng sebagai penyingkap sejarah 

Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

 (e)Topeng sebagai Media Pendidikan 

Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

 (f)Topeng sebagai hiburan 

Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama melalui dialog-dialognya yang bersifat humor dan mengundang gelak ketawa penonton.

Bahagian B

 1.Arca merupakan objek konkrit di dalam bentuk tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang.

(a) Senaraikan EMPAT jenis arca.

Jenis-jenis arca ialah:i. Arca timbulii. Asemblajiii. Mobailiv. Stabil

Page 17: Bahan Tiga Dimensi

(b)Bincangkan ciri-ciri persembahan yang menepati penghasilan arca yang baik.

Persembahan hasil kerja yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a.Bentuk arca menepati tema dan topik.

b.Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.

c.Memastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

d.Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.

e.Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

f.Asli, unik dan berketerampilan.

2.Tema merupakan proses awal yang sangat penting dalam menentukan makna kepada karya arca.

(a)Nyatakan dan huraikan EMPAT tema yang membentuk proses karya arca.

i.Alam Semula Jadi dan Objek PersekitaranObjek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

ii.Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si PelukisPengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

iii.Aliran dan Tema SejagatTema ini menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan

Page 18: Bahan Tiga Dimensi

sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya “Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

iv.Keperluan dan Pengalaman Hidup HarianCiptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

(b)Pilih SATU tema dan huraikan bagaimana perkaitannya dengan pengembangan persepsi pelajar tentang Seni Tiga Dimensi.

i.Ciri-ciri karya Tiga Dimensi Dalam penghasilan sebuah arca asemblaj yang bertemakan alam semulajadi dan objek persekitaran misalnya, pelajar akan menghasilkan karya yang menitikberatkan ciri-ciri objek tiga dimensi seperti:

a.Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan penghasilannya. Contohnya, menghasilkan sebuah arca estetik.

b.Hasilan yang kuat, kukuh, dan selamat.

c.Kepelbagaian bahan yang dipasang dengan baik, dan membentuk komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

d.Mengambilkira prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, kontra warna, dan kesatuan yang menarik.

e.Asli, unik, dan berketrampilan.

ii.Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, dan teknik Menghasilkan arca asemblaj yang bertemakan alam semulajadi dan objek persekitaran memerlukan pelajar memastikan:

a.Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.

b.Membuat “thumbnail-print” sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.

Page 19: Bahan Tiga Dimensi

c.Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

d.Pilihan teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik penghasilan arca asemblaj misalnya, kaedah cantuman skru ialah paling dominan dan sesuai. Proses penghasilan diakukan dengan teliti dan teratur.

e.Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan skru dalam menghasil arca asemblaj berasaskan bahan kutipan, perlu diambilkira pilihan saiz dan bentuk pemutar skru yang berpadanan dengan bahan yang digunakan. Disamping cara memegang dan mengetatkan skru dengan betul.

f.Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

g.Syelek, varnis, cat alas, cat kilat, labuci, dan manik-manik dijadikan pilihan untuk kemasan akhir produk. Keserasian bahan kemasan diambilkira untuk penampilan yang anggun.

h.Untuk tujuan peragaan yang mantap, tapak yang kukuh dan selamat dipasang.

3.Anda ditugaskan merancang penghasilan arca timbul dan asemblaj untuk diperagakan di persekitaran sekolah.

(a)Senaraikan LIMA bahan media dalam setiap satu berikut: 

i.pembuatan arca timbul

ii.asemblaj 

 Jadual di bawah menunjukkan bahan media untuk membuat arca tersebut:

Arca Timbul Asemblaj

1.    Kepingan kayu

2.    Plaster of Paris

3.    Batu

4.    Kayu

1.    Kayu

2.    Logam

3.    Batu

4.    Simen

Page 20: Bahan Tiga Dimensi

5.    Plastik

6.    Kertas Lumat

7.    Papier Mashe

8.    Tanah Liat

9.    Pahat

10. Penukul

11. Alat Pengukir

12. Pengikis

13. Kikir Pari

14. Kertas Pasir

5.    Bongkah-bongkah

6.    Spare-part kenderaan

7.    Bahan kutipan

8.    Besi

9.    Roda

(b)Jelaskan teknik penghasilan dan peralatan yang berkaitan untuk menghasilkan arca timbul dan asemblaj.

Teknik penghasilan dan peralatan untuk menghasilkan arca timbul dan asemblaj adalah seperti dalam jadual berikut:

Arca Timbul Asemblaj

Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:

Acuan Tampalan Asemblaj Binaan

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;

Kimpalan Binaan Cantuman skru/paku Gam

4.Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang mampu menarik minat kanak-kanak sekiranya disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

(a)Lukiskan LIMA arahan dan LIMA simbol yang digunakan untuk menghasilkan origami.

