bahan statistik kumpulan

23
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 139 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang persoalan kajian tindakan ini. Segala persoalan akan dirungkai satu persatu serta bersandangkan kajian-kajain lepas sebagai sokongan. Terdapat 3 persoalan kajian. Adakah kaedah GaBuHa ini dapat membantu murid dalam menjawab Soalan sains Bahagian A dengan berkesan ? Berdasarkan persoalan kajian di atas, memang tidak dapat dinafikan, pengkaji harus membuktikan kesahan menggunakan dokumen daripada responden. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen untuk menjawab persoalan ini. Hasil daripada analisis dokumen iaitu kertas jawapan responden, pengkaji mendapati kesemua responden dapat menjawab soalan bahagian A Sains dengan cara yang betul. Dengan menggunakan kaedah GaBuHa ini, responden mempunyai idea untuk menjawab soalan dan memahami kehendak soalan. Selain itu, responden dapat memilih pilihan jawapan dengan lebih yakin. Dokumen yang dilampirkan itu jelas menunjukkan bahawa responden telah memahami kehendak soalan serta dapat mengemukakan jawapan mengikut kehendak soalan. Penggunaan kaedah GaBuHa ini dapat membantu responden dalam menjawab soalan bahagian A Sains. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Atan Long (1981), menyatakan murid-murid lemah perlu didedahkan dengan satu pendekatan yang membolehkan mereka mudah mengingat istilah bagi setiap komponen. Ini dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan lebih mudah berdasarkan panduan yang diberikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah GaBuHa ini kepada responden yang terdiri daripada murid berpencapaian lemah. Oleh itu, kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Atan Long pada tahun 2003. Dengan kata lain, seorang guru perlulah lebih kreatif dalam memikirkan cara yang terbaik bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dan dapat membantu anak muridnya sebaik mungkin. Oleh itu, pengkaji dapat rumuskan bahawa persoalan pertama dalam kajian ini telah dijawab hasil daripada analisis dokumen yang telah pengkaji bincangkan. Adakah dengan menggunakan kaedah GaBuHa ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Sains ? Bagi menjawab persoalan kedua ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos, ternyata terdapat peningkatan yang jelas dan ketara sebelum dan selepas tindakan pengkaji lakukan. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah

Upload: hanizs-shuhada

Post on 31-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Statistik Kumpulan

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 139 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang persoalan kajian tindakan ini. Segala persoalan akan dirungkai satu persatu serta bersandangkan kajian-kajain lepas sebagai sokongan. Terdapat 3 persoalan kajian. Adakah kaedah GaBuHa ini dapat membantu murid dalam menjawab Soalan sains Bahagian A dengan berkesan ? Berdasarkan persoalan kajian di atas, memang tidak dapat dinafikan, pengkaji harus membuktikan kesahan menggunakan dokumen daripada responden. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen untuk menjawab persoalan ini. Hasil daripada analisis dokumen iaitu kertas jawapan responden, pengkaji mendapati kesemua responden dapat menjawab soalan bahagian A Sains dengan cara yang betul. Dengan menggunakan kaedah GaBuHa ini, responden mempunyai idea untuk menjawab soalan dan memahami kehendak soalan. Selain itu, responden dapat memilih pilihan jawapan dengan lebih yakin. Dokumen yang dilampirkan itu jelas menunjukkan bahawa responden telah memahami kehendak soalan serta dapat mengemukakan jawapan mengikut kehendak soalan. Penggunaan kaedah GaBuHa ini dapat membantu responden dalam menjawab soalan bahagian A Sains. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Atan Long (1981), menyatakan murid-murid lemah perlu didedahkan dengan satu pendekatan yang membolehkan mereka mudah mengingat istilah bagi setiap komponen. Ini dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan lebih mudah berdasarkan panduan yang diberikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah GaBuHa ini kepada responden yang terdiri daripada murid berpencapaian lemah. Oleh itu, kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Atan Long pada tahun 2003. Dengan kata lain, seorang guru perlulah lebih kreatif dalam memikirkan cara yang terbaik bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dan dapat membantu anak muridnya sebaik mungkin. Oleh itu, pengkaji dapat rumuskan bahawa persoalan pertama dalam kajian ini telah dijawab hasil daripada analisis dokumen yang telah pengkaji bincangkan. Adakah dengan menggunakan kaedah GaBuHa ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Sains ? Bagi menjawab persoalan kedua ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos, ternyata terdapat peningkatan yang jelas dan ketara sebelum dan selepas tindakan pengkaji lakukan. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘GaBuHa’ ini telah membantu responden dalam meningkatkan pencapaian mereka. Perlu diingat bahawa kesemua responden adalah gagal dalam ujian TOV lalu. Justeru, walaupun sekecil-kecil peningkatan dan sebesar-besar lonjakan, pengkaji amat berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka. Mengikut teori yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983,1989) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan pelbagai. Bagi kajian ini, jelas kelihatan bahawa responden pengkaji adalah individu kategori kecerdasan linguistik. Ini kerana, kecerdasan linguistik ialah kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Dengan kata lain, murid-murid akan menterjemahkan bahasa SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 140 atau kata kunci di dalam soalan bahagian A untuk mencari jawapan pengganggu dan memahami kehendak soalan. Jika sebelum ini responden tidak dapat mengaitkan konsep dan istilah yang diperlukan, walaupun mereka tahu jawapan sebenar, namun oleh kerana tidak memahami istilah dan kata kunci menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan demikian. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah GaBuHa ini telah membantu responden dalam menjawab soalan Sains bahagian A. Adakah penggunaan kaedah GaBuHa dapat meningkatkan minat murid dalam menjawab soalan Sains bahagian A ? Minat ialah keinginan

