bahan kecdrn dlm skan

14
Kecederaan Lutut Ligamen terputus Ligamen lain adalah ligamen kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut. Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu. Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha. Sebab itulah kedua dua ligamen kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut. Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil. Bagaimanakah ACL boleh tercedera? ACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat. ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bermain rugbi. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL. Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita

Upload: cgu-nick

Post on 11-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kec sukan

TRANSCRIPT

Kecederaan Lutut

Ligamen terputus

Ligamen lain adalah ligamen kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut.

Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu.

Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha.

Sebab itulah kedua dua ligamen kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut.

Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil.

Bagaimanakah ACL boleh tercedera?

ACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat.

ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bermain rugbi. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL.

Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan.

Simptom kecederaan ACL Semasa berlaku kecederaan bunyi POP atau bunyi benda direntap boleh didengar dari sendi lutut tersebut.

Lutut terasa longgar dan hilang kawalan, kemudian lutut boleh membengkak.

ACL terputus selalunya menyebabkan sakit yang teramat sangat dan serta merta selepas berlakunya kecederaan.

Lutut membengkak selalunya berlaku serta merta dan nyata, tetapi boleh juga bengkak terjadi perlahan-lahan dan sedikit saja.

Lutut yang tercedera selalunya mempunyai pergerakan yang terhad terutama bila hendak meluruskan kaki kerana sendi lutut tidak dapat diluruskan sepenuhnya.

Lutut yang tercedera selalunya berasa sakit bila sekeliling sendi ditekan dengan jari.

Tanda positif bila dilakukan pemeriksaan klinikal ujian Anterior Drawer dan ujian "Lachmans.

Sekiranya terdapat kecederaan tulang rawan dan meniskus selalunya permukaan sendi berasa sakit bila ditekan.

Rawatan untuk ACL terputus

Apa yang para atlit boleh lakukan? Segera berhenti bermain atau bersukan

Memberi rawatan kecemasan R.I.C.E. (Rest, Ice, Compression, Elevation) dengan segera kepada lutut yang tercedera.

Dapatkan rawatan pakar perubatan dengan segera.

Apa yang para doktor boleh lakukan? Seorang doktor atau pakar kecederaan sukan boleh melakukan pemeriksaan ke atas sendi tersebut dan memberi kepastian sama ada ligamen ACL terputus atau tidak.

Mendiagnos kecederaan sampingan pada sendi yang tercedera.

Melakukan pemeriksaan sinar-x dan imbasan MRI pada lutut yang tercedera

Merujuk kepada pakar sekiranya rawatan pembedahan diperlukan.

Memberikan program rehabilitasi pra pembedahan untuk menguatkan otot-otot lutut dan mengurangkan bengkak pada lutut dalam penyediaan untuk pembedahan. Ini dapat membantu dalam mendapatkan keputusan terbaik selepas pembedahan.

Apakah Pembedahan yang biasa dilakukan? Pembedahan yang biasa dilakukan adalah secara artroskopik iaitu pembedahan yang menggunakan teropong kamera yang dimasukkan ke dalam sendi lutut menerusi tebukan kecil pada kulit.

Sekiranya kecederaan ACL adalah jenis yang membabitkan tulang tempat perlekatan ACL terkopak dari tulang Kering (Tibia) dan fiber ACL masih utuh, doktor akan meletakkan kembali serpihan tulang berkenaan ke tempat asalnya dengan menggunakan skrew atau jahitan.

Sekiranya fiber ACL tersebut putus, fiber berkenaan dibuang dan ligamen ACL baru akan dibentuk dengan menggunakan graf yang diambil dari tendon paha atau Hamstring iaitu tendon Semitendinosus dan tendon Gracillis atau menggunakan gabungan tendon Patella dan sebahagian tulang tempurung dan tulang Kering (BTB graft).

Bilakah pembedahan diperlukan? Rawatan secara pembedahan adalah lebih kerap dilakukan berbanding secara tanpa pembedahan (konservatif) untuk kecederaan ACL.

Keputusan sama ada perlu dirawat secara pembedahan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk umur atlit, gaya hidup, pembabitan dalam aktiviti sukan, jenis pekerjaan, tahap ketidakstabilan sendi lutut dan kecederaan sampingan sekiranya ada.

