analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik … · universiti teknologi malaysia borang...

25
ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: habao

Post on 02-Nov-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK

TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO

SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK

TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya: SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH @ S.SHIKH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (✔ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO. 24, TAMAN CENDERAWASIH, 05460 ALOR SETAR,

Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz B. Haji Omar

KEDAH DARUL AMAN. Nama Penyelia Tarikh: 11 Mac 2004 ____________ Tarikh: 11 Mac 2004 ______________

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan)”

Tandatangan : ……………………………....................

Nama Penyelia : P.M DR. ABDUL HAFIDZ B. HAJI OMAR

Tarikh : ................................................................

Page 4: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK

TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO

SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

iii

Khas buat ahli keluarga tersayang.....

Ayahanda Syed Shiekh Syed Abdullah dan Bonda Sharifah Faizah Syed Osman

Syarifah Syahirah, Syed Mohd Syahir, Syed Mohd Fathyn dan Syarifah Syafiqah

Terima kasih atas kasih sayang, dorongan dan pengorbanan

yang diberikan selama ini

Page 7: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr.

Abdul Hafidz bin Hj. Omar di atas tunjuk ajar dan dorongan yang telah diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Tidak lupa kepada En. Safrushahar bin Yusoff,

Ketua Unit Biomekanik ISN yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar

kepada penulis dalam menghasilkan penyelidikan tesis ini. Kerjasama daripada pihak

Unit Biomekanik Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara amatlah dihargai.

Selain itu, penulis juga merakamkan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah

Sains Sukan yang secara tidak langsung telah membantu penulis menghasilkan

penyelidikan tesis ini.

Tidak ketinggalan penghargaan kepada jurulatih taekwondo Dynamic Club

kerana membenarkan atlitnya menjadi subjek bagi penyelidikan tesis ini. Secara tidak

langsung, penghargaan ditujukan kepada subjek-subjek kajian.

Sesungguhnya tanpa dorongan dan sokongan ibu bapa dan keluarga tidak akan

menjadilah penyelidikan ini. Penghargaan yang sangat tinggi kepada keluarga penulis

yang sentiasa membantu dari segi kewangan dan semangat dalam melakukan

penyelidikan tesis ini.

Page 8: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

v

ABSTRAK

Analisis tiga-dimensi kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan

taekwondo adalah satu kaedah mengkuantifikasikan data teknik lakuan bagi

menganalisis prestasi lakuan kemahiran dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk

mendapatkan parameter kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan taekwondo

serta membuat perbandingan hasil kajian di antara subjek terpilih. Subjek terdiri

daripada dua atlit taekwondo iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Subjek

menjalani eksperimen di tempat kajian dilakukan iaitu Makmal Unit Biomekanik Institut

Sukan Negara, Bukit Jalil. Perisian Silicon Coach Pro-capture dan Ariel Performance

Analysis System (APAS) digunakan bagi menganalisis data kajian ini. Analisis

deskriptif bagi data mentah subjek dan analisis inferensi menerusi Ujian-t dijalankan

bagi membuat perbandingan analisis parameter kinematik tendangan frontkick diantara

subjek. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa Ho diterima kerana nilai

kritikal berada di kawasan penerimaan hipotesis. Nilai kritikal untuk parameter sudut

pada fasa persediaan adalah t = –3.418, parameter sudut pada fasa kontek adalah t =

0.144, parameter halaju pada fasa hayunan adalah t = -2.006 dan parameter halaju pada

fasa kontek adalah t = -2.148. Sebagai kesimpulan, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan (P>0.05) di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan.

Page 9: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

vi

ABSTRACT

The three-dimensional kinematic analysis of taekwondo frontkick technique is a

system of quantifying technical data’s of applied skills in sports. The objective of

quantifying such movement was to enable the identification of kinematic parameter that

differentiate the male and female subjects. The experiment was held at Biomechanic

Unit Lab, National Sports Institute, Bukit Jalil. The data collection were conducted with

the Silicon Coach Pro-capture and the Ariel Performance Analysis System. Description

analysis was used to analyze the subject data. The inferensi analysis, T-test, was used in

comparing the frontkick kinematic parameter between subjects. The main comparison

of parameters did not exhibit significant differences between male and female subjects.