Page 22: Bahan Tiga Dimensi

(b) Nyata dan huraikan DUA bentuk origami

i.Haiwan 

Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

ii.Barang Permainan 

Page 23: Bahan Tiga Dimensi

Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). 

iii.Tumbuh-tumbuhanOrigami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip. 

iv.Perhiasan 

Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

5. Kertas putih atau kertas berwarna merupakan bahan asas origami.

(a)Bincangkan prosedur pemilihan kertas untuk tujuan membuat origami.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas: 

i.Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai. 

ii.Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan. 

iii.Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek. 

iv.Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami. 

v.Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: 

   a. Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis.

Page 24: Bahan Tiga Dimensi

   b. Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik 

vi.Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar. 

vii.Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

vii.Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

(b)Huraikan cara-cara untuk mendapatkan bentuk origami yang kemas dan tepat.

i.Lipat di atas permukaan meja atau kayu yang keras,

ii.Sebelum melipat setiap rekaan, pastikan kertas yang digunakan segi empat sama atau 2 X 1 segi empat tepat. Tidak terlalu kecil, terlalu besar, terlalu tebal atau terlalu nipis,

iii.Lipat dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh, teliti dan kemas,

iv.Lihat pada diagram dan baca segala arahan. Lihat simbol, “valley” atau “mountain”, dan bagaimana ianya bergerak langkah demi langkah,

v.Terus lihat ke hadapan untuk hasilan mengikut illustrasi berpandu,

vi.Untuk bentuk, jangan lihat langkah secara berasingan. Pandang langkah seterusnya, kemudian ke belakang, ke hadapan, dan seterusnya.

6. Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekpresionisme” dan dihasilkan melalui gabungan pelbagai bahan yang bersifat pejal dan tahan lama.

Page 25: Bahan Tiga Dimensi

(a) Senaraikan LAPAN bahan yang sesuai untuk menghasilkan asemblaj.

Bahan-bahan yang sesuai uantuk menghasilkan asemblaj terdiri daripada:

i. Aluminium 

ii.Plaster of Paris 

iii.Besi 

iv.Timah 

v.Besi waja 

vi.Bongkah kayu 

vii.Tanah Liat 

viii.Spare-part kenderaan 

ix.Bahan kutipan 

x. Roda

xi.Skru dan nat

(b) Tunjukkan EMPAT ciri utama yang dianggap sebagai kriteria ekspresi asemblaj.

Ciri-ciri berikut merupakan kriteria utama ekspresi asemblaj:

i. Menepati Tema dan  TajukTema dan tajuk yang ingin dikongsi sama oleh pengarca mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton,  tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

ii.Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan 

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media kerana asemblaj merupakan karya gabungan dan cantuman.

Page 26: Bahan Tiga Dimensi

iii.Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat 

Penggunaan alat dan bahan terdiri daripada  kombinasi yang padat dan kukuh. Bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dan disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang dalam penghasilan asemblaj.

iv.Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik 

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

v.Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan 

Seperti semua objek seni yang lain, asemblaj digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, menampilkan karya yang terancang dan rapi.

vi.Asli, Unik dan Berketerampilan 

Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan  “hanya satu” atau  tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku. Ciplakan atau plagiat tidak seharusnya berlaku dan dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap pengkarya.

7.Keaslian, ketulenan dan keunikan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi.

(a) Nyatakan dan terangkan proses-proses kreativiti dalam menghasilkan arca stabil.

i.Memerhati, mengenali, dan memahami bentuk dan ruang objek stabil, 

ii.Melakar sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej yang terbaik dan terancang, 

iii.Memilih satu sketsa yang terbaik dan relevan dengan perancangan menghasil arca stabil,

Page 27: Bahan Tiga Dimensi

iv.Membuat prototaip. 

Diteliti dan dibuat tinjuan secara mendalam. Menghasilkan arca stabil mengikut prototaip.

v.Membuat kemasan dan menetukan ruang untuk peragaan.

(b)Terangkan LIMA langkah yang perlu diambil dalam kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam menghasilkan rekaan mobail.

Lima langkah yang perlu diambil dalam kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, dan teknik dalam penghasilan mobail adalah seperti berikut:

 

8.Aspek persembahan hasil kerja yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip dan struktur seni.

Page 28: Bahan Tiga Dimensi

Nyata dan tuliskan LIMA ciri persembahan atau hasilan yang dikaitkan cemerlang dari segi penampilan:

(a) Model

Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 i.Model menepati tema dan tajuk. 

ii.Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah. 

iii.Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan. 

iv.Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat. 

v.Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan. 

vi.Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

(b)Boneka

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i.Watak menepati tema dan tajuk. 

ii.Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan  tujuan hasilan. 

Page 29: Bahan Tiga Dimensi

iii.Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat. 

iv.Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu  gubahan yang menarik. 

v.Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan. 

vi.Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

9.Model merupakan skop kajian Membentuk dan Membuat Binaan KBSR yang ke-lima.

(a)Jelaskan model membentuk dan membuat binaan KBSR ini 

Model diertikan sebagai penggambaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

(b)Huraikan aplikasi alat, media dan teknik dalam pengertian model. 

i.Lakaran Idea 

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

ii.Pemilihan alat dan bahan 

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat model, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis model yang akan dihasilkan. Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan model tersebut

Page 30: Bahan Tiga Dimensi

iii.Menentukan teknik berdasarkan bahan yang digunakan 

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

10.Boneka merupakan sejenis kerja tangan yang berbentuk permainan dan dibentuk dalam dua atau tiga dimensi.