Page 2: Bahan Statistik Kumpulan

(kesukaan ; kecenderungan) kepada sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut Hajah Noraini Haji Omar (2008), mengatakan minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Namun ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Dalam kajian ini, timbul persoalan di dalam diri pengkaji bahawa adakah responden akan lebih berminat untuk menjawab soalan Sains bahagian A? Justeru, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik bagi merungkai persoalan ini. Dapatan soal selidik berkaitan minat ini telah dianalisis. Hasil analisis mendapati bahawa responden lebih berminat untuk menjawab soalan dalam Bahagian A. Sebanyak lapan item telah terkandung di dalam soal selidik tersebut. Hasilnya, responden mengatakan bahawa kaedah GaBuHa ini telah menambah minat mereka dalam menjawab soalan Bahagian A. Ini kerana, apabila responden dapat menjawab sesuatu soalan, maka akan timbul satu perasaan keghairahan dan keseronokan dalam diri mereka untuk terus menjawab. Dengan kata lain, motivasi intrisik akan wujud dalam diri mereka sedikit demi sedikit. Hal ini adalah selari dengan kajian Mc Clelland et al.(1953) dalam Hajah Noraini Haji Omar (2008) mengatakan bahawa minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Minat boleh merangsang motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk berjaya dalam piawaian tertentu. Secara ringkasnya, setelah responden berjaya menjawab soalan, timbul perasaan minat dalam diri mereka untuk terus berusaha. Minat ini sangat penting kerana tanpa minat, seseorang individu itu tidak akan berusaha untuk memiliki dan mencuba sesuatu. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Sebagai penutup tirai kajian, pengkaji ingin membuat cadangan berkaitan kajian lanjutan. Cadangan yang disenaraikan ini adalah sebagai panduan atau rujukan kepada mana-mana pihak untuk kajian masa hadapan dijalankan, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara untuk kajian seterusnya. 1) Menggunakan Kaedah ‘GaBuHa’ untuk menjawab soalan bahagian B Pada pengamatan pengkaji, kaedah GaBuHa ini boleh digunakan untuk menjawab soalan Sains bahagian B iaitu dengan cara menggariskan kehendak soalan, membulatkan kata kunci atau istilah sains pada soalan dan menghapuskan sebarang pengganggu soalan SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 141 2) Mempelbagaikan Tahap Pencapaian Sampel. Bagi kajian ini, pengkaji hanya menjalankan tindakan kepada murid lemah sahaja. Sebagai cadangan di masa akan datang, agar kajian boleh dilakukan terhadap murid yang pelbagai tahap kecerdasan. Justeru, hasil dapatan dibandingkan dan keputusan kajian boleh dijadikan rujukan. 3) Sampel Yang Digunakan Adalah Dari Umur Yang Berbeza. Memandangkan kajian ini adalah berfokus kepada murid tahun 5, pengkaji ingin mencadangkan agar kajian di masa akan datang menggunakan sampel dari tahun 6 iaitu 12 tahun. Ini kerana, mereka lebih signifikan terhadap soalan-soalan memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Rujukan Atan Long (1981). Pedagogi : Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Soon Sang (1992). “Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4.” Kuala Lumpur : Kompleks Budiman Sdn Subang Jaya. Mok Soon Sang. (2006). Education Studies For Kpli (Theme 1): Educational Physcology. Selangor. Multimedia-Es Resources Sdn.Bhd. Noraini Haji Omar (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Ramlah Hamzah (1993). “Persepsi dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.” Jurnal Pendidikan Guru , Bahagian Pendidikan Guru (KPM) Bil.9 : 50-71 Sharifah Alwitah Alsagoff (1986). “ Ilmu Pendidikan: Pedagoi .” Kuala Lumpur: Heineman Asia, ctk.4. Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros and Maznah Ali (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publication & Distribution

Page 3: Bahan Statistik Kumpulan

2.2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik

Menurut Fatanah (1997), pelbagai teori dan dapatan kajian telah dikemukakan untuk menjelaskan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Di kalangan ahli psikologi, aspek kognitif, sikap dan motivasi pelajar lebih dipentingkan. Manakala ahli-ahli sosiologi lebih menekankan peranan latar belakang sosioekonomi. Di kalangan ahli psikologi sosial pula, mereka lebih cenderung untuk mengkaji proses mendidik anak. Tidak kurang juga yang mengaitkan faktor guru seperti kelulusan, kaedah pengajaran, faktor pengurusan dan pentadbiran, kemudahan dan insentif guru dan kakitangan, peranan masyarakat dan rakan sebaya.

