bahagian c: pelupusan sisaexam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/11/bahagian...piawaian...

3
Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian C: Pelupusan Sisa Fakulti Sains dan Teknologi BAHAGIAN C: PELUPUSAN SISA Pengenalan Sisa makmal boleh dikategorikan kepada beberapa sisa. Antaranya adala sisa kimia, sisa biologi, sisa klinikal, sisa radioaktif, sisa kaca pecah dan botol kosong. Sisa banyak dihasilkan oleh makmal yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan penyelidikan. Sisa perlu diuruskan dengan betul untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan manusia, menjaga alam sekitar termasuk persekitaran tempat kerja serta memenuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Sisa Kimia Sisa kimia boleh mendatangkan hazad kerana ciri/sifat fizikal dan kimianya. Sisa kimia boleh ditakrifkan sebagai sisa berbahaya kerana sifat, kuantiti dan kepekatannya yang boleh mengakibatkan atau menyumbang kepada peningkatan penyakit atau maut kepada individu atau populasi yang terdedah kepadanya. Keserasian sisa kimia terjadual adalah sisa kimia yang apabila bercampur tidak menghasilkan sebarang tindak balas kimia yang boleh menyebabkan situasi berbahaya. Bahan kimia yang boleh dianggap sisa: Sisa amali & penyelidikan Sisa tumpahan bahan kimia Bahan kimia luput tarikh Bahan kimia tercemar Konsep 3 R untuk pengurusan bahan kimia : a) Reduce(Pengurangan) Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh dilakukan dengan merancang kerja yang akan dilakukan sebelum melaksanakannya. Menggunakan kuantiti yang berpatutan dan minimum b) Reuse (Penggunaan balik) Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula. Terdapat beberapa bahan kimia yang boleh digunakan semula lebih dari sekali penggunaan.

Upload: duongkien

Post on 29-Mar-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN C: PELUPUSAN SISAexam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/11/BAHAGIAN...piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian C: Pelupusan Sisa Fakulti Sains dan Teknologi

BAHAGIAN C: PELUPUSAN SISA

Pengenalan

Sisa makmal boleh dikategorikan kepada beberapa sisa. Antaranya adala sisa kimia, sisa biologi, sisa klinikal, sisa radioaktif, sisa kaca pecah dan botol kosong. Sisa banyak dihasilkan oleh makmal yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan penyelidikan. Sisa perlu diuruskan dengan betul untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan manusia, menjaga alam sekitar termasuk persekitaran tempat kerja serta memenuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Sisa Kimia

Sisa kimia boleh mendatangkan hazad kerana ciri/sifat fizikal dan kimianya. Sisa kimia boleh ditakrifkan sebagai sisa berbahaya kerana sifat, kuantiti dan kepekatannya yang boleh mengakibatkan atau menyumbang kepada peningkatan penyakit atau maut kepada individu atau populasi yang terdedah kepadanya. Keserasian sisa kimia terjadual adalah sisa kimia yang apabila bercampur tidak menghasilkan sebarang tindak balas kimia yang boleh menyebabkan situasi berbahaya.

Bahan kimia yang boleh dianggap sisa:

Sisa amali & penyelidikan

Sisa tumpahan bahan kimia

Bahan kimia luput tarikh

Bahan kimia tercemar

Konsep 3 R untuk pengurusan bahan kimia :

a) Reduce(Pengurangan)

Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh dilakukan dengan merancang kerja yang akan dilakukan sebelum melaksanakannya.

Menggunakan kuantiti yang berpatutan dan minimum

b) Reuse (Penggunaan balik)

Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula. Terdapat beberapa bahan kimia yang boleh digunakan semula lebih dari sekali penggunaan.

Page 2: BAHAGIAN C: PELUPUSAN SISAexam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/11/BAHAGIAN...piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian C: Pelupusan Sisa Fakulti Sains dan Teknologi

c) Recycle (Kitar semula)

Untuk mengurangkan kos pelupusan bahan kimia, konsep kitar semula boleh dilakukan dengan menghantar kepada syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Beberapa langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan:

I. Buang sisa pada bekas yang sesuai

II.Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan bersesuaian

III.Pelarut organik haruslah diasingkan kepada dua iaitu berhalogen dan tidak berhalogen

IV. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yang sudah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk pelupusan. Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari.

Penyimpanan Sisa Kimia

Rujuk MSDS bahan kimia berkenaan bagi mengetahui kaedah penyimpanan dan pelupusan sisa

Simpan semua sisa di dalam bekas yang sesuai dan berkeadaan baik mengikut keserasian sisa

Label dengan jelas kelas dan jenis sisa yang dihasilkan pada bekas sisa

Simpan di tempat yang selamat dan berasingan dengan bahan kimia yang lain

Jangan mengisi sisa sehingga penuh di dalam botol. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas sisa

Semua bekas sisa hendaklah ditutup dengan rapat

Page 3: BAHAGIAN C: PELUPUSAN SISAexam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/11/BAHAGIAN...piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian C: Pelupusan Sisa Fakulti Sains dan Teknologi

Berikut adalah jadual pengkelasan sisa kimia terjadual:

Kumpulan Jenis Sisa Kimia

Kelas A

Sisa minyak mineral

Sisa yang mengandungi minyak pelincir, minyak hidroulik, tanah tercemar dengan minyak dan seumpamanya.

Kelas B

Sisa kimia organik yang mengandungi halogen dan/ atau sulfur ≥ 1 %

Freon, sisa PVC, kloroform, pelarut, kapasitor dan tranformers yang mengandungi PCB dan seumpamanya.

Kelas C

Sisa pelarut yang mengandungi halogen dan/ atau sulfur < 1 %

Aseton, alkohol (contoh : etanol, metanol), benzena, turpentina, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi < 50 % air dan nilai kalorifik 18 MJ/ kg.

Kelas H

Sisa kimia organik yang mengandungi halogen dan/ atau sulfur < 1 %

Gam, susu getah, cat, fenol, dakwat, percetakan, minyak sintetik, sabun, epoksi dan seumpamanya.

Kelas K

Sisa mengandungi raksa

Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.

Kelas T

Sisa racun perosak

Insektisid, fungus dan pembunuh lumut, racun tikus dan seumpamanya.

Kelas X

Sisa tak organik

Asid, alkali, natrium hipoklorik, garam tak organik, enapcemar logam hidroksida, sisa kromat, sianida dan seumpamanya.

Kelas Z

Lain-lain

Sisa perubatan, ‘lab–packs’, sisa abestos, enapcemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.