The result showes that Ho had been accepted because the critical value falls within the

Ho acceptence zone, with critical values for angle parameter of preparation phase t = -

3.418, angle parameter of contact phase t = 0.144, velocity parameter of swing phase t =

-2.006 and velocity parameter of contact phase t = -2.418. As a result, there is no

significant difference (P>0.05) between the male and female subjects.

Page 10: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Projek

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Senarai Rajah xi

Senarai Jadual xii

Page 11: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

viii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan kajian 10

1.7 Hipotesis Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Permasalahan Kajian 12

1.10 Batasan Kajian 13

1.11 Definisi Operasional 13

1.12 Penutup 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Biomekanik dalam Sukan 16

2.3 Sukan Taekwondo 21

2.4 Tendangan Frontkick 23

2.5 Jantina 24

2.6 Penutup 27

Page 12: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Pemilihan Sampel 30

3.4 Tempat Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Alat Pengukuran Kajian

3.5.2 Pemilihan Alat Pengukuran Kajian

3.5.3 Prosedur Kajian

3.5.4 Kemudahan dan Peralatan

3.6 Pembolehubah Kajian 36

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Teknik Analisis Data 37

3.8.1 Proses Kalibrasi

3.8.2 Proses Rakaman

3.8.3 Proses Memasukkan Gambar Ke Komputer

3.8.4 Proses Suntingan

3.8.5 Proses Digitasi

3.8.6 Proses Transformasi

3.8.7 Proses Saringan

3.8.8 Proses Pengeluaran Data

3.9 Penutup 40

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Deskriptif Subjek 43

4.3 Analisis Inferensi Parameter Kinematik 43

Tendangan Frontkick

Page 13: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

x

4.4 Analisis Sudut Tendangan Frontkick 44

4.4.1 Perubanhan Sudut Pergerakan Subjek

4.4.2 Perbandingan Sudut Kaki Fasa Persediaan

4.4.3 Perbandingan Sudut Kaki Fasa Kontek

4.5 Analisis Halaju 49

4.5.1 Perubahan Halaju Pergerakan Subjek

4.5.2 Perbandingan Halaju Kaki Fasa Hayunan

4.5.3 Perbandingan Halaju Kaki Fasa Kontek

4.6 Perbandingan Parameter Sudut dan Halaju Kaki 53

Di antara Subjek

4.7 Penutup

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Perbincangan 56

5.3 Cadangan 60

5.4 Kesimpulan 61

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 14: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data mentah bagi umur, berat badan, ketinggian 43

dan kepanjangan kaki subjek

4.2 Perbandingan sudut kaki fasa persediaan 45

4.3 Perbandingan sudut kaki fasa kontek 46

4.4 Data mentah sudut kaki tendangan frontkick subjek 47

4.5 Perbandingan halaju kaki fasa hayunan 50

4.6 Perbandingan halaju fasa kontek 50

4.7 Data mentah halaju kaki tendangan frontkick subjek 51

Page 15: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Perbandingan Sudut Kaki Antara Subjek 48

4.2 Perbandingan Halaju Kaki Antara Subjek 51

4.3 Lengkungan normal Ujian-t parameter sudut dan 53

halaju di antara subjek

Page 16: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Data: Sudut segmen tendangan frontkick subjek lelaki 64

B Graf : Sudut segmen tendangan frontkick subjek lelaki 65

C Data: Sudut segmen tendangan frontkick subjek 66

perempuan

D Graf: Sudut segmen tendangan frontkick subjek 67

perempuan

E Data: Halaju tendangan frontkick subjek lelaki 68

F Graf: Halaju tendangan frontkick subjek lelaki 69

G Data: Halaju tendangan frontkick subjek perempuan 70

H Graf: Halaju tendangan frontkick subjek perempuan 71

I Kedudukan Eksperimen Kajian 72

J Proses Kajian 73

K Gambar Rakaman Tendangan Subjek 74

L Pengesahan Kerjasama 75

Page 17: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Taekwondo merupakan diantara seni mempertahankan diri yang telah diiktiraf

dan digemari ramai di serata dunia. Sejajar dengan nama Tae bermaksud kicking,

Kwon, fisting dan Do, way to do (Kim, 1996), sukan ini banyak menggunakan

tendangan dan tumbukan melalui seninya yang tersendiri. Seninya agak berbeza dengan

seni-seni mempertahankan diri yang lain seperti karate-do, judo, aikido dan sebagainya.