Wang, Haertel dan Walberg (1990) telah membuat analisis terhadap hasil kajian yang pernah dijalankan dalam tempoh lima puluh tahun lalu berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di Amerika Syarikat. Mereka menyatakan bahawa aspek sosial dan tingkah laku pelajar sebagi memainkan peranan penting. Pelajar yang tidak berdisplin atau tidak mengikut peraturan kerapkali mempunyai pencapaian akademik yang rendah, manakala para pelajar yang bertingkah laku seperti sewajarnya, lebih cenderung berpencapaian tinggi. Dalam konteks sekolah pula, aspek yang paling mempengaruhi pembelajaran adalah persekitaran dan sokongan keluarga.

Bloom (1981) menyatakan di samping persekitaran rumah, persekitaran sekolah juga memberi kesan ke atas perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana di sekolah adalah tempat berlakunya perkembangan bahasa, motivasi dan kaedah belajar.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) telah membuat kajian perbandingan ke atas sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan kurang baik dalam matematik sekolah rendah. Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih dalam setiap negeri di Malaysia yang mewakili dua sekolah baik dan dua sekolah kurang baik, lokasi bandar dan luar bandar untuk kajian ini. Dalam kajian tersebut empat dimensi telah dikaji iaitu pengurusan, guru, murid dan bahan bantu mengajar. Keputusannya didapati ada perbezaan antara kedua-dua jenis sekolah tersebut dari segi pengurusan, pengajaran, murid dan penggunaan bahan mengajar.

Hasil daripada kajian tersebut, satu rumusan kenyataan telah dikeluarkan iaitu walaupun guru di semua sekolah telah menerima latihan yang sama, tetapi pencapaian akademik antara sekolah-sekolah jauh berbeza. Didapati beberapa buah sekolah biasa, khususnya yang terletak di luar bandar telah mencapai prestasi yang baik tahun demi tahun. Perkara ini tidak berlaku secara sendiri tetapi adalah kesan daripada usaha, inovasi dan kereaktifan yang diamalkan oleh semua pihak di sekolah yang baik sehingga membentuk persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992). Daripada kajian ini didapati perbezaan

Page 4: Bahan Statistik Kumpulan

yang ketara adalah pengurusan sesebuah sekolah yang boleh menimbulkan persekitaran pembelajaran yang berbeza.

Dalam tinjauan penulisan (Azmi et al. 1995), beliau telah mengemukakan tinjauan oleh Mortimore (1995) terhadap beberapa kajian-kajian mengenai sekolah berkesan. Mortimore mendapati bahawa fokus kajian adalah berbeza-beza antara satu kajian dengan kajian lain dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Para pengkaji seperti Coleman (1966), telah menggunakan kajian tinjauan yang melibatkan sampel yang besar untuk mencari perkaitan antara faktor sosioekonomi pelajar dan faktor sekolah dengan pencapaian pelajar. Secara umum dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa ciri-ciri latar belakang sosioekonomi pelajar amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar manakala faktor sekolah yang diukur dari segi kemudahan material kurang menyumbang kepada pencapaian pelajar. Di Malaysia, kajian terbesar dan paling berpengaruh ialah Kajian Keciciran 1973 yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua faktor latar belakang sosioekonomi pelajar dan juga kemudahan sekolah mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Menurut Marimuthu (1975), terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kelemahan pencapaian pelajaran di sekolah adalah disebabkan oleh keadaan kemiskinan dan kekurangan kelengkapan material di rumah. Beliau menambah bahawa kemiskinan sebagai ‘angkubah penghalang’ yang menyebabkan kecacatan dalam kemajuan kanak-kanak.

Menurut Creemers (1994), dipetik daripada (Azmi et al. 1995) mengatakan dengan mengambil kira faktor latar belakang yang di kawal, didapati 12% - 18% perbezaan dalam pencapaian pelajar dapat diterangkan oleh faktor sekolah dan bilik darjah. Ballantine (1997) pula mengatakan faktor minat terhadap mata pelajaran, rakan sebaya, hubungan dengan guru, keadaan persekitaran dan pengalaman yang berbeza (bangsa, jantina dan kelas sosial) adalah antara factor-faktor yang terlibat dalam proses pembelajaran. 

2.2.3 Faktor-Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah minat, sikap pelajar, persepsi pelajar dan aspirasi kerjaya. Abu Zahari (1988), menyatakan bahawa minat dan kecenderungan memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian pembelajaran individu. Mereka yang berminat akan menunjukkan pencapaian yang tinggi manakala yang tidak berminat akan menunjukkan pencapaian yang rendah. Manja (1990), mendapati pelajar Cina lebih berminat untuk belajar berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina juga didapati lebih cenderung dalam bidang akademik terutama mata pelajaran sains dan matematik. Husen (1967 ) dalam kajiannya mendapati pencapaian mempunyai hubungan yang positif dengan minat pelajar terhadap sains dan metematik.Kajian menunjukkan semakin tinggi minat pelajar maka semakin tinggi prestasi pencapaian mereka dalam mata pelajarn sains dan matematik.

