bahan pkp3106

11
Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1 MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B) Nama Pelajar: Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil No Kad Pengenalan: 890826-05-5495 Angka Giliran: 23571 Kumpulan / Unit PISMP G2 : BM/PJ/PSV Nama Pensyarah Pembimbing: Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad Tarikh Serahan: 7hb Mac 2012 a. Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rend ah di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambilkira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran

Upload: aya-adam

Post on 14-Dec-2014

17 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P

KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)

Nama Pelajar:

Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil

No Kad Pengenalan:

890826-05-5495

Angka Giliran:

23571

Kumpulan / Unit

PISMP G2 : BM/PJ/PSV

Nama Pensyarah Pembimbing:

Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad

Tarikh Serahan:

7hb Mac 2012

 a.    Pendahuluan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal

ini amat penting  untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal

yang demikian, kajian  ini bertujuan untuk  mengenal pasti permasalahan tentang  kemahiran  membaca

dan menulis Bahasa    Melayu    dalam   kalangan    murid-murid     sekolah   rendah    di luar bandar

( Abdul Rasid Jamian, 2011)

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi      antara

kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat

yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem    iaitu  mengambilkira matlamat, penggunaan

bahasa,   audiens,  dan   gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan

membaca      dan   menulis    merupakan      suatu kemahiran

yang  menjadi  punca  atau  asas  dalam  proses  pengajaran  dan pembelajaran yang berkesan dalam

pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang

tinggi  dalam  kemahiran  membaca dan  menulis  pasti  dapat  meningkatkan penguasaan pembelajaran

murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran  membaca dan menulis

menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat

ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah

seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan

dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan

perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang

merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan

tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam

gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. 

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan

mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang

baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus

menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya

mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak

yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel

yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan

bukan jari untuk menulis.

Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di

kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,

menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya

didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat

untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang

mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan

masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari

masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang

sering didapati adalah kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).

Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp

(1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d,

h, p, v, b, c, f, l, j dan k .  Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan

abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan masalah

pembalikan huruf (reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang

dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali

ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang  terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan

sesi praktikal ini.

Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah menghadapi

cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk tulisan yang

teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah

tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara tidak langsung saya dapat

mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua.

Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan huruf

kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu disebuah

sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir kesemua murid

dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai

masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.

Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah yang

hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua. Masalah tersebut

adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan.

Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling

saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-

murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting bagi mencari jalan bagaimana

untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap

dua ini.

 b.    Sorotan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan

ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini.

Seperti yang

Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa

kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006),

Vongthieres (2006) dan Fox (2007).

Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah

(2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-

kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak

ini ditayangkan filemanimated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula

jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut  peringkat-peringkat

aspek   yang   hendak dikaji,  iaitu morfologi dan sintaksis.

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan

menggunakan  ‘simple past tense’, sementara 10% adalah kesalahan ‘preposition ’ sebelum frasa nama.

Mereka menambah

lagi,  punca  kesilapan    bahasa    berlaku   di  kalangan    para   pelajar  berkenaan      adalah   berpunc

a    daripada   pengaruh    bahasa  ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard

dan   pengaplikasian   peraturan-peraturan   tatabahasa   yang tidak sistematik.

         Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh   Dyg  Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu

kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar   Thailand   dalam   mempelajari   bahasa  Inggeris   di   Universiti   Ohio.   Hasil kajian

menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut

adalah   penggunaan   kata   kerja   mengikut   jenis   kata    ‘tense’  yang   berlainan.  Sebanyak 44.8%

kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata ‘tense’ yang dilakukan

oleh para pelajar tersebut.

 c.    Fokus Kajian.

Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami

dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak

mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p,

murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina

peta minda dengan betul.

Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama

dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika

membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan

mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p

dibelakang perkataan.

Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi

untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana

murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu

membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam

penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum.

Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi

mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan

mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata

pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.

 d.    Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam

kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid  sekolah rendah  di luar bandar.

Manakala  objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :

1.           Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.

 2.       Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalam kalangan murid-

murid Tahun 4 Jaya.

 3.       Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek penggunaan huruf b dan p

 e.    Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :

1.         Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan murid Tahun 4

Jaya.

 2. Apakah  kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis  huruf b dan p dalam sesuatu

perkataan.

3.      Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah menggunakan  kaedah  K&K

 f.     Kumpulan Sasaran.

Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu merupakan

sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar

ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di mukin

Jeram dan daerah Kampar.

Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan

penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat Cina

dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki

mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid di Sekolah

Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan berpendapatan rendah.

Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini

adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas

tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki

dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid

yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.

Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana

dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang

memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.

 g.     Rancangan Tindakan

Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk meningkatkan

kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p

ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan

dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan

tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.

h.    Tindakan yang dijalankan. 

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek

perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di

sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana

terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau  apa jua kaedah yang hendak

digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan

permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan

semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan

dijelaskan.

Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah

kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu

kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan

p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan kaedah

A&B ini.

 Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak

langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p.Pemerhatian akan dilakukan dengan

saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat

bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika

menulis perkataan.

 Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan

bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali

perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-

beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan

murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid

tersebut.Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan juga guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf  b dan p.

 Langkah 2                                

Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru kelas dan guru

pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik

mengenal huruf b dan p.

Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu

dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula,

kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh

murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.

 Langkah 3

Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal pasti

kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan dengan cara menggariskan atau

membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut

dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf

b dan p dalam sesuatu perkataan itu.

 Langkah 4

Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataan-perkataan

yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang

mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini

murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid

juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan

betul.

 Langkah 5

Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid

tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau mampu menyelesaikan ujian yang

dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak

mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan

cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang masih lagi

tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik.

Langkah 6

Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di langkah 5,

guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan

kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah

yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan

tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.

 i.       Teknik Pengumpulan Data. (jadual)

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu bual

serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana

sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data

yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.

a.    Teknik Pemerhatian

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi

mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik

pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan,

pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.

Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid

yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan murid yang

lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi

murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di

awal tindakan dalam proses pengumpulan data.

Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang

proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan kaedah

yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan meneliti

sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan

kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat

perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya.

Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah A&B

tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan baik

atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau

pun tidak.

.    Teknik Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga

gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid

tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan

maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan

dan sebagainya.

Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi

mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual

bersama murid itu sendiri.

j.       Teknik Analisis Data.

 Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang

ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk

mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas

dan benar.

      Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan,

perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan,

penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan

sekolah. 

Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian.

Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data pemerhatian (seperti

yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan

mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan

pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan

mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1,

peringkat 2 dan peringkat 3.

Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka

langsung tidak  dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam menulis perkataan.  Manakala

peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan

cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-

murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan

dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai

ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang

negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika

tidak dibendung pada peringkat awal.

 Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data

yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah yang dihadapi

oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan guru

kelas dan juga guru pembimbing bagi mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu

sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.

Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi

mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan

kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini mengikut tahap

dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi

yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut

perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan

masalah pemebelajaran murid itu sendiri.

                          

    k.    Anggaran Belanjawan

 Bil

Item/Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1. Kertas Putih A4 1 RM 10.00 RM 10.00

2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00

3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00

4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00

5. Minyak Kenderaan - RM 50.00 RM 50.00

6. Alat Tulis - RM 20.00 RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan

 l.      Senarai Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa

Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

 Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan

menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen

Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

 Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan

Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

 Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2

dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja               

           Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

 

Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada

http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html. Pada 13

Februari 2012.