bahan bantu mengajar

10
BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang- kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu - bahan bantu mengajar bukan elektronik - bahan bantu mengajar elektronik - bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk - memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik - mengatasi keterbatasan ruang - mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan - mempersamakan pengalaman - membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar

Upload: hananie-halim

Post on 30-May-2015

37.188 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan bantu mengajar

BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN

Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan

yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.

Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis,

kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua

pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh

dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik

- bahan bantu mengajar elektronik

- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh

seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk

- memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat

verbalistik

- mengatasi keterbatasan ruang

- mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan

- mempersamakan pengalaman

- membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran

sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan

kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar

yang mencukupi.

Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah

faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,

menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu

dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Page 2: Bahan bantu mengajar

Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang

dengan pesat dalam dunia pendidikan.

Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam

bidang sains dan teknologi.

Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan

secara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta

peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh

guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para

pelajar.

Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihan

bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya

berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan

sesuatu mata pelajaran.

Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu

mengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran

menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaran

seluruhnya.

Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik, guru

juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang

dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 3: Bahan bantu mengajar

Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar

yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai

kepentingannya yang tersendiri.

Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan

dan mengekalkan minat murid.

Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan

dapat meransangkan para pelajar untuk belajar.

Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi

mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat

mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada

pengajaran guru.

Dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau

rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu

dalam hati para pelajar

Seterusnya beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat

menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada pelajar-pelajar.

Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau

sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan.

Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi

oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang

tidak perlu di kalangan para pelajar.

Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang

sedang diterokai.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan

aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi

dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.

Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari

oleh para pelajar.

Page 4: Bahan bantu mengajar

Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal,

guru meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, di

samping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.

Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikan

pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah

konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan

buku teks.

Dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, pengajaran

pendidikan moral akan memberikan keseronokan kepada para pelajar.

Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru

yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan

cerita juga tidak membosankan.

Para pelajar juga boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsung

pembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan.

Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan dia

atas sahaja, malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan,

membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajar

menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan

mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran

lebih mendalam dan beragam.

SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MENGAJAR NILAI 4.3 PEKA

TERHADAP ISU ALAM SEKITAR (TAHUN 5).

Page 5: Bahan bantu mengajar

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Lima,

bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar, kandungan akademiknya

memfokuskan kepada

- hidup sihat tanpa pencemara

- merangkumi kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan

daripada berlakunya pencemaran alam sekitar,

- penjagaan alam sekitar secara bijaksana dapat mengelakkan kesan

pencemaran seperti jerebu, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan

hujan asid.

Hasil pembelajaran bagi nilai tersebut ialah melibatkan diri dalam usaha-

usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Bagi mengajar tajuk ini, guru memerlukan satu bahan bantu mengajar yang

sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum

kepada para pelajar.

Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan

sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta

kandungan pelajaran yang akan disampaikan.

Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk

diperolehi oleh para pelajar.

Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-mata,

tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video.

Gambar-gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan

mampu membantu daya ingatan para pelajar.

INTERNET

Page 6: Bahan bantu mengajar

Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian

gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer

berkomunikasi antara satu sama lain.

Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta

bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari.

Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer,

video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan sebagainya.

Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000

kumpulan diskusi elektronik.

Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke

beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik

berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran .

Pertama, internet hanya akan bertindak sebagai sumber alat bantu mengajar

dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru aktiviti pembelajaran hendaklah

dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan

berkesan.

Kedua, komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru

akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

mereka, khususnya dalam bidang IT.

Ketiga, penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas

guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas,

teratur dan sistematik

keempat, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa

dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.

Industri berasaskan maklumat akan mencorakkan kehidupan pada masa

hadapan, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli

masyarakat, khususnya warga pendidik dan ibu bapa.

Menurut Ryder dan Hughes dalam Hassan Mohd Ghazali (2006), terdapat tiga

bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pertama Web Course, iaitu penggunaan internet untuk

keperluan pembelajaran, di mana seluruh bahan belajar, diskusi, konsultasi,

tugasan dan ujian sepenuhnya disampaikan melalui internet. Guru dan pelajar

Page 7: Bahan bantu mengajar

sepenuhnya terpisah, namun komunikasi antara kedua-dua pihak boleh

dilakukan pada setiap saat, secara ansynchronous atau synchronous. Kedua,

Web Centric Course, iaitu sebahagian bahan belajar, disukusi, konsultasi,

tugasan dan latihan disampaikan melalui internet, sedangkan sebahagian lagi

amalan tersebut berlaku secara bersemuka atau secara trsdisi. Ketiga Web

Enhanced Course, iaitu pemanfaatan internet dalam pendidikan hanya untuk

membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Peranan internet adalah untuk menyediakan sumber-sumber yang

sangat kaya dengan memberi alamat-alamat atau membuat hubungan (link)

ke pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai yang boleh diakseskan secara

online.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi nilai peka terhadap isu alam

sekitar tersebut menggunakan teknik inkuiri penemuan, yakni satu teknik yang

memberi peluang kepada para pelajar dalam mencerna serta mencanai daya

pemikiran mereka. Bagi tujuan penyatuan idea serta perkongsian maklumat

yang lebih mantap, guru telah menetapkan bahawa pembelajaran ini

dijalankan dalam bentuk kumpulan. Berkenaan nilai dan tajuk pelajaran yang

hendak disampaikan guru akan memberikan arahan yang jelas tentang

sesuatu projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan. Berdasarkan projek

ini setiap kumpulan diharap dapat membuat pemerhatian atau penyelesaian.