Page 5: Bahan Statistik Kumpulan

Sesetengah pihak berpendapat bahawa tidak atau kurang berminat mempelajari matematik bahkan mereka mungkin fobia dengan angka berpunca dari bebrapa faktor seperti tiada atau kurang pendedahan akan kepentingan penguasaan matematik. Anuar (Berita Harian, 1994) mengatakan bahawa usaha bagi menentukan kejayaan pelajar dalam sains dan matematik ialah mengubah sikap dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Gui Sew Chu (1988) dalam kajiannya berkaitan dengan sikap dan pencapaian dalam matematik telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara sikap, minat dan keyakinan diri dengan pencapaian dalam matematik . Dapatan kajian ini juga menunjukkan faktor keyakinan diri pelajar merupakan pembolehubah yang berkesan terhadap pencapaian matematik.

Dalam kajian lain oleh Adnan (1980) untuk melihat pertalian di antara sikap pelajar terhadap matapelajaran tertentu dan pencapaiannya dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), mendapati terdapat hubungan yang positif. Kajian telah dilakukan terhadap 230 orang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur terhadap matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Sains dan Matematik dengan pencapaian mereka dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.

Muskamal (1991) mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara persepsi dan minat terhadap sains dan matematik dengan pencapaian sains dan matematik. Begitu juga terdapatnya perbezaan persepsi antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan berpencapaian rendah tetapi tidak ada perbezaan persepsi antara lelaki dan perempuan.

Awang Had Salleh (1986), mengaitkan masalah pencapaian akademik pelajar dengan aspek kendiri pelajar itu sendiri. Kegagalan pelajar dilihat ada kaitan dengan fakta dalam diri pelajar yang dikatakan mempunyai aspirasi dan cita-cita yang sederhana dalam pelajaran dan kerjaya. Di samping itu juga mereka menunjukkan semangat persaingan yang rendah serta kurang mempunyai motivasi untuk belajar.

2.2.4 Faktor Luaran

2.2.4.1 Faktor Guru Dan Sekolah

Strategi pengajaran yang baik ialah memastikan pelajar mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Secara tradisi, budaya sekolah memainkan peranan sebagai ‘pekerja’ kepada guru; guru melakukan segalanya- bercakap, berfikir, bergerak dan sebagainya, manakala pelajar merupakan ‘produk’ guru yang duduk mendengar, menerima dan meluahkan kembali fakta. Secara tradisinya bilik darjah yang baik ialah bilik darjah yang “ guru mengajar dan murid belajar”.

Page 6: Bahan Statistik Kumpulan

Rosmaria (1995) menegaskan bahawa guru merupakan orang penting yang dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap sains dan metematik. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran sains dan matematik secara mendalam juga amat penting dalam membantu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ( Pidgeon 1967).

Goodlad (1984) dipetik daripada (Sharifah 2000) telah memberi gambaran mengenai apa yang diajar di bilik darjah di Amerika Syarikat. Menurut beliau guru dalam bilik darjah lebih menekankan kemahiran asas, memberi tumpuan kepada pembelajaran tahap rendah, kurang menekankan kemahiran berfikir, kurang menggunakan pelbagai penakulan, tidak mengaitkan teori dengan amalan dan guru juga kurang kreatif. Projek yang dijalankan oleh pelajar bukan bertujuan untuk mencabar intelek tetapi untuk mengasah kemahiran asas pelajar. Bilik darjah dikatakan membosankan, pengetahuan yang didapati oleh pelajar sungguh asing daripada pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.

Bilik darjah yang membosankan seperti yang digambarkan oleh Goodlad, akan melahirkan pelajar yang mengamalkan budaya mengelak daripada belajar. Sikap ini dipanggil sebagai konspirasi ‘convenience’ iaitu satu konspirasi di kalangan pelajar untuk mengelakkan daripada melakukan kerja akademik yang serius, berterusan dan mencabar. Sikap pelajar terutama kelas lemah menunjukan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas yang tinggi. Alasan yang diberi oleh pelajar ialah tidak menyiapkan kerja sekolah. Ini menunjukkan penglibatan yang rendah dalam pembelajaran (Kamarudin 1994).

Menurut Kamarudin (1994) suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang berkeadaan cerah, berwarna-warni, selesa riang dan seronok sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang sebaliknya. Persekitaran fizikal sesebuah bilik darjah merupakan sumber pembelajaran yang utama. Perhatian terhadapnya membolehkan guru meningkatkan keceriaan disamping menghasilkan satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan. Suasana emosi lebih penting daripada suasana fizikal, kerana suasana fizikal yang ideal sekalipun tidak dapat mengubah keadaan pembelajaran yang tidak memuaskan sekiranya suasana emosi serba kekurangan.