Taekwondo bukan sahaja berperanan sebagai seni mempertahankan diri, malah sebagai

salah satu sukan yang sering dianjurkan dalam kejohanan-kejohanan kebangsaan

mahupun antarabangsa seperti Perlawanan Dunia, Pertandingan Asean, Kejohanan Pan

American, Kejohanan All African, Kejohanan Eropah serta Kejohanan Olimpik. Di

Malaysia sahaja, pelbagai kejohanan samada dari peringkat sekolah sehinggalah ke

peringkat kebangsaan sering diadakan.

Page 18: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

2

Perkembangan Teakwondo boleh dikesan sejak 1300 tahun yang lalu di Korea

yang kaya dengan kebudayaan dan seni pertempuran. Ia dikenali sebagai ‘Tae-kyun’

suatu ketika dahulu semasa Dinasti Koguryo pada tahun 37 sebelum Masehi dan dalam

Dinasti Silia, 20 tahun sebelum Koguryo. Sehingga tahun 1960-an, Taekwondo kurang

popular jika dibandingkan dengan Karate Jepun. Namun, ia mula mendapat tempat dan

berjaya menarik minat negara-negara di seluruh dunia. Taekwondo mula berkembang

pada abad ke-20 di negara Korea dan diiktiraf pada tahun 1973. Hasil perkembangan

tersebut, Taekwondo telah diberi pengiktirafan oleh International Olympic Council

(IOC) pada 17 Julai 1980.

Sukan Taekwondo mempunyai tiga cabang utama iaitu mempertahankan diri

(self-defence), lawan (sparring) dan poomse (patern). Walaubagaimanapun, ketiga-tiga

cabang ini perlu menggunakan asas (basic) yang sama. Asas utama dalam Taekwondo

adalah kaki (leg basic) seperti tendangan (kick) yang terdiri daripada turning

kick/roundhouse kick, front kick; ap-chagi, backthrust kick, riverse-swing kick,

chopping kick dan lain-lain. Selain itu, asas tangan (hand basic) seperti tumbuk (punch),

strike, spear finger dan lain-lain juga merupakan asas dalam sukan seni

mempertahankan diri ini.

Menurut Peter Payne (1981), diantara tendangan dengan tumbukan, tendangan

adalah lebih lambat serta menyebabkan tubuh badan menjadi kurang seimbang

(imbalance), namun ianya dapat mencapai jarak yang lebih jauh dan lebih kuat jika

dibandingkan dengan tangan. Selalunya, penggunaan tumbukan adalah untuk bahagian

atas (upper limb) pihak lawan (opponent), manakala tendangan adalah untuk bahagian

bawah (lower limb) pihak lawan (opponent). Taekwondo sememangnya dikenali

sebagai seni mempertahankan diri yang banyak menggunakan kaki berbanding tangan.

Inilah salah satu aspek yang membezakan taekwondo dengan seni-seni mempertahankan

diri yang lain.

Page 19: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

3

Tendangan bukan digunakan dalam sukan-sukan mempertahankan diri sahaja,

malah ia juga dilakukan dalam permainan lain seperti permainan bola sepak, sepak

takraw, bola tampar, rugbi dan banyak lagi. Asas pergerakan tendangan dalam mana-

mana sukan adalah kelihatan sama sahaja dari mata kasar. Namun, dalam setiap sukan,

teknik atau cara lakuan yang sebenarnya adalah berbeza. Pelbagai kajian yang telah

dilakukan oleh ahli-ahli biomekanik dalam memperlihatkan keadaan sebenar dalam

teknik lakuan seseorang itu melakukan tendangan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Di Malaysia, Taekwondo merupakan satu sukan yang popular dan sering