Teknik inkuiri penemuan ini akan dapat membina daya pemikiran para pelajar

dalam menyelesaikan masalah, meransang perasaan ingin tahu, memberi

kebebasan dalam membuat keputusan dan sangat mencabar.

Untuk mengajar nilai 4.3 Peka kepada isu alam sekitar, guru perlu merancang

pembelajaran dengan teliti supaya proses pembelajaran menggunakan

internet dapat berjalan lancar, berkesan, menarik, meransang dan tidak

membazir masa. Berikut adalah beberapa langkah pembelajaran yang

dirancang oleh guru tentang penggunaan internet dalam proses pengajaran

dan pembelajaran tersebut :

1. Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri

daripada 3 hingga 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan

Page 8: Bahan bantu mengajar

ditentukan tugas masing-masing untuk mendapat maklumat dengan melayari

laman-laman web tertentu. Sebagai contoh Kumpulan A : jenis-jenis

pencemaran, Kumpulan B : Punca-punca pencemaran air, Kumpulan C :

punca-punca pencemaran udara, Kumpulan D : punca-punca pencemaran

alam sekitar, Kumpulan E : langkah-langkah mengurangkan pencemaran

alam sekitar, Kumpuylan F : kesan pencemaran alam.

2. Seterusnya guru akan mencadangkan beberapa laman web yang boleh

diakseskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Pelajar juga boleh mengakses maklumat tambahan yang diperlukan melalui

engin carian google, yahoo atau Lycos dengan menaip kata kunci yang

sesuai, seperti punca pencemaran, jenis pencemaran,pencemaran udara,

langkah pencegahan pencemaran, kesan pencemaran dan seumpamanya

melalui engin carian tersebut :

http://www.google.com

http://www.yahoo.com

http://www.lycos.com

4. Setiap kumpulan diberikan masa selama 30 minit untuk mendapatkan

maklumat mengenai tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Guru sentisasa

memantau dan memberikan bantuan bagi kumpulan yang menghadapi

masalah. Maklumat yang telah diperolehi boleh dicetak, kemudian disalin

dalam bentuk peta minda pada kad manila.

5. Setiap kumpulan akan membentangkan maklumat yang telah diperolehi

berdasarkan peta minda yang dipamerkan kepada kelas. Semasa sesi

perbentangan, pelajar lain dibenarkan berinteraksi dengan kumpulan

perbentangan supaya semua pelajar dapat maklumat yang jelas.

6. Lanjutan daripada pembelajaran tersebut dan sebagai langkah

pengukuhan, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Folio yang berkaitan

Page 9: Bahan bantu mengajar

dengan pelajaran yang telah disampaikan. Guru boleh memberi sedikit

kelonggaran masa supaya tugasan tersebut dapat dihasilkan dengan baik

tetapi tidak membebankan para pelajar.

KEBAIKAN INTERNET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Antara kebaikan yang mungkin dikecapi oleh para pelajar melalui penggunaan

internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kebebasan belajar. Para

pelajar diberi peluang untuk belajar atau memilih maklumat dengan cara yang

disukai, di samping dapat melatih para pelajar untuk berdikari. Kebaikan yang

seterusnya ialah penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat secara pantas. Para pelajar

berupaya memperolehi input yang begitu banyak, relevan dan berkesan.

Penggunaan komputer juga akan menggalakkan minat para pelajar terhadap aplikasi

komputer, yakni berpotensi mengurangkan jurang fobia penggunaan komputer di

kalangan para pelajar terutamanya pelajar yang kurang berinteraksi dengan

komputer. Selain itu, penggunaan internet juga menyediakan kesempatan belajar

yang baik kepada pelajar. Proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana tanpa

mengira waktu, tiada had waktu belajar seperti di bilik darjah biasa. Penggunaan

medium internet sebagai bilik darjah maya mampu membekalkan pengajaran dan

pembelajaran secara interaktif walaupun tidak bersemuka.

Page 10: Bahan bantu mengajar

KESIMPULAN

Bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu

pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru

yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru

yang menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yang

mengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi

penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan

pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang

dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan bahan

bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada

gurunya.

Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang

penyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut

Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik

perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan

kemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan

sesuatu soalan tersebut dikemukakan.

Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang

sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapai

matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Pendidikan

Moral tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagai

mata pelajaran suka-suka sahaja.