Suasana emosi adalah gabungan daripada berbagai-bagai perkara, seperti suara guru, sikap dan ekspektasinya, sistem kepercayaannya, kemesraan dan kelucuannya, teknik mengawal bilik darjah, stail kepimpinannya dan kaedah mengajar serta penggunaan pujian. Umpamanya suara guru yang semulajadi terang, tidak tegang dan bercorak perbualan akan menimbulkan suasana bilik darjah yang tenang. Suasana emosi seperti ini sangat sesuai untuk mendapatkan interaksi pelajar dalam pembelajarannya. Kejayaan seseorang pelajar dalam suatu mata pelajaran dikaitkan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan memberi gambaran kepada mutu pengajaran dan

Page 7: Bahan Statistik Kumpulan

pembelajaran yang dilaksanakan di sesuatu sekolah. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca penurunan prestasi dalam mata pelajaran matematik ialah kelonggaran dan kelemahan metodologi pendidikan dan pengajaran di sekolah.

Menurut Ballantine (1997), proses pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah memastikan pelajar mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Kelonggaran dan kerapuhan metodologi pendidikan menyebabkan matematik dikaitkan dengan elemen kesukaran, kebosanan dan pelbagai factor yang menakutkan pelajar. Sulaiman (1995) juga menyatakan pengajaran guru sains dan matematik terikat dengan buku panduan kerja dan kurang menarik, menyebabkan pengajaran guru menjadi kaku dan kurang berkesan. Ini menjadikan pengajaran membosankan dan tidak memotivasikan pelajar.

Persediaan mengajar yang baik dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menilai aspek persediaan, criteria-kriteria yang merangkumi penyediaan bahan dan alat, kesesuaian bahan pengajaran, persediaan awal guru perlu diambil kira (Nik Aziz Nik Pa 1991). Leong (1990) menyatakan bahawa guru-guru yang selalu memberi ujian, mengadakan kelas tambahan, menggunakan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu dan buku panduan peperiksaan dalam pengajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar. Teknik penyampaian yang berkesan daripada seseorang yang berkeinginan tinggi untuk membantu orang lain sudah pasti membawa kesan positif. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran sains dan metematik secara mendalam amatlah penting dalam membantu mereka meyakinkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru yang mengambil berat akan pelajarnya yang lemah, mampu memberi motivasi kepadanya (Ballantine 1997).

Menurut Abdul Razak dan Rashidi (1997), untuk meningkatkan pencapaian sains dan matematik, adalah dicadangkan supaya para pendidik menentukan pelajar-pelajar mereka sentiasa bermotivasi tinggi dan bersikap positif terhadap pembelajaran mata pelajaran tersebut.

Selain faktor guru, faktor bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian pelajar. Ballantine (1997) menyatakan bahawa pelajar di bahagian hadapan atau tengah kelas lebih terlibat dengan pembelajarn dan seterusnya baik pencapaiannya. Mereka juga lebih dihargai oleh guru dan rakan, mereka kurang diberi peringatan tentang sebarang arahan. Ini mungkin disebabkan penglibatan mereka dalam pembelajarn adalah menonjol di dalam kelas. Atan Long (1998) menyatakan bahawa keadaan fizikal bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam pengajaran kerana pelajar akan merasa gembira di dalam bilik yang mempunyai suasana yang menyenangkan. Kebersihan bilik darjah juga dapat menambah keberkesanan disamping menjaga kesihatan pelajar dan menambah rasa estatika mereka. Menurut Ballantine (1997) kemudahan dan persekitaran sekolah yang mempunyai suasana yang kondusif untuk belajar boleh meningkatkan pencapaian.

Budaya sekolah pula menggambarkan keadaan masyarakat yang terdapat di sekitar sekolah

Page 8: Bahan Statistik Kumpulan

tersebut dimana, meraka mempunyai nilai, sikap, keyakinan, norma dan adat yang tersendiri yang mungkin berbeza dari sekolah lain

Brookover (1979) merumuskan sistem sosial sekolah (iklim, struktur dan sebagainya) boleh berfungsi seperti satu keluarga atau organisasi sosial yang lain untuk mencapai metlamat tertentu. Jika matlamat sekolah ialah untuk meningkatkan pencapaian pelajar, maka sistem sosial sekolah berkemampuan bergerak ke arah pencapaian matlamat tersebut. Sesetengah pengkaji menegaskan bahawa semua pelajar tidak kira status sosioekonomi boleh belajar dengan berkesan jika sekolah menyediakan iklim sekolah yang merangsang potensi pelajar dan potensi guru sepenuhnya. Iklim pembelajaran yang berkesan boleh diwujudkan apabila guru dapat mengenalpasti tahap hubungan sosial pelajarnya (Kamarudin 1994).

Kajian oleh Mortimore (1988) menegaskan bahawa sekolah lebih berkesan daripada pengaruh keluarga dari segi peningkatan pencapaian. Ia membuktikan bahawa pengaruh sekolah dalam peningkatan matematik pelajar adalah sepuluh kali ganda lebih penting daripada pengaruh keluarga. Kajian ini membuktikan bahawa terdapat kesan sekolah terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajarn tertentu.