(a)Terangkan alat dan bahan yang digunakan dalam proses penghasilan boneka piring kertas. 

Alat dan bahan yang digunakan dalam proses penghasilannya ialah:

i.Piring kertas 

Digunakan sebagai kepala boneka.

ii.Gunting 

Alat pemotong kain, kertas, dan pita litup.

iiiKayu atau buluh 

Bahan utama yang digunakan sebagai badan boneka.

iv.Kain reja (perca) 

Sebagai pakaian boneka.

v.Kertas berwarna

Jalur-jalur kertas digunakan sebagai rambut. 

vi.Pita litup

Bahan yang melekatkan bilah kayu dengan piring dan leher boneka dengan kain reja untuk   pakaian.

Page 31: Bahan Tiga Dimensi

vii.Pelekat

Melekatkan jalur-jalur kertas pada tepi piring untuk dijadikan sebagai rambut.

viii.Pisau tumpul 

Digunakan untuk melurutkan kertas berwarna untuk dijadikan rambut kerinting

(b) Susunkan proses membuat boneka sarung tangan. 

Cara Membuat Boneka Sarung Tangan: 

i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi (garisan jahitan). Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu (garisan pengguntingan). 

ii.Gunting mengikut garisan pengguntingan. 

iii.Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. 

iv.Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 

v.Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 

vi.Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 

vii.Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

11.Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana.

Page 32: Bahan Tiga Dimensi

(a)Beri pendapat anda bagaimana keunikan dan keterampilan diorama dapat diwujudkan. 

Keunikan dan ketrampilan diorama dapat dihasilkan melalui:

i.Proses kreativiti yang tinggi.

ii.Jauhi plagiarism dan hasilan klise.

iii.Suatu penampilan yang baru.

iv.Inovasi atau improviasi yang positif,

v.Pemerhatian, penelitian, dan pro-aktif.

vi.Penampilan reka bentuk baru dan futuristik.

(b) Bincangkan ciri-ciri diorama yang baik 

Diorama yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i.Komposisi hal subjek dan latar belakang yang terancang dan saling lengkap melengkapi. 

ii.Mengadun unsur seni, prinsip seni, dan struktur seni dengan baik dan terancang. 

iii.Tajuk dan tema yang tidak kabur, pemilihan bahan dan alat sesuai dengan dapatan.

iv.Saiz yang bersesuaian dan memenuhi konsep dan naratif yang ingin dikongsikan.

Page 33: Bahan Tiga Dimensi

v.Pemilihan warna yang harmoni, susunan hal subjek yang boleh membangkitkan gerak rasa dan gerak balas terhadap hasil diorama.

vi.Cuba jaya dan tidak kenal putus asa.

Anda mungkin juga meminati:

DEFINISI DIORAMA

APA ITU DIORAMA?

Page 34: Bahan Tiga Dimensi

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1. Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid

Page 35: Bahan Tiga Dimensi

terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan 1.6 Resis 1.7 Gosokan 1.8 Stensilan 1.9 Percikan 1.10 Gurisan 1.11 Capan 1.12 Mozek 1.13 Poster Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti

Page 36: Bahan Tiga Dimensi

dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

Page 37: Bahan Tiga Dimensi

pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.Contoh-contoh seperti berikut:

            

Stensilan                                        Montaj

       

Gurisan                                              Mozek

2. Membuat Corak dan Rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami

Page 38: Bahan Tiga Dimensi

pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:  2.1 Corak tidak terancang secara: 2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan 2.2 Corak terancang secara: 2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan

Page 39: Bahan Tiga Dimensi

2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara

Page 40: Bahan Tiga Dimensi

seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.Contoh-contoh seperti berikut:

       

Catan                                                 Kolaj                                                                        (guntingan atau carikan kertas                                                      dan menampal bahan tersebut)

      

Cetakan                                     Lipatan dan guntingan

Page 41: Bahan Tiga Dimensi

3. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

Page 42: Bahan Tiga Dimensi

tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara

Page 43: Bahan Tiga Dimensi

seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.Contoh-contoh seperti berikut:

    

Boneka                           Mobail4. Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri

Page 44: Bahan Tiga Dimensi

4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara

Page 46: Bahan Tiga Dimensi

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL        Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah

semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

    Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang

mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat

keputusan.

(b) Aspek Fizikal        Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan

(psychomotor) dan koordinasi tangan serta merta.

(c) Aspek Kreativiti

      Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek

kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses,

berbanding dengan hasilan akhir.

Page 47: Bahan Tiga Dimensi

(d) Aspek Persepsi     Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui

proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi      Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan

diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti

berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi      Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk

bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri      Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui

lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.

Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

      Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang

dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman

mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Posted by Tan Ging Shun at 00:14 No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Wednesday, 30 November 2011

Pengenalan Seni Visual

Page 48: Bahan Tiga Dimensi

           Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya. 

        Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Kerajaan