bahan rangsangan kkp pkp 3173

16
Cerita Haiwan 1. Sang Kura-kura dan Sang Helang Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu,” kata kura-kura. Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang. “Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap,” kata gagak. Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan. “Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?” tanya helang. “Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya,” kata kura-kura. “Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang. “Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?” tanya kura-kura dengan gembira. Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan

Upload: ayuni-ahmad

Post on 14-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan mengajar

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

Cerita Haiwan

1. Sang Kura-kura dan Sang Helang

Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu,” kata kura-kura.

Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang.

“Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap,” kata gagak.

Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan.

“Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?” tanya helang.

“Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya,” kata kura-kura.

“Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang.

“Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?” tanya kura-kura dengan gembira.

Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang

di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh

gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa

angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu,

helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan

cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh

ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang

terus makan kura-kura itu dengan gembira.

2. Pantun

KONSTRUK 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tebuka

PANTUN KANAK-KANAK

>Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Page 2: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

>Buai laju-laju, Sampai puncak sana; Apa dalam baju, Sekuntum bunga Cina.

Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca

kitab.

>Ayam kedek-kedek, Beri makan padi; Abang sayang adik, Mesti ajar

mengaji.

Burung kenek-kenek, Hinggap bawah batang; Apa pesan nenek, Cepat-cepat

pulang.

>Lompat si katak lompat, Lompat dalam perigi; Cepat adik cepat, Pergi

mandi gosok gigi.

Anak lembu merah, Tambat di pokok asam; Adik kena marah, Tarik muka

masam.

>Durian atas titi, Pisang dalam dulang; Sukanya rasa hati, Ayah sudah

pulang.

Buai kaduk-kaduk, Kaduk naik ke rimba; Panjang janggut datuk, Buat tali

timba.

Anak rusa nani,

Baru kembang ekor;

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur

Anak rusa nani,

Baru kembang ekor;

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur

Page 3: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

3. Biografi

KONSTRUK 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan

secara lisan ataupun penulisan

Tan Sri Dr. P. Ramlee dilahirkan dengan bakat seni yang besar dan hebat.

Perjuangan selama 25 tahun dalam bidang seni membawanya ke mercu kejayaan

sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai

pengusaha filem. 

Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh

merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu

terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya

yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che

Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian

ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free

School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah

bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau

menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau

pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan

terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau

menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P.

Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. 

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau

memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus

berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun

1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia

perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an

dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah

hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan

Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun

1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun

1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. 

Page 4: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Isteri pertama ialah Junaidah Daeng Haris,

berkahwin pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954.  Pada 6 Februari 1955

berkahwin pula dengan Norizan tetapi jodoh mereka berakhir pada tahun 1961. 

Beberapa bulan selepas itu P.Ramlee berkahwin dengan Saloma pada 21 November

1961 dan jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.P. Ramlee menerima Pingat

Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong yang ketiga.P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi

Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah

Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan

sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah

Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada

tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di

Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P

Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur

namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya

Jalan Parry) pada tahun 1982

Page 5: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

4. Penglipur lara

Hikayat Malim Deman

Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan

memerintah negeri Bandar Muar. Mereka mempunyai seorang putera,

Tuanku Malim Deman. Pada suatu malam, Tuanku Malim Deman bermimpi

didatangi seorang wali Allah menyuruh baginda pergi ke hulu negeri

berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk beristerikan Puteri Bongsu daripada

tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke dalam taman nenek

memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam purnama.

Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gila

bayang. Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang

Cina. Baginda memohon pekenan ayah dan bondanya untuk pergi berburu

ke hulu negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai

hulubalang dan rakyat jelata. Namun mereka tewas; akibat kebuluran,

penyakit, sesat dan berpatah balik. Akhirnya tinggallah Tuanku Malim

Deman, Awang Selamat dan anjingnya Si Kumbang. Awang Selamat jatuh

sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, Si Kumbang pula mati lemas.

Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagai-bagai

kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut

berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri Bongsu dari

kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah

jodohnya. Sebenarnya puteri ini telah ditunangkan dengan Medan Si Tangkal

Ali tetapi tidak disukainya.

Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah mereka

baju layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya

Tuanku Malim Deman membuka rahsia batil emas dan apa tujuan sebenar

kedatangannya. Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek

Kebayan. Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri disambut

penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan

Page 6: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar mengadakan

pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran dan Tuanku Gombang

Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.

Page 7: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

5. Cerita Jenaka

KONSTRUK 11 : Keupyaan membaca dan menulis ayat mudah

Cerita Rakyat Melayu PAK ANDE BERTEMU GERGASI

Pak Ande adalah seorang suami yang bodoh memiliki anak bernama Ande.