2.2.4.2 Faktor Keluarga

Keluarga merupakan agen sosialisasi yang terrpenting kerana keluarga ialah kelompok asas yang pertama bagi kebanyakan individu. Keluarga mempunyai banyak tanggungjawab dalam proses pemindahan budaya terutama yang melibatkan norma dan nilai budaya tersebut. Walaupun keluarga tidak dapat menentukan sepenuhnya perkembangan dan pembentukan peribadi anak-anak mereka, namun dimensi seperti sikap, minat, matlamat, kepercayaan dan prejudis adalah diperolehi daripada ibu bapa atau keluarga (Rohana 1997)

Terdapat ahli sosiologi yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada waktu dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis yang bersih. Maka kanak-kanak tersebut akan mempelajari daripada ibu bapa tentang kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau bersenang hati dan ketegangan. Keluarga autoritarian akan membentuk anak bersifat pasif, tiada anasiatif, submisif, tidak mahu bekerjasama dan takut mengeluarkan pendapat. Bagi keluarga ‘laissez-faire’ iaitu ibu bapa yang terlalu berlembut dengan anak-anak, segala kemahuan anak dituruti dan displin diri terlalu longgar, akhirnya boleh membentuk anak-anak yang tidak menghormati orang tua dan tidak mempunyai perasaan tanggungjawab. Manakala ibu bapa yang mengamalkan kaedah sederhana dan demokrasi selalu melibatkan anak mereka berbincang dalam menghadapi masalah dalam keluarga. Mereka bersikap lembut tetapi tegas dan banyak memberi bimbingan. Displin anak tidak bergantung kepada kuasa fizikal semata-mata tetapi lebih kepada taakulan. Anak-anak daripada kelaurga ini didapati menunjukkan inisiatif, bersopan

Page 9: Bahan Statistik Kumpulan

santun, yakin kepada kebolehan diri sendiri disamping kebolehan diri sendiri dan menunjukkan sikap yang positif (Rohana 1997).

Peranan keluarga terutama ibu bapa dalam menentukan pencapaian anak-anak tidak dapat dinafikan. Memandangkan masa seseorang pelajar berada di sekolah adalah singkat berbanding di rumah, maka pencapaian pelajar ada bergantung kepada dorongan dan peluang untuk belajar yang disediakan oleh ibu bapa. Angela et.al (2001) berpendapat jika keluarga melibatkan diri mereka dalam pendidikan anak-anak, anak-anak akan memperolehi gred yang lebih baik, hadir ke sekolah lebih kerap, menyiapkan kerja rumah, bersikap positif dan menamatkan pengajian dengan cemerlang. Oleh itu mempertingkatkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak adalah matlamat penting bagi sesebuah sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar serta keputusan peperiksaan sekolah.Walberg (1985) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik anak-anak mereka amatlah penting untuk menjamin pencapaian yang lebih baik dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Rumberger (1983), mengenalpasti ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak. Masa yang diluangkan ini digunakan untuk mengajar, memeriksa kerja sekolah di rumah dan menjalankan aktiviti rekreasi. Aktiviti ini akan dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran anak-anak.

Faktor taraf pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa juga turut dikaitkan dengan corak pendidikan dan pencapaian akademik anak (H. Lingxin 1998). Kebiasaannya pelajar yang pencapaian akademiknya baik dikaitkan dengan ibu bapa yang berpendapatan tinggi. Ini kerana ibu bapa menjadi pendorong kepada kejayaan mereka. Gui Sew Chu (1988) dalam kajiannya mendapati bahawa hanya faktor pendapatan bulanan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian akademik pelajar sedangkan faktor-faktor lain seperti saiz keluarga, peringkat pelajaran ibu bapa, minat, sikap ibu bapa terhadap pelajaran dan kemudahan dalam rumah tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan.

Coleman dalam teorinya mengatakan tiga komponen persekitaran keluarga ialah “Human capital”, “Financial capital” dan “Social capital” yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar (Raymond 1998). Lebih tinggi status sosioekonomi keluarga pelajar maka lebih tinggi pencapaian akademik pelajar tersebut (Boocock 1972). Mitchell (1998) dalam kajiannya mendapati, walaupun peranan yang dimainkan oleh guru penting namun kedudukan sosioekonomi pelajar merupakan halangan kepada pencapaian akademik. Razali (1985) dalam kajiannya juga menunjukkan pelajar dari taraf sosioekonomi tinggi memperolehi pencapaian akademik yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memberi sumbangan yang besar terhadap pencapaian akademik. Berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan, jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara pencapaian akademik dengan taraf sosioekonomi keluarga.

Flond, Hasley dan Martin (1976) berpendapat peranan ibu bapa merupakan salah satu faktor

Page 10: Bahan Statistik Kumpulan

penyebab kepada kewujudan perbezaan pencapaian akademik pelajar. Ini disokong oleh Fraser (1979) yang mengatakan bahwa darjah kecerdasan dan pencapaian akdemik anak-anak berkait dengan peranan ibu bapa terhadap terhadap pelajar terhadap anak-anak.