dipertandingkan dalam kejohanan seperti SUKMA, MSSM dan sebagainya. Sejarah

penubuhan Taekwondo di Malaysia bermula dengan kedatangan General Choi sebagai

Duta Republik Korea di Malaysia. Bermula dari Wilayah Persekutuan, Taekwondo

terus diperkembangkan ke Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan

Sarawak pada tahun 1967. Kemudian, penubuhan Taekwondo Nasional diperkenalkan

oleh Leow Cheng Koon dan Christopher Lai menandakan permulaan penubuhan

Taekwondo secara rasmi di Malaysia. Tidak lama kemudian satu badan yang

dinamakan Malaysia Taekwondo Association (MTA) ditubuhkan yang menggantikan

Taekwondo Nasional. Setelah pelbagai kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan

oleh MTA, pihak Majlis Olimpik Malaysia telah memberi penghormatan kepada MTA

dengan mengiktiraf MTA sebagai salah satu gabungan bersamanya. Sehingga kini,

sukan taekwondo di Malaysia terus berkembang di bawah naungan Malaysia

Taekwondo Association (MTA).

Page 20: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

4

Hasil perkembangan sains dan teknologi, pelbagai kajian yang telah dibuat dalam

bidang sukan. Dalam sukan Taekwondo, pelbagai kajian yang telah dibuat bagi

mempertingkatkan mutunya samada dari segi latihan sehinggalah kaedah

kemahiran/skill. Biomekanik telah dijumpai sejak lebih daripada dua milenium dahulu

oleh Aristle. Bidang biomekanik merupakan salah satu daripada kajian-kajian yang

popular di kalangan para penyelidik dan saintis pada masa kini. Biomekanik sukan mula

berkembang dengan pesat pada tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan

prestasi serta mengurangkan risiko kegagalan. Biomekanik adalah satu kajian

pergerakan dan fizik yang diaplikasikan dalam sistem biologikal serta mengaplikasikan

hukum mekanik pada organisma hidup. Terdapat beberapa sub dalam bidang

biomekanik ini seperti antropologi fizikal, ortopedik, bioengineering dan human

performance. Human performance dikategorikan sebagai biomekanik sukan yang

bertujuan untuk mengkaji bentuk pergerakan yang diaplikasikan mengikut sukan

spesifik dengan mengenalpasti ciri-ciri lakuan motor efisyen serta memberi maklum

balas yang tepat mengenai sebab dan kesan sesuatu prestasi lakuan yang dihasilkan oleh

atlit (Hay, 1986). Biomekanik melibatkan dua aspek yang berbeza iaitu kinetik dan

kinematik. Kinematik adalah suatu kajian berkaitan dengan geometri, bentuk (pattern)

atau bentuk pergerakan dengan mengambilkira faktor masa (Susan, 2003). Kinematik

melibatkan aspek posisi, sudut, halaju dan pecutan segmen badan tanpa mengira daya

penyebab kepada pergerakan yang terhasil. Menerusi analisis kinematik yang dijalankan

secara tiga-dimensi dapat menjelaskan dengan terperinci kemahiran yang diaplikasikan

serta membandingkan kelebihan dan kelemahan aplikasi teknik berdasarkan kesesuaian

anatomi dan mekanikal individu (Hay, 1985). Terdapat dua jenis analisis di dalam

analisis kinematik iaitu analisis kualitatif dan analisis kuantitatif. Analisis kuantitatif

adalah melibatkan nilai-nilai angka (data) manakala analisis kualitatif pula merujuk

kepada gambaran kualiti tanpa penggunaan nilai-nilai angka. Maka, analisis kuantitatif

lebih sofiskated jika dibandingkan dengan analisis kualitatif yang kurang konkrit.

Analisis tiga-dimensi merupakan suatu kaedah analisis yang lebih kompleks dari

segi prosedurnya jika dibandingkan dengan analisis secara dua-dimensi. Analisis tiga-

Page 21: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

5

dimensi berupaya memperlihatkan keseluruhan pergerakan tubuh badan dan secara lebih

realiti dengan pergerakan yang dikaji. Ia juga lebih praktikal dan memerlukan

penggunaan komputer yang kompleks. Analisis secara tiga-dimensi membenarkan sudut

antara segmen boleh dikira secara tepat dan pengiraan sudut-sudut lain yang sukar di

lihat dari satu kamera.