Pesakit yang sudah berusia dan tidak lagi aktif melakukan aktiviti luar sekiranya terputus ligamen ACL kerana terjatuh selalunya tidak akan menjalani pembedahan sebaliknya hanya dirawat dengan fisioterapi dan rehabilitasi. Kadang-kadang pesakit dipakaikan penyokong lutut kerana ia mampu memberi sedikit kestabilan kepada lutut yang tanpa ACL ini.

Pesakit yang lebih muda dan aktif melakukan aktiviti sukan dan berkemungkinan mampu mengikuti program rehabilitasi yang kompleks dengan baik pesakit ini biasanya dirawat secara pembedahan.

Sejarah kecederaan ACL menunjukkan lutut yang mempunyai kecederaan ACL dan tidak dirawat secara pembedahan mempunyai kadar pembentukan sakit sendi yang kronik, seperti osteoartritis, lebih cepat berbanding lutut yang normal atau dirawat secara pembedahan.

Bagi mereka yang masih muda dan aktif pula, mempunyai lutut yang longgar kerana ketiadaan ACL memaksa mereka menukar aktiviti sukan kepada jenis yang tidak membabitkan sentuhan badan dan pergerakan berpusing seperti joging.

Berapa lamakah atlit perlu berehat daripada aktiviti sukan?

Ini sangat bergantung kepada cara pendekatan pakar bedah dan pakar fisioterapi terhadap proses rehabilitasi. Sesetengahnya memilih program pemulihan yang dipercepatkan di mana atlit boleh kembali bersukan dan bermain dalam pertandingan yang kompetitif dalam masa enam bulan selepas pembedahan. Ada juga memilih tempoh pemulihan yang lebih lama iaitu sembilan bulan sebelum seseorang atlit itu dibenarkan bermain secara kompetitif.

Apakah Jenis-jenis sokongan lutut yang biasa dipakai?

Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil.

Brace lutut berengsel - Ia mempunyai lapisan penguat pada kedua-dua sisi lutut yang dibuat daripada besi dan boleh dibengkokkan pada engselnya. Jenis ini mampu memberi sokongan yang baik kepada lutut.

Sesetengah brace menggunakan engsel boleh laras yang mana titik putaran berubah mengikut pergerakan lutut dengan itu sokongan yang diberikan adalah lebih sempurna. Bagaimanapun tidak ada sokongan yang mampu memberi perlindungan seratus peratus kepada ACL yang mana ia hanya memerlukan beberapa darjah putaran sahaja untuk mencederakannya.

Penyokong lutut yang distabilkan - Jenis ini mempunyai panel sisi yang diperkuatkan untuk memberi sokongan tambahan berbanding sokongan lutut yang standard. Ia memberi sokongan dari tekanan sisi kepada lutut.

Selalunya terdapat plat besi yang fleksibel atau tali anjal yang dijahit pada kedua-dua sisi penyokong lutut berkenaan. Jenis ini memberikan sokongan sisi yang kurang tetapi mempunyai bentuk yang lebih nipis berbanding brace lutut berengsel.

Penyokong lutut asas - Penyokong lutut jenis asas ini tidak mempunyai bahan sokongan tambahan pada sisinya dan selalunya dibuat daripada bahan neoprene yang boleh simpan haba. Jenis ini hanya memberikan sokongan yang sederhana kepada lutut.

Rujukan lain :

http://www.webmd.com/a-to-z-guides/meniscus-tear-symptomshttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0128&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1021&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htmhttp://www.rawatanalternatif4u.com/2012/06/merawat-masalah-kecederaan-acl.html

PENYAKIT ACL

http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2012/02/penyakit-acl.html

Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah urat di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Cedera ACL sering terjadi kepada olah raga high-impact, seperti pemain bola sepak, futsal, tenis, badminton, bola tampar dan olah raga mempertahankan diri..Pada umumnya ACL boleh tercedera pada keadaan ketika seseorang itu sedang berlari dan berhenti secara mendadak sehingga menyebabkan lutut tercedera.

Ketika lutut tercedera biasanya pesakit akan mendengar suara seperti ada yang patah dalam sendi seperti bunyi pop atau bunyi sesuatu yang direntap. Saat itu, tiba-tiba pesakit merasa seperti 'kehilangan tenaga' dan terus tersungkur jatuh. Kadang-kadang setelah beberapa ketika, pesakit dapat berjalan kembali dalam keadaan berdencut, sehingga sendi lutut sukar digerakkan karena terlalu pedih serta diikuti dengan bengkak.