Menurut Ballantine (1997), penglibatan keluarga dalam mempersiapkan anak-anak mereka ke sekolah mempengaruhi pencapaian dan prestasi merekan di sekolah. Kanak-kanak hadir ke sekolah dengan kurikulum keluarga yang didapati di rumah. Ini akan mempengaruhi pembelajaran dan seterusnya pencapaian mereka di sekolah. Ibu bapa yang terpelajar misalnya akan lebih bersedia untuk memperlengkapkan anak mereka dengan pendidikan. Semakin tinggi penglibatan ibu bapa terhadap persekolahan anak, semakin baik pencapaian anak-anak mereka dalam akademik. Ini menunjukkan ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap aspirasi dan pencapaian akademik anak.

2.2 Rakan Sebaya

Menurut Rohana (1997) rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan. Kesannya remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala harapan rakan sebaya supaya disanjung oleh kumpulannya. Remaja merasakan dirinya perlu diterima oleh kumpulan rakan sebaya meskipun kadangkala norma dan nilai tersebut bertentangan dengan norma dan nilai keluarga atau tradisi. Ini akan memcetuskan konflik antara golongan muda dengan golongan tua. Pada masa ini ahli sosiologi berpendapat golongan rakan sebaya inilah yang paling berpengaruh dalam proses sosiolisasi kerana mereka banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan samada di sekolah atau di luar sekolah.

Rakan sebaya juga merupakan satu daripada faktor persekitaran yang mempengaruhi minat dan pencapaian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Kesan daripada pergaulan dengan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran, menyebabkan seseorang itu

Page 11: Bahan Statistik Kumpulan

turut meminati sama. Sharifah Alawiyah (1985) dalam beberapa kajiannya mendapati bahawa pembentukan kumpulan rakan sebaya lebih membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar, jika dibandingkan dengan latar belakang keluarga atau komposisi sekolah. Pengaruh rakan sebaya boleh terjadi secara positif atau negatif mengikut kebolehan kumpulan yang diwakilinya.

Ballantine (1997) menyatakan bahawa pencapaian pelajar boleh ditingkatkan dengan membantu interaksi di kalangan rakan sebaya dan kawan rapat. Bentuk interaksi juga berbeza mengikut keadaan, umpamanya pelajar perempuan interaksi adalah lebih rapat berbanding lelaki. Kumpulan pelajar yang dikelompokkan mengikut kemampuan akan menghadkan variasi dalam berinteraksi. Manakala kumpulan yang mengikut bangsa akan lebih cenderung memilih rakan sesama bangsa sahaja. Kumpulan yang pentingkan gred, kurang mengejar populariti, manakala kumpulan yang popular sering mementingkan kecantikan dan kesasaan seseorang dan kumpulan yang telah kenal lama lebih pentingkan persahabatan dalam aktiviti mereka.

Program motivasi

Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada parapelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 12: Bahan Statistik Kumpulan

(UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, programmotivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun maktab. Penceramah bertauliah ataupun pakarmotivasi biasanya diundang untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat ramai penceramahbertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin Haji Ali ataupun lebihdikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai yang menggangap bahawa menghadiriprogram motivasi amat membosankan. Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai programmotivasi?

Program motivasi

Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi fizikal dan mental amat penting sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu tidak bersedia, fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi gementar seterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu, kehadiran pakar motivasi ialah untuk membantu pelajar agar menjadi lebih bersedia dengan berkongsi tips serta maklumat bergunakepada pelajar. Pengaplikasian tips tersebut sedikit sebanyak membantu mereka membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan.

. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda, akal,sertahati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah.

Para pelajar terutamanya lebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal ini kerana, para pelajar lebih tertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya upaya untuk berubah. Ringkasnya,program motivasi dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajar.Di samping itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh keyakinan diri dalammengejar kejayaan dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu banyak halangan dandugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang pelajar. Semasa program motivasilah pelajar dapatmenimba ilmu daripada penceramah. Suntikan semangat baru serta tips-tips daripada penceramahhendak dimanfaatkan oleh pelajar dalam misi mengejar kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggidapat menjamin kejayaan pelajar. Pendek kata, pelajar memperoleh keyakinan diri melalui program motivasi

Page 13: Bahan Statistik Kumpulan

Teknik latih tubi

Pengkaji membuat teknik latih tubi dan teknik inkuiri. Latihtubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar seperti menghafaz simbol, unit, formula dan definisi. Kajian oleh Julaila, 2010 menyatakan teknik latih tubi meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran subtopik matematik. Teknik inkuiri digabungkan supaya menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pelajar akan berbincang masalah yang diberikan bersama-sama dan menyelesaikannya. Dengan ini pelajar dapat membuat latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Strategi ini juga adalah berdasarkan model Benjamin Bloom’s iaitu ‘Learning for Mastery’ yang menekankan kepelbagaian pengajaran yang boleh meningkatkan