Berdasarkan teori Henrik Sorensen, Morten Zacho, Erik B. Simonsen, Poul

Dyhre-Poulsen and Klaus Klausen (1996), front kick merupakan tendangan yang

digunakan pada kebanyakan seni mempertahankan diri. Lakuan pergerakan tendangan

frontkick adalah proksima-dista lurus yang melibatkan penggunaan lutut dan kaki. Lutut

memberi peranan yang penting dalam menentukan sudut, kekuatan serta kelajuan

sesuatu tendangan. Permainan bola sepak banyak menggunakan sepakan atau boleh

dikatakan sebagai tendangan, tetapi target atau sasaran untuk melakukan sepakan atau

tendangan berada di atas tanah berbanding dengan tendangan yang sebenar di paras

dagu. Menurut Putnam (1983), Robertson and Mosher (1985) Dunn dan Putman (1988),

perbezaan paras sasaran menghasilkan sudut sendi lutut serta kelajuan yang berbeza.

Tendangan frontkick dalam sukan taekwondo ini telah dikenalpasti mempunyai

tiga peringkat lakuan yang utama iaitu:

i. Peringkat Persediaan

Di peringkat ini, kedudukan kaki di buka dengan seluas bahu serta satu kaki

di hadapan dan satu lagi di belakang. Kaki yang di belakang merupakan kaki

yang akan melakukan tendangan. Lutut mestilah dibengkokkan dengan jari-

jari kaki menghala ke hadapan. Berat badan di atas bebola kaki, belakang

badan dan kepala tegak. Tangan pula mestilah digenggam dan dalam keadaan

‘guarding block’ iaitu tangan pada paras badan.

Page 22: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

6

ii. Peringkat Hayunan

Peringkat ini merupakan peringkat semasa proses ke arah mencapai sasaran

dengan satu gerakan yang linear. Kaki di belakang diangkat ke hadapan dan

lutut membengkok menghasilkan suatu keadaan fleksi. Kaki yang

menyokong bengkok sedikit bagi mendapatkan kestabilan.

iii. Peringkat Kontek

Bermula dari keadaan fleksi menjadi ekstensi. Hujung kaki menghala ke

hadapan kepada sasaran dalam keadaan dorsi fleksi. Kaki yang menyokong

membengkok sedikit dan tangan masih dalam keadaan ‘guarding block’.

Semasa seseorang melakukan pergerakan, sendi-sendi segmen badan akan bertindak

balas dan menghasilkan kinematik seperti posisi, halaju, pecutan dan sudut pergerakan.

Contohnya semasa berjalan kaki, tindak balas sendi pada bahagian bawah badan (lower

limb) melibatkan bahagian sokongan (supporting limb) dan bahagian hayunan (swinging

limb). Lakuan ini melibatkan torgue iaitu suatu daya yang terhasil daripada suatu

gerakan putaran (rotary). Kanak-kanak kurang menggerakan bahagian atas badan (arm

and trunk) semasa melakukan tendangan dengan amplitud yang rendah semasa hayunan

belakang (backswing), dan sangat sedikit atau tiada ikut lajak (Marlene dan John, 1995).

Semasa melakukan tendangan frontkick ini, beberapa bahagian segmen badan utama

telah dikenalpasti seperti bagi tujuan mendapatkan data:

i. Metatarsophalangleal (metatarsophalangeal)

ii. Pergelangan Kaki (ankle)

iii. Lutut (knee)

iv. Pinggang (hip)

v. Bahu (shoulder)

vi. Siku (elbow)

vii. Pergelangan tangan (wrist)

Page 23: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

7

viii. Kepala (head)

Faktor kinanthropometry seperti saiz, bentuk, proportion, komposisi,

kematangan dan gross function seperti tumbesaran, bersenam, persembahan dan

pemakanan adalah faktor yang dapat membezakan persembahan seseorang atlit. Satu

konsep dalam mengenali jenis tubuh seseorang adalah somatotaip yang terdiri daripada

ektomorph, endomorph dan mesopmorph. Ketiga-tiga jenis bentuk tubuh ini

mempengaruhi lakuan dalam sesuatu pergerakan. Selain itu, di antara dua jantina juga

terdapat perbezaan yang ketara samada dari segi fizikal dan mental. Menurut laporan