Sakit lutut bukanlah perkara asing kepada wanita. Malah hakikatnya, wanita aktif mendapat dua kali ganda sakit lutut sama seperti lelaki. Sendi lutut adalah sendi yang terdiri daripada tiga tulang femur (tulang paha), tibia (salah satu tulang yang bersendi dengan lutut dan tulang pergerakan kaki) dan meniskus.

Penghujung pada setiap tiga tulang-tulang ini diselaputi dengan rawan yang dikenali sebagai meniskus. Rawan dan meniskus dihasilkan daripada bahan elastik dan kuat yang membantu menyerap kejutan dan membenarkan sendi lutut untuk bergerak dengan lancar.

OTOT LUTUT

Dua kumpulan otot iaitu otot kuadriseps pada bahagian hadapan dan otot hamstring di sepanjang bahagian belakang membenarkan lutut untuk bergerak. Tendon kuadriseps menyambungkan otot kuadriseps kepada tempurung lutut. Ligamen kolateral medial (MCL), Ligamen kolateral lateral (LCL), dan ligamen arterior (hadapan) dan posterior Qelakang) adalah antara beberapa ligament yang menyambung tulang dan menyediakan kestabilan.

Sebarang bahagian sendi ini boleh mengalami kecederaan. Lutut biasa mengalami terlebih tekanan, bukan hanya daripada sukan berimpak tinggi, tetapi daripada aktiviti harian seperti mencangkung, membongkok, melutut dan memanjat tangga. Lutut membengkok berpusing dan kadangkala terhantuk semasa bersukan.

Keadaan perubatan, seperti artritis, boleh menyebabkan sakit lutut. Tetapi kecederaan lutut yang biasanya berlaku pada orang muda melibatkan hentakan secara tiba-tiba selepas melompat. Satu hentakan terhadap kawasan yang sesuai boleh mengoyakkan rawan dan menyebabkan beberapa ligament terseliuh. Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah lutut. Keadaan ini berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan latar belakang etnik.

PENYEBAB SAKIT LUTUT1- Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut.2 - Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.3 - Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid artritis dan systemik lupus arythernatosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkar lutut secara kekal.JENIS SAKIT LUTUT1. Artritis Pada LututJenis artritis pada lutut yang biasa adalah osteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan.

2. Pheumatoid ArtritisRheumatoid arthritis merupakan satu lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak.

3. Penyakit Dan Kecederaan Kartilaj (rawan)Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya.

4. Kecederaan LigamenDua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuklah anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan.

5. Penyakit Dan Kecederoon TendonTiga jenis penyakit dan kecederaan tendon adalah:

Tendinitis dan tendon terpecah Penyakit Osgood- Schalatter Sindrom lliotibial band..KECEDERAAN LUTUTLIGAMEN kruciate hadapan (ACL) terputus adalah sejenis kecederaan sendi lutut di mana ACL terkoyak atau tercedera. ACL adalah salah satu dari empat ligamen penting yang memberi kestabilan kepada sendi lutut.

Ligamen lain adalah ligamen kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut. .Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu.

Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha.

Sebab itulah kedua dua ligamen kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut.

Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil.

GEJALA KECEDERAAN ACL .1. Semasa berlaku kecederaan bunyi POP atau bunyi benda direntap boleh didengar dari sendi lutut tersebut. 2. Lutut terasa longgar dan hilang kawalan, kemudian lutut boleh membengkak. 3. ACL terputus selalunya menyebabkan sakit yang teramat sangat dan serta merta selepas berlakunya kecederaan. 4. Lutut membengkak selalunya berlaku serta merta dan nyata, tetapi boleh juga bengkak terjadi perlahan-lahan dan sedikit saja. 5. Lutut yang tercedera selalunya mempunyai pergerakan yang terhad terutama bila hendak meluruskan kaki kerana sendi lutut tidak dapat diluruskan sepenuhnya. 6. Lutut yang tercedera selalunya berasa sakit bila sekeliling sendi ditekan dengan jari. 7. Tanda positif bila dilakukan pemeriksaan klinikal ujian Anterior Drawer dan ujian "Lachmans. 8. Sekiranya terdapat kecederaan tulang rawan dan meniskus selalunya permukaan sendi berasa sakit bila ditekan.RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIFACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat. .ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bersukan. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL.

Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan.