Kelas mengulangkaji ialah kelas yang diadakan sebaik sahaja tamat sukatan pelajaran sehingga menjelangnya peperiksaan UPSR di mana proses mengulangkaji matapelajaran akan ditekankan oleh pihak sekolah untuk mencapai gred yang terbaik dalam peperiksaan. Kajian oleh Slater (1997) menyatakan bahawa proses mengulangkaji yang membosankan boleh menyebabkan pelajar tidak dapat membuat perkaitan konsep dengan kehidupan harian mereka dan tidak dapat mencapai gred yang terbaik. Kajian yang dibuat oleh Nabihah (2003) pula menunjukkan masalah pembelajaran yang menyebabkan gred yang kurang baik adalah disebabkan oleh konsep-konsep yang dipelajari kurang difahami dengan baik oleh pelajar itu sendiri semasa proses mengulangkaji. Pendapat ini disokong oleh Farzeli (2007) yang menyatakan bahawa kelas mengulangkaji sebagai salah satu proses pembelajaran yang sangat penting untuk menguatkan hafalan dan ingatan selain menjadikan isi pelajaran lebih jelas serta dapat menambahkan kefahaman secara keseluruhan. Justeru, kelas mengulangkaji yang merupakan amalan sesebuah sekolah akan menjadi fokus utama kajian ini dengan mengaitkan beberapa jenis kelas mengulangkaji di kebanyakan sekolah di Malaysia.

Page 14: Bahan Statistik Kumpulan

BENGKEL MENJAWAB SOALAN

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2010 ‘KERTAS CADANGAN KURSUS BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010’

1.0 Pengenalan Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi UPSR 2010 bagi SK Tualang Sekah. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Peperiksaan dan Unit Akademik diharap dapat memantapkan dan menyediakan peserta dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR yang bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel ini murid-murid akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.

2.0 Matlamat Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR. Di samping dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah khususnya dan Negeri Perak amnya.

3.0 Rasional Memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru , kebanyakan daripada murid mempunyai masalah dalam proses memahami dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini menyebabkan ramai di kalangan murid luar bandar khususnya gagal dalam memberikan jawapan yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal dalam beberapa mata pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya dalam subjek Sains yang banyak menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami atau dihafal. Menyedari hakikat ini, Unit Bimbingan Sekolah mengambil satu insiatif dan merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR secara sistematik dan berkesan Melalui Program Peningkatan Akademik. Seterusnya kursus ini akan diadakan setiap tahun.

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA IBU BAPA

1. Interaksi Akademik2. Kelas Tambahan3. Berssama PIBG4. Program Rehat Minda5. Program Jati Diri6. Makanan Tambahan7. Orientasi8. Ujian Psikometrik9. Program Minda Sihat

Perbincangan guru bersama  ibubapa bagi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar Mengadakankelaspadasebelahpetang agar sukatan mata pelajaran dapat dihabiskan sebelumBersama PIBG Melihat permasaalahan pelajar Memberi ruang untuk pelajar berehat dan melepaskan tekanan Meningkatkan motivasi pelajar dan menangani stress dengan berkesan Membekalkan pelajar dengan makanan kesihatan agar dapat member tumpuan maksimum ketika di dalam kelas. Suaikenal dan mengeratkan silaturrahim Melihat personality pelajar dan kerjaya Mencergaskan tubuh dan minda pelajar.

Page 15: Bahan Statistik Kumpulan

Menjawab soalan latihan adalah salah satu teknik yang berkesan untuk berjaya dalam

peperiksaan. Pelajar-pelajar terutama pelajar tahun 5 perlu didedahkan lebih awal dengan soalan-

soalan latihan yang mengikut format soalan peperiksaan UPSR yang sebenar. Kaedah menjawab

soalan latihan secara berterusan iaitu soalan latih tubi membantu mengekalkan maklumat yang

diproses oleh otak ke dalam memori dalam jangka waktu yang lebih lama. Latih tubi adalah

aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang sepatutnya dikuasai oleh murid-murid

seperti menghafaz simbol, unit, formula dan definisi. Kajian oleh Julaila, 2010 menyatakan

latihan yang berterusan serta latih tubi mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam

pembelajaran. Teknik inkuiri contohnya, boleh digabungkan supaya menimbulkan daya refleksi

dikalangan pelajar. Pelajar akan berbincang masalah yang diberikan bersama-sama dan

menyelesaikannya. Dengan ini pelajar dapat membuat latihan yang sebenar dalam proses

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Strategi ini juga adalah berdasarkan model Benjamin

Bloom’s iaitu ‘Learning for Mastery’ yang menekankan kepelbagaian pengajaran yang boleh

meningkatkan pemahaman pelajar.

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Peperiksaan dan Unit Akademik diharap dapat memantapkan dan menyediakan pelajar dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel , pelajar dapat didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.Ini dapat memberikan pendedahan pelajar terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai masalah dalam proses memahami dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini menyebabkan ramai di kalangan pelajar luar bandar khususnya gagal dalam memberikan jawapan yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal dalam beberapa mata pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya dalam subjek Sains yang banyak menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami atau dihafal. Oleh itu, Unit Bimbingan Sekolah perlu mengambil satu inisiatif dan bertanggungjawab melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR secara sistematik dan berkesan.

Page 16: Bahan Statistik Kumpulan