bahan mt.docx

9
Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka. Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype . Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan. Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam blog tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang. Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

Upload: suziliana-sulaiman

Post on 28-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.

Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.

Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.

Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam blog tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.

Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.

Satelit

Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai kompas semasa belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

Hubungan Antarabangsa

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit.Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahubersama-sama rakyatbagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi.

Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam Global Village dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.

Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.

Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan.Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.

Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu.Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu Computer Programmers, System Analyzers,Hardware and Software Developersdan Web Designer.

Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga keburukan yang berselindung disebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak persendirian, budaya dominasi,kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan jugapengangguran.Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun ia juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat menjadikan dunia ini Global Village, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat.Di samping itu, Bahasa Ingeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya downsizing dan outsourcing. Kebanyakkan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih..

Sebagai kesimpulannya, walaupun kita bersetuju dengan dakwaan bahawa teknologi memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.