Pembedahan bukanlah jalan penyelesaian untuk penyakit ACL atau MCL kerana kosnya juga sangat mahal. Kos pembedahan ACL di hospital kerajaan sekitar RM5,000.00 hingga RM6,00.00 manakala kos hospital swasta pula sekitar RM 20,000.00 hingga RM30,000.00.

Oleh itu, jika anda di diagnos sebagai pesakit ACL atau MCL, kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif mempunyai rawatan khusus yang membolehkan pesakit ACL atau MCL dapat bergerak bebas seperti sediakala.

Biasanya, jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami akan mengambil sampel DNA anda seperti rambut dan air liur supaya kami dapat mengekstrakkan DNA anda yang berpenyakit menggunakan Machine teknologi German sehingga ia menjadi penawar gelombang yang akan ditransferkan ke dalam ubat tablet atau air yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Penawar gelombang elektromagnetik yang dimemori atau ditransferkan ke dalam ubatan yang dibekalkan sangat halus (2,500 kali ganda sel darah dan 25,000 kali ganda sel nano) sehingga ia dapat menembusi sel-sel lutut yang tidak dapat ditembusi oleh herba dan ubatan biasa.

Manakala rawatan terapi DNA (dengan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke dalam tubuh) pula sungguh berkesan terhadap pesakit ACL dan MCL.

Antara fungsi ubatan yang telah dipancarkan dengan penawar gelombang elektromagnetik ialah:

1. Membantu merawat kecederaan tendon dan ligamen.2. Membantu menghilangkan kesakitan sendi. 3. Membantu memeperbaiki sendi dan rawan yang rosak4. Membantu merawat keradangan sendi.5. Membantu mempercepatkan pembentukan rawan sendi.Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk penyakit ACL, MCL, sakit sendi, Arthriti, Osteo dan penyakit berkaitan tulang.

Selamat mencuba semoga anda menemui penawar yang dicari selama ini.

Untuk rawatan online berkaitan ACL sila klik di sini.Dicatat olehKUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK CAWANGAN KUALA TERENGGANUdi7:34 PG

Label:arthritis,ligament radang,rawan acl. mcl,rheumatism,Sendi,tendonsenaman terapeutik dalam rehabilitasi sukanhttp://fairuzzulkifli.blogspot.com/2014/11/salam-sejahtera.html

Isnin, 17 November 2014salam sejahtera. hari ini saya nak berkongsi macam mana kecederaan sukan boleh berlaku terhadap atlet sukan. seperti yang semua tahu sukan merupakan salah satu gaya hidup yg sihat bagi seseorang yang mementingkan kesihatan pada zaman sekarang. pada zaman sekarang ramai yang tidak mementingkan bersukan kerana kesuntukan masa dengan mendari rezeki (berkerja), dan tidak menghiraukan tahap kesihatan mereka. tahukah semua. bahawa kita perlu bersukan atau beriadah 3 kali dalam seminggu paling kurang.. hal ini bertujuan memastikan tahap kesihatan pada tahap yang optimum.

kecederaan dalam sukan boleh berlaku pada tisu lembut dan pada tisu keras.tisu lembut merujuk pada kecederaan pada bahagian otot, tendon dan ligamen.tisu keras pula merujuk pada kecederaan pada bahagian tulang dan sendi.

kecederaan sukan juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu hilang kepercayaan diri beeliau untuk terlibat dalam sukan pada masa akan datang. selain itu juga, kos untuk mendapatkan rawatan yang sesuai pada sekarang bukan lah murah. contohnya pembendahan.

sukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 'contact sport' dan 'non contact sport'. Dimana 'contact sport'merupakan sukan di mana peserta semestinya bersentuhan badan dengan satu sama lain. Dan 'non contact sport' sukan yang tidak bersentuhan degan pemain pihak lawan.contoh sukan yang impak tinggi ialah, bola sepak. ragbi, bola keranjang, bola baling, hoki dan tinju

contoh sukan yang tidak berimpak tinggi ialah olahraga, badminton, tenis,bola tampar, basikal, dan renang.

kecederaan yg biasa dialami oleh para atlet terbahagi kepada dua bahagian. iaitu bahagian atas badan dan bahagian bawah badan.

jenis- jenis kecederaan sukan adalah seperti berikut.

terkehel (sprains)

strains

patah tulang (fracture)

tulang terkeluar dari send (dislocation)

tendinitis

concussions

sekian sahaja untuk kali ini. sekian terima kasih.. :)