Dia tidak memiliki perkerjaan. Istrinya sangat risau melihatnya dan berusaha

mencari pekerjaan untuk suaminya. Pada suatu hari, Pak Ande ditawari

pekerjaan di sebuah kapal. Kapal itu sekali seminggu akan singgah di

kampong Pak Ande. 

Pak Ande sebetulnya tidak begitu berminat, tetapi istrinya yang sangat

mendesak. Pak Ande terpaksa menyatakan setuju. Setelah bersiap-siap dan

dibekali makanan atau kue-kue, pagi-pagi berangkatlah Pak Ande dari

rumah  menuju pelabuhan. Setelah tak tampak lagi sosok tubuh Pak Ande

ketika memasuki tikungan, Mak Ande dan anaknya melanjutkan tidurnya

karena hari masih pagi. 

Rupanya Pak Ande tidak jadi ke pelabuhan dan balik lagi ke rumah. Dia

berjalan mengendap-endap dan menaiki para rumahnya. Selama tujuh hari

dia berada di para itu dan kue-kuenya yang dibekali istrinya itulah yang

dimakannya selama tujuh hari. 

Dia atas para itu pulalah Pak Ande tidur pada malam harinya. Pada waktu

tidur itulah tikus-tikus mendatangi Pak Ande karena bau kue yang tersisa di

bibir Pak Ande. Tikus-tikus itu menggigit bibir Pak Ande sedikit demi sedikit

sehinggalah habis bibir Pak Ande. Pak Ande sebetulnya sangat kesakitan,

akan tetapi dia tak berani menjerit karena takut pada istrinya. Sebetulnya,

dia ingin sekali memukul tikus-tikus itu, tetapi dia takut terdengar istrinya

pula. Akhirnya dia rela kehilangan bibirnya.

Karena sudah seminggu, kapal yang berlayar kembali lagi ke kampong Pak

Ande. Mak Ande bersiap-siap menyambut Pak Ande sambil membersihkan

seluruh rumah, termasuk para dapur. Ketika menarik kain di atas para

Page 8: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

itulah, tampak Pak Ande yang sedang bersembunyi. Wajahnya hitam karena

asap dapur. 

Dengan muka pucat ketakutan, Pak Ande turun. Istrinya sangat marah

karena ditipu, tetapi anaknya ketakutan melihat wajah Pak Ande yang tidak

berbibir. Karena sangar marah, Mak Ande dan anaknya pergi dari rumah,

tetapi disusul Pak Ande dari kejauhan. Karena perjalanan jauh, Mak Ande

merasa haus dan berniat ingin memanjat pohon kelapa, tetapi tidak dapat

memanjat. 

Pada waktu itulah Mak Ande terpaksa memanggil Pak Ande yang

mengikutinya dari jauh dan memanjat. Setelah meminum air kelapa, rasa

haus belum juga reda.

Sesampainya di hutan, mereka mendengar suara orang makan, tetapi

sangat kuat. Setelah diintip, ternyata sepasang gergasi sedang makan.

Mereka terpaksa

mendiamkan diri karena takut. 

Akan tetapi anak Pak Ande tidak dapat menahan lapar dan berteriak minta

makan. Mendengar teriakan itu, sepasang gergasi keluar dari sarangnya dan

mereka sangat marah dan akan memakan Pak Ande sekeluarga. Akan

tetapi melihat wajah Pak Ande yang tak ada bibir, sepasang gergasi

ketakutan dan lari tunggang-langgang meninggalkan sarang mereka. 

Setelah gergasi tak kelihatan lagi, barulah Pak Ande sekeluarga berani

berdiri dan memeriksa sarang gergasi. Pada saat itulah ditemukan emas

dan berlian yang banyak. Pak Ande mengambil semua emas dan berlian itu

dan sejak itulah Pak Ande sekeluarga menjadi kaya, namun bodohnya tetap

tidak hilang.

Page 9: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

6. lagu rakyat

Lagu tiga kupang

Saku penuh padi

Enam ekor burung

Masuk dalam kuali

Bila sudah masak

Burung nyanyi saja

Tentu sedap makan

Beri pada raja

( korus )

Raja dalam rumah

Buat kira-kira

Suri dalam dapur

Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam

Mahu jemur tepung

Datang burung hitam

Pagut batang hidung

Hidung… hidung… hidung

Page 10: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173
Page 11: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173
Page 12: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173

7. Sajak Hari Guru

Dalam ajarmu ada harapan

dalam tegurmu ada doa

dalam marahmu ada sayang

dalam mesramu ada takwa

dalam diammu ada bijaksana

dalam didikan dan tanganmu

kami kini menjadi

insan berilmu dan berguna

selamat hari guru

Page 13: Bahan Rangsangan KKP PKP 3173