Bransfort and Howley (1977), tenaga terhasil oleh perempuan Caucasian daripada larian

di atas treadmill adalah 5% lebih tinggi berbanding lelaki. Ini adalah kerana komposisi

badan perempuan iaitu kandungan lemak badan yang berfungsi sebagai bahan

metabolisma adalah berbeza di antara lelaki dengan perempuan. Perbezaan di antara

lelaki dengan perempuan adalah kelemahan pada lelaki adalah lebih kurang daripada

perempuan (Newman, 1985 & Tuana, 1989). Faktor anatomi pada lelaki dan perempuan

juga jauh berbeza. Contohnya pada bahagian kaki di mana keadaan kaki lelaki adalah

tertutup manakala kedudukan kaki perempuan adalah terbuka. Hal ini disebabkan oleh

saiz tulang pelvis bagi perempuan adalah lebih besar daripada lelaki.

1.3 Pernyataan Masalah

Sukan taekwondo banyak menggunakan tendangan jika dibandingkan dengan

penggunaan tumbukan dalam sesuatu perlawanan. Di dalam latihan taekwondo,

jurulatih akan memberi banyak penekanan kepada tendangan memandangkan kutipan

mata dalam sesuatu perlawanan diambil mengikut tendangan kepada sasaran iaitu dari

bahagian kepala sehinggalah paras pinggang (Kim, 1996). Namun, sebagai alat

Page 24: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

8

mempertahankan diri, tendangan bolehlah dibuat pada sebarang bahagian pihak lawan

iaitu dari bahagian kepala sehinggalah ke kaki dengan tujuan menjatuhkan pihak lawan.

Tendangan yang baik dalam sukan taekwondo akan menghasilkan suatu

tendangan yang mempunyai impak yang kuat, cepat dan berkesan. Pengaplikasian

sesuatu tendangan itu perlulah tepat kepada sasaran iaitu dengan teknik yang betul.

Berbantukan ilmu biomekanik sukan dengan peralatan-peralatan yang berteknologi,

parameter kinematik seperti parameter halaju, sudut, pecutan dan ketinggian pusat

graviti dalam melakukan teknik tendangan frontkick dapat dikenalpasti. Pengetahuan

terhadap maklumat parameter kinematik teknik tendangan yang diaplikasikan akan

membantu pemain memahami aspek lakuan segmen tubuh dengan lebih berkesan serta

boleh dijadikan panduan jangkaan menerima tendangan.

Lelaki dan perempuan adalah berbeza samada dari segi paras rupa mahupun

mental. Perbezaan jantina juga dapat mempengaruhi teknik dalam apa jua sukan

termasuklah tendangan frontkick dalam sukan taekwondo. Menerusi sains, jelas

dibuktikan terdapat perbezaan yang ketara dalam anatomi, fisiologi mahupun

biomekanik lelaki dengan perempuan. Penyelidik akan cuba mengkuantifikasikan

kinematik teknik tendangan frontkick secara tiga-dimensi di kalangan subjek terpilih

yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan. Penyelidik juga akan membuat

perbandingan teknik tendangan menerusi perbandingan parameter sudut dan halaju kaki

sepak mengikut fasa di antara kedua-dua subjek.

Page 25: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK … · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: analisis tiga-dimensi parameter kinematik teknik tendangan

9

1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti untuk kajian ini, seperti;

1.4.1 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter sudut kaki sepak subjek

pada fasa persediaan?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter sudut kaki sepak subjek

pada fasa kontek?

1.4.3 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter halaju kaki sepak subjek

pada fasa hayunan?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter halaju kaki sepak subjek

pada fasa kontek?

1.5 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti yang berikut:

1.5.1 Mengkuantifikasi parameter kinematik teknik tendangan frontkick dalam

sukan taekwondo secara tiga-dimensi.

1.5.2 Membuat perbandingan parameter kinematik sudut kaki sepak teknik

tendangan frontkick di antara subjek-subjek terpilih.